Assalamualaikum..
Kenapa orang pergi shopping mall, restoren dan pejabat boleh parking kereta elok-elok ikut petak yang disediakan atau sekurang-kurangnya parking kereta tempat yang dilarang pun masih lagi tak menyusahkan orang. Kemudian jalan kaki jauh-jauh, naik turun lift dan tangga untuk sampai ke tempat tujuan.
Tapi bila parking dekat Masjid dan Surau untuk bersembahyang, mereka cenderung untuk parking sesuka hati, block kereta orang sana sini, parking di bahu jalan sampai orang nak masuk simpang pun jadi perlahan. Parking dekat Jalan 2 hala sampai jadi jalan sehala?
Kenapa masalah macam ni berlaku? masalah yang sangat ironik, engkau pergi shopping atau buat urusan dunia tu boleh ikut peraturan dan menjaga sesama hati insan, tapi bila buat urusan ibadah, terus tinggalkan peraturan dunia dan terus menjadi seorang manusia yang menjengkelkan.
Kenapa masalah macam ni berlaku?
Kerana mereka merasa syok sendiri, kerana mereka rasa nak masuk syurga hanya perlu jaga urusan antara dirinya dengan tuhan, tidak perlu sesama insan. Mereka lupa Hablumminallah Habluminannas. (Tali Ikatan dgn Allah, Tali Ikatan sesama manusia)
Kerana manusia fesyen parking sukahati ni bila baru mula dapat semangat nak mendekati agama, mereka fikir manusia lain yang belum ada semangat itu lebih hina dari mereka.
Mereka sedang kejar syurga, "Orang yang tak pergi masjid ni jangan nak marah aku yang nak ibadah di rumah Allah. Korang maqam rendah, korang jangan bising. Serban aku besar, aku oleh parking mana aku suka"
Jangan bagi alasan parking tak ada, Parking bersepah cuma bila nak sembahyang, semua nak parking depan pagar surau. Kalau boleh, keluar kereta terus nak sampai depan kepala paip wuduk.
Atau
Pihak Berkuasa perlu letak pagar palang automatik di parking Masjid dan surau, siapa yang parking sesuka hati, kereta akan disaman atau ditunda, Nak parking kena ambil tiket macam parking shopping mall, baru orang yang ke masjid nak belajar konsep parking elok-elok dan tidak memudaratkan sesama insan?
*******************tamat****************
p/s I Aku dah perhati lama dah Surau dekat kawasan seksyen rumah aku ni dengan seksyen jiran, nanti aku ambil gambar, aku update bukti.
p/s II Sebab tu aku suka bawa motor skuter bila nak berjemaah dekat surau dan masjid, lebih santai dan senang parking. Cuma zaman moden ni banyak manusia manja, nanti adalah cakap "naik motor nanti kena hujan demam, sebab tu naik kereta"
p/s III Parking sesak masa solat jumaat kita sedia maklum, sebab terlalu ramai jemaah, tapi masih tak boleh compromise yang pesen parking tengah jalan, sampai trafik normal tak boleh jalan. parking lah bahu jalan! itu pun nak kena ajar ke?
print entry ni pastu tampal kat kenderaan yang jenis tak faham bahasa tu..
ReplyDeletebukan sahaja tak ada disiplin masa parking nak ke masjid tapi juga tak ada disiplin bila parking nak ambil dan turunkan anak depan sekolah... itulah orang kita..
ReplyDeleteitu dinamakan bangsat
DeleteMAk aih pecah rekod nih pendek betol la entri
ReplyDeleteamboii..marah betul ni..hehehe..
ReplyDeletetapi itulah realitinya kan? yg paling aku tak leh terima tu parking kat tengah2 jalan atau parking kat jalan 2 hala jadi sehala tu..ntah apa dorang fikir pun tak tau..memang penting kan diri..huhu..
emm? betul jugak ape ko cakap...
ReplyDeletehri tu bru tgk n dgr isu ni diutarakan kt nasi lemak kopi o.. diorg parking ikut suka je, xfkr pun org lain... dungu
ReplyDeleteAku ingat aku jek yang membebel pasal parking nih..
ReplyDeletehttp://ketuk-keyboard.blogspot.com/2013/01/bertimbang-rasalah-sikit.html
bangsa lain tgk melayu/islam punya perangai pun geleng kepala...membebel sbb area masjid,surau...jalan sesak..
ReplyDeletebiasa kalau solat jumaat yg sesak2 parking mcm ni. tp ikut kapasiti jugak. kadang tgk kat masjid, mmg smpai kejauhan orang parking dan menapak. set2 x aware je yg parking sesuka hati block sana sini. but mmg pemandangan biasa kalau kereta parking 2-3 layers masa solat jumaat. kalau masjid nak sediakan parking bertingkat pun, penuhnya time2 solat jumaat.. or solat terawih awal2 minggu sj. dah lps2 tu hari biasa rasanya xseramai tu yg dtg. kihkih
ReplyDeletekenapa muslim di singapura tahu hormat parking tak block kereta orang dan parking tepi jalan tapi org muslim malaysia x ikut undang undang... cth bila block kereta orang, rumah orang dan jalan raya... mintak polis ambik tindakkan saman... ini kurang ajar... bila org kurang ajar balik bagi alasan... aku sembahyang jln kaki boleh... cuma alasan dan x tahu hormat undang undang la...
Deletekerana tanah tak cukup. belum pernah lagi terjumpa masjid yg kat bawahnya ada tempat parking bertingkat..hehe
ReplyDeleteaku kalau jenis yang block jalan tue, nak nak driver dia ada lagi dalam kereta, aku saja jer himpit rapat rapat... guna kereta kompenilajh tapi.. koh koh koh
ReplyDeleteikar, nak gune post ni untuk bahan bacaan dekat masjid boleh? nanti aku linkkan nama blog kau dekat brochure aku tu ok? kalau tak boleh takpe..
ReplyDeletemacam nak pegi dating vs nak sembahyang la kan.. kalau nak dating, nak semat2, wangi2.. nak sembahyang.. sekadar tutup aurat, cukup syarat. Baju kembang macam gaun pun belasah... kain pelikat dah tak nampak corak pun tak kisah. Macam tu la di umpamakan kisah parking kat masjid vs parking kat pasaraya ni kan Nyah
ReplyDeleteP/s : Nyah tiap kali clik blog ko mesti aku terharu sebab ko la kawan blogger yg plg setia guna header hasil seni aku. hahahaha..
Tepat sungguh entry ni...you've said it all!
ReplyDelete