January 10, 2012

Giant - Hati Yang Seliuh Siapa Yang Tahu

Assalamualaikum..

Masa itu adalah pada tahun 1993 dan aku darjah 3. Ini membuatkan aku secara automatiknya berumur 9 tahun. Pada zaman aku tiada sistem tahun lompat, kalau ada pun mustahil untuk budak darjah 3 berumur 8 atau 7 tahun sebab budak darjah lompat hanyalah untuk yang berumur 10 tahun ke atas.

Masa aku darjah 3, aku ada seorang kawan yang abnormal. Aku rasa dia ada masalah kecacatan kelenjar tumbesaran yang membuatkan proses tumbesarannya tidak normal seperti budak sebayanya. Badannya membesar pada sekala pantas dari rakan sebaya dan itu membuatkan budak-budak memanggil dia Giant.

"Giant mempunyai tapak tangan sebesar kereta!" okey sorry aku menambah-nambah cerita.

Sebenarnya Giant mempunyai tapak tangan yang sangat besar, kalau dia pegang muka kawan-kawan aku penuh la tapak tangan tu sampai ke songkok. Giant juga mempunyai struktur tubuh yang besar dan tinggi bagak, akibat dari tumbesaran yang sangat rapid itu membuatkan badan dia menjadi bongkok melengkung. Sampai sekarang aku ingat lagi dialog Ustazah  Fadhilah dengan Giant.

" Giant, awak ni bongkok sangat la"

" Entah Ustazah, dah takleh betul dah"

" Cuba awak baring atas palang besi tempat main tu, pastu awak regangkan badan awak ke belakang, Tiap-tiap hari buat nanti boleh la lurus elok"

" tak bolehnya ustazah"

" Sayang je, badan dah besar, tegap macam ni tapi jalan bongkok-bongkok"

Pada masa tu, walaupun aku budak nakal suka ngusik orang, tapi aku ada kelemahan, aku cepat simpati bila tengok orang cacat atau tak normal. Aku tension je dengan ustazah tu. Dalam hati aku berkata-kata..

" Hek eleh ustazah ni, dah badan dia semulajadi macam tu, takkanlah boleh elok buat regang-regang macam tu"

Giant ada masalah Inferior complex, disebabkan dia lain dari kanak-kanak lain maka dia selalu menjadi mangsa ejekan. Akibat dari selalu diejek maka dia akhirnya sentiasa merasa rendah diri. Tapi Giant ada superpower, dia memendam marah umpama gunung berapi, apabila sampai satu tahap dia dah tak tahan sangat, dia akan mengamuk kejar budak-budak yang ejek dia umpama Garuda menghentam langkasuka.

Masa aku darjah 3 lagi aku dah ada ramai kawan, tapi lama kelamaan aku simpati dekat Giant sebab takde orang nak kawan dengan dia, jadi bila masa rehat, aku akan ajak giant makan dekat kantin bersama-sama. Walaupun aku simpati tapi tidak bermakna kawan dengan dia best, tak best sangat sebab dia membosankan. Terlalu rendah diri sampai biarkan diri dibuli membuatkan aku lama-lama rasa meluat dengan  sikapnya, sayang je badan besar macam undertaker tapi kena buli dengan budak-budak pakai sampin getah.

**************************

Pada satu hari Giant dibuli teruk oleh seorang samseng sekolah darjah 3, Nama samseng tu aku tak ingat jadi aku gantikan je nama dia ngan Sarip sempena mengambil nama Sarip Dol Samseng Kampung Dusun.

Sarip mengejek-ngejek Giant sambil terlompat-lompat macam kera.

" Giant giant giant, muka buruk, badan bongkok, suara sengau. Giant Giant Giant"

" Jangan kacau aku lah" Korang baca sambil buat suara ke dalam, garau dan sedikit sengau.

" Giant jalan macam gorila, gorila..wek wek, gorila"

Sambil Sarip mengejek-ngejek, Sarip memukul-mukul badan Giant, Sarip jugak sepak-sepak bontot dia. Oh ye pada masa ini, badan Sarip tinggi dan lebih besar dari aku, aku masa tu adalah pada skala standard kanak-kanak 9 tahun.

Semua yang Sarip buat aku boleh bersabar lagi. Cuma aku cakap " Wei dah lah wei, jangan lah kacau dia, kesian dia tau tak!"

Tapi bila sampai satu tahap Sarip ambil songkok giant, lepas tu campak atas lantai dan pijak-pijak sambil menari pogo, aku jadi temper, aku rasa terus meletup. Aku pun bangun dari kerusi dan terus buat satu gerakan yang sangat standard modified untuk aksi memulakan pergaduah iaitu, tolak-tolak dada.

