January 27, 2012

Kisah Mimpi Rasulullah

Assalamualaikum..

Bila bicara pasal mimpi, aku ada rahsia. Rahsia ni aku simpan dah begitu lama. Aku tak pernah kongsikan dengan sesiapa kerana bagi aku yang skeptikal ni, aku merasakan mimpi itu adalah mainan tidur akibat dari proses memori, interaksi kimia dan hormon dalam otak.

Tapi apabila aku meningkat dewasa, aku sudah pandai mengasimilasikan kaedah saintifik-skeptical itu dengan dunia kerohanian. Bagi aku banyak benda dalam dunia ini tidak mampu dijustifikasikan dengan kaedah saintifik. Ada janji-janji Allah dan Sunnatullah itu yang tidak perlu dikaji dengan Saintifik untuk kau nampak lebih sarjana menyampaikan dakwah Islam.

Ada perkara dalam dakwah yang tak perlu engkau kaji dan 'synchronize'kan ia dengan kaedah saintifik kerana benda ghaib itu hak mutlak Tuhan. Apabila kau mula mencari sebab dan alasan saintifik maka satu masa nanti kau akan kecewa apabila kajian itu tidak memihak kepada keadaan kerohanian itu. (kita akan bincang hal ini di masa akan datang)

***********************

Berbalik kepada Rahsia mimpi aku. Pada tahun 1994-1995, aku begitu asyik dengan Sirah Rasulullah, aku suka baca buku sirah tebal tapi kecil itu. Berkulit buku warna putih dan ungu, kertasnya gred rendah dan bertulisan Jawi.

Dari kecil aku memang minat membaca, aku membaca sampai aku faham, walaupun aku terpaksa merangkak dan mengulang, tapi aku akan pastikan aku faham. Bila aku dah faham barulah aku akan kongsikan dengan orang.

Akibat dari keasyikan aku yang suka sangat baca buku Sirah Rasulullah itu, aku mungkin selalu berimaginasi akan latar masa, tempat dan watak dalam setiap peristiwa yg berlaku.

1. Macam mana rupa wajah Rasulullah saw
2. Macam mana rupa para Sahabat ra
3. Macam mana rupa latar tempat Makkah dan Madinah pada zaman dahulu
4. Macam mana struktur Masyarakat pada zaman Nabi dulu.

Pada satu hari, aku tidur seperti biasa, aku bermimpi satu mimpi yang indah dan penuh simbolik pada diri aku, walaupun ianya berlaku berpuluh tahun dulu tapi aku masih ingat detail mimpi itu.

Aku mimpi berjuang dalam peperangan bersama Rasulullah saw. Pada masa itu aku sedang mengayuh perahu di tengah-tengah oasis gurun tandus semenanjung arab. Di kiri-kanan tebing musuh-musuh Islam mengepung tasik oasis itu, dan mensasarkan panah kepada kami dalam perahu. Di dalam perahu itu ada aku, Rasulullah dan Seorang sahabat yang aku tak kenal nama.

Sahabat-sahabat yang lain berjuang bersama tentera berkuda untuk mengalahkan pemanah-pemanah Kafirun, tetapi pemanah itu dapat juga melepaskan anak panah dari busur dan semua anak panah itu menghujani perahu kami di tengah tasik oasis serentak, rupanya seperti awan hitam yang datang berarak menuju ke kami.

Aku pun melindungi Rasulullah dengan perisai yang diletakkan di atas kepala ibarat payung, dan aku melutut dalam perahu di samping Rasulullah. Rasulullah duduk dalam perahu yang berbumbung bagi mengelakkan anak panah sambil baginda berkelubung dengan selimut.

" Zulfikar, bagaimanakah rupa Rasulullah dalam mimpi kau tu ?"

Maaf, aku tak nampak rupa Rasulullah, sepanjang mimpi itu, aku hanya nampak bahagian belakang Rasulullah, dan Rasul dalam keadaan berkelubung dalam selimut. Aku hanya tahu figure itu sebagai Rasulullah kerana aku memanggil beliau sebagai Rasulullah dan para sahabat semua acknowledge figure berkelubung itu sebagai Rasulullah. Aku ingat lagi dialog sahabat dalam mimpi aku, dalam keadaan kuda yang terangkat kaki ke udara dan tangannya menjulang pedang ke udara, beliau bertempik kepada aku..

