January 30, 2012

Isu Coke Haram dan Boikot Produk Yahudi




Assalamualaikum...

Orang kata, menulis ni jangan kerana kau terdesak atau kau terpaksa nak cukupkan syarat, menulis kena ada jiwa dan keperluan. Bila saat hati membentak-bentak nak menyuarakan kebimbangan dan kau nak kongsikan keluluhan hati kau, masa itulah penulisan itu akan mencapai matlamat. Selama seminggu aku dilanda kemalasan nak menulis akibat sindrom writer's block. Tu yang aku tak hasilkan entry baru.

Namun malam ni aku tergerak nak menulis pasal masalah pengharaman Coke. Dengan begitu banyaknya kegusaran yang berlaku pada anak-anak muda yang teruja menuntut ilmu dari internet telah membuatkan idea mereka keliru dalam keterujaan. Apakah yang betul, betulkah haram atau tidak.

************************

Berkenaan dengan masalah coke haram, ada beberapa rumors yang menyatakan bahawa Coke atau Coca Cola itu sebuah syarikat yang menaja secara langsung dana kempen ketenteraan Israel, Tentera Israel ini membunuh rakyat Palestin, maka dengan itu produk coke itu menjadi haram.

Beberapa masalah timbul di sini..

1. Kepastian Samada Coke itu benar-benar Menaja

- Sampai ke hari ini masih tiada jawapan mutlak bahawa Coke benar-benar menaja keganasan yang berlaku di Israel, semuanya hanyalah rumors. Rumors itu fitnah, tiada bukti, Orang yang Mencipta fitnah, menyebar fitnah, mengiyakan fitnah, menyampaikan fitnah, atau mendengar fitnah tanpa hatinya menafikannya adalah orang yang berdosa besar.

Tak perlulah korang nak pertahankan perbuatan memfitnah itu dengan alasan "aku dengar kabor". Samada kau dengar kabor atau kau dengar orang cerita, lepas tu kau sebarkan apa yang kau dengar yang tak pasti tu kepada pihak ketiga, itu dikira fitnah dan berdosa besar.

Tak perlulah kau nak cakap fitnah orang kafir itu tidak berdosa, samada kau fitnah orang Islam atau orang kafir, kau tetap berdosa. Islam adalah agama yg adil dan syumul, perbuatan Memfitnah itu menjahanamkan dan menghancurkan struktur sosial masyarakat, Bilamana ia menghancurkan maka Allah swt larang manusia melakukannya.

2. Masalah Konsistensi

Apabila kau buat hukum kau kena konsisten, kau tak boleh buat satu hukum untuk keuntungan kau sahaja, tapi bila tak menguntungkan kau, kau tutup sebelah mata. Kau tak boleh dengar rumors yang Coke itu menyumbang pada yahudi lepastu kau haramkan, tapi pada masa yang sama  kau tak haramkan pula barang-barang keperluan lain yang majoritinya mempunyai Stakeholder orang yahudi.

Nestle, Maggi, Starbucks, TESCO, Timberland, Boeing, Airbus, Macdonald, Kotex, Johnson & Johnson bla bla bla bla bla  hup hap hup hap bla bla bla bla bla bla bla bla. nak tulis Bla bla tu pun dah panjang, apatah lagi kalau aku nak listkan semua barang consumer yang ada dipasaran sekarang, majoritinya dikawal atau stakeholder/shareholder terbesar adalah Yahudi.

Pasaran berlian dunia, Kopi, logam waja, Petroleum, kertas, Telefon bimbit dan teknologi kebanyakannya dikawal oleh yahudi secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini bukan benda baru, bukan isu Paranoid Konspirasi. Masalah yahudi menguasai perdagangan adalah isu sejak dari zaman Nabi di mana dalam Piagam Madinah telah ada klausa-klausa khas hubungan antara Muslim dan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah dan tatacara berniaga.

Itu belum lagi nak cerita pasal Farmasutikal, perubatan, ilmu Fizik, Baja, Kapal Kontena, makmal kajian, Ketenteraan, Television, Facebook, twitter, youtube dan Blogger lagi.

Pada zaman Nabi saw, zaman Sahabat dan Tabi' tabieen pun org yahudi bebas berniaga dan berdagang dengan orang Islam. Nabi Saw tak pernah haramkan orang muslim membeli atau berjual beli dengan orang yahudi. Malah sembelihan orang yahudi dan nasrani itu halal dimakan. Lelaki Islam dihalalkan mengahwini perempuan ahli kitab iaitu yahudi dan Nasrani.

