Jika korang ikut blog ni dari dulu, korang dah perasan pattern tulisan aku, penceritaan itu sebenarnya tidaklah rawak sangat. Latar masa cerita akan berkembang sealiran dengan relatif waktu. Dari kecik ke sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah waktu semasa.
Tapi kadang-kadang ia berkecamuk jugak, itu melambangkan aku terkenang kembali peristiwa khusus akibat dari peristiwa semasa yang mencetus. Kali ini biar aku bawa korang semua kembali ke zaman aku tingkatan satu. Tahun 1997, zaman Raihan tengah ketuk-ketuk percussion atas pentas.
****************
Masa aku form 1, setengah tahun dalam kelas aku duduk meja hujung sekali dekat dinding, pada masa tu aku duduk situ sebab aku nak borak dengan Bari dan Pejal, tapi lama-lama kami semua menjadi bosan. Hari-hari nak mengadap muka misai jarang pun bosan, kata sepakat telah diambil untuk kepentingan kami boleh bermesra bersama gadis.
Bari pilih meja belakang Zila, Pejal pilih meja sebelah Ana, Aku pulak pilih meja depan Haida dan Hafizah. Hafizah ni comel, muka standard modified budak perempuan baru nak belajar jadi anak dara, putih-putih. Ciri fizikal yang aku tak boleh lupa pasal Hafizah adalah muka dia terlalu putih dan kulit dia nampak nipis sampaikan kelihatan urat-urat hijau kat pipi dia. Aku tak menggatal kat dia sebab dia comel sangat dengan dah ada skandal dengan Hasbullah.
Justeru aku menagih kasih dengan Haida. Tidaklah menjadi kekok pulak bagi aku nak berhubungan dengan gadis sebab masa aku sekolah rendah lagi aku dah baik dengan perempuan. Tapi ada sesuatu yang istimewa pasal Haida. Haida tidaklah comel sangat, muka dia hitam-hitam manis, pipi tembam, gigi hamster, mata kecik dan berhidung mancung. Kalau nak judge muka dia, sedang-sedang elok kata orang, tak malulah nak bawak lepak tengok wayang. Tapi Haida ni tinggi dan tegap orangnya, tak menggedik sebaliknya cool dan lemah lembut dalam bicara, walaupun lemah lembut tapi dia masih menyelitkan unsur-unsur menggatal dalam lawaknya.
Banyak kenangan aku dengan Haida. Aku dulu selalu tertidur dalam kelas, bila aku tertidur, Haida akan sepak kaki kerusi aku dari belakang, Bila aku tersentak terkejut aku akan toleh ke belakang sambil buat muka garang-garang brad pitt.
" Muka Garang-garang bradpitt tu macam mana Zul?"
" Kau bayangkan muka brad pitt masa bangun tidur dalam cerita Mission Imposibble"
" Tapi Zul, Mission Imposibble tu Tom Cruise, bukan Brad Pitt"
" Ala, kira cincailah, ikut la ikut la, aku malas nak bertekak, potong stim la korang ni"
Bila aku pandang belakang, Haida akan senyum sengih pada aku sambil menyeringaikan gigi hamsternya. Lepas dah sengih dia akan buat muka garang-garang manja seraya berkata..
" Hey budak, tengok depan la, cikgu mengajar, Tidur je kerjenye"
Aku pun buat muka tak puas hati sambil genyeh-genyeh mata manja, padahal dalam hati dah berbunga sebab tau ada orang ambik berat pada diri ini, rasa kalau boleh nak melompat Ballet sambil menaburkan bunga-bunga sakura di sepanjang ufuk tenggara.
Semakin hari, ikatan kasih sayang itu makin bertambah erat. Kadang-kadang aku akan beli kacang botak sepeket 20sen dan bagi pada dia, kadang-kadang aku beli sagun gula, kadang-kadang aku beli gula-gula Hudson bagi dia, aku ingat lagi yang dia suka sangat gula-gula hudson hijau yang berperisa limau tu.
Pada satu hari, aku ingat lagi hari tu hari Isnin, selalunya hari isnin adalah hari kemewahan budak asrama bak maharaja china purbakala. Hari sabtu ahad mak bapak akan datang melawat, so banyak lah duit belanja dan Jajan macam Biskut meri, biskut kelapa, biskut mayat, roti, maggi dan macam-macam lagi. Selain itu kalau hujung minggu itu mak ayah tak datang, budak-budak akan outing ke pekan Rawang.
