Kompilasi bebelan saya sudah sampai volume lapan. Mari kita pendekkan pendahuluan, kita teruskan saja kepada bebelan. Lepas ni aku akan buat entry pasal pendapat Insyallah.
***********************
1. "Mereka Tidak Tahu Fasal Islam"
Ramai yangg berkawan dengan bukan Islam dalam politik, apabila kawan bukan islam itu menghina Islam, mereka akan cakap "tak apa, dia bukan Islam, dia tak faham islam sebab tu dia cakap macam tu"
Awak semua perlu tahu dan awak sendiri memang dah tahu di dalam hati kecil awak bahawa mereka yang bukan islam ini di zaman yang serba canggih dan penuh maklumat dan membesar di negara majoriti Islam ini, mereka sebenarnya tahu pasal Islam.
Mereka setidak-tidaknya kalau tidak tahu mendalam pasal Islam, mereka tahu pasal asas-asas islam, Sama seperti kita tahu Pasal sensitiviti Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan lain2.
Sama macam kita yang tahu pasal agama bukan islam dan kita hormati sensitiviti mereka, maka kita juga mahu mereka menghormati sensitiviti agama Islam.
Zaman 90an dulu tiada masalah hiruk pikuk dalam hal mengkritik agama Islam, takkan tahun 90an mereka tahu hormat agama Islam, tapi skrg pula mereka bebas bercakap dengan alasan mereka tidak faham pasal Islam?
Amat bacul samada kepada pemimpin PAS, PKR atau Ulamak yang bagi hujah "Dia bukan Islam, dia tidak faham islam sebab itu dia hina Islam"
Anda bohong! hati kecil anda bohong! Sebenarnya mereka tahu pasal islam. Lawyer-lawyer di dalam DAP Dan Bersih, di dalam MCA dan MIC, NGO dan profesional dalam parti anda semua tahu pasal Islam.
Sesetengah dari mereka malah lebih tahu pasal Islam dari orang Islam sendiri. Mereka lebih belajar undang-undang syariah dan membaca buku ketamadunan Islam, sebagaimana saya yang membaca tamadun Buddha, Hindu, Kristian. Mungkin mereka tahu pasal Islam seperti mana saya tahu pasal agama mereka secara menonton Discovery Channel dan National Geographic.
Jadi, Kepada pemimpin Islam dalam PAS, PKR, Ulamak dan Kerajaan, Berhenti dengan Hujah...
"Mereka Bukan Islam, mereka tidak faham tentang islam, sebab itu mereka cakap silap pasal Islam"
Jangan kerana undi, anda jadi bacul.
***************************
2. Mempolitikkan agama
Dulu orang tanya aku, "Zul apa makna mempolitikan agama?"
Analogi dia, apabila pemimpin kau seorang tak setuju Kalimah Allah digunakan oleh orang Kafir, pemimpin seorang lagi setuju secara keras, tapi kau diam sebab malu. Kau alih perhatian kau pada isu remeh mcm 'Listen listen listen'
Sebab apa? sebab kau Assobiyah. Kau tak sanggup hadapi saat malu bila pemimpin kau sendiri tak sependapat dalam hal paling penting dalam agama iaitu persoalan pokok, Akidah.
Itulah dia apabila kau mempolitikkan agama.
***************************
3. Ludah dan Jilat balik.
Sampai satu masa bila Allah tunjukkan kuasa. Orang yang cakap lantang pasal Kalimah Allah sekarang terpaksa telan balik ludah dia.
Dulu dia ketawakan orang dengan lantang, sekarang bila pemimpin dia sendiri buat kenyataan patah balik 360 darjah, maka senyap sepilah FB dari mulut-mulut jahil.
Dia tersepit samada nak dapatkan sokongan rakan dalam politik atau undi orang kampung dan orang Islam yg masih kuat rasa sentimental mereka.
Dia tersepit antara kawan Tahalluf Assiyasinya dengan kawan-kawan dalam Majlis Syura dia sendiri.
Dan kini benarlah janji Allah, siapa yang aibkan orang, Allah akan aibkan dia semula. Belum mati lagi, dekat dunia dah nampak balasan.
Apabila orang-orang politik mula jilat ludah mereka sendiri. Rakyat Marhaen melihat mereka dengan penuh kepuasan dan simpati.
