January 14, 2012

Sumpah Seranah dan Dakwah

Assalamualaikum...

Kita serius la sikit ye, Dah lama dah nak pesan pasal hal ni.

" Zulfikar, boleh tak kau tolong ulas masalah ustaz yang berceramah secara kasar, memaki hamun dan mencerca, aku nak dengar pendapat kau, sebab pendapat kau aku tengok tak bias. Bukan apa sebab aku tak selesa la dengan Ustaz tu yang kasar dalam berdakwah?"

Okey permintaan menyuarakan pendapat ini aku dapat dari pembaca dan juga kawan-kawan aku yang nak sangat dengar pendapat aku berkenaan penggunaan perkataan kasar dalam ceramah.

****************************

Semasa aku kecil, mak dan bapak aku sangat pantang jika anak-anak menghabiskan setiap hujung ayat dengan perkataan cursing contohnya seperti Bodoh, bangang, bengong, bongok, babi, sial, anak haram, celaka, butoh pak hang, pukimak, kimak dan sebagainya lagi. Korang list lah contoh-contoh yang ada dalam kepala korang tu.

Contoh penggunaan perkataan cursing/menyumpah ini boleh dilihat dalam struktur ayat yang aku akan listkan dibawah :

"Woi, bak ar sini selipar aku tu babi!"

"Wei jangan la jakun sangat bodoh"

"Bodoh, sakit la pukimak, anak haram sial babi betul la kau ni, tepi sikit!"

Masa aku kecik-kecik jika mak bapak aku dengar kami adik beradik menggunakan perkataan-perkataan di atas maka upahnya adalah Cili api yang akan ditenyeh ke mulut secara terus. Alhamdulillah, hasil dari didikan mak aku maka kami adik beradik telah terbiasa untuk tidak menggunakan kata-kata cercaan di dalam perbualan harian.

Pada pendapat aku, kau tak perlu nak letakkan semua cursing words dalam setiap bicara kau untuk kelihatan lebih cool, urban, BFF, sempoi, sporting, sarkastic. Kau masih lagi boleh kelihatan charming dan menarik perhatian ramai dengan jenaka kau, pilihan perkataan yang sedap didengar dan manipulasi ayat.

Kau masih boleh jadi sempoi operet tabung ekzos RXZ tanpa panggil kawan kau Babi.

Kau masih boleh menjadi budak bijak petah bicara tanpa perlu panggil kawan kau bodoh.

Kau masih boleh kelihatan cool tanpa panggil kawan kau anak haram, gampang sial.

kau masih boleh main snooker, lucky ball masuk pukul 1 pagi balik pukul 4 pagi tanpa kau sumpah seranah kawan-kawan kau pukimak

Kau masih boleh jadi penceramah agama tanpa panggil audience kau Boddow, boddo piang, beruk, kera, taik, bangang, bengong dan Ahli neraka.

********************************

Bahasa Melambangkan Bangsa.

" Untuk orang luar Terengganu, tak dinafikan ramai yang terasa hati dengan cara Ustaz tu yang selalu guna Bodoh, Kera, beruk dan macam-macam lagi. Memang nampak kasar, tapi kalau orang dah biasa dia tak terasa pun"

Itulah mainpoint nya, kita sebenarnya dituntut oleh akhlak Islam untuk mengelakkan salah sangka dan terasa hati di kalangan masyarakat yang berbeza dengan kita, kita dituntut untuk menjaga hati keseluruhan ummah demi kemaslahatan tamadun masyarakat Islam.

Masalah yang berlaku adalah ada orang under-estimate intelektual orang lain. Korang fikir yang orang lain tidak faham penggunaan konteks cursing slang kenegerian. Sebenarnya zaman pasca moden, ada blog, FB, Twitter dan kemudahan manusia merantau di Malaysia telah membuka mata rakyat semua pada perbezaan slang, budaya, bahasa pasar masyakat lain. Ia bukan taboo lagi. Orang dah pandai nak bezakan mana satu Akhlak terpuji masyarakat itu dan mana satu bahasa pasar.

Dulu pada satu masa, ada seorang kawan aku yang berpangkat Leftenan Muda berasal dari Melaka, aku jujur mengatakan sifat dia takdelah seronok pun untuk dibuat kawan. Dia adalah seorang yang annoying. Kata-katanya terlalu kasar sehingga merobek perasaan orang yang mendengarnya..

