April 17, 2012

Mansuh PTPTN

Assalamualaikum...

Sebenarnya korang betul ke nak aku bagi pendapat pasal masalah PTPTN ni? aku malas betul nak ulas masalah ini. Jadi aku buat secara point je lah.

Kaitan, motif membayangkan kematian PM dan Menteri dengan demonstrasi mansuh ptptn? simboliknya?

1. sebelum perbincangan berlanjut panjang, aku nak tanya dulu untuk kepastian, sebenarnya isu utama PTPTN ni apa? menghapuskan hutang terkumpul semua peminjam atau menghapuskan terus sistem pinjaman PTPTN pada masa akan datang?

2. Jika menghapuskan hutang, maka korang telah zalim pada pembayar cukai negara kerana duit kami pembayar cukai korang dah sebat buat belanja, dah sebat pinjam lepas tu korang taknak bayar.

3. Duit cukai rakyat, duit cukai yang kami bayar bukan semata-mata nak melayan kerenah punggung kamu saja, duit cukai kami untuk kebajikan keseluruhan rakyat Malaysia. Kamu belum bayar cukai kamu jangan cakap pandai sangat pasal cukai. Kamu dah pinjam duit kami, kamu bayar! tak pedulilah kamu Tajudin Ramli ke, tokey national feedlot ke atau mahasiswa anarki yang demo ptptn di KL tu. semua sama saja!

4. Jika kamu kata matlamat kamu untuk hapuskan keseluruhan sistem PTPTN, siapa pula yang nak tanggung anak-anak orang miskin yang pandai nak masuk kolej untuk belajar betul-betul bukan nak pasang khemah kat Dataran Merdeka tu? kamu yang nak bagi pinjam? mak bapak kamu? kamu nak gadai tanah atuk kamu?

5. Atau anak-anak orang miskin boleh buat permohonan pinjaman ke pejabat adun pakatan rakyat atau kerajaan Negeri Selangor? atau kamu nak buat majlis makan malam jual kupon 'dana pilihanraya RM 15.00?"

6. Jika manifesto Pakatan Rakyat endorse akan pemansuhan Hutang PTPTN kalau mereka menang kerajaan Pusat, aku merasa sangat lega dan gembira, aku harap Pakatan Rakyat akan menghapuskan juga pinjaman kereta dan pinjaman rumah semua rakyat Malaysia dengan pemberian subsidi dari perbendaharaan negara. Kenapa tidak boleh pula? bukankah kaedahnya sama?

7. Pendidikan rendah dan tinggi negara berkos rendah, Uitm yuran tak lebih dari RM 1000.00 setiap semesta, zaman aku diploma dan degree dulu aku bayar Yuran RM450 dan RM 800 sahaja.

8. Sistem institut pendidikan tinggi swasta IPTS pula berasaskan perniagaan, perniagaan bermotifkan keuntungan, macam Lim Kok Wing, MMU, KDU dan Taylor college, semua itu adalah perniagaan pendidikan. Kamu masuk IPTS samada kamu anak orang kaya, atau kamu masuk kerana kamu tak percaya kualiti IPTA atau kamu tak dapat masuk IPTA. Bukan tanggungjawab kami pembayar cukai nak tanggung kamu berbelanja di sana. Kalau kamu mampu kamu bayar pakai duit mak ayah kamu, kalau kamu tak mampu kamu bayar dengan pinjaman PTPTN. Kalau dah pinjam bayar! itu bukan duit Anwar Ibrahim. itu bukan duit pembayar cukai rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat saja, itu adalah duit cukai rakyat Majoriti yang menyokong BN, Pakatan Rakyat, YB bebas dan yang tak mengundi!

9. Masa kamu semua tandatangan persetujuan pembayaran PTPTN itu, kamu baca tak terma dan syarat semua? ke masa kamu sign tu kamu ghairah sangat nak duit beli henpon baru?

10. Masa kamu masuk IPTA/IPTS tu ada ke wakil kerajaan datang acu pistol kepala kamu dan berkata " Baik kamu sign surat ni dan ambil pinjaman, kalau tak aku tembak!" ada tak?

11. Isu pemansuhan hutang ptptn pada awalnya adalah caklempong Pas atas isu hutang Tajudin Ramli dimansuhkan. Kemudian ia menjadi serius dan budak-budak mahasiswa ni termakan retorik parti politik. Pemansuhan hutang ptptn itu hanya manifesto untuk pilihanraya, manifesto kalau tak tunai bukan boleh dakwa dalam mahkamah pun. Kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ptptn, pakatan rakyat dituntut membuat Surat pra-perjanjian berakuan sumpah, PR tandatangan, pengundi tandatngan. Lepas PRU13 kalau PR menang terus abaikan hutang ptptn, kalau mintak juga boleh fight mahkamah. ok?

12. Kita menuntut kerajaan mengamalkan pendidikan percuma, kita menuntut PTPTN tidak kenakan faedah, kita menuntut ptptn memperbaiki perkhidmatan, kita menuntut kebajikan rakyat susah dijaga. Tetapi menuntut kerajaan menghapuskan hutang kamu yang dah kamu joli, kamu berlaku zalim kepada hak kami sebagai rakyat pembayar cukai!

13. Pelajar cemerlang dan layak dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN, ramai yang ditawarkan biasiswa dan geran. Hadiah adalah untuk yang layak dan bagus dalam bidangnya, ini kamu main pondok-pondok pasang khemah dekat Dataran Merdeka tak pergi kelas, kamu mahu kami bayar hutang kamu? apa kamu dah hilang akal ke apa?

