December 13, 2012

Rindu Dalam Rahsia

Assalamualaikum


"Bagaimanakah kisahnya para pahlawan menakrifkan rasa rindu mereka?" (Jawapan rujuk perenggan akhir)


Aku dari kecil rapat dengan mak aku, disebabkan aku ni menyusu badan dari lahir sampai 2 tahun setengah, tak pernah isap susu botol, tak pernah ada bantal busuk, tak pernah ada puting kosong getah, tak pernah isap ibu jari dan takde imaginary friends maka Mak akulah segala-galanya sejak aku dari kecik.

Dialah toys aku, dialah bantal busuk aku, dialah susu aku, dialah kawan aku dan segala-galanya sepanjang tempoh kritikal tumbesaran seorang anak hingga baligh dan mampu berdikari.

Sejak dari kecil Abah pula lebih rapat dengan abang aku, walaupun abang aku selalu menafikannya tapi hakikatnya memang abah rapat dengan abang aku. Mungkin sebab dia anak sulung lelaki, dia menjadi pertaruhan terbesar bapak aku dalam meneruskan kelangsungan warisan keturunan genetik bapak aku.

Abang aku manja dalam segala hal walaupun dia selalu menafikannya, perilakunya tidak manja tetapi cara hidupnya memang manja. Makan ayam nak yang bahagian dada, tak nak bahagian yang lembik-lembik macam pangkal peha, kaki dan peha. Makan ikan nak bahagian ekor atau tengah badan, tak makan bahagian kepala dan perut.

Bila abang aku masuk asrama, setiap hari Sabtu kami sekeluarga akan datang melawat dia di sana, mama akan bawa periuk nasik ikat dalam kain batik, lauk pauk feveret abang aku dalam sia' mangkuk tingkat dan kami akan akan makan berkelah di kantin sekolah asrama itu. Bertahun-tahun lamanya rutin itu dijalankan.

Pada tahun 1997, aku pun masuk sekolah asrama di Sabak Bernam, kemudian pindah ke sekolah asrama di Rawang sama dengan abang aku. Tapi masa tu mama dan abah tidak lagi melawat aku dan abang setiap minggu. Bukan sebab tak sayang, tapi abah dah mula pindah ke Mersing Johor sebab beli Kilang Air Batu.



Bila terkenang Mersing, terus teringat Sri Mersing, Damak dan pantun kajang pak malaunya, masalahnya di sini kenapa damak ketiaknya licin takde bulu? itu masalahnya tuan-tuan dan puan-puan.


*************************

Jadi, pada tahun 1998 aku mula pindah ke Mersing dan bersekolah harian di sana. Di Mersing aku tak ramai kawan pada mulanya, jadi aku menghabiskan waktu lapang bermain badminton dengan abah. Walaupun pada tahun 1994-1996 aku sudah menjadi jaguh badminton di sekolah rendah, namun bapak aku tak tengok sangat sebab dia sibuk kerja di KL dan sibuk juga main badminton di serata Lembah Klang.

Di Mersing lah aku mula ingat yang aku makin rapat dengan Abah. Ikatan yang membuatkan aku rapat dengan abah adalah Badminton. Abah obses dengan badminton, masa umurnya lewat 30 an dia pernah main badminton 8 hari seminggu. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad pagi dan Ahad malam.

Tapi lama-lama abah insaf sebab dia rasa tak patut dia buat macam tu, maka dia pun meluangkan masa hujung minggu untuk keluarga bawak kami pergi zoo, Taman Tasik, Muzium Negara, Bukit Cerakah, Sogo dan sebagainya.

Bermula dari tahun 1999 - 2001 aku mula menjadi sangat rapat dengan abah, sebab setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat petang hingga malam kami akan bermain badminton di dewan. Kami main selalu bergu bersama dan menewaskan jagoan-jagoan di Mersing.

************************

Walaupun aku sangat rapat dengan abah di zaman kegemilangan badminton itu, namun kami selalu bertekak secara jantan, bukan gaduh anak beranak tapi jenis bertekak dekat kedai kopi atau dalam gelanggang badminton. Bukan gaduh menderhaka tapi gaduh-gaduh manja.

Keakraban aku dengan abah selalu menjadi buah mulut kawan-kawan sekolah terutamanya Zulkifli Saadon,  kawan karib dari zaman aku duduk Mersing sampai sekarang. Kata mereka, pesen anak-beranak macam kawan-kawan, Sedara mara  pun cakap macam tu jugak.

