September 19, 2012

Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar.

Assalamualaikum..

Nak ulas tentang bantahan umat islam seluruh dunia fasal filem innocence of muslims ini memerlukan satu kupasan yang berseni dan berhati - hati.

Ada sebelah pihak yang mencemuh gerakan tunjuk perasaan anti amerika dan ada setengah pihak pula menyokong gerakan ini. Pihak yang menyokong gerakan tunjuk perasaan anti amerika ini menjustifasikan perbuatan mereka dengan alasan ingin menunjukkan kekuatan umat islam yang bangun menentang jika ada sebarang aksi mengutuk Nabi Muhammmad Saw dilakukan.

Pihak yang mencemuh pula mengatakan bahawa, umat islam tidak perlu melatah dengan perkara tersebut kerana ia tidak berbaloi pun, kerana filem murahan itu tidak mewakili pandangan keseluruhan Kafir terhadap Nabi Muhammmad saw.

Kaedahnya begini, "kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar" kelambu pula kelambu rumah sendiri, bukan kelambu amerika.

" kerana marahkan filem murahan innocence of muslim maka kereta, bangunan dan harta benda awam di negara sendiri dibakar"

" Kerana marahkan sam bacile atau nakoula bassaley maka duta amerika dibunuh"

Jika ditanya pendapat aku, perhimpunan protest harus dilakukan bagi menunjukkan bantahan kita sebagai umat islam terhadap sebarang penghinaan kepada Nabi kita dan Agama yang kita cintai, tiada sebarang kompromi lagi.

Tapi tidak perlulah kau nak merosakkan jalan raya negara sendiri, bakar bangunan rakyat negara sendiri, pukul polis, berlawan dengan polis sendiri dan merosakkan negara sendiri. Tak ke untung pembuat filem tu troll, dia kutuk nabi kita, kita bangun membantah, kita bakar negara sendiri. dia duduk rumah gelak mengekek-ngekek tengok kita semua dalam CNN.

memberikan pendapat tentang hal ini kaedahnya sama dengan hujah mengutuk serangan 11 september dulu, di mana fuqaha dan ulamak membantah keras sebarang usaha jihad yang memerangi orang awam yang tidak memerangi Islam.

Dulu masih segar dalam ingatan aku Ustazah ajar masa darjah 5 tentang fekah perang dan sirah Rasulullah, untuk meringkaskan penulisan,maka aku senaraikan golongan yang tidak boleh diperang atau dibunuh semasa perang.

1. Wanita dan kanak-kanak

 Kerana mereka tidak memerangi kamu, namun jika wanita-wanita itu turut sama dalam peperangan, itu wajib diperangi.

2. Orang-orang tua dan yang uzur, kerana mereka tidak berupaya untuk mendatangkan musibat kepada mujahidin melainkan mereka turut menyumbang kepada peperangan, contohnya jadi spy.

3. Orang yang beribadat dalam rumah - rumah ibadat seperti  paderi di dalam gereja, kerana mereka tidak mendatangkan bahaya kepada tentera islam.

4. Sunnah dalam adab perang Islam juga adalah, Nabi tidak benarkan membunuh perwakilan atau perutusan.  Kat sini dah nampak salah dah kaum muslimin yang membunuh Duta di negara mereka.

5. Para pekerja dan petani yang tidak terlibat dengan perang.

" Jadi siapakah yang boleh diperangi, Ustazah?"

" mereka yang memerangi kamu, yang mengangkat senjata di medan perang untuk memerangi kita"

Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad)

Duta US ke Libya, Chris Stevens yang maut akibat serangan roket oleh rakyat libya ke bangunan konsulat amerika. Sebenarnya dia tak patut menjadi korban, kerana yang buat filem tu bukan kerajaan US tapi individu atau segelintir fanatik kristian 

penyesalan rakyat benghazi dan tunjuk perasaan memohon maaf mereka kepada org bukan islam atas insiden  pembunuhan duta amerika di Libya, Chris Stevens.

marahkan pembuat filem bajet rendah, kereta di negara sendiri dibakar.

**********************************

Jika korang nak berhimpun protes, korang berhimpun protes. Jika korang taknak berhimpun protes,korang jangan cemuh dan hina-hina orang yang protes selagi mana protes itu berlaku dalam keadaan yang aman dan terkawal.

