September 11, 2012

Oppa Gangnam Style Dan Mak Ultraman



Assalamualaikum..

"salam abang.. saya salah sorang silent reader blog abang.. saye suka sgt baca tulisan2 abang..kadang2 yag merapu tu la yang kelakar.hehe. meskipun mesej nye berat, tapi dengan penceritaan yang bersahaja, meringan kan kepala orang yang baca tulisan abang tu. 

sebenarnye kat cni, saye nak mintak tlg abang tulis pasal fenomena Gangnam Style. saye banyak kali dapat mesej berantai kata maksud lagu tu konon nye tak elok.. konon nye ade lirik yang membawa maksud "aku ingin menjadi yahudi". 

lepas tu, tarian penyanyi PSY yg silang tangan menunjukkan lambang Salib, n tarian kuda tu melambangkan penyanyi tu mempersendakan kewujudan kepantasan Burroq dalam kisah Nabi Muhammad SAW. 

selama ni kita dibesarkan dengan cerita Ultraman, takde plak orang dok sibuk kata Ultraman wat tanda Salib bila time die 'fire' tu.. pastu, mak Ultraman, siap ade tanduk 2 lagi, xde plak orang kata ultraman tu syaitan. berpuluh tahun kita membesar dengan cerita ultraman, takde pulak orang pertikaikan mende ni..yang saya tak paham, macam mane diorang leh terpikir karang mende macam tu. 

ye, saya taw, lagu tu bukan nye elok pun, pompuan dok dedah sane, dedah cni, n macam2 aksi yang kurang sesuai. saye jugak bukan lah peminat lagu korea. cuma saye skang ni kesian bila orang melayu kita dok sebar berita tak betol macam tu. 

saya nak tulis sendiri pasal mende tu, saye tak reti.. coz sy ni bukan pandai sangat menulis. jadi saya mintak sangat, if abang ade masa, abang tolong tengok-tengok kan mende ni.. kesian orang melayu kita, nampak sangat bodoh bila sebarkan berita bodoh macam tu. mintak tolong ye bang, if abang ade masa laa.. salam.. :) "

 Gadis Keliru Mohon Nasihat, Fifie Kenzo 2012 - Via Blog Rasa Hati Facebook Fanpage.

Aku dapat soalan dari seorang pembaca senyap blog ini yang mempunyai rasa hati yang bergelojak di dalam dada, mahukan kepastian tentang fitnah yang tersebar tentang lagu Oppa Gangnam style. 

Soalan beliau di atas aku copy dan paste secara terus tanpa sebarang edit kecuali aku tolong buatkan perenggan, sebab dia takde bagi perenggan satu pun, nanti penat pula mata korang nak baca. Terima kasih kepada Fifie Kenzo untuk soalan dan jawapan dalam soalan yang sangat bernas di atas. 

Ha ni punca dia, ni lah punca dia. ni ni. siapa lagi? inilah dia, inilah dia, samada  tulisan troll, atau org kafir yg nyamar nak buat org islam nampak bodoh, atau mmg ada org islam yang tak berapa nak pandai tulis.

a'ah laaaa, betul lah woi fifi cakap mak ultraman ada tanduk dua! aku tadi google image,  taip "ultraman 's family" dia keluar ni, kalau korang terer kan, mana satu ultraman betina?

***************************

1.  Mulanya aku telah bertekad dengan seluruh jiwa raga tak nak menulis dan menceburkan diri dalam arus perdana Oppa Gangnam style kerana ia tidak mempunyai nilai intelek untuk dibincangkan. Tapi demi soalan yang bernas di atas, aku terpaksa menjawab atas kapasiti mengeluarkan saudara islam dari kekeliruan yang nyata.

2. Sebenarnya fitnah yang ditulis pasal lagu oppa gangnam style pada aku bukanlah satu masalah paranoid atau fanatik islam yang memfitnah lagu Korea. Tapi ia adalah satu troll budak-budak nakal nak bagi peminat lagu korea ni panas punggung, dan melaga-lagakan geng Usrah dengan insan-insan prospek yang bakal ditarbiyah.

