January 13, 2012

Kaedah Mokhdar VS Genius dari Ampang

Assalamualaikum..

Sebagai pembukaan, aku masih belum baik dari demam. Keduanya aku sekarang dalam proses membetulkan balik jam biologi aku supaya kembali tidur normal seperti insan lain. Maka kini aku berjaya untuk tidur selewat-lewatnya pukul 2 pagi dan bangun pukul 7 pagi tanpa alarm. Ketiga aku sibuk dengan urusan MITI di Jalan Duta selama seminggu ini.

Jadi atas ketiga-tiga faktor tersebut membuatkan aku tidak tegar untuk menghasilkan karya pendapat yang aku janjikan pada korang untuk ulas Isu 901-bebaskan Anwar dan Video clip Muslimah menari dan bernyanyi-nyanyi beramai-ramai itu. Insyallah, weekend ini aku akan ulas pendapat aku tentang isu semasa politik negara. Hari ni kita sembang light-light je pasal kenangan aku masa tingkatan satu dulu.

*************************

Kalau korang masih ingat, pada penghujung tahun 90-an atau lebih tepat lagi 1995-1997, ada satu zaman di mana kaedah pembelajaran matematik mahu dikreatifkan. Ada banyak kaedah yang diperkenalkan di antaranya yang aku masih ingat adalah..

1. Kaedah Sampoa - tahun 1994
2. Kaedah Matematik kapal Terbang (seni imejan) oleh Ketua saintis dunia -1996
3. Kaedah Mokhdar - 1996 -1997.

Aku taktaulah korang macam mana, tapi bagi kanak-kanak 90-an pasti akan ingat ketiga-tiga kaedah di atas, jadi abaikan pilihan 1 dan 2 kerana ia bakal menjadi modal untuk entry mendatang, kini fokuskan pilihan ketiga iaitu Kaedah Mokhdar kerana kenangan ini selalu terbayang-bayang dalam kepala aku.

************************

Pada tahun 1997, aku tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama Rawang, bersesuaian dengan aku yang benak metamatik, aku selalu mengharapkan keajaiban akan berlaku tetiba sehingga aku menjadi genius dan boleh mencipta rumus baru.

" Kalau lah tetiba aku lalu bawah pokok mempelam, sekali buah pelam jatuh atas kepala aku, aku pengsan, bila sedar je terus aku boleh selesaikan masalah kuantum fizik kan best!"

" Kalau lah aku termakan cendawan kulat beracun radioaktif, sekali otak aku bermutasi, terus aku boleh buat satu rumus baru algebra supermutant kan best!"

" Kalaulah satu hari, aku jumpa lampu jin aladin, pastu jin bagi 3 pilihan mesti aku akan pilih awek cun, duit 100 juta dengan otak genius matematik kan best!"

Begitulah antara fantasi aku masa aku kecik, sebab aku ni lemah matematik. Tapi bab karangan jangan cakap, sampaikan cikgu Bahasa Melayu dulu pernah fikir yang bapak aku Pensyarah Kesusasteraan Melayu yang bagi tuisyen persendirian kat aku.

Tetapi pada satu hari, seakan-akan impian fantasi aku untuk menjadi genius akan terlaksana bilamana datangnya seorang bapa dengan anaknya ke sekolah menengah aku untuk memberi ceramah pasal kaedah Mokhdar. Ia adalah kaedah pembelajaran Matematik ringkas yang akan membuatkan budak paling bengap matematik menjadi pandai macam anaknya.

Dipendekkan cerita, maka kami semua budak-budak asrama lelaki dan perempuan dikumpulkan di dalam dewan Umar Abdul Aziz, kemudian standard budak sekolah arab kengkonon kami pun bersila beramai-ramai atas tikar plastik gulung tebal itu.

Maka masuklah Mokhtar dan anaknya untuk sesi demonstrasi kecerdikan anaknya yang kecik mengingat nombor yang banyak tanpa fikir dua-tiga minit. Mula-mula bapaknya suruh bilang dari satu sampai sepuluh. Maka anaknya pun bilang lah. Aku lupa nama budak tu, jadi aku anggap nama anak dia asyraf sebab nama itu standard untuk watak anak kecil pada tahun 90 an.

"Zulfikar, kau jangan malas dan poyo sangat, kalau kau google pasti kau dapat tahu nama anak beliau itu, tak perlulah engkau nak bagi kata ganti kepada dia lagi"

Okey terima kasih, aku dah google, nama anak dia adalah Norman Hakim.