Pada satu hari Isnin ni, Haida tunggu waktu rehat, tapi dia tak pergi kantin, sebaliknya dia suruh aku tunggu dekat kelas.
" Hey Zul, meh sini, aku ada benda nak bagi kau"
" Ape dia Haida? baiknya hati kau nak bagi aku hadiah"
" Nah amik ni wafer, aku beli kat Rawang masa outing semalam"
" Aik, peliknya Haida, sepanjang aku hidup, ni first time aku dapat hadiah cekelat dari pompuan tau tak"
" Eeee kau ni lawak la, ni bukan cokelat la sayang, ni nama dia Wafer. sebut betul-betul, W.A.F.E.R"
" Waaaaaaafer! mesti sedap wafer ni. lagi sedap bila kau panggil aku sayang"
" Gatal! dah makan cepat"
" aum ngap ngap ngap"
" sedap tak?"
" seeeeedap sangat!" terima kasih ye Haida"
" sama-sama, haaa makan makan makan"
Aku ambil wafer tu, aku makan depan dia cepat-cepat lambang menghargai pemberian orang. lepas aku makan Wafer tu, plastik bungkus dia aku simpan bawah alas meja aku, aku alas meja aku dengan pelastik meja, atas pelastik meja tu aku alas lagi dengan plastik lutsinar.
Bawah plastik lutsinar tu ada lah macam-macam student letak, ada gambar keluarga, jadual kelas, pembalut gula-gula makwe bagi, plastik bungkus coklat Cadbury or Van hauten, dan Yes! Plastik pembungkus Wafer itu aku anggap sebagai kenangan pemberian dari orang yang aku sayang.
Setiap kali Haida lalu depan meja aku nak keluar ke pintu depan kelas, dia mesti jeling plastik wafer atas meja aku, pastu dia senyum, dia tau yang aku telah mula sayang dia. Aku pun mula nampak ada pembalut gula-gula atas meja dia, Plastik gula-gula Hudson kaler hijau, Yes!! aku tau dia sayang aku.
Makin hari makin rapat hubungan kami pada masa tu, tapi bukan atas dasar cinta, cuma kasih sayang yang tidak dimengertikan lagi. Nak mengerti cinta apanya jika bulu ari-ari pun belum tumbuh lagi. Setiap hari aku akan pandang plastik wafer 3 serangkai tu, ada kaler biru untuk Wafer Vanila, Kaler merah untuk Wafer Strawbery dan Hijau untuk Wafer coklat.
Lebih kurang macam ni wafer yang aku dapat tahun 1997 dulu, tapi tak tepat la. kalau nak ikut tepat, dia takde kaler putih, dia biru semua, merah semua dah hijau semua. |
******************
Pada satu hari, ada dentist datang sekolah buat check gigi, dipendekkan cerita, lepas doktor cek gigi kami, nurse pergi buat gila annouce keputusan dalam kelas. Kononnya untuk bagi pengajaran supaya menjaga kebersihan gigi.
Aku dapat Gred A untuk gigi paling bersih bersama 5 orang lagi budak kelas, manakal Haida dapat Gred D bersama dengan Hasbullah dan seorang lagi hamba Allah yang aku lupa nama. Pada hari itu adalah hari paling sedih bagi Haida. walaupun aku tahu gred gigi tu takde kena mengena dengan aku tapi aku cuba menggembirakan dia.
" Haida, lepas ni aku tak boleh bagi kau gula-gula Hudson lagi dah, kau makan gula-gula banyak sangat, sebab tu banyak ulat makan gigi kau. Kan dah dapat D. Pasni takde gula-gula dah k!"
" eee bengong la budak kecik ni tau! hahahaahaha, mengada!"
" eleh baru nak gelak, suka. tadi monyok bukan main"
" mau tak monyok Zul, malu weih orang tau gigi aku kotor, dapat D tu!"
" Walaupun gigi kau kotor di mata doktor, tapi tetap berseri di mata aku Haida"
"Gedeebukkkk" hambik hinggap penumbuk belakang badan. Okey aku berjaya pujuk Haida yang monyok.
