June 30, 2012

Simpati Yang Tersembunyi

Assalamualaikum..

Semalam aku pergi basuh kereta dekat carwash, dah berbulan-bulan tak bercuci kereta tu sebab tak nampak kotornya. Dipendekkan cerita lepas selesai basuh, aku pun undurkan kereta perlahan-lahan dalam jarak 10 meter. Sekali dengar bunyi..

" auuuu auuuuuuu auuuuuu.. kungggg kungg kunggg..aouuu aouu aouu.."

Rupanya aku undur terlanggar anjing tengah jalan, sedangkan anjing tu sebelum tu baik je duk main kejar-kejar dengan aku, mana nak tau pulak masa aku nak undur dia boleh duduk rehat tak bergerak,selalunya binatang bila nampak kereta dia akan ke tepi. Tapi takpe, korang jangan risau sebab anjing tu hanya cedera ringan.

************************

Kisah tersebut mengingatkan aku pada zaman aku kecil dulu.

Masa dulu rumah aku kat Sungai Tua tu banyak tikus. Rumah lama, kawasan rumah pula banyak semak dan hutan-hutan, walaupun keluarga aku bela kucing, tapi tak lut jugak. Samada kucing dah muak makan daging tikus atau tikus tu ada ilmu nasik kangkang.

Jadi bapak aku selalulah pasang perangkap tikus umpan dengan kepala ikan goreng. Hasil yang didapati amatlah lumayan, kalaulah daging tikus tu boleh jual macam harga ayam, mau keluarga aku dah bukak kandang tikus dah.

Selalunya, bapak aku akan pasang perangkap malam Jumaat, hari sabtu atau ahad pergi cek perangkap dah ada hasil.

Bila dah dapat tikus dalam sangkar tu, aku selalu mula rasa gelabah dalam perut. Rasa macam ada orang perah-perah usus aku, bukan takut tikus, aku jarang takut kat haiwan. Cuma aku simpati sangat ke tikus itu yang bakal menghadapi hukuman mati sebentar lagi.

Selalunya abah akan bunuh tikus tu dengan cara rendam sangkar tu dalam baldi yang penuh air. Akhirnya tikus tu akan mati lemas. Aku pernah tengok sekali je ritual penamatan riwayat tikus tu, tak sanggup tengok lagi sebab sedih tengok dia meronta-ronta mintak nyawa.

Inilah sangkar tikus yang aku maksudkan, tengok tikus terperangkap seronok, tapi tengok tikus kena bunuh ras a sedih, korang selalu mak bapak bunuh tikus cara mana?

*******************************

Selain dari kaedah lemas ada juga yang tikam tikus tu dengan besi tajam. Bagi aku, kaedah yang paling zalim adalah jemur tikus tu tengah panas sampai mati.

Bagi aku ia adalah sangat zalim bila memikirkan tikus tu terseksa berjam-jam, kadang - kadang berhari-hari dijemur tengah terik matahari tanpa makanan dan air. Kau bayangkanlah kita ni duduk dalam sangkar pastu kena jemur tengah padang, mati perlahan-lahan, tekak kering, perut lapar, dehydrated, seksa nak mati!

Beberapa tahun dulu, masa aku kerja dekat Batu Caves, Pejabat aku diserang oleh tikus. Maka sebelum sempat mengupah Pesticide, Bos aku arahkan akak pantry maid (kaksue) untuk pasang beberapa perangkap tikus. Perangkap tikus yang sama macam bapak aku guna dulu iaitu jenis sangkar.

Pada satu hari tu dapatlah tangkap seekor tikus yang boleh tahan gemuk, gemuk makan biskut dengan getah wayar gamaknya. Tapi yang aku tak boleh tahan bila Kaksue guna kaedah jemur tikus tu atas compressor Aircond dekat belakang tingkap pantry.

Setiap kali aku masuk nak bancuh nescafe, aku tengok tikus tu melepek kepanasan dalam sangkar atas besi compressor aircond yang panas terik itu. Sumpah aku cakap, tikus tu pandang tepat ke mata aku macam minta simpati. Renungan mata tikus tu macam berkata-kata dengan aku....

" Encik, tolonglah saya encik, saya tak mampu menahan lagi azab panas dijemur matahari ni Encik, tolonglah lepaskan saya, saya ada anak-anak kecil yang masih memerlukan saya untuk menjaga mereka encik"

Lantas hati aku pula seakan-akan berkata-kata pada tikus tu

" Kesiannya aku dekat kau ni Mak siti, apalah rasa kau mati pelan-pelan kena jemur tengah panas ni kan? tak sampai hati pula aku tengok, cepat-cepatlah kau mati, semoga tak terseksa lagi"


Mula-mula aku cuba untuk gagahkan hati aku, aku cuba teguhkan tekad membiarkan tikus itu mati sendiri. Tapi lama-lama dialog fantasi yang aku reka menguasai sendiri, campur dengan simpati pada renungan mata tu buatkan aku tewas dengan tekad sendiri.

