April 7, 2012

Antara Rupa dan Sifat

Assalamualaikum..

Tadi aku sembang dengan abang sulung aku.

Sepatutnya ayat aku berbunyi begini, " Tadi aku sembang dengan abang aku" kerana aku ada sorang je abang, bila aku sebut abang sulung maka ia telah berlaku pengulangan atau orang putih sebut 'Redundant'.

Tadi aku sembang dengan abang aku fasal kaedah memilih perempuan untuk dijadikan teman hidup.

" Ikar, ikar nak tau tak? Dalam hidup Karnain sekarang ni ada 3 perempuan, dan 2 orang tu rupanya cantik"

" Ok, lepas tu?"

" yang sorang ni nama *Syima, dia cantik sangat, persis model, tapi hati dia terlalu dingin"

" okey, yang tu ikar kenal, yang lagi sorang pulak?"

" Yang lagi sorang ni muka takdelah macam model tapi  manis cantik sedap dipandang, Body pun sedang-sedang elok, boleh membangkitkan keghairahan"

" okey yang nombor dua ni ikar tak kenal, mana datang pulak?"

" yang second ni budak office, officemate karnain kenen-kenenkan kami, tapi dia lebih tua dari karnain setahun lah"

" okey sambung ke gadis yang ketiga"

" yang ketiga ni sayang karnain sangat, muka comel, boleh diterima, boleh bawak majlis, keluarga berada, kalau setakat nak dulukan duit time-time hujung bulan tu takde hal lah, kalau pergi dating tu kiranya budget boleh main gilir-gilir lah, cuma dia chubby sikit, nak kata chubby banyak pun boleh lah"

" habis tu karnain sayang yang no 3 ni kerana hartanya ke?"

" Takdelah, karnain sayang dia sebab jiwa dia mesra, penuh dengan kasih sayang, walaupun dia tak cantik sangat macam model, tapi hati dia ikhlas nakkan Karnain ni"

" jadi betul lah teori ikar selama ni, perempuan ni tidak boleh tidak, kita akan jatuh cinta pandang pertama pada rupa parasnya, Itu adalah hukum alam, Tapi lepas kita dah jatuh cinta yang penting selepas itu, selepas itu apa? selepas itu adalah pengisian cinta. Jatuh cinta kemudian tiada pengisian cinta, takde makna"

" lepas apa yang terjadi pada Karnain, maka betullah apa yang ikar nasihatkan selama ini"

" Ikar bukanlah nak jadi doktor love, tapi kalau muka lawa macam Natasha Hudson pun kalau jiwa macam kayu, hati macam batu, berbual kaku, turn on kat muka tu pun lama-lama boleh turn off tau!"

" contohnya, Ikar?"

" Contohnya macam Karnain ngan Syima lah, Muka lawa, body delicious, tapi hantar Sms awak tengah buat apa? dia reply nothing, sms esok saya nak pergi jogging dia reply K, sms hari ni saya stress sangat dia reply Y? hapah satu pun takde nak bagi kita excited karnain oi"

" tepat sekali, betul betul betul, karnain setuju, turn off!" * baca turn off dengan nada keras lambang penegasan keterangan ayat.

" so pilihlah perempuan yang menggairahkan mata karnain dan mengisi jiwa nan tandus, moga berkekalan cinta itu hingga ke akhir hayat hendaknya, bab chubby tu boleh adjust, realistik lah sikit, jek jek dia suruh senam lebih, tak boleh slim pun janji ada shape dah kira okeylah tu"

" Orite"

Ini Natasha Hudson, bagi aku dia dalam kategori cantik, tengok dua beranak ni! alolololololo comeynyeeeee mak dia.

******************************

Kepada kawan-kawan perempuan, itulah dia rahsia kami orang lelaki, aku tak tahulah pula kalau lelaki lain macam mana, tapi kalau aku dengan abang aku memang macam dialog di ataslah bila kami memikirkan kriteria yang perlu ada pada wanita.

Maka teori tentang stigma begini....

" aku hairanlah dengan minah cun tu, muka sikit punya lawa, tapi balak muka macam penyamun pecah rumah!"

atau

" Woih, cute gila ah mamat tu, tapi sayang ah girlfriend dia muka biasa-biasa je, dia deserve yang lebih cantik kot!"

Memanglah kita semua samada lelaki atau perempuan akan tertarik dengan wajah yang cantik. Itu adalah hukum alam semulajadi, kita akan suka benda cantik. Sebab itulah pun Allah swt ciptakan wajah, selain berfungsi dengan fungsi-fungsinya, wajah juga diciptakan sebagai medium pengenalan diri.

Tapi jatuh cinta pada wajah yang cantik itu perlu kepada pengisian cinta juga. Kalau setakat jatuh cinta je takde pengisian samalah analoginya macam mat rempit jatuh cinta pada Lamborghini Diablo. Setakat Jatuh cinta je, tapi kemampuan untuk memiliki takde. Jadi apakah pengakhirannya? setakat tengok je lah.

