April 10, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 3


Assalamualaikum,

Asalnya aku nak update kisah Ikan kembung tapi esoklah, malam ni aku share Kompilasi Bebelan Saya yang sudah bervolume 3. Kenapa aku perlu buat kompilasi? mesti ada yang tertanya-tanya. Sebabnya adalah

1. Kadang-kadang apa yang aku bebel dekat Fb atau Twitter itu mendapat permintaan agar ditampal ke dalam blog supaya jangkauan itu sampai ke orang yang takde Fb aku.

2. Aku ada banyak perkara rawak simple yang difikirkan, tapi aku sendiri rasa kekok nak update pendek dan ringkas macam tu, sebab aku sendiri dah terbawa-bawa dengan idea bahawa Blog Rasa Hati wajib 'Berentry panjang" konon dah jadi trademark.

3. Aku rasa ada nilai ilmiah dalam bebelan itu. sekian

** Nota : kepada kawan yang ikut fb aku, korang semua mungkin dah baca snippet di bawah, 

** Nota : Cautions! Political issue contain, kepada kanak-kanak bawah 21 tahun tidak digalakkan baca, kepada mereka yang rengsa dengan isu politik dinasihatkan tak perlu skrol ke bawah. Terima Kasih, Station berikutnya, Masjid Jamek, Masjid Jamek....ping pungg....


***********************
Bebelan 1

Mari sinilah aku nak ajar mcm mana mana nak bawak diri dalam dunia komunikasi ni. Runsing aku dengan fanatik politik ni. Meh sini aku nak ajar soft skill tentang Public relations yang mengkhusus kepada perbincangan politik.

1. Jika Kau boleh lantang dan memaki hamun Parti atau ahli politik yang korang tak berkenan, korang juga harus bersedia dan sanggup menerima jika kawan korang juga mengkritik Pemimpin politik kesayangan korang.

2. Parti Politik Bukan Agama.

3. Tiada siapa yang betul 100% dalam politik, politik bukan berkenaan menjadi betul sepanjang masa, politik adalah menjadi popular agar diterima majoriti sepanjang masa.

4. Jangan guna hujah kalau kau buat boleh kenapa aku buat tak boleh. 2 salah tidak akan menjadikan salah satu darinya menjadi betul.

contoh : " Selangor sekarang byk rumah urut dan kilang arak tak ditutup"

" alah kau ckp kecoh apahal? masa Kerajaan lama ada jugak benda tu, kilang arak pun tak ditutup"

" Kalau mcm tu, apa guna pulak tukar kerajaan baru? takkan kerajaan lama itu gagal maka ia menjadi lesen untuk kau buat juga kemungkaran itu?"

Kita sambung di lain hari, selamat berfikir adik-adik, jangan lupa makan vitamin dan sayur2. Vitamin elok untuk pertumbuhan akal yang cerdik dan waras.

*****************************
Bebelan 2


Makin lama modal Lynas sebagai satira politik sudah hilang sengat, Rakyat majoriti taknak ambil tahu sangat pun pasal Lynas.

The Naked Truth Is, Ahli politik pun taknak ambil tahu sangat pasal Lynas, cuma ia menjadi havoc sebab pihak pakatan rakyat nampak seakan-akan ada political mileage dalam isu itu.

Walhal yg pergi menyokong tu, apa yang diorang sokong pun diorang tak paham.

Lynas = Satira Politik

*******************************

Bebelan 3


Eh kami berlainan fahaman politik, kami masih boleh pergi panjat gunung satu Malaysia tau! dari semenanjung sampai borneo..

Eh kami berlainan fahaman politik kami masih boleh jadi Partner main badminton double tau.

Kami masih boleh lepak kedai Rejab Maju minum teh tarik dan makan kueyteow kungfu..

takde masalah lah

Kamu tu pejuang alam maya, politician Fb yang kecoh itu ini, yang kutuk ahli parti lawan. sedangkan kamu gagalist, padahal dunia nyata kamu hanya seorang yg sunyi takde kawan.

