Aku ingat lagi masa tahun 1990 an, ada Ustazah, Ustaz, Cikgu, Warden Asrama, abang senior dan orang-orang tua cerita pasal Ustaz Harun Din pindahkan hantu guna Bas sekolah dari sebuah tapak tanah yang nak buat Universiti
Hantu dalam Bas literally, kalau hantu naik bas tiket dia kira mcm mana? kanak-kanak, dewasa, atau harga warga emas? |
Aku tau ada banyak versi. Tapi ini aku sendiri yang pernah dengar.
Ada sebuah universiti bakal dibina, ada yang kata UUM, ada yang kata sebuah kolej kediaman di UKM. Masa pembinaan sedang giat dilakukan, ada masalah muncul iaitu gangguan makhluk halus. Kren tak boleh alih batu besar, macam-macam gangguan lah dipendekkan cerita.
Untuk menyelesaikan masalah, pihak pengurusan telah panggil Ustaz Harun Din (pada zaman itu belum jadi pemimpin PAS) untuk menghalau jin dan hantu. Ustaz Harun din telah membuat perjanjian dengan Jin itu semua supaya mereka berpindah ke satu kawasan hutan.
Hantu jin semua masuk dalam bas sekolah, pemandu bas itu disuruh bawa ke satu kawasan hutan. Namun dinasihatkan awal-awal supaya tak pandang cermin pandang belakang. Driver bas pelik sebab bas itu kosong tapi sangat berat macam ada penuh penumpang.
Nak jadi penyedap cerita, Driver bas tu terpandang cermin pandang belakang dan dia nampaklah sekilas wajah-wajah jin tengah duduk dekat kerusi dalam bas yang amat hodoh dan mengerikan.
Akhirnya, bas itu sampai dekat kawasan hutan, Jin dan hantu semua dipindahkan di dalam hutan, mereka bermastautin dalam hutan itu. Datuk Harun Din pun memagar seluruh kawasan hutan itu pada sempadannya, Maka jin semua tak boleh keluar dari kawasan itu, hiduplah mereka bahagia selamanya di sana.
Korang Baca komen-komen dalam ruangan youtube tu, bukan main ramai minta maaf sebab sebar fitnah.
*****************************
Semua orang percaya buta-buta. Padahal Ustaz Harun din sendiri akhirnya mengaku bahawa ia cerita yang direka-reka dan tiada kena mengena dengan dirinya.
Kesimpulan yang kita dapat?
1. Ada orang akan menipu tak kira walaupun sampai tahap gunakan agama suci Islam semata-mata nak syok sendiri untuk bercerita, dapat pengaruh, keuntungan dan kuasa politik
2. Syaitan tu syurga pun dia pernah duduk, langit dan bumi pun dia bebas berlegar-legar. Eh nak pindah dari tapak universiti pulak nak naik bas, nampak sangat senang betul setan perdaya manusia ni untuk percaya pembohongan.
3. Pembohongan apabila disandarkan dengan nama orang yang berpengaruh, maka pembohongan itu akan menjadi benar, atau sekurang-kurangnya orang takut atau segan nak persoal lebih-lebih.
4. Semua manusia tidak akan terlepas dari fitnah, tak kiralah dia tok guru ke, wali ke, apa ke, kalau fitnah melanda, ia tetap melanda.
5. Walau macam mana kebenaran itu diceritakan, akan ada satu golongan manusia yang taksub kepada tok guru akan bermati-matian mempertahankan cerita kerana malu, sebab awalnya mereka telah bermati-matian mempertahankan kisah keajaiban guru atau idola mereka, takkan nak mengaku dah tersilap kan? kena lah terus berada dalam penafian yang berterusan. Sedangkan tok guru dia sendiri mengaku ia hanya pembohongan besar.
6. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa Ustaz Harun Din atau sekurang-kurangnya anak murid dia yang terapat yang tahu cerita sebenar tidak menceritakan hal yang sebenar, membersihkan namannya sejak cerita mula tersebar dari tahun 1990 an itu? kenapa baru sekarang?