Tidak perlulah kau beri alasan pula yang Yahudi dan Nasrani pada masa dulu tidak sesat, zaman sekarang mereka lebih sesat pulak membolehkan kau mengharamkan perdagangan dengan mereka masa kini. Sebetulnya sejak Allah turunkan wahyu pada Nabi saw lagi Allah dah melaknat Yahudi dan Nasrani ini sebagai sesat dan kufur.

Anda tak boleh haramkan coke, tapi pada masa yang sama anda naik pulak Boeing 747 pergi menunaikan haji, sebab aku ada dengar rumors yang Syarikat Boeing menggunakan enjin Rolls Royce yang mana syarikat itu juga membekalkan enjin untuk kereta kebal bagi memerangi orang Islam di Iraq dan palestin.

" Korang nampak dah sekarang mudaratnya penggunaan "aku dengar" dan masalah tidak konsisten dalam menetapkan hukum?"

Anda tak bolehlah haramkan Coca Cola sebab dia sumbangkan kepada yahudi tapi pada masa yang sama anda semua pergi shopping barang dapur dekat Carrefour dan Tesco. Jika pada sebelah pihak anda haramkan atas faktor dan Variable yang sama, maka anda wajib mengharamkan juga produk lain yang mempunyai faktor dan Variable itu.

Konsistensi sangat penting dalam membuat hukum. Supaya hukum itu nampak adil dan tidak canggung. takdelah anak muda yang degil macam aku akan menjuihkan bibir dan melihat kau bercakap ikut sedap mulut jatuh hukum ikut sedap hati. Takdelah orang Kafir akan melihat Agama Islam ini kartun dan caca merba.

" Iskkk, aku tengok Islam ni agama bias la, kejap haram Coca-cola, tapi pergi haji naik Boeing, airbus. kejap haram Macdonald tapi pergi beli barang dapur kat Tesco dan Carrefour"
 ( org kafir akan beranggapan macam ni kepada agama kita yang maha adil ini, walhal ianya adalah kerana sifat pendakwah yang suka-suka mengharamkan sesuatu ikut sentimen)

kalau anda nak haramkan Air Coke itu kerana Syarikatnya (kalau iya pun) menyumbang kepada yahudi, maka anda mesti istiqamah, anda mestilah juga mengharamkan segala produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Coca-Cola Company. Kerana yang kamu haramkan adalah duit dividen company itu, jadi kamu kena siasat ke mana Coca-Cola company melabur selain dari jual air coke. Samada produk consumer yang lain, melabur bidang hartanah, perhotelan, pembuatan, sukan, rekreasi, pengiklanan, Music, Katering dan sebagainya lagi.

Ini adalah contoh2 barang2 yahudi. (katanya) kepastian masih tidak dapat buktikan sepenuhnya. Agama Yahudi mengharamkan bangsa Yahudi mempunyai sebuah negara. Orang yahudi tak semestinya orang Israel, orang yahudi bukan semuanya Zionis. Orang Israel mungkin kesemuanya orang Yahudi, tapi dia ada juga Kristian, kristian orthodox, majusi dan juga Muslim.

3. " kau ni terlalu liberal la Zulfikar, kau tak support langsung kempen gerakan kita nak melumpuhkan Yahudi dan membantu Muslimin"

INI BUKAN MASALAH KEMPEN. Argument kita di sini adalah masalah KAEDAH. Macam yang aku dah sembang panjang-panjang kat atas, kalau kau mampu untuk :

a) membuktikan dengan bukti nyata bahawa Coke itu menyumbang kepada ketenteraan Yahudi membunuh orang Islam, maka mari kita kempen boikot dia.

b) Konsisten, kalau kau mampu konsisten dalam iktikad kau menolak semua produk yahudi, baru kita boleh cerita pasal boikot barang yahudi.

4. " Tapi Zulfikar, aku nak bantu Orang Islam melawan Yahudi, kalau aku tak mampu berjihad perang kat sana, cukuplah sekadar aku boikot barang dia, kalau aku tak mampu boikot secara konsisten, cukuplah aku bermula dgn boikot coke dulu, anyway aku bukan minum sangat coke pun"

Inilah masalah terbesar sebenarnya bagi orang Islam. Masalahnya kamu tak tahu nak bezakan Boikot dengan haram!

