June 1, 2012

Ekonomi dan Ikan Kembung.

Assalamualaikum...

Petang tadi aku pergi kedai runcit seksyen lapan untuk beli barang basah. Ikan kembung, Ayam seekor, Tomato dua biji, Halia, daun sup bawang dan sup bunjut adabi. sudah tentulah menu aku petang semalam adalah sup ayam, ikan goreng dan air asam.

Aku sangat terkejut apabila ikan kembung tu harga sekilo RM 18.00. dah sampai level-level ikan A, aku bukan tak biasa beli ikan. Dari kecil memang tugas hakiki aku kat rumah pergi kedai beli barang dapur. Ikan kembung pada zaman 90-an dulu baru RM 7.00 sekilo. Pada awal 2000 baru harga dalam RM 9.00 dan paling tinggi pun dalam RM 11.00/kg.

Apakah yang mendorong berlakunya fenomena barang basah naik macam ni sekali? adakah salah kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan pusat, salah Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri Selangor, Peniaga, Pembeli atau salah Ikan itu sendiri yang meletakkan harga yang tinggi bagi dirinya?

Bila aku bawa skuter pulang ke rumah, aku mengimbau kenangan lalu belajar ekonomi asas dengan abah melalui analogi Ikan Kembung di Bandar Baru Selayang.

Ikan Kembung, Ikan Grade B yang paling sedap bagi aku, paling sedap buat  gulai tempoyak, asam pedas, asam rebus nenas, Goreng panas2 luar garing dalam lembut, bakar cicah air asam!

*******************************

Pada masa tu tak silap aku penghujung 1997, masa tu aku baru pindah ke Bandar Baru Selayang dari Kampung Sungai Tua Baharu.

Semuanya bermula apabila abah asyik bercerita pasal pasaran saham yang merudum selari dengan harga ikan kembung yang naik pada tahun itu. Lantas aku bertanya..

" Abah macam mana harga saham boleh naik turun, ikan kembung boleh mahal murah?"

" semua ni sebab pasaran ikar!"

" tapi siapa yang control pasaran? kerajaan ke orang tukang jual ikan tu abah?"

" Harga barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Demand and supply, meh abah bagi contoh"

1. Stok Ikan kembung sikit, permintaan banyak, Harga Naik.

Katalah pada tahun ini ikan kembung tak banyak, Penjual Ikan BBS ada 10 ekor saja ikan kembung. Tapi ada 100 orang  penduduk Taman nak beli ikan kembung. Jadi jika ikan kembung tu selalunya sekilo jual RM 9.00, maka penjual ikan akan naikkan harga sampai sekilo Rm 12.00.

Dia tahu, walaupun dia naikkan harga ikan kembung sampai Rm 12.00/kg pun orang akan beli, katalah 20 orang merungut taknak beli sebab mahal dari harga biasa, dan 20 orang ini akan boikot ikan kembung, tapi ada 80 orang lagi orang taman akan beli ikan tu sebab mungkin bini mengidam ikan kembung, anak tak boleh makan ikan lain kecuali ikan kembung, atau memang jenis banyak duit tak peduli harga naik RM 3 / Kg pun tak kisah. Janji beli.

Jadi Permintaan dari 80 orang ini yang akan menaikkan harga ikan kembung sebab mereka redha dengan harga yang tinggi itu, dan Penjual ikan akan mendapat faedahnya.

2. Spekulator Ikan Kembung. Ikan Kembung banyak, tapi harga tetap tinggi.

Katalah AH Chong si penjual ikan ni ada banyak sangat duit. Duit Berkoyan-koyan taktau nak buat apa, di samping itu Ah Chong ada Cold Room yang besar, Fasiliti kedai yang besar. Maka Ah Chong boleh menjadi kapitalis sejati.

" kejap kejap ikar, Kapitalis tu apa ikar?"

