Tempoh peralihan adalah yang paling mengelirukan, peralihan dari sekolah Jenis Kebangsaan Cina ke Sekolah Kebangsaan, peralihan dari bandar ke kampung, kampung ke bandar, tempoh peralihan meninggalkan dunia remaja ke dunia dewasa, dunia dewasa muda ke dewasa matang dan dari dunia tua ke meninggal dunia.
Tempoh peralihan bukanlah satu sisi rahsia dalam kehidupan seorang manusia. Semua makhluk beralih setiap fasa dalam hidup. Sampai masa, anak singa akan tinggalkan jerumun sarang ibunya dan pergi mengembara, sebelum mengembara dia mencabar dulu singa alpha tua, kalau menang dapat jadi ketua puak, kalau kalah kena halau dari teratori dan pergi membina tribe yang baru.
Anak burung sampai masa perlu terbang dari sarang yang selesa itu, walaupun sampai bila-bila mak bapak akan sayang anak sendiri, tapi satu masa anak tidak betah lagi nak makan cacing dari paruh ibunya. Sampai satu masa taknak lagi makan isi perut ibu yang dimuntahkan semula.
Peralihan kematangan itu adalah fitrah kepada spesis hidup, ia bukan kenyataan cliche orang tua yang suka membebel kepada orang muda, tetapi ia adalah kehendak hidup. Ia adalah proses yang berjalan secara nature.
Masalah timbul kepada manusia apabila dia cuba melawan fitrah. Dia cuba menyongsang dari tuntutan proses semulajadi. Dengan harapan dapat mempertahankan saki baki kecomelan dan kemanjaan, remaja akan berusaha sehabis daya untuk kekal keanak-anakan di hatinya wahima tubuhnya sudah tidak mampu lagi bertahan.
****************************
Dilema Remaja.Gadis remaja juga ada masalah tempoh peralihan yang ketara, tempoh peralihan kematangan ni sangat menyeksakan kepada seorang gadis, Jika mereka berjaya mengharungi dengan jayanya maka mereka akan membesar sebagai orang yang matang dan penuh yakin diri. Sebaliknya jika mereka gagal mereka akan mula mengalami simptom-simptom 'belum bersedia menjadi dewasa'
Aku gunakan kes study sebagai contoh untuk menerangkan akan masalah dilema ini seperti di bawah:
1. Masa sekolah rendah elok je pergi sekolah pakai singlet, bila dah masuk sekolah menengah, Tingkatan satu dan dua, kena panggil dengan cikgu kaunseling perempuan dengar taklimat Bra. Budak sekolah menengah wajib pakai bra, lepas pakai bra kena pakai singlet kat luar pula. Itu tiada masalah.
Masalah timbul apabila ada remaja yang reluctant untuk berubah, mereka rasa buah dada mereka masih lagi remaja, belum tumbuh cukup besar untuk mewajibkan mereka pakai bra. Masa inilah masalah tiba, apabila mereka pakai singlet dan ada sikit kesan mancung di dada. Mereka akan jalan terbongkok-bongkok macam nenek tua, nak tutup kesan timbul 'sikit' dekat dada.
Tapi bila cikgu marah-marah, akak angkat tegur, papa tegur, kakak kandung tegur, Mak nasihat, mereka tetap berdegil taknak pakai bra, bagi mereka semua orang salah dan seolah-olah tidak memahami jiwa mereka.
" semua tak faham perasaan syikin, syikin punya nenen belum besar la, mana ada bra size Syikin. Syikin malu la mummy nak pakai bra ada span tu, eeee malu la budak lelaki tengok-tengok. Biar la Syikin pakai singlet je macam dulu-dulu"
" Tak boleh sayang, Syikin dah besar, kat sekolah menengah tu budak-budak lelaki dah miang-miang. Bukan macam budak sekolah rendah yang tak tau apa-apa, walaupun syikin punya nenen belum tumbuh besar betul-betul lagi. tapi syikin kena la pakai bra tu, tutup, malu tau nanti orang tengok"
" syikin taknak mummy, taknak"
Jika Syikin mendengar nasihat orang tua dan pasrah dengan proses kematangan itu, maka syikin tak perlulah menghadapi masalah-masalah yang kompleks yang akhirnya menjebakkan diri dia dalam dunia Emo-Forever-alone-orang semua tak suka aku- i'm not fit in- kenapa semua orang benci aku- Zone itu.