14. Siapa ajar kamu hina nyawa orang hidup macam sembah orang mati ni? siapa ajar kamu kalung bunga hindu dekat gambar PM dan Menteri pelajaran ni? kamu ni dah emosi sangat sampai dah tak tau beza mana betul mana tidak? kamu kata simbolik? bukankah semua ritual agama itu matlamatnya memang simbolik penyembahan?

15. Maaf, percaturan kamu untuk demo mansuh ptptn ini tak menarik, tak mengundang simpati, ramai orang meluat, hatta rival aku pro pas pun malu nak support tindakan kamu, Kerajaan berjaya menyediakan pendidikan tinggi kepada kami semua dan kawan-kawan kamu semua, kira-kira 500 orang pendemo saja tak puas hati dari berpuluh ribu itu, Secara hipoterikalnya, sistem pendidikan dan pinjaman itu berjaya.

16. mahkamah tak betul, ptptn tak betul, universiti tak betul, rakyat pembayar cukai tak betul, kerajaan pusat apatah lagi tak betul, semua tak betul, yang betul kamu dan parti sokongan kamu saja, eh kamu ingat kami semua bodoh sangat ke tak tau beza mana betul mana tak betul?

17. Sudah pinjam bayar, 2 salah tidak menjadikan salah satu menjadi betul, kamu buat orang pandang kamu ni semua mcm culprit, kacang hantu. Dah hutang beribu-ribu, lepas hutang dapat isu politik terus tanak bayar,  Rasulullah dulu pinjam dekat orang pun Rasulullah bayar tau! itu Rasul Allah, ini kamu baru setahun jagung, baru nak belajar pegang hailer dah nak sumpah seranah orang kalung bunga orang mati konon taknak bayar hutang.

18. Dahlah, malas nak sambung bebel, akhir kata dari saya, sebelum saya mengundur diri, mari kita main agak-agak.

" Agak-agak koranglah, kalau Rasulullah saw dan sahabat Ra semua masih hidup, Rasulullah bangga tak tengok akhlak korang yang tengah-tengah jalan raya tu hina-hina orang, maki hamun orang, korang agak-agak Rasulullah endorse tak perilaku korang semua hari tu, Kamu rasa wajar tak kalung bunga orang mati dekat gambar orang hidup? kamu ni agak-agak macam tu ke akhlak seorang mahasiswa yang mahu mencari syurga?"

Bangganya kalung bunga orang mati kat gambar orang hidup. bangganya, Ayah rasa bangga dengan anak mcm ni,  rasa nak timang-timang kau hingga angkasa raya, ayah harap bila kau besar nanti, kau mampu menjadi pemimpin keluarga yang baik dengan syiar dan akhlak yang terpuji. Blerrghhh pffftt...


************tamat************

p/s perbincangan dibuka untuk mereka yang mahu berhujah secara tertib, kalau nak menggelabah puyuh aku malas nak layan. Buat rosak imej blog aku je.

p/s dah pinjam bayar, taknak bayar belajar rajin-rajin. taknak pinjam jangan mohon.

p/s Untuk keseimbangan pendapat sila ke Telegram Usang : Mampukah kita hapus PTPTN (KLIK)

85 comments:

  1. Sedih sangat2, mereka ni tak tahu bersyukur dgn apa yg mereka dpt hari ini. Tak selamanya kita hidup ni menongkat langit, berpijak di bumi nyata, semoga Allah memberi hidayah kpd mereka2 yg disesatkan, semoga mereka ditunjukkan jalan pulang.

    ReplyDelete
  2. nasib baik aku kaya.belajar bayar cash.pe barang hutang-hutang~~

    yang benar,

    pelajar sekolah pondok.

    ReplyDelete
  3. mereka ni memang jenis tak bersyukur dan tak sedar diri.. dah tahu pinjam kenalah bayar! ingat sikit hutang itulah perkara utama yang ditanya bila mati nanti..

    tak guna belajar tinggi2 lah diaorang ni, akal cetek!

    ReplyDelete
  4. sy agree dgn entry ni. dh pinjam tu bayar jela. ni nk msukkn politik plak dlm hal ni.

    ReplyDelete
  5. terbaekkk la bro!

    ReplyDelete
  6. aku tgk ada sorg mamat tuh dkt gmbr demo. dahlah kena buang universiti, pointer terok,bukan nak belajar betol2 reti demo je. ntah2 die pon pinjam PTPTN.

    ReplyDelete
  7. agree.. dah pinajm bayarla.. kalo nak demo pon demo mintak ptptn zero interest...

    ReplyDelete
  8. apa kata wat tuk hapuskan cas perkhidmatan yang mahal tuh, aq rasa ag rasional dari nk hapuskan pinjaman yang tak seberapa tuh, sbb perkhidmatan die tuh aq rasa aq mahal dari pinjaman yang kita buat...

    ReplyDelete
  9. balik kepada tujuan asal seorang mahasiswa... mana pergi amanah mak ayah n negara kat korang.. Amanah utama seorang mahasiswa ialah belajar, ni blajar pn terabur ad hati nk demo tunjuk pandai. benda paling berat dlm dunia ialah amanah

    ReplyDelete
  10. nanti aku tulis pendapat aku pulak..sabar ye..

    ReplyDelete
  11. sokong....isu ini timbul bile nk ngundi..time x ngundi xde plak isu pelik2...mahasiswa...tugas anda untuk belajar sampai berjaya...dh berjaya bru lah nk b,suara,ilmu dh byk kn...aku pon xpaham dgn mahasiswa skng ne...dlu owg abg2 kakak2 kite stdy,xde plak nk mansuh ptptn...bis too dyorng yg dh byr smpai abis hutang too..nk suh kerajaan byr blik la?..kate nk adil?..dyorng pon nk gak keadilan n duit dyrong yg dyrong dh byr...btw...jgn la b,hutang kalu xnk byr utang...too jek penyelesaiannye...wasalam...

