January 5, 2012

Darjah Satu

Assalamualaikum..

Pada tahun 1991, aku mula mendaftarkan diri dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Bharu. Apabila mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. Eh dulu ke dahulu? balu ke Bahulu atau Janda meletup di Bengkahulu? okey abaikan, nanti kita bincang di entry post lain.

Apabila mengimbaukan kenangan zaman dulu-dulu, lebih tepat lagi zaman aku mendaftar masuk darjah satu, ada beberapa elemen yang melekat dalam memori aku. Elemen-elemen ini tidak berjalan sekali harung, ia bersegmen-segmen sebab peristiwa masuk darjah satu ni dah lama sangat berlaku, hampir 21 tahun yang lalu.

Jadi, demi berlaku jujur aku akan mencuba sehabis daya untuk menghubung-kaitkan elemen-elemen tersebut agar menjadi garapan kisah yang lancar.


1. Kelas dinding separuh batu dan separuh papan.

Pada masa itu, aku rasa dengki sangat dekat budak-budak kelas lain sebab diorang dapat kelas blok batu penuh. Jaki je aku tengok blok kelas diorang, dah lah blok kelas tu warna oren, kelas aku plak warna separuh putih dan separuh biru-biru kusam. Aku ingat lagi monolog dalam hati aku pada masa pertama kali masuk mendaftar kat sekolah tu.

" Alaaaa, dapat kelas sekerat batu sekerat papan ke? tak bestnye!"

2. Suruh mak balik cepat, perasan dah besar sangat.

Kisahnya, rumah aku dengan sekolah tu dekat sangat, sepelaung tu adalah jarak yang harfiah, bukan analogi lagi. Harfiah itu maksudnya makna secara terus, atau Bahasa Inggerisnya Literally.

Mesti korang tertanya-tanyakan apakah yang dimaksudkan dengan sepelaung?

Sepelaung adalah kata imbuhan bagi menyatakan jarak sesuatu tempat tanpa menggunakan unit SI. Orang tua zaman dulu tak gunakan ukuran meter dan kilometer untuk nyatakan jarak yang lebih dekat dari sebatu, mereka gunakan ukuran sekapur sireh, sebatang rokok, setanak nasi, serantai dan juga sepelaung.

Sekapur sireh itu menandakan jarak dari rumah Marry De Silva ke rumah  Mat Jahar Derus hanyalah sejauh jarak masa habis kunyah sekapur sireh. Contoh ayat adalah seperti di bawah ;

"Habis je kunyah sehelai sireh berkapur dan berpinang tu maka sampai lah Makjah Senggol datang membawa kata-kata nista dari rumah Marry De Silva ke rumah Mat Jahar Derus. Habis porak peranda rumah tangga Marry De Silva akibat umpatan Makjah Senggol. MakJah Senggol berdosa kerana umpatan dan fitnah itu membawa kebinasaan walaupun Marry De Silva bukan saudara seagama Islam"

Samalah juga konsepnya dengan setanak nasi. Contoh ayat adalah seperti di bawah ;

"Meknab Blogger Hot berjalan tenang ke rumah Amelina Bekry, jarak rumah mereka tidak jauh, Hanyalah setanak nasi saja. Sampai je ke rumah Amelina Bekry itu maka masaklah nasi yang ditanak oleh Meknab di rumah . Namun selepas melihat Amelina Bekry pun pandai masak nasi berlaukkan Kari Hijau Thai wahima dia belajar kedoktoran, maka cemburulah si Meknab Blogger Hot itu lantas dia pulang ke rumah dengan semangat berkobar-kobar sambil menyingkap album Facebook beliau dengan pantasnya, jaga kau Amelina, habislah gambar kau dye dye rambut. habis punah ranggah!"