Maka Mokhtar pun masuk dan terus ke atas pentas untuk membuat demonstrasi. Bermulalah sesi demo tersebut.

" Norman, kira dari satu sampai sepuluh yang macam ayah ajar tu Norman"

" TU, WA, GA, PA, MA, NA, JA, KA, LAN, TO"

" okey terima kasih Norman, awak semua faham apa yang adik ni cakap? ini adalah hasil kajian saya untuk memendekkan sebutan angka dalam Bahasa Melayu yang sangat panjang agar jadi pendek dan senang diingat oleh orang Melayu. TU tu satu, Wa tu dua, Ga tiga, Pat empat, Ma Lima, Na Enam, Ja Tujuh, KA tu Lapan, Lan Sembilan dan TO itu sepuluh.... Jadi dengan gunakan kaedah mokhdar ini maka bla bla bla bla ngam ngam ngam hup hap hup hap, bla bla bla bla uuuuhai...bla bla ngam ngam bla bla"

" Sekarang saya tunjuk contoh adik kecil ini akan berjaya menjawab soalan matematik saya yang susah dengan hanya menggunakan kaedah Mokhdar ya!"

Maka Mokhtar pun buatlah sesi dialog dengan anaknya, dengan memberi soalan matematik iaitu mencampur nombor puluhan dengan puluhan dan anaknya menjawab dengan pantas tak sampai 2 saat, mari kita saksikan sedutan aksi itu di bawah ini :

" Sedia ye hakim, ayah tanya ni"

" baik ayah"

" Ga Ma ?"

" Pan"

" Lan Loh?" " lan las"

 "Pat Ma?"  " Lan"

Pada mulanya kami semua kagum dan terkesima melihat kecerdasan dan kepantasan adik itu menjawab semua soalan-soalan susah dari Mokhtar, Tapi bila ada kawan aku yang kacang hantu ada idea jahat mula meracun barisan tempat duduk kami, maka kami semua mula sangsi dan akhirnya membuat riak muka jahat.

Lama-lama kami mula hilang kagum sebab kawan aku si Pejal bibir, Fahmi dan aku mula membuat parodi sesama kami. Kami pun mengejek secara sinis antara kami, akibat dari keadaan yang tidak terkawal akhirnya kami pun kantoi dengan Ustaz, aku terlepas, tapi Pejal ngan Fahmi kena naik atas pentas buat demo.

Pejal dan Fahmi diberikan Microphone dan suruh ulang balik apa yang mereka buat dalam barisan tempat duduk. Memang dasar kepala kacang hantu dan kuat menganjing, selamba je diorang berlakon balik. Dah macam orang Siam dengan Sierra Leon bersembang selepas 19 tahun tak jumpa.

Bunyi dia lebih kurang macam ni, sorang tanya dan sorang jawab dengan laju setiap soalan dengan jawapan yang merapu tapi berbunyi kaedah mokhdar, sebegitu pantas sehingga ia berbunyi sama dengan Mokhtar dan anak dia walhal masing-masing tak faham apa yang diorang tanya dan apa yang diorang jawab.

"Lan Man - ga lan - Pa ma -gu ga, ga ma - pan lan -  juh puh - tan tan - man man - man tot- man ya, guh mah - lan pan - wa ma - pat ga - mak juh - pat pan, pan lan - ga ma"

Sangat laju sampaikan tahap budak-budak perempuan yang tak faham apa yang berlaku mati-mati ingat yang budak dua ekor tu memang dah master Kaedah Mokhdar walhal diorang hentam kromok je. Sampaikan dengar la kat belakang kami deruan suara kagum.....

"Huiyooooo, Peerghhh, terer ahh Uiyyooooooo"

Aku plak hanya gelak mengekek-ngekek, akhirnya terkantoi yang mereka hanya berlakon sebab makin lama bunyi kaedah mokhdar tu dah makin pelik dah, tak sama dah dengan Nahu dan Fe'el Mudoriknya.

" Lam pam, ke li tat tat mat gu, geng dang, geng dut, ta mak, blok klok, plok blap, plut plat, klap klup"

Terus satu dewan gelak dekah-dekah bila tengok diorang buat muka kering je ngajing Mokhdar atas pentas, Ketara muka Mokhtar yang merah padam dan tersipu-sipu sebab dia rasa budak-budak dah faham bahawa kami semua bukan nak tau pun kalau anak dia jawab soalan dia salah, sebab anak dia main jawab je ikut bahasa mokhdar. Bantai la bunyi apa pun.