    ReplyDelete
  12. setuju sangat. aku antara peminjam ptptn. memang la terasa beban, habis belajar, dah tanggung hutang dekat 30K. tu nasib baik IPTA, kalau IPTS lg la tinggi jumlah hutang diorang. pd mulanya memang kesian. Tapi hikmah nya:

    1) padan muka aku sebab masa sekolah tak belajar betul2, so time nak apply JPA, tak lulus. Nasib baik ada PTPTN, dapat la sambung belajar.

    2) Lepas belajar, komited untuk cari kerja sebab nak bayar balik hutang. tak kisah la kerja apa pun yang halal, janji ada pendapatan untuk bayar hutang. Takde la tergolong dalam kumpulan penganggur. Dari situ dah ada rasa tanggungjawab kan.

    So kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa, berfikir la sebelum buat sesuatu tindakan. Jangan main dengar lepas tu ikut. tak tahu hujung pangkal. Bayaran balik PTPTN tu dapat menjamin generasi akan datang untuk sambung pelajaran mereka keperingkat seterusnya.

    p/s: Kalau korang taknak PTPTN, korang belajar la rajin2. Mungkin korang boleh mohon biasiswa(itu pun kalau layak la. Tapi kalau sibuk berdemostrasi sana sini, layak ke korang). Duit pinjaman tu untuk kemudahan korang nak belajar. dah lulus, barulah berdemostrasi ye. Fikir masa depan korang sebelum fikir masa depan orang lain.

    ReplyDelete
  13. aku setuju sangat2 dengar entri nih.

    ReplyDelete
  14. mahasiswa yg x reti bersyukur, bertindak lebih dari sepatutnya sebenarnya x layak digelar mahasiswa pun... perilaku langsung x cerminkan mahasiswa... pathetic malaysia ada so called mahasiswa jenis ni...

    ReplyDelete
  15. hoho.. reti pinjam retilah bayar. tu je yg boleh cakap. sebab manusia tak sedar nikmat orang bagi

    ReplyDelete
  16. Saudara adalah pengkhianat negara kerana mencerca kami yang sukakan bunga. Sebenarnya bunga yang dikalungkan itu adalah arahan Ibu Ambiga. Dia ibu kami dan dialah idola kami untuk suka berarak.

    Tapi aku setujulah, orang nama Hazri ni memang articulate dan analytical.

    ReplyDelete
  17. aku peminjam ptptn.aku just nak ptptn mansuhkan bunga-bunga cintanya,.its not fair lah kan utk student y study sampai pagi bersengkang mata nak dpt pointer bagus.korbn tnga segala mcm sebb nk berjya.tapi tbe2 somebody y group discussion utk assignment pun x g, kelas pun ponteng, pensyarh pun dilawan,study pun suam2 kuku,guna duit habis di tred in hp tapi dapat free2 jek ptptn..em..kalau nak pecuma, kerja kuat lah! bukn demo sana demo sini.gi telaah lagi bagus.. :D

    ReplyDelete
  18. http://rafiziramli.com/2012/04/soal-jawab-ptptn-kita-mampu-hapuskan-ptptn/

    ReplyDelete
  19. Terbaik lah!! two tumbs up...

    ReplyDelete
  20. maybe what do they really want is to mansuhkan caj perkhidmatan yang tak munasabah tu.

    barang rm10. tanya tokey: kasi rm6 dahla bos.. tokey cakap: i kasi rm8.

    bargain.

    ReplyDelete
  21. Hutang Tajuddin Ramli boleh pulak berjuta-juta bagi lupus.

    ReplyDelete
  22. Korang nak cerita sangat pasal Islam, abis, riba/bunga yang PTPTN tu kenakan kira islamik ke?

    ReplyDelete
  23. Yes, PTPTN ok cuma riba tuh jgn la amalkan....HARAM tau...dah la rumah, kereta pun loan kena bayar interest...fikir-fikirla sbb nak makan pun diri sendiri dan keluarga....mana barakahnye???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ada beli kete, ada beli rumah tak? ada buat pinjam bank kan? ada interest tak? barakah ke rumah dan kereta kau beli tu?

      Delete
    2. bai sekarangnie dah tak ada riba dah bai, boleh tkar islamic loan?lu tak reti baca atau banyak dengar ceramah sgt nie..
      sorry bai gua first class tak yah bayar balik!!

      Delete
  24. dangkalnye pemikiran korg ni.skang mne ada interest la.die pki ujrah la.ujrah 1%.ujrah kn islamic principle.aish.malu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua leh mohon ujrah. ade syarat2 kelayakan

      Delete
  25. lagi satu.skang zaman maju.ko leh plih islamic ke x.so nk elak riba.amek la islamic principle pnye.cth nk li umah.ko li la pakai BBA.bai bithaman ajil.u decide ok.not the bank.tata

    ReplyDelete
  26. PTPTN ni mmg dah bnyk bantu aku..cume nak protes point no 7 je..aku study kat UM yuran mahal 1 semester almost 2k termasuk yuran hostel...nasib baik ada PTPTN dah dapat degree dah skrg..

