May 8, 2012

Masalah Imej UMNO

Assalamualaikum...

Dulu aku ada tulis panjang lebar pasal masalah Fanatik Politik (klik untuk baca), dan contoh-contoh yang aku berikan berkisar tentang sifat negatif dan positif penyokong pembangkang.

Aku ada baca bahawa aku berjanji akan berkongsi pengalaman aku tentang masalah Fanatik Politik orang UMNO pula.

Dalam semua entry yang aku ceritakan sebelum ini, aku suka untuk berkongsi pendapat yang sahih dan jujur dari pengalaman aku sendiri, aku terus terang tidak suka nak sebar-sebarkan fitnah yang kita sendiri takda bukti contohnya Rosmah beli cincin 78 juta, Najib bunuh Altantuya, Isu kapal selam scorpene dan sebarang cerita pasal skandal seks Anwar Ibrahim dan Azmin.

Mudah saja, aku takde bukti maka aku tak ulas, aku tak iyakan, aku tak sampaikan. Aku usaha untuk kekang keinginan mengumpat dan berfitnah sesama kita. Aku cuma ulas benda yang sahih.

Jika korang tanya aku...

" apakah pendapat kau tentang isu NFC lembu sapu 250 juta beli kondo itu Zulfikar?"

" Jika terbukti bersalah, maka menteri yang terlibat, NFC dan isu itu adalah salah, kaedahnya salah dan menteri itu telah khianat kepada amanah rakyat, daripada berikan 250 juta kepada satu syarikat untuk berniaga, lebih baik bagi 10 juta kepada 25 company, atau satu juta kepada 250 company"

Salah adalah salah, kau tidak boleh memaksa diri kau menjadi Assobiyah.

" assobiyah itu apa Zulfikar? aku dah lama dengar, tapi aku buat-buat faham, malas nak tanya takut org tau aku tak tau"

" Assobiyah adalah double-standard, walaupun kawan/puak/parti/geng kau terang-terang buat salah tapi kau tetap bela, kau tetap nak tegakkan benang yang basah dengan justifikasi hujah spin, hujah dalil hadis dan alquran baca separuh sorok separuh"

Namun jika korang nak suruh aku ulas pasal Rosmah beli cincin harga 24 juta (atau 78 juta macam blog pembangkang ada fitnah) aku tak dapat nak bersetuju dengan kau, bagi aku, Fitnah yang paling bodoh dan paling kelakar dalam abad ini adalah mempercayai ada cincin yang berharga 78 juta dan dibeli oleh Isteri Perdana Menteri, selagi tiada bukti, selagi itulah kau hidup dalam dosa fitnah.

******************
Kita kembali kepada isu Masalah UMNO - kelihatan Berkroni 

walaupun tulisan aku kelihatan berat kepada pro-kerajaan, namun aku bukanlah penyokong fanatik kerajaan, aku cuma menyokong common-sense, logik akal.

Aku bekerja kilang, aku bukan pegawai tadbir diplomatik, aku bukan Ahli UMNO, mak bapak aku tak pernah kerja kerajaan, tak pernah dapat kontrak kerajaan samada kelas A atau F, tak pernah dapat tender wahima supply topi untuk gotong royong bersama wakil rakyat. Namun banyak jasa dari negara Malaysia yang aman ini telah aku kecapi, itu kita semua tak boleh nafikan.

Semua negara ada masalah, semua kerajaan ada masalah, selagi mana ada makhluk bernama manusia,kuasa dan harta maka akan berlakunya ketamakan, tamak. Walaupun tiada bukti, tapi sudah menjadi silent policy bahawa kita semua tahu Menteri / timbalan menteri / ketua pengarah akan memberikan keutamaan tender kepada rakan atau sanak saudara. Ini dinamakan Kronisme dan Nepotisme.