************************************

Demi meraih balik kepercayaan audience, Mokhtar mencabar mangkuk dua ekor kat atas pentas tu dengan cabaran memori iaitu mengingat banyak digit dalam masa pendek. Dia cakap.......

" Oooo pandai ye awak ajuk-ajuk saya, hehehe kreatif-kreatif, bagus. Tapi saya nak cabar awak, saya boleh tunjukkan anak saya hafal 50 digit nombor secara rawak"

Pastu dia pun tulis la 50 digit nombor rawak atas kertas putih kat whiteboard. Tanpa kejutan sudah tentulah anak dia boleh ingat balik semua nombor tu dengan mudah menggunakan kaedah Mokhdar.

Semua orang tepuk tangan, walaupun ada yang tidak berbunyi gemuruh sebab budak-budak perempuan ada yang tepuk guna belakang tangan, sebab percaya bila bertepuk secara depan berbunyi itu akan menghasilkan anak-anak syaitan yang menetas dari hentakan dua tapak tangan.

Kemudian dia panggil Fahmi suruh tulis sendiri nombor-nombor rawak, dan kemudian ambil masa 5 minit untuk ingat, kalau dapat jawab sebut semua nombor tanpa salah, dia akan bagi RM10.00

Maka Fahmi pun tulis 50 digit, lepas dah tulis, dia pun tekup dahi dia selama 5 minit sambil buat muka kerut-kerut untuk hafal semua 50 digit tersebut yang berkedudukan rawak. Lepas dah cukup masa Mokhtar ambil mikrofon dan dengan bangganya cakap akan bagi lagi 2 minit tambahan untuk dia ingat. Lepas tu dia tanya Fahmi. " Okey adik boleh mula sekarang dalam kiraan 1...2....3..."

Fahmi dengan selambanya menyebut 50 digit itu sahingga hampir habis, dan 10 digit yang terakhir fahmi berlakon seakan-akan susah nak ingat, setiap satu nombor dia akan berusaha 5 saat untuk ingat. Mokhtar dah nampak seakan-akan menang pertaruhan ini.

Tapi akhirnya Mokhtar kecewa sebab selepas bertungkus lumus, Fahmi berjaya menjawab dengan baiknya sambil disaksikan oleh hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah hendaknya.

Mokhtar seakan tidak percaya dan kemudian dia interview Fahmi.....

" Syabas adik, saya kagum dengan adik. Bukan senang untuk Orang Melayu mengingat nombor rawak yang banyak macam ni tau? Saya kagum betul tengok kekuatan memori awak. Macam mana awak boleh ingat ya?"

" Saya ada menggunakan kaedah saya sendiri, kaedah ini saya gelarkan sebagai Fahmidar"

" Cuba awak kongsikan rahsia kaedah awak yang berjaya buatkan awak ingat semua digit yang banyak ni?"

" saya boleh kongsikan, tapi encik kena bagi dulu RM10 yang encik janjikan tadi"

" Owh ye, nah duit hadiah yang awak patut menang"  semua orang tepuk tangan dan bersorak-sorak untuk Fahmi sambil tak sabar nak tau rahsia kejayaan Fahmi.

" Okey sekarang bagitahu macam mana awak boleh buat?" Tanya Mokhtar.

" senang saja cik, cik tadi bagi saya marker pen dan cik suruh saya tulis 50 digit nombor rawak kan?

" Betul, jadi awak ada conteng dekat tangan?"

" Tak, nampak kan saya tulis secara barisan-barisan nombor kat kertas tu kan?"

" nampak! Maksudnya macam mana?"

" Okey, Barisan pertama nombor telefon rumah saya, barisan kedua nombor telefon Ofis bapak saya, barisan ketiga nombor plate kereta bapak saya campur dengan nombor plate motor abang saya,  Barisan ke empat alamat penuh rumah saya siap dengan poskod, dan barisan kelima tu hehehehehehe, no IC saya"

" Bijak bijak bijak.....bijak bijak bijak... tak sangka saya... bijak bijak bijak"

aku rasa lebih 10 kali Mokhtar ulang perkataan bijak itu tanpa dia sedar. Dan kami semua dalam dewan terkedu kagum, sampai aku pun terasa sangat kagum dengan muslihat si Fahmi hingga membuatkan aku masih ingat peristiwa itu sampai la sekarang ni. Bagi aku itu adalah Ultimate genius bagi budak yang berumur 13 tahun, yang mampu menewaskan orang dewasa dengan muslihat remeh.