Tak kisahlah kau ustaz youtube ramai pengikut ke apa ke, tapi sebelum bercakap tu, fikir dulu. Boikot dan Haram itu dua benda yang berbeza.

Mungkin kita boleh Boikot Macdonald, tapi daging, roti, salad, kentang, dan sos dia tidak haram, ia halal dimakan.

Mungkin Jemaah MOHONSHARENOTEFB (contoh) mahu boikot Coke dan Pepsi, tapi kau tak boleh mengharamkan air itu kepada orang lain yang tak setuju dengan kempen boikot kau.

Mungkin Allah menyuruh kita Boikot Isteri yang derhaka dan tak sentuh dia pada tidur malam, tapi Allah tak haramkan kita bersetubuh dengan dia pada masa yang lain.

Boikot dan Pengharaman itu dua perkara yang berbeza. Lantaklah kau nak kempen boikot barang apa pun, tapi bilamana  kau mengharamkan sesuatu tanpa nas, dalil dan bukti yang kukuh maka kau telah melakukan bidaah. Kau telah  mengharamkan apa yang tuhan halalkan manusia memakannnya.

Barangsiapa yang mengharamkan apa yang Allah swt halalkan dan Menghalalkan apa yang Allah swt Haramkan maka dia telah tercemar akidahnya dan dia wajib bertaubat.

5. "Tapi Zulfikar, aku dengar Ustaz tu haramkan sebab ia memudaratkan dan ada unsur syubhah"

- Kalau nak kira mudarat, nasik pun mudarat kalau kau makan 20 pinggan sekali hadap, Air masak pun jadi racun kalau minum 60 gelas sekali harung, garam pun mudarat kalau sekali telan 2 genggam. masalah pengharaman akibat mudarat adalah melalui kesan langsung. Bukan main kesan agak-agak.

- Kalau nak bincang masalah kaedah Feqah dan Syubhah, aku taknak taip 2, 3 kali, kau boleh baca entry lama aku. Kes Ribena dan Coke itu sama dengan kes yang aku ulas sebelum ni. Klik Link di bawah :

 So Called Beer Halal dan Kaedah Hujah.

Akhir bicara, untuk kita menjadi rasional dan belajar berfikir secara kritis dan kreatif, kita mesti sabar dan rajin membaca mencari second opinion.

Buang sikap taksub kepada satu Ustaz sehingga seolah-olah dia maksum, Pendapat dan Idea takde salah. ustaz manusia biasa, wali pun manusia biasa, terdedah pada salah dan silap. Belajar untuk menyanjung nilai Intelektual dia tapi jangan sampai mengkultuskan batang tubuhnya.


**************tamat*************


 P/S Apa yang kita belajar hari ini?

" Boikot tak semestinya Haram"

" Haram dah tentu kena boikot"

" Ustaz tidak Maksum"

" Coke tidak Haram"






" Coke tidak haram bukan Zulfikar yang ajar, tapi Majlis Fatwa Negara yang ajar, dan keseluruhan Majlis fatwa dunia yang ajar, Ustaz tu seorang je cakap haram"


Okey bye bye.

74 comments:

  1. first time baca risalah tentang pemboikotan barangan israel sejak zaman U lg...time tu sekitar thn 2000 ke 2001 tak pasti pulak sekarang ni dh bertukar jadi haram dah keluar fatwa ke...jika diperhatikan mmg ada bargn israel ni yg cop halalnya yg meragukn...so kalau dh rasa ragu baik tak payah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde jatuh haram dan kuar fatwa. cuma ada Ustaz2 konservatif yg jatuh hukum haram sendiri.

      Delete
    2. wahai manusia! makanlah dari makanan yang HALAL DAN BAIK yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah2 syaitan. sungguh syaitan itu mush yang nyata bagimu. (2:168)

