August 10, 2012

Musim Puasa Itu - Sup Lembu

Assalamualaikum..

Hari tu kami sekeluarga pergi makan sup di Jalan Doraisamy. Kalau dulu aku ada merungut yang tempat itu dah terlalu banyak pow parking, sekarang 3 kali aku pergi sana tak payah bayar lagi. --> baca INI

Samada blog aku dibaca oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, atau yang jaga parking tu kawan aku yang baca blog Rasa Hati atau aku hanya bernasib baik syok sendiri.

Tapi yang penting, tips untuk elakkan dipow parking ni, korang pergi park jauh-jauh sikit kemudian cepat-cepat lari keluar dari kereta sebelum kutu parking perasan korang letak kereta.

Bila kami bersahur makan sup doraisamy, nasik lemak dan pulut manis itu, maka ia mengembalikan kenangan zaman kecil aku yang berlaku juga dalam bulan puasa. Apa yang berlaku telah menjadi 'bahan sepanjang zaman'

Korang tahu apa tu bahan sepanjang zaman?

Bahan sepanjang zaman ni adalah benda memalukan yang korang buat masa kecik-kecik pastu mak bapak, adik beradik sepupu sepapat kau duk cerita pasal benda tu sampai korang tua. Jangan kata setahun, tapi dalam kes aku ni mau makan 20 tahun la jugak.


***********************

Pada zaman awal 90 an, belum ada kedai nasik kandar bercawangan macam sekarang, dulu kalau orang KL nak makan nasik kandar Penang di KL, kami semua hanya pergi ke Restoren Nasik Kandar Kudu Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selain dari itu, orang KL akan makan nasik kandar, mee goreng mamak, sup mamak dan roti canai dekat stall-stall tolak di sekitar KL, lebih tepat lagi area Sentul, Setapak, Brickfields, dan...dan.. dan aku tak ingat lagi dekat mana, cuma aku tahu memang tak banyak mamak bercawangan dulu.

Masa dulu pun, stall mamak ni memang legend, jenis hidang menu 3, 4 kerat je, meja ada 4,5 je maka kuranglah eksyen macam mamak zaman sekarang, cuma yang menyedihkan sekarang ni dah pupus dah gerai-gerai (stall) tolak di sekitar Kuala Lumpur, kecuali stall Doraisamy dan makwe aku cakap ada satu dekat Sentul.

Kalau korang cakap korang jumpa yang lain banyak, maknanya memang banyaklah,sebab aku bukan tukang banci warung tolak mamak, aku cerita yang mana aku nampak dan biasa pergi sahaja.

Nampak tak pattern si Zulfikar tu? jenis nak cerita pasal sup lembu,tapi meleret - leret bagai tiada hari esok.


************************

Sup Jalan Doraisamy, mamat ni ada lagi berniaga sekarang, tak tahulah bila akan pupus, sebab ada construction besar sebelah stall dia.
********************

Pada awal 90 an, adalah seorang Melayu ini yang keluar dari kebiasaan menjual nasi lemak dan satay, tetapi beliau menjual sup mamak yang sangat sedap di Selayang Baru. Dia buat macam fesyen mamak warung tolak, ada jual sup sahaja dengan 2 meja, 8 kerusi dan belanga besi ayan atas meja.

aku ingat semua detail sup dia, cuma aku lupa nama gerai itu apa, samada Sup Pak Mat, Sup Pak Din, Atau Sup Pak Dollah, tapi aku rasa sup Pak Dollah tu mcm boleh digugurkan dari cadangan, mungkin Pak Mat atau Pak Din. Kita kecilkan scope maka kita sebut sahaja nama gerai itu Sup Pak Mat.

Orang Selayang Baru yang tau nama sebenar gerai sup tu boleh betulkan di ruangan komen. Terima Kasih.

Punya famous sup pak mat ni, sampai menjadi bualan hangat seluruh penduduk Selayang, Nakhoda hingga ke Sungai Tua.

Pada satu hari di musim puasa, Abah aku buat surprise untuk mak aku...

" Awi, ni yeop ada bawak balik sup power untuk awi, nah makan dengan anak-anak"

" Yeop beli sup ni kat mana?"

