August 26, 2012

Cerita Raya Tahun Ini

Assalamualaikum..

Bulan puasa dan raya tahun ni amat sibuk bagi aku, korang pun dah sedia maklum yang masa puasa hari tu aku sibuk dengan kerja bungkus biskut dan lain-lain hal dokumentasi pejabat. Raya pula kali ni sibuk dengan hal menjadi tuan rumah beraya di kampung buat kali pertama. Jadi kami pun bawalah Opah sebelah mak aku dan Opah sebelah abah semua beraya di rumah tersebut.

Bila opah dah ada kat situ, maka semua anak-anak pun datang bertanggak ke rumah kami. Kisah-kisah yang lain aku malas nak cerita secara kronologi, cukuplah aku cerita secara rawak.

Lepas ni bolehlah aku mula aktif balik menulis sebab nampak gaya macam dah kembali normal rutin kehidupan aku. Dekat sini ada beberapa kisah disebalik gambar di musim raya.


1)

Ini rumah yang baru di'renovate' . Rumah lot satu tingkat, 4 bilik, 3 bilik air. Kisahnya rumah ni bapak aku bina masa 1986 iaitu masa aku berumur 2 tahun. Ingatkan mula-mula nak bermastautin di Ipoh, mana tahu pula rezeki bapak aku sampai ke KL, Johor, dan kini  Shah Alam.

Rumah ni banyak kenangan masa aku kecik, tapi atas beberapa faktor keluarga yang memang aku taknak kongsikan bersama, maka anggaplah ia ditinggalkan dan kini baru sesuai diduduki semula oleh manusia.

Rumah ni best bagi aku, sudah terang lagi bersuluh, mestilah aku biased sebab ini rumah keluarga aku. Best sebab dia riverview, sebelah tu sungai. Terletak di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi, Ipoh Perak. Kampung dalam bandar, lebih kurang sama macam kes Kampung Baru KL.

Dulu masa aku kecik-kecik bila raya je, aku akan bakar lemang dengan arwah Tok Sukor, Abah dan keluarga kat belakang rumah tu, halaman depan tu pulak kami buat tempat main mercun dan pasang panjut.

Insyallah lepas ni, rumah ni jadi tempat mastautin tetap mama dan abah, abah ckp "ibarat burung pulang ke sarang, lepas jauh terbang ke serata alam"



2)



Balik raya bawak laptop, sebab dah tau minimum akan duduk sana seminggu, disebabkan takde Astro aku dah jangka keterujaan aidilfitri paling hebat sampai raya ke empat je. lepas tu penat dah nak berjalan rumah orang.

Maka aku pun bawak laptop dengan Broadband, boleh lah main sikit-sikit walaupun line Internet Maxis Prepaid RM2/sehari itu takdelah bagus mana, lambat serupa macam tengok rumput nak tumbuh. Tapi takpa itu bukan isu.

Kisahnya aku bawak balik laptop tua yang motor kipas dah lemah,banyak habuk maka ia cepat panas. Dah tau laptop cepat panas pandai sangat pulak tak bawak balik Cooling pad. Jadi aku Improvise, Potong kotak set pisau raya mak aku, tebuk lubang tengah-tengah, bubuh ais semangkuk, dan buat beberapa lagi lubang ventilasi udara. Hasilnya laptop tak panas langsung walaupun dibiar sampai ke pagi.

Buat masa 3 hari tu aku kembang hidung syok sendiri, perasan diri Mcguyver. Berjaya menyelamatkan keadaan dengan menggunakan barang-barang sedia ada.

Aku sorang je ke yang masih pakai laptop Asus model AH8E tahun 2008 itu?




3)





Gambar kat atas bukan gambar labu hallowen, tapi gambar buah asam keping atau dikenali jugak dengan nama asam gelugur.

Aku dah lama tau pasal ni, sebab sejak aku kecik masa darjah 2, 3 aku dah masuk kampung tengok opah sedara aku kutip buah asam gelugur pastu potong nipis-nipis jemur buat asam keping. (rujuk rajah 2)  tapi zaman moden ni baru ada blog dengan henpon ada kamera, masa inilah nak kongsi pengetahuan pasal buah yang glamer tapi kurang diketahui latar belakangnya.

Asam keping yang baik dia tak hitam sangat, kalau yang hitam legam tu opah aku cakap sebab terlebih jemur, kurang sedap untuk dibuat makan tapi ada kelebihan iaitu ia tahan lama.

Asam keping ni mahal, sekilo orang kampung jual RM 8.00, kalau yang cantik macam gambar atas ni boleh jual dalam harga sekilo RM 10.00 - RM 11.00 tapi kena rajinlah, kalau tak rajin, bergolek je lah buah asam tu lenyor atau tanah kena pijak.

Asam keping / gelugor banyak di bahagian Parit, Parit Buntar hingga ke Taiping.



4)


Tahun ni anak sepupu yang dulu-dulunya baby tau duduk merengek meniarap menangis je dah pandai main lari-lari, dah baya-baya 2-4 tahun dah, Ha gambar atas amir ashraf tengah main Ultraman lawan raksasa dengan Sofea, Ikhwan dan Aril.

