November 9, 2012

Pakatan Kanak-Kanak

Assalamualaikum..

Dulu masa kecil, aku ada seorang kawan baik, kadang-kadang definisi kawan baik ini bukan terikat dengan masa. Ada orang kata nak mencari seorang kawan baik memerlukan kita bersama untuk masa yang lama dengan dia tapi bagi aku ia tidak semestinya begitu.

Dulu aku ada kawan dengan seorang budak ni nama dia Naqiudin. Aku rasa dah pernah sebut nama dia dulu dalam entry lepas. Naqiudin yang berhingus sepanjang tahun dan ada seorang kakak cun nama Nabila. Tapi korang perasan tak bila kita kecik kita selalu salah anggap kakak kawan kita cun, tapi bila terjumpa masa dah besar tak berapa cun? aku syak masa kita kecik dulu kita tak mahir menilai kecunan gadis.

Seingat aku,aku kawan dengan Naqiudin ni masa darjah 4 je, selama setahun itu aku rasa aku banyak mengumpul kenangan bersama dia, kalau aku tak jujur masakan aku boleh ingat nama dia dan kakak dia yang cun itu lantas mencoret kenangan di Blog?

Naqiudin budak baik, bukan budak nakal, dia bukan spesis aku yang main dekat padang permainan sampai nak azan maghrib lepas tu kena hambat dengan mak suruh balik. Naqiudin ni pesen kalau lapar nak makan nasik je terus dia balik walaupun kawan-kawan racun ajak main tangkap anak ikan dalam longkang.

Naqiudin selalu berhingus, hingus dia pernah diceritakan jika dikumpul mampu menjajar sepanjang tembok besar china sebanyak 7 kali, okey aku tipu. Tapi hingus dia memang tak kering-kering sepanjang aku kenal setahun dalam darjah 4.

Walaupun begitu, Naqiudin ni bersih sikit dari aku. Sebab masa aku kecik, mak aku selalu buat lawak dekat jiran-jiran...

" Ikar tu kalau pergi sekolah agama, aku tak taulah dia banyak belajar ke banyak main, asal balik rumah je baju uniform dah macam kertas bungkus belacan!"

Kadang-kadang mak aku cakap

" Aku tak tau lah Uniform ikar tu sebenarnya kaler coklat ke kaler putih, selalu nampak lagi banyak kaler coklat dari kaler putih "

Sekarang korang dapat agaklah dari mana aku dapat skill menyindir, orang kata mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, walaupun ada kawan-kawan cuba buat lawak,

"ala kuah boleh tumpah atas lantai apa ikar?"

Tapi bagi aku ia adalah satu yang hambar, sebab cuba kau tumpahkan kuah tu atas lantai dengan sengaja, aku tak tahulah macam mana mak korang, tapi kalau mama aku, dia besit dengan batang raket tanpa rasa bersalah walau sepicing.

*******************

Berbalik kepada cerita Naqiudin, di sebalik imej beliau sebagai budak baik, hidung hingus, anak emak yang comel, ada kakak cun dan muka ala-ala mat sentul, Naqiudin sudah melakukan jenayah sejak dari kecil. naqiudin mempunyai ketagihan main tikam!

Disebabkan konsep asuhan keluarga dia sama dengan keluarga aku iaitu budak sekolah tak boleh pegang duit banyak-banyak, maka Naqiudin harus mempunyai satu kaedah menyorokkan pendapatan dari industri tikam beliau.

Beliau harus menyembunyikan hadiah-hadiah yang dimenangi dalam permainan tikam. Dari Pistol air bergred made in china, pistol belerang peluru pita merah, pistol belerang peluru cincin ada 8 lubang, Wang Tunai, kapal terbang gabus, kereta kebal plastik, bommerang dan berbagai-bagai lagi.

Pada satu hari Naqiudin datang jumpa aku dengan muka yang sugul seraya berkata..