Kadang-kadang bila dekat kantin, Haida lalu nak pergi beli makan, dia lalu dekat meja yang aku duduk, lepas tu dia akan pandang dan senyum-senyum kat aku, rasa macam jalan tar tapak perhimpunan depan kantin tu terus berubah menjadi pasiran pantai dipenuhi buih ombak yang menderu pada penghujung musim panas Andalusia.
Bila sembahyang berjemaah kat surau masa maghrib dan Isyak, aku akan duduk row belakang, dan Haida duduk Row depan saf perempuan, lepas amik wudhu aku pandang dia sedang bertelekung, terus hilang masalah aku pada hari itu. Maklumlah masalah sering timbul bagi budak asrama umpamanya Spende hilang di ampaian, Selipar dicopet sebelah lain dan sebelah lain. Mangkuk megi hilang disamun Babun berambut hitam dan juga cadar sering komot akibat jadi wakaf tempat duduk senior datang berborak.
Aku suka gula-gula Hudsons, aku suka hudson hijau dengan kuning tu. Hudson biru aku jarang dapat makan. Gambar diambil dari ah-ros.blogspot.com |
***************
Dipendekkan cerita yang dari awal taknak pulak dipendek-pendekkan. Sudah sampailah masanya ke penghujung tahun sekolah 1997, Dari awal lagi aku dah tau yang aku akan berpindah ke Mersing kerana family aku semua berhijrah ke sana.
Aku sudah nampak masa depan aku akan berpisah dengan Haida iaitu kawan perempuan yang aku sayang masa tu. Jadi aku amik plastik wafer Biru, Merah dan Hijau tu, aku lipat dan simpan kemas dalam diari. Hanya inilah kenangan kisah aku dan dia.
Tiadanya bertukar nombor telefon sebagai penyambung bicara, tiadanya gambar diri bersaiz A4. Hanyalah kata-kata akhir dari seorang kawan kepada kawan.
" Erm, eh Haida, kita dah nak habis sekolah dah ni, tak taulah kita dapat jumpa lagi ke tak lepas ni kan?"
" Eh kenapa pulak kau cakap macam tu Zul? kita kan cuti kejap je, tahun depan kita naik la form 2, masa tu kau tengok muka aku pun naik muak tau Zul"
" erm, aku rasa minggu ni minggu last la kau jumpa aku Haida, lepas ni aku dah tak sekolah sini dah, aku pindah Johor"
" Serius Zul?"
" Ye serius, bapak aku bisnes kat sana, jauh sangat nak tinggal aku ngan abang kat Rawang ni, so kami pindah sekolah kebangsaan la kat sana pulak"
" erm nak buat macam mana, sampai sini je lah jodoh pertemuan kita Zul, kau nanti dah pindah sana jangan lupa aku ye Zul, aku sayang kau sangat"
" Aku pun sayang kau Haida"
" kau ni comel la zul, perangai sebijik macam adik aku, sebab tu aku sayang kau, aku sayang kau macam adik aku la Zul"
" Erkkkkkk.... adik???!!!"
" Ye lah, selama ni kau ingat aku sayang kau kenapa?"
" Takdelah ape pun, aku ingatkan kau sayang aku special ke, ape ke"
" Taklah, selama ni aku anggap kau macam adik aku"
" Tapi kita kan sebaya, umur sama. mana boleh jadi"
" Apa pulak Zul, kau kan lahir bulan dua, aku lahir bulan satu, dah tentulah aku kakak kau"
" lantak kau lah Haida, adik ke kakak ke, abang ke, apa ke, yang penting aku sayang kau, dan at least aku tau ada orang sayang dan amik berat hal aku, percayalah aku takkan lupakan hubungan kita ni sampai bila-bila Insyallah"
" kau jangan lupa aku ye zul, janji tau Zul"
" Insyallah, janji aku tak lupa kau Haida"
Nampaknya janji aku kepada Haida masih lagi tersimpan hingga kini, Apabila aku masih lagi mengenang setiap kenangan manis yang berlaku antara kami setiap kali aku makan wafer samada yang rangup atau yang lemau masuk angin.
Tapi aku mushkil betul, dalam banyak-banyak benchmark kasih sayang ada kat dunia ni, dia anggap aku adik dia. Potong stim betullah Haida ni.
