February 14, 2013

Kompilasi Bebelan Saya Volume 9

Assalamualaikum

Kompilasi Bebelan Saya kini sudah volume 9. Aku harap ilmu yang aku kongsikan bersama korang semua akan memberikan manfaat kerana apabila matinya seorang anak adam maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara

1. Amal jariah yang disedekahkan
2. Anak soleh yang mendoakan
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Jika ada sebarang ilmu, maka manfaatkan, jika ilmu itu tidak dimanfaat, serupalah ia bagai pohon tidak berbuah.

Mari dengar saya bebel, kompilasi yang ke sembilan banyaknya.

Jangan jadi Insan tidak mahu mendengar, melihat dan berkata, karang disumpah menjadi monyet bertiga.

*******************************

1. Edar Bible Bahasa Melayu

Ramai orang salah faham, dia perlekeh cakap "edar bible pun nak kecoh, padahal orang melayu alquran pun tak baca"

Ini bukan masalah baca bible atau tidak, ini berkenaan persepsi masyarakat dan nilai sentimental agama.

Takkan di sebuah negara Islam, jika tidak pun digelar negara Islam, tapi negara majoriti Islam, kita boleh membiarkan mubaligh menyebarkan Agama lain kepada org Islam? Di mana sikap hormat menghormati di antara penganut agama?

Sedang Pendakwah dan pendukung agama Islam berdakwah dan mempertahankan Islam, Kita lebih gemar membela agama lain atas bisikan hati kecil yang cenderung membela pendakwah bukan islam kerana political mileage.

Habis semua pesanan Alquran, Hadis dan Piagam Madinah kita korbankan kerana kita taksub dalam prinsip "jika kau musuh kepada musuh aku, maka kau kawan aku"

Dah takde langsung sempadan yang memisahkan perjuangan agama dan perjuangan politik. Awak rakus nak sindir orang dari persepektif politik, semakin hari semakin awak menyerupai parti yang awak lawan, yang awak tuduh sekular itu.

Awak langsung lupa frasa "untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"

Dasar Political Animal. Moga Tuhan Beri petunjuk padamu.

2. Kematangan  

Bila kau dah habis belajar, kau dah bekerjaya, berkeluarga, dah menghampiri umur 30 tahun ke atas, kau akan mula rilex.

Kau akan mula tenang dan tak menggulupur fikir hal remeh-temeh, dan menggantikan hal-hal tu dengan masalah anak-anak, isteri, bil, rumah, kereta dan kau tiada masa nak melayang hal-hal melatah tak tentu fasal.

Kau akan mula asingkan mana keperluan dan mana kemahuan secara tidak sedar, dan kau tidak peduli sangat pandangan orang terhadap apa yang engkau pakai dan apa yang kau ada.

kau lebih memikirkan pandangan poket terhadap apa yang kau perlu belanja. Perlahan-lahan kau akan mula respon hanya pada benda penting yang bermanfaat. Dan kau akan diam bila tiada benda untuk dicakapkan.

Itulah yang dinamakan matang.

Rilex, korang mcm aku jugak dulu, bila dengar nasihat ni mesti terdetik dalam hati

"hek eleh orang tua ni, nasihat poyo gila"

Dulu aku mcm tu juga, tapi bila dah tua, kau akan cakap pula "patutlah orang2 tua ckp mcm tu dulu"

Bagi orang tua yang masih tidak dapat simptom mcm perenggan awal di atas, maknanya samada anda belum matang, atau anda terikut rentak orang muda.

Atau

anda banyak sangat main facebook!

3. Jadi Pemimpin

Kadang-kadang kau terbayang macam mana keadaan bila kau jadi Pemimpin kan?

Kadang-kadang kau ada terfikir macam mana keadaan kau bila ada kuasa kan?

Bukan susah pun nak bayangkan macam mana, Kau tengok diri kau masa kau komunikasi dengan waiter masa ada duit lebih sikit bila gaji.

Agak-agak kau rasa megah semacam, agak kau rasa cepat bengang bila waiter lambat atau salah ambil order sikit, Ha itulah perangai kau bila kau ada kuasa, jadi pemimpin.

Tapi itu baru 1 per 100 lah pengiraan dia.

4. Perbandingan Singapura dan Sarawak



Tak adilnya cara kau membandingkan Singapore dengan Sarawak, kau tangkap gambar dalam hutan hulu ceruk mana dekat Sarawak lepas tu kau banding dengan pusat bandaraya Singapura.

Kenapa kau tak banding Hutan pendalaman Sarawak dengan Hutan Bakau Singapura?

Kalau kau banding Singapura dengan Kuching, adalah juga adilnya walaupun semua org di dunia sedia maklum Singapura lebih hebat dari Kuching, Ini kau banding Hutan Pendalaman dengan Pusat Bandar Singapura. Kau ni ada akal ke takde?