" Anak muda, lindungi Rasulullah dari musuh-musuh Allah!"

lalu aku pun bertelungkup di samping Rasulullah sambil menahan perisai di atas kepala.

************************

Itu adalah rahsia mimpi aku tentang Rasulullah, dan aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa kerana bagi aku, mimpi anak kecil mungkin hanya mainan tidur. Di samping itu, mungkin dengan watak dan akhlak aku membuatkan aku tidak layak untuk bermimpi walau secebis jubah Rasul. Mungkin juga aku rasakan mimpi itu adalah mainan perasaan aku yang terlalu asyik membaca buku sirah Rasul. Mungkin juga mimpi itu adalah mainan tidur akibat dari keinginan yang membuak-buak untuk kembali ke latar masa dan tempat zaman nabi dahulu kala.

Walaubagaimanapun, tentang mimpi Rasulullah ini, Ulamak Ahli Sunnah Waljamaah sudah memberikan guideline yang khas. Dan perkara ini bukanlah pendapat aku, sebaliknya ia adalah iktikad ASWJ.

Perihal Mimpi

Ahli Sunnah Waljamaah telah beriktikad bahawa sumber asas syariat adalah Alquran, Hadis dan Sunnah Rasulullah. Syariat itu boleh datang dengan Qalam Allah swt dalam Alquran iaitu wahyu atau melalui Hadis Qudsi, Manakala tatacara hidup dan prinsip ditunjukkan dalam Hadis Rasul dan Sunnah.

Selain dari sumber di atas, ASWJ juga beriktikad bahawa fatwa boleh ditarjih dengan kaedah qias iaitu kaedah menyimpulkan hukum melalui kes yang seiras. Contohnya kes Arak Khamar yang memabukkan dengan fatwa pengharaman dadah dan arak dari bahan yang bukan dari tamar dan anggur.

Selain itu jika tiadanya panduan penetapan hukum, maka ulamak akan menggunakan kaedah Ijmak ulamak. Iaitu ulamak bersidang dan mengkaji kes lalu membuat keputusan berdasarkan kesepakatan seluruh ulamak dengan sumber ketinggian ilmu, sifat mujtahid dan berlandaskan kemiripan kes dahulukala di zaman Rasulullah.

Namun, Namun dalam kaedah-kaedah di atas, Ulamak ASWJ tidak mengiktiraf mimpi sebagai sumber syariat atau asas meletak hukum atau wasiat dari anbiya untuk disampaikan kepada Umum. Bagi para Ulamak, Mimpi Rasulullah itu adalah hadiah, keistimewaan dan anugerah yang Allah bagi kepada mereka yang dirasakan layak untuk bermimpi kepada Rasulullah.

Mimpi Rasulullah itu tidak perlu dipertikaikan dan disoal-soal, kerana Rasulullah berjanji bahawa Syaitan dan Jin tidak boleh menyerupai Baginda untuk menipu samada dalam mimpi atau sewaktu sakaratul maut. Tetapi ia sama sekali tidak boleh dijadikan asas mencipta arahan/permintaan baru dari Rasulullah untuk dilaksanakan kepada Muslimin.

Ini adalah kerana Allah telah berjanji dengan FirmanNya dalam Alquran bahawa agama Islam telah sempurna :

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Aku cukupkan bagi kalian nikmat-Ku dan Aku redha Islam sebagai agama kalian”. (QS. Al Maidah : 3)

Jadi, jika semua orang boleh claim bahawa dia bermimpi akan Rasulullah dan Rasul mewasiatkan kepadanya untuk menyampaikan kepada umat islam akan sesuatu perkara baru, maka kesucian agama islam akan tercemar. 

Tiada lagi ketulenan agama seperti mana yang berlaku kepada Agama Kristian, agama kristian melalui perubahan kerana setelah 1000-2000 tahun jarak dunia dengan asas agama, maka Santo-santo telah mengeluarkan fatwa dan ijtihad baru hasil dari mimpi, ilusi, stigma dan ilham dari bayangan Jesus Christ.
Maka doktrin-doktrin baru dicipta kerana tiada siapa sanggup mempertikaikan kealiman santo-santo (saints)  yang mereka anggap sudah maksum.