Maka Kronologi kisah-kisah sterotype remaja emosional terbentuklah pada fasa standard.
1. Syikin terperangkap dalam dilema nak pakai bra ke tak.
2. Syikin memilih tidak mahu pakai bra
3. Mummy Syikin nasihat pakai bra ada span yang jual dekat giant
4. Syikin berdegil tidak mahu dengar nasihat dan tidak mahu berubah menjadi dewasa
5. Budak lelaki mula soksek-soksek belakang kelas bercerita pasal nenen Syikin
6. Budak-budak perempuan mula ngumpat dada Syikin yang tajam tapi tak besar, masih pakai singlet macam budak sekolah rendah walaupun cikgu dan pembimbing rakan sebaya dah nasihat.
7. Syikin tetap ignorence
8. Lama-lama perangai kedegilan Syikin itu berubah menjadi annoying.
9. Orang meluat dengan perangai Syikin yang degil dan tidak mahu dengar cakap orang
10. Masyarakat mula pulau Syikin
11. Syikin emosional, merajuk, menyendiri, memberontak.
12. Orang dah penat nak layan dan pujuk semua kehendak Syikin
13 Syikin rasa lonely
14. Syikin terjun KB Mall.
**********************************
Dilema Orang merantauJanganlah baca masalah Buah dada syikin ini secara literally, baca ia sebagai analogi. Contoh kepada semua masalah transition. Iaitu masalah Dilema Tempoh Peralihan Gadis Remaja. Ada banyak contoh lagi yang aku boleh bagi, tapi aku tengok kat preview entry post ni dah panjang sampai ke lantai, nasib baik tak tulis pakai exam pad dengan pen kilometrico, kalau tak mesti jari sengal.
Tempoh peralihan juga terpakai untuk masalah berpindah rumah. Dulu aku pindah dari KL ke Mersing, banyak budaya dan cara berfikir yang totally berubah 360 darjah. Budaya, trend, petua, seniority, gaya bahasa dan sebagainya lagi. Tapi itu bukan masalah!
Masalah hanya timbul apabila korang reluctant untuk berubah dan mengalah. Reluctant untuk mengasimilasikan diri dengan masyarakat setempat. Mujurlah aku cepat sedar dan cepat-cepat aku masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang rimau mengaum.** aummmm..
Bak kata pepatah orang putih when in Rome, do as the Romans do. Takpe nanti entry lain aku akan fokus untuk cerita pasal ini dan kawan aku dari JB.
********************************
Hendak atau tidak, satu hari nanti kau pasti perlu berubah, berubah menjadi dewasa, berubah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Memang manusia perlu berprinsip, tapi prinsip tidaklah sampai ia akan menyusahkan diri. Kedegilan untuk tidak mahu menyesuaikan diri dengan proses peralihan ini hanya akan membuatkan kita makan hati.
Remaja sampai satu masa akan berubah menjadi dewasa. Jika kita tidak mahu berubah, itu yang akan menimbulkan masalah, Itu yang akan menjebakkan diri kita dalam dunia "i'm not fit in forever" Dunia akan matang, kawan-kawan kita akan matang, Adik beradik akan matang dan semua ini akan menuntut kita juga untuk menjadi matang.
Perangai kita yang tidak mahu matang itu, jika dibandingkan dengan kanak-kanak ia akan kelihatan comel, namun jika dibandingkan dengan rakan sebaya dan relatif umur kita, ia akan datangkan rasa menjengkelkan orang di persekitaran kita.
" Jadi Abang Zulfikar, tolonglah berhenti membebel lagi, dah panjang sangat dah saya baca ni, cepatlah simpulkan, saya nak tau macam mana saya nak berubah menjadi matang ni, saya nak buat first step. Apa tips dia ye? bagi yang simple-simple je tau abang, saya malas dah nak baca lagi"
Okey sebagai permulaan, untuk korang berubah menjadi matang, korang perlu score beberapa point di bawah. Jangan rushing, buat slow-slow, kalau tak dapat buat semua. Buat yang mana mampu.