" engkau ni Sarip, agak-agak ah nak buli orang pun, kau nak buli kau punya pasal lah, tapi yang kau nak pijak-pijak songkok dia kenapa? kau ada masalah apa dengan dia? dia ada kacau bapak kau ke?"

Sekali Sarip pulak menyirap, Sarip temper bila dengar aku cakap pasal bapak dia. Apalagi kami pun bergomol dalam kelas tu. Akhirnya dengan kuasa Super-saiya aku pun buat kamehameha sambil terbang ke langit! okey sekali lagi aku menambah-nambah cerita.

Akhirnya, aku gaduh-gaduh tolak-tolak dada Sarip, dengan tidak semena-mena Sarip dapat tangkap tangan aku, pastu dia tarik aku, dia peluk angkat dan kemudian buat balingan ke lantai sebijik macam aksi Wrestling.

Aku malas nak cari gambar bebetul, korang bayang je la aku kena humban macam ni, tapi muka ke bawah. 

Demi menjaga muka aku dari pecah tercium lantai, aku pun tahan impak jatuhan tu dengan tangan aku, maka habuannya tangan aku pun terseliuh. Justeru pada hari itu tewaslah hero Rasa Hati ni. Blog ini bukan kisah kartun walt disney yang always happy ending story, Ye pada hari itu aku kalah bergaduh dengan Sarip kerana mempertahankan seorang kawan Abnormal yang bernama Giant.

Aku sedih sangat masa tu, Tapi takdelah sampai nangis. Aku bukan sedih sebab kalah gaduh, tapi aku sedih sebab Giant tak bangun tolong aku, dia hanya duduk dekat meja dan tengok je aku kena humban ke lantai. Pada masa itu maka aku pun berputus asa untuk mempertahankan Giant lagi pada bila-bila masa mendatang.

***************************

Balik  ke rumah, aku cerita kat mak aku yang aku jatuh longkang masa try menari breakdance belakang blok kelas, mak aku percaya yang aku jatuh longkang. Petang tu mak aku bawak pergi jumpa Nenek Bakyah belakang rumah Nenek Timah untuk sesi mengurut tangan. Nenek Bakyah urut sangat sakit tak ingat dunia, tapi aku sayang nenek bakyah sebab dia sporting. Tengah dia urut aku sambil jenguk-jenguk kepala tengok mak aku nyibuk usha perabut rumah dia. Dia bisik kat aku....

" ni ekau bukan jatuh longkang ni jang, ekau bergaduh yo?"

" Uuuuih macam mana nenek tau nek?" (juih-juih bibir aku nak bagi efek sambil menaip)

" Dah berapo lamo pulak nenek ngurut oghang, ekau tak payah lah nak nipu nenek"

" Ha'ah, gaduh dengan kawan kat sekolah, tapi nenek jangan bagitau mama ye, kita geng kan"

" haaa, yo lah, tapi janji jangan gaduh lagi kek sekolah yo"

Aku taktau nenek Bakyah tu ada lagi ke tak, masa zaman aku mengurut dengan dia tu, dia dah tua sangat dah, jalan pun dah bongkok-bongkok, tapi aku ingat lagi bau minyak urut dia buat sendiri guna minyak kelapa, herba dengan daun serai wangi dia.

***************************

Selama seminggu jugaklah aku menyimpan dendan dengan Sarip, dan selama itulah jugak aku frust dengan sifat pengecut Giant.

Tapi pada minggu depannya masa aku pergi sekolah, terubat kelukaan hati aku bila Giant mengadu dekat bapak dia perihal Sarip yang belasah aku dan selalu membuli dia. Bapak Giant datang bawak parang panjang yang guna untuk tetak buah kelapa tu.

Kelam kabut Sarip kayuh basikal lari takut kena tetak. Padahal pakcik tu acah je pun. Selepas dari peristiwa itu aku dah tak jumpa Giant lagi, dengar cerita dia pindah sekolah, dan dengar cerita lain dia berhenti sekolah agama.

Aku pun puas hati sikit sebab aku dapat pembelaan yang sewajarnya, Tapi seliuh ditangan boleh diurut, seliuh di hati siapa yang tahu.

Andre The Giant - macam ni lah lebih kurang muka kawan aku yang nama Giant tu. Rahang yang petak, mata ke dalam, mulu besar. tinggi melengkung. 

p/s I nanti-nantilah aku ulas pasal 901 bebaskan Anwar tu, Pada aku lebih elok hal tu sejuk tanpa dibesar-besarkan lagi di blog. Lagipun lepas je verdict semalam semua orang cooldown, langit menjadi cerah dan jem pun beransur pulih. So rilek-rilek sudah ye dak.

p/s II Mana tah Giant skrg ni, entah dia ingat aku ke tak. aku tak tau. Dah lama aku tak main P/s banyak2 mcm dulu kan.


p/s III Menulis dalam keadaan demam dan dapur penuh bau durian dan tempoyak.