Percayalah, aku tulis ini bukan kerana iri hati, atau ingin menghasut. Aku menulis atas kapasiti berkongsi ilmu bagaimana asas-asas syariat dan fatwa digazetkan dalam ASWJ, bukanlah mahu discredit sesiapa. Mimpi Rasulullah adalah hadiah paling berharga untuk umat akhir zaman. Ia adalah method untuk menghilangkan kerinduan kepada Rasulullah dan memberi semangat kepada Muslimin untuk sentiasa hidup dengan harapan dapat bertemu Rasulullah.

Mimpi Rasulullah adalah privilege dan keistimewaan kepada umatnya yang rajin mengingati Baginda dan ikhlas dalam perjuangannya. Namun sealim dan segenuine mana pun kisah mimpi Rasulullah itu, ia sama sekali tidak boleh dijadikan Wasiat, Arahan, Pesanan, Syariat, Fatwa dan Doktrin baru dalam Islam.

Ia mungkin boleh dijadikan iktibar dan peringatan untuk membangkitkan rasa sayang kepada Islam, namun peringatan dan iktibar itu berbeza dengan wasiat,arahan,pesanan, syariat,fatwa dan doktrin baru.

Jika kaedah mimpi diiktiraf bayangkan betapa kucar-kacirnya agama akibat semua orang mula claim mimpi mereka sebagai wasiat dari Nabi dan mungkin juga wahyu dari Allah.

Contohnya : Semalam aku bermimpi Rasulullah datang kepadaku dan mengkehendaki kamu mengangkat aku menjadi wali dan khalifah di Bumi Malaysia ini. Kamu juga harus menyerahkan harta dan perempuan-perempuan kamu kepadaku jika aku mengkehendakinya. 

Bayangkan kalau 10 orang yang cakap macam ni? bayangkan 100 orang, 1000 orang? 

Maka sebab itulah Ulama' Ahli sunnah waljamaah sejak dari ribuan tahun dulu telah menggariskan bahawa mimpi bukanlah satu kaedah menetapkan Syariat dan menyampaikan wasiat.

Dan Ingatlah kamu wahai kawan-kawanku, Rasulullah menyampaikan wasiat, Selagi kamu berpegang kepada Alquran dan Sunnahku dan Mereka yang memegang tali sunnahku (sahabat) maka kamu tidak akan tersesat. Tiada pula Rasulullah saw mention pasal berpeganglah pada petanda mimpi pada akhir zaman bahawa aku akan sampaikan pesanan dalam mimpi kalian. 

Aku harap dengan penjelasan panjang lebar ini dapatlah korang semua berfikir secara kritis dan mula menjana percikan minda, tidaklah korang terus teruja dengan kisah orang yang menyampaikan wasiat mimpi Rasul sesuka hati. Sekarang aku buka perbincangan, tapi sebelum bertanya soalan dan berbincang sila baca tanpa skinread, dan skip-skip, kalau skip-skip nanti korang akan salah faham matlamat sebenar penulisan.


***********Tamat************


Oasis adalah kawasan subur di tengah-tengah gurun yang tandus, Kesuburan Oasis adalah berpunca dari mata air bawah tanah yang kadangkala membentuk Tasik luas di tengah-tengah gurun. Gambar diatas adalah oasis di gurun Libya.

p/s Tulisan tiada kena mengena dengan mana-mana tokoh.

p/s Pendapat di atas bukan pendapat peribadi sebaliknya adalah Iktikad ASWJ

p/s Mimpi aku Pasal Rasul adalah mimpi aku semata-mata, aku tidak mengharapkan sesiapa untuk mencari makna sebalik mimpi itu.

50 comments:

  1. menunggu dr smlm supaya ade yg bole kupas isu ni..

    ReplyDelete
  2. dulu msa kecil, ada ustazah kata kalo kita mimpi bertemu Rasulullah xboleh cerita kat orang, simpan sebagai peribadi sahaja. tapi saya xpasti pulak... err... boleh heboh2 ke kita mimpi jumpa rasulullah tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya tak payah heboh2kan, lebih baik simpan untuk diri sendiri. sebab takut ada banyak tafsiran berbeza.

      Delete
  3. it's complicated, better biar kita seorang tahu sendiri. sendiri mimpi, sendiri yakin. cerita kat orang, macam2 pandangan yang keluar. huh, manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. that is the point Dale. sebab tu aku simpan sorang citer tu lama.