Dan sepelaung itu adalah dari kata laung. Jarak itu sangat dekat, sehinggakan kedengaran laungan dari titik A ke titik B. Contohnya ;

" Rumah Zulfikar dan sekolah itu sangat dekat jaraknya, hanya sepelaung sahaja. Jika mak Ikar melaung sekuat hati memanggil anaknya yang disayangi dan comel itu, maka kedengaranlah suaranya hingga ke pagar sekolah, justeru bertebaranlah burung-burung merpati yang enak bercanda di atas pagar sekolah yang dilitupi embun pagi itu. Lalu berlari-lari anaklah Zulfikar kembali ke pangkuan maknya untuk santap tengahari"

Disebabkan rumah aku dekat sangat dengan sekolah, jadi unsur-unsur rindu mak tu tak timbul, lagipun dulu masa tadika dah biasa berpisah sementara dengan mak. Dekat sekolah tu jugak kawan-kawan yang sama masa tadika pergi sekolah tu sekali contohnya Aswad, Mustafa Kamal dan Sabri.

Sehinggakan kisah aku yang suruh mama balik cepat-cepat lepas daftar hari pertama sekolah menjadi bualan hangat hingga sekarang bila makcik-makcik semua berkumpul cerita pasal anak-anak first time mendaftar darjah satu.

" Ikar dulu, takde maunya dia nak Yang tunggu dekat kelas dia, lepas dah daftar semua, masuk kelas, cepat-cepat si Ikar tu suruh Yang balik. Untung jugaklah rumah Yang dekat ngan sekoloh" Kata mak aku yang berpangkat Yang pada adik-adik dan Makyang pada anak-anak buahnya.

3. Suraya

Banyak kali dah aku cerita dekat dalam blog ni aku rasa, Iaitu kawan pertama yang aku tegur dalam kelas darjah 1 dulu adalah Suraya. Dia juga adalah gadis Chinese look yang aku syok masa darjah dua, sekarang dia dah bahagia bersama dengan suami tersayang dan dia juga adalah penulis blog. Kalau terer cari sendiri dekat bloglist sebelah "sudut pandang"

Aku sempat berkawan dengan dia sampai darjah dua je, lepas tu dia pindah sekolah kat Selayang, maka aku pun berbaik pula dengan Lydia. Lydia pun sekarang dah berkahwin dan anak satu, nampak gayanya aku jelah yang belum kahwin sekarang ni.

4. Cikgu Shamsiah

Cikgu Shamsiah adalah cikgu aku yang pertama sekali, jika tidak pertama sekali pun, beliau adalah cikgu pertama yang aku ingat masa darjah satu hinggalah sekarang. Sepatutnya aku panggil dia Teacher Shamsiah sebab dia mengajar Bahasa Inggeris.

Aku ingat Cikgu Shamsiah sebab dia sangat cantik, rupanya iras-iras Erra Fazira, tapi dia bertudung dan berkaca mata. Lagi satu, dia selalu manjakan aku dengan membelai pipi aku seraya berkata

"awak ni comel sangat tau Zulfikar" lantas aku pun menjawab

" Teacher adalah cikgu yang paling cantik dalam sekolah ni, dan saya sayang cikgu sangat, aummmmmm" okey abaikan aummm itu kerana aku sesaja tambah bagi unsur dramatik yang lebih ketara.

5. Berak balik rumah

Disebabkan rumah aku dekat sangat, jadi bila aku nak berak, aku akan menyelinap ikut pintu pagar belakang dan balik ke rumah. Janganlah bimbang sangat, adengan menyelinap itu bukanlah seperti adengan drama budak sekolah menyulusur  pagar berlubang dan meredah semak rumput tebal melintasi parit.

Sebaliknya aku hanya berjalan lenggang kangkung je ikut pintu pagar besar yang tak berkunci dan berjaga, mengenangkan mak aku pun memang berjiran dengan cikgu-cikgu yang mengajar kat sekolah tu, maka takde apa yang perlu dirisaukan. Patutlah aku tak pernah kena marah bila balik rumah nak berak kan? baru aku perasan apabila aku tengah menaip ni. Rupanya mak aku dah set konspirasi dengan cikgu-cikgu semua supaya kautim dengan aku.

Tapi aku ingat sangat satu ayat dari mulut mak aku. Masa tu aku dah habis berak dan keluar dari jamban

" Hah Ikar! bila masa kamu nyelinap masuk dalam rumah ni? bukan ke kamu tengah sekolah sekarang ni?"