********************************

Bebelan 4


Pendapat aku, Kerajaan yang terlalu lama memerintah akan mewujudkan rakyat yang kaki ampu, selesa dan penakut.

Pembangkang yang terlalu ambitious akan mewujudkan rakyat bersifat anarki, menghalalkan cara demi matlamat dan Assobiyah.

Dalam dunia demokrasi, mereka terlupa untuk mengubah kerajaan adalah dengan sokongan majoriti rakyat. Simple!

Kau berteriaklah mcm hilang suara, kau jelajah satu dunia, kau meneraplah atas jalan raya, kau reformasilah seminggu, tapi selagi mana majoriti senyap rakyat dengan rilek memangkah kerajaan yang mereka selesa maka itulah kerajaan yang memerintah kita.

Kadang-kadang apabila perjuangan itu dibayangi dengan Hype dan pidato yang berapi-api akan membuatkan penyokong di padang itu merasakan perjuangan mereka suara rakyat sebenarnya,

Padahal Rakyat yang selesa dan tak ambil pusing enak minum nescafe di rumah tengok Kpop. cukup bulan ambil gaji, bayar kereta, belen gaji beli coolblog.

*********************************

Bebelan 5


"apa sahaja nikmat yang saya dapat dari Kerajaan Malaysia, saya bersyukur, tapi saya bersyukur kepada Allah la, saya tak bersyukur kepada manusia"

Egonya, dalam hidup kau tak pernah dengar perkataan terima kasih ke? Ucaplah terima kasih kepada manusia yang berjasa dengan kau. Apa masalah kau ni sebenarnya? dibesarkan tanpa adab?

Kerana parti politik lawan kau rela jadi orang tak bertamadun dan beradab. eh saya berterima kasih kat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri selangor yang bagi air percuma 20 meter padu, apa masalah? org dah berjasa, berbudi, ucaplah terima kasih.

"terima kasih kepada Kerajaan negeri selangor kerana beri air 20meter padu, Sukur ke Hadrat Allah" ada masalah?

" Syukur Alhamdulillah, dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab menjaga kebajikan rakyat, hospital bayar seringgit, IPTA awam banyak, murah pula tu" ada masalah?

Agaknya manusia macam korang ini adalah manusia yang jiwa kering, buta hati, takda adab.

" Sayang nah ambik duit ni 100 ringgit pergi daftar sekolah ye"
" Okey abah, saya bersyukur kepada Allah dengan duit ni, tapi takyah terima kasih lah kat Abah, sebab rezeki semua Tuhan bagi"

Boleh ke? aku tanya ni, boleh ke? aku tanya sekali lagi ni, boleh ke?

Angkuh!

***************tamat**************

aku tak pernah tengok mcm mana rupa candid aku masa tengah semangat berborak, mcm ni la gamaknya kot.


p/s I Kau sorang tak puas hati tak bermakna org lain pun tak puas hati, kau melaungkan kebebasan bersuara dan hak demokrasi tapi kau sendiri cemuh orang yang mempunyai pendapat sendiri dalam politik negara. kau gagal tak bermakna keseluruhan Sistem gagal, mungkin kegagalan kau berpunca dari sikap kau sendiri. Mungkin pada masa ini cermin adalah alat paling sesuai buat kau.

p/s II Kau ingat semua menteri tu betul ke? menteri byk salah, menteri kadang2 bukan tau apa yg diorang buat, diorang jadi menteri sebab menang pilihanraya, tak puas hati dengan menteri? pangkahlah calon lain, yang kau ajak aku bergaduh kenapa?

p/s III bagi aku yg berumur 28 tahun ini, tidak boleh tidak aku harus mempunyai kesedaran dalam politik, kerana politik menentukan perjalanan hidup di dalam negara demokrasi, bagi mereka yg nyatakan taknak ambil tahu pasal politik langsung maknanya anda tidak boleh merungut jika kerajaan yang anda tidak terlibat memangkah itu menentukan masa depan anda.

p/s IV kemonlah, semua dah besarkan? yang mana bagi banyak kebaikan kita pilih, tak baik kita pecat kita pilih lain. kalau yang lain nampak lebih mengarut jgn pilih. Simple, it is democracy!





