March 16, 2012

Surat Berantai Imam Madinah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dalam sebulan dua kebelakangan ini, dah kurang orang yang share note bengap dekat Wall Fb aku, dan Alhamdulillah juga aku tengok trend dah kurang orang share video youtube Ustaz 'aku lebih mulia dari kau maka kau ahli neraka'

Aku tak tau apakah perkara yang mencetus kepada fenomena baru ini, mungkin ramai pengguna facebook sudah kembali tenang dari Hype 'aku-mahu-dakwah-aku-tak-peduli-betul-atau-salah' dan mula menggunakan common sense mereka untuk berfikir sejenak sebelum melompat-lompat mengnerakakan orang lain.

Sudah tenang dengan hal hadis palsu, fatwa sempit hoax dan teori paranoid konspirasi dakyah kafir, kini datang pula hal surat berantai. Pada pandangan aku, kualiti surat berantai ini adalah duduk di tangga paling rendah dalam nilai intelektual seorang insan memahami teks agama.


Bagi aku, tidak kiralah seseorang itu belajar setinggi mana pun, tapi kalau dia mempercayai sial yang akan menimpa jika tidak menyebarkan surat/mesej yang diberikan, maka dia samalah nilai intelektualnya dengan seorang kanak-kanak yang percaya bahawa meriam katak Flashman itu mampu membunuh rasaksa Kullu-Kala Bana yang ditayangkan pada pukul 5 petang setiap hari Khamis di TV2 pada tahun 1990 an.

contoh status Fb berantai, takde nilai intelektual langsung, hiba aku tengok benda mcm ni, hiba lagi bila tengok majoriti yg share ni budak-budak sekolah/lepas spm, adakah kualiti budak-budak kita semakin bebal?

*******************************

Bila aku tengok surat berantai, aku pasti akan ingat kenangan yang berlaku pada tahun 1993-1994..

Pada satu hari ada seorang seperti benggali karpet tak benggali karpet, tabligh tak berapa tabligh, bangla tak bangla, mamak tak mamak, tapi yang pastinya hamba Allah ni masuk ke Kampung Sungai Tua berbekalkan beg sandang warna hijau dan berbaju kemeja putih.

Aku, Karnain, Amy dan Aji perhati je dari jauh kelakuan hamba Allah ini atau selepas ini dikenali sebagai Dolah. Dari satu rumah ke satu rumah Dolah meletakkan segulung kertas gelek bersaiz A4, dengan perilakunya yang cuak, kepala menoleh kiri kanan dan selepas letak Dolah cepat-cepat jalan ke rumah jiran yang lain.

Bila Dolah selesai buat kerja tu, aku amy dan aji kelam kabut lari mendapatkan kertas gulung itu yang diselitkan di tingkap rumah aku, kami buka gulungan surat seraya membaca

Amaran, Anda telah membaca surat ini.

Pada satu malam, seorang imam di Masjid Nabawi telah bermimpi Rasulullah Saw datang kepadanya dan berpesan kepadanya agar sentiasa menjaga ibu bapa, selalu berselawat kepadanya, beristighfar sebanyak 1000 kali pada setiap jumaat.

Yahudi dan Nasrani sentiasa memusuhi kita, maka kita harus sentiasa berwaspada terhadap mereka, jangan berkawan dengan yahudi dan Nasrani yang bersatu kerana mereka adalah musuh Islam yang Nyata.

Anda dikehendaki menghantar 20 salinan surat ini kepada orang lain, awas! jika anda tidak memanjangkan surat ini maka dalam masa 1 minggu sial dan bencana akan menimpa anda. 

Seorang Bapa telah kematian anaknya yang dilanggar oleh lori di India, kemudian rumahnya terbakar dan Isterinya meminta cerai darinya kerana tidak menyebarkan surat ini.

Seorang pengusaha di Pakistan telah mendapat keuntungan berlipat-lipat kali ganda setelah menghantar surat ini kepada 20 orang. 

( Lebih kurang macam tu lah isi kandungan surat tu, tepatnya aku tak berapa ingat)

************************

Bila je aku, Amy dan Aji baca surat ni, semua orang jadi kelam-kabut, nak-nak Amy dan Aji, tapi yang paling kelam kabut sekali Amy lah!

" eh eh Ikar, kita kena hantar surat ni kat orang lain ikar, nanti kalau tak hantar mak kita mati!"

" ahhh mengarut je lah benda ni, mana ada Ustazah ajar benda ni boleh buat mak kita mati! ajal maut kan kat tangan tuhan"

" Eh ye lah ikar, benda ni kena buat lah, kau tak baca ke dia kata surat ni dari imam kat Madinah!"

" ah sikit pun aku tak percaya"

" tapi aku takutlah Ikar, Nak wat macam mana ni ha?"