Hari pertama tikus tu survive, masuk hari kedua aku dah tak boleh tahan tengok tikus tu terseksa, Aku pun cepat-cepat capai sangkar tikus atas compressor aircond tu dan lari-lari anak keluar office, Kaksue tegur aku..

" Abang Zul, Abang Zul nak bawak pergi mana tikus tu bang?"

" Saya nak pergi bunuh, tak sampai hati tengok dia kena jemur lama-lama"

" baik-baik bunuh jangan sampai dia lari ye Abang Zul"

" Kak Sue jangan risau, bunuh membunuh tikus ni saya dah biasa dah" padahal.....

Dengan sepantas kilat aku lari turun tangga office tiga tingkat tu sambil jinjing sangkar tikus. Aku berdiri depan longkang parit bandaraya. Korang dapat agak kan longkang parit bandaraya ni macam mana besar dia? level-level anak sungai dah.

Aku berdiri tepi parit tu, aku buka sangkar kemudian aku goncang-goncang tikus tu bagi jatuh ke dalam parit, dengan harapan samada tikus tu jatuh dalam parit kemudian terus mati atau dia hidup dan lari jauh-jauh dari kawasan pejabat aku.

Jatuh saja tikus tu dalam parit, elok je dia berenang ke tepi laju-laju, dia berhenti kejap kemudian hidung dia kumat kamit menghidu, pastu tikus tu berpaling dan pandang tepat ke arah aku..

Kalau ikutkan skrip dalam drama otak aku, pastilah aku berfikir yang tikus itu pandang dan berkata begini..

" Terima kasih Encik yang baik hati, terima kasih dengan sifat kemanusiaan encik, saya berjanji saya akan manfaatkan nyawa saya yang telah encik selamatkan, saya berjanji saya tidak akan mengganggu manusia lagi. Semoga encik bahagia, saya pergi dulu encik"

Atau mungkin juga tikus tu berkata-kata begini...

" Apelah bodoh sangat manusia ni, dah dapat tangkap aku, pastu lepaskan aku kat longkang, hati tisu sangat la tu, jaga kau, aku panggil bala tentera aku nanti buat perhitungan semula kat pejabat kau Zulfikar, hahahhahaha"

Tapi takpelah, aku bersangka baik yang tikus itu akan menghargai peluang kedua dia untuk hidup di muka bumi ini.



************************

Seminggu lepas tu, aku masuk office macam biasa, bayangkan tetiba ada 7 ekor tikus berdiri depan aku sambil di mulut mereka semua menggigit setiap satu uncang, bila aku buka, uncang itu berisi emas ketul-ketulan besar! rupanya tikus itu kembali datang ke pejabat aku untuk membalas budi!

Aku pun rasa sangat terharu dan kami semua berpelukan antara satu sama lain sambil berlinangan air mata. Hujung tahun itu kami sama-sama menziarahi di hari raya makan ketupat, lemang dan rendang yang ada. begitulah persahabatan aku dengan si tikus tersebut bersemi teguh akhirnya..

Banyaklah cantik muka aku ending dia macam ni, mimpilah! beranganlah korang nak dapat happy ending macam tu. Kalau tengok filem Razak Mohaideen, tengok Bini-biniku Janda nenek, mak sedara ku gangster boleh. Dengan tikus ibu kota jangan harap. Ending sebenar ha yang kat bawah ni......


Seminggu lepas tu, aku pergi Office Batu Caves, aku masuk dalam Pantry maid dan bancuh nescafe, sambil godek-godek biskut nak makan,  dan dan tu elok je aku tengok ada kesan tikus gigit dekat plastik bungkus Gardenia dengan bekas kaya roti.

" Tak guna punya tikus, dasar tak mengenang budi! jaga kau, aku dapat kau, memang aku jamu kau kat kucing!"






************tamat**************

p/s Siapa lelaki nampak tikus, menjerit, naik atas kerusi..diaaa pooonnnnd...ah malaslah nak sambung..

p/s selain manusia, tikus juga mengalami masalah racist, Hamster dibelai manja dan mewah bak raja, tikus rumah dicaci maki dihina dina.


p/s rumah aku skrg ni banyak tupai, kadang-kadang tupai masuk dalam rumah, curi makan roti gardenia, nampak tak bias? tikus curi roti marah, tupai tak marah, semua sebab pengaruh Hollywood! konon tupai tu comel.