37 comments:

  1. sabar je laa...kita sama la ni ....sakit.

    ReplyDelete
  2. eintan : tah mana tah Giant pergi.. dia jadi artis kot skrg.

    Daddylicious : musim demam skrg ni, panas hujan panas hujan.

    ReplyDelete
  3. siaannya abang terseliuh. ramai tak awek tengok abang jatuh masa tu ?

    ReplyDelete
  4. ko rindu giant..?


    aku penah lari-lari..langgar budak lelaki..budak tu terjatuh.. tapi aku tak..

    tapi aku xmintak maaf pn..

    ReplyDelete
  5. Akim Iqbal : awek2 takde..sibuk main batu semban.

    missenget : kau kuat betul la. nasib baik gigi kau tak kena dahi dak lelaki tu. kalau tak.....

    ReplyDelete
  6. gila kau~tahun 93 tempat aku takde breakdance lagi~~

    ReplyDelete
  7. kesiannya giant!

    kesian jugak kat pika sebab kalah ngan sarip...

    ReplyDelete
  8. wowowowooo hero kalah? dem, tak apa. kaki buli masa kanak2 biasanya penakut masa dah besar. betul ke? kehkeh

    ReplyDelete
  9. aku rasa ko macam hero lah ikar!

    aku kena buli masa sekolah dulu sebab org geram tengok aku kecik sangat agaknya..

    ReplyDelete
  10. hehehe....hero mmg salu kalah awl2...mcm cite otomen...kna kalah dlu....anyway bgus nye kecik2 dh leh pikior cenggitu....huhuhuh

    p/s: sy suka durian n tempoyak yg byk2 tu...hahahah....nk skek!

    ReplyDelete
  11. dia pergi dapatkan rawatan untuk diri dia kut..

    durian..? oh.. tak suka..

    aik.. dah habis.. tak puas baca..

    ReplyDelete
  12. Citer zaman sekolah lagi? Niceeee! Dulu kat sekolah aku pun ada kes mcm ni, cuma dia bukan giant, tapi member tu jari terlebih... Ada lebih 1 jari kat ibu jari kanan dia.. Si "Sarip" kelas aku selalu ejek dia... Tapi aku tak mcm kau jadi hero, aku cuma temankan member tu sbb dia disisihkan dr kawan kawan lain. Tapi lepas tu "Sarip" dah tak ejek member tu... Sebab apa? Sebab lepas raya tahun93 tu, member aku ni slalu offer jari dia kat "Sarip"..sbb "Sarip" putus jari akibat main meriam buluh time raya...sadis kan? Hehe..

    ReplyDelete
  13. hahaha tak smpi ht nak bc dlm keadaan suara sengau. kahkah

    Sian awk kene pukul

    Tp takpe lah awk kan niat nak mmbantu hakhak

    ReplyDelete
  14. syndrome gigantisme.. dulu ada akta tak silap gua.. budak2 mcm ni boleh jadi kriminal di u.s..

    gua pun mcm ni jugak.. besar dia lain macam.. mmg terasa rendah diri sebab orang lain pandang kita tinggi.. perasaan orang gergasi mmg macam tu.. kesian giant.. lu pun satu.. bergaduh kena ada skill.. lain kali bawak pedang samurai.. kah3

    ReplyDelete
  15. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  16. kah kah kah.akhirmya hero gedik kalah dengan sarip.kalau jumpa sarip ckp ke dia sy kirim salam.hikhik

    tapi logik jugak kan hero kalah sekali sekala kalau asyik hero menang tue hero novel dengan hero korea.haha

    ReplyDelete
  17. bau tempoyak tu yang tak menahan,.....bak sebekas la ikar oiii....

    ReplyDelete
  18. kalau dia baca ni,kau agak dia akan balas


    "sorry ikar..aku x bermaksud....bla3",

    x?

    ReplyDelete
  19. bujal x : aku rasa masa tu MC hammer kot, kalau tak salah aku la

    Mas Saari : tapi lepas tu saya dah tak kalah gaduh lagi kak! haha

    Haikal : betul la tu kot, aku pun agak mcm tu jugak. Harap2nye lah. haha

    NOI : aku pun rasa aku hero, sampailah masa kene humban tu, dah tak berapa nak hiro dah

    katak merah : nak skek meh datang umah... sapa la katak merah ni ek?

