March 7, 2014

Kembali masuk arena

Assalamualaikum,

Aku akan kembali menulis blog, kali ini aku menulis untuk memberikan alasan kenapa aku tak menulis setelah sekian lama. Memang dah jadi pattern, asal lama tak menulis lepas tu menulis balik aku akan bagi alasan, maka bertabahlah korang semua.

Tahun 2013 dan 2014 banyak perkara yang berlaku pada aku sampai aku hilang fokus untuk menulis. Di antara faktor-faktor tersebut dinyatakan di bawah ini;

1. Smartphone

Aku beli smartphone brand Motorola Atrix2 guna baucer kerajaan yang bagi RM 200 tu, bila dah ada smartphone, aku jadi ralit dengan macam-macam apps, Instagramlah, whatsapplah, itulah inilah, aku lupa yang blog ini adalah platform aku yang paling kuat di dalam menempuh arus kemodenan.

2. Abang aku kahwin, adik aku beranak.

Abang aku kahwin bulan 11 tahun lepas, dia punya kelam kabut membuatkan aku naik sama kelam kabut. Takdelah, sebenarnya takdelah aku kelam kabut, apa pasal pulak abang aku kahwin, adik aku beranak aku pula yang nak kelam kabut? anggap sajalah alasan ini alasan yang tiada kredibiliti langsung.

3. Pindah rumah.

Bila abang aku kahwin, dia pun pindah ke rumah sendiri bersama isterinya, maka mak ayah aku pun berpindah ke Ipoh membawa hidup menghabiskan sisa-sisa usia mereka di rumah pusaka. Aku pun berpindah ke rumah sendiri pada bulan Januari 2014.

Rumah sendiri ada swimming pool, ia membuatkan aku kemaruk berenang selang sehari, sebiji macam perangai orang tak pernah masuk hotel, bila tidur hotel nampak swimming pool, dia punya kemaruk berenang sampai kena halau dengan pak guard. Kalau boleh pak guard tu pun dia nak ajak berenang sama.

Sekarang aku bukan lagi warga Shah Alam tapi dah jadi orang KL, biasalah bila dah jadi orang KL ni, tak sibuk pun dia kena pura-pura sibuk.

4. Jemu dengan isu politik yang tidak berpenghujung.

Walaupun aku mempunyai kebolehan untuk menghuraikan isu-isu politik, tapi aku belajar satu perkara dalam hidup dewasa ini, bahawa bagi mereka yang fanatik politik dan telah menetapkan pendirian mereka untuk memihak pada siapa maka mereka tidak akan mengambil pusing apa saja hujah walaupun hujah itu tidak boleh disangkal lagi.

Oleh kerana itu, aku mengambil langkah untuk tidak menghiraukan masalah politik negara samada mengulas di blog atau update status di Facebook, bagi aku ia adalah perkara yang membuang masa.

Hidup ni macam ni, kita sebenarnya hidup dalam dunia yang ringkas, tapi kita memilih untuk membuat diri kita sibuk dengan perkara yang tak perlu. Kita letak komitmen untuk memediakan kehidupan kita pada facebook dan medium-medium lain hanya kerana kita fikir ia mampu mengisi kekosongan yang ada pada lompang-lompang hidup. Lompang itu sepatutnya digunakan untuk merehatkan diri dari meraih perhatian dan memberi perhatian.

Dengan harapan bahawa orang memberi perhatian dan masalah kita akan selesai, dan dengan harapan kita menjadi selebriti internet, dapat hidup di dunia kedua dengan alter ego yang mana kehidupan alter ego itu tidak pun memberi sebarang manfaat. Melainkan kau berniaga shawl dan barang mekap di Internet, ada lah untung sikit kat situ.

5. Aku tidak lagi berada di bawah radar.

Pada awalnya aku menulis blog untuk menyuarakan pendapat dan bersosial di dunia internet macam yang aku cakap kat atas tu. Tapi sekarang blog aku dah dijumpai oleh saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, bekas guru, sepupu sepapat, bos bos, kawan office, kawan sekolah dan kawan universiti. Malah jiran aku di Kampung dan di Shah Alam pun dah baca blog aku.

" Ikar, anak Cik Ani ada baca blog Ikar, hebatlah hang sekarang ni, bukan main lagi, tu dia, apa depa dok panggil? bogger bogger? blogger?"  - Makcik Ani, Jiran depan rumah seksyen 8.

" Ikar, Akak dah jumpa blog kau, akak dah baca dah Ikar tulis pasal akak dengan adik-adik akak, semua dah baca, Oooo pandai kau eeeh?" - Kak Murni Namal, jiran sebelah rumah Seksyen 8.