      Delete
  4. Persoalannya,macam mana seseorang tu boleh tahu dan yakin di dlm mimpi tu benar2 baginda Rasulullah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kaedah utk cross cek, hanya keyakinan sebab Janji nabi yg Syaitan dan jin takleh menyerupai nabi hatta dalam mimpi dan bayangnya.

      Delete
    2. tapi macam mana pula ulama yg berkata jin dan syaitan tidak boleh merupai Rasulullah tetapi boleh merupai orang lain dan mengaku dirinya rasulullah? sy konfius disitu..

      Delete
  5. salam all..tiap kali membaca tentang mereka yang mempunya i rezeki bermimpi berjumpa Rasulullah saw, hati saya pasti tersentuh keran istimewanya anda jika anad diberi rezeki sedemikian rupa..ucapkan alhamdulillah sebyk mungkin untuk kurniaan itu, Allah swt memilih hambaNYA utk sesuatu tanpa kita tahu kenap danb mengapa tetapi yang pasti mereaka yang banyak beramal dan dekat dengan Allah pasti mereka ini istimewa sekali disisi Alah swt dan Rasulullah saw..mungkin zulfikar ( nama mirip nama pedang Rasulullah saw kalau sy tak silap..mungkin faktor nama juga membuat anda dekat dgn Rasulullah saw, alhamdulilah pada yr parents yang memilih nama ini untuk anda) mungkin video ini boleh memberi inspirasi what u got to do next..insyaAllah https://www.facebook.com/photo.php?v=339137016106668

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mainan tdur, mungkin terbawa2. mungkin memang hadiah...tapi nama Zulfikar memang mirip nama pedang rasul. Thanks utk penjelasan kak.

      Delete
  6. ingatan kamu kuat. smpai skrg ingt lagi
    tak pernah mmpi sbini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2, 3 mimpi jugaklah yg saya ingat sampai skrg. mimpi dalam mimpi paling susah nak lupa.

      Delete
  7. salam zul...

    cerita nie mengingtkn aku pd sepupu yg pernah cerita pd aku dia mimpi Rasullullah. dia tido sekatil dgn aku. masa tu umur dia 11 aku 12 thn. jd apa2 menda jd dia salu citer kt aku. x silap aku citer nie pon aku tau sorg jer.. dia mimpi kejadian kt akhirat.. masa lintas siratul mustaqim. dia nampak Rasullullah, duduk dkt satu kerusi... tp dia x nmpk rupa Rasullullah...cuma nmpk figure jer. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....

      wallahualam. xtau nak explain kan? mungkin elok buat peringatan pada diri sendiri..

      Delete
  8. salam wahai zulfi..
    aku takde la mimpi Rasullullah. aku jarang mimpi ni. tapi mimpi tu memberi simbolik yang besar buat ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama aku hidup dengan makna simbolik tu, walaupun aku selalu bermain dgn dilema antara mimpi benar atau mainan tidur...

      Delete
  9. Orang yang terpilih jer yang dapat mimpikan Rasulullah.. :)

    ReplyDelete
  10. beruntung siapa yang dapat mimpi sebegini...

    ReplyDelete
  11. Salam. Masa bljr dulu, ada kwn sy bermimpi Rasullullah... Org lain perlekehkan dia. Tp sy percaya dia x berbohong. Dia pun x nampak wajah Rasulullah... Bro biasa tgk makhluk ghaib x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak dapat tgk benda Ghaib dan saya skeptikal pasal hantu.

      saya tau benda mcm ni sensitif dan kekok bila cerita mimpi Rasul. sebab tu saya tak penah nak cerita kat org.

      Delete
    2. 1st kna mimpi kalimah2 Allah dulu baru gi jumpa ustad mursyid Dan belajar ilmu2 Dr guru tersebut smpai ke tahap tarikat dgn bersihkan hati kita lps tu Akan dibuka Mata hati kita dlm hakikat.. bila bahagian ni dosa Kita dh terhapus olh Allah Dan Allah janjikan 100,% surga.. inshallah.. dlm ni be blh nampak segala2 Dr kepunyaan Allah.. klu hati blum bersih selagi tu hijab hati xkan di buka.. banyakan baca surah kahfi..

      Delete
  12. dulu masa belajar ada kawan bgtau dia mimpi jumpa rasullullah .dlm mimpi tu dia menyarung capal dr kulit kayu ke kaki rsllah dan rsllah menepuk bahu dia .tp rupa rsllah tak nampak sb silau cahaya matahari terik atas kepala.