    ReplyDelete
  27. setuju sangat.... sedih tengok mahasiswa melayu yang buat demo tu... tak sedar diri... kalo takde kaota bumiputra, jangan harap ko dapt masuk universiti ramai2 tau... belajar tak pandai mana pun... bodoh

    ReplyDelete
  28. matlamat utama adalah pendidikan percuma. pemansuhan PTPTN merupakan salah satu cabangnya sahaja. tidakkah kalian gembiran jika mendapat pendidikan percuma? percuma untuk sekarang,esok dan masa depan generasi kita?
    mereka bercakap pasti melalui fakta dan kajian. secara amnya, ketirisan aliran duit, rasuah, dan sebagainya mampu dibendung dengan menyeluruh. jadi, hasil daripada kebobrokan ini disalurkan untuk pendidikan percuma. Malaysua Tanahair ku ini merupakan negara yang kaya dengan sumber ekonomi. ex-COF Petronas, saudara Rafizi Ramli juga membuat kenyataan bahawa hasil minyak mampu menampung. pemansuhan hutang PTPTN sebanyak hampir RM30 bilion mampu dilangsaikan sebagaimana hutang peminjam yang memperuntukkan 20,30 tahun untuk dihabiskan.
    jadi kalian semua, celikkan mata, lapangkan hati. kita bercakap atas paksi pendidikan percuma yang merupakan teras dalam perlembagaan Malaysia. kenapa kalian tidak bersetuju? pelik juga bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mansuh ptptn.. jadi yg msih berhutang kira langsai.. pandainya pkr mahu memancing undi.. taktik kotor.. dimana keadilan bagi peminjam yg telah membayar hutang ptptn.. org baik dizalimi..org x bayar hutang dibela.. inikah keadilan yg diperjuangkan oleh pakatan rakyat??? saya pun heran kenapa ada org sokong anwar ibrahim

      Delete
    2. Pendidikan percuma ---> cukai pun makin tinggi ye dok ? Kau nak bayar cukai yang lebih tinggi dari pendapatan setahun kau ke macam Amerika ?

      Delete
    3. Mendapat barang percuma akan buat kita MALAS berusaha.. Sekian, terima kasih.

      Delete
  29. Well said bro. Simple. I hope those so called "mahasiswa" has the intelectual capacity to understand this..

    ReplyDelete
  30. sebelum pergi buat demo, tanya dulu diri sendiri..kalau aku belajar, xde ptptn, aku ni masuk universiti tak dulu..atau mungkinkah lepas sekolah terus kerja...buat yang ada anak, fikirlah, bila anak aku masuk universiti nanti, mampu tak aku bagi duit bayar yuran & wang sara hidup...anak aku nanti bijak gile ke sampai orang nak bagi biasiswa...sedar la diri...jangan jadi anjing tersepit...kalau ye pun nak jadi pembangkang, pakai la otak, jangan orang suruh terjun longkang kau pun terjun longkang...tak sedar lagi ke kalau ptptn tu xde, kau memang xkan dapat kerja sebaik sekarang..dah berhutang, bayar...pelik kenapa masih ada yang tak sedar bahawa anwar hanya memperjuangkan agenda peribadi - kurang pandai sangatkah korang ni

    ReplyDelete
  31. mmg xsdr diri...bodoh..dlu waktu daftar u nak sangat pinjam...pas2 liat nak bayar..die igt bapak die sorang yang bayo cukai...ptptn dah byak berjasa kat berjuta-juta mahasiswa b4 diorg termskla ak...xpenah pon timbul isu ni...bile anwar wat janji manis cm2 mulala mahsiswa yang otak letak kt bontot ni jdi pak turut si anwar ni..haish..politik2..nak mintak pend. free mcm kt uk, norway...sumber pendapatan diorg daripada cukai yang tinggi..kat norway misalnya harga air mineral sampai RM9..mampuke ko nk bli cm2...nk ikut cara org...bersykrlah ngra ni dah aman damai...

    ReplyDelete
  32. bro...ak mintak share entry ko ni...

    ReplyDelete
  33. Kepada Anonymous 18 April 8.00am

    Mungkin hasil minyak mampu menampung RM30bil hutang PTPTN pada masa sekarang.mungkin.
    tapi sampai bila kita boleh bergantung dengan petroleum yang umum tau tidak sustainable ini? petroleum bukannya bahan yang boleh direfill macam air gas kat McD.
    Kalau kita gunakan duit petronas untuk menampung perbelanjaan pendidikan tertiari supaya dapat diberi percuma,what will happen when there's no more petroleums?
    Saya lihat disini, justifikasi pembangkang untuk sediakan free education tidak reliable kerana tiada long term planning yang sustainable.

    ReplyDelete
  34. Isu remeh!! Buang masa semua orang budak-budak hingusan ni!!!! Dah berhutang, be a man and pay up. It's as simple as that! Dlm apa situasi pun, bila seseorang berhutang kenalah dia lunaskan hutang tu.

    ReplyDelete
  35. kepada sidang pembaca blog yang ingin 'share' entry di atas, sila like button Like Fb di bawah entry tersebut. kebenaran secara auto telah diberikan dengan adanya button Like tersebut, terima kasih kerana sudi membaca dan berkomen.