Kalau aku cakap aku tak jatuh cinta dengan wajah yang cantik tu maknanya aku tipu, kalau korang juga cakap korang tak jatuh cinta pada wajah yang cantik juga korang menipu. Tapi pokoknya adakah jatuh cinta itu akhirnya akan membuatkan korang setiap hari dilamun cinta? Atau ia sekadar crush?

Maka tidak hairanlah jika ada Awek yang muka macam Neelofa boleh jatuh cinta dengan mamat muka pecah. Tidak hairanlah juga kalau ada pakwe muka macam Aaron Aziz boleh jatuh cinta dengan awek muka macam biasa-biasa je. Yang penting sembang-sembang cinta itu bisa membuatkan kau berguling-guling dekat katil peluk bantal melepek kat dinding.

Ini adalah Neelofa, owh dia ni Dewi Remaja, Aku sorang je ke yang baru tau? atau aku ni memang  tak ikut perkembangan artis? 
************************

Takde bezanya antara kita lelaki dan perempuan, sama je. Tanya soalan pusing-pusing, tanya ustaz, tanya pakar cinta, tanya pakar motivasi, sembang dengan mak, abang, kakak atau kawan baik. Alih - alih jawapan dia tetap standard, pusing kot mana pun jawapan dia macam ni.

" Aku tak kisah rupa cantik ke tak, asalkan sedap mata memandang, pandai buat aku gelak, tak bosan, ikhlas sayang kat aku, ada ciri-ciri boleh jadi ibu/ayah yang baik, ada pengetahuan agama, boleh bimbing aku ke jalan yang benar, aku pasti aku akan sayang dia sangat!"

***********************

Kepada kamu, kamu dan kamu yang rasa diri kamu tu tak lawa, kamu janganlah rendah diri sangat, mungkin kamu tak lawa pada pandangan orang lain, tapi kamu lawa pada pandangan dia, mungkin kamu gemuk di pandangan orang, tapi kamu chubby-chubby comel di padangan dia, mungkin kamu gigi sompek, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang bergigi sompek, mungkin kamu hitam, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang berkulit hitam.

Kecantikan bukankah bergantung kepada mata yang melihat?

Ha kepada kamu yang perasan diri cantik tu, baguslah kamu cantik, tapi janganlah pula sampai kamu take for granted kepada orang yang menghargai kamu, nanti satu masa nanti dalam hati dia kata kamu tu dingin macam kayu, baru kamu gelabah cari pakwe muka pecah buat pengganti.

*********tamat**********

p/s I *syima bukan nama sebenar, Neelofa tu pulak jujur aku ckp, kalau aku tak google skrg aku tak tau dia femes sebab apa, bukan provoke, jujur ni. aku sebut sebab ramai orang sebut je.

p/s II selain dari sense of humor, bersifat keibuan, berfikiran kreatif, tak merimaskan, tak manje sangat, aktif dan happy go lucky, aku juga suka perempuan yang pandai masak dan pandai menari, bila dia akan gunakan  skill menari? itu rahsia saya.

p/s III Org kata cantik tak penting, sebab bila dah tua cantik akan hilang. Tapi bagi aku, walaupun tua nanti cantik tu hilang, tapi masa muda tu sempatlah nak merasakan cantik itu, alah kita semua hipokrit, The Ugly truth is kita semua menyanjung kecantikan, jika tidak takkan kita semua terpana melihat artis yang cantik, takkan industri kosmetik berjumlah billion dollar setahun.

p/s IV senang macam inilah, kita semua cantiklah, kita semua cantik, kira tapau senang kira.

41 comments:

  1. hahaa.suka p/s IV. :D terbaik lah bang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kita semua cantik, amik.. cincai kira kannn

      Delete
  2. I am beautiful..no matter what they say.

    Yang pasti ko tetapkan niat semua kerana Allah..Insya Allah akan dimudahkan sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku syak masa kau taip tu, kau nyanyi gaya christina aguielera kan noi kan? memang nombol satu ah

      Delete
  3. menari. Hui ! Tiang ka ? hui hui hui

    ReplyDelete
  4. first time kat sini..
    suka dengan entry ini..
    akan meluangkan masa membaca lagi..
    kalau sudi singgah la blog saya pula nanti..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang ke Blog Rasa Hati ye! insyallah, eh saya dah pergi ke blog awak hari tu.

      Delete
  5. pandang kecantikan tu memang lumrah. betul2. tapi cantik yang kosong buat apa kan? harap cantik luar dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik luar cantik dalam cantik sana sini la kaedahnya ye?

      Delete
  6. Replies
    1. sebelum org menghargai kita, kita mesti menghargai diri kita dulu reen.

      Delete
  7. Huu...... Setuju....... Cantek muka semua orang pandgan yg same ....tp cantek budi bahasa , cantek perangai 2 terpulg pada individual punyer taste .... Beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, sebab tu kdg2 muka tak bapa cantik, tapi tetap sayang gila..