" Lantak kau lah, kalau kau nak buat, kau buat ah, aku malas nak campur, benda ni merepek je"

Selepas itu kami pun pergi masuk longkang Taman Jasa untuk tangkap anak ikan longkang, sambil aku perhati Amy simpan surat tu dalam poket seluar dia.

**************************

Bila balik rumah tatkala senja, aku pun jumpa penasihat aku yang paling tegar, siapa lagi kalau bukan mama. Walaupun dari kecil aku dah skeptical,tapi sifat ingin tahu anak kecil itu membuak-buak juga dalam sanubari ini. Lantas aku pun mengendeng kat mama

" mama.. mama... tadikan Ikar, Amy ngan Aji jumpa surat maaaaaa"

" Hah surat siapa pulak yang kamu amik tu Ikar? kamu pecah peti pos rumah orang ke?"

" Saborlah mama, bukan surat rumah orang, ni surat ni, ada orang selit kat tingkap rumah kita, kat rumah aji pun dapat mamaaaa"

" Hah dia kata apa? cuba baca sikit mama nak dengar"

" Dia kataaaaaa... "(rujuk surat contoh di atas dan bayangkan aku baca berlenggok-lenggok macam masuk pertandingan bercerita peringkat sekolah)

" Oh tu namanya surat berantai Ikar, jangan takut, benda tu menipu je, bukan betul pun, siapa yang buat tu takde akal!"

" Eh tapi mama, dia cakap ni Imam Masjid Maqam Nabi yang tulis mama!"

" Ah mana kamu tau ni Imam Maqam Nabi tulis? Kalau orang tinggi agama, ada pulak nak suruh orang buat baik ugut-ugut malang sial semua mcm ni? mengarut!"

" Ye tak ye gak kan ma, teruk betul orang yang buat surat ni!"

" Kamu pergi buang surat ni, jangan layan, ni bukan benda baru, dulu zaman mama muda-muda dah ada dah surat macam ni, kalau ada malang nak jadi tu semua Qada' dan kadar Allah kan? bukan pasal surat ni"

" Okey ma"

***********************************

Esok lusanya aku tengok Amy duk sengih-sengih bawak plastik pergi jalan sekitar kampung, yang aku pasti gaya dia macam posmen hantar surat kat rumah orang, aku syak dia mesti hantar surat berantai tu, nak syak mak dia nak buat kenduri kahwin takdelah pulak sebab abang dia si Aji tu sunat pun belum lagi.

Maka satu mesyuarat telah dilakukan antara kami semua...

" Wei Ikar, kau buat apa dengan surat kat rumah kau tu Ikar?"

" aku bakar, lepas tu aku buang dalam longkang"

" kau pulak Amy?"

" Aku hantar 20 surat macam yang dia suruh tu, hehehehe"

" Ahh aku dah suruh Amy ni tanam, dia taknak pulak, degil nak buat jugak, lantak dia lah" (kata si Aji abang kepada si Amy)

" lantak kau lah Amy, aku taknak campur"

" Alah bukan susah pun buat ikar, senang je"

**************************

Seminggu kemudian, Amy menjadi kaya raya kerana telah jumpa selonggok wang tunai 300 ribu ringgit yang tersorok di bawah rumahnya, dengar khabar ia adalah peninggalan harta karun dari owner rumah lama yang menyorokkan kekayaan demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Seekor kuda Unicorn yang datang dari Ukraine juga telah menjadi miliknya setelah ia terbang turun dari pelangi senja di kala musim bunga tahun tersebut.

Aji pula mendapat habuan kemewahan juga, tapi tak banyak sangat sebab dia tak buat, dia hanya tak halang adik dia buat, maka dia telah mendapat 50 ribu ringgit bersama-sama basikal BMX GT Haro Master.

Manakala Ikar pula, yang degil tidak mahu menghantar 20 salinan surat itu telah dilanggar lori surat khabar lama, kepalanya berpisah dari badannya, kemudian terjatuh dalam unggun api yang menyala di tepi longkang, kemudian Isteri dia meminta cerai kepadanya 3 hari setelah dia terlantar di hospital, manakala anak beliau telah menjadi penagih dadah dan dimasukkan ke dalam pusat serenti selama 20 tahun, Akhirnya Ikar menjadi tempang kepala dan beliau kini sentiasa malang dalam hidupnya.. 

Tamat!

*******************

Ah banyaklah tamat macam tu. Beranganlah korang, Tamat kisah yang sebenarnya adalah begini..

Seminggu kemudian, takde sesiapa yang mati dalam keadaan tragis, Aku tetap juga makan aispop ungu kepak dua dengan Amy.

Seminggu kemudian Amy dan Aji pun tak kaya-kaya, tetap lepak masuk longkang tangkap anak ikan dengan aku.