************Tamat************
P/S I agak-agak Haida search tak nama dia kat Google search? kalau dia search dia jumpa tak blog Rasa Hati? kalau dia jumpa blog Rasa Hati dia kenal tak Zulfikar Hazri? Kalau dia kenal Zulfikar Hazri dia ingat tak aku kawan dia yang masih ingat kisah dia dan aku bersama Wafer coklat itu?
P/S II siapa pernah kena sindrom Kakak/abang angkat sebaya meh citer kat aku. aku pernah jumpa sorang masa aku tingkatan dua, sumpah gedik tengok aihhhhh....
P/S III padahal diri sendiri buat jugak, hahahaa
hari ni besday dia ke ikar..?
ReplyDeleteko x de cari dia kt fB ke ikar..?
Aku tak pasti Birthday dia bila, rasanya 3 atau 7 januari kot. tak pernah cari, tapi selalu ingati.
Deletekah kah kah kah.
ReplyDeletesy langkau kelas jadi umr muda setahun,bila junior masuk sy dipaksa ambik adik angkat ms program benda apa entah.Sampai ke sudah sy kena jadi kakak dia padahal sama umur je.hahaha
Tapi adik angkat sy baik gila.Selalu belanja makan biskut lah,beli nasik lah.Dahlah dia comel.hikhikhik
untungla budak tu dapat kakak angkat muda, cun lak tu. mana budak tu skrg?
Deletewah,baca sampai habis lagi.potong stim haida nih,adik angkat je.zul punyalah ecing dah couple.
ReplyDeletetapi serius sweet gila love story korg.leh wat drama korea.huhu
tapi aku sayang dia, kalau dah besar2 ni dia syg aku mcm adik pun aku dah bersyukur sangat. mesti leh selalu bermanje kan. hahaha
Deletetu la die yg dinamakan sentimental value.... kenangan yg memberi kesan dalam hidup... walaupun dengan hanya sekeping wafer... tak try jejak kaseh ke?... mana la tauuu...
ReplyDeleteada gak cari2 nama dia kat fb smlm tak jumpa la beb.
Delete:) soo sweet
ReplyDeleteNak Wafer!!!!
Deletecari la dia Ikar.. aku rasa mesti dia teruja bila tau post ni.
ReplyDeleteaku pernah bagi coklat dengan perempuan yg aku x suka, tapi aku x sangka kerana coklat tu dia suka aku.. *ye ke sebab coklat..hurm..
berangakat-angkat ni pernah gak la kawan aku ckp ada junior nak jadi adik angkat aku. aku pengawas masa tu so junior x berani tegur aku. tapi aku x minat adik angkat girl.
last-last ada la sorang adik angkat lelaki yg sampai hari ni jadi adik aku.
IKar..cari..jangan x cari..
blog 'awek cina' aku dah baca..harap tahun ni dia ada rezeki dapat anak lepas dia gugur tu.
zzzZZZ...
Dulu aku pernah nak amik adik angkat lelaki, sekali ada eksiden berlaku, terus aku batalkan hasrat.
Deletebaiklah, aku ngah cari ni.. mana tau dia masih ingat aku ke ye dak?
pet sis/bro ni sindrom budak2 hostel. harus bagi jajan, tukar jam, berbalas kad, dedicate epal, candy, roses.. paling syahdu bila budak2 kelas pure science bagi nota berbaur cintun tulis kat kerta pita lab yg amat kecik itu.. thrill amat!!
ReplyDeleteawak memang lebih skill, siap tulis note cintun atas kertas pita lab.. pastu gulung2 kat pensel, tayang kat kawan2 kan. haaha
Deletedisebabkan dulu aku sekolah kebangsaan laki laki...so xde pengalaman adik / akak / abg angkat ni... tapi awek angkat adalah... hahahaha... itupun sekolah jiran.. lol!
ReplyDeleteaku syak ko sekolah kat Anderson dulu ni, takpun VI. ye tak?
Deletesyak? oh tidak.. aku sekolah menengah laki laki Bukit Bintang PJ.. Hehehe. Seronok lah kau ada memori dgn awek satu kelas... Memember dan aku sume dok memori daun pisang dgn awek sekolah jiran...xpun form 6... Hahaha..
Deleteikar,ko trylah gugel nama dia kot2 dia masih single lagi ke..manalah tau..manalah tauhu....tahuuuu..
ReplyDeletejap aku google skrg ni jap.