      inche zulfikar, diz is my 2cent: Allah perintahkan kita bukan sahaja makan yang halal, tapi Baik (thoyyib) iaitu tak memudharat kesihatan.if coke xelok utk kesihatan, ia masih belum cukup syarat utk ia halal masuk ke perut kita. :) btol, nasi pun blh jadi haram bila kita amek scr berlebihan. tapi, coke ni amek sebotol pun da cukup utk buat organ dalaman anda jadi terhakis. ttg isu boikot ke atas yahudi madinah yang tak berlaku pada zaman rasulullah, perlu diketahui waktu tu kafir yg berlindung di madinanh adalah kafir dzimmi(x memerangi umat islm pada ketika itu.) saya akui selepas dari itu mmg ada peperangan antara islam dan yahudi, tapi ketika mereka akur pada Piagam madinah, tiada berlaku peperangan. dorg pun dikenakan jizyah.so wajar je tiada pemboikotan. tapi da skarang mmg terang terangan zionis n sekutunya membantai saudara seiman kita di palestin, jadi, inche tak tergerak hati ke nak memboikot sbg tanda sokongan kita pada palestin? :D boikot ap yg termampu dulu. nanti bila saya&kwn2 dah grad iA kami bukak pasaraya yg tak jual brg boikot, kami cipta microprocessor sendiri utk gantikan intel, nnt sy assign aeronautical engineer utk design n buat kpl terbang sendiri tnpa mengambil sebarang sumber dari israel. INI TAK MUSTAHIL KAN?

      pelik,mana israel dapat dana atau sumber utk beli senjata, dan bangunkan negara israel yg tak sah tu. dorg ni ada sumber galian ke?-jawabkan inche-

      sy ni budak engineering je..x reti bab2 hukum ni, apapun, saya sangat mengesyorkan kita semua utk boikot barangan israel sbb its worth it..one day..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. encik zulfikar...maaf...tapi saya tak setuju....saya setuju dgn GMS....ape yang diperkatakan oleh beliau ada kesahihannya...coca cola feymes psl diorang start as local and expand as local gak.....disebabkan support by the americans br diorang ley jd international brand...kita lak,support barang luar lebih...and yang kedua.....walaupun tidak secara terang terangan coca cola mengatakan mereka support yahudi, tetapi royalti,ROYALTI yang dibayar kepada the COCA COLA company di State sedikit sebanyak menyumbang dan hasil tadi WALLAHUALAM kita tak tahu salur kan ke mana.....KALAU la digunakan kepada peperangan...ni cakap KALAU...apekah role kita disitu....penyumbang tegar kepada peperangan penghapusan etnik oleh apartheid2 israel...KALAU...kenapa kita tak ambil jalan mudah support our local business cam radix cola or cheers or maduria yang kurang berkualiti pun....at least tidak sedikit pun wang tadi disalurkan kepada penghapus etnik...tetapi pada bisness dalam negara...same cam produk2 lain....ada gantinye...safi rania la....ubat gigi mukmin laa...sume ad....if possible...my uncle was an technician at coca cola mase tahun 1992....once there is a rumors spread bahawasanya ad unsur2 keyahudian,beliau berhenti...dan ramai orang bawahan beliau pun ikut sekali...supervisor sampai ke stre keeeper....pasal diorang faham...sekarang pn ada kawan2 saya sanggup berhenti lepas 2 ke 3 tahun kerja kat situ becoz hari2 diorang dalam dilemma...alhamdulillah....sume dapat kerja....rezaki kat tangan allah...kita tak tau kan...so there supposed to be nothing to stop us....why being indenial....just an opinion....

      Delete
  2. ko mmg terbaik laa ikar kupas isu2 mcm ni..

    dulu-dulu aku terpengaruh gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. nak boikot boleh, tapi jgn jatuh hukum haram. :)

      Delete
  3. skrg makin banyak org sewenang2 menjatuhkan hukum dan menyebarkan hukum berpaksikan kelogikkan kepala otak sendiri ...dan yg kurang berilmu terus terima tanpa banyak soal .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg terima tanpa soal adalah mereka yang keliru dalam keterujaan. depa kena belajar banyak pasal second opinion.. :)

      Delete
  4. oleh itu marilah kita beralih kepada jenama muslim-cola.patuh syariah,halal serta suci.

    *kata opurtunis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada Mecca cola dengan Mycola, tapi mana tah skrg...

      Delete
  5. that's why i love ur writing..ko sangat hebat dalam mengupas isu2 berat camni..phewitt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, benda ringkas je sha, kongsi idea aku ngan kawan2.. :)

      Delete
    2. tapi sy xstuju.. baik boikot drpda xboikot lansung

      Delete
  6. mmgla x haram..tp lbey baek boikot mne yg bole..drp dok diam saje..bab mkn nasi bnyk2 itu mmgla dtg mudarat..itu kalau brlebihan..sdangkn islam sndri x bg kite brlebih2an..coke 2 mslahnye xyah minum bnyk,satu tin 2 pn da ckup bg efek yg x elok..mmg die x haram tp x mrbahaya..oleh itu kite boikot la bnde2 yg x elok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak boikot takde halangan. baca entry dr mula sampai habis. Cuma Boikot dan Haram benda berbeza. Terima kasih untuk pendapat awak.