" Jap mama, balik berak jap, kat sekolah jamban takde lampu"

" dah dah, cepat gi masuk balik, nanti pengawas tangkap nanti"

" okey tata mama.. dushummmmmmmmm"

6. Koperasi Seram bawah kolong tangga.

Pada zaman itu, aku dan mama akan dapat List barang keperluan untuk beli barang sekolah. Maka kami dua beranak pun akan pergi beli barang di koperasi sekolah yang terletak bawah kolong tangga blok bangunan dua tingkat.

Masa kecil lagi aku dah fikir yang koperasi itu daif sangat, sepatutnya sekolah berfikiran usahawan lah sikit, buatlah satu ruang yang elok untuk aktiviti berniaga. Tapi masa aku darjah empat, koperasi dah berpindah ke satu bilik yang lebih sempurna tapi tetap berdekatan dengan kolong tangga. List barang yang familiar masa beli untuk pembukaan sekolah adalah seperti berikut.

a. Lencana sekolah jenis kain berpelekat - 2 keping ( rendam dalam air seminit, tekap atas poket baju, dan gosok dengan seterika.

b. Lencana sekolah jenis besi berpin (optional)

c. Buku tulis. berkulit coklat dan ada Rukun negara dekat kulit belakang, depan ada ruang untuk tulis nama dan Kelas, ada lencana sekolah besar. Satu subjek sekurang-kurangnya dua buku.

d. Pembaris, pemadam, Gam, pensil dan gunting.

e. Buku Kertas Lukisan.

f. Pensil kaler Luna (cap kapal layar) swan tak best sebab kaler cair, tak nampak sangat.

Tapi mak aku akan beli yang penting je, yang alatulis tu beli dekat Pasaraya Bintang kat Selayang Baru, lagi murah katanya, lagipun pergi sana nanti dapatlah main Aircond dan cuci mata tengok kaset.

7. Duit Belanja RM 0.70 sen

Masa aku darjah satu, duit belanja adalah 70 sen, dengan pembahagian adalah seperti begini.

Bihun goreng/nasik lemak 40 sen, Air balang kadang-kadang rasa sabun basuh 20 sen, 10 sen untuk jajan atau simpan dalam tabung, terpulang kepada kebijaksanaan empunya wang belanja sekolah terbabit.

Selalunya aku akan simpan 10 sen setiap hari, sebab bapak aku akan cek, kalau ada 50 sen pada jumaat malam, maka bapak aku akan gandakan menjadi seringgit, kemudian simpan dalam Tabung BSN bentuk gajah ada musik. Masuk duit sekeping bunyi jingle BSN, saja masuk sekeping-sekeping sampai tengah malam semata-mata nak berlagak tabung ada bunyi kat adik-adik aku.

*******************

Okey itu sahaja buat masa sekarang. Tengok! sekali lagi, Sahaja ke Saja atau Je? okey-okey nanti kita sambung lagi di entry post seterusnya, aku rasa dah panjang sangat aku menulis ni, lagipun penulisan kali ini agak kompleks dengan ceramah tatabahasa dan kisah nostalgia. Sorrylah, bila aku minum nescafe banyak memang aku akan semangat menulis macam ni.

Sampai bertemu lagi di lain entry. Kongsikan kenangan darjah satu korang kat ruangan komen. Orang cakap kalau kita tulis, dan sebut kuat-kuat maka kita akan selalu ingat. Jadi nanti takdelah korang nanti sedih mengenangkan keadaan diri yang mulai lupa kenangan zaman kanak-kanak yang sangat indah itu.


Bulan ni aku namakan 'bulan kasut baru' sebab aku dah beli 2 kasut, kasut di atas adalah kasut Badminton aku berjenama yonex yang aku beli semalam selepas 2 minggu bertangguh-tangguh, aku beli kasut ni hasil dari duit Nuffnang. ** banyak cantik muka beli pakai duit nuffnang, beli pakai duit gaji kerjalah. Duit Nuffnang nak beli Spender Bayford sale 3 helai 20ringgit pun tak lepas.

