February 3, 2013

Abang Lori Yang Disalah Erti

Assalamualaikum..

Sebagai kickstart untuk mula rajin update kembali ni, bagi aku bercerita benda yang ringan-ringan je lah. Banyak perkara yang berlaku pada aku dalam bulan ni. Jadinya aku sibuk sikit dengan hal-hal duniawi.

Mula-mula aku dah jual kereta aku yang aku ceritakan dulu dalam entry yang lepas, kemudian aku beli motor sebiji, lepas tu google chrome aku ni problem, dia tak boleh nak log in dalam Blogger.com untuk aku update entry.

Kata google chrome tu, aku ada salah setting pasal cookies dan cache, aku yakin memang aku ada usik-usik setting tu, sebab rasa meluat dengan Popups window iklan bila kita buka website yang popular. Ke aku sorang je yang kena macam ni?

Contohnya, bila aku buka website Mudah.my kan, mesti ada popus windows iklan pasal software la voucher lah apa lah itulah inilah. Aku sorang je ke kena macam ni, atau korang yang lain pun ada juga?

Ah abaikan pasal popups iklan ni, ni aku ada benda nak sharekan ke korang ni. Kisah pasal Abang lori.

**************************

Lori 3 tan berbadan kayu dan kanvas macam inilah yang aku naik dulu sambil menjerit2, teruskan pembacaan ke bawah utk tahu lebih lanjut.

Dua minggu yang lepas, aku dapat order dari Pasaraya The Store, jadi aku kena hantar biskut ke seluruh cawangan The Store dan Pacific satu Malaysia. takdelah seluruh mana, cuma hampir 70% dari semua cawangan dia lah.

Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama lori company aku pun rosak dan tidak fit untuk digunakan atas Jalanraya. Aku pun sewa lori orang untuk seminggu, kebetulan pula lori itu diambil semula lepas 3 hari guna sebab tuan lori dapat projek nak guna selama seminggu.

Pada masa yang sama lagi, pemandu lori bercuti atas alasan yang tak boleh diceritakan di sini, maka atas semua sebab yang berlaku pada masa yang sama memaksa aku merelakan diri untuk menjadi Abang Lori. Tapi takdelah bawak lori, aku bawa Van untuk hantar biskut ke pasaraya The Store.

Sehari aku bubuhlah 20 karton dalam Van tu dan hantar ke 4 cawangan pasaraya, sebabnya satu pasaraya order 5 karton, proses nak buat delivery ni puratanya dalam sejam setengah satu pasarya, daripada masa perjalanan, tunggu giliran menurunkan barang, cop invoice dan delivery order dan angkat susun kotak karton dalam stor.

Kesimpulannya, kerja sebagai abang lori ni renyah, berlengas dan penat. Aku bawa kawan merangkap staff untuk jadi kelindan, lepas tu bergilir-gilir bawak lori. Lepas dia rehat, aku pulak bawak, lepas tu aku pulak tidur. Ha lebih kurang macam tu lah. Rupanya kelindan ni banyak membantu, dulu aku pandang enteng je tugas kelindan, tapi kelindan ni banyak membantu. Kalau semua Driver nak buat, boleh mati putus urat belikat gamaknya.

********************************

Bila cerita pasal jadi Abang lori ni, aku teringat satu kejadian yang berlaku 19 tahun dulu, masa tu aku darjah 4, apa kaitan antara abang lori dengan kenangan nostalgia masa kecil?

Kaitan dia sebab bila kita ingat lori, mesti kita ingat pindah rumah. Aku dulu memang banyak kali pindah rumah, rasanya ada dekat nak 10 kali kot. Tapi kali ni kami sewa lori bukan sebab pindah rumah, cuma nak hantar barang ke kampung.

Kisahnya, mak aku beli set perabot baru, bapak aku pula nak sedekah motor ke pakcik aku. Opah aku nak pindah rumah, maka mak aku nak bagi barang-barang macam peti ais, set sofa, motor jipang dan kabinet dapur yang lebih-lebih ke opah aku.

Abah pun sewa lori 3 tan, sumbat semua barang-barang dalam lori, tutup ikat dengan kanvas. Patutnya abah pergi balik Ipoh naik lori tu dengan pak itam je. tapi iyelah budak-budak kan masa tu, bebudak kan femes dengan tagline "abaaah..... nak ikut!"

Tak tau pulak kedegilan aku nak ikut ni akan meninggalkan titik-titik hitam dalam diari hidup aku, dipendekkan cerita, abah pun sumbat aku dengan abang aku sekali dalam lori 3 tan tu. Punyalah seronok macam kucing dapat kotak. Kami pun kejap-kejap panjat duduk atas set sofa rotan, kejap-kejap panjat duduk bawah kabinet dapur, Kejap-kejap panjat badan kayu lori tu buat macam Spiderman.