Maka malam tu kenyang la aku, Pejal Bibir dan Fahmi Ampang makan nasik goreng bungkus tepi asrama dengan sardin roll 3 seringgit.


**********Tamat**********



Encik Mokhtar 52 tahun, aku masih ingat rupa dia mcm mana walaupun aku belum jumpa gambar ni tadi,  sumber gambar : Blog umi & Nafisa.




P/S I Faizal Bibir mendapat namanya kerana bibirnya sangat munggil ibarat bibir ketua puak Masai di Afrika


P/S II Nama anak dia Norman Hakim, tapi aku tak pastilah bapak dia panggil dia norman ke hakim ke baby ke adik ke, aku hentam je lah, korang andaikan betul je. aku tak ingat. Aku jugak tak tau mana kawan-kawan sekolah Rawang aku dulu berada, yg peliknya kawan sekolah rendah banyak yg dah jumpa balik.


P/S III Semua kaedah aku dah cuba tapi tak berjaya membuatkan aku Genius matematik, sehinggalah aku mula bekerja  baru aku menjumpai kaedah yang membuatkan aku terer matematik ekonomi, dinamakan Kaedah Kalkulator.

33 comments:

  1. aku suka gila kot ngan maths dulu... hahaha... tatau apesal...dulu laa zaman skolah2 dulu sebab selalu dapat markah penuh untuk maths...

    sampai la ke zaman tahun asas di mana aku bergadoh ngan lecturer je aku tak berapa nak suka benda2 nombor... dah dia nak dier je betul... tanya lain sikit nak marah...

    zaman dip plak lecturer calculus ske wat palat dalam kelas... jenis pilih2 student...

    zaman degree lak ape pesen ntah blaja bende2 berkait maths secara menghafal step by step... gile ke hape... cara mudah ke cara sendiri takleh...

    last2 skang aku stress tengok maths...

    ReplyDelete
  2. haha. kenangan lama. aku memang kagum bila time demo mokhdar ni. sampai berminat beli basic buku dia. aku dah bayar kalau tak silap RM15 dekat cikgu. tapi sampai sekarang tak sampai sampai jugak buku tu. keciwa gilak.

    tapi baru aku sedar, kalau takde mokhdar pon ok je. boleh score math apa. so, sekarang aku lebih percaya dengan kehebatan supermokh je. heh!

    ReplyDelete
  3. *aku selalu jeles dengan nieces yg pergi tuisyen sempoa sekarang. tapi memang smart le budak Fahmi tu. Apakah kerjaya beliau sekarang??

    *tepuk tangan memang setan beranak yek?

    ReplyDelete
  4. Kenangan sekolah lagi! Aku sebaya dgn kau tapi aku langsung tak ingat apa apa pasal mokhdar...yg aku ingat, blajar sempoa...cukup seminggu sume pakat buat "skateboard"... Minggu kedua semua sempoa jadi tasbih. Hahahaha! Hadoi... Betul betul kenangan..

    -nampak benor aku ni kuat main dulu dulu. hahaha

    ReplyDelete
  5. hahahah serius ini adalah lawak!

    aku rasa kaedah mokhdar ni memang entah pape sikit tapi aku hormati kecekalan anak branak ni.

    tiada kaedah terbaik yang boleh mengatasi kalkulator..syabas untuk aku yang lembap mate jugak..

    ReplyDelete
  6. aku pernah tau kaedah mokhdar ni sebab dia datang skola aku gak. tapi xpernah nak tau/blaja secara detail kaedah ni. bosannn.

    lagi suka blaja sempoa. kawan aku cina buat kira2, gerakkan jari je. jeles aku. aku gigih blaja sempoa sebab nak ikut cara kira macam kawan aku ni. osem kot!

    ReplyDelete
  7. aku tak suka advanced math..!!! Y__Y


    owh..aku penah gak bljr sempoa..tp masih lembap jugak..

    hahahahhaa..

    dulu sekolah menengah, kitorang jumpa kaedah easy math.. tapi aku pn da lupa kaedah tu cmne..

    huhu..nmpk sgt bljr utk exam..

    ReplyDelete
  8. zaman pasca 2000, ada kaedah Adiputra pulak. Lagi 20 tahun, akan ada budak 13 tahun yang troll dia nanti. heheh.