Pada satu hari aku dan kawan-kawan balik dari Kelas dan lepak di rumah bujang kami, sekali datang si Leftenan muda ini, masuk je pintu dia bukan bagi salam sebaliknya.

" Woi babi, anjing sial anak haram, ada lagi korang kat sini, aku ingat korang dah balik kampung dah"

Adakah dia boleh menggunakan Justification budaya kenegerian dia untuk menyumpah kawan-kawannya yang lain? adakah kerana budaya sesuatu tempat itu boleh dijadikan alasan untuk kita berlaku tidak sopan dengan masyakat marhaen yang lain?

Sebenarnya, Mungkin budaya sesuatu negeri itu tidaklah seteruk yang kita sangkakan, sebaliknya hanya sebilangan orang je yang terbawa-bawa semangat sangat nak BOLDkan kepasaran bahasa negeri mereka. Sebaliknya majoriti rakyat sesuatu negeri itu masih lagi tinggi dengan kesopanan dan kesusilaan.

Kita Harus menghapuskan Stigma yang begini.........

Orang Kelantan terkenal dengan penggunaan " Nate beghuk, Nate Kuba" bila mereka menyumpah.

Orang Melaka terkenal dengan sumpah seranah " Mampus, babi, sial" bila mereka menyumpah

Orang Perak terkenal dengan penggunaan " Gampang, siye kome tak tunggu aku pun nak ke pekan haram jadah!" bila mereka menyumpah

Orang Kedah, Penang terkenal dengan " Butuh pak hang, Nak harommmm" bila mereka menyumpah.

Orang bla bla bla bla bla bla, penat la pulak kalau nak tulis semua contoh. Korang kalau ada contoh lain nanti kongsikan kat ruangan komen.

Korang nak masyarakat korang diwakili oleh contoh budaya yang baik, atau tak baik? atau korang berbangga dengan keceluparan sesetengah masyarakat dalam negeri itu?

Dulu aku duduk Mersing, Mersing terbahagi kepada 3 masyarakat besar yang mewakili demographic di sana. Sepertiga adalah Orang Johor sendiri, Sepertiga adalah Orang Pulau dan Sepertiga adalah orang Mersing berketurunan Terengganu.

Orang asal Terengganu banyak yang menetap di kawasan Tanjung, sebahagian besar mereka adalah nelayan bot Pukat Cerut dan penggiat keropok lekor. Sebahagian besar orang Terengganu di Mersing terutamanya Tanjung mengenali Bapa dan keluarga aku sebab bapa aku adalah peniaga kilang air batu satu-satunya di Mersing. Dari peniaga kilang kepok lekor, awak-awak dan tekong bot-bot pukat cerut semua kenal dan mesra dengan kami. Pendek cerita kami berkawan baik dengan ramai orang Terengganu yang datang berkerja di Mersing atau yang keturunannya sudah bertapak di sana.

Tapi tak pernah pulak kawan-kawan terengganu aku panggil aku "Mung ni Boddow piang, Boddo mung ni, tak pernah pulak Pakcik Rosli Tokey kilang kepok lekor tu sembang dengan bapak aku duk boddo-boddo dan beghuk beghuk.

Berapa ramai pembaca dan pengkomen setia aku yang asal dari Terengganu contohnya Miss along wani, Aya yus, pinyu pijah dan ramai lagi, tak pernah aku tengok sekali pun mereka menggunakan Cursing dalam lawak jenaka mereka semasa berkomen dan berbincang dalam blog aku, aku pergi blog diorang pun takde pulak diorang sumpah seranah dan maki hamun dalam penulisan mereka

Jangan under estimate intelektual dan pengalaman orang. Masyakat faham dan pandai beza-bezakan budaya masyarakat lain dan kebiasaan pertuturan bangsa lain. Isunya di sini adalah pembawakan diri dan akhlak itu dapat dicerminkan melalui pertuturan dan pemilihan perkataan untuk menyampaikan Rasa Hati.

Pernah aku bersembang dengan Uncle Segharan masa lepas main badminton. Uncle Segharan sudah berumur 55 tahun.

" Uncle, Orang india kalau dia marah dia panggil Pandi Nair ka uncle?"

" Bukan orang india saja, semua orang dunia kalau marah memang mulut takda baik, panggil babi la, anjing la, monyet la, bodoh la apa la, tapi kita orang baik tak boleh guna cakap macam tu, mesti mau cakap baik-baik"

" Itu macam ka Uncle?"