    Aizamia : AIk tak puas lagi ke? punya panjang kisah ni...memang minat membaca betul u nih.

    max : haha, padan muka sarip, aku dulu pun ada kawan jari terlebih, kami tak ejek dia, tapi kami duk tenung lama2 jari tu sambil mintak nak pegang hahah

    p/s eh ko ada blog tak max?

    Ezan : simpati tu dah ada tapi tambah plak ngan hak hak hak tu. hahaha

    asip : tu lah bapak dia dah bawak parang panjang tu beb. wahh tak sangka aku jumpa giant kat blog ni. tah tah ko giant masa aku darjah 3 tu tak?

    Emmet : maceh2, blog ko lagi cun Met....

    NIN : kalau nak menang je nanti orang benci plak nin. hahaha

    Pendekar Tempoyak : weih tempoyak gred A ni, bukan buah busuk, buah elok buat tempoyak ada beraga... meh datang meh

    Zuemiey : aku syak, dia dah tak kenal aku kot.. aku syak la.

    ReplyDelete
  20. dtg umah??? yeayyy...bak alamat...

    ReplyDelete
  21. xkan nak letak sini. meh FB ke twitter ke. nak bagi alamat

    ReplyDelete
  22. ok...sbntar lg sy kasi gegar kotak mesej FB..heheheh

    ReplyDelete
  23. alamak...lupe lak...FB pages xley kasi gegar...
    fyruzz rusli <<<< Fb sy...

    ReplyDelete
  24. Xde blog, malas nak menulis, tapi aku suka membaca... Ni pun baru nk berjinak jinak mengomen blog yg aku slalu baca.. Hehehe.. Kalau tak, mmg aku ni jenis silent reader... :-)

    ReplyDelete
  25. aku tak tahu kenape aku leh bace sampai habis citer ni...
    ahaha
    so, aku rase blog ni best...hahaha

    sian giant, tapi hati die mesti tak terseliuh punye, die kan giant.hahaha

    acap
    Ur blog should be in my bwalking list 2012?check it out at ACAPSUUR

    ReplyDelete
  26. nanabyte mule2 ingat Giant dlm citer Doraemon tuh. tehee~ otak kanak-kanak betul kan?

    ciyaan Giant tuh. hopefully, he become a succesful young adult now despite his condition. :)

    ReplyDelete
  27. uish..org dmam leh wat entri cenggini? hehe. tabik respek ibu. (oo ye, ibu join blog rase hati krn p/s yg byk2 tu laa. .)

    ReplyDelete
  28. maybe giant t rasa tak terdaya nak tolong ko ..sbb faktor renfah diri yang sangat tebal dlm diri dia..

    best woo bau drian ngn tempoyak..sampai 1 masa boleh sebu otak..lalala

    ReplyDelete
  29. salam ikar. aku dtg blog hang. hehe.. nice entry bro.. sian ko jadi mangsa last2. mungkin giant mlas nak cmpur, sbb kang penyek sarip.. hehe.. xpe bro, kita berkorban demi kawan. selalu jumpa kat twitter je (mr_mohdrazik).. hehe.. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri HUKUM MANDATORI??

    ReplyDelete
  30. ang memang ada gaya hero.. hehe

    ReplyDelete
  31. rendah keyakinan ssh jugak..org bole senang2 pijak maruah kita..hopefully skrng Giant da ok la kan

    aku salute la ko pertahankan kwn ko tuh ^^

    ReplyDelete
  32. sedih pulak aku baca kisah Giant ni.. ko x blh salahkan dia jugak Nyah.. sbb ko tau kan dia ada kekurangan. walau badan dia besar tp keyakinan diri dia kecik.. so, dia rasa x ykn utk sekeh kepala budak2 yg buli dia. Fizikal tu tak menjamin kekuatan diri kalau semangat takde kan?? aku dulu bebudak laki kacau ejek2 aku kementot.. aku lawan je. masa darjah dua sorang budak laki berdarah kepala kena ketuk dgn pembaris. Tu padah ejek2 aku kementot.. ketot bkn sebarang ketot. Garang tau! kekekekeke

    ReplyDelete
  33. ini mengingatkan tentang rakan sekelas saya yang juga sedikit besar dan tinggi dari orang lain.dan fizikalnya saja sudah cukup buat die lebih "stand out" dari yang lain.heh

    ReplyDelete
  34. bab hati & perasaan kena approach cara lain...

    *kakiku yg terseliuh baru je baik selepas diurut refleksiologi. :-)

    ReplyDelete
  35. untung Giant dapat kawan mcm awak...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...