    ReplyDelete
  36. Bebudak hingusan.
    Ni la anak anak yang tidak di asuh dan di didik berfikiran waras olih emak bapak.
    Ni la anak anak yang tidak di asuh olih emak bapak dan masyarakt mengamalkan budaya berbudi bahasa, bersopan santun.
    Ni la anak anak yang tidak erti bersyukur akan limpahan rezeki ALLAH.
    Perbelanjaan Pendidikan anak anak adalah tanggungjawab emak bapak. Jadi dah dapat pinjam tu bayar la balik bila dah habis tamat belajar.
    Emak bapak bebudak hingusan ni pun 2X5 tak malu anak anak mereka buat kerja sia-sia tu. Tak tegur, tak halang, tak ambil tahu aktiviti anak mereka.
    PTPTN di politik kan atas kepentingan peribadi dan bukan parti.
    Coklat jenama ape yang diberi kat bebudak hingusan tu mudah sangat terpengaruh.
    Wahai emak bapak ajarlah, asuhlah anak anak hingusan ni membersihkan hingus supaya muka bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lah menyalahkan ibu bapa sepenuhnya . Dorang dah besar panjang . Matang . Tapi akal letak di punggung . Ada kes ibu bapa dah berpenat lelah hari - hari kerja , SI ANAK yang tak sedar diuntung tuh yang bodoh tak tau menghargai . Jangan salahkan ibu yang mengandung ye .

      Setuju dengan artikel ini . Mak ayah aku dah bayar cukai beribu riban . tak pasal - pasal kenaikan cukai mendadak semata - mata nak tampung pendidiklan percuma .

      Delete
  37. Assalamualaikum, sangat setuju dengan entri ini, bukan kerana saya menyokong BN dan saya tidak menyokong pembangkang juga, kerana polisi saya, semua pihak pernah buat salah dan saya berani ckp BN telah buat yang terbaik untuk Malaysia sekarang.Untuk isu PTPTN ini, polisinye, da pinjam byrla, x bole nak pertikaikan kenapa ada yang x perlu lunaskan hutang ptptn, sbbnya diorg gred mantap, jd setahu saya, if ur gred above average, hutang ptptn itu bole dikurangkan berperingkat mengikut achievement mereka, (ni dari makcik yang pernah buat pinjaman ptptn n cuma byr sedikit je hutang sebab dean's list 4 kali berturut. :D). Instead of berdemo, buat usul dan fight cara baik la if x puas hati. next, pasal kalung2 ni, certainly ini da masukkan isu agama dan saya sangat pasti sungguh x patut dilakukan, kamu ckp kita negara islam, tp pemimpin islan kita pun korg buat mcm tu, sungguh x patut.

    dan mungkin kepada pembuat entri, just a friendly advise bro, penglibatan Rasulullah SAW dalam ni mcm x nice sebenarnya even though saya paham keadaan yang tension pasal isu ini. :D

    peace, no war.. Assalamualaikum. :)

    ReplyDelete
  38. mansuhkan yuran dah la...ptptn kene ade utk tampung belanja makan kat u...mane larat mak bapak nak sponsor sume...

    btw kpd admin, kami sbg pelajar pon ade bayar cukai tau...sume org pon bayar..bukan org dah bekerja je yg bayar cukai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bayar cukai sebab makan pizza hut, kfc, mc D.... ce p makan kat gerai tepi jalan (ala2 orang tak berduit) tak de kena cukai pun..

      Delete
  39. sape yg pegi demo tue cube ko renung bnda nie... ko bg pnjm org duet.. tp bila smpai tang nk byr blk dorg xnk byr.. dorg ckp xyah la.. apebenda.. da pinjam tue byar la blk.. ko rse ko mmpu ke kalo nk smbung blaja tnpa ptptn.. itupown kalo msok uitm.. kalo jenis bodoh bengap dpt msok ipts x ke korg nk kena gali lubang cri duet.. mslh korg dah di permudahkan.. simple je.. nk pnjm byar.. kalo mmpu pkai duet mak bpk.. itu je..

    ReplyDelete
  40. saya tak berminat dengan konsep pendidikan percuma. anything that is free akan buat orang malas dan kurang menghargai. duit sekarang belambak lambak, orang kurang hargai, bzair sana sini. dulu duit susah nak dapat, 10 sen pun besar erti. i do not want education to be treated as the same if such a concept is established, especially in Malaysia, where most of the people tend to be very ungrateful once blinded by 'easiness'.

    sekarang pun nilai pendidikan dipandang rendah, apa lagi bila ianya percuma.

    ReplyDelete
  41. saya adalah penerima dan pembayar PTPTN..pada pandangan peribadi saya yg tak sepandai mane ni...hutang tetap hutang dan wajib dibayar...cuma caj perkhidmatannya terlalu tinggi. memang ada skim baru dgn faedah1% tapi cara pengiraannya x jelas dan agak merisaukan saya...sekadar brtanya... Saya d maklumkan jika ikut perjanjian lama...faedah3% d kira atas baki akhir pinjaman...sedangkan bawah skim baru faedah 1%... faedah dkira atas jumlah hutang asal..betul ke? then betulke peminjam yg btukar skim 3% ke 1% akan rugi??? sebab d maklukan bahawa PTPTN x akan ambil kira jumlah pembayaran yg telah d buat oleh peminjam sebelum brtukar skim... hemmmm... ada x wakil2 PTPTN d luar sane yg blh jelaskan perkara ini. mohon maaf andai salah...sekadar bertanya..
    as i write before...hutang ttp hutang dan wajib d bayar but kalau boleh bayar ikut jumlah yg dpinjam kn lg elok...har3x... maaf...jangan trsinggung..pandangan peribadi sahaje.

    ReplyDelete
  42. Berapa byk cukai ko byr bro??? aku baru je grad 4tahun lepas, hutang PTPTN aku dah langsai.......sekarang puluhan ribu sebulan aku kene tax, gila x gila...tp aku lg sanggup duit tax aku tu diberi secara percuma untuk pendidikan daripada masuk poket menteri2 dan konco2nya..mmg wajar la ptptn dimansuhkan, buat satu cara baru untuk pendidikan percuma..untung minyak je dah berbilion..ape ade hal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bayar cukai RM21 sebulan.