Bila dah ikat kanvas lori tu ketat-ketat, lori pun gerak perlahan-lahan dari Kampung Sungai Tua Baharu Batu Caves Selangor menuju ke Kampar dan Ipoh.

Mula-mula tu seronoklah kan bila lori tu jalan perlahan-lahan dalam KL, bila dah start masuk Tanjung Malim, jalan kampung, kereta takde, speedtrap pun macam takde, Pak Itam pun henjut Lori tu laju-laju. Bila makin lama makin laju, Kanvas tu pun terbuka ikatan dia tepi badan kayu Lori tu.

Bila kanvas tu terbuka, ditiup dek angin yang laju menderu. Mula bunyi "Kelepak Kelepak Kelepak Kelepak" bunyi tamparan kanvas dan tali atas kanvas yang lain, bunyi dia kuat gila, rasa macam nak pecah gegendang telinga aku. 

Pada masa tu aku mula panik, aku mula mencipta pelbagai kedashatan kemalangan yang bakal berlaku macam dalam cerita Final Destination tu. Aku bayangkan kanvas tu berkibas kuat sangat sampai tercabut tali-tali yang ikat tepi kiri kanan lepas tu dia jerut tengkuk aku dengan abang aku, pastu terbang jatuh atas jalan raya, bapak aku tak perasan sebab dia tidur dalam lori.

Aku bayangkan juga, tali yang berterbangan itu menyepak muka aku dengan abang aku sampai pengsan,

"banyak pulak Ikar ni bayangkan, tadi kata nak pendekkan cerita, aku dah naik lemas pulak nak bayangkan apa yang dia bayangkan" kata hati pembaca-pembaca blog ini.

Disebabkan panik, maka kau pun ketuk-ketuk kepala lori tu kuat kuat sambil jerit-jerit

" abah, abah, berhenti abah, kami kat belakang ni bising, berhenti! bagi kami duduk depan abahhh!!"

Aku jadi macam panik gila, aku pun teringat ada henpon, aku miskol abah, lepas tu aku sms abah..

" Kehadapan abah yang disayangi, harapnya abah dapatlah berhentikan lori dan mengambil dua orang anak kesayanganmu yang panik di belakang ini, salam sayang dari anak mu yang amat abah sayangi"

Beranganlah korang, tahun 1994 mana ada orang main sms, henpon pun takde, Henpon Pakcik Rahim yang besar periuk nasik tu adalah. Okey sambung cerita real balik...

Haram abah ke Pak Itam ke nak dengar, pastu aku panik lagi, aku panjat tepi body lori tu, aku lambai-lambai tangan bagi diorang nampak, sambil jerit-jerit.

Last-last abah pun berenti selepas aku ambil langkah drastik menjerit-menjerit sambil ketuk-ketuk badan lori tu guna batang kayu papan alas perabut dalam lori tu.

" Hah kamu Ikar, kenapa kamu menjerit-jerit macam orang gila ni?"

" Tadi bising sangat abah, tali kanvas ni tercabut, pastu kanvas ni pukul-pukul lori sampai bunyi bising nak pekak telinga"

" iye ke Karnain?" Abah aku tanya abang aku pulak, pastu abang aku jawab..

" Entah, Karnain jerit sebab ikar jerit, ingatkan ikar nampak hantu"

Hek eleh karnain ni, ke situ pulak dia, entah bila masa entah aku cakap aku nampak hantu, aku punyalah jerit-jerit nak lepaskan dari penjara kebisingan. Dia senang-senang je cakap sebab aku nampak hantu.

Akibat dari peristiwa itu je, bapak aku dengan Pak Itam pergi jaja cerita aku menjerit macam orang gila nampak hantu dalam lori dekat hutan gelap Tapah.

Sampailah sekarang, asalkan nampak je lori 3 tan bawa barang pindah barang, ada kanvas pastu ada pekerja duduk belakang tu, bapak aku mesti recall cerita lama tu. Dialog dia yang tak habis-habis duk ulang sampai aku naik bosan mesti...

" Kamu ingat tak dulu kekecik naik lori ikut abah hantar barang balik Ipoh?"

" Ingat!"