Kita sebagai umat islam,jika tidak banyak, sedikit mesti ada penyesalan terhadap tayangan filem bajet rendah Innocence Of muslim, bukan sekali dua mereka cuba mempersendakan nabi, dari lukisan karikatur di Belanda, pembakaran alquran di USA, penglabelan Nabi Muhammad saw sebagai Pedophile dan penglabelan Islam itu disebarkan dengan mata pedang selama ini telah banyak merobek hati kita sebagai penganut agam yang aman dan sejahtera ini.

Kita ditroll untuk melatah, kita dibatu-apikan oleh orang kafir. Sudah terang lagi bersuluh, dorang ni sengaja nak cucuk-cucuk orang islam agar buat hiruk pikuk supaya org kafir dapat lihat islam ini adalah agama yang menggalakkan keganasan.

Dan kepada YB dari DAP, kau tak payah nak ajar macam mana orang islam patut menunjukkan rasa sokongan dan kecintaan mereka kepada Rasulullah dan agama kami. Sepatutnya orang kafir yang mencemuh orang islam sebagai umat yang membuang tenaga dan masa dalam isu imej islam ini tidak boleh dibuat kawan. Dia telah melampaui sempadan politik dan agama. Sepatutnya Pemuda Pas dan ahli-ahli pas mengkritik DAP yang kononnya sahabat tahalluf as-siyasi mereka.

Semoga kita semua dapat ambil iktibar dari peribahasa "Kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar" dan "menang sorak kampung tergadai"

********tamat*********

p/s sehari selepas kecoh hal ni, aku dah tengok trailer innocence of muslims dekat youtube, memang kurang ajar dan berniat nak memperlekeh imej Nabi Muhammad saw. filem bajet rendah yang berlakon banyak dekat green screen.

p/s momentum demonstrasi umat islam belum reda semenjak penggulingan kerajaan Zine el Abidin di Tunisia.

p/s aku demam, dah lama tak demam, bila demam ni rasa nak mengada-ngada dia membuak-buak. aku kena kawal diri sebelum dilabel sebagai perangai budak baru nak jadi.

7 comments:

  1. Demam tu ujian..

    aku tak tengok cerita tu lagi.Tapi makin menjadi-jadilah bab menghina nabi.Ni tiada kompromi.

    ReplyDelete
  2. kesian.. yg jd mangsa org yg xbersalah..haishh..


    moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. bagi aku, aku lebih suka cara berdakwah yang ditunjukkan di London. saudara kita di sana ambil pendekatan menyebarkan fakta yang betul tentang Rasulullah SAW. bukan ke itu lebih digalakkan?

    kalau nak diikutkan, bukannya baru sekarang ni musuh2 Islam menghina Rasulullah SAW dgn seteruk-teruknya kan?

    lagi org kafir hina Islam, sepatutnya kita yang mengaku Islam lagi kena tunjukkan Islam adalah sebaliknya.

    nak berhimpun secara aman mmg takde masalah. tapi apa tindakan kita lepas perhimpunan tu? utk menaikkan balik nama baik Islam?

    ReplyDelete
  4. Ahhh.. buat movie, umat islam marah, buat demonstrasi, fuel the fire, bakar sana sini, angkat senjata, bom .. labelkan Islam - pengganas, perang. Dari dulu lagi itu memang agenda diorang.

    ReplyDelete
  5. Orang islam berbangsa arab mmg cepat melatah itu pasal sampai hari ini negara2 di timur tengah mudah sangat bergolak dan kucar kacir sebab ramai sangat yang nak jadi hero!

    Kenapa engkau seorang sahaja yang faham tentang hal ini?

    Itu yang aku x faham!

    Orang lain mereka faham ke apa tujuan filem budget rendah itu sengaja dimuat turun di youtube?

    Orang islam mudah sangat di perbodoh2kan!

    ReplyDelete
  6. aku mula2 harap entri ni aku x sokong kau tp bila aku baca.. aku kecewa sebab aku still setuju dengan pendapat kau. Jadi aku malas nak komen.. aku mula menyampah dengan ko sebab aku tak boleh tak sependapat dengan ko.. kekekekeke

    P/S : ko ngada2 takpe jangan ko buat video muka duck face kemudian upload kat youtube dah... :D

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...