July 30, 2012

Hukum Karma

Assalamualaikum..

Hukum Karma, isu yang bagi aku sangat klise, sejak aku berumur 16 tahun lagi sudah banyak orang yang membincangkan isu karma, samada cara penggunaan perkataan Karma itu sendiri, Falsafah disebaliknya atau asimilasi perkataan dengan idealism pembalasan dalam islam.

Tak dinafikan pada zaman-zaman awal reformasi idea dan penulisan puisi, ramai orang yang sangat terikat dengan penggunaan Karma kerana ia mempunyai sebutan yang puitis dan ideanya sangat murni iaitu "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat"

"apakah itu hukum karma?"

Hukum Karma adalah falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha, Ia bermaksud Pembalasan. Idea disebalik hukum karma itu adalah..

" Manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation"

Jika seorang manusia buat jahat seperti merompak, mencuri, memukul orang, kurang ajar kepada mak bapak, maka ia akan dibalas dengan kejahatan contohnya eksiden jatuh gaung, tempang kaki, jadi buta dan bisu.

Jika tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, lipas, babi atau apa saja binatang yang hina. Mungkin juga mereka akan dilahirkan semula sebagai manusia yang tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak .

Bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang berjaya ingin melepaskan diri dari pusingan kelahiran/sumpahan ini mereka perlu mencapai peringkat Mokhsa dan roh mereka akan bersatu dengan Tuhan. Peringkat ini dalam agama Buddha dinamakan Nirvana/Nirwana.



*****************

Konsep/Terma Karma ini telah banyak meresap dalam budaya orang Nusantara kerana asimilasi budaya dari zaman awal tamadun Melayu yang dipengaruhi oleh Agama Hindu, Pewayangan jawa, lirik lagu dan puisi.

Berbeza dengan konsep pembalasan dalam Islam, Agama kita tidak ada konsep kelahiran semula sebagai manusia yg lebih hina, bersatu dengan zat Tuhan, atau kelahiran semula menjadi haiwan.

Bukan semua orang yang jahat, zalim, perompak, pembuat dosa akan dapat hukum karma mereka di dunia, Ramai orang yang jahil yang kaya melalui hasil haram macam tokey judi, riba', samun, tokey pelacur, samseng semua mati secara kaya dan bahagia. Anak bini mereka juga terus hidup dalam kekayaan dan kemakmuran yang ditinggalkan.

Tetapi dosa dan azab mereka akan dibalas Tuhan di dalam azab kubur, seksaan di padang mashar, dosa pahala akan ditimbang di neraca akhirat. Jika pahala mereka banyak maka mereka akan masuk ke dalam Syurga, Jika dosa lebih banyak mereka akan diazab di dalam neraka.

Dengan hujah ini saja, kita sudah nampak bahawa Agama Islam tidak pernah endorse idea hukum karma dalam konsep pembalasan.

Konsep utama agama hindu (rukun) Dharma,Samsara, KARMA, Moksha.. sengaja aku capslockkan Karma itu untuk  highlightkan kaitan kuat Karma dengan agama Hindu.

******************************

"Tapi Zulfikar, Hukum Karma yang kami sebut itu hanya perkataan sahaja untuk menerangkan proses buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, takkan itu pun tak boleh nak guna?"

Ada perkara dalam agama yang mana idea dan sebutan yang khusus dalam agama lain kita tak boleh nak asimilasikan, kerana Rasulullah saw banyak kali berpesan supaya kita tidak mengikuti budaya agama lain demi menjaga ketulenan agama Islam.

" Tapi Zulfikar, dalam islam ada konsep Kifarah, iaitu balasan kesengsaraan kepada kita jika kita membuat dosa, bagaimana pula itu?"

Kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.
Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************

Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

Cukuplah kita sebagai Umat Islam yakin dengan akidah yang tidak berbelah bagi bahawa ; Jika kita melakukan dosa maka kita akan diseksa dengan Kifarah, Azab Kubur, Seksaan di Padang Mashar, dan Pembalasan mutlak di Syurga dan Neraka.

Adapun konsep Karma itu sangat berbeza dan jauh terpesong dari pemahaman kita sebagai umat islam wahima ia digunakan sebagai kata puitis, kata pseudo-intelektual, seni lirik lagu dan penyedap ayat dalam pidato.

Takpelah, nak jadi Urban dan nampak Intelektual sekalipun kita masih boleh guna banyak lagi konsep dan terma lain selain Karma, tak nampak hipster pun sebut karma banyak kali. Bagi aku sendiri, karma itu sendiri telah menjadi terlalu klise dan mainstream.