" Yeop, nanti kalau anak-anak Yatie dah besar, Yatie nak buat mcm Yeop dengan Kak Awi lah"

" kamu nak buat macam mana?"

" Ye lah, macam Yeop ngan Kak Awi layan anak-anak, macam sembang dengan kawan-kawan, tapi bila ada masa serius kena serius, ada masa gurau tu gurau, ada masa hormat kena hormat, tapi tetap sembang macam kawan-kawan"

" Boleh, tapi kamu kena letak batas kawan dengan anak ni, jangan leka nanti sampai anak pijak kepala"

Aku pasang telinga masa dengar Mak Sedara Sepupu aku sembang dengan abah aku.

*******************************

Pada Tahun 2002, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM Dungun.

Aku pun terpaksa berpindah ke Dungun untuk mengejar cita-cita. Abang aku masa tu ada dekat Uitm Segamat.  Maka rumah aku itu pun menjadi sunyi. Anak-anak jantan abah dah tiada kat rumah. Tinggal dua orang anak dara iaitu adik aku Zulia dan adik bongsu si Ayin.

Dengar khabar dari sumber-sumber yang boleh dipercayai iaitu mak aku, Ayin si budak bongsu sudah mula menjadi baby tua abah. Abah banyak habiskan masa hantar dan ambil adik dari sekolah, Ambil hantar tuisyen dan sebagainya. 

Abah pun sudah mula menggantung raket badminton, sebab dia dah takde mood nak main dengan kawan-kawannya atas sebab dia yang makin berusia dan anak lelaki dia dah tiada untuk partner dengan dia.

Cukup sebulan aku di UiTM Dungun, Minggu Haluan Siswa pun dah habis, kesibukan kepoyoan semangat tak tentu hala pelajar junior freshies pun mulai reda, maka mak ayah pun datang berbondong-bondong melawat kami semua. Hiruk Pikuk jadinya UiTM tu, bagaikan ada temasya di malam minggu. Kecoh bagaikan ayam berebut nasik sejuk belakang rumah.

Semasa famili aku datang melawat tu, aku tengok muka mama abah ceria bagaikan baru kena Loteri 10 juta ringgit, walaupun loteri itu haram di sisi agama Islam, tapi aku saja guna sebab susah sangat nak cari perumpamaan lain bila kau menaip entry di dini hari pukul 4 pagi ini.

Bersinar-sinar mata abah datang melawat aku, walaupun aku tahu dia seorang yang ego dan keras hati, tapi aku nampak muka dia gembira melepaskan kerinduan yang telah lama terbuku di jiwa. Nak dijadikan cerita, abah bangun pergi kaunter cafe nak order makanan. Mama cerita dekat aku satu rahsia.

" Ikar kamu nak tau satu benda tak?"

" taknak!"

" kalau taknak aku taknak cerita"

" Ek eleh mama, kalau nak cerita tu tak payah buka ayat 'kamu nak dengar satu benda tak' dulu tak boleh ke?"

" Ah, diamlah kamu, ha ni ada cerita best, kamu tau tak abah kamu rindukan kamu sangat?"

" Iye ke mama? mana mama tau?"

" Mama tahulah ikar, Abah kamu tu bila kamu masuk U, dia selalu termenung petang-petang, bila dia rindu sangat, dia tidur kat katil kamu"

" perrghhhh, macam drama cinta pulak ma, betul ke ni? takkan lah abah buat macam tu, drama swasta sangat tu mama"

" beeetul ikar, mama curi-curi tengok, bila dia rindu ke kamu, dia masuk dalam bilik kamu, dia tidur kat katil, tapi bila mama tanya kenapa tidur katil kamu, dia jawab sebab panas, nak ambik angin, ambik angin apa tah, dah sah sah bilik kami ada aircond, lagi sejuk"

" hahaha, sentimental jugak abah kan mama kan?"

Sambil aku gelak, sambil aku cepat-cepat pandang tepi, pastu aku kerling mak aku tunduk suap nasik je, aku cepat-cepat kesat hujung mata, rasa macam ada air mata. Bukan apa, dekat tepi Cafe tu ada banyak lori pasir lalu lalang. Pasir masuk mata, pedih!

****************************

Kini terbuka sudah rahsia bahawa bapak aku jiwa sentimental, bila dia rindu ke aku dia curi-curi tidur atas katil aku.

Sebenarnya aku ada rahsia besar jugak, tapi aku tak pernah cerita kat keluarga aku.