      Delete
  7. apa hang habaq ni? cam haram blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. NI jenis baca ke tak?

      **kene samak blog aku ni gamaknya, jatuh haram...

      Delete
  8. air gas xbgus utk katak....nnt lg buncit perot katak yg dh comel ni...
    hik3....sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak suka coke sgt, jrg mnum air Gas. :) maceh

      Delete
  9. elakkan air gas, nak jaga kesihatan yuuuuuuu... lagipon, coke ni pahit le. air jarang jugak yg best!

    *lebih afdhal menuntut ilmu dengan guru bertauliah, face to face. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak suka coke. jrg mnum air gas.

      Air gas tak bagus, gula banyak. tak elok utk kesihatan. tapi ia halal diminum.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. memudaratkan! haramkan nasi minyak! nasi ayam! kolestrol tinggi! nasi lemak juga! memudaratkan! gula pasir! haramkan penggunaan kenderaan! membunuh di jalan raya!

    kemonlah! kita back to basic! baru hidup sihat dan makmur!

    -saya anon-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haikal memahami matlamat dan Fundemental penulisan diatas. syabas!

      Delete
  11. Wah..terbuka minda bila baca ni..terbaek. thank you. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r most welcome. :) sonokkan bila ada second opinion?

      Delete
  12. Replies
    1. saya suka awak baca dan hargai Hujah saya, thnks :)

      Delete
  13. assalamualaikum saudara zul,

    sy suke ngan hujah saudara. jd sy ingin menanyakan 1 soalan. apakah skim SARA 1 Malaysia adalah haram? Dalam hukum islam dinyatakan bahawa amalan perniagaan yang dijamin keuntungannya adalah haram. jd sy yg ingin melabur agak sangsi buat masa ni. sy lebih jahil dlm hal agama berbanding saudara, jd sy ingin tahu ape pandangan saudara zul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut Fatwa kebangsaan Tak haram. Ikut fatwa Ustaz Salafi Tak haram, ikut Fatwa ulamak Konservatif pun tak haram, ikut ulamak Yusuf Alqaradawi pasal Dividen tetap ni pun tak haram.

      ia bukan riba, ia adalah keuntungan perniagaan. Jaminan adalah atas asas perniagaan, bukan atas asas bunga kepada duit yg kita pinjamkan kepada institusi pelaburan.

      wallahualam...

      Delete
  14. time heboh boikot2 brg2 yahudi ni,saya buang jer kertas yg kwn2 edar..

    saya x minum coke....bukan sbb saya boikot...sbb x brapa suka minuman bergas..:P

    (lama giler x komen blog awak )

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama, saya tak hadap mnuman bergas, saya bukan boikot cuma tak minat. tapi kdg2 terasa nak minum, beli jgak. hahaha

      Delete
    2. yer...xboikot pun...klu serius nak boikot,baik boikot semua...

      minum bila org sungguh2 pelawa..risau plak dia ckp kita x sudi nak minum...hahaha

      Delete
    3. Nur Alina- kenapa ko tak boikot? kalau tak boikot diam2 je...jgn keluarkan statement ambil tak endah...nampak kebodohan diri ko...jgn jadi katak bawah tempurung...lihat apa jadi pada Gaza sekarang...saya seiisi sanak saudara dan seluruh rakan2 semua sudah mula boikot barangan zionis laknatulah n ko pulak senang lenang keluarkan stattement buang kertas edaran sesuka hati, di sini nampak sangat ko langsung tak ada perasaan ambil tahu mengenai penderitaan yang berlaku di tebing barat Gaza...what the bullshit perangai ko ni...jgn sampai aku dedahkan statement ko ni pada khalayak ramai...stupid komen....“

      barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka”
      - Hadith Rasul SAW

      Delete
    4. alina-kalau taknak boikot pon, sekurang-kurangnya ambil tahu. Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
      Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
      "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
      maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
      sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
      dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
      maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman
      Hadis sahih riwayat Muslim. ni kertas orang edar. buat tak endah.memang bukan rakyat Malaysia yang kena bedil, tapi mereka umat Islam.

      Delete
  15. idea bagus,ayat mantap..

    mampu buat orang fikir banyak kali..

