June 24, 2012

Kemewahan Yang Relatif

assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood tak puas hati dengan kemewahan kanak-kanak zaman sekarang, isu yang sangat klise. Budak lahir 80an tuduh budak 90an mewah sangat tak tau hidup susah, budak 70an tuduh budak 80 an, budak 60an tuduh budak budak 70an, pokoknya sampai bila tak habis, pokoknya semua budak ingin menyatakan merekalah yang paling struggle di antara semua budak era yang ada.

Tapi hari itu aku ada pergi berkhemah dekat Kem Baha, Gunung Stong Kelantan. Bila aku terpaksa duduk dalam Keretapi Gerabak Duduk masa pergi, dan balik naik Gerabak Katil, baru aku dapat lihat bahawasanya kemewahan ini relatif.

Orang duduk Gerabak Kabin rasa mewah dari Gerabak Katil Double Decker, orang Gerabak Double Decker rasa dia lebih mewah dari Seat Business Class, business class rasa lagi mewah dari Ekonomi. Yang naik Kelas Ekonomi rasa mewah dapat naik keretapi pergi berjalan banding dengan orang kat kampung yang tak pernah keluar dari sempadan kampung.

*************************

Dulu masa aku darjah 4 pada tahun 1994, aku pernah hadapi situasi macam entry yang pernah aku cerita dalam tajuk Nasi Lauk Sardin Garam itu.

Pada satu hari entah apa kena dengan angin mak aku, rajin pula dia nak masak lauk tengahari awal dari biasa. Selalunya dekat nak pukul 2,3 petang macam tu baru siap makan tengahari, kali ni mak aku masak tengahari siap sebelum pukul 12 tengahari.

Jadi sempatlah aku nak tapau nasik berlaukkan Ikan Bawal goreng garing masam manis. Jarang-jarang sangat dapat bawak bekal makan tengahari ni, selalu beli nasik lemak kangkung Makcik Imah- mak Mustapa Kamal je.

Jadi pada hari itu aku pun makan nasik berlaukkan ikan bawal masam manis super sedap itu, isi yang lembut bersama bahagian kepala yang garing, sedap dikunyah begitu saja. Bila dah habis makan nasik, aku pun ratahlah lauk yang berbaki.

Bila dah habis semua isi dan kepala aku telan, aku pun nak buang tulang badan Ikan Bawal, dan tulang tepi yang halus-halus tu. Tetiba datang kawan aku dari jauh, dia tahan aku dari bangun...

" woi woi Zul, kau nak pergi mana?"

" lah nak buang tulang lah!"

" apa lah kau ni, buat apa buang tulang ni, kau tak tau ke tulang ni lah yang sedap, boleh makan kau tau?"

" hish kau ni, tulang pipi kepala ikan tu sedaplah kunyah, ni tulang sirip sedap apa nya? boleh cekik kat tekak!"

" Itulah, kau tak pandai kunyah tulang, meh bagi kat aku meh!"

Kawan aku tu pun kunyahlah tulang Ikan Bawal tu, masa tu aku tengok rasa sayu sangat hati, rasa insaf. Insaf yang berlanjutan sehingga 18 tahun lamanya.

Peristiwa yang ringkas dan mungkin tak bermakna bagi ramai orang, tapi bagi aku tertanam di jiwa buat berpuluh tahun lamanya. Melihatkan kawan baik ambil sisa tulang ikan bawal dan kunyah dalam keadaan muka penuh asyik menginsafkan aku bahawa kepuasan hidup ini tak standard bagi semua orang.

Baru aku nak layan syahdu tengok dia, dia bagi statement lagi pilu..

" sedapnya ikan bawal mak kau masak ni Zul! dah lama aku tak makan ikan bawal, bertahun gak ah rasanya"

Kau dapat bayangkan tak pilunya hati kau, bila kawan baik kau makan tulang ikan bawal kau, dan dia dah lama tak makan ikan bawal, kau tak tau dia teringin nak sangat masa kau makan. Pilu hiba hati bila tahu yang kawan kau juga sorok Rasa Hati dia yang teringin nak makan isi ikan bawal tapi segan nak minta.

Sejak peristiwa tahun 1994, sewaktu aku berumur 10 tahun itu, sampai sekarang bila aku tengok ikan bawal masak sweet sour, mesti aku teringat muka dia penuh asyik kunyah tulang sirip ikan bawal itu.

Tercetuslah rasa hati aku bahawasanya,jika kau rasa kau susah tapi selagi kau mampu makan isi ikan bawal banding dari tulang sirip maka ketahuilah nasib kau lebih baik dari orang yang lebih susah. Yang kepuasan makan tulang ikan bawal itu ibarat meraikan raya setahun sekali. Bersyukurlah!



Tulang sirip ikan bawal yang aku maksudkan adalah yang dibulatkan  dengan pen merah tersebut. lepas tahun 1994 itu, kadang-kadang bila makan ikan bawal, aku akan sengaja kunyah tulang ini dan telan, bagi sentiasa memperingati kenangan kawan aku yang kempunan nak makan ikan bawal. ah sebak bila teringat aih. - sumber gambar themummysya.com


************tamat************

p/s I Tudung bawal adalah comel, perempuan pakai tudung bawal relatifnya lebih kemas dan comel dari shawl, walaupun ramai perempuan cuba justify yang shawl itu lebih comel, tapi bagi lelaki tengok tudung bawal lagi comel. Masalahnya kenapa perlu tudung bawal? kenapa namanya bawal? adakah direka oleh Muhamad Ali rejal Bawal, adakah bentuknya macam ikan bawal? adakah texture macam kulit ikan bawal?

p/s II ikan bawal ni bagi aku sedap buat masak 4 cara je, Goreng garing, Kari, Lemak pekat cili api dan Sweet sour.

p/s III bawal ada 2 jenis, bawal cermin dan bawal dapur (Hitam) bawal cermin sedap buat stim.

p/s IV di Petaling Jaya ada bangunan nama Wisma Ali Bawal.