Untuk menjadi matang, anda perlulah :
1. Tidak cepat merajuk, sentap, touching, terasa dengan nasihat dan teguran orang.
2. Rela mengalah pada argument yang remeh dan perkelahian yang tidak berbaloi.
3. Bertolak ansur.
4. Bersabar.
5. Sentiasa menghormati pendapat dan hak orang lain.
6. Tidak segan untuk memberi pujian dan penghargaan kepada orang yang membantu dan berjaya.
7. Jangan cepat cemburu dengan kejayaan orang lain.
8. Realisitik dalam bercita-cita
9. Tidak terkinja-kinja meminta perhatian orang.
10. Jika buat salah. Minta Maaf.
11. Belajar yakin diri, pandai pertahan hak sendiri, dan elakkan malu tidak bertempat.
******************************
Okey sekian sahaja bebelan aku pada hujung minggu, aku terpaksa buat entry post macam ni, sebab ada 3-4 orang bertanyakan soalan yang sama kepada aku, dan minta sangat aku tolong nasihat bab-bab macam ni.
Aku harap kamu, kamu, kamu dan kamu dapat menerima nasihat dan teguran ini secara positif dan berubah menjadi insan matang yang berjaya mengharungi dilema tempoh peralihan itu.
Kerana dirimu begitu berharga ** Flip Hair, hinnsss hinss rambut masuk hidung.
***********tammmmmmat*********
P/s baca 'tamat' di atas dengan kepanjangan 4 harkat, dengan dengungan Idgham Maalghunnah. Lebih afdhal dengan mati ayat dengan lenggok lagu Rast.
Apesal sikit2 nak terjun kbmall hah?pergi lah terjun mall yang ada kat negeri masing2.kehkeh
ReplyDeletecheck 1-11 semua lepas.okey dah matang rupanya.hahaha
abam ikar..
ReplyDeletecamnew niee...
kitew rasew malas leww nk berubah..
kitew sukew majuk owang pujuk2..tpi kitew tak sukew laa pujuk owang lain..
aku suke tol bab syikin tu..hahahhaha...
ReplyDeletejap aku chek aku da matang ke ea...
1-11....yesss...grrr..japppp....aku cpt majuk...xkan diklasifikasikan sbg tak matang kot...majuk bertempat ok...hikhik...
NiN : kalau awak dah buat 1-11 tu baguslah, matang3.tapi kena buat cross check plak ngan kawan2 dan adik beradik, awak lulus tak scoresheet tu
ReplyDeleteMisssenget : takw sukew pujukw orangw lainww? kalauww macaww tuw biarw jew lew orangew pujukew awakew jeww..
aszhanie : Sebab majoriti gadis melalui pekara yang sama ngan syikin kann
merajuk2 manja takpe, tu nama nak berkasih syg, ni merajuk jenis sentap serius nangis air mata darah punye.
aku ni lambat matang,
ReplyDeletetapi sekarang aku dah matang ..
isyk...kalau terlebih matang agaknya tepu tak?
hahaha
berusaha untuk menjadi katak yg lbey matang.....chaiyok!!!! hik hik hik
ReplyDeleteHahaha.. Biase la bro, mencari diri dlm diri sendiri, cpt adapt, setel je masalah, bl awal muharam sibuk nyanyi lagu hijrah, tP bl suro berubah... Berhijrah, mmg payah, t'masuk la yg ckp ni, hehehe
ReplyDeleteKenapa macam aku duk baca nenen nenen nenen ? awat nenen ? huhuhu.
ReplyDeleteaku dulu pun remaja jenis tak matang.. tp bab bra.. aku memang jenis nk cpt2 pakai bra. jeles ngan kengkawan lain dh pakai bra.. wakakakakakakaka. apapun melalui proses remaja ni nampaknya aku gagal la sbb aku sedikit tergelincir dgn dunia sosial.. suka memberontak.. tp nasib baik skit jer.. kalau byk aku x tau la apa jd kt aku hr ni.
ReplyDeletezaman remajalah paling banyak dilema! kalau tak pandai atasi dilema tu akan hanyut!