    - tumpang lalu~~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. penulisan yg bagus adalah penulisan yg bawak pembaca bertanya diri sendiri dan mencari jawapan sendiri...

      maklumat kita bagi, tapi keputusan pembaca decide sendiri.. :)

      aku rindukan Zuemiey dgn tulisan 'Gula2nya'

      Delete
  16. Saya cuma nampak bab bersetubuh tu je kekekekek

    Hang dah kahwin ke bos senang je syarah bab munakahat? Anyway Imam Ghazali cakap orang yang tak pernah bersetubuh ni macam orang yang tak pernah merasa manis tapi cuba nak explain rasa gula macamana hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah nak kawen la ni Bos, tengah cari calon ngan kumpul duit,doa2 berjaya ye. dah kawen nanti leh eksyen tulis pasal Munakahat pulok ye dak? hahahaha

      Delete
  17. "gluk guk gluk... perghh sedap plak air karbonat cap kepala naga ni" puji lebai ismet...

    "eh lebai minum air cap kepala naga tu ke?" soal syafik

    "hah la. apasal? salah aku minum air ni? bukan aku minum kok 'coke' pun" balas lebai ismet

    "yeeee... lebai tak tau ke? air cap kepala naga tu dibuat kat kilang yang sama....?"

    "ahhh tak pe... janji bukan brand kok" jawab lebai ismet pulak. mengeluarkan fatwa sendiri...

    "ooo minum coke haram. abis minum air cap kepala naga tu tak pulak..?"

    "weiii... kamu tu tak alim... jangan pandai2 nak ngajo aku plak... ewahh ewah..."

    kata syafik dalam hati..."lebai tu, alim yang tak habis mengaji...." malas je dilafaskan... kan ade berparang dengan lebai tua tu... syafik tahu.. tak guna dilayan,,, sebeb, sikit hari mati la orang tua tu, pasal kene kencing manis....

    ReplyDelete
  18. orang sekarang ni senang je nak jatuhkan hukum haram atas sesuatu produk tanpa dapat bukti yang sah... bila dah boikot terus cakap haram!

    kalau rasa was-was jangan minum... tak perlulah nak jatuhkan hukum haram pulak!

    ReplyDelete
  19. Ini antara nas yg memberontak dalam jauh sudut otak aku...mmg aku bebetul nak pointkan hujah hujah kau tapi terbantut. Aku slalu jugak la minum starbucks, tgk wayang, pakai colgate, makan kepsi,mekdi, pakai lotion johnson, bla bla bla.. Bila masa ada memember nampak, mesti diorang pertikaikan..diorang kata haram, ibarat aku makan daging sedara seislam aku sendiri. Wtf?! Come on lah kan...selalu jugak aku berbalah dgn diorang yg x reti nak bezakan boikot dan haram. Sesuka hati depa je kata aku makan makanan haram.. Pernah satu ketika, aku terlalu berang, aku cabar budak tu, suruh dia berhenti kerja kat pasaraya giant sebab giant ada jual arak. Aku siap ckp, haram arak ni melibatkan mereka yg menjual, membuat, mengedar, menuang, dan meminum arak.. Baru dia terkebil kebil nak perah otak utk counter ayat aku... Haih!

    ReplyDelete
  20. tak kira la coke sponsor yahudi ke, islam ke, Rastafarian ke, aku tetap boikot sebab dia empty calories dan banyak gula

    ReplyDelete
  21. slm bro,

    mmng menarik tulisan ko. tp aku harap ko akn mengupas isu berat spt isu murtad yg smakin bleluasa kat negara kta. kat FB sj, dah berlambak org Melayu kte kutuk Allah. jgn sesekali menyalahkan org kafir yg membela org yg dah murtad sedangkan sistem kehakiman, perlembagaan kte lemah dan tidak mengikut hukum Islam sendiri. all da best~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, kalau aku ada kelapangan aku ulas isu tu. terima kasih.

      Delete
    2. sesungguhnya kaum yahudi adalah musuh islam yang nyata... maka perangilah mereka... mereka sentiasa mencari jalan atas kelemahan dan kebodohan kita untuk menghancurkan islam dengan fitnah mereka... marilah kita bersatu menentang musuh yang sebenar jgn seperti saudara kita di timur tengah yang bermusuh sesama sendiri... tindakan mesti bijak...all da best bro..

      Delete
  22. bro
    this:
    http://somalilandpress.com/coca-cola-recipe-leaked-alcohol-and-anti-muslim-messages-20321

    selidik betul2 di sebalik pengharaman tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam Coke ada gula alkohol. dalam listerin, gula equal, majoriti minuman ada alcohol sugar...ia bukan arak.. ok itu satu hal..

