February 4, 2012

Pengembaraan Taman Negara Mulu 1

Assalamualaikum

5D5N Mulu Pinnacles ~ 20/01/12 - 24/01/12

Bagi Menepati janji kepada pembaca-pembaca terutamanya si Atifah bakal Cikgu German, maka aku akan ceritakan sedikit sebanyak pengalaman menerokai gua, sungai dan puncak Pinnacles di Taman Negara Mulu beberapa minggu yang lepas.

Macam biasa, aku malas nak tulis jurnal perjalanan dan aku tau ramai orang tak suka sangat baca jurnal perjalanan, aku sendiri pun cepat penat bila baca. Jadi untuk menjadikan tulisan mesra pembaca dan mudah dihayati, entry akan berbentuk point dan bergambar.

*************************

1. Kami berkumpul di LCCT pada 20/01/2012, kapal terbang sepatutnya bertolak pada pukul 7.15 pagi, tapi terpaksa ditunda selama sejam akibat hujan ribut.

2. Macam biasa, aku ada masalah gegendang telinga nipis, bila aku naik Air Asia selalunya aku akan merana sakit teruk. Rasanya macam gegendang dihimpit perlahan-lahan dengan jarum tumpul dan menanti nak pecah. Aku dah buat semua petua, kunyah chewing gum, tutup hidung hembus, menguap luas-luas, semua tak berkesan. Doktor dah cek memang gegendang telinga ada masalah dengan tekanan.

3. Sampai di Miri Airport pada pukul 10 pagi, terus mendaftar di Guesthouse di bangunan rumah kedai depan Airport Miri, tidur semalam di Miri, selepas check in dan berehat, petangnya kami meronda di Bandar Miri melihat keindahan tempat dan orang-orangnya.

4. Suku dari Ahli pergi berjalan ke Brunei, Suku lagi pergi meneroka gua Niah, hari itu adalah light and easy. Bandar Miri adalah bandar yg maju pesat, akibat dari sumber ekonomi dari petroleum dan kedatangan pelancong dari Brunei untuk membeli belah dan berlibur.

5. Malamnya kami berehat-rehat santai sambil makan Ration askar dan Buah Durian Isu dari Miri, Buah Isu ini sebijik macam buah durian, tapi dia kecik sikit, isi dia pekat, dan takde rasa durian langsung, Rasa dia campuran antara cempedak, nangka, mempelam dan manggis, nak describe pun susah, try rasa dulu, aku tak minat sangat, makan seulas pun tak habis.

*********************

6. Hari kedua, kami semua bergerak dari Airport Miri ke Mulu dengan menaiki pesawat kecil berenjin kipas. Pesawat tu namanya ATR, masa mula-mula taktau, semua orang ingat naik Focker. Teruja sangat aku sebab ni first time naik fligt ada kipas. bergegar oi bergegar! perjalanan ambil masa 30 minit je untuk sampai ke Airport Mulu.

7. Sampai je kat mulu, kami semua bergerak ke Lodge kediaman di tepi sungai, apa tah nama lodge tu aku lupa, tapi semua kemudahan ada, bilik standard Chalet 3 bintang, dining hall cantik, Elektrik dicatu akibat penggunaan Generator set, malam dari pukul 6 - 12 tgh malam, siang dari 6 pagi ke 2 petang sahaja.

8. Selepas makan, petang hari kami semua pergi ke Mulu National Park untuk melawat Gua Rusa dan Gua Lang, Gua rusa terkenal sebagai Gua 'single passage' terbesar didunia, ada banyak kelawar, berjuta-juta. Kalau nak kira, 6 tahun pun tak habis-habis, duduk kat mulu kahwin dengan org Penan. Dalam gua ni bau Tahi kelawar atau nama glamernya Guano sangat menyesakkan hidung.

9. Tahap luasnya Gua Rusa adalah sehinggakan Torchlight standard tu cahaya dia tak mampu sampai ke lelangit dinding, masa aku kecik, aku perasan yang torchlight bila suluh ke langit boleh sampai planet Musytari. nampaknya bila umur aku 28tahun baru persoalan tu terjawab. nak sampai langit gua pun tak lepas.