      Delete
  8. Awak dah buka mata saya tentang apa yg lelaki rasa, fikir & nak ikar. Secara jujur perempuan pun tak jauh beza. Walaupun saya tau secara amnya lelaki nak perempuan yang mcm mana. Tapi ini deep. Thx~ ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg lelaki pikir, kami bukan sentiasa nak yg lawa semata, kami juga nak yang pandai melayan.

      Delete
  9. ada orang tu selalu cakap dengan saya, "beauty is in the eye of the beholder"

    lain orang lain pandangan cantiknya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul sangat tu! eh mana awak dengar? mesti dari boipren awak kan? boipren awak mesti sweet. selalu nasihat2 bagai.

      Delete
    2. masuk bakul angkat sendiri nampak. ehemmm! :p

      Delete
  10. suke part yg last tu..ahahahaha... - cik lara hati

    ReplyDelete
  11. wakaka...aku pun baru tahu Lofa tu masuk Dewi Remaja... aisehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya aku pun baru tahu masa google image. hahaha

      Delete
  12. woahh,,sayanye ciri2 macam lam p/s no ii tulah,,hahaha,,setuju sgt ngan entri ni,,tp aku tak cantik,cuma manis je kot,,huhu,,kira tapau jugklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang, kira tapau senang, kita semua cantik! cincai kira... haha

      Delete
  13. yeayyy!! kita semua cantik kan kan kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua cantik ikut pandangan org yg mahukan kita. :)

      Delete
  14. mencari yang sefahaman dan serasi adalah satu pakej..cantik tu kira bonus je...janji perjalanan hidup bersama tak huru hara...

    ReplyDelete
  15. aku quote balek yg ni:-

    "nanti satu masa nanti dalam hati dia kata kamu tu dingin macam kayu, baru kamu gelabah cari pakwe muka pecah buat pengganti"

    kira tapau senang kira kan...

    ReplyDelete
  16. hari ini baru saya dapat baca entry en ikar..saya suke ntri nih.... :)

    ReplyDelete
  17. Kite mmg xcntik hee .. :( nk amek pic pun hati2 and tgok angle .. ada masa 6pak cntik .. bnyak masa mmg xcntik la..ada pernah terjumpa buku kat MPH 1000 ways to show love kot xingat snt tajuknya..org2 yg dingin kayu sesuai cari n praktis apa disarankan dlm buku tuh -silent reader-

    ReplyDelete
  18. betul semua orang suka sesuatu yang cantik, tak dinafikan!
    tapi biarlah cantik yang kita pilih tu cantik di luar dan juga cantik di dalam, baru seimbang!

    ReplyDelete
  19. aku tetap dengan pendapat aku sejak dulu.. cantik pada pandangan mata setiap orang tak sama.. walau kita tgk awek dia cun mcm wan Maimumah tapi pakwe dia krg macho mcm harun salim bachik tp di mata awek dia kali pertama pandang sapa tau memang dia nampak hensem pn terus terpikat & jatuh cinta. Aku kata macam tu sebab dulu ada kawan aku memang lawa tp aku pelik kenapa dia kata sorang budak laki yg pd pandangan mata aku ni takde la hensem sgt & dia blh dpt 10kali ganda ensem dari budak laki tu tp bg pandangan mata dia budak laki tu ensem & dia terus accept bila budak laki tu ajak dia kapel.

    P/S : dari permerhatian aku la kenapa pmpuan chubby kebanyakkan bila cinta memang cinta tulus punya.. adakah dorang rasa x layak memilih bila dpt jer bg 100%?? kebanyakkan je la bukan semua. Kebanyyakn lelaki jugak suka amik kesempatan pd pmpuan chubby (tak termasuk abg ko la sebab dari cerita ko ni kalau abg ko x serius mesti dia x ckp dia suka kat gadis baik yg skit chubby tu kan??)

    ReplyDelete
  20. betul! bakal suami aku (ehem! haha) pernah cakap macam ni masa kami 'gaduh dan berperang manja' bila aku ngungkit pasal fizikal dan rupa aku yg dah byk berubah sejak die kenal 7 tahun yg lalu.."pernah ke **** ungkit bnda2 gitu dkt **? **** xkisah pun sume tu. Nak jadi bini **** boleh jaga **** time sakit, masak makan minum ****, boleh terima family ****, dah la."

    bile ko tulis pasal ni dan cakap ape yg lelaki selalu terfikir bila pilih psgn, tetibe aku teringat ape yg die pernah cakap kat aku tu..hahaha..baru rasa yakin dgn apa yg die pernah cakap tu..kalau tak, tak berapa nak yakin sgt sebab aku fikir die cuma nak sedapkn hati aku je..lagi satu aku fikir laki ni kan memang pantang tgk yg cantik2..mesti nak cari bini pun stok cantik2 je..sebab aku sedar diri aku ni perasan cantik je..tapi yg aku pelik, boleh pulak die bertahan dgn aku sampai 7 tahun ek..haha..;p


    p/s :: * tu nama manja kitorang..rahsia sket..haha..

    ReplyDelete
  21. banyak la kau semua kira tapau je... ciss...hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...