January 26, 2012

Baru Keluar Hutan Taman Negara Mulu

Assalamualaikum...

Bagi mengelakkan keraguan dan kegusaran pembaca blog Rasa Hati, ada baiknya aku bercerita sedikit ke mana aku telah menghilang dekat nak seminggu ni.

Pada hari Jumaat lepas aku telah berangkat ke Taman Negara Mulu, Sarawak untuk ekspedisi menawan Pinnacles di Gunung Api. Xpdc telah berjalan selama 5 hari 4 malam. Iaitu satu malam di Miri, Satu malam di Mulu, 2 malam di Camp 5 ( kaki gunung Api dalam hutan Mulu)

Trip kali ini bagi aku amat menyeronokkan kerana ada banyak aktiviti sampingan dan kawan-kawan yang sporting. Selain dari matlamat utama untuk menawan pinnacles Gunung Api, Kami telah membuat lawatan ke Gua Rusa iaitu **Gua terbesar di dunia. Gua Lang, Gua Angin dan Gua Clearwater.

Selain itu, kami juga dapat pengalaman naik sampan orang Penan dari Lodge di Mulu ke Camp 5, pengalaman menolak sampan sebab Air sungai kering dan macam-macam lagi. Sampai sekarang aku masih mamai dan rasa macam dalam mimpi.

Perjalanan yang agak memenatkan dan kelam kabut, Dari KL - Miri - Mulu - Sungai Melinau - Camp 5 Kuala Litut - Mulu - Miri - Kuching - KLIA. aku rasa dah macam kena Motion Sickness dah, duduk je rasa bergoyang-goyang. Aku syak ni efek sampan berayun dengan take off - landing flight kerap sangat kot, ditambah dengan Platform jetty sungai tempat aku mandi tu beralun, tambah pulak lagi dengan bilik hotel tu yg bergoyang.

Nanti datang rajin aku, aku buat la entry khas berbentuk jurnal perjalanan xpdc Gunung Mulu ini. Sekarang aku nak berehatlah, esok pun mak aku ada minor operation mata, nak buang Katarak. Harap semuanya selamat. dan dapat lah aku berehat sehari dua sebelum aktif kembali menulis blog.

Nah sedikit bingkisan gambar yg aku copet dari FB. nanti ada banyak gambar, aku sambung cerita.

Abaikan muka yg comot itu, aku mmg sengaja tak bawak shaver dan taknak shave, konon2 nak nampak adventure dan  Indiana Jones la. tgk latar belakang! cntik kan....



First time naik Kapal Terbang enjin kipas, Rasa jakun jap, aku ingat ni focker, tapi bukan, nama dia ATR. semua di atas adalah group DMG Trekkers.

Berendam sejurus sampai ke Kem 5 Kuala Litut, wajib berendam untuk hilangkan peluh kat baju dan badan, takut kena serang dengan Sweat Bee (tebuan peluh).. Masa ni penat gila berjalan 2.5 jam straight sejauh 8.8 km mengharung trail hutan
keseleruhan DMG Trekkers campur dengan Mr Burung dan Andy, Guide kami yang sporting dan baik hati.

Naik sampan/boat dari Kem 5 ke Mulu balik. masa balik air sungai dah penuh so takde sesi tolak2 sampan, masa  pergi tu ye.

Gambar ni kenangan ni, bukan senang nak sampai ke Camp5 ni. jauh perjalanan dia. penat baq hang.
Dalam Gua Angin. pengalaman masuk gua best gak lah, tergamam tengok keindahan alam ciptaan Tuhan.


Okeylah, aku nak sambung rehat, badan rasa melayang-layang. esok ada banyak urusan. Untuk pertanyaan dan permintaan mengulas isu-isu semasa, insyallah aku tulis esok lusa k.

P/s 1 Penat

p/s 2 Letih

p/s 3 Jerih

39 comments:

  1. bestnye hoi!! pergi tak ajak..rindu gile nak buat outdoor cenggini..lama dah aku tinggal dunia best camni..dengki woi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kalau ajak pun aku rasa peratusan ko nak join tu kecik, takpe tengah tahun ni aku nak organize gi jenjalan kat taman negara pahang. nanti aku iklankan sapa nak ikut.