" Yang kamu menjerit-jerit mcm orang gila suruh abah berenti tu, nak duduk depan sebab nampak hantu kan kan? macam-macam la kamu ni ikar, poyo, hahahahahaha"

" Mana ada nampak hantu bah, ikar cakap suruh abah berenti sebab bising sangat nak pecah gegendang telinga duduk belakang lori tu, sebab tu nak suruh abah berenti"

" alah, penakut cakap penakut"

Aku rasa dekat nak 20 kali ulang cerita ni, dan 20 kali aku defend diri bagitahu hal sebenar pun abah tak faham-faham.

Bila aku dah dewasa baru aku faham yang abah dah tau dah pasal bunyi bising tu, cuma dia saja cakap aku takut hantu sebab nak menganjing aku je. 

Tobat dah sejak tu, aku taknak dah naik lori ada kanvas kalau nak jalan jauh, seksa.


*****************tamat****************


Mula2 rasa biasa2 je, lama2 rasa syok pulak main ronda-ronda naik motor di hujung minggu,  Honda Dash Rs R, takdelah laju mana, cukuplah buat pergi kedai runcit beli kelapa parut.


p/s lepas ni aku update lagi, bila bab pendapat coretan pendek (snippets) aku akan buat dalam bentuk kompilasi bebelan saya.

p/s II siapa ada sebarang kemushkilan bab agama, boleh search di kotak search belah kanan utk entry2 lama, kalau tak jumpa, nak tau juga pasal pendapat, boleh tanya aku di ruangan komen atau di Fanpage Blog Rasa Hati.

p/s III penatnya kerja jadi abang lori, isnin sampai jumaat, bila weekend sabtu ahad, terjaga tidur awal pagi sebab mamai, kelam kabut nak pegi hantar biskut, punyalah trauma.

16 comments:

  1. tak habih2 kena gelak dgn pak sendiri...hahaha

    anyway utk fend off ur browser dr popup tu suma...carik je extension AdBlock for Chrome.

    ReplyDelete
  2. tang sms tu yang tak boleh tahan tu,macam kirim kad raya dah.

    ReplyDelete
  3. Kak Yong masih ingat lagi Pak Tam dan Ayah Lang hantar kerusi rotan ke rumah Pak Ndak di Batu Karang.. masa tu dah larut pagi.. siap ada abang polis ronda- ronda berhenti buat soal jawab.. dan itu lah kali pertama umah mak ndak ada kerusi sofa... ihsan dari mak yang...

    ReplyDelete
  4. best gila dpt duk belakang lori...

    tapi dr selangor ke perak tu, mcm jauh sgt lah pulak..

    ReplyDelete
  5. best woi duduk dalam lori 3 tan.. kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Salam, Abang Lori...

    Bila nak hantar biskut ke JB, nanti akak upah siling $1 dua ketul, nak tak??

    ReplyDelete
  7. dh jd deba lori pulak ko Nyah.. hahahaha. takpe dlm pemerhatian aku masa sblm berhijrah kekotaraya, deba lori ni kegilaan para janda & jugak anak dara.. tua mahupun muda. begitu juga dgn drebar van kilang.. juga menjadi rebutan para minah kilang. hahahaha.. Aku dulu bebudak rasanya x penah naik lori. kekadang tgk bebudak lain naik lori company bapak dorang mcm best jer.. yelah bebudak. tgk org naik lori rasa best macam naik flight boleh main2 kat belakang smbil menghirup asap lori..

    ReplyDelete
  8. zul, ko cakap kerja dekat kilang biskut, aku selalu imajin life ko macam Willy Wonka & Chocolate Factory tu, begelumang dengan krim, chocolate, butter

    ReplyDelete
  9. hai abang lori...wakakakaka... kemain ikar... tapi bila di baca balik... kesian pulak aku dengan hang... kah kah kah...

    ReplyDelete
  10. hahahaha..aku gelak tak berhanti lagi ni..hadoi..punya dah lama tak mai jenguk blog ko..penat gelak je membaca nye ni ha..

    eh? lupa pulak nak bg salam..hai..assalamualaikum abang lori..:P

    p/s:: hensem tuh moto baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..pinjammm!!

    ReplyDelete
  11. abang biskut dah tukar abang lori...awesome! hahaha kelakar la cerita awak ni. selamba je abang awk kata awk nampak hantu.pulak tu bapa awk pun percaya hihihi saje la tu nak kenakn awk masa tu. sy seronok baca kisah awk masa budak2...secara tak langsung membuat sy pun teringat nostalgia masa budak2 dulu.

    ReplyDelete
  12. bro ok tak honda dash saya pun nak beli satu ler

    ReplyDelete
  13. bro ok tak honda dash saya pun nak beli satu ler

    ReplyDelete
  14. Abg kelindan lori yang menulis cm budak U.. salute!!!

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...