January 11, 2013

Makhluk Tuhan Paling Seksi



Assalamualaikum...

Walaupun aku dulu pernah bersekolah asrama di sekolah agama Menengah, tapi aku tetap seorang remaja yang tidak suka distreotypekan. Asal balik kampung saja, mesti makcik-makcik akan buat dialog stereotype

" wah ustaz ada ni, boleh lah baca doa kenduri selamat, malam ni Ikar pakai serban dengan jubah ye? pandai ikat serban kan? ustaz la katakan"

" Ustaz apanya Maknyah, ni king of bilal lah, kiranya belum bilal bangun azan subuh, ikar yang pegi kejut tau?"

Begitulah contoh dialog aku terhadap makcik-makcik dan sepupu di kampung. Kiranya aku jawab balik secara sindiran nak bagi diorang rasa menyampah tak tanya dah lepas tu.

Tu belum campur dengan Pakcik Rahim dan Makcik Amy yang jiran aku dulu dekat Sungai Tua tu. Kalau jumpa masa raya di rumah terbuka, Mesti Pakcik Rahim datang dekat dengan aku sambil terjelir-jelir lidah cuba cakap bahasa arab tiruan dengan aku.

" Ya sheikh, enta datang sini naik kereta ka naik unta? kalau naik unta, ana mau tumphanglah enta!"

" Ya Sheikh, ana hari ni tak naik hunta la sheikh, ana kemari naik Biawak Fadang Fasir, ente mau tumphangka?"

Kadang-kadang Pakcik Rahim keliru nak bawa watak pak arab, dia cakap sambil geleng-geleng kepala mcm orang mamak tebar roti canai tengah stim tunggu roti canai masak. Mana ada pak arab cakap geleng-geleng kepala, nampak sangat Pakcik Rahim terbawa-bawa dengan fantasinya.

*************************

Dulu bukan nak cakap lah, dekat sekolah agama semua orang nak jadi paling arab di antara semua arab tiruan yang ada. Kayu pengukurnya bukan setepat mana sembahyang ikut sunnah nabi, tapi sebanyak mana kau tau cara ikat Serban.

Kawan aku dulu ada abang masuk kumpulan Nasyid, kiranya abang-abang dia balik dari Al Azhar, ajar dia cara pakai serban ada 7 ikatan semuanya, setiap hari kena ikat cara lain, boleh cukup seminggu, pergi surau dengan 7 cara pakai serban berbeza setiap hari. Tapi sembahyang mayat dia boleh rukuk. Punyalah hebat!

Aku ada rahsia, aku tak pernah pakai serban secara lilit kepala sepanjang setahun aku duduk dekat asrama tu, Bila ustaz tanya, aku akan jawab......

" Ustaz, keimanan dan semangat mendekati agama bukan pada lilitan serban, tapi pada keutuhan iman dalam hati, dan kesungguhan mendekati sunnah"

Padahal duit nak beli serban, aku dah habis belanja makan nasik ayam kantin. Lapar sangat, duduk sana makan nasi dining hall tak pernah nak cukup.

*******************************

Okeylah, berbalik pada tajuk asal, sepanjang aku hidup ni macam-macam cara aku pernah kelihatan seksi. Tapi tak boleh lawan dengan satu keadaan di penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

Pada tahun 2008 aku pergi Jeddah, di sana dek kerana aku dah sampai ke pasar Al-ballad, haruslah beli buah tangan untuk diri sendiri di samping dah beli untuk keluarga dan kawan-kawan. Disebabkan aku ni orang yang praktikal, aku suka beli buah tangan yang boleh dipakai dari hanya boleh ditayang.

Disebabkan sejarah aku yang tak gemar berjubah dan berserban atas alasan Iklim Malaysia yang panas dan lembab,  aku pun beli la satu jubah Morocco / Maghribi yang nipis, kain kapas, lengan pendek dan murah. Seingat aku harga dia RM 35 je.