      Delete
  2. gua angin aritu aku xsempat masuk...
    kitorang masuk ke gua pari2 je..


    seronok gila ko punya pengalaman..!


    dada berbulu..awwww...aumm...
    kemain aku menelek kan..hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dah sampai mulu dah eh? hebat gak ko nih...

      nampak je bulu dada aku.. haiiishhhh

      Delete
  3. gua ada 5 soalan tak banyak..
    1.gua pelik dengan miss senget heran dengan lelaki berbulu dada? adakah? ok abaikan bukan soalan..
    2.ni xpdc ikut mana ni?
    3.gua boleh join tak xpdc jenis ni?
    4.3 tempat tu pergi turun naik flight atau pakai jalan?
    5.gua berminat dgn tebuan peluh.. dia sengat orang berpeluh ke hape?
    sila jawab dengan tajwid dan harakat yang benar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. dia ghairah tgk lelaki berbulu dada
      2. ikut geng gunung/trekkers company aku cmpur dgn ahli luar.
      3. boleh je, pokoknya ongkos dan kemahuan.
      4. kl-miri flight, miri-mulu flight, mulu dlm hutan sampan.
      5. dia sengat org hasil dari navigation dia tertarik dengan bau peluh mamalia yg kuat...

      Delete
  4. patut la sunyi jer...huhu, bertapa ghupanya.. Haha.. Relax dulu bro. Kejar napas.. Dah setel, baru henjut topik baru... Anyway, katarak operation tu takde apa sgt, cuma lepas operation tu kene jaga...makan kena pantang. Ayah aku dah 2 kali buat..so takde hal la.. Takyah ghisau la.. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok thanks, mak aku dah berjaya buat operation td. takde berbungkus pun mata. cuma kena titik ubat la.

      Delete
  5. First time karangan pendek dan banyak gambar.Haha.

    Tak pernah g sarawak dan tak tahu nak tanya apa.keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni namanya karangan menghilangkan rindu.. hahaha

      Delete
  6. Perghh...lawa gambar perrrmandangan iteww..i likee, tapi aku kurang kenan sikit kat nko, kalau nak "berak" pun jangan depan orang ramai weyyy....lepas tu berlatarbelakang eropelen lagi..huhh..tak hagak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah syak dah, mesti org ckp posing aku tu mcm berak. hishhhh.. silap pilih gambar la..

      Delete
  7. psstt: patutler seminggu menyepi.. jeles ai tengok gambar2 itu.. tapi tengok tajuk dan gambar pertama.. ye ai setuju.. memang baru keluar dari hutan Mulu.. hikhikhik..

    psstt lagi: moga makcik cepat sembuh lepas buat minor operation tu..

    last psstt: takde souvenior ke..? bukan umah kita dekat ke.. hikhikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pssst : semak samun banyak kan

      pssst : makcik dah selamat operet dah

      psstt : souvenior takde, duit dah habis. ada hama taik kelawar je melekat kat badan. haha

      Delete
    2. psstt: lain kali cukur dulu baru tak semak.. :)

      psstt: Alhamdulillah..

      psstt: hahaha.. kena rendam lamaler cenggitu..

      Delete
  8. hahaha.
    berbulu tau kite tengok bulu awk
    rasa nak pintal je
    tapi kita sabar je
    sbb kita taknak bulu awk pulak melekat kat kite
    ew!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bulu bertaut bulu barulah ikatan cinta makin mekar. hahaha

      ibarat akar jiwa merangkul bersama mengusik kenangan nan indah. di tabir bulu2 gemersik itu terungkailah rahsia kegelian yg nyata.. wahahahahaha

      Delete
  9. komen asip macam haram.kah3


    waaaa pipi die. pipi die..... cakap pipi orang bulat, padahal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal pipi dia pun lagi besar kan.. pipi yg tembam lambang kecomelan yg nyata aleen... haha

      Delete
  10. gambir sarawak xde ke....ekekekekeke

    ReplyDelete
  11. syoknya! syoknya! syoknya!
    tak tahu nak komen apa dah, walaupun penat mesti best kan?

    ReplyDelete
  12. versi melayunya indian Jonet la gambar ko x bercukur tu.. kekekekeke. spender cukup stok dah selama 5 hari kat sana Nyah??? kekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepender? masa duk hotel pakai spender. duk hutan tak pakai, nanti buah tak dapat bernafas. haha

      Delete
  13. padanlah kat twitter pun senyap je. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, nasib baik takde sindrom ketagih. kalau tak mau geletar badan..

      Delete
  14. moga selamatlah operation tuh.. #_#


    aku xde masa pun nak buat aktiviti dekat dengan ciptaan Allah cenggini..aumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat dah. skrg tgk tmpoh recovery la plak...

      ko kena pandai la uruskan masa, kerja sampai bila tak habis Zuemiey.

      Delete
  15. 1. bestnye
    2. syoknye
    3. seronoknye
    4. gumbiranye

    (+________+) -----> jelezzzzzzzzzz...

    ReplyDelete
  16. best... aku nak joint lain kali boleh?

    ReplyDelete
  17. serius, saya rindu nak baca tulisan kamu bos, keep it up, da lame tak berblog kan,, tp blog ni tetap menulis dgn isi yang terbaeeeekkk

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...