Kau tak pulak cerita pasal perbandingan keluasan Pulau Singapura dan Sarawak, dan berapa panjang sempadan dan berapa juta rakyat.

Sebab apa? sebab kau bukan nak mencari kelimuan dalam perbandingan, tapi kau nak mengadu domba, niat hati kau tak jujur, kau nak dengar dan lihat separuh, dan kau nak kawan-kawan kau lihat dan dengar separuh saja.

Busuk hati orang mcm kau ni, di sebalik tuduhan kau terhadap org lain yang tidak adil, kau juga adalah orang yang tidak adil dan suka mengadu domba. Shame on you.




5. Melawat Palestin


Ada ke orang kata, nak pergi melawat Palestin tu orang yang ada kuasa dan pemimpin tertinggi je boleh, sebab tu Pemimpin Parti Politik lain tak pergi Palestin.

Pembohongnya, Afdlin shauki artis buat lawak kat MaharajaLawak pun boleh pergi sana.

Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Pemimpin, Dasar penakut.

Pengikut, Dasar bodoh sombong.



6. Menilai Tawadhuk Tok Sheikh

Kalau nak nilai Tok Sheikh / Tok Guru / Ulama yang tawadhuk, senang je. Kalau ada anak muridnya yang memuji dan memujanya melampau sampai ada yang meniarap cium kaki dia, dia akan marah anak murid tersebut.

Paling tidak pun dia akan angkat kaki taknak bagi murid tersebut mencium kakinya. Atau kalau dia garang, dia tampar manja muka anak murid dia, bagi sedar dari perbuatan yang melampau-lampau menyanjung manusia.

Nabi saw pun sahabat tak cium kaki baginda mcm org hindu sembah baba, engkau baru tok guru tarekat pulak nak syok sendiri melebih-lebih dari nabi?

Kalau kau ikhlas zuhud dan jujur, kau dah marah dah anak murid kau yang meniarap cium kaki kau. Ringkas analoginya.

Aku tengok dekat youtube, ramai yang tergesa2 cium kaki tok guru tu, adalah 2,3 orang, aku nak embeded video tu kat sini malas pulak, jgn pula ada org ignorant ckp "ini bkan cium, ini sujud sahwi"



7. Jangan Jadi Bodoh


Bukan susah pun nak jadi orang bodoh. Cuma perlu dengar apa yang orang cerita, kemudian sampaikan kepada semua orang dengan bersemangat tanpa mengetahui cerita yang disampaikan itu betul atau tidak.

Apabila orang kata "Eh yang kau dengar benda tu tak betul lah, dah keluar berita dah"

Kau jawab balik "aku mana tau betul ke tak, aku dengar kawan aku yang cakap"

Atau kalau kau nak double bodoh, kau jawab "Mana kau tau benda tu tak betul, kau tu yang bodoh"

Atau kau tak payah jawab apa-apa, kau terus je buat muka kering berlalu pergi, dan selamanya orang akan cakap.......

"Mamat ni lah yang bodoh hari tu, harap je belajar sampai Degree, bodoh melantun-lantun tahap Phd"

P.s selidik dulu sebelum sampaikan sesuatu perkara, jangan bercakap kalau taktau, kalau nak juga cakap, jadikan ayat itu satu bentuk persoalan, bagi mengurangkan tahap kebebalan korang di mata masyarakat.

8. Saya Mahu Tengok Siapa Wakil Saya?

Nak tengok dapat tak Hadi Awang dan TGNA handel Karpal Singh. Jangan bagi alasan "Dia boleh ckp apa saja, sebab dia bukan Islam jadi dia tak faham Islam"

Karpal Singh tu faham Islam dan Undang2 Islam kalau nak dibandingkan dengan sebilangan org kebanyakan.

Masa ini lah nak buktikan antara pertahankan Agama dan Kemenangan pilihanraya mana lebih utama.

Jangan kata pulak "Kita kerjasama dgn dia dlm hal politik saja, bukan dalam hal agama"

kalau awak cakap mcm tu, awak dah kata agama suku, politik suku. Sama mcm awak ckp Umno buat dari dulu sampai sekarang.

p.s anda patut kempen kepada saya supaya mengundi parti anda, bukan mengherdik saya jika saya banyak bertanya. Saya kan pengundi yang dikatakan penentu siapa wakil saya.


9. Lekeh Benor Gayanya


Kalau nak berbincang tentang Perjuangan Malaysia ke arah yang lebih bagus, bincanglah benda yang bawa manfaat.

Contohnya, mendesak Kerajaan menurunkan harga kereta import dan cukai ke atas kereta Nasional.

Menganugerahkan AP import kereta percuma kepada setiap ketua keluarga yang mampu tanpa sebarang Caj.