Samalah juga yang berlaku dalam Kepimpinan Anwar Ibrahim, Anaknya menjadi Naib presiden, Isterinya menjadi Presiden, Rakannya Timbalan Presiden dan Dia sendiri menjadi ketua umum tanpa bertanding. Salah tetap salah, Kroni tetap kroni, kita jangan assobiyah, kita jangan tutup hati kita dari menerima kenyataan yang pahit. Kita jangan hanya pilih nak dengar apa yang kita mahu dengar. Kita taknak dengar apa yang benar.

Itu belum lagi nak cerita pasal Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Karpal singh dan anaknya dan bla bla bla bla,  Termasuklah Najib Razak sendiri menjadi PM mewarisi kepimpinan Ayahnya Tun Abd Razak. Mukriz dari Tun M, KJ dari Paklah.

Dek kerana semua mereka sudah kena batang hidung masing-masing, maka semua pemimpin politik sudah tidak berminat mahu memukul gendang isu Kroni dalam kepimpinan parti, masing-masing senyum sendiri dan kata, "ah kau buat, aku pun buat. so pandai makan pandai simpanlah, yang penting soru tak miss"

*****************************

Masalah UMNO banyak berkisar pada kegagalannya merapati golongan muda dan akar umbi secara jujur.

Kita semua setuju Majoriti senyap masih memilih BN, namun tak dapat dinafikan terdapat banyak kemorosotan sokongan rakyat, kerana anak muda merasakan mereka terasing dari golongan pembuat polisi UMNO.

Aku bercakap bukan secara provoke sebaliknya pengalaman.

Pada tahun 1999 - 2001, aku adalah johan badminton Daerah Mersing, single pun aku, double pun aku. Dek kerana aku budak Melayu menjadi johan dan kebetulan aku juga mempunyai ramai kawan sekolah, maka kawan-kawan aku semua terpengaruh untuk menceburkan diri main badminton. Mereka sudah jemu tidak dapat menyerlah dalam arena bola sepak dan rugbi sekolah.

Pada satu hari, waktu kami bermain itu kebetulan bertembung dengan slot bermain geng UMNO yang mana disertai oleh YB wakil rakyat, penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu. Mereka bermain di Court A dan kami bermain di Court B. Kami tak kacau mereka, dan tak pedulikan mereka bermain.

Cuma biasalah budak-budak bila main mestilah gelak dekah-dekah dan hiruk pikuk dewan. Tapi kami masih  bermain bersungguh-sungguh dan tertib. Tapi ada pengampu-pengampu wakil rakyat UMNO ni yang lebih sudu dari kuah.

" woi woi budak-budak, korang semua balik! apa main bising-bising ni? ni yang main ada pakai selipar ni kenapa? dah dah balik. balik sekarang jugak!"

Masih terngiang-ngiang ayat tu dari seorang pakcik yang aku kenal, yang mana dia selalu jadi belasahan aku masa slot aku main bersama geng-geng orang tua. Pakcik tu memang terkenal sebagai Pengampu wakil rakyat tersebut. 

Sepatutnya sebagai jentera wakil rakyat, diorang semua berbangga dengan anak-anak muda yang mahu habiskan masa dengan aktiviti sihat, sepatutnya YB yang main petang tu bermurah hati lagi sumbangkan setabung dua shuttlecock kepada kami, atau sponsor kasut, paling tidak air mineral sorang sebotol, bukan luak pun sekeping note RM100 duit elaun wakil rakyat tu.

Tapi sebaliknya pembantu-pembantu boleh halau kami semua keluar dari dewan tu, pakcik tu bukan tak kenal aku, dia selalu tengok aku main, patut dia boleh gunakan aku untuk pancing anak-anak muda lain datang dewan dan bermain bersama dengan slot-time badminton ahli UMNO Adun tersebut. Meramaikan majlis kata orang.

Inilah masalah segelintir juak pengampu UMNO yang membuatkan pengundi anak muda merasa jauh hati, Pengampu mereka lebih sudu dari kuah, Kalau ada anak muda yang cenderung menyokong kerajaan, berpengaruh dan petah berkata-kata, lekas-lekas juak-juak pengampu ini akan membunuh watak atau sabotaj sebab mereka bimbang anak muda ini akan sailang mereka.