    ReplyDelete
  13. mimpi jumpa rasulullah... bertuahnya dapat mimpi mcm tu... kalau tak silap aku, ade beberapa amalan yg boleh diamalkan untuk mendapat mimpi jumpa rasululah ni... amalan ape? tak sure.. nanti refer kitab n ustaz dulu...

    ReplyDelete
  14. salam .. aku pulak nampak wajah tapi takde janggut...bukan diusia tuanya rasullullah..camno tu hehe

    ReplyDelete
  15. salam...saya pun pernah bermimpi bertemu rasullulah....saya berdiri di sebelahnya...tapi seperti saudara zul juga...sya tak dapat melihat wajahnya dengan jelas...hanya nampak seperti lelaki berpakaian tradisi arab (seperti pakaian imam masjidil haram)....dia memberi hadiah kepada beberapa orang...bila sampai kepada saya diberinya hadiah yang agak kecil...saya bertanya...."ya rusulullah kenapa hadiah sya kecil sedangkan orang lain besar"...dia menjawab..."mereka itu lebih sabar dari kamu"....mimpi itu sekejap saja...

    memang benar ...sya tak sabar...tapi dugaaan yang melanda saya terlalu berat.....kadang kala tak terdaya bahu ini memikulnya....kekuatan saya hanya pada solat....motivasi saya hanya bila mendengar azan dan berjemaah di masjid...bermunajat kepada allah meminta kekuatan iman, amal, takwa dan kesihatan.....

    perit bila kehilangan ayah, ibu,adik dan mertua dalam masa lebih kurang setahun...semuanya menemui allah berselang 4 bulan...kerjaya yang saya bina berbelas tahun....hancur ..gara2 dengki dan sihir...harta yang saya kumpul tergadai kerana sihir...sekarang saya menganggur...bertahun lamanya menganggur..air mata menemani setiap doa dan solat..malah bila membaca al quran..ada surah2 yang saya faham...bercucuran air mata....

    tapi saya tidak akan berputus asa ..saya pasti bangkit... ..saya tetap yakin..semua ini adalah ujian semata mata...Allah menyayangi hamba2nya yang sujud dan berdoa..

    Akhir sekali kepada yang membaca ...berdoala jua untuk saya ...mudah2an doa iklas dari saudara seagama di makbulkan Allah...

    Kepada yang mengalami seperti saya...ada secebis doa untuk di kongsi....di ambil dari al quran...berbunyi ROBBANA LA TU ZIGH QULU BANA,..BAQ DA IDZ HADAITANA...WAHABLANA MIN LADUNKA RAHMAH...INNAKA ANTAL WAHAB....

    kesimpulan maksudnya...minta ditetpkan iman selepas ditujukkan jalan yang benar iaitu islam....

    kalau ada salah dan silap ..maafkan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga awak bertemu penyelesaian kepada semua masalah awak, saya doakan awak tabah dan teguh iman menghadapi segala dugaan,

      mimpi itu pasti ada hikmahnya, harap dapat jadikan ia sebagai motivasi utk lebih bersabar.

      terima kasih utk kongsi kisah awak. saya terharu.

      Delete
  16. Assalammualaikum, cerita saya hampir serupa dgn cerita abang(baru 16 tahun)asa saya form 1 saya juga pernah mimpikan rasulullah sebelum tidur tu saya sdg membaca buku sirah khalid al-walid tak salah sye, sye juga mimpi perang bersama rasulullah , byk peperangan saya pergi bersamanya, masa tgh menaiki kuda atau jalan kaki(mimpinya kurang igt dan jelas) tiba2 kaki kuda termasuk dalam pasir dan tiba2 terjaga dr mimpi masa tu juga terasakaki saye sakit macam td bkn mimpi je.. Kadang2 terpikir jugak ape hikmah disebalik mimpi ni, wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Salam ...
    Bagaimana yg bermimpi jumpa Rasulullah SAW ... lalu di kurniakan selawat2 yg baru , terutama dari cerita2 kaum sufi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam, tapi sebaik2 selawat adalah yang diajar nabi, dalam alquran, hadis dan sunnah, mimpi tidak boleh dijadikan Nas utk cipta ibadah baru.. kesucian agama akan hilang...