Ini adalah kasut baru untuk mendaki gunung, berjenama Karrimor, aku beli hasil dari duit berblogging, di mana aku mendapat elaun khas dari Jabatan Perdana Menteri Mozambique yang bekerjasama dengan Blogger.com untuk menyebarkan dakyah anak muda yang anti pemberontakan baring atas jalan. Hasil dari penulisan aku maka aku telah berjaya menawan UPSKI dengan sokongan 500 juta mahasiswa  yang sanggup membela aku dari dihadapkan ke muka pengadilan atas Akta di dalam AUKUKU MAKSENTAP NOK.


p/s kadang-kadang aku mengenangkan kembali memori zaman kecil umpama filem gambar yang bermain di siling tatkala aku berbaring. Sehinggakan kadang-kadang terlalu mengharukan, anak mataku terasa panas mengenangkan keindahan zaman dahulu dan masa yang telah berlalu.

37 comments:

  1. kalau jarak diukur dalam dunia budak2 gunung pula bila ditanya jauh lagi ke bro, jawapan mereka, alahhh sebatang rokok sahaja sahaja, konon nak bagitau dekat, walhal, minta nyawa tu...

    sebenarnya, sangat jauh, sbbnya rokok tu sepanjang perjalanan hanya diselit pada telinga sahaja, hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahah, selalu gak kena mcm tu tau..

    " bang puncak jauh lagi tak?"

    " dekat je, 5 minit je lagi"

    sudahnya, jumpa 10 orang, semua ckp 5 minit lagi, darab2 jadi 50 minit... mintak nyawa terus...

    ReplyDelete
  3. kecik2 da pandai cintan cintun ikar ni..


    amboi2..tarik pipi kang..

    erks...tak rela mak nakk..


    eh.. xjumpa pn blog kak Suraya tu kt sudut pandang..ke guna nama lain.>?

    ReplyDelete
  4. gile kau sekolah belanja 70 sen~aku dulu 30 sen je bhai~~

    *btw aku darjah satu 1991 jugak~keh keh~

    ReplyDelete
  5. Missenget : jgnlah cubit pipi, nanti aku kenang2 kan kau lama tauu, dah jumpa kan?

    bujal x : waaaaa kita sebaya la, tapi kau dah kawen ngan anak satu! jeles2...

    takpe, kau bawak bekal kan dulu kan?

    ReplyDelete
  6. sempat lagi qadha hajat kat rumah??

    *kalau tempat baru memang kadang2 susah nak be--- n tidur.. :)

    ReplyDelete
  7. muda lagilah ikar ni... 1991 akak dah darjah 6! heheheeee

    70 sen belanja, banyak tu! akak dulu 20 sen je...huhuhuuu

    ReplyDelete
  8. Blog tip kurus : sempat, tapi masa darjah 1 je la, bila dah besar, berak kat sekolah je. hehehe

    mas saari : memang muda lagi. sebelum ni nak panggil akak tu 'akak' tapi tengok akak bahasakan diri mas. saya follow je la. kot la akak ni kawin muda dapat anak pun muda..hehehehe

    ReplyDelete
  9. Aku darjah 1 taon 92... haha... aku pon ske cekgu english sebab dier cekgu kelas aku... da la hari pas orientasi aku kne demam campak... so, aku masuk skolah lambat 2-3 mggu dari org lain... masa tu semorang ingat aku budak baru pindah skolah... hahaha... kejadah skolah baru start 2-3 mggu baru pindah kan... masa demam tu cekgu tu siap dtg melawat kat umahhh... kekawan aku mase darjah 1-3 adalah budak2 cina je... tatao apsal dak2 melayu tanak kawan ngan aku... takut aku speaking agaknye... sbb sampai masuk darjah 1 aku tak bape pandai ckp melayu.... huhu... cam pelik lak bangse melayu, tp aku lg fasih english ngan hokkien mase tu ahh... skang hokkien aku da sikit ke laut...