" kapitalis adalah Pemodal, dia ada duit banyak, duit banyak adalah modal, modal banyak membolehkan dia beli stok banyak dan dia boleh simpan, dia boleh wujudkan kekurangan (Shortage)"

Walaupun pada musim itu Ikan kembung banyak, tapi Ah Chong seorang penjual monopoli di BBS, Jadi Ah Chong akan gunakan duit modal dia beli Ikan kembung dekat pasar borong sampai habis.  kemudian dia akan simpan semua ikan kembung dalam Cold Room dia, Katalah sebanyak 2 tan ikan kembung.

Ah Chong akan keluarkan ikan kembung dia sedikit demi sedikit, katakan sehari 10 kilo ikan kembung saja, maka walaupun pasaran borong ikan kembung itu banyak asalnya, disebabkan sikap tamak Ah Chong sebagai kapitalis yang manipulatif, dia telah berjaya mewujudkan keadaan kekurangan Ikan kembung dengan cara memborong semua ikan dan kemudian mengawal pengeluaran.


3. Spekulator jahat. Membunuh Pesaing, melambakkan stok (surplus)

Jika ada peruncit yang baru nak berjinak-jinak berniaga di BBS, Ah Chong akan busuk perut, Ah Chong akan mencuba untuk membunuh pesaingnya agar dia kekal monopoli di BBS.

Ah Chong dah borong banyak ikan kembung di pasar, kemudian simpan dalam Coldroom kan? apabila Makcik Jemah (peruncit baru) cuba menjual runcit ikan kembung pada harga pasaran. Ah Chong akan keluarkan semua ikan kembung dalam store dia dan jual murah.

Disebabkan Ah Chong borong ikan kembung tu pada harga murah sebab beli banyak, Ah Chong boleh jual pada harga lebih murah dari Mak jemah. Katalah Mak jemah beli ikan kembung 200 kilo dengan harga RM 7.00/Kg, Ah Chong pula beli 2 Tan ikan kembung pada harga RM 6.00 / Kg, Jadi Ah Chong boleh jual ikan kembung pada harga RM 7.00 / kg lantas membunuh  perniagaan Ikan Kembung Mak jemah.

Mak Jemah sudah tentulah tidak boleh jual ikannya pada harga Rm 7.00 sekilo sebab dia beli pun Rm 7.00, kalau dia jual rugilah dia. Jadi membusuklah ikan kembung dia dalam gabus ikan sebab dia jual RM 9.00 /kg.

Pada waktu ini, pengguna yang untung sebab ada persaingan dari peruncit, maka harga mula turun mendadak.

4. Kekuatan Pengguna, Menurunkan permintaan, melambakkan Ikan kembung, menurunkan harga.

Pada satu hari, penduduk di BBS merasa letih ditindas oleh Ah Chong, lantas mengadakan mesyuarat untuk memboikot ikan kembung di sana.

Orang tua-tua kata, bersatu teguh bercerai roboh.

Ah Chong mengurangkan stok ikan kembung lantas memanipulasi harga pada takat RM 12/Kg, semua penduduk telah hantar sms sesama mereka supaya jangan beli ikan kembung Ah Chong. Maka hari pertama tiada orang beli ikan kembung, ikan kembung makin kurang segar, hari kedua ikan kembung mula lembik perut, hari ketiga mata ikan kembung merah, hari keempat insang ikan kembung mula menghitam, hari kelima perut ikan kembung pecah.

Masa itu barulah Ah Chong terpaksa turunkan harga ikan kembungnya sebab dia taknak rugi, dia menurunkan ikan kembung dari RM 12.00 / kg ke harga asal pada tahap surplus iaitu RM 9.00 / kg. Pada masa ini terpulang pada pengguna nak beli ikan kembung itu atau teruskan memboikot untuk memberi pengajaran kepada Ah Chong.


Graf Equilibrium, demand & supply, Shortage and Surplus dan anjakan lekuk mempengaruhi penetapan harga yang baru.


5. Adakah Kerajaan boleh masuk campur untuk mengawal harga ikan kembung dari dimanipulasi oleh Ah Chong?

Ya, boleh!