" Zul, aku ada masalah problem lah, aku pening nak setel masalah ni tau"

" Ha apa masalah kau naqiudin? cuba kau cerita kat aku "

" Aku ni kalau main tikam je kan, mesti selalu kena, aku rasa tangan aku ni luck lah Zul"

" Itu bukan masalah, itu nasib baik Naqiudin, benda macam tu pun kau nak pening, kalau aku ada tangan macam kau, entah-entah batu caves tu aku boleh menang main tikam"

" Masalahnya mak aku dah mula perasan aku bawak balik hadiah macam-macam ke rumah, hari tu mak aku tanya pasal pistol air tu, nasib baik aku cepat jawab yang aku pinjam kau punya, kalau mak aku tau aku main tikam, jenuh bontot aku kena tikam dengan dia"

"sedap je kau jual nama aku kan Naqiudin, Tapi betul jugak kan, masalah kau ni boleh merebak kalau kau tak setel awal-awal, jadi macam mana?"

" Aku rasa macam ni lah, ni Idea aku, apa kata aku sorok semua hadiah aku dekat pangkal pokok kelapa tepi rumah kau ni, nanti bila aku nak main, aku datang amik, okey tak?"

" Hish buat apa kau sorok dekat pangkal pokok kelapa, baik kau simpan dalam bilik aku je, nanti kalau kau nak main, kau datanglah mintak kat aku ok?"

" Waaaa bagus-bagus, sebenarnya awal-awal aku nak cakap macam tu, tapi takutlah pulak kau taknak subahat simpan barang tikam kan? kalau macam tu lepas ni, bila aku menang hadiah tikam je, aku bawak simpan rumah kau ye Zul"

" okey set, tapi aku tolong kau ni, apa untung aku dapat?"

" Macam ni, barang mainan yang aku menang tikam tu, bila aku dah bukak plastik, kalau kau nak main, kau mainlah, tapi kalau belum bukak plastik kau tak boleh main,kenalah aku rasmi dulu. Lepas tu kalau aku menang duit, aku simpan dekat kau, kalau aku menang seringgit, aku bagi kau seposen"

"Okey set, sebabkan ada untung sama-sama, aku setuju dengan cadangan kau, cepat cucuk jari, kita buat perjanjian darah!"

" tak payah nak perjanjian darah sangatlah zul, simpan hadiah tikam je pun, bukan simpan harta karun"

Tikam. Bayar seposen, ada hadiah dapat duit, ada pesen dapat mainan, tapi aku tak pernah menang mainan.

*********************

Bermula dari saat itu, aku pun jadi pengurus perbendaharaan barangan hadiah tikam Naqiuddin. Tak terkira banyaknya, dari sekecik-kecik hadiah gula-gula puting, sampailah hadiah senapang Trraa ta ta ta ta M-16 GI Joe.

Tidak kurang juga wang ringgit, kadang-kadang naqiudin selamba je bagi aku seringgit syiling emas kat aku suruh simpan, aku kadang-kadang mushkil jugak dengan dia ni, kalau setakat seringgit boleh simpan dalam poket tu, bawak balik jelah kat rumah. Sampai rumah simpanlah dalam tabung, dah banyak boleh beli kasut rollerblade. Sampai aku pernah tanya dia...

" oi naqiudin, kenapa duit menang tikam pun kau simpan dekat aku ha?"

" tak boleh bawak balik rumah, duit menang tikam ni haram!"

" eleh pandai pulak kau haram duit menang tikam, kau main tikam tak haram pulak"

" hehehe, biasalah zul nak hidup, lagipun mak aku selalu cek tabung aku, macam mana aku nak jawab kalau mak aku tengok tiba-tiba ada duit banyak dalam tabung aku? kang dia cakap aku mencuri duit orang pulak, dalam kata aku nak jawab aku menang tikam memang tak lah, mau mak aku rendam aku dalam sungai kertas!"

Pistol Mainan Peluru belerang Cincin 8 lubang , Impian paling  hampir bagi kanak-kanak untuk menjadi koboi jawa.

Pistol Mainan Belerang pita merah . Beli segulung pita merah, 20 belerang 10 belerang je bunyi, lain semua masuk angin.