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam.....kakak percaya mmg boleh mimpi Rasullullah...sbb kakak sdri telah bermimpi 3 kali....masa umur kakak 15, 28 & 34.....sampai skrg kakak rasa..tak layak dpt keistimewaan itu.....terlalu hina diri ini utk kurnia Allah sebesar itu .....walaubagaimana pun ....Alhamdullilah....segala puji bagi Allah...ujian hidup kakak hebat...tapi dgn mimpi itu .....dpt membuat kakak kuatkn balik iman didada......
    Mcm mimpi adik zulfikar....kakak rasa sama mcm kakak.....ia mmg khas utk diri kita sdri....sebagai nasihat, petunjuk dr Allah....
    Ikhlas pd Allah.....itu kuncinya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Sis lps tu Ada x dpt mimpi kalimah2 Allah? Jika Ada tolong cari ustad mursyid ye... Allah menyuruhkita mempelajari ilmu Allah yg mendlm...

      Delete
    2. Assalamualaikum. Tuan zulfikar masih aktif dlm blog ni ke?

      Delete
  20. assalamualaikum..just nak kongsi...dalam mimpi tu saya dalam barisan, dan ade seorang seolah2 ketua berdiri di hadapan ,saya bertanya kepada seseorang di sebelah saya,siapa kah dia(yang sedang berdiri dihadapan barisan,mengadap saya)orang itu jawab:itulah rasullullah.Saya dapat melihat wajah rasullullah,tapi wajah baginda dalam mimpi saya itu berlainan dari gambaran yang pernah saya dengar,wajah baginda dalam mimpi saya itu agak keruh.Saya ada bertanya seorng ustaz,katanya itu mungkin balikan dari hati saya yang amat kotor,tidak layak untuk menatap wajah sebenar rasullullah.wallahhua'lam

    ReplyDelete
  21. baru sekejap tadi pkl 2 pagi aku bermimpi bertemu rasulullah. beserban putih berjubah coklat cair. dlm mimpi aku rasulullah berpesan bhw Allah murka pd manusia yg tidak ikut ajaran rasulullah dan memandai cipta fatwa sendiri....ni versi aku lah. aku dapat lihat wajah rasulullah dengan jelas dan sempat berdialog dgn baginda...aku khabarkan pada baginda, yarasulullah aku adalah umat yg lahir beratus tahun setelah pemergianmu, izinkan aku menatap wajahmu buat mengubat kerinduan agar kekal dalam ingatan. rasulullah bertanya siapa namaku dan aku jawab .lalu rasulullah memanggi aku dan sekumpulan wanita mostly kawan2 aku dizaman asrama dulu. aku nampak beliau menunjukkan mukjizat pada salah seorg budak yg sakit ada disitu. lalu aku tersedar. kagum dan confius. khuatir kalau mimpi tadi mainan syaitan....kalaulah benar itu wajah rasulullah alangkah indahnya. ...tapi siapalah aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dh mimpi jgn Lupa hadiahkan fatiha pd baginda.. jika slps mimpi rasullah klu Ada dpt mimpi kalimah2 Allah sila mencari guru mursyid

      Delete
  22. Rasulullah SAW pernah bersabda, jika ada mimpi yang baik,khabar-khabarkan kerana ia adalah sebahagian daripada Nubuwwah. Bermimpi bertemu Rasulullah SAW pula bukan untuk memberi ilmu baru, tetapi sebagai petunjuk untuk kita melihat kembali apa yang telah kita lupakan dalam Quran dan hadith. Dan bermimpi bertemu Baginda itu mengandungi pelbagai pelajaran dan pengajaran untuk kita lebih memahami Quran dan Sunnahnya. Cuma kengkadang kebanyakan orang yang mendengar khabar mimpi itu tidak tahu bagaimana menghargai ilmu yang sewajarnya yang telah diperkongsikan oleh orang yg bertemu Nabi SAW dalam mimpi mereka. Kerana aku pernah cuba memberitahu pengalaman mimpiku, tetapi dikatakan mimpi Nabi itu hujah yang lemah, sedangkan bukan untuk aku berhujah, tetapi ingin aku sampaikan apa yang aku telah pelajari daripada Baginda. Dan apa yang aku pelajari sebahagiannnya memang ada dalam blog ni. Alhamdulillah dan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang tuan puan perkongsikan. Benar-benar mimpi itu suatu anugerah yg kadang-kadang sayang tak dapat pula diperkongsikan pengarajannya bersama. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  23. Untuk saudara zaki burn, hakikatnya mimpi saudara itu benar, bahawa bahawa fatwa yang menyimpang dan kita sudah jauh meninggalkan Quran. Itulah yg aku lihat dalam mimpi di Mekah semasa melihat umat Islam tawaf terbalik. Allahu Akbar. apa yang harus aku lakukan.