*****************************
Imej Persona - Jiwa Rakyat

Aku masih ingat Tun Mahathir pernah bagi kata hikmah.

" kita bukan saja perlu bersih, tapi kita mesti nampak bersih"

Susah dah kita nak nampak Wakil Rakyat yang sinsing lengan baju, lipat kaki seluar untuk sama-sama berpeluh ketiak dengan rakyat bergotong royong.

Dalam hal berjiwa rakyat ini, kita tidak dapat tidak harus memberikan kredit kepada Yb KJ, Dato Nong Chik dan  DS Shaziman Mansor. Nampak ketokohan mereka yang berjiwa rakyat, Imej wakil rakyat ini yang nampak genuine, tidak kekok memegang hammer mengetuk paku dalam gotong royong bina rumah rakyat. Tidak kekok bonceng Motor EX5 pergi ke ceruk-ceruk kampung. Biarlah katakan mereka berlakon sekalipun tapi usaha mereka itu nampak berbaloi untuk mendatangkan terharu dalam hati.

Bukankah berlakon itu salah satu cabang dalam seni berkempen politik?

Imej Shaziman Mansor (menteri JKR) yang selalu nampak di TV membuka over-coatnya, melonggarkan Tie, menyinsing lengan pergi tengok bangunan kerajaan yang bemasalah, Imej Datok Nong Chik yang siang malam kita tengok berpeluh dahi dan ketiak pergi jenguk masalah warga KL.

Imej-imej persona macam ini sudah banyak terhakis di kalangan Pemimpin UMNO, Sebaliknya diganti oleh pemimpin parti pembangkang. Walaupun kita tidak sealiran dan sependapat, walaupun ada mengatakan Mereka hanya berlakon, namun tidak dinafikan hati kita sejuk bila tengok sifat tawadhuk TG Nik Aziz yang duduk di dalam rumah papan sederhana, naik kereta rasmi Perdana, setiap waktu menjadi imam di Masjid sebelah rumahnya.

Imej Persona macam ini yang memikat pengundi untuk sama-sama merasa terharu, Rakyat tidak sepicing pun tertarik dan terpana melihat imej rambut gerbang Ds Rosmah, Rakyat tidak terharu pun melihat mekap tebal perwakilan UMNO.

Ini nasihat marhaen kepada Perunding Imej dan Penasihat politik PM. Gunakan persamaan di bawah

" semakin nipis mekap, semakin kecil rambut, semakin banyak kain, semakin pudar gincu, semakin kurang emas, semakin kecik span bahu maka semakin Menebalnya sokongan rakyat kepada Suami-suami mereka"

Imej Ds Rosmah terlalu besar untuk dipikul oleh ahli Umno sehinggakan kadang-kadang ia dirasakan sebagai liabiliti. Namun kita tidak boleh hukum dia secara pukal. Kita tidak boleh menidakkan bakti beliau dalam masyarakat dan pembangunan wanita. Jika korang tidak tahu apa yang dia pernah sumbangkan tidak bermakna dia tidak pernah menyumbang apa-apa. 

Imej dominan dia tidak pula menjadi lesen untuk korang menambah dosa fitnah menuduh dia beli cincin 78 juta dan membunuh Altantuya. Jangan kerana sentimen maka korang boleh berpesta fitnah. Gurauan cincin 78 juta itu kalau dah terlalu kerap boleh membuatkan orang merasakan ianya benar, jadi sila muhasabah diri, cari modal lain untuk berkempen.

