Assalamualaikum..
Semalam 31/12/2012 adalah tarikh yang dramatik apabila aku telah jual kereta Toyota Corolla Ae92 SE limited Edition aku. Ia begitu dramatik kerana tarikhnya menunjukkan seakan-akan penutup tahun 2012 ini aku menjual kereta yang aku dah pakai 2 tahun dan move on ke peringkat lain dalam hidup.
Dulu aku ada cerita pasal Kereta lama aku Mazda 3 yang total lost dalam eksiden, lepas tu aku beli Toyota Corolla tu buat pakai sementara. Aku beli cash RM 9600. Buat masa 2 tahun itu aku dapat rasa lah hidup sebagai orang yang bebas hutang kereta ni macam mana, setiap bulan tak perlu fikir nak asingkan duit gaji untuk installment kereta, tak payah nak pergi bank.
Tapi macam mana pun, kehendak kadang-kadang berjaya mengatasi kemahuan, dan aku sendiri dah rasa kurang seronok bawa kereta tu atas sebab kondisi dah semakin tua dan lunyai. Tahun 2013 aku perlukan semangat dan perspektif baru. Tak payahlah ayat nak drama sangat kan? padahal nak tukar kereta je pun.
Aku jujurnya bukan sayang dan sentimental sangat pada Toyota Corolla tu, cuma aku sayangkan status aku sebagai seorang yang berkereta dan bebas. Tapi makwe aku cakap..
" sometimes, In order to gain some, you must got to lose some"
Maksudnya "kadang-kadang, dalam nak mendapatkan sesuatu, kau terpaksa korbankan sesuatu" terer pulak dia cakap orang putih kan, tak rugi hantar belajar sampai universiti.
Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman sikit pasal urusan jual kereta dan tukar hak milik ni. Sebab aku tengok ramai sangat orang yang kena tipu dengan penjual kereta ni.
Aku dah 2 kali berurusan tukar hak milik kereta iaitu masa beli toyota corolla tu, dan masa jual semalam.
Beberapa tips dan kronologi tukar hak milik.
1. Sebelum jual kereta, kau mestilah iklankan. Kaedah yang paling berkesan sekarang ni adalah mengiklankan kereta di Mudah.my
2. Masa letak harga tu, kau survey dulu kereta yang lebih kurang sama dengan kereta kau dan tahun dia. pastu ikut suka kau lah nak letak lebih tinggi atau lebih rendah.
3. Bila ada orang nak beli, masa dia tengok kereta tu, ingat satu polisi ni. "Honesty is the best policy" kau jujur je cakap kereta tu ada masalah apa, ada kelebihan apa, jadi pembeli akan rasa selesa dengan kau. Kau pun dah ikut salah satu Sunnah Nabi, dan tuntutan kejujuran dalam agama.
4. Jika pembeli bersetuju, kau boleh lah mintak deposit, ikut kehendak kau, nak 500 boleh, seribu boleh. Kalau pembeli tu yakin dgn kau, dia bayar penuh. (beli cash)
5. Lepas tu kau bawalah kereta ke PUSPAKOM, untuk urusan Inspection kenderaan, bagi urusan tukar milik. Kosnya RM 30 saja bagi kereta persendirian. kalau suruh Agent/Ulat/Kaki/Used Car buat, dia akan caj kau kos inspection puspakom sampai RM90.00, punya banyaklah markup.
6. Padahal bukan lama dan susah mana pun nak uruskan Inspection (B5) puspakom ni, bawah ni aturan dia.
- Booking tarikh inspection
- beratur dengan kereta di kawasan beratur
- Bawa Geran
- Bayar RM 30.00
- Isi borang ringkas
- masuk dalam Line Inspection dan kau lepak tunggu dalam setengah jam
- Tunggu result.
- kalau lulus boleh proceed tukar nama,
- kalau gagal kena jumpa supervisor puspakom untuk runding. Ubah apa yang buatkan gagal. selalunya tayar botak, Tinted hitam, brek tak makan, kereta potong, enjin chasis lain.
- Pemeriksaan Puspakom = RM 30.00
- Tukar hak Milik di JPJ = RM 100.00
- JUMLAH = RM 130.00
![]() |
| Tinggal kenangan, 2010 - 2012, Toyota Corolla Ae 92, Se Limited edition, mengajar aku erti kehidupan dari perspektif bukan Norm org 'bermewah-mewah' |
![]() |
| Menjadi peneman aku selama 2 tahun, susah senang, tersadai dan mendesup laju, Jumpa klien deal juta-juta. singgah beli nasik lemak tepi jalan. pergi Dating dan macam-macam lagi. |



220 ko untung tu, boleh la blnja aku makan..kekeke..
ReplyDeletemeh la datang shah alam ni, aku belanja kau nasik kandar shila.
Deletehai. saya duduk sh.alam.