"bagaimana?"

a) Harga Siling (penguatkuasaan)

Kerajaan boleh menetapkan harga Siling pada ikan kembung tersebut, Ahli Parlimen bersidang dan membuat akta bahawa ikan kembung hanya boleh dijual paling mahal (maximum) pada harga RM 10/Kg. Kalau Ah Chong jual pada harga lebih dari itu maka kerajaan mempunyai kuasa untuk mendenda ah chong samada saman, penjara atau menyita stok ikan kembung dia.

" adakah kerajaan kita sekarang pernah aplikasikan perkara ini?"

" ya pernah, pada contoh klasik harga siling ayam, cili merah, bawang dan ikan kembung pada musim perayaan, Selain itu kerajaan meletakkan harga siling pada tepung gandum bergrade asas, minyak masak, gula dan beras sepanjang tahun"

" tapi kenapa aku beli gula, beras semua masih mahal? kau tipu aku ye Ikar?"

" iyalah, sebab kau beli gula halus kastor, beras wangi super siam, minyak jagung mazola, kalau kau selalu mengeluh tak mampu kau belilah barang yang bergrad asas yang harganya dikawal. Ni kau mengeluh tak mampu tapi selera datuk!"

b) Pemberian subsidi

Kerajaan pusat ambil duit cukai negara, pendapatan dari Petronas ke, pinjaman ke atau apa saja dan kemudian bayar kepada Tokey Ikan kembung, Gula, Minyak, Beras.

Katalah harga modal ikan kembung adalah RM 7.00 sekilo, Harga runcit pula RM 11 sekilo, Jadi kerajaan kesian, maka dia keluarkan duit berbillion-billion dan bayar pada pemborong paling besar di Malaysia secara pukal. Maka Harga yang rakyat bayar pada peruncit adalah RM 9.00 sekilo, baki RM 2.00 lagi dibayar oleh Kerajaaan.

" adakah sistem subsidi ini pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia Ikar?"

" Pernah dan masih dilakukan kepada Minyak masak, Gula, Tepung, Beras, Susu, Petrol dan beberapa lagi, kalau korang tak percaya korang pergi luar negara, jangan jauh, pergi saja melancong ke Thailand, Singapura dan Indonesia, korang tengok harga runcit barang kat atas ni kat sana. semua mahal-mahal belaka"

" Tapi kenapa kerajaan tak bagi subsidi kepada semua benda? kan itu semua duit rakyat?"

" Kalau bagi subsidi untuk semua benda maka negara kita akan muflis, takde duit nak bayar gaji doktor, nurse, engineer, bomba, polis, menteri, cikgu, takde duit nak repair jalan, sekolah, RTM, lampu jalan, hospital, bla bla bla bla bla bla..."

" tapi itu kan tanggungjawab kerajaan?"

" kerajaan kita adalah demokrasi dan kapitalis, kita semua yang nak macam ni, kalau nak semuanya dikawal kerajaan maka kita semua kena bersetuju untuk menukar sistem negara kepada sosialis dan komunis macam Cuba, China, Korea Utara dan Rusia, semua industri adalah milik kerajaan, dan rakyat hidup samarata."

(hal cara hidup rakyat China dan tumbangnya sistem komunis akan dibincangkan di isu lain)


6. Ikan Kembung dah banyak, Manipulasi Spekulator Ah Chong sudah tiada, tapi harga masih mahal.

Tiba-tiba ikan kembung dah banyak balik, Ah Chong pun dah Insaf, dia jual pada harga berpatutan iaitu RM9.00 / Kg, tapi Harga Ikan kembung masih meningkat mahal, kenapa?

Sebab Inflasi!

" Apakah itu Inflasi Ikar?"

" Inflasi adalah penurunan nilai matawang di dalam pasaran"

Katalah Ah chong ada 1 tan ikan kembung, Tapi pada masa itu ekonomi boom, semua penduduk BBS jual saham dan tiba-tiba ada RM10,000 dalam poket mereka.

Pada waktu susah / biasa, penduduk BBS beli Ikan Kembung nak buat lauk pada kadar sekilo untuk 3 hari, tapi disebabkan dalam poket mereka ada RM10,000 maka mereka mula menjadi tamak dan pemboros. Mereka takde masalah nak beli ikan kembung sebanyak 3 kg untuk makan 3 hari.