Bukan menjadi satu kekurangan apabila mereka semua membaca kisah hidup aku, tiada masalah di situ, tapi aku yang over, kononnya kena anxiety, timbul satu keresahan jika mereka merasakan aku bukan aku seperti yang mereka kenal sejak kecil hingga dewasa.

Padanlah dengan muka aku, konon nak menyorok, kalau nak menyorok sangat kenapa kau gatal letak muka kat header blog lepas tu letak nama sendiri jadi URL kan? anggaplah jugak alasan yang ini pun alasan yang tidak berkredibiliti.

Nanti nak mintak nyah Suria Lekat Lekit designkan header blog baru yang takde gambar muka.

6. Kerja

Banyak hal berlaku kat tempat kerja, aku tengah struggle nak stabilkan balik ritma kerja, sekarang ni dah tunggang langgang macam kuda terlepas kekang.

7. Malas

Alasan yang paling power di antara yang terpower adalah malas, kalau malas apa pun tak boleh. Lepas ni aku tak nak malas menulis dah, Insyallah.

*********************

P/s Komen box aku masih ada masalah, korang boleh komen, aku boleh baca cuma aku tak boleh reply. Korang komen macam biasa dan jangan bimbang nescaya aku baca dan semat dalam sanubari yang paling dalam.

P/s Takziah kepada anak-anak dan suami Makcik Ani di atas pemergian Makcik Ani ke Rahmatullah akibat Denggi Berdarah, pemergian mengejut makcik Ani yang sebelum ini seorang yg cergas dan sihat walafiat sangat memberi kesan kepada saya. Arwah baik orangnya, salah seorang makcik jiran terbaik yang mesra dan selalu berborak petang dengan saya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Amin amin ya Allah.

13 comments:

  1. Baca alasan pun dah gelak ni, macam mana ni. Btw nak sangat tengok ikar lekas lekas kahwin. -Lokman

    ReplyDelete
  2. Stuju ngn lokman... Bila ikar nak kawen... Jangan tunggu kucing bertanduk... Kelak tiada lagi kerbau mahupun lembu digilai peminat... Ye le.. Kucing dah tumbuh tanduk... Ye dak...

    Paling tidak pun berjalan lah kamu di balik bayang-bayang atap....

    -Peminat rahasia-

    Nampak perkataan rahasia tu... Nganjeng kan? Mcm nk sebut rahaziana plak...

    ReplyDelete
  3. Salam bro, gembira ko dah kembali. keep up dengan penulisan ;)

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya alasan terbesar kau adalah alasan paling last sekali kan... Aku pun Nyah kalau boleh tak suka sedara mara tau pasal blog aku. Aku jenis luar dunia maya tak suka lagi nak cerita bila berkumpul dengan adik beradik pasal blog bagai.. aku tak suka orang sebut2, atau ejek2 manja, atau sindir2 aktiviti yang aku buat dalam dunia online bila berada kat luar dunia maya ni. Byk gak sedara mara aku add kat FB.. aku select yg aku rasa sporting je nak approve.. selebihnya aku bukan 1 lagi acc Fb khas utk adik beradik & Family jer.. tapi aku masih aktif berblog. ramai adik beradik yg tahu pasal blog aku even akak aku kt kampung pun baca blog aku tp dia jenis ok.. baca & tak komen apa2. Sebab aku takde nak tulis pasal gaduh dengan laki ker.. marah kat sedara ke.. atau laki aku buat ayat sweet2.. semuanya berkisahkan isu2 semasa jer... Pasal header tu Nyah... sayangilah yang ada sebab bukan apa.. aku takut anak aku yang tolong buatkan header untuk kau. sepatah aku taip.. laju 10 jari dia rampas kebot. ni pun dia tengah tido..

    ReplyDelete
  5. Suka..abam ikar dah kembali!!! Tahniah kat abg nye sbb dah berumah bertangga

    ReplyDelete
  6. ingat dah lupa kata laluan.. hehehe..
    Moga dak Ikar makin cergas menghapdet lagi selepas ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. selamat aktif kembali! semoga lebih banyak idea muncul selepas ni. dari jauh support awak ni.kekekeke -gadis semasa

    ReplyDelete
  8. rasa hati? blog mana ni? (itu yg terlintas dlm fikiran aku bila nampk blog ni dalam list unread blog aku)... nampk sgt ko dh lama tk buat entri baru hinggkn aku hampir lupa kewujdan blog ni! hahahaha....

    anyway.. keep up writing bro. ko ada bakat menulis!

    ReplyDelete
  9. sentiasa visit page ni,sbb nk tgk input baru. Akhirnya ada jugak..

    ReplyDelete
  10. Blogging in order to express your opinion and communicate on the Internet, as you said, your full right, site this topic but do it under a pseudonym.

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...