Jubah tu sangat sedap pakai sebab kain dia cotton biasa, lengan pendek, tengkuk luas, kain singkat, dan nipis, Kalau pakai jubah tu dari sembahyang jumaat sampai ke senja tak bertukar pun tak apa.

Bertahun lamanya jubah tu berlipat dalam almari, pada satu hari tu aku tergerak hati nak pakai jubah tu pergi solat jumaat di Masjid Shah Alam. kenapa tiba-tiba aku nak pakai? sebab musim hujan, kain pelikat aku jemur tak kering.

Aku pun pakai Jubah Maghribi tu, sarung laju-laju dan pergi ke Masjid negeri, Aku parking jauh sikit dari tempat orang ramai, dekat bahu jalan di bawah flyover roundabout.  Bila dah parking, aku pun berjalan dengan penuh tawadhuk sambil sikit-sikit ada rasa aura kearaban dalam diri aku, berjubah Morocco di Hari Jumaat.

Tapi lama-lama aku pelik, bila aku lalu sebelah segerombolan budak-budak tahfiz Maahad, semua pandang dengan buat muka hairan. Aku pun sapu-sapu hidung kut kut lah ada taik hidung tergantung, takde.

Pastu setiap kali aku lalu depan orang ramai, aku tengok diorang semua pandang aku dengan satu jelingan tajam yang kalau diterjemahkan dengan kata-kata, aku boleh rasa ia berbaur kata-kata nista dan cemuhan. Mungkin juga jelingan itu berbaur simpati yang tiada bertepi.

Aku jenuh fikir, apa aku buat salah. Nak kata kat bahagian bontot ada tompok darah bocor, aku bukan Perempuan. Nak kata jubah koyak mustahil, bukan aku buat pakai jubah ni main takraw dan lompat bergalah.

Aku tak puas hati, demi menghilangkan segala kegusaran, aku pergi depan cermin kereta, tengok imej diri, Tepuk dahi aku sambil geleng-geleng kepala. Macam mana orang semua tak melemparkan pandangan yang tajam bak merobek dada? Aku tengok diri aku dalam bayangan cermin itu macam Lady Gaga pakai baju lutsinar, nampak spender tergantung-gantung.

Nampak Spender tergayang-gayang satu hal, perut yang comel terserlah satu hal yang lain. Manalah pulak aku nak tau Jubah tu nipis sangat sampai transparent nampak semua dalam baju. Aku pula mana nak tahu kalau pakai jubah kena pakai seluar pendek 3 suku dalam tu, takde pengalaman pakai jubah katakan. Jadinya aku pakai je lah spender pastu sarung jubah semata-mata.

Dari situ aku dah dapat pengajaran..

1. Pakai jubah, dekat dalam mesti pakai seluar 3 suku.

2. Pakai apa pun, sebelum pergi Masjid, kena tengok cermin.

3. Orang kata, Cermin adalah kawan yang paling jujur.

Maka pada hari itu, tak salah lagi tajuk lagu indon Mulan Jameelah itu ibarat kata Misssenget. Makhluk Tuhan Paling Seksi. Takde makhluk tuhan yang paling seksi dah pergi sembahyang jumaat pakai jubah nipis nampak spender bergentayangan!


*********************


Okey, bukan jubah ni yang bergentayangan itu, ini Jubah Saudi,  Bukan Jubah Morocco. Masa ni aku dah pakar sikit dah pakai jubah, lagipun kalau pakai Jubah ni, tak pakai spender pun org tak nampak apa, sebab kain dia tebal macam selimut askar!


Ha, Jubah Morocco tu rupa dia macam ni, kain nipis, lengan pendek, bukaan tengkuk luas, kaki senteng, Jubah paling selesa dalam semua jubah yang ada. tapi Badan aku bukan macam kat atas lah, kalau mcm dalam gambat, dia bukan Makhluk Tuhan Paling Seksi, tapi Maklukh Tuhan Dabel seksi.

