April 20, 2012

Buku dan Ruas

Assalamualaikum..


Inilah yang bakal berlaku dalam Malaysia seperti yang aku ceritakan sebelum ini dalam entry Bersih 2.0 Pandangan dari jiwa Marhaen dan Mansuh PTPTN...

1. Jika satu pihak boleh suka hati berarak ganggu keamanan dan merasakan mereka betul, Majoriti senyap pula salah dan dikatakan pengecut pengampu Kerajaan. Maka pada satu hari nanti Majoriti senyap pula akan bangkit dan mengamuk dan mendemonstrasikan pula Rasa Hati mereka kepada golongan pendemo berkenaan.

2. Formula balas - berbalas ini akan berlarutan sampai bila-bila tak habis, sebab itu kita semua memilih demokrasi sebagai penentu pimpinan negara, bukan jalan demo dan tunjuk perasaan.

3. Jangan cerita pasal bantah secara aman atau tidak, semua manusia akan melenting jika tahap kesabaran sudah melampaui batas. Jika perkara ini tidak ditangani dengan awal, satu hari nanti mungkin perang saudara akan berlaku sepertimana dalam sejarah 13 mei 1969, Memali, Selatan Thailand, Mindanau dan Gerakan Acheh  Merdeka.

4. Jika dulu polis dikatakan Barua UMNO, Anjing BN dan Penzalim Rakyat, Bila terdesak kelam kabut, panggil polis pula. Inilah dinamakan manusia, semua manusia akan bertindak untuk kepentingan diri. Hanya Manusia yang Mulia bertindak untuk kepentingan manusia sejagat seperti Rasulullah saw dan Para Sahabat R.A

5. Bukan sekarang rakyat baru nak belajar berdemo, tapi semenjak Pra Kemerdekaan kita semua telah bersatu hati seluruh Tanah Melayu Berdemo menuntut kemerdekaan, tapi demo yang mulia datang dengan matlamat yang suci. Persoalannya, ada orang cakap mahu selamatkan Malaysia dan lakukan perubahan, tapi aku nak tanya dulu, Tak selamat sangatkah Malaysia?

6. Buat adik-adik yang kena pelepuk kepala dalam Video di atas, aku doakan kesejahteraan ke atas kamu, moga cepat sembuh dari Trauma. Semoga sembuh tubuh badan, baik akal fikiran dan insaf jiwa taulan.

7. Kepada abang-abang di luar sana yang membara hati tengok kelakuan semberono adik-adik main pondok-pondok dekat Dataran Merdeka, saya nasihatkan abang-abang semua bersabar dan dapat tenangkan jiwa yang lara. semoga mereka semua ditunjukkan jalan yang benar, iaitu jalan orang yang Allah redhai.

8. Saya tidak menyokong tindakan Pelepukan kepala budak-budak so called Mahasiswa / Graduan itu. tetapi saya cuma pesan satu! ingat, saya cuma pesan satu!

" Barulah kena buku dengan ruas"

10 comments:

  1. semalam terbaca status kawan aku 'dont be bashing hero,kat FB beranilah nak up status kata tu kata ni,cuba cakap depan2'

    aku pulak menadah tangan dan doa moga ALLAH lindungi negaraku dari huru hara dan bala bencana.

    Eh kalau isu ni naik kat Parlimen dan kerajaan rombak balik apa yang diorang mau tu, mesti yang terlibat tu bangga kan?

    ReplyDelete
  2. Kalau betul ada rombakan,perubahan n transformasi lepas buat demo, aku nak pakat2 ajak kawan2 akulah buat demo pasal penempatan cikgu2 yang sangat tak adil..boleh tahan ramainya nih,hahaha

    ReplyDelete
  3. yang menjadi perhatian aku.. sampah tu.. nanti dbkl juga yg kena bersihkan.. kalau dorg tolong bersihkan oklah juga..

    budak2.. darah panas.. semua tak puas hati.

    ReplyDelete
  4. tu la babi pun x gila mcm depa susah org je rasa nak sepak je gerammm,maaf kasar cikit bahaso

    ReplyDelete
  5. semua hanya boleh bercakap dan menyuarakan rasa hati kan? yang susahnya nanti, orang yang terpaksa menerima perubahan selepas itu.
    saya yang bakal mahasiswi mampu berfikir dengan jelas, bukan hanya pro-kerajaan. cuma mengiktraf pimpinan sedia ada :')

    ReplyDelete
  6. hehe... dah lama tak jenguk sini.. kecian gak kat bebudak ni..

    ReplyDelete
  7. Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
    karna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
    -Bonus Deposit New Member 150,000
    -Bonus Next Deposit 10%
    -Bonus Turnover harian 300,000
    Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!

    pokerv99
    deposit via Go-Pay
    deposit via pulsa
    judi uang asli indonesia
    bonus turnover terbesar
    situs judi online terpercaya
    uang asli indonesia
    uang asli indonesia
    bonus referral terbesar
    poker depo pulsa
    capsa depo pulsa
    ceme depo pulsa
    domino depo pulsa
    deposit via telkomsel
    deposit via xl

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...