*******tamat*******


p/s perkataan syurga, neraka, rasaksa juga adalah pinjaman perkataan dari bahasa sanskrit. Namun ia hanya penyesuaian perkataan yg digunakan Masyarakat melayu yang faham syurga neraka itu adalah Jannah dan Jahanam dalam Islam. Ia tidak difahami dengan konsep dalam agama hindu pun.

p/s Berapa ramai yang tak pernah tau pun Syurga/sorga, Naraka itu dari bahasa sanskrit,sebaliknya mmg dah faham ia sebagai bahasa Melayu.

p/s Karma boleh didapati penggunaannya secara popular dalam Lagu Hukum Karma (wings), Karma (Faizal Tahir, dan luas penggunaannya dalam puisi dan sajak.

p/s Dulu aku suka lagu Karma Police dari Radiohead.



Sila ke laman web Arcx13 untuk penulisan beliau tentang Karma. Rukun Iman Kelapan Hukum Karma

21 comments:

  1. panggil Qadak dan Qadar dengan nama "karma" ialah ibarat panggil Allah tu dengan nama Murugan. Dari hari tu lg aku nak tulis tp malas. Baguih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah letak link tu, biar dorang baca versi sarcasm pulak.. nak karma sannnggaattt~

      Delete
    2. eh laa...xyah link aih. blog dah rosak gambar semua hilang :(

      Delete
  2. haaa dulu masa gado2 dengan kawan,selalu dengar isu kena ugut pasal karma ni. terus tak nak gadoh dah. hahaha.

    good info. nicely done :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 mmg suka guna karma ni.... dia nampak mcm puitis kan..

      Delete
  3. Rasanya benda ni ko pernah bgtau aku dulu & aku still igt smpai skrg.sjk ko bgtau aku mkna karma tu kiranya aku dh fhm & x guna lg prkataan karma utk menyampaikn sesuatu yh brmaksud perbuatan yg akan di balas dgn prbuatan baik @ jahat.trkesan sgguh apa yg ko tulis pd aku.kira ko blogger idola aku la nyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas tu aku tgk kau dah tak guna pasal karma dah, ni kemajuan yg bagus ni suria.. :)

      Delete
  4. iya. karma memang tak sesuai pun untuk orang Islam. balasan dan ketentuan adalah beriman pd qada' dan qadar

    ReplyDelete
  5. ohh. terima kasih ats pencerahan :)
    sebelum nie slalu jugak guna. sebab tak faham konsep dia camne.
    dengar karma memang akan ingat lagu alicia keys - karma & lagu justin timberlake - what goes around comes around.

    ReplyDelete
  6. Entry yang sangat bagus.. akak cuma faham karma tu berkait dgn dosa & pahala, buat baik dibalas baik, what comes around goes around, gitu kata orang putih. Kelahiran semula pun rupanya dikaitkan dengan karma ya.. macam tu boleh menghampiri dosa syirik tak? Astaghfirullah...

    terima kasih, ZulfikarHazri.

    ReplyDelete
  7. "tak nampak hipster pun sebut karma banyak kali" hahahhahahahaha =))

    ReplyDelete
  8. penulisan ko ni buat aku teringat penulisan abam panda..hehe..

    komen aku pun bakal sama dengan komen yg aku tulis kat entry abam panda tu..orang yg suke dan percaya sangat dengan hukum karma ni kompom tak menghayati langsung rukun iman..

    ReplyDelete
  9. dua benda yang aku tau pasal nirvana/nirwana

    nirvana - sebuah nama band
    nirwana - lagu search rasanya, eh, iyeker? tuh nama xgf aku dulu tuh. haha

    scorpion pernah cakap : whats u give u get back.. nih pun karma juga rasanya.

    ReplyDelete
  10. As salam zulfikarhazri,

    Well said!

    Salam perkenalan & selamat berpuasa! :))

    ReplyDelete
  11. tak minat pun guna perkataan tue.. tapi lagu Hukum Karma tue terngiang ngiang dalam kepala hotak aku.. kah kah kah

    ReplyDelete
  12. karma..

    buah kurma dengan masak kurma mmg sedap..

    tapi perkataan karma tu, x rasa nk guna pun...

    ReplyDelete
  13. salaam..
    new fan! hehe. stumbled here and mmg best lah baca blog ni. alhamdulillah dh tahu psl karma lama dah tp.. well said lah this one. sgt shareable.

    ps: so skrg dh x minat radiohead dh ke?

    ReplyDelete
  14. Lepas u org mati bru tau

    ReplyDelete
  15. dey..apa pasal xboleh post url ni dkat fb..uwaaaa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...