Dulu bapak aku selalu outstation lama-lama, jauh-jauh ke serata Malaysia, Selalunya 3, 4 hari, paling lama seminggu dua. Melawat Kilang air batu di setiap cawangan di Malaysia.

Masa tu zaman aku tadika dan sekolah rendah. Bila lama sangat abah outstation, aku semacam jadi rindu sangat ke dia.

Aku curi-curi masuk dalam bilik mak aku, aku usha line mak aku tengah basuh pinggan ke, jemur kain ke, tengok mak aku ralit sibuk buat kerja rumah, Aku cepat-cepat tidur atas bantal Abah.

Tak dapat jumpa abah, dapat tidur kat bantal dia, bau peluh dia kat bantal tu pun jadilah. Tapi harap korang semua simpanlah rahsia ni. Rahsia antara penulis dan pembaca. Kalau bapak aku tau, mesti dia sindir aku curi-curi cium bantal dia semata-mata nak hilang rindu.


"Itulah dia kisah rindu dalam rahsia para Pahlawan Melayu Lama, Rindu dalam rahsia itu sangat menyeksa jiwa, jiwa terseksa mencipta dendam, kerana itu ia menjadi si Rindu dendam yang tak kunjung padam"



Abah di zaman awal 50 an. Rambut pun tak banyak uban lagi, Amboi misai tebal ular sawa, tapi nyorok-nyorok tidur kat katil anak bila rindu, kantoi. hahaha.

Aku cuba banding banyak kali muka aku dengan bapak aku, tapi takdelah sama sangat, mancung lagi hidung aku ni, tapi bila balik kampung, mesti sedara mara kata " kamu ni rupa sebijik macam bapak kamu masa muda"

******************Tamat*****************


p/s I Sebab tu orang bercinta bila tengah mabuk asmara, dia tukar-tukar baju, kusyen atau bantal, nak hilangkan rindu, bila teringat ke kekasih malam tidur ciumlah baju, tenang rasa jiwa. Lepas cium sorok bawah tilam. Buatnya makwe bagi Baju Dalam kaler pink, kantoi mak jumpa tak ke dituduhnya anak cuba sorok-sorok jadi pondan dalam bilik?

p/s II Sebab tu, dulu-dulu kalau mak beranak kecik nak pergi umrah ke haji, dia tinggalkan kain batik yang dipakai tak berbasuh. Bila baby dia meragam rindu teringat kat mak, opah atau kakak akan selimut baby tu dengan kain batik mak dia. seolah-olah mak tengah peluk anaknya, ada bau.

p/s III Orang kata, bau ketiak lelaki yang ada kepekatan tinggi Androstadienone (CORR) bertindak sebagai feromon yang dapat membangkitkan keselesaan, ketenangan dan keghairahan kepada kaum wanita.

p/s IV Tapi kawan-kawan wanita aku selalu merungut pasal bau ketiak lelaki bangla. Tak faham aku kadang-kadang diorang ni.


44 comments:

  1. Waaaa.....nak nanges gak baca (lap ayor mata kat langsir...)....Ikaa, tak sangka guaaa, luu ni anak bapak rupanya....wajah sama, tapikan ensem lagi bapak luuu....haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lewat jadi anak bapaknya cikmat.... tapi aku rasa aku lagi hensem kot. Bzzzzzzzz (kena sambar petir)

      Delete
  2. sweetnya ikar. hur hur. ingat saya lagi?

    ReplyDelete
  3. eh..bapak aku penah rindu kt aku tak eh..?

    alaa..segan plak nk tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, baik kau tanya dia cepat. tapi aku rasa dia tak sempat nak rindu, hari2 ngadap muka ko je kat rumah shila. hahaha

      Delete
  4. bau ketiak suami adalah nikmat utk dicium setelah suami penat bekerja seharian aka balik opis petang2 (tp make sure pagi tu suami dh pakai body spray dan bvlgari byk2..)..kalau tak pakai body spray suruh dia mandi dulu baru blh dok bawah ketiak..tp kalau bau ketiak bangla..bape byk body spray yg dia pakai pon ttp tak blh blah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa kan betul, dah kabor dah yang perempuan suka bau ketiak lelaki, dah kata dah...

      Delete
  5. olohhhh..
    comei ngat aih dua beranak ni.
    macam teddy bear.

    p/s : mmg serupa la ikar. mmg banyak rupa abah kamu tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramainya cakap muka serupa, maknanya memang betul serupa la ni kan che puang....