    ReplyDelete
  10. hehehe...ye kannn, masa aku sekolah rendah dulu pun x pernah kenal duit ringgit..belanja sekolah 30 sen je, kekadang 50 sen..:)

    bagus la ko ni ikar masih ingat lg nama cikgu darjah 1 tu..aku dah lupa nama2 cikgu tp aku x pernah lupa saat aku and the geng lambai tangan di bawah pokok tanjung tepi pagar sekolah, lambaian terakhir ucapan selamat jalan kpd cikgu kelas kami yg bakal berkhidmat di sekolah lain..sungguh dramatik saat itu...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Woha ! Bukan zaman aku nih. hikhik

    ReplyDelete
  12. hahaha..tingat zamn skolah dulu2..ko punyer g skolah 70 sen..aku 50 sen...nasik lemak 20sen..kalu advance skit nasik minyak 30sen (yg nasiknyer mcm nasik aper ntah keras giler..) air kaler2 yang rase sabun 10 sen..huhuh...pastu aku paling pemalu mase skolah dulu..mase mula2 masuk..abah aku tmankan aku dr pg smpai ptg.hahahhah...dasat giler manje...

    ReplyDelete
  13. selalu nek gunung ke bro...nak join.

    ReplyDelete
  14. dajah 1 awin nngis skejap je... tu pun sebab tgk kawan2 nangis ramai2...jadi takot....

    dajah 3, time pi rehat, ada budak laki kelas sebelah kasi surat dlm meja...ajak bertunang...huhuhu...penuh gam kat surat, konon nk buat sampul la tu...

    ReplyDelete
  15. darjah satu best sebab boleh peluk2 ramai awek...hehe

    ReplyDelete
  16. sebelum aku taip komen sebenar,aku nak bagitau ko..tahun ni aku jadi cekgu kelas year 1.mencabarr!!

    masa aku darjah 1 n 2 aku masih pakai pinafore.

    aku taksuka satu cikgu ni nama dia Hudari,aku tak sampai nak tunjuk hurup K kat blackboard,dia dukung aku sbb aku ketot sgt.Satu kelas ketawakan aku.peh,panas hati betul!

    ReplyDelete
  17. seronok bila baca kenangan masuk darjah satu tu.. dulu sekolah kat kampung, sekarang turn anak pulak.. dari bandar ke kampung.. suasana pun berbeza.. jem pun time nak hantar dan amik anak depan sekolah..

    tapi tang lencana tu kat sekolah ni baru guna yang pelekat tu lagi.. sekolah agama kena jahit.. ;)

    ReplyDelete
  18. 21 tahun yang lalu maknanya awk dah 28 lah? kehkeh

    Sepelaung punye definition boleh bagi high mark kat situ

    ''memanggil anaknya yang disayangi dan comel itu '' : i think kene pikir banyak kali nak mengiyakan perkara ni


    cepat kawen boleh?

    ewww cikgu belai pipi. tak ganas lansung

    pndang gmbr kasut je teru sentap! huh

    haha

    ReplyDelete
  19. sy lak drjah 1 thun 1995.. blanje skolah rm1 sehari.. tp sbb ade 2 sesi.. sesi pg blajar cm biasa.. sesi ptg blajar klas fardhu ain kt skolah.. tp biasanya duit tue xabis pun..simpan.. sbb m.cik kantin tue mak kwn baik..jd hari2 dpt free..hahahaha..

    ReplyDelete
  20. Januari 1991 aku baru keluar dari perut mak aku, tapi kau dah belajar kenal abc. hmmm

    waktu darjah 1, iaitu pada tahun 1998 iaitu waktu kau Tingkatan 2 aku baru nak kenal ABC, tapi kau dah belajar Geografi. hmm

    cikgu Norbizuzi, cikgu kelas aku waktu Darjah 1 perasan yang aku ni garang waktu sekolah dulu, terus lantik aku jadi ketua kelas. demm

    duit belanja aku waktu tu RM1 kalau tak silap. waktu darjah 1, air sirap kat kantin harganya 20sen, naik darjah 2 aku mintak kat makcik kantin nak air 20sen, terus dia kata takda air 20sen lagi dah dik, yang ada 50sen. tapi start darjah 5, ape yang aku makan sume masuk buku 3lima sampai bil bulan2 dekat beratus. HAHAH

    TAHNIAH sebab dah beli kasut baru =) tak striking pulak kan? =.=

    ReplyDelete
  21. maaf..aku dah lupa kenangan darjah 1 aku..sedihnye la hai..

    tapi aku ingat duit belanja aku masa tu 50sen je..maklum le org susah..;p

    ReplyDelete
  22. hyda : mudanya diaaaa

    Aslina : nanti aku jumpa kau kat penang, ko wajib ajar aku ckp hokkien. eh dedulu ko belajar sekolah cina ke?