    Salam persinggahan kembali. Dah lama aku jauhkan diri dari alam blogging. bukan apa. busy. Blog sendiri pun tak terbukak

    ReplyDelete
  9. dr zmn skola...smpai dh ke tua ni...masih xphm guna kaedah mokhdar ni....lbey phm guna cr otak sndri leh pk....huhuhuh

    ReplyDelete
  10. pehhh. aku rasa kagum la dengan fahmi tu. hebat betul dia. sampaikan salam aku kat dia. hahaha.

    ReplyDelete
  11. yuppp!! era tu memang famous amos ngan kaedah mokhdar & sempoa tu tp kaedah kapal terbang tu aku x pernah dgr kot...:)

    aku pun lembab math ni, nape la dlm exam xleh guna kalkulator ekkk...hahaha

    ReplyDelete
  12. kaedah kalkulator itu sangat mengkagumkan...hehe

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. tak sia2 gua baca entry lu yg super panjang.. okeh sekarang memang gua tabik membe lu tu.. gila genius.. kah3 tapi kalau gua jadi penceramah tu.. mahu gua carik2 muka membe lu jadi kepingan2 kecil.. kah3

    ReplyDelete
  15. hahaha....tergelak2 aku bace part kawan2 ko kantoi and bhn c mokhtar tuh...hihi..

    pernah gak g seminar die...tp balik ape pn xdpt...at the end blaja sendiri je n gi tusyen...dpt A gak..hahaha

    ReplyDelete
  16. oopss tertinggal plak satu perkara.Ko demam better g klinik n dapatkan ubat yg bersesuaian,jgn gantung harap pada Panadol mahupun pil KK saja.
    sekarang kes denggi dah bermula.Bukan nak takutkan ko cuma ingat mengingatkan sebagai sahabat =)

    ReplyDelete
  17. Add math ? ffuuu, tak suke tak suke

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya saya tahu muslihat itu dan saya selalu ulang di sekolah-sekolah lain. Saya saja nak bagi dia RM10. Tak tahu pula ada orang yang salah sangja seperti tuan. Tapi perlu dijelaskan. Kaedah Mokhdar bukan kaedah kira cepat untuk lawan dengan kalku,ator. Kaedah Mokhdar adalah kaedah untuk menajamkan mind dengan angka, simbol, ayat dan ungkapan Matematik. Ramai yang salah faham termasuk tuan sendiri. Sayang kerana tuan tidak menghayati ceramah tersebut tetapi membuat fitnah seperti ini. Saya tak kisah kerana saya telah oun berusia 52 tahun, cuma saya khuatir tuan khianat kepada perjuangan bangsa kita tanpa tuan sedari. Saya tak minta tuan terima kaedah saya cuma saya terkilan kerana tuan membuat fitnah tanpa apa-apa agenda. IndyaAllah,kita pasti akan bertemu nanti dan bolehlah tuan mendapat penjelasan face to face daripada saya. Atau atur sahaja suatu sesi debat jika tuan berhasrat untuk lebih agresif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, atau layak saya panggil pakcik...

      takde mana2 bahagian tulisan saya di atas yang berunsur fitnah.kalau ada sila tampilkan. Kalau Encik Mokhtar ikut tulisan saya, saya hanya cerita kisah nostalgia, kisah di atas adalah kisah benar kawan saya dan saya masa encik mokhtar datang ceramah ke sekolah kami. tiada tuduhan apa2 yg dilemparkan, ia hanya cerita yg ada dalam ingatan saya.

      Delete
    2. saya dah terkena dgn Mokhdar nie....pengalaman jadi pengajaran....akhirat tempat pembalasannya

      Delete
    3. saya dah terkena dgn Mokhdar nie....pengalaman jadi pengajaran....akhirat tempat pembalasannya

      Delete
  19. saya anak pengasas kaedah ini.dan telah ikuti ceramah ayah sejak dari kecil lagi.segala apa yang diperkatakan oleh tuan empunya blog ini ternyata banyak tokok tambahnya~mungkin sebagai penambah perisa cerita agaknya. tetapi apa2 pun syabas dan tahniah kerana menghiburkan saya dengan jalan cerita saudara yang sangat menarik walau hakikatnya nampak sangat nipunye...wassalam

    Nur Izham Makhtar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya taktaulah kalau awak baca tulisan saya di atas ni berbaur negatif.

      saya tulis pasal kenangan nostalgia saya, dan saya takde untung nak tokok tambah dan sedapkan cerita.

      saya bukan blogger murahan dan pencipta fitnah.

      kalau awak baca entry saya dari dulu, awak akan kenal penulisan saya macam mana kot.

      dan saya masih lagi tertanya-tanya, kenapa awak dan ayah awak baca cerita saya di atas sebagai tokok tambah dan fitnah, padahal ia kisah benar nostalgia saya dulu.

      samada awak masih kecil masa itu, atau ayah awak lupa. bukan satu sekolah je dia pergi buat tour.