3. Budak-budak nakal yang pandai sikit pasal agama, pastu dia tulislah teori konspirasi ni nak buat lawak, pastu seronok tengok geng-geng usrah fanatik agama makan pancing pergi sebar-sebarkan maklumat palsu troll ni. Dan puaslah hati mereka bahawa mereka berjaya membuatkan budak-budak so called pendakwah yang termakan pancing pergi sebarkan fitnah tanpa usul periksa.

4. Pada masa yang sama, Budak-budak Kpop juga sentap dengan teori konspirasi yang disebar-sebarkan oleh geng-geng-usrah-kengkonon ini dan berlakulah hiruk pikuk di alam semesta semata-mata bincangkan hal lagu Stail abang - abang dari daerah Gangnam.

5. Eh aku rasa macam aku pun termakan pancing troll bila tulis fasal hal ni.

6. aku bukan suka sangat dengan lagu oppa gangnam style ni sebab aku tak faham lirik dia,lagipun ramai sangat dah menari lagu ini, ia sudah menjadi terlalu mainstream, biarlah aku diam-diam suka lagu dangdut "pacarku lima langkah dari rumah" dan hey makarena..hey makarena, last ketchup pun best juga.

7.  "Abang, Troll tu apa bang?"

- Troll adalah tulisan yang mempunyai niat untuk memancing dan menimbulkan perasaan amarah kepada komuniti pembaca, yang mana penulisnya tidak merasa serius pun akan keputusan yang terbit dari penulisannya - Kamus Dewiikar, Ms 66, Jilid 6. Lihat! 666 no setan! ikar agent setan! bahaya, lari...

8. Pokok pangkalnya, sepatutnya korang semua dah besar, dah belajar tinggi, dah keluar dari desa, dah ada google, dah ada buku, ada akal fikiran, dah masuk universiti, ada internet, nak apa je semua boleh klik,maklumat di hujung jari, awak boleh dah nak fikir mana yang troll mana yang betul-betul fitnah geng usrah yang keliru. Rasa bapak bapak sangat cakap mcm ni.

9. Korang highlightkan seluruh lirik Oppa Gangnam Style tu, right klik, ada option copy kan? ha klik copy, pastu bukak google translate, pastu korang paste lirik tu semua dalam box tu, pastu dia keluar maksud lirik tu, tengok ada tak dia mention pasal aku nak jadi yahudi, ada tak pasal tunggang buroq, bila dah tau maksud lirik tu, duk diam-diam,jangan melatah, jangan gaduh dgn geng usrah fanatik agama yg sebarkan fitnah, buat dek je. Watlek je. Bila korang tak melatah, pastu tak gaduh pulak dengan geng usrah maka Pen-troll pun boringlah sebab takda orang makan pancing troll dia, dia pun sambung scroll 9gag sampai pagi.

10. Pasal tanduk mak ultraman ada dua lagi tu sumpah lawak gila, buat aku gelak dekah-dekah pagi buta, adik fifie kenzo ni boleh jadi penulis jemputan kat blog rasa hati lah. fikiran kritis dan kreatif.

11. "aku ingin menjadi yahudi"  org yahudi tak iktiraf bangsa lain,bagi diorang bangsa lain ni lebih hina dan rendah darjatnya dari bangsa yang memang lahir-lahir yahudi. Diorang memang tak terima pun bangsa lain jadi yahudi. 

12. " aku ingin menjadi Hindu" syarat untuk menjadi orang hindu ialah anda perlu lahir sebagai orang hindu. Okey takde kena mengena, cuma rasa nak tulis sebab teringat tengok dokumentari nat-geo pasal agama hindu.

