February 12, 2012

Pengembaraan Taman Negara Mulu 2

Assalamualaikum..

Ini adalah entry sambungan dari PART 1 (klik untuk baca yang lama)

21. Apabila sampai ke tambatan sampan Kuala Litut, kami semua bersiap-siap untuk fasa kedua perjalanan ke Kem 5, perjalanan sejauh 8.8 km, masa ni semua cari rokok, nak sapu tembakau dekat kaki, elak pacat panjat curi darah. Semua yang Allah swt cipta ada hikmahnya, siapa sangka rokok berguna dalam hutan!

22. semua bergerak dengan sesi briefing ringkas, air sangat penting untuk elak dehidrasi, kalau dehidrasi nanti boleh kena cramp. bila kena cramp sakit tak boleh jalan, siapa pulak yang nak dukung dalam hutan macam ni?

23. Seluar tight sangat penting, diulangi! seluar tight sangat penting!, seluar tight itu adalah seluar kain spendex yang melekat kat tubuh tu, berguna untuk elakkan celah kangkang dan peha dari melecet akibat geseran. Nak nak orang gemuk yang ada peha besar macam aku. Kalau takde Tight aku rasa balik mau mengangkang-ngangkang. Seluar Tight juga berguna kerana cepat kering dan ringan.

24. Aku heran tengok trail tu ada batu-batu sungai yang disusun 7/10 dari seluruh perjalanan, aku terfikir macam mana orang susun batu ni, takkan dia pikul semua batu duk tabur sikit-sikit? punya jauh, punya banyak!

25. Ada dua jambatan gantung, yang pertama kecil, maximum dua orang jalan dalam satu masa, dekat sini banyak habis masa menunggu semua lalu. siapa gayat, memang boleh pitam kejap. Yang kedua besar sikit, boleh muat 4 orang sekali jalan.

26. Timing manusia berjalan pada kelajuan normal adalah 1 kilometer 15 minit, kalau fast runner boleh buat 1km 10 minit, kalau jalan mcm pergi pavillion sambil makan tutti frutti boleh lah 1km 20minit.

27. Manakala timing manusia mendaki nisbahnya 1/10 dari berjalan normal iaitu 100 meter 15 minit, kalau lembab 100 meter 25minit, kalau fast runner 100 meter 10 minit.

28. Aku jalan laju pada masa ini, amik masa 2 jam lebih sikit. sebab trail landai, takde turun naik bukit, hanya ada daki anak bukit sikit je dalam 100 meter masa nak sampai ke kem, tak teruk pun.

29. sampai saja ke Kem 5, kami semua disuruh berendam ke dalam sungai untuk mencuci peluh dari badan dan baju semua, aku ngan Abang Nasir lepak dalam sungai setengah jam lamanya, memang macam sorga duniawi. Peluh mesti dibersihkan sebab takut nanti ada sweat bee (tebuan peluh) yang suka hinggap kat badan org berpeluh.

30. Mula-mula aku ingatkan tebuan peluh tu hanya cerita yang diperbesar-besarkan oleh orang tempatan, tapi hari kedua memang menatang tu banyak berterbangan hinggap kat baju2 yang disidai dan kasut.

31. Sampai je, lepas mandi sungai, kami masak Meggi tepi sungai, makan rebut-rebut. walaupun Kem 5 ada  dapur lengkap dan dewan makan, tapi kami semua mengada nak adventure masak guna lilin askar dan mestin, barulah adventurekan! Aku rasa masa ni meggi tu rasa macam nasik beriyani kambing. sedap sangat baq haannng!

32. Makan malam pukul 7 malam. Makan disediakan oleh guide dan staff di kem 5, sedap tak sedap jgn tanya, sumbat je dalam tekak.

33. lepas makan, rehat-rehat borak, sambil main daun terup. Lepas tu dengar briefing lagi untuk sesi pendakian pukul 6.30 pagi esoknya.

34. Daun terup satu deck boleh main beberapa game contohnya, colek, royal flush, bluffing, Mat John Ketapong. Jerami tak boleh main sebab deck sikit, 21 dan pokdeng tak main gak, sebab nak main best kena letak bet.

35. lepas main terup, dengar durian jatuh tepi kami, semua lari kejar durian, sedap bukan main, sebiji jatuh, boleh kongsi dekat separuh kem.

36. Kami tidur style dorm. sewaan kelambu ada, semalam RM10, aku tak pakai kelambu sebab kulit kebal! siapa ada sleeping bag, sila bawak, nasihat dari pakar untuk tidur yang lena.

37. Si Manja anda tidur lena, bangun dengan riang, Ibu pasti girang ayah senang!

38. Bangun pukul 6, selesai solat subuh, kami semua warm up stretching dan bla bla, pagi tu aku berak kat toilet, air tetiba takde, aku beristinjak dekat sungai. first time aku masuk dalam sungai gelap-gelap bawak torchlight, nasib baik tak dibaham oleh jembalang sungai.