      Sepatutnya cerita di atas menambahkan kebanggaan awak pada kaedah mokhdar ayah awak, kerana ia diingati orang ramai.

      Delete
    2. Nostalgia menjurus menghina orang...x payah la dikongsi.sekadar nk cakap orang seperti bodoh dan x berguna apa lah faedah yang dapat...bertambah iman ke?..

      Burok betul perangai budak agama...kalau sekolah methodis ke..tamil ke..maklum la jugak.

      Delete
    3. Anon 20 march ni macai mokhdar ye, macam otak letak lutut je komen dia. Rasis betul engkau nak cakap methodis dengan tamil maklum dgn perangai buruk? Ke memang macai ni? Hehe

      Delete
  20. sy pernah htr anak ke kaedah mokhdar ni.. blhlh dikatakn bagus jgk..anak sy cpt hafal sifir..tpi dr segi organisasi mcm ada peliklh..x mesra alam langsung...

    ReplyDelete
  21. Saya bekas student kaedah mokhdar okay je, mudah nak hafal formula...
    Pasal penginapan bolehlah asalkan ada tempat nak berteduh..
    (Ank orang kaya je nak tempat penginapan yang macam hotel 5 star)
    Kaedah ini bagus untuk menaikkan daya permikiran mathematic bangsa melayu..tapi saya pelik ada lagi orang melayu yang sanggup menghancurkan bangsa sendiri..Waallahualam

    ReplyDelete
  22. Saya nak hantar anak saya ke kursus keadah Mokhdar pada bulan Mac 2013 ini walaupun anak saya pandai dalam matematik. Sama ada keadah Mokhdar ini bagus atau tidak, yang penting skop pemikiran anak saya dalam bidang matematik ini meluas.

    ReplyDelete
  23. Kenangan menghina orang dijadikan gelaktawa bukannya indah pun.nostalgia menjatuhkan maruah orang x nmpk lak dimana menambahkan iman..
    mcm ni ghupernya peel budak agama...hebat tul..
    ahli sooorgaaa ka mengejek orang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19 march dengan 20 mac sama ye? Padanlah tulisan sama macai

      Delete
  24. tetiba aku ter google kaedah mokhdar.. la ni umur aku 32 sebaya ngan anak mokhtar aka magistrate kt teluk intan dulu if im not mistaken.. aku satu kelas dengan anak dia masa darjah 3 Kuning.. Mohd Nur Amin kat srk st anthony. anak dia mmg hebat sifir dlm usia dia yg muda. sb masa tu aku nak baca sifir pun merangkak susah nk ingat.. mmg selalu aku tiru dia masa exam dulu.. ni kisah benar .. La ni aku engineer.. pasti Amin Mokhtar lagi hebat..

    ReplyDelete
  25. TQ to Mokhdar, semasa sekolah di setiu, Terengganu. Akak aku pernah berceritakan pada aku pasal mokhdar nie, lalu diberikan buku bewarna biru yang mengandungi 2 kaedah, iaitu mokhdar 1 and 2, yang mana yang 2 lebih ringkas dan lagi senang ingat.. tapi perlu ingat kaedah 1 dahulu.. tp bila aku ikut kaedahnya memang berkesan, smpai sekarang masih ingt untuk hafalan nombor yang banyak, kerana ia menghasilkan bunyi yang pelik dan kelakar...Thumb Up to Penciptanya.

    ReplyDelete
  26. Kaedah ini bukan untuk buat kau genius matematik, tapi sebenarnya buat kau lebih efisien dalam mengingat, berfikir dan selesaikan masalah. tak salah guna kalkulator, teknologi moden kita manfaatkan. tokoh al-Khawarizmi pun mana ada kalkulator zaman dia. okay je, pioneer algebra lagi. btw, bukan "ga ma" "pan", tapi "ga ma" "li" yang betulnya.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...