19 comments:

  1. housemate aku punya kari bawal peh peh peh..aku rasa kalau aku belajo masak kari 30 kali dengan dia pun tetap failed.

    Ada orang terdekat dengan aku tak bersyukur ikar..taktahu cemana nak insafkan.hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah nasihat dia taknak dengar, elok lempang je noi..

      Delete
  2. sebab tu la dalam hidup ni kita jgn pndg org yg atas kita kalau bab2 kemewahan. ramai lg yg tak bernasib baik. bersyukurlah! sob3. sayu weh entri ni di pg hari bro.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa! terbayang-bayang dah bila baca cara awak describe tu. aih time tak boleh makan keras-keras ni lah craving nak makan macam-macam.

    ReplyDelete
  4. Nak citer pasal sirip, kepala ikan... aku pon tak makan sangat semua tu... penah cuba tapi takleh... sudahnya kalo lunch dengan membe2 boleh2 aku nk elak amik ikan2 camni... sadis tgk kawan2 tolong abeskan yg aku tak makan... so, lunch walaupun aku ske pilih ikan, aku pilih ikan pari atau ikan tongkol yg dah potong ketul2 je...

    ReplyDelete
  5. tebiat dari kecik makan tulang ikan bawal,sapu bersih..heeeee....

    ReplyDelete
  6. ikan bawal memang sedap

    tapi memang sayu kot kunyah tulang-sirip

    erm

    ReplyDelete
  7. susah ouh dulu aku nak makan ikan bawal. same macam kawan ko tu la. aku makan kekoh sampai tulang kasi hancur. aieh. teringat2...

    ReplyDelete
  8. Wisma Ali Bawal tu tak jauh dari tempat kerja ai.. ;)

    ReplyDelete
  9. Bila baca story awak ni akak terus teringat dengan seorang kawan yang ratah tulang dan sirip keli goreng berlado yang akak nak buang. Dan sejak peristiwa itu akak dan pandai dah ratah sirip tulang ikan keli yang sedap bebeno rupanya... hihihi.

    Tudung bawal tu ada cerita macammana dia dapat nama bawal... errr... nanti akak cerita dalam blog akak ya... hihi.

    ReplyDelete
  10. macam kawan kat pejabat ni, aku first time tengok org mkn ikan punya bersih, kucing pun nangis rasanya coz langsung tak dapat bahagian.. sapu bersih la kiranya..

    ReplyDelete
  11. sedih pulak aku baca entri ni.. kira bagus jugak la aku masak kecik2 asyik makan nasi lauk ikan kembung masak kari yg ayah aku buat hari2.. Arwah ayah aku dulu masa aku adik beradik kecik2 & sekolah rendah dia akan blk rumah tengahari masak lepas tu dia pergi kerja balik. Mak aku kerja tp mana blh balik. Adik bongsu aku smpai sekarang x selera tgk ikan katanya sebab dulu arwah ayah aku hari2 masak ikan kembung kari. Tp bila terkenang.. tacing tahap kritikal punya. Lebih2 lg membayangkan kawan ko kunyah sirip ikan bawal tu.. walaupun aku dulu kecik2 tghari makan tak best sgt tp ptg mak aku blk keja masak best2 jugak utk makan malam.

    ReplyDelete
  12. sedih aku dengar cerita kisah ikan bawal tu. satu tamparan hebat buat diri aku. aku kat rumah tak makan bawal dan bila pergi ke kedai takkan ambik lauk ikan bawal sebab tak banyak isi. terlampau spoilt aku nih...

    ReplyDelete
  13. Tapi mmg ada gak org spesis mcm ni..isi tak nak makan..tulang gak yg dicari..bak kata karam sing walia "daging di pasar tak nak dibeli..sup tulang juga yang dicari"..kui..kui..kui

    ReplyDelete
  14. tudung bawal !! haha

    ReplyDelete
  15. memang sangat relatif.. thanx for sharing buat panduan hidup kita..

    terkenang masa zaman sekolah pergi ke felda tenggaroh selatan 1 yg baru dibuka.. program anak angkat ikut famili balik umah kejap.. sempat merasa makan tengahari.. seorang sahabat dapat family yg agak susah telah menyajikan menu ayam sebagai lauk tengahari.. sahabat terdengar si anak bertanya pada emaknya.. "mana mak dapat duit beli ayam? lama mak tak masak ayam"

    sayu bila kawan cerita balik asrama..

    ReplyDelete
  16. salam ziarah, walau kak dh pernah follow blog awak, alhamdullilah.. kerana kak yus alam seri, kak jumpa kamu dik gara2 ikan bawal dan tudung bawal

    dik.. serius.. cerita kamu mmg menghayat hati, nie ada 1 soalan.. kawan kamu masih bhubungan dgn kamu kan?
    jika ya,.. kirimkan salam buat beliau.

    ReplyDelete
  17. eh? aku suka kunyah tang sirip ikan tu..sedap wei..tak tahu la nape aku suke..tak kesah la sirip ikan ape pun..semua aku bedal..janji ikan tu boleh dimakan..;p

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...