kalau nak cerita pasal cita-cita aku ni memang banyak, kalau nak tulis ringkas dalam satu perenggan pun boleh. Kiranya aku cuma senaraikan saja semua cita-cita aku dah habis cerita.
Tapi kang cerita pendek sangat orang ingat penulis Rasa Hati dah buang tabiat pula. Bersempena aku rajin nak bersembang ni, meh aku sembang-sembang ringan antara beberapa cita-cita aku dari kecik sampai ke besar.
Cita-cita aku ada 4 Fasa. Fasa sekolah rendah, Fasa sekolah Menengah, Fasa Universiti dan Fasa dunia kerjaya.
*********************************
1) Fasa Sekolah Rendah.
Dulu aku pernah berangan nak jadi Saintis. aku pernah cerita dalam entry Serum Ikut Arahan secara detail. Jadi aku tak perlulah perincikan lagi kisah nak jadi saintis ni.
Selain dari saintis, aku jugak pernah berangan nak jadi pelayar laut. Kononnya aku nak jadi pekerja kapal tanker minyak, Cruise ship atau kapal kontena sebab aku dulu terpengaruh dengan bapak aku yang cakap salah satu impian dia yang tak tercapai adalah jadi pelayar.
"Ikar, kamu nak tau tak abah dulu cita-cita nak jadi pelayar, nak kerja ikut kapal berlayar"
" habis tu kenapa abah tak kerja atas kapal?"
" sebab takde peluang, tapi kalau abah muda macam kamu, dalam masa 3, 4 tahun abah dedikasikan dari umur abah nak pergi belayar, singgah macam-macam perlabuhan, tengok negara orang"
" alah abah, kerja apa pun boleh bah, dah besar nanti ikar kerja gaji banyak, nak pegi tengok negara orang naik kapal terbang pun boleh bah!"
" Ish kamu ni potong stim abah lah!"
Sebenarnya cita-cita kerja berlayar ikut cruise ship ni belum terpadam dalam hati aku, mungkin satu hari nanti kalau aku tergerak hati, boleh jadi aku pergi kerja naik kapal ni. |
Tapi itulah, masa kecik aku tak pernah ada impian nak jadi cikgu ke polis ke bomba ke tentera ke, aku dari kecik memang tak minat badan beruniform ni. Pengakap pun kalau boleh aku taknak pakai uniform dia, aku nak pakai Tshirt putih dia dengan seluar pengakap tu je, pastu pakai skarf ikat tengkuk.
Mungkin sebab keluarga aku takde pengaruh orang yang kerja Gomen atau Badan beruniform. semuanya kerja swasta.
*****************************
2. Fasa Sekolah Menengah
Disebabkan masa masuk sekolah menengah, aku suka sangat dengan Sains, maka aku suka buat eksperimen sorang-sorang dalam bilik. Minat punya pasal tak payah nak kena suruh. Rajin je menyelongkar gobok.
Dulu aku selalu ambil kapas facial cuci mekap mama, letak dalam pasu kaca kecik bekas telur rebus kenduri kahwin tu, pastu bubuh air, pastu aku letak kacang hijau. Aku suka tengok taugeh tu tumbuh.
Aku selalu buat eksperimen kawalan, ada 4 pasu kecik, satu aku bubuh Kacang Hijau dengan air saja. Satu pasu aku bubuh kacang hijau dengan gula, satu lagi aku bubuh kacang hijau letak dekat tempat tak kena Matahari, pasu last aku bubuh kacang hijau dengan taik hidung atau apa saja bahan kompos yang ada di sekitar, macam kuping luka, kuku, eh macam-macam lah. Eksperimen berangan acah-acah katakan.