7. Orang Islam suka akan efek ajaib dan mistik dalam agama, walaupun ia pembohongan, tapi mereka selesa mendengar riwayat palsu dan israiliyat dari mengambil pengajaran dari Tafsir Al-quran dan Hadis sohih.
8. Pembohongan tidak akan bertahan lama, jika manusia tidak mampu membongkar pembohongan, suatu hari nanti Allah sendiri akan bongkar pembohongan samada secara langsung atau tidak langsung.
9. Di ruangan komen nanti, ada orang yang tak baca cerita ini secara terperinci dan habis akan mula maki hamun dalam nada politik, Kalau takde, baguslah, maknanya kempen aku supaya jangan jadi fanatik politik sudah mula mengambil tempat.
10. Syabas Ustaz Harun Din berani menjelaskan perkara sebenar, walaupun cerita bohong/exaggeration itu sedikit sebanyak memberi credit yg besar kepada dirinya.
10. Syabas Ustaz Harun Din berani menjelaskan perkara sebenar, walaupun cerita bohong/exaggeration itu sedikit sebanyak memberi credit yg besar kepada dirinya.
******************tamat**************
p/s Yang terbaru, ada orang percaya pada 23, 24, 25 hb Disember ini, dunia akan bergelap selama 3 hari, dan itu petanda berlakunya kiamat. Ironiknya seperti biasa mereka percaya dari Mohon-Share-Note-Ya-Akhi-Facebook.
p/s Selagi Matahari tidak terbit dari barat, selagi Dajjal belum keluar, Selagi Imam Mahdi belum muncul, selagi Nabi Isa belum turun, lambat lagi kiamat nak berlaku. Tak payah nak excited sangat. Korang yg percaya ni tak pergi sekolah agama ke dulu?
p/s Hari Kiamat dan dunia ruh adalah rahsia Allah SWT
aku tabik kat pembuat cerita palsu tu sebab cerita tu berjaya diturunkan kepada generasi seterusnya..gilo ah
ReplyDeleteNice story to be share.
ReplyDeleteTak pernah dgr sebenarnya pasal ni.
Tapi - macam ada banyak lagi cerita di sebaliknya lagi.
masa cerita tu dulu, akak di bangku sekolah. Budak2 yg di bangku sekolah ni memang mudah dibohong & mudah pula percaya..
ReplyDeletePer. No. 6 - Mungkin dari dulu ustaz dah bagitahu itu semua pembohongan cuma masa tu belum ada youtube jadi individu yg ter-rapat sahaja yg tahu itu pembohongan. Sayangnya kebenaran itu memang lebih sukar ditegakkan berbanding cerita yang diada-adakan.
kalo org xbc entry ni smpai abis, ikar pn jadi pnyebar cerita..kakaka..
ReplyDeletemmg org islam ni, suka benda2 yg mcm ni..kalo kt fb tu, gmbr2 yg mcm aneh2 sikit, "like n share".. menyampah pulak.. benda2 mcm tu, bole je kot nk edit2.. bukan nk menafikan kehebatan Allah.. tp ketaksuban orang dengan gmbr.. sebar2kan tak tahu benda tu betul ke tak..
Sokong si senget
DeleteHahaa...betul la Bro Ikar...sy x-student UUM, masa mula2 masuk study dulu cerita ni la yg digembar gemburkan dr hari pertama orientasi dan sy still dgr cerita yg sama dlm versi yg berlainan smp tamat pengajian 4 thn kat Sintok nun...hahaha...lebih2 lagi thn sy masuk tu ulang tahun ke 40 universiti, dan kononnya perjanjian yg Datuk Harun Din buat dgn jin2 tu selama 40 thn je...so, kitorg kena lbh berjaga2 supaya xkena kacau...
ReplyDeleteTapi selama 4 thn kat sana xde plak sy sndiri alami benda yg pelik2 spt yg dimomok2kan org...huhuu...
aku setuju dengan apa yang Seri Kandi dan Senget tulis tu..apa yg aku nak cakap dorang dah tolong sampaikan..hehe..