10. Lepas tu kami masuk Gua Lang, mashallah lawa bukan main stalagmite, stalactite dan helictite, stalagmite adalah formasi air dan mineral yg turun ke bawah, Stalactite pula formasi dari bawah ke atas. helictite pula adalah secara mengufuk (horizontal)

11. Lepas dah puas tengok gua, kami tengok pula kelawar terbang keluar berkumpulan secara berirama. sangat cantik. Ada formasi naga terbang, formasi bulat bentuk O, formasi angin puting beliung dan juga panah arjuna. yg panah arjuna tu aku tipu.

12. Lepas dah tangkap gambar semua, kami pun pulang ke Lodge balik. lepas makan malam sesi briefing, makan dekat Mulu tak sesuai dengan selera org Melayu, masaknya sempurna takda cacat, cuma takde pedas langsung dan garam rasa kat bibir geli-geli je.

**************************

13. Hari ketiga, kami semua bangun seawal 6 pagi, dan bersiap pukul 7, 7.30 semua naik sampan yg dikendalikan oleh orang Penan. Sampan kapasiti muat untuk maximum 10 orang. Jangan panik, ada enjin sangkut. Tak payah kayuh.

14. Perjalanan sampai separuh, kami singgah ke perkampungan orang Penan, tengok diaorang jual kraftangan, dan tengok Onyang penan tiup seruling pakai hidung, sambil tangan gamit-gamit mintak Tips bila bergambar.

15. Rumah orang Penan ada Astro!

16. Perjalanan sambung ke Gua Angin dan Gua Clearwater. Gua Angin ada angin dan bilik diraja, Gua Clearwater ada clearwater. menjalar hingga ke anak sungai tempat kami mandi.

17. Kami mandi dan makan di Sungai Clearwater, ada banyak mat salleh pakai bikini, tak dilupakan juga minah jepun, oh awek korea jugak, jenuh aku tutup-tutup mata aku, sampai terlanggar-langgar tunggul kayu semasa menyelam. Mereka beriya-iya mahu mata aku meratah tubuh berbikini mereka, namun aku dengan tegas cakap, saya tidak mahuuuuu! saya tidak mahuuuuu saya tidak mahuuu seraya meronta-ronta.

18. Selesai mandi dan makan, kami pun sambung bersampan ke hulu. Nasib kami pada hari tu baik, sebab Air sungai surut akibat tak hujan, maka kami ada pengalaman menolak boat merentasi jeram-jeram kering! jangan cakap syok! seksa nak mapuh. Nasib baik ada ramai wanita yg ikut, lalu aku menjadi perwira badang dalam sekelip mata tanpa memakan muntah jembalang sungai.

19. Perjalanan mengambil masa sejam dua untuk sampai ke Kuala Litut, aku taktau tempoh masa yg betul sebab penat dan kelam kabut tarik dan tolak sampan. dah gaya askar marin lagaknya.

20. Akhirnya kami pun sampai dekat Kuala Litut, dan fasa kedua bermula meneruskan perjalan 8.8 Km merentasi denai hutan untuk ke tapak perkhemaham 'Camp 5' di kaki Gunung Api. Sampai sini dulu untuk bahagian pertama. bahagian kedua nanti sambung cerita pasal Camp 5 dan pendakian Pinnacles Gunung Api. Jom tengok gambar, tengok elok-elok, jangan terliur pula, bimbang nanti menitik ke baju.

**************************

Ada orang ckp kulit muka aku Flawless, aku tak percaya sebab aku mahu kelihatan rough2  bak gerard Buttler, bukan Justin Bieber, korang Zoom sendiri la tgk! haihhhh


Semua Excited mula2 sebab takyah tolak sampan, pada masa ni Life Jacket wajib pakai sebab takut Ranger  National Park marah operator boat.

Masa keluar dari Gua Angin, aku pun taktau kenapa muka aku mcm tu, samada sedih atau terharu lepas kentut secara bersepadu.

Haaa, ni baru la muka nampak messy2 ala Gerard butler, barulah MajorTurnOn. kalau Jambu  je nampak sangat bery2 the anak ikan!