13. Rakyat Korea mengamalkan Shamanism, iaitu agama berdasarkan ritual pawang, Shaman tu maksudnya pawang, bomoh, dukun. Percentage nak berlaku pertembungan idea dan competition dengan agama islam tu rendah.

14. Sekali lagi aku rasa macam termakan pancing troll bila tulis pasal ni dah kenapa?

15. Kalau betul lah menari Oppa Gangnam Style pun boleh buat umat islam lari akidah, penat je pendakwah paderi keluar masuk hutan duduk dengan orang asli nak sebar agama kristian, patutnya pasang video oppa gangnam style je hari-hari, seluruh benua jadi kristian.

16. Apasal makin rasa termakan troll ni?

17. Kepada Troll - troll yang buat teori konspirasi Gangnam style ni,aku ucapkan tahniah sebab korang berjaya menimbulkan hype dan hiruk pikuk, serampang dua mata, belah geng ustad ustadjah pun termakan pancing sebar fitnah, blogger pun menari caklempong, Geng Kpop pun melompat-lompat panas punggung, penulis Blog Rasa Hati pun terjebak. 

Cuma aku pesanlah, tak baik buat troll  melampau ni, dosa mengadu domba, laga-lagakan orang, nabi cakap orang suka mengadu domba ni tak masuk syurga.

18. Jika, sebaliknya jika teori konspirasi dakyah Kristian Yahudi dalam lagu Oppa Gangnam Style ini benar-benar bukan troll tapi ia adalah fitnah yang direka oleh fanatik agama yang ingin berdakwah, Korang perlu bertaubat. Matlamat tidak menghalalkan cara, Korang berbohong atas nama nabi, maka korang tempah tempat duduk dalam neraka - (petikan hadis sohih) 

OoOo Jual modal menari naik kuda gangnam dengan Buroq ye, amboi main-main nama nabi ye, nak dakwah ye. Amboi ghairah cari syurga sampai lupa panas api neraka.

19. Blogger, jika korang tak pasti fasal ni,korang tak payahlah nak tulis jugak dan sebar-sebarkan. Pesen nak kejar traffic lettew, tulis "Oppa Gangnam Style dakyah Kristian dan Yahudi" pastu tulis sikit-sikit, pastu cakap "tak percaya korang boleh google" amboi senangnya nak lepaskan tanggungjawab. Konon nak ingat mengingati, tapi tak sedar dah jadi pengadu domba.

20. Gangnam, Gang = Kumpulan, Nam = Enam,  666 nombor setan. Gangnam = kumpulan setan. Kesian keluarga aku, mama  + abah + kami 4 beradik, campur jadi 6 orang semuanya. Pilunya terpaksa jadi keluarga setan. semua ni salah nombor 6. aku tak mintak dilahirkan dalam keluarga 6 orang, sampai hati korang cakap aku keluarga setan! sampai hati. *terjun ataskatil, sambung tidur*

21. Kenapa entry ini berakhir di nombor 21? bukankah 21 itu permainan judi daun terup blackjack? ini dakyah Las Vegas ni menular dalam penulisan Zulfikar, Jangan menari Gangnam, kita gantikan dengan tarian sufi turki!



gambar ni kononnya nak bagitau yang meletakkan gambar Oppa Gangnam Style dalam blog itu sudah terlalu mainstream,  nak cari gambar aku tengah gelek dangdut pun takde, jadi letaklah gambar tengah menari gendang afrika. gituuu

******************tamat******************

p/s 1 aku syak akan ada komen, " ala apsal nak emo sangat, walaupun fitnah,tapi tak payahlah defend oppa gangnam style,budaya barat,tak senonoh,bangga sangat ke anak2 muda kita menari tak senonoh macam tu"

p/s 2 Takdenye orang nak komen mcm tu Zulfikar oi, kau tu je yang syok sendiri, org semua wat lek je.

p/s 3 Pacarku memang dekat, lima langkah dari rumah, tak perlu kirim surat, sms juga enggak usah, kalau rindu bertemu, tinggal nongol depan pintu, tangan tinggal melambai, sambil bilang halo sayang. duh aduh memang asyik punya pacar tetangga, nananananana lalala tak ada malam mingguan, malam apa pun sama.. tiap hari berduaan merenda cinta yang mesra. uuukkk aaahhh... ** goyang sampei pagi buk..


