January 2, 2012

Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran

Assalamualaikum...

Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream.

Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan.

Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat. Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba.

Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit.

Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan.

Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu. Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu.

Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. 

Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati. Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti.

Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan.

Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi.

Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata. Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu.

Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara. Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap!

Akhir kata, Mari kita main agak-agak.

" Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?"




You must unlearned what you have learned,  Once you start down the dark path , forever will it dominate your destiny, Consume you it will" 


P/S macam ni rasanya bila sudah meningkat dewasa, pemikiran mulai malar, dan kata-kata mulai seperti Jedi Master Yoda.

29 comments:

  1. hakikatnya mereka ini tidak reti bersyukur,,itu jer kan,,

    ReplyDelete
  2. pelajar sekarang terlalu ikutkan hati, nak perjuangkan sesuatu yang salah..

    ReplyDelete
  3. budak2 ni kene belajar sejarah balik..perjuangan yg tak pasti..sia2 je la dik oii..
    ingat tokoh2 dulu..diorang berjuang bagi kesenangan masa sekarang..budak2 ni konon berjuang tp nampak mcm nk mhancurkan masa depan je..

    ReplyDelete
  4. ish ish ish.*geleng kepala sambil makan honey star.

    Saya dulu tak tahu menahu pun psl AUKU nei tapi dah hbs jugak diploma.

    Ingat demo nei best ke.penat dan nampak bodoh adalah bila memperjuangkan benda yg dah memang org tahu kebenarannya.ish ish ish

    ReplyDelete
  5. jiwa muda memang begitu membara ibarat api disimbah petrol.
    tapi aku rasa tu semua budak yg nak fail kot sebab tu depa berdemo..

    ReplyDelete
  6. abis pilihanraya, habis semua cerita.... percaya lah....

    ReplyDelete
  7. jgn mudah terpengaruh...perhalusi dulu

    ReplyDelete
  8. "Ko diam la! Ko tak nampak apa yang sebenarnye berlaku. Dorang inilah contoh mahasiswa yang perlu dicontohi. Bakal cikgu yang berani bersuara dan bertindak untuk protes kepincangan sistem pemerintahan dan pendidikan yang kerajaan skarang tadbir. Berjuang untuk masa depan anak-anak kita. Celaka punya polis! Anjing2 pemerintah! Bla bla bla.. Bangkit mahasiswa! Seorang tumbang berjuta lagi mahasiswa akan bangkit!"


    Semak aku baca status orang kat pesbuk aku tu..Mahasiswa yang bijak tak akan mengeluarkan ayat-ayat provok seperti itu..


    Ini bukan perjuangan..Ini provokasi..Saja nak bagi orang berbalah..Alahai anak-anak Melayu yang bergelar mahasiswa..Kenapa singkat benar pemikiran kamu..Haish..(-_-")

    ReplyDelete
  9. sblh upsi ade kedai pau yik mun. terbaikk waa cakap. kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. xde masa aku nk demo2 sgala bagai....xdemo pun skrg ni aku dah hbis blaja.... pie mampus la ngn demo ko... hahaha...btw, aku bukan lagi mahasiswa so aku boleh gune curse kn?

    ReplyDelete
  11. ..selagi kita boleg blog', maknanya kita masih hidup mewah aman makmur..

    aku rase nak fwd entry bagus ini kepada peserta demo itu. ngaji tak habis lagi dah ngada-ngada. rotan kang!!

    ReplyDelete
  12. Malaysian still stupid liao (and be honest majority is Malay).

    Politikus just bagi kain pelekat untuk tarik undi.

    Khir Toyo rasuah berjuta pakai duit rakyat, tiada seorang ambil kisah. NFC pula?

    Sudah banyak kes rasuah di Malaysia yang kantoi, tetapi Malaysian boleh diam.

    MEreka tidak buka mata tengok negara luar. Kazakhstan baru merdeka thn 1992, sudah mampu lunas semua hutang negara liao.

    The problem with Malaysia is the're ignoring.

    ReplyDelete
  13. darah muda la katakan, ikutkan sgt kata hati tp kata akal yg waras diketepikan...

    ReplyDelete
  14. Simpati ngn mangsa.. sedih juga..
    rasa marah juga bila polis wat cmtu...
    n rasa lagi marah dgr mahasiswa yg mulakan sume ni..

    rasa rasa rasaa sume xmatang.. arghhhhhhhh....


    <<<< fokus wat thesis lagi baek.. 6days 2 go.. bye ikar.. ilebiu

    ReplyDelete
  15. nice post oh... blog ni pun lawa.. :D

    ReplyDelete
  16. keje asek nk melawan jer. .siap bguling2 bagai ats jln mgalahkan budak kecik yg xdpt lolipop kt kdai runcit jer lagaknyer. .yg terlibat ni sok bl habis skola ibu nasihatkan bukak kompeni sendiri jd boss.senang citer.