" Iyalah, dulu ha Zul, saya pergi Chennai India sana, bila saya cakap, semua orang India itu tokey kedai ha sudah tau kita dari Malaysia juga, sebab apa u tau? sebab bahasa tamil Malaysia banyak lembut, baik-baik cakap juga, Kalau India origin sana cakap ha, banyak kasar.. pangil orang woi woi cit cit dey dey, itu tada baik Zul"


********************

Tempat dan Cara Penggunaan

 " Habis tu Zul, tak boleh guna la perkataan mencarut yang kau sembang panjang kat atas? aku tengok kau ada je guna dalam entry-entry kau yang lepas"

Jangan salah faham. penggunaan mencarut, sumpah seranah ni akan terjadi jika kau menggunakannya sebagai ganti nama kepada orang yang kau maksudkan, sebaliknya kalau kau guna untuk kata kerja atau peribahasa, menyatakan keadaan dan sebagainya lagi, ia bukan lagi Cursing, sebaliknya ia untuk menyatakan maksud.

contoh :

" kau ni Babi la" - Ini Cursing

" Ahseng mempunyai seekor babi sebagai haiwan peliharan, nama manja babi Ah Seng adalah kau-kau meiyaa" - Ini Ayat Kenyataan

" Babi punya Menteri, makan Rasuah, menteri dan laki dia sama je, dua-dua babi" - Ini adalah Cursing

" Menteri Besar Selangor turun padang untuk merasmikan pembukaan ladang ternakan babi yang baru, namun kehadiran segelintar penunjuk perasaan telah menyerang beliau dengan kelakuan yang membabi buta, saya menasihatkan mereka jangan buat perangai gila babi seperti ini. Nanti pasti membawa padah" - ini ayat kenyataan.

" Pantat mak kau, kau ni memang pukimak la" - Ini Cursing

" Kamu jangan nak mencarut-carut benda dalam kain aku ni. Kamu tu sedor sikit, kamu beranak pun lalu ikut lubang kotor aku, tak sedar diri punya anak" - ini adalah ayat kenyataan.

" Woi tunggu apa lagi? naik la kereta cepat Bodoh" - Ini cursing

" Woi Zack, kau jangan buat kerja bodoh, jangan terjun KB mall itu semata-mata kerana kata-kata nista yang dilemparkan oleh kekasih kau yang kita semua tahu bodoh itu" -ini ayat kenyataan.

Kadang-kadang aku rasa macam bodoh pulak bila semangat-semangat sangat nak bagi contoh dan terangkan perbezaan antara ayat cursing VS ayat kenyataan ni, sebab aku taknak under estimate pembaca aku. Aku yakin yang Manusia dewasa boleh guna common sense untuk membezakan mana satu Cursing, sumpah seranah, mencarut dengan ayat kenyataan/ peribahasa.


Akhir kata, macam biasa, mari kita main agak-agak.

"Agak-agak korang, boleh tak kalau nak sampai kan dakwah tak payah  nak cursing-cursing? boleh tak nak sampaikan maksud  dan mesej tanpa sakiti hati dan telinga orang lain?"

Kita agak-agak lagi.......

"Jika Rasulullah saw dan Para sahabat RA ada dalam masjid ilmu yang kau berceramah itu, agak-agak Rasulullah SAW redha tak dengan kata-kata caci maki dan kasar yang kau keluarkan? Agak-agak Rasulullah seronok tak melihat akhlak yang sedemikian?"



*****************Tamat*****************





Untuk mengikuti perbincangan boleh terus ke wall Dr.Maza atau klik link  di bawah


p/s segala kata mencarut di dalam penulisan di atas terpaksa digunakan sebagai contoh sahaja demi mencapai objektif penulisan. Sebaliknya jika ia didapati menyinggung hati mana-mana pihak, Aku secara jujur dan rendah diri memohon maaf tanpa alasan.

p/s penggunaan contoh-contoh kenegerian di atas adalah untuk mencapai objektif penulisan, tidak bermaksud ingin menimbulkan sentimen kenegerian, Namun jika terdapat struktur ayat yang menyinggung mana-mana pihak, aku secara jujur dan rendah diri memohon maaf tanpa alasan.

p/s entry ditulis bukan untuk mempengaruh sesiapa untuk membenci atau menyukai sesiapa, entry di tulis hanya untuk menyuarakan pendapat dan RASA HATI. Maka saya buka perbincangan di bawah.