      Tahukah anda statement itu adalah fitnah dan cerita yg direka2..

      tahukah anda makmal makanan dan swasta boleh detect alkohol contain dalam sample makanan?

      Delete
  23. Masa dorang dok sibuk forward emel boikot produk tu semua, ai takde wat apa-apapun sebab kebanyakkan barang tu memang ai guna, nak tukar rasa macam tak berbaloi sebab dah memang serasi dengan produk tu. Yelah.. lain orang lain kehendaknya.

    ReplyDelete
  24. assalam... cuba tngok ni.. www.youtube.com/watch?v=9PZBcL2I2Xc

    ReplyDelete
  25. kadang2 pkra ni boleh buat konfius jgk sbb 'mncari yg halal kan wjib utk umat islam.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencari yg halal tidak sama dengan 'mengharamkan yg halal'

      Delete
  26. Salam Zulfikar Hazri,

    Ini pendapat kami le, biasalah kalau satu company yang dah maju kehadapan, mcm2 cara untuk menjatuhkan dorang ni...Begitu juga dengan diri kita...dah kaya skit mcm2 la org akan ckp kita ni buat cara betul atau sebaliknya...kan Zulfikar Hazri...

    BTW kami singgah & follow blog Zulfikar Hazri, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....lah....paham dh skrg......penuh prasaan..GUd!!! :)-cik Lara Hati

    ReplyDelete
  28. skrg ni mcam2 jer la..
    td aq dngar crmah,katenye jelly tu haram,krna katanya diperbuat dri kulit babi,btol kew tu?

    ReplyDelete
  29. Setiap dekoder tv yg ada dirumah kita, guna teknologi encryption proprietary yang dibangunkan oleh syarikat israel, yg diasaskan oleh penyelidik kriptografi ketenteraan israel, dengan sokongan polis rahsia israel (mossad), dengan makmal R&D di israel.

    Berapa ringgitkah wang kita mengalir ke mereka sebagai "royalti" setiap bulan bayar bil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajarkarlah anak muda kita menjadi seorang jurutera supaya kita tidak bergantung kepada yahudi... belajar pandai-pandai.

      Delete
  30. Ayuhlah para saudaraku kita boikot yahudi kerana mereka adalah musuh kita yang nyata... Setidak-tidaknya kita tidak menyokong mereka yang telah membunuh, menghina kaum muslimin... Janganlah kita menjadi muslim yang cintakan dunia dan takutkan mati...

    ReplyDelete
  31. coca-cola bagi saya la mmg haram kerana ia memudaratkan kesihatan , apa yang di terangkan oleh GMS,saya setuju sangat . kalau kita lihat dari aspet tulisan coca cola bila diterbalikan menjadi makna LA MUHAMMAD LA KAABAH, BERMAKSUD TIDAK KEPADA MUHAMMAD TIDAK KEPADA KAABAH ,jadi kita sudah faham apa pengetianya yang selama ini kita duk puja produk yahudi ni.kalau boleh marilah kita sama kita ummat islam kalau tidak boleh semua pun untuk boikot , secara perlahan2 kita boikot , kita bantu negara2 islam yang kena tindas tambahan pula penghinaan mereka terhadap nabi kita baginda s.a.w yaallah bantulah kami untuk menentang orang yang menghina kekasihmu amin, celaka yahudi laknatuallah ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju... Dan kerana itu Mc D selalu promosi gelas coca cola untuk dijadikan koleksi simpanan di rumah. Dalam x sedar coca cola itu bermaksud tiada Muhammad Tiada Mekah. Ini adalah salah satu cara org2 yahudi zionis menyesatkan kita. Minumannya juga adalah racun yg membahayakan tubuh. Kerana itu di Israel tidak jual minuman coca cola ini. Satu lg kesalahan penulis yg ingin sy betulkan org islam boleh makan sembelihan org yahudi tapi tidak nasrani. Dan isu perkahwinan pula memang benar org islam boleh berkahwin dgn nasrani dan yahudi tanpa perlu tukar agama. Masalah nya x semua kristian itu nasrani sebagai contoh RC Roman catholic. Memang kristian adalah nasrani masalahnya kristian banyak cabangnya dan kepercayaan berbeza beza. Dan Nasrani yg meng Esakan Allah juga masih ada di Palestine. Tapi kita harus tahu yg manakah sebenarnya Nasrani yg betul2 halal utk kita nikah. Klu kristian di palestine mmg kita boleh khawini tapi kristian dri mazhab lain sy rasa x boleh kerana akidahnya berbeza dalam isu mengEsakan Allah. Isu halal haram sy setuju Mc D tidak haram tapi kita perlu boikot kerana syarikatnya sememangnya beri dana kepada Israel.

