November 21, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 6

Assalamaulaikum...

Sudah sampai masa mengkompilasikan bebelan. Malas nak Intro panjang-panjang, aku agak korang dah biasa dah dengan pattern kompilasi ini.


Agaknya macam ni rupa aku yang tengah sembang hal isu dunia, Candid bersama Ujang, beberapa jam sebelum naik kapal terbang. Oh ini bukan McDonald, Ini MaryBrown kalau tak salah.

1. Isu Memurtadkan Lawan Politik.

Dulu kalau kita tengok Kronologi Pewarisan Khilafah Islam, sejak dari Wafatnya Usman r.a dan perlantikan Ali r.a, sudah berlakunya pertempuran politik dalam islam,

Dah adanya pertempuran perang fizikal dalam perang siffin kemudian perang Jamal. Namun Ulamak muktabar mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak.

Kemudian Umayyah, kemudian berganti Abassiyah, Fatimiyyah, Turki Uthmaniyah. Ini adalah sejarah politik dalam Islam, dimana Org islam bertarung politik sesama mereka.

Tapi sehebat2 Sahabat dan Tabiien bertempur politik, takde lagi mereka memurtadkan sesama islam di pihak lawan politik. Melainkan mereka yg benar2 murtad seperti Bani Tamim dan Musailamah al Kazab

Takde lagi mereka berkumpul ramai-ramai mendoakan agar Allah musnahkan umat islam sepertimana Allah hancurkan Namrud, Firaun, Qorun dan Tentera Bergajah .

Pesen manusia yang suka doa hancurkan umat islam lain dalam dunia ni ada dua je kaum dia, satu kaum syiah, yg suka melaknat sahabat dan ahli sunnah.

Satu lagi kaum Khawarij yang melaknat org islam yang melakukan walau hanya satu dosa sebagai Murtad.

Owh Mungkin satu lagi kaum yang baru muncul, iaitu kaum parti politik fanatik.

Benda macam ni korang takpayah nak tunggu ulamak keluarkan pendapat, korang boleh fikir sendiri, sebab bukan aku pakai fakta universiti oxford, pakai fakta sejarah kbsm je pun.

*********************************

2. Hikmah Perang Palestin

Ada hikmah Palestin diheret ke lembah jihad dan syahid. Baru Orang Malaysia yg selama ini memekik-mekik macam orang gila, tahu mensyukuri nikmat keamanan. Baru Orang Malaysia Memahami apa itu definisi zalim dan apakah kepentingan perpaduan antara org melayu dan muslim.

Semoga Orang Palestin berjaya dalam perjuangan terhadap yahudi laknatullah. Selemah-lemah bantuan yang aku dapat bagi adalah Doa dan derma ikhlas. Insyallah janji Allah, satu hari nanti Yahudi akan dikalahkan, dan berimanlah kita pada Janji-janji Allah.

Kepada orang Malaysia yg selama ini terasa kufur nikmat, elok korang mula bersyukur kita tidak dijadikan korban di negara sendiri.

************************************

3. Adab Berdoa

" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

[al-A‘raf/ 7:55-56] [2]

Berdoa ni kita kena lemah lembut, suara merayu-rayu meminta-minta pada Allah. Bukan terpekik terlolong, kot ye kalau marah sangat pun, Nabi kan ajar bersabar.

Tapi tak taulah kalau ada orang rasa dia nak defend juga perbuatan terpekik-pekik dalam doa, hingga boleh challenge Firman Tuhan, terpulang. Aku bukan ada untung pun. cuma tengah hangat isu Doa ni, Aku sampaikan salah satu adab berdoa.

*************************************

4. Beza Nabi saw dan 'Ulamak' Akhir Zaman

"Aku tidak mempunyai khazanah Allah, aku tidak tahu perkara ghaib, aku bukan malaikat, aku tidak mengikuti melainkan apa yang disampaikan wahyu padaku" Al-an'am, ayat 50

Datang Pak sheikh maqam tertinggi akhir zaman, datang konon tok wali, semua benda ghaib dia tau, apa dalam hati anak murid dia tau, Tuhan ampun dosa pengikut ke tak, dia tau.

Bila agama digunakan untuk mencari kesenangan diri, bila agama dijadikan modal politik, siapa belah 'aku' semua tak salah, 'aku' tau kau perlu bertaubat ke tak perlu. Dasar ulama' akhir zaman.

**********************************

5. Menyorokkan keaiban orang

Lemas tengok newsfeed dekat facebook pasal blog yang tunjuk orang itu berbogel, orang ini berbogel, anak pembangkang kantoi berbogel dan berpeluk, anak menteri berbogel dan bercium.

Kita ni nak jadi rakyat yang memilih pemimpin kerana keberkesanan tugasnya atau kita cari pemimpin yang handal membuka aib orang?