39. 7 pagi, pendakian Pinnacles Gunung Api Mulu bermula. Trek susah, susah, susah, susah dan susah. mendaki 40-60 darjah kecerunan sepanjang masa, kadang-kadang perlu merangkak pegang batu, banyak batu tajam macam mata kapak. banyak akar pokok. nak cakap sekali lagi lah, trek tu susah susah susah dan susah.

40. Jumpa ular tedung viper kaler kuning tengah jalan, tapi wak dek je, terus jalan lencong sikit.

41. Beberapa jam jalan, akhirnya kami sampai separuh perjalanan di Mini Pinnacles.

42. Rehat 15 minit, sambung perjalanan sampai ke aras 1300 meter, kemudian Perancangan Tuhan mengemudi pula. Hujan lebat! Ranger/Guide terpaksa berhentikan kami pada paras 1300 dan 1600 meter pendakian atas faktor-faktor keselamatan dan undang-undang ketat Taman negara.

43. Namun begitu wakil kami seramai 2 orang berjaya juga sampai ke puncak Pinnacles iaitu Abang Nasir Hassan dan Abang Shah Ujang. tahniah untuk mereka yang berjaya naik. Diorang berjaya sebab Fast Runner gila, jauh ke depan dari guide dan terus mara ke Pinnacles.

44. kami semua turun semula, turun pun seksa. naik dan turun waktu dia sama, masa turun kena hati-hati takut terodok batu tajam.

45. Sampai semula ke Kem 5 dalam pukul 11.30 pagi, berendam dalam sungai dalam cuaca hujan lebat. Hampa tapi masih bersyukur. Benarlah kata bijaksana, manusia hanya merancang, Allah swt yang menentukan.

46. lepas berendam, aku alter nasik goreng untuk makan tengahari, lepas makan petang diorang pergi masuk dalam hutan cari durian liar. Dapat banyak, aku malas nak ikut sebab kaki sakit dan takde mood. Duduk kat Kem jadi surirumah sepenuh masa.

47. Sambung aktiviti borak dan torak, main kad, dan ronda-ronda tengok keindahan hutan. pukul 12 mlm masuk tidur sebab pukul 4 pagi kena start jalan balik ke perhentian sampan. Kena balik awal sebab ada antara kami kena naik flight pukul 10.30 pagi. Takut terlepas flight.

48. Perjalanan balik dari kem 5 bermula pada pukul 4.30 pagi, Peringatan! bawak bateri spare untuk torchlight! bawak bateri spare, bawak bateri spare! jalan dalam gelap boleh buat kaki terpeleot!

49. Balik kami semua jalan tanpa berhenti sepicing pun, kecuali dua kali sebab tunggu turn naik jambatan gantung. perjalanan kali ini dinamakan pesta pacat, ramai orang bagi zakat darah, nasib baik aku tak kena sebab dah buat perjanjian damai dengan pacat. Nak tau perjanjian damai macam mana?

50. Mana ada perjanjian damai dgn pacat, ikut nasib je lah!

51. Naik bot! kali ni bot takde adengan tolak menolak, sebab air cukup dalam akibat hujan lebat semalaman. Akhirnya kami sampai ke Airport Mulu pada pukul 9.45 pagi.

52. Siapa masuk hutan pakai deoderen please, aku merayu ni, pakai la deoderen, kalau jenis suka makan kari dan bawang tu mohon pakai la deoderen! tak mahal pun, kalau rexona tu baru RM 6.50 je, pagi hari, bau ketiak korang yang tak mandi tu ada tara - tara bau getah skrap tau! hangit! deyyyy. Yennadey!!!

53. Patah balik ke Lodge Mulu untuk mandi dan repacking. jemur baju yang basah dan ambil makanan tengahari, aku sempat kali ni mandi sekali lagi dekat jetty tambat boat.

54. Tunggu kat Airport Mulu untuk penerbangan balik ke Miri, Flight pukul 12.30, flight Air Asia dari Miri ke Kuala Lumpur pula pukul 1.30 petang, ada margin kesilapan 1jam. Patutnya tiada masalah sebab setting timing ngam-ngam.

55. Rupanya sekali lagi Manusia hanya merancang Allah yang menentukan, Flight dari Miri ke Mulu tak dapat mendarat akibat awan tebal dan cuaca tak elok, terpaksa tunda sampai pukul 2.30 petang, maknanya tiket aku dari Miri ke KL 1.30 tu burn! macam manakah cara untuk mengatasinya? jangan bimbang, aku ada tips macam mana nak selesaikan masalah flight delay ni. nak tau?