      Delete
  32. Salam bro,
    kitaorang kat opis ni pun ade yg duk berbalah dan berhujah pasal boikot memboikot nih..pning dibuatnyer..bile kita bg 2opinion msing2 bengang tak berasas..pasni nampaknya kena 'silent mode'..hehe

    **Tumpang lalu..

    ReplyDelete
  33. Memang tak haram.
    Tapi saya rasa boikot lebih baik.
    Nak pi bperang sy tidak mampu, rasanya tidak slh muslim didunia ini boikot barangan yg terang2 beri dana pd israel. Skurg2nya bila Allah tanya di akhirat nanti, apkah btuk bantuan kita? Kita ada bantuan wlpun nmpak kecil.

    Penulis nampak tak sokong usaha muslim boikot. Sdangkan kalau lah smua muslim boikot, ekonomi mereka(israel) pasti lumpuh...

    Wlpun xbyk bantu tp at least smangat boikot itu ada unsur psikologi yg baik.

    Sekadar pendapat tulus dr hati.

    P/s: mujahid gaza jaminan syurga, tapi kita?
    Tepuk dada tanya hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu boikot lebih baik itu isu lain, saya takde bantahan terhadap kempen boikot, dan saya ada join kempen boikot.


      isu di sini adalah mendidik muslim membezakan antara boikot dan fatwa pengharaman..

      Isu di sini mendidik muslim malaysia mentarjih isu.

      memahami Fiqh maqasid, memahami bagaimana mahu berhujah dan berdiskusi.

      Delete
  34. kalau boleh boikot tue...cubalah..setuju dgn komen diatas..sekurang-kurangnya bila Allah bertanya kepada kita apa peranan kita dalam membantu rakyat palestine..kita ada jawapannyanya..walaupn ianya selemah-lemah iman...hendak mengangkat senjata atau menyertai pasukan kemanusian di sana mungkin kita tidak mampu..sekurang2nya usaha tersebut dinilai oleh Allah..

    ReplyDelete
  35. Memang setiap manusia, takkan termampu untuk boikot SEMUA produk yg berkait dgn Israel. Itu yg kita tau. Yg kita tak tau? mungkin byk lagi. Selemah2 iman kita boleh berdoa buat rakyat Palestin di sana, buat solat hajat, dll. Cara itu bukan saja lebih afdal malah ketika melakukan ibadahlah kita hampirrrrr dgn Allah SWT. Kalau setakat boikot tapi tak pernah kirim doa buat apa kan? Boikot lah mana yg mmpu. Setakat ni aku tak pernah sentuh Statbucks. McD pula dah lebih sebulan tak sentuh tapi baru2 ni tersentuh jugak. Nafsu makan katanya.... manusia mudah lupa. Walaubagaimanapun, doalah semampu boleh dan bersujudlah kpd Allah SWT sesungguhnya waktu itu Allah paling dkat dgn kita.

    ReplyDelete
  36. Saya takut nak jatuhkan halal atau haram sesuatu hukum, sebab saya juga agak cetek dalam hal-hal agama. Tetapi saya tetap memilih untuk memboikot. That is my right to choose.

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas tulisan anda d atas. Sy setuju apa yg anda katakn. Boikot dn haram 2 benda yg berbeza. Bila sy membaca blog2 ada d antara yg buat sy pening kepala cth produk nestle mereka kate haram ada ramuan *****tetapi jakim iktiraf halal. Mungkin mereka tau nestle salurkn dana ke israel sbb itu mereka kata haram. Setau sy maafkn sy jika silap bg ajaran yahudi mereka pun x boleh mkn babi. Saya rase lebih utamkan kita check kandugan ramuan mknan yg d keluarkn oleh rakyat malaysia yg kebanyakn bukan dr org islam betul2 halal ke? Kalau begini bole berpinar biji mata sy tiap kali nak beli kena check bahan2 dlm produk yg kdng tulisannye halus sgt dn kena ingat code yg punya la byk alamat kena brkmpung kt shopping cmplex tu

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...