Dan akhirnya Kisah Surat berantai tahun 1993 itu menjadi modal cerita kepada Zulfikar untuk ditaip di dalam blog Rasa Hati Ini.

Aku rasa aku tak payah nasihat lagilah kot pasal surat berantai ni, korang semua boleh guna common sense kan nak faham masalah ni? semua dah besar kan? semua bijak kan? benda simple macam ni takyah nak sembang panjang-panjang, pandai-pandailah korang ambil isi tersirat dari kisah tersurat aku di atas.

Siapa yang degil nak rantaikan jugak surat-surat/Email/Sms/ tweet/ Status Facebook, aku doakan dia menemui sinar keinsafan atau dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdik pada masa mendatang, atau sekurang-kurangnya dia dianugerahkan Allah dengan sifat terbuka untuk mendengar nasihat orang.

***************Haaa ni baru betul-betul tamat*************


P/s entry ni ditulis selepas aku meluat tengok ada kawan2 Fb share surat berantai kat status Fb

p/s aku cuba faham cara berfikir orang yang percaya benda-benda karut mcm ni.

p/s sedapnya takoyaki adik aku bawak balik ni, nak gi beli lagi lah jap lagi, siapa ada unicorn? pinjam boleh? 

12 comments:

  1. ANDA COMEL, antarkan kepada 999 kawan comel anda, yang huduh jangan hantar. jika tidak, anda akan jatuh tangga di batu cave. 'keletup' XD

    serius, bende ni, boleh dapat fitnah, roboh aqidah. banyak lagi. yang bagi mudarat dan kebaikan ialah ALLAH. ;)

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada jugak yg hantar by SMMS.menghabiskan kredit je nak forward kt ramai org.

    ReplyDelete
  3. aku taknak komen sal surat berantai ni, sebab aku xpernah percaya.

    p/s: nak gak takoyaki. nak squid! hihi next time ea ikar? =.=

    ReplyDelete
  4. frust sebab takde p/s IV .. hehehe..

    Betul.. meluat betul dgn mereka2 yg share surat berantai yang dah brzaman ni. Surat berantai yg kamu dapat tu akak pun dapat, isinya macam tulah, walaupun dalam hati sikit rasa percaya tapi sbb takde modal nak photostat maka ia terbiar begitu saja.. huhu.. Tengok, skrg dah tua pun, selamat.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. cemuih aku nak baca surat2 berantai ni apalagi nak forward.. Yg pelik smpai skang pun ada org still percaya lagi

    ReplyDelete
  6. Ada lagi ke zaman ni surat/sms berantai? Aku dulu kalau dpt sms tu aku x fwd pun. Terus delete jer..buat semak inbox jer... tapi bila baca pengalaman kau tgk org lain siap hantar rumah ke rumah,mmg terasa sangat tak boleh blah.. Hahahaha

    ReplyDelete
  7. aku dah pernah tulis dah dulu pasal menda berantai-rantai ni kat blog aku..nah baca sini...http://riesha-ariesha.blogspot.com/2011/05/mesej-berantai-rantai.html


    kekadang aku tak paham le dgn mentaliti org yg suke bebenor menforward mende cenggini..haishhh..

    ReplyDelete
  8. penuh dengan imaginasi..hahah..apa pun manusia tetap begitu..selagi dia manusia dan yang pasti syaitan tetap akan menguji keimanan anak adam...

    ReplyDelete
  9. ada orang kata jika kita share dan percaya maka boleh menjejaskan akidah. Kerana kita takut kepada surat berantai tersebut, tetapi kita lupa bahawa Allah SWT itu sudah menentukan segala-galanya. Bukan surat yang menentukan nasib kita. Tapi, Wallahhualam.. Cara terbaik, kita ignore aje...

    ReplyDelete
  10. first time dapat surat berantai masa sekolah2 dulu.. pengirimnya rakan kepada kakak aku.. siap hantar by post lagi... dalam sampul surat tu berkeping2 risalah yg entah ape2 entah... penutup surat, minta post kepada 10 rakan yg lain... kalau tak post, akan ditimpa bencana... akak aku mengadu kat mak aku... mak aku ape lagi... amik surat tu... belek2.. pastu mak aku koyakkan... setle!

    zaman skang ni ade bebagai jenis.. baik email berantai... serta sms berantai.. sehingga men-drop kan popularity harimau berantai... harimau bengang je... hehehe..

    ReplyDelete
  11. Anda perlu mencari 10 upline dalam masa 1 minggu. Jika tidak anda akan miskin selama-lamanya..kah..kah..scarcity

    ReplyDelete
  12. memang selalu dapat surat berantai ni, tapi memang tak pernah percaya pun! mereka ingat qada dan qadar hidup ni boleh ditentukan dengan surat camni..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...