Senapang Trraa ta ta ta ta M-16 GI Joe. bila tembak, dia bunyi tra taa taa taa taa ger cek ger cek traaa ta ta taaa taaa
Kapal terbang Gabus, Sayap boleh bukak, bila pasang tak hati-hati dia patah pastu kau gaduh dengan kawan.

*********************

Dipendekkan cerita, pada hujung tahun 1994, Naqiuddin datang jumpa aku, dia cakap bapak dia kena transfer kerja Terengganu, dia kena pindah. Maka dia telah mewasiatkan semua barang mainan hadiah tikam kepada aku. Aku ingat lagi aku pernah cakap dekat dia.

" Takkan hadiah menang tikam je kau nak bagi aku, kakak kau nabila tu taknak bagi ke?"

" Kau ni gila ke Zul? apa benda tah yang best kakak aku tu, aku pun selalu gaduh dengan dia, kau pulak nak, dahlah dia tu darjah 6, kau tu darjah 4. Gatal gila kau ni!"

Dan akhirnya aku pun berpisahlah dengan Naqiudin sehingga ke hari ini, walaupun aku hanya bersahabat dengan dia untuk masa setahun, tapi banyak kenangan yang aku dapat simpan dalam memori, menandakan bahawa ruang lingkup waktu bukanlah penanda aras keakraban seorang sahabat, tapi Hadiah Mainan Tikam dan kakak cun. Okey tak, bukan tu. Sebenarnya keakraban seorang kawan adalah apabila kau boleh bertolak ansur dalam memastikan sama-sama mendapat yang terbaik.

Hubungan aku dengan Naqiuddin bolehlah aku gelarkan sebagai hubungan simbiosis, sama-sama mendapat untung tanpa menjahanamkan salah satu pihak.

Hubungan itu juga bolehlah digelarkan Pakatan. Pakatan budak-budak main tikam. Budak kecik pun pandai tubuhkan pakatan, rasuah dan berpolitik, apatah lagi orang tua-tua, lagilah senang nak buat pakatan, asalkan hajat tercapai.

Cuma yang bezanya kami masa tu belum baligh dan hanya mumayiz, Kalau orang tua pun berpakat nak rasuah dan menjahanamkan bangsa. Elok mereka semua ditembak dengan senapang gajah.


**********tamat************


p/s 1 Lama-lama tak update blog nanti blog ini akan dilupai pula, Aku terlalu sibuk dengan kerja, bercuti dan hal-hal berkaitan. Empat hari di Kuantan, seminggu di Duta Vista. Kerja-kerja hakiki menguruskan kilang dan jualan biskut yang baru distruktur semula juga memerlukan masa dan tenaga yang tidak berbelah bagi.

p/s 2 Aku syak Naqiudin ni boleh jadi Akauntan, kecik-kecik dah belajar nak menyorokkan pendapatan dari diaudit.

p/s 3 Kalau Naqiuddin boleh jadi akauntan, aku boleh jadi apa?

p/s 4 dulu aku pernah try main tikam, tapi tak pernah nak menang hadiah best-best, jenis tangan takde luck. tapi adik-adik semua jangan main tikam ye, tikam itu judi, judi itu berdosa.

20 comments:

  1. teringat anak murid aku nama naqiuddin..kiut habis
    aku tak berapa minat main tikam-tikam ni..sebab mak aku tak bagi duit banyak agaknya
    ko cakap pasal persahabatan????aku dah nak start nangis lagi ni ikar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lah nangis, nanti sahabat baru kau jumpa dekat JB, tapi sahabat lama di sarawak itu masih berada di hati.

      lagipun kat JB nanti ada Mr jay boleh peluk musim sejuk hujan2 ni noi.