59 comments:

  1. burnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. testing testing, Yess berjaya, Thanks Akim dan Papanda.. :)

      Delete
    2. ni yg aku rasa nak tukar ke design template ni. grrr. tp obe punye boleh lak padahal template kitorg same

      Delete
    3. eh bukan hari tu aku tengok ko dah tukar comment setting yg reply ke?

      Delete
  2. Replies
    1. dalam, tapi panjang, jenuh aku kekang diri aku dari meleret2.

      Delete
  3. ustaz seorang yang straight to the point.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dani. Ustaz tu awak tujukan ke saya ke, ke ustaz 'tu' ?

      Delete
  4. wow.. dh ada reply to komen.. hehe..

    ReplyDelete
  5. saya kurang suka kalau orang guna perkataan2 macam ni, walaupun dia tak berniat apa2! sangat kesat rasanya cakap orang bodohlah, babilah dan apa2 lagilah... banyak cara kan nak nasihat orang, tak perlulah cursing camtu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia dinilai dengan perbuatan, selalu manusia berniat baik, tapi kalau perbuatan/cara itu salah maka ia akan dihukum samada oleh Allah atau undang2 di dunia.

      Delete
  6. bagi family aku plak, mak aku tak tonyoh(tenyeh) mulut pakai cili, sebaliknya mak aku pakai lempuyang.. lempuyang tu aku tak pasti di tumbuk ke atau sebiji mcm tu, tapi yg aku tau dia dibungkus dgn kain putih kecik bak bunjut sup adabi tu. mak aku siap peram letak dlm bekas masuk dlm peti ais.. siap basah² ber-jus.. kalau anak² dia mencarut ke hapa ke memang kene "grip" dgn bapak aku ala² wrestling, pastu tugasan tonyoh menonyoh ni dilakukan dgn hati terbuka dek mak aku. hahaha.. pahit weh!

    bagi aku, ramai yg suka UAI ni sbb dia berani menjawap soalan² yg ntah pape secara terbuka.. especially soalan versi "dalam kelambu". baik subjek suami isteri, mahupun kepuasan diri seorang diri. di upload pulak dalam youtube, disebarkan melalui laman sosial facebook. itu pandangan aku la, sbb dlm friendlist facebook aku, yg selalu post video² UAI ni mereka yg dah berkahwin, yg nakal, dan juga penyokong tegar pembangkang. hehehe

    ok, komen utk topik kali ; berdakwah sambil sumpah seranah pakej skali dgn fitnah sambil memberi gelaran ulamak lain gila, duk dlm tong najis, boneka, dulu kini dan selamanya sesat dalam api neraka dan yg sewaktu dgnnya; ini tidak betul. aku tak tau mcm mana org lain boleh terima. tapi utk aku, memang aku tak boleh terima. gaya dia sama jer dengan ustaz bekas pelakon "Ali Setan". datang surau rumah aku, kata nak ceramah..last last dok fitnah caci maki hamun hentam ketuk meja jatuh hukum masuk neraka bla bla bla...

    adakah ini cara dakwah yg betul? tidak bagi aku. kawan aku cina lepak dpn umah aku, terdengar ceramah kat speaker besar surau pun tanya aku.. "apa pasal org tu marah betul?". aku tersengih jer la..malas nak bukak topik.
    kang cakap tu ceramah agama karang dia salah faham plak..

    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peh, buat pertama kali dalam hidup baru aku paham maksud lempuyang. mcm nama tuan husin Lempoyang.. aku dah paham dah, tq.

      topik : seringkali manusia akhirnya tewas dgn nafsu sendiri samada nafsu amarah atau nafsu melewati batas diri. Manusia akan mula hilang sifat tawadhuk apabila selalu diangkat dan dipuja2, dan akhirnya merasakan apa saja yang dia buat adalah betul dan terus lupa akhlak beragama itu mcm mana. itulah yg jadi banyak kepada Ustaz Youtube.