DeletePerghh...serius aku suka baca style nko tulis...boleh buat novel...tu yg aku sayang kat nko gak...hahahhaa...muntah pelangi sudahh >__<..ada campur petai lagi!!...
ReplyDeleteko sayang aku sebagai adik kan???? nak wafer!!! nak wafer perancis yg lembut ada cokelat tuuuu
Deleteala tak tumbuh bulu ari2 pon takleh bercinta ke? kita tak de lagi.hikhik
ReplyDeletealalala comelnye awak ni takde bulu ari2 lagi kan? errmm pakai suar katak tak?
Deletepelik plak tgk korang melawak pasal bulu ari2... Hahahaha
Deletesuwit giler.. har har har
ReplyDeleteko berangan eh masa baca?
Deleteakak baca setiap komen sebab nk tgk kot2 si haida ada tingglkan komen.. kat mana la haida tu srkg ek...
ReplyDeletesaya pun bukak blog duk cari ada tak nama haida datang komen..haha saspen kak oi.
Deletekenangan zaman skola.....weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....bes nye bile ade org amik berat kn....huhuhuh....even hnye di anggap sbg adek....ade gak org nk syg.....best!!!
ReplyDeletebest gila ah. rasa masa dalam sorga duniawi. wuwuwuwuw
Deleteeh zul, saya la haida tu kbai
ReplyDeleteEh Haida, selama ni kita tweet, kita sembang...maknannya kita telah dipertemukan semula ke haida???? oh haida.
Deletewafer coklat...nyum3...yummyyy!!
ReplyDeletesweet giler kisah korang ni...cuba la ko google haida tu, kot2 ada jodoh pertemuan kembali...:)
dah google tadi, tak jumpa la.. :(
Deletekalau haida terbaca ni mesti dia senyum2 kambing...
ReplyDeleteagak2 ada tak org cerita pasal saya kan kak?
Deletecomel je entry ni.. teringat dolu2.. zaman angkat-mengangkat tapi takdelah layan sangat pun.. tengok orang ada, kita pun macam teringin tapi bila dah ada tak best lah pulak.. baik layan adik kat umah.. tapi kalau abg angkat layan je sebab ai takde abg.. hahaha..
ReplyDeletedulu ai tak suka layan adik angkat, kalau kakak angkat nak yg muda2 je. hahahaha
Deleteaku baca haida haida haida ni aku asyik teringat kat penyanyi haida tu je..tapi rasenye die tua dari kite la ikar..bukan2..ahaha..
ReplyDeletecer ko try wat jejak kaseh..menjejak 'kakak' ko tu..;p
dah try cari, tak jumpa la. aku cari album lama pun xde gambar.. :(
Deletemcm baca novel la...best :))
ReplyDeletePanjang kan? tahniah sebab baca sampai habis :)
Deleteowh..teringat rawang...mlm ni balik rawang! yeay!! rawang dah ada jusco 2! dolu ada bintang je..itu pon dah cukop hebat la
ReplyDeletesaya selalu pergi rawang, makcik duk rawang perdana. lalu sana selalu jenguk pandang atas bukit. sekolah SAMER tu. haha
Deletememori aku ni low skit.. yg aku igt duit 50sen aku ketuk bg lubang buat keychain sempena persahabatan aku ngn sorang mamat ni. kenapa 50sen?? sebabnya masa tu 1 sms 50sen lagi. kami selalu sms selain calling2. Dulu ada jugak skali skala call tanya khabar lepas persahabatan kami musnah sebab bekas awek dia yg jeles kat aku. Tp sejak dia tau aku dh kawen dia taknak angkat lg bila aku call. Aku pun jarang nk call. hr2 special mcm raya ke, besday dia ke.. aku teringat aku call la nk wish. Mungkin sbb sblm aku kawen dia pernah call aku borak2.. dia ckp 'Kakcik (dia pggl aku kakcik) ko kawen je la dgn aku.' Pastu aku jawab.. 'Abgcik (aku pggl dia abgcik)hati aku kt ko sama mcm dulu. tu la kot last aku ckp dgn dia sblm aku kawen. Kakcik & abgcik nama yg kami guna dlm persahabatan tu. Tp nama kakcik tu bkn abgcik sorang yg pggl.. antara nickname aku dr sekolah dulu. Yelah mentang2 aku kecik kan?? makcik kantin pun pggl kakcik.. ada la sebahagian org2 yg knl aku pggl kakcik
ReplyDeleteishk ishk ishk sedihnya cerita kakchik ni, tu la namanya takdir kan? kalau dah baik mcm mana pun tapi kalau bukan takdir tak kawen jugak kita kan..