    ReplyDelete
  17. sokong sekali, try ni http://www.morningtonight.com/2012/01/isu-upsi-mahasiswa-sambut-new-year.html

    ReplyDelete
  18. emm..mungkin betol malaysia takdelah sampai da teruk cm nasi tak leh tanak ke..da tak aman ke..tapi kalu dari awal2 tak dicegah so camne nti maybe akan jadi camtu..sekiranyew rakyat tak leh bersuara n kalu malaysia ni dipimpin secara tidak adil??..pada saya mereka boleh bersuara tapi hope kalau ada jalan yang lebih baik..better amik yang lebih baik..wallahualam..apa pon msti ada pro kontra nyew.. ~sayang malaysia~

    ReplyDelete
  19. SO...KITA PERLU TUNGGU SEHINGGA TAKDE NASIK DALAM PINGGAN, TUNGGU SAMPAI PM KITA DIGANTI ORG MACAM IDI AMIN....KENA TUNGGU RAKYAT MATI KEBULUR...DALAM 300 RIBU ORG MATI...BARU BOLEH MEMBERONTAK...

    DALAM MELAYSIA NI AD BERJUTA MAHASISWA...ADA YANG MAIN DOTA TAK HENTI2..TAK TUMPU PUN FINAL....ADA YANG MAIN LELAKI MAIN POMPUAN TAK HENTI2...AD YANG MAIN DADAH....ADA YANG JUDI....ADA YANG BODOH.....ADA YANG BIJAK....ADA YANG BANGANG...ADA YANG ALIM....ADA YANG MINAT POLITIK....ADA YANG POLITIKNYA SLOW AND STEADY...ADA YANG KASAR....TAPI SMUA STUDY...FOKUS TAK FOKUS TU MASING2 PUNYA HAL....YANG PENTING BANYAK ORG BANYAK RAGAM.... MEMANG SEMUA ORANG BETUL...TUAN PUNYA BLOGGER MUNGKIN BETUL TAPI TAK SEMESTINYA DIORANG SALAH....SO...BE COOL...

    ReplyDelete
  20. cuba baca balik kat atas, pastu fahamkan konteks. saya ada ckp jangan demo ke?

    cuba baca perenggan by perenggan. saya cakap, demo yang tidak terdesak takkan membuatkkan orang rasa terpanggil untuk turut serta.

    awak sentimen ni, cuba ikut nasihat awak. Be cool.

    ReplyDelete
  21. masa di uni dulu, saya xsempat pun nak pikir hal lain..

    apa yg biasa saya pikir ialah:
    cukup tak duit yg ada tu nak mkn?
    berapa hari dlm sebulan saya kena mkn biskut/roti ganti dinner?nak mintak dgn parents , malu...
    brekfast? jgn cerita, tu adlh mimpi indah sahaja..
    mana nak korek duit beli ink printer n kertas A4?
    apsal pointer ala kadar wpun sy dah study bagai nak rak?
    kesian kat member kena ulang sem wpun dia lebih rajin dari kita..tumpang nanges utk dia..
    apsal saya asyik kena buat embryo rescue, sedangkan pokok org lain idup subur?
    apsal retrovirus saya mcm xmatch dgn database, virus baru atau saya silap coding?
    dan list tu bertambah dari hari ke hari sampai xpernah peduli dunia luar lagi... buka berita sebab nak info n tahu bencana alam je. hal politik xdan nak amik hal...

    byk pulak masa adik2 skg dekat uni yer?
    mungkin jugak yg masuk uni skg ni org2 yg hebat2 n xpayah berusaha sgt utk grad, smpi byk masa bleh dihabiskan dgn buat benda lain.

    ReplyDelete
  22. anon2 tu bukan main gempak menempelakla...ini contoh orang bijak yang tak dimakan ajar ...kau tulisla berbatu-batu pun mereka bukan mahu faham tetapi cuma mahu kamu faham apa yang mereka-mereka itu faham ...sengaja tidak mahu faham adalah orang yang bijak tetapi realitinya amat bodoh tindakan dan perlakuannya ...sama seperti sifu mereka...keh3!

    ReplyDelete
  23. kalau ikut demonstrasi indonesia lebih teruk! sanggup bermati-matian beramai-ramai. lebih gagah dan berani. mengerikan jua ada!

    ReplyDelete
  24. wes, betul la arisan tu main kutu, haha. ko taknak masuk arisan tante-tante kat sini? ada oke...tp special utk lelaki bujang sahaja.

    ReplyDelete
  25. totally agreed dgn penulisan ini.. emmm, huru hara la kalau semua benda nak berdemo.. ni perjuangan yg mengikut nafsu.. soalan aku pada org yg berdemo ni, terutama yg islam.. adakah anda menunaikn solat seperti yg di wajibkan? cukup waktu? jadi kalau itu pun garu kepala nk jawab, x payah nk emo sgt tuntut itu ini... sbb tuntutan terhadap Allah pon ko x mampu buat... nk cari salah org..

    ReplyDelete
  26. time belajar lebih molek belajar dari perjuangkan sesuatu yang belum tentu benarnya..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...