37 comments:

  1. jangan taktahu ikar, ultraman ada atuk jugak tau..namanya Ultraman King..ada janggut

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul.. saya ada list nama nama Ultraman.. wakakakkaa

      Delete
    2. korang punya pasal la aku nak kene google image lagi sekali!

      Delete
    3. atuk dia pakai tongkat tak?
      tapi habislah kredibiliti ultraman kalau pakai tongkat kan.. (",)

      Delete
  2. yg aku tak paham nye, org yg duk sebar2 tu, bila tanya lebih2, kita yg kene marah.. T__T

    sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besalah..dia sj yg betul....bila kita tanya lebih2 dia kata kurang ajar....padahal sbnrnya dia tak reti nak jawab apa....

      Delete
    2. bila org tak pandai cuba terlalu sangat utk nampak pandai, itu yang org nampak diorang tu sangat menyedihkan ... sedihkan tengok kawan2 kita bila dia ckp benda yang dia taktau..

      Delete
  3. ha3...member sy pon baru je semalam cakap pasal ultraman tu ngan kisah lagu gangnam style.... kecoh betul!

    tapi dlm gambar di atas FYI takde ultraman betina..tu semua hok jate belako... hok tino tanduknyo ke bawoh! he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah ye ke? tapi kenapa yg tanduk 2 naik atas tu nampak mcm ada nenen? keliru lah ultraman ni!

      Delete
    2. btul laa 2.nenen die kecik je

      Delete
  4. aku langsung x suka lagu oppa gangnam style ni, pernah tgk sekali masa org dok kecoh2 pasal lagu ni tu pun x habis..x kena ngan jiwa kot walaupun aku peminat cite korea...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau minat cerita korea apa? runningman eeeeeehhhhhh?

      Delete
  5. sebenarnya perkataan gangnam tu kalau diterbalikkan kemudian dilihat dari sudut 45 darjah menghadap dinding dengan pencahayaan minimum dalam keadaan bersawai,akan membentuk ayat kecintaan kepada ariel sharon.

    ReplyDelete
  6. adoi lawak bebenor, kami ni rajin jugak dgr lagu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn dengar banyak2, nanti tdo mimpi ngigau menari kuda.

      Delete
  7. aku suka fifie kenzo punye imaginasi tentang ultraman tu..haha..itu memang betol2 makan dalam buat yang rajin benor la hai mengkaji benda2 yang konon nya nak menjatuhkan Islam padahal tak pun..paranoid..sendiri yang menjatuhkan agama sendiri..haduiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok sangat nak jadi ustaz, biasalah ustaz zaman skrg ni glamer kat fb ngan twitter. x boleh jadi artis, try jadi ustaz pula shada..

      Delete
  8. bukan apa,tapi rasanya pasal oppa gangnam style nak kaitkan dengan agenda yahudi macam tak kuat bukti lah. boleh fikir logik. masing2 dah besar kan kan? tak mau tak mau.

    apesal saya rasa komen atas ni macam makin menyerupai awak?

    oh last sekali,saya nak cakap saya tau yang mana satu ultraman betina kat atas tu. hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tanduk dua tu kan kan? sebab nampak dia punyaaa. aaaaaaa ... aaaaa...

      eh awak ni say apernah terserempak hari tu tengah makan laksa kat nyonya kitchen dgn seseorang, saya syak awak makwe dia kan kan?

      Delete
  9. hehehe.. kalau pacarnya lima pintu, bila nak dating boleh ketuk botol macam Sudin ngan Zaitun dalam cete Bujang lapuk... ;-))))

    Baru tahulah pasal mak ultraman tu, kih kih kih..