35 comments:

  1. racist ngan tupai la nih...

    btw, parents aku dulu buat yg paling kejam tu lah.... jemur tengah panas... dah la tikus tu sama besar ngan anak kucing...aku plak suka tengok tikus dalam sangkar tu... tengok dia ngamuk... dah la muat2 sangkar...bergegar dgn sangkar2 tu...rasanya dia mati bukan pasal kene jemur lama2, tapi mati sbb tercucuk macam2 benda dalam sangkar tu... hyperactive sampai cedera sendiri...kdg2 simbah ngan air panas je...

    tapi tu time kecik2 laa... kalo tak mmg kucing aku pon rajin je tangkap tikus pastu gigit bg mati... tapi kalo tikus tu dah tahap besar anak kucing... besar kemungkinan kucing aku takut tikus atau jadi confuse...bukan pasal ade ilmu nasik kangkang ye... *sambil imagine camne agaknye kalo tikus praktikkan ilmu nasik kangkang*

    tikus dalam gamba last tu comelnyeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya tengok tikus mati menggulupur, kau boleh syok pulak eh aslina? hishh

      aku dah agak dah mesti ada org imagine punya tikus tu wat nasik kangkang,. hahahahaha

      Delete
  2. mak aku buat rendam dlm baldi tu.. tp aku rs mak aku ms tu sgt kejam dah..

    dengan aku terbayang nnt perut tikus tu meletup pastu keluar ulat2..


    ewww..! aku xtakut tikus..tp takut ulat.. T__T..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya nget, mana ada tikus mati lemas dan dan tu keluar ulat nget!

      Delete
  3. aku tak berani nak bunuh tikus yang dalam sangkar tu, better aku panggil kucing aku je kasik gigit sampai mati..

    kucing aku tengah morning sickness, tak larat nak tangkap tikus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah kucing kau tak berhenti2 morning sicknes. asyik mengandung je, suh dia merancang la noi!

      Delete
  4. Saya tak dapek nak kate pe. Like mother like daughther la kan so mak saya dulu mmg jemur kt tgh paneh sampai mati. So saya pun skang wat camtulah jugak. Abes laki saya pun wat so okehlah tu kan, sepakat! Tapi kt Batu Caves mmg manyak tikuih la. Opis saya ni dulu pun manyak tol tikuih, bosar2 pulak tu! Hengatkan anak kucing terlepaih dlm opis tapi bile kerap kes wayar kena gigit, haaa itu memang tak boleh blah la. Masuk sangkar pam dalam jamban aa jawabnye. Pastu sape tonggeng dalam jamban nampak la dia menahan napeh kat dalam lubang tu akaka.... Rasanya torture gituh lagi kejam kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah klasik la, saya teringat balik dulu pernah tengok tikus nyorok dalam lubang jamban! hahahaha

      Delete
  5. dulu parents bunuh dengan cara jemur tengah panas. kalau kat kampung pulak selalu nampak arwah atuk guna gam tikus yang hitam melekat tu.

    eee kalau saya memang tak lah nak lepaskan tikus tu balik. trauma. eh fobia dengan tikus. kalau awak ingat sebab apa saya jadi takut tikus tu. hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingat! sebab awak pakai kasut ada anak tikus lembik2 dalam kasut kan? hahahaha

      Delete
  6. hehehe... teringat cerita omputih tu.. Ratatouille.. hihi..

    Akak pun pernah juga tengok jiran jemur tikus, lepas tu tak sanggup nak tengok lagi, antara geli dan simpati merupa2, betullah tu.. perut rasa dipulas2. Duluuuuu, abah akak selalu akan jerang air panas dan curah, tapi akak tak pnah tengok pun, tahu2 tikusnya dah dibuang..

    Cop2! Kat blog akak pun pernah cerita pasal tikus jugak tau.. entry lama.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih pulak bayangkan tikus kena jerang air panas kak. tp lagi cepat mati kan, baguslah untuk dia..

      eh ada he? bak mai link!

      Delete
  7. rumah aku kt kg baru2 ni adik aku ckp ada sekor tikus dok dlm almari. tp tikus ni pndai lak jaga tmpt tidur dia.. nk berak dia pndai lak keluar. adik aku ckp dia memang x berak dlm rumah. aku tnya adik aku dia makan apa? dia gigit2 kain tak.. adik aku ckp takde. maybe dia tumpang makanan kucing aku. pernah adik aku sakat dia.. bila dia keluar adik aku cpt2 sumbat kain kat lubang dia masuk tu. apa lagi mencicit dia kt luar nk masuk x blh. time dia keluar hari2 sama lak tu.. kucing aku pn dia buat x tau dgn dia. tp tikus tu baik takpe.. kalau jahat pn aku jenis manusia yg xde sifat kejam nk bunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! kasih sayang family kau kepada menatang naik lagi satu level sampai tahap boleh berkongsi kasih sayang dgn tikus! hebat.

      aku bygkan tikus tu berdecit, mesti comel kan. hahaha

      Delete
  8. Kesimpulannya, jangan baik hati sangat pada tikus ni. Haha.