56. Tips Flight Delay = Tidur secara berjemaah di Balai berlepas, lepas tu beli tiket lain.

57. Terima Kasih banyak Puan Nurzulraine sebab uruskan pembelian tiket ganti aku dan Amirul, kisahnya duit aku dah habis, tinggal 100 je dalam wallet, kalau tak, haruslah aku duduk Miri jadi penari bogel, dapat duit baru balik KL.

58. Tiket Air Asia Miri -KL habis, jadi Puan Nonie belikan tiket MAS, eh dengar tak apa aku cakap ni? aku naik MAS tau! naik MAS!

59. Naik Mas ada nasik beriyanni ayam dengan kacang tanah bergaram! ada jus oren pulak tu! tapi stewardess Air Asia lagi cun!

60. Berlepas dari Miri  - KL pukul 6.50, sejam perjalanan lepas tu tau tau flight landing, dalam hati aku cakap, mak aihh laju betul MAS ni, sejam dah sampai KL! rupa-rupanya flight berhenti kat Kuching, kelam kabut jugaklah aku, Turun transit kat Kuching, aku tak biasa, kalau Transit International tu biasalah. Rupanya kena buat pulak clearance customs kat Kuching.

61. Lepas buat Clearance, aku gatal la pergi keluar dari airport, kononnya nak cukupkan syarat, jejakkan kaki kat tanah kuching la. lepak dalam 15minit, tetiba Amirul call cakap flight dah nak jalan, berhambat aku macam cerita filem cinta pakwe kejar makwe kat airport (serius) ... nasib baik sempat! kalau tak mau aku jadi penari bogel pulak kat Kuching cari duit tambang nak balik KL.

62. Dalam pukul 11 malam, akhirnya aku dan Amirul selamat sampai ke KLIA, kawan-kawan yang lain masih di Miri atau atas langit dalam perjalanan pulang naik Air Asia.

63. Naik Mas ada nasik beriyani Ayam tau! eh rasa macam dah cerita je point nasik beriyanni ayam ni... jap skrol balik baca kat atas, ye lah ada! ermm takyah delete ah, biarkan..

Abang Shah Ujang, Salah seorang dari kami yang berjaya sampai ke Puncak, ini adalah  puncak pinnacle dan dia adalah seorang fast runner!

Abang Nasir juga berjaya sampai ke Puncak, dan dia juga adalah Fast Runner.

Ni Namanya pesta berendam sungai, juga dinamakan kencing sambil mandi, Pernah cuba? cuba dulu baru tau! suam-suam je rasa air panas mengalir ke kaki, cubalah! anda pasti gembira!


Ini bukan Puncak Pinnacle, tapi puncak kemiangan!

ini kipar ATR, ini efek apa tah aku lupa nama, tapi aku ada baca dalam blog photog, shutter shutter bunyinya.

Ini dinamakan tidur di balai berlepas secara berjemaah, Kalau takut  dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau dah masuk hutan mandi pun pakai spender, takkan tdur di lantai menjadi masalah ye dak?

seluruh Ahli Geng Gunung DMG bersama Mr  Burung guide kami yang sporting (tengah row paling atas)


Baru turun dari pendakian, lihat hujan lebat! memang tak lepas nak naik, guide tak bagi permission, arahan turun semula dikeluarkan.

Laaa, korang ingat aku tipu ke cakap durian ada dalam hutan Mulu? itu Puan Nurzulraine dan abang sulungnya En Zullaimy.


Eh saya bukan nak gebang la trek dia susah, memang susah. aku masa ni mendaki dalam keadaan mamai, ngantuk tak hilang lagi.

itu berhenti penat tu, mencari nafas yang telah hilang. tajam weh batu2 tu.

Mini Pinnacles, rehat 15 minit.

Dipercayai kedua2 jejaka ini memeluk tubuh adalah untuk melindungi perut yang  selalu memberontak untuk menonjolkan diri di dalam gambar!


Main terup dalam hutan memang best. lagi best bila kawan kalah kena kocok!

Ini adalah dorm kami. dorm ada tilam takde bantal, nak bantal boleh balik kejap rumah amik.


Trek landai dari trail turun sampan ke kem 5.

kan aku dah ckp hujan lebat, korang tak caya, saja aku letak lagi gambar sebagai bukti.

Ini Jambatan Gantung, jambatan ini tidak melakukan jenayah apa-apa hingga dijatuhkan hukuman gantung, jambatan ini juga bukanlah digantung tidak bertali malah ia bukan juga susu cap gantung.

yee, trek ini memang susah, susah dan susah.

Nampak tak 8.8 km? jauh kan. Ni Kak Wati tengah tinggalkan bau badan kepada tiang sebagai peringatan jalan pulang.

Damai di dalam hutan, dalam hutan ni ada signal telefon! esok kita pasang menara signal ye, esok kita pasang.

pemandangan bila sampai ke kem 5 dari trail 8.8km

ahli-ahli dari wanita. separuhnya adalah adik beradik.