    Oppa Gangnam Style punya fitnah tu memang ada baca tapi memang tak kuasa nak dirantai-rantaikan, dah tahu dah semua tu fitnah.. orang yang badigol jer tak reti-reti nak bezakan mana satu fitnah mana satu betul nikan..

    P/S : Sedih bila yg sebar2kan tu kawan2 baik sendiri.. ditegur salah, tak tegur pun salah.. urmmm.. duk diam2 tengok hindustan jerlahhh..

    Eh, dalam filem hindustan tu pun banyak babak menyanyi sambil puja Dewa Dewi dia, takdelak orang nak fitnah ek... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya,saya tegur je kak. kadang2 kawan ni mmg suka kena tegur, baru rasa disayangi. macm anak2 kena tegur ngan mak2 kan...

      Delete
  10. nak tengok citer pokemon pun rasa terancam skrg -_-"

    ReplyDelete
  11. ada jugak aku baca 1 blog yg tulis pasal tu & minta org share.. aku komen & tanya ada bukti shahih ke? diam smpai skrg dia xde update pasal tu.. aku search jugak.. tp separuh jalan aku dh malas nak cr info pasal gangnam.. rasa x berapa minat lak nk amik tahu sbb aku memang x minat pun gangnam tu.. Yg best aku penah baca 1 blog ni tulis yg konon doktor homepati kata kat dia yang suntikan baby tiap2 bulan kt klinik tu cara yahudi buat apa nak ikut.. aku punya la pk.. kalaupun cara yahudi tp utk kebaikan & x merosakkan akidah, salah tang mana kalau kita nak turut nikmati kebaikan dia tu?? Tapi aku pun tak pasti benda tu samada ada btl dtg dr org yahudi @ tak.. Yg budak konon ter insaf dgn kata2 Doktor tu.. last2 x yakin jugak dgn homepati balik kpd cara yg kononnya Yahudi..

    ReplyDelete
  12. pasal gangnam @ seangkatan dengannya.. pd pendapat aku bila benda tu jadi ikutan.. akan muncul la gosip2 liar pasal dia. selalunya macam tu. Org yg sebarkan pulak bagi aku jenis nak karya fitnah dia jadi popular & dia akan rasa kepuasan tu walau dia x sepopular karya fitnah yg dia cetuskan tu

    ReplyDelete
  13. malas nak komen pasal Gangnam.. dah menjeluih dah aku rasa..

    apa kata kau up plak entri dangdut lima langkah dari rumah tue Ikar..

    ReplyDelete
  14. ikar...aku dah tua dan tak terasa nak ikut n dgr pun lagu2 mcm ni..mcm best je lagu dangdut kau tu..betul2 wujud ke?nk bukak kat utube, internet mcm siput..nanti la later2

    ReplyDelete
  15. Lagu dangdut tu tajuk apa? Macam best je... Send kat email aku kalo berani... Hahaha

    ReplyDelete
  16. erkk....tengah baca entry ni trus kuar lagu oppa gangnam ni kat hotfm.
    konspirasi apakah?? hahahaha....

    ReplyDelete
  17. suka......
    suka baca entry ini
    time memasak daku akan senam gangnam.. kasi kurus sikitt..
    hahaaa

    ReplyDelete
  18. banyak pengetahuan am saya dapat di sini. lepas ni, kalau ada kemusykilan tentang fenomena alam semesta, bolehlah tanya abang ni.

    diharap budak-budak tak google kamus Dewiikar tu.. (",)

    ReplyDelete
  19. kuda jangan sebut! aku sensitif okay...wuwuwuwuwu...

    - Pendekar Berkuda

    ReplyDelete
  20. dalam gambar ultraman tu sorang pon takde betina... yg mak ultraman tanduk die ke bawah. yg tanduk ke atas.. ultraman taro, bapak ultraman je. ultraman zero dan lain2

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...