      Delete
  6. Ikar, kalo nk tgk rupe Ikar tua,tgk la muka ayah Ikar, itu la rupa Ikar mase da tua nnt....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kena diet la, saya nak rupa mcm abah masa tua nanti, tapi badan mcm george clooney, kekekeke

      Delete
  7. Ikar, akak rasa awak tengah rindu dengan bapak awak, kan? kan??

    Sebak baca entry hari ini, isk3! Nak komen pun ada sikit rasa nak nangis ni. Akak dulu pun kalu rindukan arwah abah memang bantal & baju abahlah yg akak sedut2 bau dia.. untung Ikar masih ada abah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah org kata, yg paling susah ialah merindui mereka yang masih ada. selalunya kita rindu yang telah tiada.

      yeay ada geng orang yang curi2 cium bantal hahahahaha

      Delete
  8. Ikar is baaaaaaack! Bapak aku pun dah makin lama aku tengok makin berusia,selalu aku fikir bila dia dah uzur nanti mampukah aku jaga dia macam dia jaga aku,Tang ketiak bangla tu aku panggil KetiBus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Jadi Noi... Aku back dah ni, pasni aku akan back mcm dulu, insyallah, harap istiqamah.

      ketibus? ketiak bangla best?

      Delete
  9. kalau saya,saya akan tau bila ayah saya rindu. sebab dia jenis cakap je. bila saya dah lama tak balik,atau malam2 dia telefon dia akan cakap,"i miss you,i miss my baby girl" terharu sampai rasa nak keluar air mata tapi lek lekk. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeee ada budak manja lah! untunglah dia, dah besar2 pun jadi baby girl lagi. kena dukung tak kena dukung tak? kekekeke

      Delete
  10. sempat kau usya ketiak hero sri mersing tu kan Nyah.. aku sendiri dok tgk filem tu berkali2 x perasan.. hahahaha. Muka ko memamng macam bapak ko la Nyah.

    Rindu pulak kat arwah ayah aku Nyah.. arwah ayah aku x pndai sgt nk manja2 dgn anak tp dia juga x pndai garang @ merotan anak tp aku tau dia sayang semua anak2 dara dia.. dia pun pernah ckp smbil nangis sekali dulu. Masa aku mula2 berhijrah kat sini.. dia pernah cakap kat mak aku, rasa sunyi pulak rumah. Yelah sblm berhijrah kat sini kira aku la penghuni tetap dlm rumah. masa tu kakak & adik aku byk dok hostel.. belajar. aduhai.. confirm aku rindu bapak aku sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah nyah, bapak ni ego ngan hati kental. susah nak tunjuk dia sentimental, ni pun aku untung sebab mak aku bukak rahsia.

      kalau kau rindu, kau doakan dia banyak2 nyah, hari2 doa kalau boleh.

      Delete
  11. Memang sama pun muka awak dengan ayah awak :)

    ReplyDelete
  12. ika is back...entri nostalgia..hehe..nice dude..

    ReplyDelete
  13. baru faham knp zaman kat hostel dulu room mate sy suka tidur dengan tshirt bf dia! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. elelelele, buat2 baru paham, tah tah dia pun cium baju bf gak kan kan kan?

      Delete
  14. lapan hari seminggu tue guana Ikar... adoiai.

    Iya ya o jer mata masuk habuk pasir.. kamu pun sama jiwa sentimental

    Ketiak Bangla jangan kata perempuan, lelaki pun rasa nak pengsan hoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapan hari la ojin, ahad pagi dan ahad malam main sampai ke pukul 1 pagi, dah 2 hari dah tu.

      betul ojin, pasir masuk mata, jahat betul pasir tu!

      Delete
  15. awak mmg anak bapakkk.. tau dak?

    dik. kawan awak zulkifli Saadon tu duk kampung air merah eik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat jadi anak bapaknye pun...

      Yerp, Zul Saadon duduk dekat air merah kejap, lepas tu dia duduk nitar kat rumah mak ayah dia.

      kenal eh? sekampung ke kak?