Sebenarnya mereka makan 2 kilo, tapi sekilo lagi membazir pergi goreng dan gaulkan untuk bagi makan kucing. Sebelum tu elok je kucing makan kepala ikan belen-belen. Disebabkan boros berbelanja ini maka harga ikan kembung akan naik, sebab Ah chong mula nampak pattern penduduk yang tidak berkira dalam berbelanja, main keluar je duit dari poket, Sedaplah Ah chong jual Ikan kembung pada harga RM 13.00/Kg walaupun Stok Ikan kembung hakikatnya melambak di pasaran.

Nampak tak perbezaan dia? beza dengan harga naik sebab shortage (stok takde) . Situasi ini jadi bila stok banyak tapi harga tetap naik sebab inflasi, inflasi jadi sebab pengguna bongkak, sombong, membazir, boros, eksyen beli taknak tanya harga konon tak berkira malu nak nampak macam orang susah.

***************************

Kesimpulan?


Kesimpulannya, Harga Ikan kembung dan Barang runcit naik mendadak dekat Seksyen 8 Shah Alam sebab dua perkara utama

1- Inflasi mikro - sebab pengguna seksyen 8 Shah Alam ramai yang perasan datok, takde sifat tawadhuk, ikan mahal pun beli jugak, taknak boikot dan menyuarakan hak sebagai pengguna. Pengguna Shah Alam kurang sifat berjimat dan berkira-kira, tak pecaya korang pergi Pasar Basah Seksyen 6 Shah Alam, tengok yang datang beli semua kereta mewah, jenis beli ikan main tunjuk-tunjuk tak tanya harga, beli bungkus dan bayar.

2. Monopoli - Seksyen 8 jalan Liku hanya ada satu kedai runcit yang jual barang basah segar, dulu ada kedai runcit pisang tapi dah pindah sebab tuan kedai nak ambil balik kedai buat berniaga lain. Sekarang, nak taknak penduduk seksyen 8 malas nak pergi seksyen lain yang jauh maka Ikan kembung RM18.00 sekilo pun pejam mata beli.


31 comments:

  1. Ko beli berapa ekor ikan kembung tu..??








    selera datuk betul..! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sekilo je Terompah oi, Mak nak sangat, nak masak asam pedas katanyeee

      Delete
  2. wah.. bagusnya penerangan ko ikar. aku yg blur2 pun leh paham. walaupun panjang berjela-jela, baca dengan dahi kerut, tp last2 boleh paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kau boleh paham, Tuhan pesan terputuslah anak adam dengan dunia bila dia mati kecuali tiga perkara

      1. Sedekah jariah yg berterusan
      2. Ilmu yang dimanfaatkan
      3. Anak yang mendoakan kedua ibu bapanya.

      Delete
  3. memang comot..

    thanks ikar for this entri.
    semalam aku g paso takdelah pulak harganya sampai sekilo RM18 aku rasa kat tempat ko je kot..
    wei kalau kat sarikei lagi melampau harganya, aku rasa nak ngadu kat KPDN aje tapi kang tak dilayan pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aku dah kabor ke kau yang tempat aku ni mengalami Inflasi Mikro noi.. pening aku dengan budak2 shah alam ni lah!

      Delete
  4. heheee...tengok gmbr 'keluk ekonomi' tu teringat zaman matrik dulu time mula2 belajar ekonomi...Ya Allah nk nangis study keluk tu xpaham2...nk masuk sem 2 Alhamdulillah, bila raji study buku ekonomi STPM yg tebal tu, n cuba paham btl2, baru phm! hehe

    great, ur explanation to relate the price of fish with the economy! klau dulu lecturer bg situasi cmni sekali dia ajar je trs phm...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekonomi ni seronok kalau kita minat Azz, masa dulu kawan2 tanya pasal surplus shortage semua, saya jawab mcm ni lah kat diorang... :)

      Delete
    2. Saya mohon copy paste this entry kat blog sy ea...moga2 sape yg tgh nk faham keluk ekonomi ni tp blm jugak phm lagi, InsyaAllah blh phm dgn sekali baca je...hehe...