*****************************
4. Berhimpun di Stadium
Takde siapa yang nak bawak kereta polis langgar awak, bukan sekali tu je awak berhimpun dalam stadium, selama ni pun berhimpun kat Stadium Melawati Shah Alam, Kedah, Stadium Kota Bharu, macam-macam stadium, takde siapa pun nak marah.
Dah boleh dah belajar menghormati hak rakyat Marhaen yang lain. Bukan awak je yang ada hak, orang lain pun ada hak juga sebagai rakyat Malaysia.
Kalau awak dari dulu buat macam ni, takde siapa yang nak marah awak, nampak?
Awak tu je yang paranoid tak habis-habis.
*************************
5. Hudud dan AES
Kawan : Setuju, kau ni selalu bagi pendapat yang bernas lah Zul.
Zulfikar : AES perlu dilakukan, kalau tak buat salah kenapa nak takut?
Kawan : mana boleh! tak boleh tak boleh, mana boleh.
Kita bincang bukan pasal hudud, kita hujah pasal penaakulan mantik dan kaedah hujah.
ayat yang perlu diberi perhatian adalah "kalau tak buat salah kenapa nak takut?"
Bincangkan. (12 Markah)
***********************
6. Sentimen dalam Masalah Beristinjak
Malah budaya rakyat India dan majoriti masyarakat Asia Tenggara menggunakan air dalam bersuci selepas berak atau Istinjak.
Namun dalam Hukum feqah Islam, Beristinjak mempunyai 2 cara.
1. Menggunakan air, cuci sehingga yakin hilang warna, bau dan rasa.
ATAU
2. Menggunakan bahan kesat dan kering seperti kayu, batu, kertas, tisu. Salat 3 kali dengan 3 biji batu, atau 3 bucu berlainan pada sebiji batu contohnya, Sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Tidaklah pula menjadi satu kewajipan umat Islam mesti membilas dubur selepas setiap kali beristinjak dengan bahan kering. Dan tidaklah jatuh hukum tidak suci orang yang beristinjak tidak menggunakan air.
Dan bukan juga satu keutamaan perlu mencari air dahulu seperti hukum bertayamum.
Maka saya berpendapat, orang yang mengeluarkan kenyataan
"Ia adalah satu penghinaan kepada Islam apabila jamban duduk hanya ada tisu tapi tiada kepala paip untuk bersuci"
Mereka adalah orang berkomen kerana Sentimen, bukan pada paksi hukum. Masalah ini boleh menjadi besar impaknya kerana mereka akan mula membatalkan solat org yang beristinjak menggunakan tisu seperti orang cina.
Dalam semangat mengatakan bahawa mereka mahu menilai manusia dari segi agama saja, tapi sebenarnya pada masa yang sama, mereka menilai masalah beristinjak pada sudut budaya.
Bincangkan ( 20 Markah)
*************tamat***************
p/s 1. Anda rimas berbicara pasal politik atau anda rimas bila orang mengkritik parti anda? atau anda rasa tak selesa bila ada orang bagi pendapat yang lain dari pendapat anda?
p/s 2. Alhamdulillah, Blog Rasa Hati sudah ada follower yang ke 1001, dan Pageview yang hampir setengah sejuta selepas 2 tahun ke udara. Nanti next entry buat entry penghargaan.
p/s 3. Ye, aku tau kawan2 fb tu dah baca pasal bebelan ni, mcm bebelan2 yang aku tampal kat wall fb tu. Kompilasi ni diwujudkan utk capaian pembaca lain dan juga untuk jadi arkib diri sendiri. tapi apa2 pun, terima kasih utk sokongan anda. sayang korang ketat metat.
p/s 4. Masalahnya, ada ke perkataan ketat metat?
Selamat pagi fikar...
ReplyDeletesilent reader mcm akak ni ramai..kalo campur kami sume lebih 1001 tu..
dan akak selalu tampal (copy+paste) bebelan fikar kat wall fb akak.
Tahniah dik!
Sokong...
Deletetak lain dan tak bukan. setuju juga! :)
DeleteAssalamualaikum saudara Zulfikar,
ReplyDeleteAgak sayalah, PAS memusuhi UMNO sebab UMNO tidak mahu melaksanakan hukum hudud.
DAP pula takutkan hukum hudud sebab itulah mereka menentang keras PAS mahu melaksanakan hukum hudud.