    Bintang Hati : rasa mcm sedih sampai bawak kerumah kan? punya syg cikgu zaman dulu

    Akim iqbal : aku syak ko ni muda sgt ni....20thn?

    missalongwani : eeee anak manja. abah tunggu sampai petang... tak maluuuu.. hik3

    chegu : jom la join. raya cina ni nak ke mulu srawak. bulan 3 nak ke Gunung besar Hantu. nanti aku roger

    Puteri Katek : Ajak bertunang. hahahahahaha. lawak..

    Lelaki semalam : gatal kau ni, gatal!

    Noi : Hahaha, okeyla tu dia dukung kau. penyayang habis, samapi ke tua ko ingat kan

    ReplyDelete
  23. Aizamia3 : tu la kan, kesian anak2 tak dapat rasa naik basikal gi sekolah.

    Ezan IDMA : ye saya 28thn dah

    saya yakin memang comel dan disayangi.

    boleh!

    tu petanda saya mmg comel

    kasut saya lawa! k bai.

    amelina qaisara : Untunglah kawan baik mak kerja kantin, kalau saya jadi awak, gemuk dah lah saya skg nih

    tfa : ni sorang lagi untung sebab boleh belanja kat kantin tulis buku 3lima. ni kes 1st aku dengar..

    Cik Sha : mcm mana ko boleh lupa ha??? ala 50sen ngan 70sen tak jauh sha oiiii...

    ReplyDelete
  24. Errrr saya seorang dainoso mungkin.

    Peremeri Wan tahun 1978. Sebab saya anak kesayangan emak, dapat lah duit belanja 40 sen sehari. Kakak-kakak saya yang dah sekolah menengah masa tu sungguh jaki, sebab depa sekendari pun dapat 20 saja.

    40 sen tu tak tahu buat apa. Beli keropok dan segala macam jajan era 70an lah kan. Main judi tikam dah 5 sen satu. Kantin sekolah pun belum ada masa tu, yang ada gerai tepi sekolah itu pun belum dipelopori oleh bangsa rajin yakni Indonesia.

    Cikgu darjah saya masa tu Cikgu Henry Maoh, tinggi lampai dan bermisai tebal, sampai darjah 4. Masa tu semua subjek sorang cikgu je ajar. Masuk darjah 5, dapat cikgu Wee Eng Huat, anak dia Wee Boon Ping sama umur kami. Darjah 6 cikgu Hasli. Mati dah kot cikgu Hasli ni, or masih hidup, entah.

    Satu insiden hari guru yang ingat sampai sekarang ni, acara tarik tali antara guru. Seorang cikgu perempuan dari Semenanjung (ye saye orang Serawok bang), terbukak butang baju kebaya nya sampai setengah sampai nampak bra. Masa tu mana ada perempuan Melayu bertudung bang. Tudung pun orang panggil "tudung dakwah" pada masa 70an dan awal 80an. Saya ingat lagi nama (cikgu F__________) warna kulit, cermin mata, sosok tubuh dan warna bra cikgu ni.... Dan wajah kemaluan eh silap wajah malu-malu dia butangkan kebaya dia.

    Best kan hidup masa tu

    ReplyDelete
  25. Darth Trust : best sangat. Cerita abang bukan main complete lagi sampai naik kemaluan saya membacanya.. eh silap sampai naik malu pula saya membacanya.

    Tahun 70an dah belanja 40sen. kaya kaya kaya.

    ReplyDelete
  26. air sirap bau sabun.sama ar.
    nasi sepinggan 30sen ja dulu..
    dulu2 pi sendiri ja, tak dak orang hantar pon..kawan2 pon semua kenai sbb sekolah dlm kg ja.