      Baguslah kau dah habis bayar ptptn, mesti gaji kau besar skrg ni!

      kan bagus kalau mahasiswa senior kita dulu wat demo hapuskan Ptptn, takde lah kau pinjam ptptn dulu pastu belajar dapat kerja gaji hebat skrg.

      Delete
    2. Klau nk kurangkan bayar cukai...bayar la zakat...bantu org susah...

      Delete
  43. Aku nak tengok korang nanti bayar faedah menatang ptptn tu.HAHAHAHA.yang belum pernah pinjam tu takyah gebang besar.

    korang tahu kalau petronas bayar zakat tu.semua budak boleh ditanggung start lahir sampai abis blajar korang tahu tak.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka hati je ckp duit petronas tu semua korg nak guna langsai hutang bdk2 pinjam ptptn.

      Bukan semua profit yg petronas buat tu hasil minyak & gas kt Malaysia. Almost half of it tu ktorg g explore kt overseas. Staff kite hidup struggle cari minyak kt Turkmenistan, Sudan, Oman semue.. Pastu profit nak suruh tanggung dr lahir smp habis belajar yg belum tentu belajar. Kalo duit asyik salur nk tanggung dorg, mane pulak nak dpt duit utk invest for new technology, new infrastructure, new area for development..

      Dah la ms belabor dulu, Ada bdk2 guna duit ptptn g clubbing, g bercuti, g shopping.. Bukan main lg

      Delete
  44. Ye ke? Mcm mana ko confident sgt ni? Setakat dpt info dr harakah, malaysian insider, etc... Tak payah citer la bro. Klu duit ptptn tu betul2 ko guna utk bayar yuran, beli buku, dan perbelanjaan lain utk study, aku tak kisah sgt... Ni aku tgk ramai yg guna duit tu berjoli katak mengalahkan org dah berkerja. Handphone canggih, motor brand new, dressing branded-branded belaka... Lagi mau mintak free? Tak tahu malu ke? Takder harga diri ke? Tak pyh ckp byk2 la.... Peminjam tegar yg takmo byr ptptn ni diaorg tahu mcm mana diaorg spent duit loan tu dulu....

    ReplyDelete
  45. this one is awesome :)

    gua sukee ^^

    ReplyDelete
  46. 1st.. aku ske point no 6.. hehehe.. isk3.. korg ni.. aku kesian kt korg tao x.. da bg pluang blajo.. xmo blajo.. da bg pjam wet xmo bayo.. tp aku lebeh sian kt org yg bbtl nk blajo.. tp xbpe mampu nk tgung.. xkn sume nk mende pree.. pk le cket.. nk msk toilet 5mnt pong kne bayo.. alangkn nk blajo btaun cmni.. santeq sgt da kot mke korg ni.. psl nila stitik cm korg ni.. abis jahanam susu skolah.. sbb seko kebao bwk taik.. abis sume pong bau musuk.. pikio2 la ye.. nk blajo.. wat le cr nk blajo.. jgn le nk demo2 bagai.. xde pekdah nye weyh..

    ReplyDelete
  47. mansuhkan ptptn untuk generasi akan datang.
    mansuhkan dan digantikan dengan biasiswa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak realistik. generasi akan datang akan take for granted education.

      Delete
    2. bro,baru balik dari masa depan k?mane tau generasi akan datang akan take for granted education? belom try belom tau.

      Delete
    3. tak tau apa itu Research methodology ke? tak tau apa tu hipotesis? tak perlu pegi masa depan kalau ada kisah dan teladan. haihhh. takyah try, classic example sudah mencukupi.

      Delete
    4. aku nk mencelah...aku x suke sgt pada org yg nk try n error nie...
      perjudikan nasib org laen...ssb mase ekonomi meleset dulu anuar juga pernah soh pinjam bank dunia....agak2 kalau mahathir ikut dulu..kite akan jadi cam indonesia...utang x abis2...ape yg dibayar hanya bunga je...ko rase releven lagi ker kte nk ikut ckp pembangkang yg dikepalai oleh bala tentera anuar ibrahim

      Delete
  48. pendapat aku... PTPTN tuh bagus. cuma xyahla kene kan charge percent2 tuh... klu da bg pinjam 15k...atenye bagilaa can bayor 15k je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh...PTPTN tuh bagus...caj jer tinggi.aku xde hutang ngan PTPTN tapi aku tolong bayar hutang PTPTN bini aku...caj 8% sebulan.terkejut aku dibuat nyer.tapi dah settle dah sbb gua buat loan kt bank.gali lubang kambus lubang...pening den.heheheh!

      -En.Napco

      Delete
  49. pada aku la kerajaan dah terang2 cakap bila korang dapat keputusan cemerlang ptptn tu dah tak payah bayar la dah diconsider jadi biasiswa...so student2 sekalian belajar la rerajin ok!! dapatkan pointer tinggi supaya hajat korang untuk belajar free tercapai...ni belajar pon malas, merayap memalam,belanje awek,check in hotel ngan awek,main game kat hostel smp ke pagi, pointer 2.5 kebawah, salah kerajaan jugak ke bila pointer korang rendah??ape ke bengong la mentaliti mahasiswa yang macam korang ni? Da macam pempuan meroyan lak aku tengok, dey!! suda utang kasi bayar la, <>

    ReplyDelete
  50. Ini ke demonstrasi cara orang bijak? Cara budak universiti? Sudah2lah dengan benda macam ni.. Menyusahkan pihak polis dan pihak penguasa yang lain dek perbuatan korang yang hanya utk kepentingan diri sendiri.. Tak kira lagi kesesakan jalan raya yang berlaku.. Objektif pun samar samar! Hapus PTPTN? 15 tahun dah bro PTPTN ni wujud.. Kenapa tak tanya dengan bapa Nurul Izzah balik sebab PTPTN diperkenalkan pada tahun 1997 di mana Datuk Seri Anwar masih memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan PM.. Dulu interest PTPTN 3%, mahasiswa/i ketika itu tak plak nak berdemo macam sekarang yakni interest 3% telah digantikan dengan sisten ujrah..