Nostalgia betul bila tengok gambar ni, dengan kapasnya, dengan balangnya, sambil menaip tengok gambar ni sambil dengar koleksi Lagu Kenny G, Memang buat aku kembali mengenang memori sekolah rendah. |
Pastu aku pernah bubuh Daun Setawar dalam buku, pastu tumbuh akar beranak pinak. Pastu mula aku merepek letak Daun Setawar dalam Al Quran, kononnya nak bagi dia tumbuh sambil serap intipati azimat ayat Al Quran lah, tak ingat dunia punya bidaah. Merepek masa kecik namanya, tapi takpelah nama pun budak kecik punya berangan. Ni yang orang tua-tua berangan buat bidaah short karen tarekat goncang-goncang badan pun ada apa cerita entah!
Dari tabiat aku yang suka bereksperimen ni, aku suka jugak tanam bawang dalam tin susu. Aku bubuh tanah dalam tin susu tu, pastu aku letak sebijik bawang dalam tu. Pastu aku seronoklah tengok bawang tu tumbuh daun kan, aku pun mula teruja.
Dah namanya ikar, bila dia teruja, dia tambah lagi keterujaan itu dalam skala yang lebih besar. Aku pun isi tanah gambut dalam 5 biji tin susu, pastu aku letak setiap satu tin dengan dua biji bawang. Pastu aku bubuh baja uncang teh dah guna, dengan air basuh beras dan ikan. Tumbuh rimbun-rimbun oi!
Pastu mak aku pun tiap kali nak masak sup ayam ke sup ikan ke, mesti dia cari pasu eksperimen daun bawang aku.
" ikar, mama ambik sikit daun bawang eksperimen kamu tu boleh tak? aku malas nak ke kedai, nak masak sup ayam ni"
" ambiklah mama, tapi jangan potong ke pangkal sangat nanti pokok dia mati"
" iyelah professor, Mak oi apsal banyak sangat pasu daun bawang kamu ni ikar oi!"
" biasalah mama, eksperimen kawalan"
" Habislah lingkup stok bawang aku, habislah. kamu ganti balik ikar!"
" Macam mana anak Melayu nak maju dalam bidang eksperimen mama, kalau mama berkira dengan bawang mama, bawang silih berganti tapi keinginan anak muda nak bereksperimen susah kita nak cari mama!"
" suka hati kamu, tapi asal habis bawang aku kamu kerjekan siap, mama korek bawang dalam tin tu!"
Salah satu Hobi aku dulu, bereksperimen tanam bawang dan taugeh, pasu kecik tu lah aku maksudkan pasu kaca letak telur rebus kenduri kawin. dia tanam bawang dalam pasu ni, dulu aku tanam togey. |
Pernah satu ketika, aku terlalu terbawa-bawa dengan eksperimen bawang aku ni, masa tu aku duduk rumah kuarters kilang air batu bapak aku sebelum kami pindah ke rumah yang lebih elok.
Dekat kuarters tu tanah dia subur, jenis tanah gambut hitam. Pastu tempat dia oldtimer habis, korang setkan minda korang kawasan kuarters kilang tu macam rumah pekerja era 60 an, atau rumah kuarters pekerja Keretapi. Setiap bawang yang aku dah berjaya biakkan dengan subur dalam pasu susu cap teko tu, aku akan pindahkan ke kawasan tanam gambut bawah pokok mempelam sebelah jamban.
Kawasan pokok mempelam tu punyalah subur Mashaallah. Buah dia besar-besar dan ranum-ranum, buah banyak pokok lebat. Aku syak sebab lokasi dia sebelah jamban bertepatan pula dengan tanah gambut, maka pokok itu subur sebab ada air kompos baja asli dari jamban meresap ke akar pokok. Aku syak je lah, bukan aku tau sangat pun.
Lebih kurang macam inilah subur dan rimbunnya kebun bawang aku sebelah jamban bawah pokok mempelam aku dulu. nampak tanah dia hitam? tanah gambut lah ni. rindu aku kat kenangan rumah kuarters dulu. |
Bawang aku yang daunnya dah berjaya tumbuh rimbun itu aku alihkan ke kawasan bawah pokok mangga tu. Sampai naik penuh bawah pokok mangga tu dengan daun bawang. Pastu aku makin carried over, aku mula berangan.