" Biasalah, kat kedai pakmat selayang baru sana nuuu"

" ishk sedap betul makan sup ni malam-malam mcm ni yeop, hangat je rasa, dah nak hujung-hujung puasa ni awi tak lalu dah nak makan berat-berat"

" haa sebab tu lah yeop belikan sup special ni untuk awi, yeop tau isteri yeop ni penat masak buka dgn sahur"

Dipendekkan cerita dan dialog, maka mak aku pun buka sup pakmat, bubuh dalam dua mangkuk besar, jenis mangkuk tambah nasik tu.

Satu mangkuk abang dan adik-adik aku makan, satu mangkuk lagi mama dengan aku makan, disebabkan aku ni dari kecik jenis food hunter adventure, konon perasan macam wartawan Tony Bourdain, semua benda nak cuba maka aku pun makan sup special semangkuk dengan mama.

Hirup-hirup sup

Kunyah-kunyah daging

daging rasa liat, kenyal, liat kenyal...

Kunyah, kunyah kunyah, diam, menung, telan...

Hirup hirup sup..

Kunyah-kunyah daging

Daging rasa liat, kenyal, liat, kenyal...

Kunyah Kunyah Kunyah, diam , menung, telan...

Abah senyum pandang muka mama dengan aku...

" pandai anak abah ni makan sup ye, sedap tak ikar?"

" sedapnya, tapi kenapa daging dia rasa pelik je abah?" aku tanya sambil kunyah kunyah, menung diam telan.

" Iyelah yeop, apsal daging dia macam pelik je, nak kata sup urat bukan, nak kata sup lidah pun bukan, yeop beli sup apa ni untuk awie?" tanya mak aku pula dengan soalan yang lebih avant garde.

" ha ni sup paling special, sup paling mahal, sup paling power, nama dia sup torpedo!"

Kalau nak buat cerita ni lebih dramatik, maka aku akan twist cerita jadi garapan rekaan dan hasilnya macam di bawah....

" lepas je mak aku dengar abah cakap sup torpedo, maka mak aku dan aku pun muntah monggek sampai keluar isi perut semua, kemudian kami berdua terus memarahi abah kerana bagi kami makan sup torpedo dengan sengaja, kesian kan kami?" (ini versi twist cerita yang peak klimaks)

Tapi sebenarnya malang, akhir cerita bukan macam itu...

Selepas dengar abah cakap " nama dia sup Torpedooooo" (baca torpedo panjang dan bergema, seakan bapak aku teruja nak buat lawak)

Kami pun angkat muka dari mangkuk sup, pandang muka abah, tenung panjang-panjang seraya berkata...

" Ooooooooo torpedooooooo! pelik je nama dia kan abah kan, tapi sedap lah!" (sebab malangnya kami taktau maksud sup torpedo itu)

" Haaa kalau sedap makan, nanti abah beli lagi"

Keesokan harinya mama sembang dengan Makcik Amy dan pakcik Rahim jiran depan rumah.

" Rahim, semalam aku makan sup torpedo yeop kamu beli dekat selayang baru sana, sedap!"

" awie makan sup torpedo ke?"

" Iyelah, kenapa nya?"

" sedap tak?"

" sedap jugak lah, cuma isi dia liat macam sup urat, kenapanya?"

" takde apelah, tapi kalau awi nak tau sup torpedo tu sup kote lembu!"

Lepas dengar je Pakcik Rahim cakap macam tu, selamba je mak aku pusing badan, masuk dalam rumah dengan langkah yang penuh angkuh, seangkuh gigitan pertama pada sup torpedo lembu.


Aku? aku jangan ceritalah, sampai 20 tahun kena bahan dengan pakcik Rahim dan Abah..

" ikar suka makan sup torpedo ye? nanti abah beli lagi"

**********tamat***********



hirup hirup sup, kunyah kunyah daging, daging rasa kenyal liat kenyal liat,  Kunyah kunyah  diam, menung, telan.
Korang takyah imagine, takyah susah2 nak google imej sup torpedo, ni aku dah tolong letakkan dah, comel kan sup torpedo ni?

********************************* 
p/s 1 tu kali pertama dan terakhir aku makan sup torpedo!

p/s 2 sekurang2nya aku dah boleh eksyen, makanan paling exotic aku pernah makan adalah kotey lembu.

p/s 3 tapi aku tetap malu

p/s 4 memang malu betul bukan malu tapi mahu.

p/s 5 aku bukan malas update blog, tapi aku memang sibuk bungkus biskut, jap kat bawah ni aku letak gambar kesibukan bungkus biskut.