      Delete
  7. kalu pasal ustaz ni kata bodoh dlm ceramahnya,kami mmg terima.pasal ape yg diperkatakan semmgnya betul..kene atas kepala kite sendiri..ambe kata begini psl dia pernah dtg bagi ceramah kat opis kitaorg..mmg aper yg diperkatakan betul.bkn nak mnyokong..tp,mmg kebenaran diperkatakannya itu betul.contohnya bab2 nutup aurat pon,ambe pon kadang2 tersasar.tp,mmg bodohla.dlm al quran nutup aurat tu wajibkan,tp xikut,mmg bodohkan.kirenye mcm tu la.selain tuh,ape jua soalan2 yg ditujukan,straight to da point dia jawab.xder lagi org kata kita mmbuat persoalan balik.gitu..erm...naper aku komen pnjang rr arinih>>soe en ikar..memenuhkan box msj ang..huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh aku tak kritik dia pasal penggunaan Bodoh dalam konteks ayat, rujuk entry dlm tajuk kecik "tempat dan cara penggunaa" itu tiada masalah.

      Masalah hanya timbul apabila dia menggunakan sumpah seranah tepat untuk manusia, contohnyaaa.. byk contoh, boleh dgr sendiri dalam utube. maceh along wani. :)

      Delete
  8. Hye ikar.

    firstly sy nak buat pengakuan yg sy suka cr awk mnympai kan sesuatu pndapat.
    saya suka awk mncari contoh2 ayat bg pmbaca awk faham
    saya suka cara awak berfikir

    Saya pon kdg2 ada jugak guna perkataan bodoh , bangang pada setiap percakpan saya.

    tapi bukan pada mnusia

    contoh : eh bodoh betul lah pndrive ni tak koneks2

    dan kalau mncarut perkataan kemaluan sndiri atau org lain sy tk sggup nk sbut.

    malu gile. nak eja perkataan tu pon malu

    k sekian dr saya

    lisa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia kadang2 tak dapat tahan nafsu amarah, kadang2 dia memaki jugak. tapi kita bersederhana, kita ambil jln tgh iaitu cuba sedaya upaya tak bagi org lain sakit telinga. Thumbdrive tu takde telinga. tapi awak yg tension. takpe la kot asalkan geram hilang kan

      Lisa ni mesti model produk Lisa Cosmetic kan? nampak anggun la, nak tip shawl hana tajima boleh?

      Delete
  9. siapa dia untuk mencerca org lain,siapa dia untuk sesenang2nya menjatuhkan hukum dan tentukan org tu org ni jadi ahli neraka.Kesian dia..moga dia menjadi insan yang lebih baik..

    apasal aku rasa komen box ko yg canggih ni macam tak berapa best ekk? tanya je...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la pandangan kita Noi. aku suka lak komen box ni, leh reply direct, baru la rasa hubungan antara penulis dan pembaca terjalin lebih rapat.. gituuuu, nombol satu lah! jgn tepu sudah.

      Delete
  10. macam syok je leh wat komen gini..reply terus kat pengkomen..nnt nak godek jugak la kat belog tu..;p


    entah lah weh..aku tak berani nak cakap lebih pasal penceramah yg terlanjur berkata-kata bile berceramah ni..kang ade pulak yg maki aku "dah bodoh agama tu duduk diam2 la!"..sedih aku nnt..T_T

    tp boleh tak nak bg pandangan jugak? aku memang suka dgr ceramah agama..dari mana2 ustaz dan penceramah tanpa ade sebarang sentimen die dr parti politik apa sekalipun..kalau die ceramah bg ilmu agama memang aku akan dengar..

    tp bile penceramah tu dah mula start mggunakn perkataan caci maki, aku akan terus out..bukan nak jadi seorang penilai..aku dgr ceramah agama nak cari ilmu..bukan nak dgr caci maki..selalunye aku akan elakkan diri bile aku tahu ceramah yg diberikan ade selit unsur2 politik dan hentam menghentam org lain..aku tak suke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la aku ngan kau, aku suka dgr ceramah dalam ustaz2 internet, tapi bila dia dah start maki hamun, caci2 politik, aku close, malas nak dengar dah.

      ala kena la berani sikit, kan kau dah baca entry aku pasal Taboo pemikiran kan kan kan :)

      Delete
    2. xde butang like ker kt komen nie??? nk like..hehe

      Delete
    3. blogger belum buat butang like kat komen dik. haha

      Delete
  11. ok.aku gigih baca sampai habis sbb aku tahu entri ko mmg x mengecewakan aku,tggu aku nak review nanti blog ko.berpotensi besar kot =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Pakcik Biola kerana berjaya menamatkan pembacaan anda. hehe. Peh terharu lah ada org nak review.. terima kasih ye, tak sabar nak baca.