    ReplyDelete
  27. aku dok perak tp sekolah kat sbk bernam..ala smpadan je pon...kire aku x skolah kat kg la..aku sekolh kat pekan--->bajet je kan...hahahaa...
    ayah aku anta hr pertama je...tu pon pas dftar die blik umh tros...aku g skola naek van hantu..ala van yg xde permit tu..da mcm tin srdin da die sumbat bdk2 skola..pukol 6.30pg da smpi skola....tp blik smpi umh kol 2lebih..azab tol skola jauh2 ni...

    belnje skolah dulu 50sen jerk...tp best sbb aku dpt RMT....best dpt susu kotak coklat tu..hehehehhe...

    best drjh 1 sbb gi skola pki skirt....ekikikikiki....
    pastu stat dajah 3 da kene kai bj kurung n tudung....

    ReplyDelete
  28. Giler best bro.. Tapi saye ni baru nak jinak2, minat da lame, geng xde, haha

    ReplyDelete
  29. Hahaha.Selalu puji diri comel.ish ish.

    Sekolah dulu bawak singgit.Nasik saje dah 60 sen.Air 20 sen tapi memang betul kalau tgk gelas makcik tue memang pejam mata je minum air.

    ReplyDelete
  30. haha.. kalau terbayang zaman kanak2.. takdak benda yang tak mendatangkan senyum sorang..


    rilek bro.. ada makcik tua pernah berpesan kepada gua.. hidup seorang laki-laki comel seperti kita.. bermula dari umur 35 tahun dan keatas.. masa tu.. pakai petik jari je.. jadi soal belum kawin anak lapan tu jgn dipersetankan langsung.. gehahahha

    ReplyDelete
  31. Darjah 1 - 1991
    Darjah 6 - 1996

    ......

    Tapi loaded la blanje 7 kupang.. Aku dulu 5 kupang jer... Tapi dulu skolah pagi dan petang, dapat 2 kali 5 kupang tu... Hehehe...

    Pengalaman yg kelakar, tgk member cuak bapak dia hilang sampai tercirit dalam seluar... Duduk seblah aku plak tu... Haih!

    ReplyDelete
  32. pandai ko selit2 isu hot dlm entri ko yer Nyah.. wakakakaka.. maka aku sendiri terimbas byk benda bila baca entri ni. Cawan bau sabun kat kantin sekolah, kaler luna, tabung BSN yang ada muzik, hari pertama masuk darjah 1..

    Tp aku lain 1st day masuk darjah 1 pergi sendiri je dgn kakak2 aku naik bas sekolah yg amik depan rumah. sampai sekolah rasa nk menangis bkn sbb malu or takut tp bila tgk org lain ada mak bapak tunggu. aku lak xde. Dulu masa sekolah mak aku bg singgit. tambang bas, makan semua.. sekolah menengah je UP skit.. skit jer.. byk jugak la UP.

    ReplyDelete
  33. Itu baru taip komen guna keypad blekbeli kalau guna keyboard pc sahih orang tuduh ruang komen ni arwah bapa saya yang punya.

    ReplyDelete
  34. Cik Kompas : apsal semua org setuju dengan air balang rasa sabun nih? wahahahaha

    Ashanie : Untunglah kau boleh dapat susu kotak tu hari2. aku dulu siap pow dak2 RMT tu. sib baik ramai dak RMT yang tak suka susu.. hehehe

    NIN : zaman awak duit dah inflation. dulu air kantin kadang2 adae serdak bawah gelas..errghhh

    Max : komen kau buat aku gelak walaupun dua kali aku, hahahah kawan tercirit sebab takut sgt bapak hilang..hahahahahaha

    Lekat lekit : byk betul duit belanja kau dulu.. jeles wehhh

    Darth Trust : aku masih duk cari blog abg ni. tang mana satu tah...

    ReplyDelete
  35. mse sekolah rendah suke sgt kalau ade sambutan hari kanak2 x pun jamuan hari raya sebab boleh dapat duit..yang tak bestnya 1 je la..asal pakai baju raya je x sampai bpe jam da koyak..kadang2 koyak kt lutut kadang2 bju plak yg koyak..

    p/s: rse mcm lame tak bace blog kamu..:)

    ReplyDelete
  36. dulu ok je kalau naik basikal pergi sekolah, zaman sekarang sudah nak percaya.. takut kena kidnaplah.. takut kena langgarlah.. basikal kena sabotajlah.. penyudahnya naik van @ bas sekolah.. nak main basikal pun hujung minggu je kat taman rumah..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...