      Delete
  16. memang rupa ko sebijik la dengan bapak ko weh..realiti!

    lawak betol ko ni..ketiak si Damak takde bulu pun ko sebokkan..hahaha..

    dulu masa arwah abah aku meninggal, ade jugak la cium2 baju dia bila rindu..skang dah 13 tahun berlalu..baju dia tu pun dah ke mana hala pun tak tau..aku suspek mak aku buang dah..maklumla dah berkurun..tapi takpe la..skang kalau aku rindu, aku tengok gambar die je la dan doakan die tiap kali lepas solat..itu je la yg aku mampu..

    tapi part pakwe makwe tukar2 baju tu..errr..sebenarnye aku ada 2 helai baju tunang aku..konon suka dengan bau badan dia..bila rindu boleh cium2 baju die..maklum la kan ke jauh-jauh ktorg ni ha..tapi 2-2 helai baju tunang aku bagi tu mak aku dah cuci..hampeh je..jadi skang ni baju die jadi baju tido aku pakai je la..takdo dah bau dia..bagus jugak mak aku ni..jaga anak dia taknak bagi 'mabuk' sangat..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "taknak bagi 'mabuk' sangat" kekekeke aku setuju lah dengan mak kau, sebab cium baju pakwe ni kalau sedut dalam2 sangat boleh jadi high kau tau...

      tentulah kau tau, sebab kau dulu buat, hahaha

      p/s semoga roh ayah ko ditempatkan di kalangan org yang beriman sha, amin...

      Delete
  17. salam ikar.kekacakan dari ayah rupanya ye? ehehe

    akrab sungguh hubungan kalian.alhamdulillah mmg bagus.tapi bila cerita bab rindu mmg pedih.biasanya si ayah tak ckp.klu mak dia bg tau dia rindu ayah diam2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masa baby baby, ayah ada gak ckp "rindu anak ayah ni" tapi bila besar dia jd mcm segan kan kak kan.

      kacak mcm ayah? peh peh harap abah tak dengar, nanti dia kembang.

      Delete
  18. patut la misai sama jer....



    org lelaki ni mmg jenis ego ....rindu tapi x mahu mengaku tapi kalau boleh jgn buat begitu ...iklas sahaja kata kita rindu dengan mereka itu lebih real dan melekat dalam jiwa!

    ReplyDelete
  19. Bertuah punya Ikar.. pagi yang hening di malam Jumaat nie.. buat air mata Kak Yong mengalir tampa di paksa.. Terus terang bila baca cerita Ikar.. Kak Yong bukan ingat kan Pakdak tapi ingatkan detik Kak Yong bersama arwak tok.. ye lah... dari baby sampai anak dara tok dan opah yang jaga Kak Yong kan... Teringat Tok hantar sekolah naik basikal roda 3 , terkenang kami sama2 jual nasi lemah dan kueh di rumah setingan Jelapang, ikut Tok pergi kenduri bila Tok di jemput utk baca doa selamat ... dan paling tak boleh lupa bila Tok picit kan kepala ketika Kak Yong demam sambil tidur di tengah2 Tok dan Opah.. Hu..Hu..Hu.. rindu Atok.. Tapi itu tak bermakna Kak Yong tak sayang pada Pak Ndak... Walau pun Pak Ndak tak mesra dan ramah dengan anak2 perempuannya.. tapi kasih sayang abah terbukti bila anak2 nya cukup makan hingga semuanya montel2.. ada tempat tinggal dan kami masih habis sekolah walau pun hanya habis di Ting 5.. Paling penting bila dah kahwin nie.. Kak Yong rindukan masakan Pak Ndak...( masakan Pak Ndak kan lebih sedap dari Mak Ndak) he..he..he..

    *gambar Ayah Lang lambang Lelaki Seksi Dalam Melaya..

    ReplyDelete
  20. apa-apa saja yang ada kaitan dengan abah, akan membuatkan aku nangis, aku mmg sayang abah... entri yang best, tak berkelip kubaca ^_^

    ReplyDelete
  21. aku tak baca lagi entry ni, baru tengok gambar dah nak komen, amboi hemsemnye ayah

    ReplyDelete
  22. amboi..hemsemnya misai ayah..hahahaha...

    ReplyDelete
  23. Well written. Abah saya rindu saya bila dia sakit :-)

    ReplyDelete
  24. X sangka aku jumpa ko kt cni.. Penah 1 rumah ngn ko kt kolej meranti.. Wlupun x rapat tp mmg ada gakla kenangn

    ReplyDelete
  25. Hamboih, boleh la bagi tau bapak abg Zul ye, hahahaha, alamak pagi2 mcm ni je mata masuk habuk, ingt bapak,

    ReplyDelete
  26. hye.. sebelum nie juz baca jek entry RASA HATI. tp nie pestaim komen,,huhu.. pesal jadik sebak nihh,,, nangis kejap sbb teringat at family. ekceli dah seminggu x balik umah sbb ada urusan kerja. patut balik esok....tp rasa2 malam nie nekad terus gerak balik umah kot! windu mak ayahhh...iskk..iskk.. ='(

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...