Kami hanya sampai kat sini, kemudian terpaksa turun.


Percutian yang ideal untuk pencinta advanture!

durian banyak sangat dalam hutan, makan tak habis.


Okey, Kesimpulannya, trip kali ini sangat padat dan puas, manusia hanya merancangan Tuhan yang menentukan, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, bagi aku sendiri aku tak ralat mana pun tak sampai puncak pinnacles sebab dah banyak gunung lain kami sampai termasuk Kinabalu, selain itu trip kali ini bukan je daki gunung sebaliknya penuh dengan pelbagai aktiviti.


p/s I tak sampai puncak pinnacles, uwaaaaaaaaaaaa

p/s II Naik Mas ada nasik Beriyanni ayam weh!

p/s III Tahun ni dan tahun depan aku bersara sementara mendaki gunung, simpan duit nak kahwin, lepas kahwin mungkin sambung balik aktiviti panjat gunung. Kepada yang nak berjinak2 dengan aktiviti mendaki, aku ucapkan selamat mencuba dan percayalah ianya memang berbaloi!

21 comments:

  1. fakta no 27 tu ada kesilapan menaip tu .. sila betulkan, kalau nak markah penuh .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta salah tang mana Puan Nonie? tolong betulkan, mendaki 100 meter betul la 15 minit kan? ke 100 meter 1 jam? saya keliru ahh...

      Delete
  2. aku rasa naik Taman Negara Mulu lagi mencabar dari naik Taman Negara Pahang. Tapi aku paling suka naik jambatan gantung je, nasib baik tak gayat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mencabar sangat! ishkk aku yg dah biasa pun rasa mencabar. ko try lah nanti pah!

      Delete
  3. bab pacat + ular memang membantutkan niat suci murni nak daki gunung. tapi bab makan durian itu memang amat mengujakan! (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata boleh buat perjanjian damai dengan pacat dan ular, try lah runding baik2 dengan mereka semua. hahahaha

      Delete
  4. wow..bestnya!
    gaya penceritaan yang sangat mengejut, mencemaskan dan menarik sgt...sampai terketaq2 kaki ni terasa nak pi sana jugop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jgn tak pergi! berbaloi ah, hidup bukan lama kan! :)

      Delete
  5. Demyu, tahukah anda kalau nek air asia kalau kapai terbang eksiden boleh masuk neraka terus. Dah la pakai skirt. ekrkhhh. tegoda aku naik air asia banyak kali dah. har har har

    ReplyDelete
  6. memang mencabar trek mendaki dia!
    tapi sedihnya tak dapat sampai puncak kan, tapi nak buat camne dah hujan.. merbahaya pulak kalau teruskan..

    siyes jeles tengok orang dapat buat aktiviti camni!

    ReplyDelete
  7. lepas kawen jaga anak sampai besar baru boleh mendaki!! tu syarat kalau ko kawen dgn aku jer... tp memandangkan ko x kn mgkin kawen dgn aku sbb aku dah kawen.. maybe syarat tu takde dari bakal bini kau tp x tau la bakal bini ko tetiba baca komen ni then list kan syarat ni kat ko... wakakakaka

    ReplyDelete
  8. rasa no 34 itu ada sedikit keraguan ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, apa yg berlaku dalam hutan biarkan di dalam hutan. hahah

      Delete
  9. best2... panjat gunung... mandi sungai.. redah hutan.. lame dah tak bebuat aktiviti tu.. hmmm.. hmmm.. dan hmmm lagi...

    ReplyDelete
  10. weiii choppp!!!!! gambar dgn awek baju hijau...itu komputer ya?
    tak logik betul kalau awek tu nak posing dgn ko wei...sah...teknik komputer!

    ReplyDelete
  11. best gila...!

    tapi kan ikar..kalo jenis tak pakai deoderen cm aku ni, camne eh..? tapi takpe..aku x suka mkn kari dgn bawang...

    ReplyDelete
  12. wah
    seronoknya tengok gambar2 nih
    bila lah aku plak nak sampai tempat nih


    P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  13. dari no. 21 sampai 63 ai baca habis tapi nak komen kena skroll balik sebab tak ingat gara2 senyum gelak senyum gelak..

    ReplyDelete
  14. wah, bestnya.. Lama gila tak 'bermesra' dengan alam. tengok gambar pun nampak ceria je =)

    Ikar, cepat kumpul duit dan kahwin =)

    ReplyDelete
  15. ye ke stewardess Air Asia lagi cun?? ke stewardess Air Asia lebih seksi drp stewardess MAS...hahaha

    ReplyDelete
  16. bape kali nak mention nasik beriyani ni? (-_-")

    hahaha..macam syok gila wei trip ko nih..jeles! rase rindu pulak zaman aktif dulu..skang dah takde geng..sob sob..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...