ReplyDeleteaku rasa nak hibernate n duk setempat jek...huhuhu
ReplyDeletewakakakaka KBMall yang aku rasa ada lekat badi kat situ..lol
adakala peralihan itu sukar untuk difahami...
ReplyDeleteterpinga..
ReplyDeletetertanya..
didalam dilema mu..
ayarkk..tetiba aku teringat lagu di dalam dilema dendangan kru...hehehe
Chegu : tempoh berubah adalah relatif. yg penting ada keinginan untuk berubah cikgu.. :)
ReplyDeleteNoi : terlebih matang nanti buah boleh jadi benyooo
Katak Merah : selalu nampak nick katak merah ni tapi siapa yaaa?
Akim : hah? ada nenen? jap nak skrol baca balik..
Lekat lekit : alhamdulillah kau dah berjaya beralih dan jadi ibu yang bertanggungjawab skrg ni nyah.
Mas Saari : betul tu kak
Zuemiey : apsal nak hibernate ni wei? ada masalah ke?
Lelaki Semalam : kena faham baru boleh berubah..
Bintang Hati : terus aku plak teringat lagu Mengerti.. hahaha
hahaha. kelakar la pasal si gadis tu. kih3.
ReplyDeleteand yeah aku separa matang! eh. matang matang -_-"
aku pun xtau aku dah matang belum... padahal umur dah 24....tp aku akan rasa xmatang bila aku ade dgn abg2 aku... dengan serta merta aku jadi budak2 balik....jadi mcm xtau ape2, ikut je pe dorg suruh...hahaha.... syg abg ngah n abg chik aku!
ReplyDeleteerr..rase2 nye aku ni dah matang ke belum ye..kalau check sendiri kompom rasa macam dah matang..kena suruh org laen check baru tau result yg sebenar..hak hak hak..
ReplyDeletejap jap..rambut ko boleh ke wat flip hair? konpius lak aku rase..ahaha..;p
Nj : matang atau separa tu tiada masalah, tapi berjaya tak mengharungi tempoh peralihan? hehehehe
ReplyDeleteAnon : childish secara sorok2 takpe, dibenarkan.. Nabi pun dulu bermain2 dengan cucu2 dia.. manja2 org katee..
Cik Sha : komen ko tepat. yg check scoresheet tu org lain bukan diri kita sendiri...
tapi nak cek dulu sendri pun boleh. :)
Rambut aku takleh flip, tu rambut iamginasi ** fliphair lagi sekali.
tempoh peralihan tu memang menakutkan. segala benda berani je. tu yang banyak kali jatuh tu. haish.
ReplyDeletehai fikar..budak2 ni takmo pki bra nak kena gunting muncung tu kot?plg teruk yg pki tudung singkat nak tayang bra hitam..huhu.
ReplyDeletemereka yg merantau pula takmo nmpk lain kot?sbb tu suka ikut cara tempat mereka merantau , ikut cara ckp, cara berpakaian ...stylo lah sgt pd mereka agaknya kot
pembaca setia..
ReplyDelete.
.
.
(perasan kejap....)
wakakakakaka......
betullah, kalau pakai exam pad mahu kejang jari tangan dok menulis..
ReplyDeletetang point tu.. nak kena cross check balik.. kekadang pandangan orang lain turut membantu perubahan ke arah yang positif.
Dulu masa awal-awal kerja kt Trg, rasa macam pelik.. sebb biasa kerja KL, semua benda nak kena rush, cepat, kejar masa, quick decision making. Kat Trg, diaorg slow skit, lambt buat keputusan dan takut mengambil risiko.
ReplyDeleteLama-lama, akak terikut juga cara kerja diaorg. Dah akak consultnt, kena dgr ckp client jer la. :D
Err... itu contoh salah satu peralihan dlm hidup akak.
perlu ker saya pakai bra sya berumur 14 tahun sya tgk kwn kwn sya ramai x pakai bra sma sperti sya sbb punyai breast yg kecil sya gi sekolah pakai singlet x pakai bra sbb rsa masih blum besar =) perlu ker saya memakai bra walaupun x besar
ReplyDeleteaqilah.izyana@yahoo.com email sya minta reply yer
Delete