*****************Tamat*****************

p/s I Sunnah yang paling tepat dalam berpakaian adalah pakai baju yang paling sesuai dengan Iklim, Masyarakat, Budaya dan Kerja, selagi mana ia menepati Tuntutan syarak dan tidak mendatangkan Fitnah.

p/s II elakkan pakai sesuatu yang terlalu pelik, sehingga menimbulkan pelik dan fitnah dari masyarakat, walaupun ia menutup aurat tapi jika terlalu pelik, ia akan menjauhkan masyarakat dari kita.

p/s III aku syak lepas ni aku nak pergi solat jumaat pakai Belangkong pulak. ada jual mana ha?



17 comments:

  1. bole tak ambik gmbr ko dgn jubah dengan spender gantung2..?

    tak dapat imajin..ke tak mampu nk imajin..?

    kah3..

    tp sbenarnya perlu ke imajin..?

    ok..abaikan.. T_T

    ReplyDelete
  2. Belangkong tu mcm mana plak rupenye. Gugel xde pon.

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha..tak dapat nak dibayangkan camne situasi masa tu..hak2..naseb baek ko tak kena baling batu..:P

    ReplyDelete
  4. kahkahkahkahkah... tgelak sj skg ni..adoiyaiii xleh blah..

    ReplyDelete
  5. kalau jumpa da lama aku sound~~nak2 plak kalau kamu pakai spender merah~aku bukan ble tengok orang pakai spender merah.menyampah.

    ReplyDelete
  6. Kelakar jugak baca entri ni. Hahahah

    Salam Jumaat Ya Sheikh!

    ReplyDelete
  7. nasib baik x masuk kawasan masjid lagi.. lol. buleh lak pakai baju see thru kan gi masjid..? ;P

    aku pon x berapa nak suka bila orang sekeliling guna ayat stereotaip tu.. rasa nak je rejam dgn pasir.

    ReplyDelete
  8. hahaha...tak fokus la nt org saf blakang ko nak smyg jumaat sbb nmpk spender..haha

    ReplyDelete
  9. hehehe.

    salam jumaat. info + lawak2...

    ReplyDelete
  10. tak dapat dibayangkan camne lah orang lain cakap pasal nampak spender tergantung-gantung tu. hihihi.

    ReplyDelete
  11. hihihihi.. lawak hari Jumaatlah ni, mesti pagi tadi ternampak jubah tu dalam almari, kan.. kannn

    ReplyDelete
  12. Hahaha...alaaaa bang, pakai lah jubah tu ai nak tengok...mesti cekci kan.... pitammm....

    ReplyDelete
  13. arwah ayah aku suka pakai jubah gi masjid.. hari2 dia berjubah gi masjid. Masa lepas dia meninggal.. byk jubah2 dia sedekah kat budak2 tahfiz.. ada yg dia x sempat pakai pun ada.. tp ayah aku kalau pakai jubah dia pakai seluar panjang kat dalam.. tak pernah lak dia buat peel mcm ko sarung jubah semata2 spender je kat dalam.. hahahahahaha. aku malas nk bayangkan mcm mana kelihatan ko masa tu tapi tetap aku terbayang.. dh tu aku byg ko pakai spender merah terang benderang nampak.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. kahkahkah lain kali pakai gstring ikar

    ReplyDelete
  15. nokharun.....saya suka tang sembahyang mayat dier rukuk tu!!.....kah kah kah!!....gelak-gelak kasi jatuh lemak 5 gram.....kah kah kah!!...

    ReplyDelete
  16. Ya sheikh macam mana bleh ternampak itu bayang2... Sib baik la ko alert pd jelingan sekeliling... Buat nya lepas tu ko terus jalan2 ke alam sentral tu.... Huh! Naya!....

    ReplyDelete
  17. Ya maulana.. ini cerita bikin ana gelak ada rasa sakit dada.. kakaka..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...