      Delete
  12. ada blogger tu yg suka sgt mencarut, maki hamun dlm blog buat alasan katanya dia org kedah & org kedah memang bahasa dia kasaq.. ok! aku org kedah.. aku pun bkn lemah lembut sgt. kasaq jugak even bergurau dgn asben aku pun kasaq2 jugak sebab asben aku jenis gurau kasaq tp tak petah aku nak mencarut, maki hamun , sebut semua yang ada dlm kain..
    kasaq & kurang ajaq adalah 2 benda berbeza..
    Ustaz tu pun selalu aku dgr ceramah dia kat youtube sebab asben aku suka dengar jd aku tumpang dengar. memang perkataan yg dia guna byk yg tak sesuai utk berdakwah. Kadang2 byk unsur politik jugak.

    P/s : 1 perkataan yg aku rasa krg ajaq yg aku suka sebut.. bodoh. aku cuba tak sebut sbb takut lala ikut.. kekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai org terbawak-bawak (over carried) dengan kemegahan budaya negeri yg kasar tu dan selalu terbabas menjadi biadap. diorg tak dapat beza antara kasar(rock) dan biadap mcm mana, macm yang ko ckp.

      p/s bodoh untuk menyatakan maksud boleh diterima, tapi kalau bodoh utk hujung ayat aku tak gemar. pantang.

      Delete
  13. Bila manusia terlupa kepada Rasulullah SAW maka dengan selambanya menolak semua ketepi dan semakin jatuh riak bila semakin popular dan semakin lagi jahanam bila ada unsur2 politik disitu makanya mereka2 ini seharusnya diabaikan walaupun ada ilmu agama yang lebih sedikit dari kita tetapi ada segolongan dari mereka tersangat taksub akan kehebatan yang secara tidak sedar sudah tersasar dari landasannya...hebatnya dia menyampaikan ceramah tetapi dia tetap berdosa kerana dia bukan maksum yang harus kita ikuti dan tidak boleh kita bantah dan sanggah...salah tetap salah walau apa pun alasannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen terbaik. Kita selalu lupa apakah pandangan Rasul saw bila kita melampaui batasan.

      masalah ni timbul sebab sifat takkabur bila ingat ramai org sokong. ramai penyokong tak bermakna semua yg kita buat menjadi betul. yg penting cara dan mesej.

      Delete
  14. nice topik ..
    dan yg utama adalah manusia itu x pernah lekang dari melakukan kesilapan
    x mengira dia ustaz , alim ulama , atau sesiapa sahaja
    itu hakikat , dan sedar atau tidak setiap kesilapan pasti ada cara utk diperbetulkan ..
    kita sebagai masyarakat jgn terus meletakkan seseorang itu baik atau jahat .. kerana semua manusia ada kelemahan dia sendiri .. kita ada akal dan fikiran , soo gunakan sebaik mungkin utk menilai dan mengikutinya .. toksah duk same2 mengkondem org itu dan ini ..
    jadikan yg x elok di fikiran sebagai panduan , bukan tokok tambah yg akan mangundang dosa kepada diri kita jugaa ..
    wallahualam .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah timbul bila org mula taksub. sampai keluar stetmen jgn persoal Ustaz. mana mungkin kita tak boleh persoal sedangan Imam Syafie pun suruh org tegur dia kalau dia tersilap.

      org yang takkabur adalah org yang tidak merasa insaf selepas melakukan kesilapan. terima kasih ye ...

      Delete
  15. tak sia- sia aku baca sampai habis. nice. nice. apa yang ko cakap ni boleh buat panduan kepada diri aku sendiri dan orang lain. aku suka topic ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, amboi bella, sampai dua kali nice kau ye. semoga ada manfaat apa yang aku tulis ni, semoga kurang mudarat kalau ada org yg salah faham. Terima kasih.