Yang berdiri tegak tak bergerak tu Amir Aseghap tengah berdiri diam meditasi nak bertukar! hiarghhh bertukar!

tengok budak-budak main memang best, memula semua gaduh macam real main-main, tapi bila ada tak kena mula nangis, tak kisah nangis janji mak bapak jangan campur, budak-budak tu nangis kejap je. Kalau mak bapak campur tu yang last-last boleh jadi perang sabil tu.



5)



Tahun ni raya bagi sorang seringgit je, satu sampul satu ringgit, pokoknya orang tua-tua cakap. "pemberian ini bukan pada nilainya tapi pada keikhlasan hatinya" gituuu..

Lagipun tahun ni sampul standard charted tu lawa. Pastu duit seringgit tu pun lawa. Kaedah dia , kalau duit seringgit lama tu nilai dia seringgit, duit seringgit baru ni nilai dia 5 ringgit.

Kalau korang tak percaya, korang amik duit seringgit baru ni, korang pergi kedai runcit, ambil sebatang aiskrim Magnum Almond  tu, Pastu korang pergi bayar kat Cashier guna sekeping je duit seringgit ni. Tapi hati kena ikhlas masa bayar, pejam mata, hembuskan nafas tanpa ada tanda-tanda panik dan tetapkan pendirian,

" dik, aiskrim ni 4 ringgit dik"

" tau... ni ha amiklah seringgit ni kak"

" Adik ni gila ke apa? kalau harga dah 4 ringgit yang adik bayar seringgit kenapa?"

" Aik? tak boleh pulak? abang Zulfikar blog Rasa Hati tu cakap seringgit baru ni nilai dia 5 ringgit kak, akak pulak cakap tak boleh kenapa?"

" hah elok, kau dengan Abg tu sama-sama gila, amik ni sedas.!" kepokkkk... " bak sini balik aiskrim magnum aku tu, pegi makan aiskrim potong sana! nilai lima ringgit saaangat!"



****************tamat*****************




P/s 1 takyah ucapan selamat hari raya lah ye dak? terlalu mainstream ucap selamat hari raya kat Blog kata orang.

p/s 2 takyah gambar hari raya sekeluarga ye dak? terlalu mainstream letak gambar hari raya pakai baju melayu lengkap bersampin bersongkok bagai. (padahal malu nak tunjuk badan gemuk masa raya)

p/s 3 yelah yelah, itu pun nak nangis-nangis, cebik bibir kenapa? aku ucap ni...acah sikit pun nak nangis.


SELAMAT HARI RAYA KEPADA ANDA SEMUA PEMBACA BLOG RASA HATI YANG AKU SAYANGI! MUAH MUAH MUAH.



14 comments:

  1. selamat hari raya ikar..!!

    mintak duit raya kt ko, konpem2 tak dapat..
    wuuwuuu...


    asam gelugur yg belom proses tu, bole mkn gitu je tak..?

    ReplyDelete
  2. serius aku ingat labu halloween kalau tak scroll down tadi..hehehe...best la orang ada kampung.

    eh, guna cooler pad inovasi dan creativity tu memang bagi efek yang baik ek? aku nak try la. mesti laptop terasa diri beliau di-aircond-kan kan?

    by the way selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. akhirnya ada juga khabar berita mencurah rasa hati.

    Salam Lebaran, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. fuyohhh bestnyaa raya dia! selamat hari raya aidilfitri jugak awak :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya ikar..aku dah pulang ke sarang..huhuuuu nangis

    ReplyDelete
  6. rasa cam eww eww je baca part wish raya tu. hehe. salam eid jugak. nak jugak duit raya tu. memang banyak betul pengalaman time raya ye.

    part cooler tu cool. haha. kreatif dan kritis, inovasi. nasib kotak kukuh. amik kotak tisu memang dah lama wassalam la. hehe

    ReplyDelete
  7. Salam aidilfitri utk adik sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. 1- cantik rumah! rumah aku belom siap renovate lagi weiiiiiiiii..hahahaha..bila tahun nak siap..pospon jap sebab kakak aku tak bayo lagi 10ribu yg die nak..cehhh..berkira punya orang buat rumah tu..haha..

    2- cool gile idea cooler pad tu..respek!

    3- ok..aku pestime tgk buah asam gelugor tu..salu men telan je yg dalam kuah laksa tu..haha..kesian..takde kampung cenggini la..

    4- serius tgk bebudak main mmg best..haha..kadang2 rasa nk join je..kadang2 rasa annoyed jugak rasa macam nak cepuk2..eh?

    5- untuk aku takde ke satu sampul? huehuehue..

    btw, selamat hari raya wei! kim salam awek dengan famili..;p

    ReplyDelete
  9. ahahaha. sengih sepanjang baca entri ni. feeling mcm tgh dgr org bercerita irl. neway,selamat hari raya Ikarrrrrr..

    ReplyDelete
  10. tahun ni aku raya lupa nak bergambar.. excited bawak lala jenjalan.. lala pulak skrg ni aktif x kira masa & tempat.. susah jugak nak dok lama2 kt umah orang.

    ReplyDelete
  11. Mana video raya gangnam style keluarga awak, Ikar? Barulah mainstream..hahaha..Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  12. ayah aku bawak balik asam gelugur tue.. tapi sampai ke sudah tak jadi apa.. wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak tanya, tak beruwap ke laptop tue?.. XD

      Delete
  13. ingatkan taknak langsung nak ucap.. selamat hari raya aidilfitri.. ;)

    psstt: jemput datang rumah.. ;)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...