" Kalau satu pokok bawang ni boleh lebat macam ni, nanti mesti beranak pinak bawang bawah tanah ni, pastu aku nak jual daun bawang dia dekat kedai runcit dengan pasar, dapatlah satu plastik besar tu 5-6 ringgit, pastu cukup masa aku nak korek tanah tu, aku nak kumpul semua bawang baru yang tumbuh, aku nak jual kat pasar, mau kaya aku jadi tokey bawang!"
Sampai macam tu sekali aku berangan. Pastu aku pergi canang cerita nak jadi tokey bawang dekat abang aku mula-mula. Pastu aku cerita kat bapak mak aku semua.
" Abah, mama, ikar dah tau dah cita-cita ikar apa? Ikar nak jadi tokey bawang! Ikar ingat nak buat industri ladang bawang, boleh kaya mama"
" dah berapa banyak bawang kamu tanam ikar?"
" Sekarang dah dekat sepuluh bijik bawang dah, semua naik subur mama, mama pun amik daun bawang ikar buat sup dah banyak kali kan?"
" Ha'ah aku tengok subur je daun bawang kamu tu, cuba kamu korek dalam tanah tu tengok berapa banyak anak bawang dah beranak pinak?"
Aku pun tak sabar, aku korek tanah tu haram satu ulas pun takde, dia tak mahu tumbuh macam ubi kayu, Kalau dia tumbuh pun lambat, rupanya dia kalau nak tanam bawang bebanyak dan cepat ni, kena tabur benih. Benih tu datang dari bunga bawang yang tumbuh kat hujung daun bawang.
Macam mana nak dapat benih bawang tah kalau dah selang seminggu mak aku cantas pokok bawang buat masak sup ayam. Lama-lama aku mula sedar yang angan-angan aku nak jadi tokey bawang tak kesampaian.
******************************
Bila dah besar ni, aku kerja dekat kilang biskut, sebelah kilang aku ada syarikat import bawang dari India. Mak aih, bukan main murah lah bawang tu sekarung, tak sampai 5 ringgit.
Kadang-kadang staff aku pergi kutip je bawang yang jatuh bawah lori kontena tu. Punya banyak bawang sampaikan yang tercerai dari karung dia, dia biar macam tu je tak kutip.
Entah macam mana nak bersaing dengan industri bawang yang besar macam di India dengan Belanda tu entah? Baiklah aku kekal tanam bawang bagi tumbuh daun untuk mak aku buat sup ayam je. Habis cerita!
Sebenarnya tak habis cerita. Biasalah standard keluarga aku, mama, abah abang aku sekali dengan adik-adik aku memang kuat menganjing. Asal tengok dokumentari kebun bawang ke ladang FAMA ke kat TV. Mesti diorang pandang muka aku lama-lama dengan pandangan mata penuh cercaan ibarat koboi ajak lawan beradu pistol. Ditambah dengan sedikit rencah senyuman jahat, selamba gaban je mengeluarkan kata-kata nista.
" Ikar, apa jadi dengan Ladang Bawang kamu? kamu kata dulu nak jadi Tokey Bawang, dah berapa ekar dah kebun bawang kamu?"
Korang nampak tak permainan keluarga aku macam mana? Korang nampak tak permainan diorang? Luluh perasaan terlakar di Renungan Jiwa si Tokey Bawang.
Aci aci, minachi mincahi, dey!! you bawang mau ka? |
***************tamat****************
P/S I Kalau engkorang terer, berapa banyak aku sebut "pastu" dalam entry kali ni?
P/S II aku baru cerita 2 fasa, ada lagi 2 fasa, nanti buat part II sambungan entry lain. dah panjang sangat.
P/S IV lepas habis aku taip dan publish cerita ni, aku terus ke dapur, ambil bawang, letak dalam balang, pastu bubuh tepi tingkat belakang laptop ni.
assalamualaikum..