Walaupun berbunyi cliche, tapi aku nak juga sebut bahawa Allah swt menyuruh hambanya m
enyorok keaiban muslim, dan muslim itu termasuk diri kita sendiri.

Barang siapa yang menyorokkan keaiban saudaranya, maka Allah swt bantu sorokkan keaiban dia juga.

Manusia sering terdedah dengan dosa, selagi mana kau buat dosa dan kau sedar akan azab yang menimpa,kau masih boleh diselamatkan. Barang siapa yang melakukan dosa tapi dia berusaha menyorok kemaksiatannya, dia bukan insan yang menzalimi dirinya sendiri.

-Wallahualam-

**********************************

6. Ahli Politik Mahu Bebaskan Melayu Memilih Agama

Kita semua dah besar dan berfikiran moden, kita faham apa yang dimaksudkan ahli politik itu tentang kebebasan agama di Malaysia meliputi semua bangsa samada Melayu, Cina atau India.

Kita semua faham maksud dia bahawa Melayu bebas pilih agama.

Kita semua faham bahawa kita semua Melayu di Malaysia dilahirkan Islam. Maksud Melayu bebas memilih agama bermaksud Melayu Malaysia yang dilahirkan Islam boleh bebas memilih agamanya.

Kita faham ia bermaksud Melayu boleh pilih agama lain walaupun dia dilahirkan Islam.

Kita faham Ahli politik tersebut telah tersilap mengeluarkan kenyataan semata-mata mahu mendapatkan sokongan ahli-ahli agama lain.

Dan Kini dia gunakan La Ikra hafiddin - Tiada paksaan dalam agama.

La Ikra Hafiddin hanya untuk org kafir yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Bukan kepada orang islam yang tidak boleh dipaksa supaya jgn memilih agama lain.

JANGAN SPIN!

"awak boleh tipu orang bodoh, awak boleh tipu orang taksub tapi awak tak boleh tipu semua orang"

************************************

7.Petikan Pesan dari Ebiet G. Ade

Kawan cuba dengar apa jawabnya,
ketika ia ku tanya mengapa,
bapa ibunya telah lama mati, 
ditelan bencana tanah ini.

Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya, 
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari, 
tetapi semua diam, tetapi semua bisu. 
Tinggallah ku sendiri, terpaku menatap langit.

Barangkali di sana ada jawabnya, 
mengapa di tanahku terjadi bencana?
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, 
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, 
cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.

- Berita Kepada Kawan, Ebiet G Ade -



Sebelum korang semua klik pangkah blog ni, korang dengar lagu Ebiet G Ade tu, dan insaf dengan nikmat yang telah kita dapat.

*****************tamat*****************

16 comments:

  1. hai abam blogger yang dikasihi. comel gambar awak letak atas tu. tu je nak cakap. okbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai makwe yg comel, saya tau saya comel, tapi terima kasih sebab ingatkan. aummm

      Delete
  2. yeke bukan mcdonald? ke beli nescafe tuang dalam cup mcdonald?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoom avatar yuyus, zoom avatar, tu dia tulis marrybrown tu...

      Delete
  3. hai abam blogger yang dikasihi. comel gambar awak letak atas tu. tu je nak cakap. okbai.

    ReplyDelete
  4. kompilasi pon panjang.. tapi nasib baik aku tabah membacanya... koh koh koh... bang, Marrybrown best ke bang?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah aujinz, made in malaysia, yg penting kalau pegi genting mmg cari marrybrown, jenis nak makan nasik, perut melayu, hahaha

      Delete
  5. sebab tu aku suka jd golongan atas pagar.. sebab kalau yg taksub sgt dgn parti dia akan rasa apa pemimpin @ penyokong2 parti dia ckp semua betul walau yg dia nampak x betul pn tetap dia nak betulkan. Tak kira parti apa sekalipun.. aku tengok majoriti penyokong parti politik ni memang mcm tu. Bila kita jd pemerhati x berat mana2 parti.. otak kita ni jujur & adil blh tgk yg mana btl & salah..

    ReplyDelete
  6. akak suka lagu tu

    p/s jangan berhenti membebel
    p/s nak baca kompilasi entry 'aku dah kabo dah', takde lagi ke?

    ReplyDelete
  7. bodoh anjing bermisai bn.. semua benda tu ko kaji dgn otak luas2 sikit dulu... buang masa.. puiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi betul akhlak musuh BN ni, akhlak mcm ni la yang kaji banyak dgn otak luas, yang tak buang masa.

      Delete
    2. anon 8.12pm tu la anjing PKR, woi kalau dah tak suka kat BN, ko pegi berambus la ke negara lain baru kau tahu langit tinggi bumi rendah, Malaysia ni dah aman sentosa lagi kau nak kutuk BN dengan admin ni, sesuka hati label orang anjing, PERGI MAMPUS LA kau anon 8.12pm

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...