Baru tiba ke Miri Airport, tengok muka aku ngah tahan kesakitan sindrom tekanan telinga (popping) huduh sikit lah muka masa ni baq hanggg

Masa sampai ke Mulu Airport, kapal terbang ATR taknak berhenti, jadi bagi menjamin keselamatan penumpang, aku bekorban diri, cepat2 lompat dari ketinggian 2000kaki dan bersedia di landasan bagi memberhentikan Plane. Itu Buktinya!!!

Jangan kata korang, aku pun rasa gambar ni aku gedik. awek sebelah tu jangan ragu2, dia mak beranak 3,  walaupun dia dah tua, tapi aku tak panggil dia akak, aku panggil dia meknor, dengar cerita perempuan selalu berangan muda.

Perjalanan mendaki anak tangga dan plank walk ke Gua Angin. tahan la air liur tu jangan menitik-nitik pulak! haaihhh

Ini adalah pokok balak antara yg termahal didunia. Pokok Berlian. Kayu paling keras dalam dunia. harga sebatang pokok dari  20 ribu ke 200 ribu.


Percubaan untuk buat balik kuang di sungai mata air clearwater. dalam baq hang, berdengung telinga bila terjun sampai ke dasar.

Bukankah aku telah cakap ada minah saleh berbikini, kan aku jugak cakap aku cuba tutup mata! " excuse me sir, do u want to swim with us? "Nooo Nooo Nooo i dont want!" kata aku kepada mereka!

Nampak mamat baju biru pekat tu melambai? ternyata dia seorang budak nakal, disuruhnya pakai Life jacket, tah kemana dicampakkannya. nasib baik takde siapa yang bawak rotan.


Bandar Miri di kala Sore. aku mencari halatuju, mana nak cari Teh Tarik kat bandar Sarawak ni tah!

Osman, Nizar, Zulfikar dan Shah, topi biru itu dari UK. Org sponsor, yg pakai topeng tu pulak terbawak2 angan2 nak  jadi surgeon.

Permandangan di dalam Gua Lang. gua sangat gelap. Flash Camera hanya ibarat  angin kentut di tengah ribut taufan.

Ada dua budak nakal masa duduk kat Lodge Mulu, Azlan dan Zul namanya. diaorang bantai berenang kat jetty tempat orang tambat boat, punya dalam, kalau kena baham ngan buaya, alamatnya tak berupdate lah blog Rasa Hati ni.

Orang kata, nak mandi sambil pakai spender perlukan keyakinan diri yang tinggi. nasib baik tak nampak spender. Jadi aku hanya posing ibarat Model Seluar dalam Calvin Klein saja.

Atas kebawah Stalagmite, Bawah keatas stalactite, mengufuk Heictite. punya cantik! mcm dalam mimpi. 

memang patut nama dia Clearwater river. jernih sampai nampak perut didalam air.

Badang mula menunjukkan aksinya. tak seronok pun! penat bebenor.

orang kata biar muka mcm teadybear, tapi jiwa macam komando. orang kata lagi lelaki seperti ini memang layak dijadikan menantu.

Tolak punya tolak, sedar2 dah dalam paras pinggang, jenuh nak naik sampan, teroleng-oleng, naik gaya  beruang sarkis lagaknya.

Lubang entrance belakang tu namanya Garden Of eden, nampak mcm dekat, tapi nak pergi sana dari entrance Mulu National park makan masa 2 hari satu malam. cantik sangat dengar Khabarnya.

Zulfikar dan Mat John Ketapong. di hadapan kami adalah 10 kali tarik sampan.


************Bersambung di Part 2**********


P/s orang kata umur manusia ni tak panjang, 65tahun - 85 tahuan mati lah, aku dah 28tahun, jadi tak lama lagi aku akan mati, sebelum mati baiklah aku manfaatkan umur yang ada menjelajah alam ciptaan tuhan bagi mencari maksud hidup.



37 comments:

  1. uwaaa.. xsuke xsuke xsuke xsukee.. jeleesss nyeee.. arghhhh... ikarrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hang dah dekat, pi je la, ape tunggu lagi. :)

      Delete
  3. ada org kata, kalau naik bot, budak2 or adik2 kena duk depan....blakang2 kasi kakak2 or abang2....ekekekekekkee

    ReplyDelete
    Replies
    1. org duk depan tu sebab senang nak turun tolak bot la.. booooo

      Delete
  4. This is madness..this is Sparta betul la Zul Butler..

    ada banyak fakta aku setelah katam baca entry ni. Tapi point yang penting ada 3:

    1. Ohhhhhh baru tau kalau suluh toslait tak sampai bulan sana.

    2. Aku skip mengeja apalagi membaca "stalagmite, stalactite dan helictite, stalagmite" sebagai "s*@&# S)@*# S#(@_) Saait*@"

    3. Gamba #11 : Ahhh King Leonidas dan Queen Gorgo

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. skrg u in the know

      2. malas!