24 comments:

  1. there are always points in ur bebelan..is like kita kdg2 think bt smthg tooo faaar, then ur points just pull over then take us back to the bottom line...eh...ape aku merepek ni..haha

    acap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada kau merepek, betullah tu kau ckp, perkara paling make sense adalah memahami perkara basic dulu baru pikir perkara rumit..

      Delete
  2. aku tengah bayangkan kalau kamu dapat isteri kuat membebel maCAm kamu jugak.mesti havoc! keh keh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lak bayangkan bini Nyah Zulfikar tgh dengar dia membebel malam pertama.. wakakakkaa

      Delete
    2. aku bila ngan perempuan lembut gigi dari gusi oi. hahahaha

      Delete
  3. kita tak bolehlah pandang politik dari segi keburukan sahaja, kena tengok kebaikannya jugak!
    dan kita ada kuasa untuk mengundi, jadi mengundilah.. jangan nanti bila pemimpin dah dipilih baru kita nak melatah marah sana sini.. tak puas hati sebab pemimpin tu bukan yang kita sokong!

    ReplyDelete
  4. aku akan pangkah ko sntiasa kalau ko jadi wakil rakyat..inilah menteri yg kite mahu..kih3..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss! dah dapat satu jaminan undi! bertambah semangat aku nak jd YB.. hahaha

      Delete
  5. kadang-kadang rakyat tak reti nak bersyukur, benci kerajaan tapi guna jugak hak kerajaan.. kalau terlampau gila parti, gila berpolitik tapi takde hasil pun tak guna jugak. Bersyukurlah dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg tak bersyukur tu tak pernah keluar dari Malaysia kot kak.

      Delete
  6. ku sokong ngan bebelan ko hari ni en ikar...tq..

    ReplyDelete
  7. Ikar, akak pun terror gak membebel macam awak.. tapi bab baju & stoking tak terbalikkan sebelum masuk washing machine.. bab kain bertimbun-timbun takde orang nak tolong lipat, tapi membebel macam awak ni memang akak salute, akak sokong.. akak sanggup tadah telinga dengar kompilasi bebelan awak :-))

    nanti tag akak lepas masuk entry ikan kembung tu ya... goreng pun sodappp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah kah akak membebel sebijik macam mak saya ah! ahaha

      entry ikan kembung belum siap. esok baru nak taip kot, haha

      Delete
  8. kalau bercakap pasal politik saya rasa saya tak layak. nanti jadi BBNU pulak. yang baik kita jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar benda simple2 dulu Reen, semua org layak, cuma cekap atau tak je.

      Delete
  9. Aku dah boleh mengundi tahun ni.

    aku paling suka bebelan 5.
    berhaluan mana kita sekali pun.

    perlulah kita ucap terima kasih dan syukur pada Allah.
    kekadang tu, aku tengok, orang alim sekalipun yang pro pembangkang, tak reti nak hargai pemberian kerajaan.
    ilmu agama dah dikira tinggi.
    tapi tak reti nak bersyukur.
    isu politik punya pasal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dinamakan Assobiyah, selagi mana memihak pada parti dia, maka dia menghalalkan apa yg salah, mengharamkan apa yg merugikan..

      double standard. selamat mengundi tahun ni!

      Delete
  10. Membebel sampai boleh buat kompilasi.. Ni kalau buat album koleksi bebelan ko boleh jual rasanya. erkkk.. buat buku! Bernas jugak pendapat ko yang aku rasa susah aku nak bankang. Dok cari2 gak part2 boleh aku tak sependapat tapi takde lak.. Yelah asyik setuju jer kang org ckp bodek tp nak buat camna memang aku setuju pun dengan bebelan ko ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk bersetuju. ehhh dah ada 3 undi, musim akan datang aku nak bertanding YB la. hahaha

      Delete
  11. jarang aku jumpa blog ada isi. terima kasih beri ilmu. oh ya, aku terima kasih juga untuk soft skills PR.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...