ReplyDeletebole la belanja nasi kandar shila. mana nak jumpa?
kakakaka
bukan nasik kandar shila. tapi nasik kandar, shila. Sebab nama misssenget tu Shila. hahaha
Deletesemoga tahun baru ini memberi lebih banyak rezeki untuk awak. insyaallah. selamat tahun baru abam blogger yang disayangi selalu ;)
ReplyDeleteSelamat tahun baru kat awak jugak, terima kasih pembaca blog yg sangat disayangi selalu.. :)
Deletehewhew.. boleh bookmark ni post ni. lagipun, xbrapa faham sgt pasal urusan jual beli kereta.
ReplyDeleteNak jual kereta gak ke?
DeleteBerapa banyak p/s daa...
ReplyDeleteIdentiti jidin, identiti.
Deletebro....tahun baru kena berani sikit mencabar diri baru mari!
ReplyDeletetu la, azam 2013 ni kena jadi lebih berani.
Deleteorang lain tukar ganti kereta aku ni Nyah lagi kesian.. asal aku buka mulut cakap nak belajar drive (aku pernah belajar dulu bawak keta kancil akak aku yg dh jd sejarah pun.. keta kancil yg berjasa kt aku tu pn x tau dah wujud lg ke tidak).. aku akan dapat balasan gelak yg buat hati ku bagai sambal belacan di tumbuk lumat. hahahahaha. Selalu laki aku pertikaikan sampai ke nak tekan padel kat bawah?? Yelah.. yelah.. kena paham & sedar diri kan?? keta dia tak sesuai utk aku..
ReplyDeleteengko ni pendek sangat ke Nyah? aku teringin nak tengok pendek kau takat mana? sampai pijak pedel pun tak sampai. ahahaha
DeleteSalam Bro,
ReplyDeleteJust nk tanya pasal proses tukar hak milik kenderaan nie. Owner baru kena datang sekali x tandatangan borang K3 ni depan pegawai JPJ?? ke xpyh bawak owner baru?? Lagi satu insuran must hidup x time tukar nama nie?? kena bawak cover insuran sekali ke?
Tak payah owner baru pun takpe, yg penting owner lama kena sign K3, pastu buat pengesahan IC. bagi pengesahan IC dan K3 tu, nanti owner baru boleh buat proses tukar milik bila2 dia nak dalam masa sebulan. sebab B5 (puspakom valid sebulan je)
Deletepengesahan ic owner lama tu kena buat cmne bro? owner lama kena sign depan pegawai jpj ke? atau kena dapat kan cop pesuruhjaya sumpah ke?
DeletePengesahan ic tu boleh buat kat JPJ, amik borang pengesahan Ic kat kaunter, pastu potostet ic depan belakang, kerat ikut mcm ic, tampal atas bawah kat templet borang tu, pastu jumpa pegawai jpj,(dia ada tunggu dlm bilik khas kecik) dia tgk ic sama, pastu dia cop dan sign, selesai.
Deletemeans kena bawak ic original owner lama untuk pegawai jpj buat pengesahan?
DeleteSelamat tahun baru, Ikar. Jgn lupa nanti post gambar kereta baru..
ReplyDeletesemoga mendapat pengganti yg lebih baik di tahun 2013 ini & semoga di tahun ini juga perkataan makwe tu akan bertukar kepada isteri ;-))))
Selamat Tahun Baru akak! ok nanti dah ada keter baru saya upload ok, pastu pasal bini tu, dah kawin nanti saya upload gak. hahaha
Deleteyeahhh..aku pon start 2013 berenti kerja ni. kilang biskut ko nak pakai orang tak wei?
ReplyDeleteselamat taun baru zul!
selamat tahun baru Min! ada je nak pakai orang, meh la mohon.
Deletep/s update la cepat2, rindu nak baca entry baru ko la kak.
Terima kasih atas tunjuk ajar..mmg nk jual keta pon..mmg berbaloi buka blog ni setiap pg seblum pi school #arisa#
ReplyDeleteSama-sama. Ni cikgu ke student ni?
DeleteAssalamualaikum & salam tahun baru, saudara Zulfikar,
ReplyDeleteKalau hendak tukar motorsikal macam mana pula, simple ke atau macam nak tukar kereta juga ke prosesnya sebab saya pun ingat hendak tukar motorsikal juga pada tahun baru ni ....
ha'ah.. aku pun tukar nama buat sendiri jer.. tak payah upah orang.. jimatttt ~
ReplyDeletegood tips..boleh apply jugak untuk kes moto kan?
ReplyDeleteMcm tu rupanya. .klo dasar ibu sahlah suh agen yg buat nt.btuah deme kaut untung ats angin je.hm ni xsabo plak nk tgu nx entri :) sound sgt relevan utk pemilik kete spesis ibu yg cuma tau m2u instalment je.huhu
ReplyDeleteLps inpction keta kt jpj ok...kna g bt insurans owner bru la ek klu insurans lama etiqa kna p pjbt etiqa gak kew?
ReplyDelete