      3. indeed. :P

      Delete
  5. bestnya.. jeles! walau ada abang di miri, i never been there yet! sy suka alam...nk pergi jugak, nk terokaaaa!

    ReplyDelete
  6. alaa nape perkenalkan kita kat blog ni? malu tau malu. haha

    aku dah agak yang aku akan jeles gila nak mampus bila baca entry ni.

    kau dapat rasa tak, camne jelesnya aku untuk part 2 nanti??

    arghhhh

    indah kan ciptaan Allah? Subhanallah =)

    p/s: tak sabar tunggu oart 2 >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. part 2 nanti2 lah...

      ehhh awak eh si ATifah bakal cikgu German tu? hahaha

      Delete
    2. eh eh bukan. saje je nak interframe. hihi =)

      Delete
  7. aku masih tak jumpa makanan sedap kat sarawak ni,baik kat kuching,miri,sarikei,sibu...masak sendiri laagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu aku makan org Melanau masak, ok la sikit, ada rasa pedas2. tapi x sesedap smnanjung gak.

      Delete
  8. syoknya tempat mandi tu, jernih je air dia!

    sukalah baca entri aktiviti pengembaraan pikar ni... best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tgk real2 lagi jernih air dia kak.. :)

      Delete
  9. Entry point-point ni best! Senang nak baca, senang nak paham, senang nak folo.

    Awww~ Gerard butler tu oh-sem dan gagah dan dan dan dan... Kekekeke..

    Sesuai bebeno entri ni jadik panduan untuk ke sarawak. Boleh promote ke member jugak ni.

    Eh, satu soalan. Bape bajet keseluruhan trip ni? Kalau boleh break-down pun cun jugak tu. Macehhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet keseluruhan 1400.. breakdown nanti part 2 kot, insyallah.

      Delete
  10. point ke 17 tu tak menahan..nampak benor nipunye..bukan ko suke ke scene2 yg begitu? har har har..


    perempuan selalu perasan awet mude?err..couldn't agree more..betol sangat la tu..aku salah sorang daripadanye..hak3..


    gambar semua agak menarik dan menunjukkan trip ni mmg awesome..tapiii, yg duduk bersantai atas jeti tu agak daring betol..kemaen lagi posing bg belakang eh? euuww..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la sha, aku meronta2 taknak tengok tau..... tgk muka aku ni series. tengok!

      duk bersantai tu pakai seluar panjang la... mana ade spender. hahaha

      Delete
  11. mmg jeles tahap cipan tol la..ades...lama dh xmeneroka alam ciptaan tuhan..sejak bekerja..lasum luperkqn trus aktbt2 camni..rindu kmbali zaman bebas..huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. bes nye tgk air jernih cmtu...huhuhuh....
    tringin lak katak nk membina legasi di sana...huhuh...

    ReplyDelete
  13. enjoy giler tgk pic.. mcm best !!!!

    ReplyDelete
  14. 17. Kami mandi dan makan di Sungai Clearwater, ada banyak mat salleh pakai bikini, tak dilupakan juga minah jepun, oh awek korea jugak, jenuh aku tutup-tutup mata aku, sampai terlanggar-langgar tunggul kayu semasa menyelam. Mereka beriya-iya mahu mata aku meratah tubuh berbikini mereka, namun aku dengan tegas cakap, saya tidak mahuuuuu! saya tidak mahuuuuu saya tidak mahuuu seraya meronta-ronta.

    ---- hahahaha... part nih mcm gampang yo bunyik ea... hahaha.. x nak konon... puuuuiiiiii hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh, hehehe, memang aku pantang... pantang jumpa awek bikini oi.. haha

      Delete
  15. ye.. betuller ada awek berbikini.. hehehe..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...