    Nak lebih lanjut, aku pun up entri pasal benda ni jugak tau! http://dhatieku.blogspot.com/2012/04/demonstrasi-mansuh-ptptn-menuntut-free.html

    ReplyDelete
  51. hmmm...dah lama saya tengok tulisan kamu, mesti berkait isu pembangkang saje...mane isu scorpene? lynas? bruno manser dan org penan? banyakkan solat, pastinya 5waktu, insyallah hati kamu akan terbuka...

    1 lagi, adakah kamu sudah bayar PTPTN?? ingat kalau kamu masih tak membayar, kamu juga zalim dengan pembayar cukai macam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana saya tak bersolat 5 waktu ni? solat tu kan wajib kepada org islam yg baligh dan berakal?

      taip entry2 lama. banyak entry saya bash pihak kerajaan yg salah juga. ie; surat terbuka kepada datuk bandar KL, surat terbuka kepada kementerian kesihatan.. Dll...

      Delete
  52. adakah isu2 berkenaan dengan kerajaan tu konkrit? apa kata cube cite isu scorpene? tahu tak pasal isu tu? jangan baru nk google plak.

    ReplyDelete
  53. klau pnjam rm10k, byar balik dgn rm10k, mna nak amik duit byr gaji pekerja yg uruskan pinjaman ni??

    ReplyDelete
  54. penulis blog senyap plak bile dibangkitkan isu berkait dgn kerajaan...ape ni bro...lain kali xpayah tulis pasal politik. aku lagi suka ko tulis pasal agama drp tulisan berbaur politik dan menyelebahi 1 pihak...tulisan ko seronok dibaca tapi bile tulis pasal isu2 semasa...entah lah bro. kalo ko rajin baca lah komen2 di atas yg bersetuju sistem ujrah membuta-tuli. Matang x diorang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah tulis pasal kelemahan kerajaan dalam entry lepas. pendapat aku pasal Ujrah adalah : ia adalah satu bentuk riba' "backdoor" ....

      Mungkin pada satu pihak tulisan aku memuaskan hati pembaca, dan mungkin di satu pihak lagi ia begitu terus terang tentang isu semasa.

      Bagi aku, tulisan aku tidak mampu Please Everyone, terima kasih sebab sudi baca tulisan aku yang lain, dan jika terdapat perselisihan pendapat dalam entry berbaur politik, aku harap kita boleh bersetuju dengan perbezaan pendapat kita.

      Kita mungkin berbeza pendapat, tapi kita tak perlu bertegang urat.

      Delete
    2. ok bro...sama-sama lah kite cube dedahkan korupsi dlm politik negara Malaysia. tak kira pembangkang ataupun kerajaan.

      mohon search zaharin mohd yusof kat fb.

      Assalamualaikum.

      Delete
    3. maaf, zaharin mohd yasin

      Delete
    4. Tak malu ke hutang tak nak bayar. kalau hutang dengan along sure dah ken potong jari punya

      Delete
  55. Masa dpt duit xhengat dunia..blanja aweks sana-sini..apadaa. Betoi tu dah pinjam bayar. Walaupon sikit..ekekekkee..peace

    ReplyDelete
  56. aku suka point no 10.mengingatkan aku kat citer Godfather. "i'll make him an offer he can't resist".rupanya pistol kat kepala.

    ok back to the main point..ini salah satu lagi propaganda puak2 PR untuk tarik pengundi muda.bila kerajaan bagi duit br1m, dia kata tu gula2 pilihanraya. gula-gula pun..setidak2nya kerajaan tepati janji.bagi jugak duit tu. janji PR?apa dah jadi di selangor dan kedah?janji inggal janji..azmin selamba boleh cakap "takpe mana2 janji yang belum terlaksana tu kita masuk dalam manifesto kali ni".wtf??itula kalau berjanji guna kepala lutut.air liur lebih daripada gerak tangan.

    benda-benda free memang menarik.rakyat malaysia memang sanggup bergadai darah demi benda free.kalau bn pandai..seminggu sebelum pru,mansuhkan tol batu tiga kat federal highway.kasi checkmate sama itu PR.diorang cuma boleh janji,yang mungkin akan bertukar jadi auta dan temberang.tapi bn boleh bagi contoh walk the talk.

    kurangkan kadar pengempisan poket rakyat,maka rakyat akan kembali menyokong anda

    ReplyDelete
  57. komen aku (sebagai peminjam & pembayar PTPTN):

    1. Tak perlu mansuh PTPTN, kekalkan saje

    2. Mansuhkan faedah pinjaman 3% tu. pinjam 15k byar 15k

    3. Ofkos ade term & cons. perlu byr dalam masa 10 tahun tanpa faedah. kalo gagal habiskan bayar dlm tempoh tu, baru denda.(tahu takut!) haha

    4. kalau yg dah byar habis sblm ni cane? -maybe ade rebet ker tgk la cne ptptn n gov ckp ape.