ReplyDeleteakak pernah dgr cite nie..almaklum la bekas ukm..dorang kata masa nak buat kolej akak stay..kolej ibu zain...huhu...
ReplyDeletedan masa pembinaan UKM tu katanya kontrak 30tahun..buang kat atas dectar..dewan besar ukm tu..lepas 30 tahun tak renew..jin2 tu mai kacau..
ni bekas ex aku kononnya dia pernah ikut Ust haron din pergi tangkap jin & hantar pergi hutan.. dia cerita dgn aku sendiri kononnya dia ikut. ternyata dia bohong & aku tak kisah sebab masa tu pun aku tak percaya. Aku dengar gitu2 je dia cerita.. nasib baik jd ex kalau jadi laki akan ku ungkit kembali pembohongan dia agar dia berasa malu.. hahahahahaha
ReplyDeleteagaknya ustaz harun din xtampil ke dpn bg penjelasan masa cerita tu tersebar sbb malas nak layan benda2 yg xbetul mcm ni. tp dh sbb smpai skrg rmai lg percaya jin pindah naik bas, kena la betulkan kepercayaan karut-marut tu.
ReplyDeletehari kiamat ni hanya Allah yg tau. kejadah 21.12 semua tu. ish2.
Mungkin dulu dulu UHD dah perbetulkan tapi zaman 90an dulu internet kat Malaysia tak canggih mana.. kalau dalam media cetak mungkin terbatas kot.. wallahualam..
ReplyDeletetapi aku pernah dengar plak versi yang sama tapi bukan UUM, tapi kat KLIA. UUM ada, UKM ada, KLIA ada ..nampak beno nipunyer...
PL malas berdebat pasal SIAPA betul SIAPA salah. cuma pasal #7 tu nak komen jugak. nak jugak! hehehe. bukan apa PL terfikir nak tulis pasal filem "The Exorcism of Emily Rose" dalam blog. Jadi PL kaji dulu dan dapati filem tu memang berdasarkan kisah benar tapi ada sikit ubahsuai. Yang paling penting ending dia pun diubahsuai. Jadi PL batalkan niat nak buat entri tu. Terima kasih.
ReplyDeletemacam virus. start dari sorang je cerita sikit, lepas tu yang mendengar jadi tukang tokok tambah. cerita asal tak tau hujung pangkal. entah2 datang dari buku cerita kanak2...
ReplyDeletehye abam!
ReplyDeleteterasa berkurun lamanya tak singgah kat belog ni... =_='
Kisah nih mmg btol. Tp bukan ustaz nih yg buat. Xda kaitan dengan pembinaan uum, atau ukm. Dye tntg sebuah sekolah yg asyik kena kacau atau kena rasuk. Ustaz (bukan ustaz din) hv to transfer makhluk halus pergi sebuah hutan. Ustaz tuh sendiri cerita, dy ahli ruqyah. Dari dulu femes kt tv. Tq.
ReplyDeleteHormone in balance in young girl initiate histria sometime stress jatuh cinta takut nak kata all this generate hystria ...bila kita takut bulu roma. menegak...adrenalin terrimbas dari atas buah pimggang kita menjadi kuat untuk lawan atau lari..hormon. Macam lelaki melihat aurat wanita sex hormon meningkat macam berok tak malu walapun dalam taman dia lakuka
DeleteBini aku keturunan jawa kuat iman tapi kuat tahyul....keddai makan dia tabur garam halau sihir! Sebenar nya zaman belum ada sabun memang pakai garam cuci herba guna garam anti biotik properties ...orang dulu tak nam
ReplyDeletePak kuman tapi dia tahu. E
Belacan budu ikan kering tak rosak sebab garam jadi dia Ingat hantu tak kacau mana depa biotic biologi yang menyebabkan kerosakan fermentasi mikroskop belum ada
Sapa Tahun 2020 baru thu cerita ni palsu. Tolong Komen "Saya" "HAHAHA
ReplyDelete