      Delete
  16. semua nak komen panjang2.. okeh gua komen siket je.. macam pertanyaan lah lebih kurang.. mcm mana nak ungkapkan rasa marah pada seseorang tanpa perkataan kasar? "aku marah ni.. aku marah ni kat kau.. aku bengang kat kau ni.." *nada serius bukan nada pondan* gehahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tau tak, komen kat blog ni kdg2 lagi panjang dri sesetengah entry post kat blog lain.hehe

      erm bagi aku, nak marah yang berkesan kita kena straight to the point dengan apa yg kita nak ckp, tapi pilih perkataan yg tak harsh sangat.

      mcm mana nak buat aku susah nak ajar. ni soft skill, cuma tip aku leh bagi, cuba ckp benda tu kat diri kita, agak2 kalau kita dengar kita jadi bengang ngamuk tak? kalau sentap tu bagus, kalau jd bengang tu baik elak dari ckp kat org.

      Delete
  17. aku suka pendapat kau.
    ramai yang nak berdakwah tak kena tempat, kata-kata tak jaga.
    apapun kita harap mereka akan berubah kearah yang lebih baik untuk menarik lebih ramai 'manusia jahil' untuk dekat dengan Allah.

    agama didahulukan,politik letak tepi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila angkat politik lebih tinggi dari ugama, ia akan buat org jadi assobiyah/dabel standard..

      Delete
  18. wei jebon! hang jangan terasa hati plak aku panggil hang jebon sebab hang suh bagi contoh kat sini mak ruq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh jebon tu jubor rupenye. mak ruq ape pulak?

      Delete
  19. kalau dah taksub benda buruk pun terima je.kalau dah tak suka benda baik pun keji sampai ke sudah.

    malas nak komen panjang.semua dah bsr jadi pandai2 lah pikir sendiri.jgn nak tegakkan benang yg basah sebab hanya sia2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud cuba tegak benang yang basah itu apa?

      yang mana betul kita ikut yang mana salah kita harus pangkah!

      mudah bukan...

      Delete
  20. menyebut babi ke bodoh ke bangang ke sbenarnya tidak laa mnyeronokkan...

    kan ikar kan..? kan..?

    tapi babi tu kdg2 nampak comel jugak...

    kan ikar kan..? kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tak cool pun kalau duk ckp babi ke bodoh ke. bukan ramai org suka.

      babi comel bila dia buat aksi balik kuang, dgn babi rifa johan bernama bobby. haha

      Delete
  21. assalamualaikum saudara zul,

    apakah pendapat saudara bkenaan dgn isu hukum hudud yg tidak lg dperjuangkan Pas, apatah lg kerajaan skrg. Sedangkn hukum hudud adalah hukum Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah nanti saya ulas, ada banyak jugak pertanyaan ni. terima kasih

      Delete
    2. sy berharap saudara xkan bias bila menulisnya, sbb sy rs jauh di lubuk hati, saudara adalah pro-kerajaan.

      walau apapun, tahniah ducapkan kpd UAI jg, krn bjya mengeluarkn statement ini:
      "Assalamualaikum kawan2 semua.. tolong hentikan post2 yg menyemarakkan lagi api permusuhan antara kita sesama Islam.. jom kembali kpd ruh al-Quran 'ruhama_u bainahum'.. jgn sokong membawa rebah..nanti menang jadi arang kalah jadi abu.. ayuh kedua belah pihak teruskan kerja dakwah..masih ramai yg tidak mengenal Allah diluar sana..."-UAI

      Delete
  22. Tak tau la bro kenapa.Sejak entri pertama yang saya baca didalam blog ini (berkenaan Auku)sehingga ke entri terkini (entri ini),saya rasa bro mempunyai gaya penulisan bro yang tersendiri.Saya suka apa yang bro tulis.Nampak macam berfikiran terbuka dan jauh...

    Ini komen pertama saya (setelah sekian lama menjadi silence reader),Salam perkenalan saya ucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujian pada Allah, yg bagi bakat tu. saya tulis jujur dari hati. tak guna sentimen dan tak guna ketaksuban. betul jd betul. salah jadi salah.

      terima kasih sebab selama ni support saya dan tahniah untuk komen kali pertama ..hehehe

      Delete
  23. entahla zul... mmg ramai ustaz yg berceramah n berdakwah tp kata2 xjaga... mmg diakui xseronok dgr perkataan lagu tu... tp terpaksala ignore sebab nak amik isi ceramah tersebut..

    tp ttg bab kekasaran bahasaa kenegerian tu, mmg ada member matriks dari melaka yg agak kasar bahasanya... tp xpernah plak dia memasukkan elemen2 cursing dlm bahasa dia....