ReplyDeletekita masa sekolah2 dulu pun ada letak daun setawar dalam buku..masa tu mmg kagum je tgk daun tu..hehe..maklumlah,budak kecik..
standard kan budak2 dulu kalau tanya cita2 nak jadi cikgu, askar polis, doktor bagai.. tp aku masa sekolah rendah nak jd penyanyi. kes terpengaruh dengan raja ema sblm aku masuk sekolah lagi.. skali kena buat karangan cita2 saya masa darjah 2 aku sorang je tulis nak jadi penyanyi. Pokok daun setawar dulu masa sekolah memang pemes kengkawan aku simpan dalam buku.. tak pun bulu ayam. bulu ayam pun beranak jugak bila simpan dalam buku. dia akan tumbuh bulu kecik.. bukan anak ayam yer. Aku budak kampung.. pun pernah berangan dengan kawan2 konon nak jadi petani. Pakat pi la 1 geng buat kebun tanam pokok daun kari.. daun bawang.. apa2 daun je la. Daun pegaga, cili bagai.. tp bila dah boring setakat tu je la bertani. Cari permainan lain lak.
ReplyDeleteP/s : ko tanam pokok bawang skrg utk stok mak ko masak sup lagi ker?? kekekeke
hehehehe.. daun setawar tu akak pernah buat tapi baru hari ni tahu namanya daun setawar...
ReplyDeleteIkar, sekarang ni anak akak yang rajin beno buat eksperimen macam Ikar. Tanam taugehlah,tanam kulatlah, telur rendam cukalah tapi bab tanam bawang tu, akak lagi terror, tak payah letak tanah gambut pun, subur jer kat dapur tu ha.. terlentang tertiarap tak dimasak :D
ok, yg part daun setawar tu aku selalu buat n aku tekun tunggu sampaila aku buh kt tanah n subur jadi pokok.. taugeh lak cuma buat eksperimen kt skolah..
ReplyDeletebtw, daun setawar tu aku sebut daun tapak itik.. smpi skang xpaham nape sebut daun tapak itik padahal xde rupe tapak itik pun.. pfftttt
hah..aku pn panggil daun setawar tu, daun tapak itik gak..yg selit dalam quran tu, aku tak fikir plak teori ko tu..cuma buat jadi penanda baca je..kakaka...
ReplyDeletedulu, aku suka tanam lobak dengan kentang..sbb bwg ni, mak aku tanam lg hebat..tp dah jenis org x penyabar..lobak n kentang tu baru tanam seminggu dah korek.. -__-
Cita2 aku time skolah rendah mmg takleh blah. Sampai kena masuk kaunseling - pembunuh upahan.
ReplyDeleteBanyak layan cerita hong kong aaa nih...
Lawak je part last tu, kene perli, hahahahah, sian3, dulu kecik2 cikgu suh pilih nak jadik apa, dia dok sebut, kita iya kan jela, bebudak,
ReplyDeletetak tau la tgn ni sejuk atau panas.. sbb jarang sungguh bercucuk-tanam. haha
ReplyDeletesaya dulu masa sekolah rendah pon suka buat eksperimen taugeh,daun setawar,roti kulat,jeruk. haaa semua benda nak buat. dan daun setawar saya jadi panjang macam dalam gambar tu. hikhik.
ReplyDeleteaku punya cita-cita dari darjah 1 sampai darjah 6 tulis dalam buku rekod tu cikgu, ustazah, pensyarah..tapi harommm satu pun tak lekat..hahahaha..takde tokoh kot..
ReplyDeleteeksperimen2 yg ko buat tu aku pun pernah jugak buat..pastu kompom mak aku bising sebab bawang dgn kacang hijau die semedang hilang..hak3..
aku tgn suam-suam jugak la kot gamaknye..
Asik gelak jer dari tadi baca tiap cerita yang ikar tulis. Hmmm.. ikar tak nak buat buku ker?
ReplyDeletewalaupun enrty nih dh lama.. but enjoy baca... hahaha kelakor...
ReplyDelete