Menganugerahkan AP gula, Tepung gandum dan Beras kepada ramai pengusaha bagi menghapuskan monopoli.

Mewujudkan perumahan rakyat mampu milik yang lebih kondusif.

Ini tidak, Cerita Artis Kpop PSY yang sibuk dikecoh-kecohkan, entah apa manfaat bagi negara pun aku tak tau. Masalah segelintir rakyat Malaysia totok politik ini adalah bodoh tak habis-habis.

BN bagi Konsert Free tu kalau taknak pergi tengok sudah, BN pula tak payah pukul canang pasal PSY konon mcm hero, Pakatan Rakyat tak payah jadi badut bengap cari silap remeh temeh.

Hujung-hujung zaman ni, yang konon ulamak suka cakap benda yang sia-sia, elok dah awak tu nampak mantap berhujah, bila cerita pasal PSY terus org nampak lekeh benor ulamak Malaysia ni.

10. Jahil Dalam Perdebatan

Paling susah nak berdebat bukan dengan orang yang penuh ilmu, tapi dengan orang yang jahil.

Apa saja yang kita cakap, dia akan twist dan faham dari sudut yang dia mahu tahu saja, bila dia tak tahu dia pula akan cakap kita tak cukup ilmu dan menipu.

Biarpun segala hujah dan bukti diberikan dia masih lagi mahu bercakap macam orang takde iman.

Dan orang macam ini akan berterus-terusan hidup dalamkebodohan, tetapi yang lebih ironi dia akan fikir dia pandai. Pendek kata, orang tua-tua cakap bodoh sombong namanya.

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Imam Syafie Rahimahullah

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak. Ilmu dinilai dari pemikiran, bukan pada usia, pengalaman mungkin dari usia, tapi benda common sense, kadang-kadang budak sekolah rendah pun boleh faham.

Ke salah pendapat aku ni? kalau salah lagi, "hamba bodoh, tuan"




***************** Tamat ****************

p/s  lepas aku dah remove google chrome dan install balik, masih ada masalah dekat blogger.com, dia tulis "you had been sign out at different place, do you want to sign in back?" pastu ada pilihan keep sign in atau close. Bila aku pilih sign in back, dia keluar, "this page cannot be display due to cookies and cache problem (turn off) bla bla bla bla, dah on balik pun dia masalah juga. siapa terer, mohon nasihat.

p/s II Sekarang aku update blog guna mozilla firefox, dan rasa kekok, dan aku jadi takde mood, dan aku syak nanti ada lari setting bila berlainan user bukak baca.

p/s III "Ah banyak benor alasan kamu ni Ikar, kalau malas kabor je malas" beginilah kalau mak aku ckp bila dia dengar aku bagi alasan.


9 comments:

  1. Replies
    1. dah bersihkan 80juta kali dah, ok tipu, dah bersihkan cookies 4,5 kali dah, tapi macam tu jugak, cane jerung?

      Delete
  2. teruskan perjuangan berkongsi ilmu yg bermanafaat, cuma itulah.. orang yang kamu bebelkan tu memang dah dasar kepala batu, kalau batu dalam kepala tu boleh buat batu cincin ok jugak, ni nak buat batu ladung pun tak laku agaknya... huhuhu..

    bila baca p/s yang last tu... akak nak tanya & mintak lagi episod seterusnya, aku dah kabo dah.. ada lagi tak????

    ReplyDelete
  3. 10 headshot ni!

    1. org2 politik ni belajar psikologi manusia kat U. diorang paham benar psikologi belia remaja.

    2. singapore vs sarawak tu cuma gag je,adk bradik dgn parodi.tak perlu rasa apa2 pun. tp kalau nak ada perasaan jugak, rasa kelakar cukup la. ibarat banding sape lagi laju evo9 ke lembu pak ajis.

    3. aku syak lepas ni ada blogger pro-pembangkang buat entri untuk jawab dengan twist entri kau ni ikar.

    ReplyDelete
  4. tertinggal pulak 1 lg.
    kau dah terejas file system chrome gamaknya.
    cuba uninstall full, lps tu pakai installer lain. blh jadi installer kau pakai tu pun corrupt.

    ReplyDelete
  5. hai saudara ikar,boleh kita berkawan di fb?

    yang benar,

    muhamad firdaus bujal.

    ReplyDelete
  6. cuba ubah setting clear cookie tu kepada 'from beginning of time'.

    ReplyDelete
  7. aku suka bebelan no.7 jgn jadi bodoh, no.9 lekeh benor gayanya dan 10 jahil dalam perdebatan...dekat dengan kehidupan masyarakat masa ni. lebih2 zaman maklumat dihujung jari skrg ni, ramai manusia yang macam no 7, 9 dn 10 tu muncul.

    ReplyDelete
  8. pakai mozilla memagla ada cookies

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...