    ReplyDelete
  9. rendam dlm baldi??? rendam dlm longkang sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. longkang? a'ah laaaa tak pernah tepikir la awin!

      Delete
  10. ak keje kfc..blkg kfc tikus besar kucing...haha..

    ReplyDelete
  11. kiranya ai ni tak kejam lagiler sebab belum pernah bunuh waima seekor pun cik tikus.. cuma pesan je kat dia 'tolongler jangan masuk lagi kat dalam umah aku ni..' sikit punya baik ai pesan tu walaupun dia dah gigit baik punya ai punye tupperware bukan tipuware ye..

    sebenarnya dia nak ai kemas kabinet dapur tu, tu yang dia masuk tolong 'kemas' dalam tu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 la kan, tikus tu dengar ckp tak u? selalunya memang dia datang balik punyaa..

      Delete
  12. gua pun pesen tak suka tgk org jemur2 tikus bagi mati ni. sbb uztazah gua dulu ada cakap, ALLAH je ada Hak nak jemur/bakar makhluk ciptaan dia. kita dgn tikus tu sama level je, kalau rasa dia membahayakan, tamatkan riwayat dia dgn pantas dan berkesan. perghh teremosi pulak gua sebentar. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awakm awak buat mcm mana? cucuk ngan besi? ke mcm mana?

      Delete
  13. tingginya tahap simpati... sama la kot kita. tak sampai hati jugak. tapi geram pon ada.

    kalo boleh rasa nak upah flute-man yang panggil tikus tu suh bawak lari jauh2...

    nampaknya ko takleh keje kat makmal la zul. tikus putih kiut miut tu senang2 je kena baham jadi bahan experiment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha klasik gak! baru teringat pasal flute man tu kan? tenkiuuuu

      Delete
  14. Aku selalu gunakan kaedah interrogation sewaktu aku jemur tikus tgh panas.
    Soalan-soalan utama:-
    1) Kau yg slalu cuti roti gardenia wholemeal aku. Roti kau mkn,kulit tepi kau tinggal dlm laci almari.Btol?
    2) Kau adalah tikus yg sama mengigit hingga kopak pintu kayu dlm cubaan nak menceroboh bilik aku yg penuh ngan stok makanan.Mengaku?
    3) Dimane kru kau yg lain? Brape ekor semua?
    4) Macamane kau bleh bypass dari perangkap papan+getah hitam walhal aku letak btol2 dpn lubang kau kuar masuk?
    2) Sewaktu aku tido,kau yg berjalan,menari2 shuffle atas badan aku. Baik kau mengaku!

    ...sambil2 aku siram air berulang2 kali ala-ala CIA..

    ReplyDelete
  15. hehehehe... jgn risau... tikus2 tu dah direkrut oleh kem palapes... selalu kene rawcall... setakat kene hell mcm tu, ape susah... kuar baris je.. hahahhaha

    abah ko mmg hati kering...

    bab ending tu, ade ala-ala kartun ratetuille sket... boleh buat filem katun... sebab agak kartun endingnye... hahaha

    ReplyDelete
  16. kesian jugak, biasanya mak aku rendam tikus dalam baldi penuh air. tapi fantasi kau ada ala-ala ratatouille. kau lepaskan dia, lepas tu dia tolong kau memasak, lepas tu masakan kau sedap, kena puji, naik pangkat. tapi sayangnya kau bukan tukang masak.

    ReplyDelete
  17. dulu2 ayah sy selalu psg perangkap tikus tu. pastu kt dlm tu dia letak la makanan yg dh bcampur dgn racun tikus.so mmg cptla tikus2 tu 'kiok' bila dh msuk dlm perangkap

    ReplyDelete
  18. Mase kecik2 aku penah tgk jiran aku siram air panas kat tikus... Tak sampai ati dow Tgk dia mengelapar kena air panas...

    Awal tahun ari tu opis aku kena serang ngan tikus... Pasang 3 perangkap yg same mcm ko guna tu... Dapat la 3 ekor... Gemok2 plak tu... Nak jemur tengah panas,tak tahu berape hari baru mati.. So aku masukkan 3 ekor tu dalam guni beras... Gali lubang dlm lebih kurang 2 kaki pastu kambus... Harap dapat lah dia bersemadi dengan tenang~

    ReplyDelete
  19. bile nk post new entry...lama bangat meh..ayoyyoyoyoyoyoy

    ReplyDelete
  20. encik CH aku suka la cakap aku bela tikus masa aku bela hamster dulu..(-_-")

    aku geli tikus.. tapi hamster tak pulak aku geli.. aku pun pelik.. tapi aku tak sanggup nak tgk tikus kena bunuh..kesian..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...