    wpun saya dari terengganu, xpernah plak saya dgr kwn2 guna bahasa tersebut dlm bahasa harian. mungkin ada terkeluar kalau dah terlalu marah.
    dan biasanya berakhir dengan kami mendapat "hadiah istimewa" dari mak ayah atau cikgu masing2..so, xsemuala org terengganu terbiasa dgn bhs cursing mcm tu dan saya percaya begitu juga dgn negeri2 lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya cerita panjang lebar kat atas, sebenarnya kawan2 saya dari terengganu takdelah ckp kasar smpai mcm tu sekali.

      kita mesti hapuskan stigma bahawa ada sesetengah negeri tu celupar. dan jgn guna justification mcm tu utk sedap je maki hamun org.

      Delete
  24. Assalamualaikumm Zulfikar, dan pengkomen2 semua..

    Nampaknya, ada 2 perkara berbeza disini. Cerita zulfikar lebih kepada perihal, ayat cursing atau sumpah seranah. Yg keduanya, ramai yg komen pasal ceramah UAI itu yg ditepekkan dihujung entri.

    Ok, memandang akak org Trg, anak jati Trg, nak jugak tinggalkan komen pasal cursing2 word yg biasa UAI sebut masa bagi ceramah tu. Seriusnya, pandangan Zulfikar tentang ayat2 menyumpah, memang benar belaka. Bg org Trg yg bukan jenis suka2 cursing org (maksudnya perkataan2 cursing ni tak adalah kejap2 nk keluar dr mulut diaorg), adakalanya suka guna perkataan tu (contoh, bodo atau bengong) bagi maksud bergurau. Saja nak buat org gelak. Itu yg saya faham dlm kebykkan ceramah UAI. Cuba perhatikan.. lepas dia kata, Bodo.. mesti orang gelak. Tapi, bukanlah bermaksud semua org Trg suka guna perkataan2 cursing tu. UAI pun manusia biasa jugak, bukannya maksum.

    Se lagi, pasal ceramah yg ditepek kt penamat entri tu. Satu, tajuk video tu tak kena. Ustaz tak ada sebut pun 'Bodo Macam Beruk'. Tajuk tu sudah mengundang persepsi tidak elok. Yg dia ada sebut ialah 'bahang berok', maksudnya 'sampai terberak'.

    Ok, sekian. Terpanjg lak komen kali ni.

    ReplyDelete
  25. tulisan kau mmg aku puji kerana begitu berhati2...cuma mana2 yang agak kurang mahir menggunakan akal akan melihat dari sudut yang lain...aku suka juga dgn komen dari Daddylicious...tajam!

    ReplyDelete
  26. 1 kata makian yang aku dapat kmrn : TAE!!!!!!! ok tu cursing kan zul butler? :P haha . deyyy lagi mau tanyaaa ka?

    ReplyDelete
  27. masa mula2 ustaz ni pemes kat utube aku pelik kenapa orang suka ceramah ustaz utube ni.walaupun aku sama negeri dengan ustaz utube ni tapi aku tak suka dengar.aku cuba nak hayati apa maksud tersirat desebalik ayat2 ustaz ni tapi ttp tak boleh.ending2..aku malas nak dengar ceramah ustaz utube ni.
    kawan aku selalu pergi dengar ceramah kat kg kwn aku dan dia cakap ustaz ni banyak kutuk pepuan..ohoi..

    aku kalau dah bengang tahap gaban..keluar jugak ayat mencarut tapi dalam bahasa yang lebih sopan..kuikuikui...hehe contoh:bab satu(bab1)..lalalala

    ReplyDelete
  28. entri menarik bro. aku suka.berkait rapat penceritaan masa dan situasi kini. bahasa jiwa manusia

    ReplyDelete
  29. apakah rasa bangga di hati bila menggunakan perkataan yang kurang elok tu semata-mata untuk tarik perhatian?
    kita yang mendengarnya rasa malu, sedangkan yang menyebutnya..

    dulu masa sekolah, ada kawan ni memang suka menggunakan perkataan yang tak elok, cuma bila dia mula perkataan macam tu, ai akan buka cerita lain bagi mengelakkan berlakunya pertikaman lidah yang memungkinkan ai pun turut sama menggunakannya..

    last psstt: walau dah panjang lebar entry ni tapi tak puas bacaler.. ;)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...