Deleteaku syak ko ni tua jauh dari aku ni nyah. zaman ko sms 50sen. melampau kuno dinasor tuu hahahaha
aku pakai enpon umo 17 thn nyah.. ko kira la umo aku bapa? kalau betul aku bg ko hudson ijau.. wakakakaka
Delete50sen sbb dr celcom ke maxis.. ms tu memang mahal. nk topup pn mana ada 10 inggit cam skang. RM50 utk access RM50 kredit. Sebulan skali je aku topup.. wakakaakkaa
DeleteDan ko harus igt aku ni kalau bab2 nk igt memori memang susah.. kalau x silap la. 50sen tu adalah sms pertama aku dgn dia kena charge 50sen.. lepas dh rapat tu aku dh x igt berapa sen..
Deletekecik2 lagi dah bercinta kamu yer...hebat...aku ni dah lepas zaman belajar baru reti nak bercinta
ReplyDeletetapi bila dah besar, takde cinta..teruk teruk gak Tam oiii
Deletehahaha, familyzoned, worst than friendzoned, ahahaha (^_^)
ReplyDeletedulu besfren aku diskolah namanya E.G. sampaikan lepas PMR dia masuk asrama penuh masih lagi berhubung melalui telefon. ada 1 ketika, tak tau lah apa yg tak kena,sejak dari tu kami dah tak bercakap.walaupun masih lagi menjadi kawan fesbuk.
ReplyDeletesebab gf dia cemburu kalau dia mesra ngan pompuan lain kot...
Deletehuhuhu. aku bace cerita ko yang pasal simpan plastik wafer tu kan. aku teringat pasal aku simpan plastik roti, orang yang aku minat bagi dulu. huhu!
ReplyDeletehahahahaha, aku syak ramai org akan simpan pembalut kan???
Deletekadang2 baca cerita begini boleh buat gua senyum sorang2.. nasib baik tak baca depan orang lain.. rasanya ada yg cop gua gila rasanya.. kah3
ReplyDeletetermasuk ko, aku rasa ade dekat 20 org dah bgtau aku dorang baca sambil senyum sorang2 hahaha
DeleteBoh. Jahar Deruh royak ribena tu harang. Kokakola harang. Guano care mung?
ReplyDeleteAmbe ni doh lamo dok beblok. Malah sebak dok rama tino mari. Mok-mok orang rama. Andatu pung rama. Ambe suke hok keluar unibesiti uia nung hok galok-galok paka tudung napok jistering.
Pasal masalah Ribena tu haram atau tak, saya ada ulas lama dah dalam entry tajuk 'Beer Halal dan Kaedah Hujah" abg boleh search kat box tu.
Deletepasal coke haram masalah brg Yahudi, saya akan ulas nanti dalam entry lain. Insyallah.
napok jistering? kemah boh kemah.. hahaha
fuh.tersemput semput nk khatamkan post2 die..tp nk komen yg kat sini je oki..hehe kalo x panjang mmg tak sah kan si zulfikar nih.haiyohhh :P
ReplyDeleteseronok bacaaa...mula2 duk cuba ingt cmne rupa wafer tuh,dah tgk pic yg tertampal tuh barula bole dapat ingatn wafer 20sen zamn dlu dlu tuh haa...
dlu penah ade gak abg,kakak,adik angkat nih tp hampeh je...ape ntah motip depa nk angkat sangat tatw la...prinsip saya lak,korng nak anggap ak ni kakak,adik angkt..anggapla..yg pntg aku da ad kakak n abg kandung..keke sbb tuh kut lost cntatc lps pndah skola..hoho
ala.. aku takde kakak kandung, mcm mana? haha, tapi tak aci la, aku sayang dia, ingatkan gf, rupenya dia syg mcm adik, aceeehhh
Deleteapsal ko ni banyak scandal ah?
ReplyDeleteentah lah, sebab aku charming kot. hahahahhahahahahahha
Deletecomellllllnya.... :))
ReplyDeletecari la mudah2an jumpa balik...
walaupun sbgai adik...
dh jumpa mesti sonok giler..
rindu gila kat haida haihhhh :((
Delete