      Delete
  2. habis tu apa jadi dengan wasiat yang Naqiuddin tu..? kalau masih simpan sampai sekarang.. memang boleh jadi penjaga amanahler dak Ikar ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alkisahnya, barang2 tu semua tak tau pergi mana, sebab saya selalu pindah randah, apalah yang nak diharapkan pada budak 10tahun kak. hanyalah kenangan sebagai saksi. wakakakaka

      Delete
  3. Perghh....siap dapat barang warisan lagi. Tapi cm suka entri ni, sebab aku dulu pun kaki tikam, sebab asyik nak menikam jee...arah atok aku belikan satu papan menan tikam dan gantung kat belakang pintu bilik. Hambekk sampai melecet jari main tikam. Cuma tak syok lah kan, sebab tak boleh gaduh2. Kalah menang pun, dah nko sesorang je hadap...Cuma hadiah tikam dia tak delah dasat sangat, benda2 biasa...ni cerita tahun 1984...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 1984 kau dah main tikam. aku baru beranak, jadi kau memang abang nombol satu lah Mat!

      errm nak tanya kat PCM. ingat lagi tak apa hadiah paling besar bila dah bukak semua kertas tikam tu?

      Delete
  4. samalah dengan akak, tangan takde luck, huhuhu

    p/s : kalau Naqiuddin jadi akauntan, awak jadi ... urmm.. nanti akak fikirkan.. errr.. tak jumpa ke Naqiuddin ni dalam fb???

    ~ Kak Sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa awal2 main FB macam terserempak dgn dia, dia study UTM johor, tapi kak sari, dah berpuluh tahun berlalu, dan hanya kenangan setahun di 1994, apalah yg diharapkan akan bercambah ye dak?

      Delete
  5. semua mainan kat atas tu semua saya pernah main. saya pernah main tikam kat kedai jajan belakang sekolah. lepas tu lari turun bukit jatuh,habis lutut berdarah. agaknya tu balasan main tikam kot. kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya awak turun bukit tu pakai rollerblade, baru dia laju je terus ke rumah, takde jatuh berdarah lutut.

      kiranya dlm banyak2 permainan tikam ni, hadiah paling besar adalah saya kan? bila awak berjaya menikam tepat cinta ke jantung ini? wallawweeehhh.

      Delete
  6. aku pun agak luck la dalam tikam macam ni. aku tinggal dengan nenek. nenek aku tahap mak naqiudin. sebabkan aku pernah menang RM5 dan bawak balik rumah, tangan aku pernah kena tutuh.

    tuduh aku berjudi. setiap kali dapat duit tikam or barang mesti aku buang punye. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut kau jumpa aku tau, lantik sebagai pemegang amanah hadiah tikam, rugi je duit hadiah semua kau pergi buang.. rugi2, kalau tak boleh beli rollerblade.

      Delete
  7. aku pernah jd penjual tikam ni.. hahahaha.Aku pun pernah menang tikam tp bukan yg pernah aku jual la. tikam beli kt kedai.. menang T-shirt power rangsers kalau tak silap. Banyak jugak termasuk duit aku pernah menang. nak kata selalu menang x jugak.. skali skala tu ada. Tp mak aku tak amik pot sgt pasal menang tikam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi otai, sampai tahap jadi tokey Tikam! hahaha..kau ingat lagi tak berapa banyak kau punya untung tikam tu Nyah?

      Delete
  8. errr..jap aku nak ingat balik..pernah ke tak aku main menda alah tikam2 ni eh? errrr..rasanye tak pernah kot..ye ke? entah la..dah lupa..memori aku tak sekuat ko la ikar..salute betol..otak ko ni hardisk yang paling power agaknye tuhan kasi..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hardisk mengingat benda merapu je kot sha, bila suruh ngapal benda belajor malas. itulah dia...

      tapi mcm mana pun terima kasih lah sebab salute.

      kim salam tunang ye. wakakakaka

      Delete
  9. ika is back..haha..lma ak tgu entri nostalgia dri ko...nice bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! Ika back for real! pam pam paraaammm!!!!.. tenkiu.. terus baca. lepas ni aku rajin2 bercerita lagi. pomise.

      Delete
  10. hhihihii...kenangan yg terindah tue..

    ReplyDelete
  11. kasih info dong tg tau dimana agen yg grosis "belerang pita merah" tq

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...