    5. ujrah tu tak sesuai utk peminjam macam aku. sebab aku dah byr separuh. 1% tu di kira dari tarikh tertentu (baki 2008 tak silap). bukan dari jmlah pinjaman.

    6. masa mula2 masuk u, dah disediakan cek RM1500 untuk gne beli persiapan masuk u (dilampirkan dgn surat tawaran u). kalo clearkan cek tu otometik amek PTPTN. umur 18 tahun mana la thu sangat nk cari info pasal ni sume. mak ayah org kg mybe tak berapa tahu sangat. ingat kan duit dari u bagi sbb berjaya masuk. -_-!

    7. takde sape2 paksa amek PTPTN pun, tapi mcm point kat atas tu, kurg info psl ptptn ketika itu. cara bayaran pun kurang jelas atau kurang paham ketika itu.

    8. 3% adalah nilai yg kena byar dari jumlah baki pinjaman semasa SETIAP TAHUN. bukan daripada jumlah penuh pinjaman tuh.nilai tu akan dipecahkan setiap bulan. kalo korang byr stp bulan, makin sikit la nilai dia nanti.

    9. kalo aku tahu aku amek separuh je PTPTN ni..arghh.

    10. korang dh ptptn tu bayar la. walau rase berat pun cuba byr sikit. at least byr.hutang wajib bayar oke!

    11. mmg ptptn sedikit sebanyak membantu utk teruskan sambung belajar terutama ibu bapa yg x mmpu nk tanggung.

    12. aku tak tahu nk tulis ape lagi.

    pandangan peribadi aku jer. tapi sgt la berharap faedah tu dihapuskan. beban woooo...

    ReplyDelete
  58. aku skong ko ikaar..

    tp hrp sgt faedah dihapuskan.. adess dess dess.. bnyknyee utang aku ngn ptptn ni..

    ReplyDelete
  59. Kalau kerajaan bagi yuran universiti percuma, rasanya duit PTPTN tu, masih diperlukan juga. Yalah, nak buat makan, bayar motor, beli laptop, buku, baju, beli perkakas belajar, transport....

    Kalau tak da PTPTN, untuk sara hidup anak diuniversiti, mak bapak kena keluar duit, gadai harta, gadai tanah macam zaman lepas dijajah dulu, sebab tu saya ni lepas SPM terus ambek STPM, iaitu sijil tunggu peminangan...maklumlah mak bapak tak sanggup keluar duit...

    Kita hidup ni jadilah manusia yang MUNASABAH sket...jangan suka bersikap membabi buta sepanjang masa.

    ReplyDelete
  60. Pokoknya kt sini waktu SPM ke, MATRIKS ke, kena belajar betul2 supaya korang leh score and dapat biasiswa. kt universiti nanti bilangan orang yang dapat FIRST CLASS bagi setiap course adalah terhad. WALAUPUN SEMUA BUDAK2 DALAM SESUATU COURSE TU BELAJAR BETUL2, YANG AKHIRNYA DAPAT FIRST CLASS 2-3 ORANG JE. Yang selebihnya kena la bayar balik PTPTN. Kalu tak rugila PTPTN, rugila Universiti, rugila kerajaan. LAGIPUN KALAU NAK MANSUHKAN PTPTN, MACAMMANA UNIVERSITI NAK ROLLING DUIT? DUIT PTPTN KORANG SEMUA TU BILA DIPERAP UNTUK JANGKAMASA TERTENTU, BUNGA DIA LEH WAT BAYAR GAJI PEKERJA UNIVERSITI TAU.

    So pikirkanlah, korang da besar. SEKARANG PENDIDIKAN DAH JADI PERNIAGAAN. SPM TERUK PUN LEH MASUK UNIVERSITI, ASAL ADA DUIT. NAK WAT MEDIC PUN BOLEH. SO TERUSKANLAH PTPTN.. SUPAYA RIBA' BERTERUSAN DAN ANAK-ANAK KITA BOLEH GUNAKAN BUNGA WANG TERSEBUT UNTUK SAMBUNG BELAJAR.

    ReplyDelete
  61. Kalau namanya PINJAM wajib BAYAR... Cuma isunya BUNGA yang tak penah layu...kembang jerr....apapun terrbaikk untuk mereka yang punya akal untuk berpikir...jom sambil2 berdiskusi kita layan

    ♫♪♪♫♪♫ ▂ ▃ ▅ ▆ █ █ ▆ ▅ ▃ ▂ ♥♫♪♪♫♪♫

    ★ Link Website 1:: http://hotdeejay.blogspot.com/

    Link 2 :~♥ http://69.65.47.132:8000/listen.pls

    ReplyDelete
  62. semua plajar universiti mesti dapatkan pointer 3.8 ke atas..ataupun 4.00, lepas ni x der la kena bayar PTPTN, sebab semuanya dapat CGPA first class, ermmmm lau semua pelajar universiti dapat pointer 4.00 mcm ner ek? x kena bayar PTPTN.. haaa ni baru di kira pendidikan percuma...jadi kita kena struggle la cikit. walaubagaimanapun leh ke semua pelajar universiti kat Malaysia ni dapatkan first class?.....dan apa yang kita sedia maklum skrg ni banyak IPTA dan IPTS menawarkan program yang ntah apa-apa ntah...nama program jer menarik, bila grad x der kerja yang bersesuaian dengan program yang diambil..terpaksa la kerja kilang....saya mohon maaf admin sbb kaitkan isu ini dengan PTPTN, sbbnya semua ni hubung kaitnya antara satu sama lain, kerana zaman skrg ni pendidikan pun bisness... org kaya semakin kaya n org miskin mencari jalan untuk menjelaskan hutang yang semakin meningkat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...