    ReplyDelete
  24. Saya percaya cerita kamu. Sebab suami saya sendiri pernah berkali kali selepas sembahyang meminta agar dia dapat bersembahyang bersama-sama 40 orang alim. Suami saya memeluk ugama Islam semasa umur nya 25 tahun pada tahun 1975.

    Dia memang belajar tentang ugama islam selama 30 tahun. Suatu malam selepas sembahyang suami saya tertidur di atas tikar sembahyang dan di dalam mimpinya dia berada di dalam sebuah masjid bersama ramai orang untuk bersembahyang. Antara ramai lelaki yang berada di masjid hanya seorang wanita yang berbaju biru.

    ReplyDelete
  25. Suami saya berkata pada Rasulullah bahawa dia tidak sabar lagi untuk bersembahyang jumaah dengan Rasulullah dan rakan-rakan. Rasulullah sambil tersenyum berkata pada suami saya agar bersabar sebab beliau masih menuunggu tiga orang lagi yang masih belum sampai. Setelah sampainya 3 orang lelaki, Rasulullah menegur mereka dengan nada suara yang begitu lembut tentang kelewatan mereka - mereka tunduk malu.

    Seelok saja mereka ingin memulakan sembahyang, Rasulullah yang sebelum ini bersiri sebelah suami ku, terus macam magic berada di hadapan semua - menjadi imam.

    Menurut suami ku, dia tidak dapat mencerita bagaimana rupa Rasullulah, tetapi berkata beliau berjubah putih. Ketika sembahyang bersama-sama nabi pun tidak sama seperti kita sembahyang di dunia.

    Tapi apa yang dikatakan oleh suami saya, selepas sembahyang dan memberi salam, Rasulullah berkata kepada suami ku, bahawa suamiku harus pulang. Suami ku berkata pada Rasulullah bahawa dia ingin terus tinggal di sama untuk selama-lamanya. Rasulullah kemudian berkata, "We are not in a position to negotiate" (saya tak tahu nak translate ayat ini).

    Terus suami saya tersedar dan menangis di atas tikar sembahyangnya selama 3 hari. Katanya dunia ini terlalu kasar. Tidak seindah yang apa dirasainya di sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi mengenali akhir zaman dimana akhir zaman Akan Ada imam Mahdi nabi Isa Dan lg sorg sy x pasti sape tp memang diwaktu la la semua org Akan bergabung untuk memulakan solat bersama allahuaalam..

      Delete
  26. subhanallah sungguh indah mimpi yang dipaparkan disini dan sangat-sangat beruntung orang-orang yang diberikan oleh Nya kesempatan bertemu rasulullah dalam mimpinya kerana menurut hadis sahih yang selalu kita dengar dan baca mengatakan syaitan tidak dapat menyerupai rasulullah.
    namun demikian sebaiknya kita mengambil hikmah dan pengajaran daripada mimpi tersebut bagi menjaga silaturahim sesama umat islam. apa yang menjadi tunjang amalan orang islam adalah berpaksikan keikhlasan kerana tanpa keikhlasan amalan menjadi sia-sia saja.
    Aku skeptical juga masa kini kadang-kadang tu ada juga orang yang kira banyak ilmu agama tetapi dengan gelojoh menceritakan mimpinya kepada umum. Pada hematku perkara sebegini seharusnya lebih cool tak perlu dihebahkan demikian rupa. Kerana kedatangan rasulullah adalah untuk memperbetulkan akhlak umat bukan untuk puji-pujian, glamor dan sebagainya.

    ReplyDelete
  27. Salam sy pun Salah sorg Dr saudara... Stlah setahun sy mimpi baginda.. alhamdulillah.. Allah mengutuskan ku untuk mempelajari agama Allah yg halus.. alhamdulillah syukur ku of Allah kerana dia menyayangi ku....
    Jd saudara yg bermimpi rasullah kenalah mencari seorg guru murshid

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...