Hukum hudud ini hukum daripada Allah S.W.T. Tidak melaksanakannya beerti tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T. Boleh saudara berikan pandangan saudara. Terima kasih.
Ye zul..dh bc dh bebelan ko kt wall tu tp stil jgak nk bc bebelan ko kt blog ni...heee
ReplyDeletemcm2 la dunia malaysia zaman skrg yg berebutkan takhta amnya... ada yg kerana wang, pangkat, walaupun niat asalnya mmg nk mentadbir ngara dgn jayanya, tapi sifat2 tersembunyi pasti ada kan...ahakkk
ReplyDeletewah blog ko memang laju & maju dh setengah juta pageviews.. Tahniah. Aku bangga blog ko dh makin popular.. Takde la aku rasa asal blogger popular je muka lawa.. badan lawa.. cerita semua cerita yg lawa2.. baju lawa, tudung lawa, rambut lawa.. kasut lawa.. at least ada jugak blogger popular yg pakai jubah nampak spender macam ko. hahahahahaha
ReplyDeleteAku paling rasa nak muntah dengan org yg taksub politik & lepas buat2 buta pada kesalahan yg terang2 depa nampak semata2 taknak hilang sokongan @ taknak menampakkan kesalahan parti yg depa sokong.
aku sangat hormat dgn tulisan lu bro....x pernah mengecewakan tetapi pasti sangat terkecewa kepada pembacanya yang datang dari sebelah yang bertentangan.
ReplyDeletepadat dan berisi! syabas!
teruskan dan jgn berhenti menulis dan meludahkan pendapat anda kerana bukan mudah mencari sumber untuk untuk diludahkan semula kepada mereka yang begitu bijak membelit dan memutar segala macam isu semasa...ini umpama jawapan bertulis yang mudah untuk dikopipaste di wall FB kita...
tulisan yg mudah sangat untuk difahami tetapi sangat sukar untuk di terima pakai oleh mereka2 itu!
x pernah miss baca bebelan lu bro!
Assalamualaikum,boleh x sampaikan hujah tentang pemikiran rakyat sekarang ni,saya sebenarnya da lme follow blog abg hazri(cehh abg,tp abg la sbb sye ade abg umur 23 tp ade pakcik umur 30,xpe la,abg la).okay berbalik kepada pemikiran manusia skrg ni..
ReplyDelete1. 2 ayat plg cliche(kau setakat google baik xpyh & kau xde kt situ xpyh nk komen bnyk)
okay,psl ayat kt atas ni,sye nk sntuh bab pemikiran yg kalau maklumat itu berpihak kepada kita,maklumat itu bgus dan jika tidak,hilang kredibiliti maklumat yg disampaikn.sbg cth,snang je diorg terima kes Listen Listen Listen tp sng jugak diorg tolak laporan psl Bersih yg huru hara atas dasar kita xde kt sne tp pde situasi yg first,diorg pun xde kt ctu.
2.Ulama' itu maksum..pda mereka,ulama' xkan berbuat slh lgsg tetapi mereka yg mempersoalkn keputusan seseorg ulama' akan dicerca dan sebagainya
3.psl keadaan politik di Malaysia dimana mereka menyuruh rakyat memilih bkan dgn mempamerkn idea mereka dan menunjukkn kebaikan mereka tetapi dgn memburukkn parti lawan...
4.diorg ckp kerajaan sekat kebebasan media dan ambil cth USA yg pembangkang boleh berkempen dlm tv,nk tnye abg hazri,ade ke akta yg sekat media berkempen atas dasar politik sbb lau wujud,sye pelik sbb xmgkin akhbar seperti Harakah atau yg sehaluan dgnnya wujud sbb di USA ade abc news yg sehaluan dgn parti demokrasi manakala fox news sehaluan dgn parti republik,ade x akta di Malaysia yang halang wujudnya channel khas pembangkang jika mereka berminat utk buat satu channel tv yg bru?
Dulu aku ke Beijing, toilet diorang lansung takde pili... jangan katakan pili, tisu tandas pon takde.. so... merasalah aku macam scene dalam tv yang bila depa berak takde tisu tandas... koh koh koh.
ReplyDeleteehh.. lari tajuk ke tak komen aku bro?
I follow....huhuhu....diam tp fokus mbca..
ReplyDelete