Gambar demi gambar, tak habis2 entry korang baca kan? orang kata, banyak membaca ni jambatan ilmu, padan muka korang. ok skrg baru betul-betul tamat.


***************************************************
P/S 6 Ini namanya P/Sception, yang duduk dalam Tamatception, iaitu tamat selepas tamat dan P/s di dalam p/s, bye...


27 comments:

  1. ko xnak try lagi ke makan sup torpedo tu..? kahkahkah..

    malangnye aku tak pernah rasa lg..


    ooo..bungkus biskut secara jemaah..
    apesal selama ni imajinasi aku mcm lain gila je bila ko cerita bungkus2 biskut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xnak try dah, eh kau imagine mcm mana? aku agak mesti ada conveyer belt lalu kan?

      Delete
  2. Hehee...saya first la!

    Sup Torpedo? xberani la nk try...nmpk pon seram...hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, awak second lah Azz... hehehe

      mana ade seram, comel ada lah...

      Delete
  3. aku dah agak. Aku dah agak. tengok kat fesbuk pasal sup je aku dah agak dia nak cte pasal sup torpedo =___=

    faveret aku still sup ekor. Sup gearbox second place

    -panda

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye aku tau kau nak sup ekor tu, nanti aku belanja, dua kan? satu lagi kakfeny punya.

      Delete
  4. haish...tak de aku nak makan..bagilah 10 ribu pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangn Noi, 10 ribu tu noi, byk tu noi... kalau aku, aku sanggup. wakakak, boleh beli mangkuk correl nanti...

      Delete
  5. aku bayangkan pon dah tak lalu.. wakakakakka... Sup Ekor okeyh lagi..XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sup ekor tu feveret aku ojin. masalahnya kalau kau tak penah makan sup torpedo kau belum complete merasai nikmat hdup ojin.. pergi makan sana!

      Delete
  6. taknak komen, cuma nak gelak.


    HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak dalam german mcm mana bunyi dia?

      kreuk kreicht heicht heicht heicth..

      kan tfa kan?

      Delete
  7. zulfikar makan sup zakar.gile ah~~

    ReplyDelete
  8. eeeyuuuuuuu tak ske x ske.... (mana beg plastik nih?)
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 20 Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  9. "sedap sup torpedo ikar? nanti abah beli lagi." kahkahkah.

    patut lah tiap kali makan sup doraisamy awak termenung je. terbayang sup torpedooo ke? hikhik

    ReplyDelete
  10. EEEEEUUWWWWwww...~~~ fikar suka makan ****

    ReplyDelete
  11. gila lah... selama ni kan aku ingatkan sup torpedo ngan gearbox tu benda yg sama... sumpah arini baru tau... wawawawww...

    ko jangan nak bahankan aku dalam blog atau kat mana2 sampai 20-30 tahun akan datang plak...

    ReplyDelete
  12. terpedaya dengan sup torpedo la ni.. wakakakakaka. aku x tau ada sup macam tu sbb aku tak boleh over makan daging sgt. perut aku tak serasi skit. tp skrg langsung x makan daging sbb kawen dgn org yg x makan daging. Jadi benda2 berkaitan daging aku x teruja sgt.. kekekekeke

    ReplyDelete
  13. Kenapa tak tanyaaaa torpedo tu apa T_____T

    ReplyDelete
  14. "Nampak tak pattern si Zulfikar tu? jenis nak cerita pasal sup lembu,tapi meleret - leret bagai tiada hari esok."

    memang tak boleh deny, pemerhati terbaik kot..

    sup torpedo? haha. terpedoya sudah.. setakat nie xrajin makan. xtaw nak try ke tak.. ugh. :p

    ReplyDelete
  15. hahaha.. kahkahkah.. memang menjadik bahan betul..

    ReplyDelete
  16. laaaa, memamg biasa jumpa sup torpedo, tataw plak benda alah tu, nasib baik tak pnah mkn. Tapi klu bagi 10000 sanggup kot mkn. Kunyah2 liat2, tutup mata telan, hehehe

    ReplyDelete
  17. lawak je, krem perut gelak, hahhahaa

    ReplyDelete
  18. ha ha ha bila idea dah datang ape cerita pun boleh masukkkkkkk...

    ReplyDelete
  19. hahaha..uweee..sodap ka zul su torpedo tu..xlalu den..hohoho..

    p/s:selamt hari raya zul..lame xskodeng blog ko..peace..(0_o)v

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...