      Thanks again n wonderful writing... :)

      Delete
    3. http://nalurimurni.blogspot.com/2012/06/subjek-ekonomissh-nk-paham.html

      Delete
    4. okey, permission granted :)

      Delete
  5. walaupon panjang berjela tapi senang paham. related pulak dengan apa yang saya amik kan. ada bakat jadi lecturer ni! hihi.

    comot comot pon comel jugak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang paham kan? nanti masa study ACCA tu guna jugak method analogi mcm ni untuk pahamkan benda yang rumit tau.

      tahun depan ingat nak apply lecturer la awak..

      saya tau saya comel, saya tau! buweeekkk

      Delete
  6. alah takde comot manapun muka ko.. sama je dgn gambar2 yg lain.

    Aku bab harga ikan.. harga barang basah memang aku x tau sgt sbb aku tau order kt laki aku je sblm dia balik keja. dia la akan bershopping barang2 basah. Yg aku tau Giant, Econsave lebih mahal harganya berbanding tesco sebab tu aku byk beli brg2 kt tesco..

    P/S : Kucing aku kat kampung tak main la makan kepala ikan belen2 org makan tak habis.. setiap hari ada peruntukkan ikan kembung yg fresh di rebus & di gaul bersama nasi panas (bukan nasi semalam @ nasi2 tak abis) utk dorang makan. Tak campur lagi makanan takhkala penjaga dorang malas Whiskers bagai tu.. Adik aku ckp kucing aku skrg makin demand.. tak main la yg x de brand. tak makan beb! yg kecik2 nak yg whiskers junior.. Alhamdulillah rezeki dorang ada. Tp akak aku yg no2 la support semua sebab dia je yg tggl ngan mak aku kt kg & dia amat peka terhadap kucing2 kt umah aku. Dia sanggup marah sapa2 yg cuba halang kucing aku tido atas kusyen.. @ skip bg makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing aku kat rumah ni samalah, makan ikan masuk dalam microwave oven!

      kucing belakang dapur pulak makan perut ikan dgn Whiskas! mengada betul, nasib baik kami suka kucing. takpe bersangka baik, mungkin ada doa dari kucing2 tu kan suria kan.

      Delete
  7. ciss....ngaku je la kau dah kembung derrr...ape susah sangat...kah kah kah...

    ReplyDelete
  8. halamak..tetiba rasa kembali ke alam form 6 (subjek ekonomi makro & mikro)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglahlah belajar awal, saya dulu belajar masa Diploma, ekonomi asas. hehe

      Delete
  9. HAhha, ingt balik masa blaja subjek eco lu, banyak betul la keluk2 bagai, ade bakat jadik lecturer nih, :D senang je paham,
    wuih mahal betol ikan kembong kat sana? peh3, pengsaaaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat tahun depan nak apply jadi lecturer la mumtaz!

      kenapa ramai orang belajar ekonomi tapi masih nak salahkan kerajaan pada harga naik mumtaz?

      Delete
  10. Makan je ikan bilis dr ikan kembung.habis crita.hehehe

    ReplyDelete
  11. banyak ilmu bila bica blog ikar ni. aku memang suka ikan kembung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah aku, aku suka sangat ikan kembung! org Perak panggil ikan temenung.

      Delete
  12. peh, kau dulu student ekonomi ke Ikar? power betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu student masak masak je Dale oi. eh kau ni Ardale ke? maksud aku Muhammad Adil Ridhuan ke?

      Delete
  13. akhirnya keluar juga entry pasal ikan kembung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak dah mesti akak ingat pasal ikan kembung ni. haha

      Delete
  14. pergh... pasal ikan kembong ko nilah aku baru faham apa itu spekulator ..benda2 ni suma ada dalam mainan saham..aku belajar main saham..he..he penyampaian ko nilah buat aku terus faham..kalo ikut bahasa buku haramm nak faham..

    ReplyDelete
  15. Wahh, bagus bagus. Mudah paham, terima kasih !

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...