Imej persona jiwa rakyat  YB KJ - nampak jujur, genuine, nampak muscle tangan genggam paku dan hammer, pakai jeans, panjat bumbung. tak nampak scripted. Imej ini sudah makin tandus di kalangan pemimpin kita

Imej Persona Jiwa Rakyat TGNA - seorang menteri besar, ulama di kalangan pengikutnya,  Mursyidul Am Pas, angkat dulang air hidang kat tetamu, jangan ckp penyokong PAS, kalau aku duduk kat kerusi tu pun aku rasa nak menangis tengok, lantakla org kata berlakon depan kamera sekalipun, pokoknya nampak genuine.

Imej Persona Jiwa Rakyat - Ali Rustam, Seorang menteri Besar, bersila tepi longkang depan makcik yang bertinggung, sumpah tak nampak scripted, nampak ikhlas jujur, tengok (maybe) PA dia kat sebelah pakai baju kot kena juga duduk sama. Nampak jujur, patut orang Melaka sayang dia.

Imej Persona Jiwa Rakyat - Datok Shaziman Mansor, Menteri yg tak kekok singsing lengan baju, masuk tie dalam baju, panjat bumbung, berpeluh ketiak. nampak genuine.


*********************************

 Sifat Pendekar semakin hilang.

Pemimpin UMNO sekarang banyak yang kelihatan seperti berdiam diri, tiada ketokohan sebagai seorang pemimpin, sebaliknya nampak macam mahu duduk diam-diam dan makan senyap-senyap selagi boleh.

Ketokohan, ketegasan seorang pemimpin yang sanggup berjuang jika benar, sanggup bertempik hujah dengan kebenaran. Tegas dan sarkastik macam Tun Mahathir, Ali Rustam, Mohamad Hasan, Adnan Yakob dan KJ.

Kita mahukan pemimpin yang dominan, heroic, pendekar dan jantan. Anak muda akan bosan dengan ucapan skema ikut teks, ucapan amaran dan ulasan 'bimbang tidak popular'. Jika kau rasa sesuatu itu betul maka kau wajib perjuangkan bermati-matian. Kau tempik naikkan semangat anak muda biar meluap darah dalam tubuhnya.

Pemimpin UMNO datang dan pergi, Mahathir pernah dipecat dari keahlian UMNO, Tun Ghafar baba kalah bertanding kerusi, Anwar Ibrahim tumbang dalam UMNO dan Datuk Harun dipenjarakan. Namun Idea perjuangan mereka hidup terus dalam pemikiran rakyat. 

Jika mahu diri kamu dikenang maka mestilah berjuang habis-habisan walaupun risikonya tinggi. Kembalikan semangat perjuangan Datuk Harun dan Tun Mahathir yang tidak bimbang jadi tak popular. Pemimpin Umno perlu kurangkan Skema dan Play Safe, Sebaliknya mampu berpencak macam anak muda.

******************************

Janganlah bimbang sangat, bukan sekarang sahaja UMNO menghadapi dugaan, dulu UMNO pernah diharamkan, didaftarkan semula, keahlian UMNO terpecah kepada dua. satu UMNO baru dan satu UMNO lama yang kemudian menjadi semangat 46.

Timbalan Presiden UMNO iaitu Anwar Ibrahim dipecat. Malah dulu Presiden Onn Jaafar sendiri keluar Parti, namun Idea UMNO menggerakkan bangsa melangkaui kepentingan juak-juak pengampu pemimpin yang lebih sudu dari kuah.


**************tamat*************

p/s Dirangkulkan segalanya, cakap mcm aku ni senanglah, pumpang - pumpang, cuba buat tengok!

p/s Politik bukan 100% sentiasa betul, Politik bukan tentang sentiasa menjadi betul, Politik adalah sentiasa mendapat sokongan majoriti untuk mendapat kuasa walaupun kadang-kadang tidak betul.

p/s selagi mana namanya manusia, selagi itu kita tidak akan sempurna, Takkan kau takut hendak menyuarakan ketidaksempurnaan itu? cuma kau jangan fitnah sudahlah.

p/s pilih untuk dengar apa yang benar, bukan dengar apa yang kau mahu dengar.


23 comments:

  1. ala kau buat aku pun buat jugak~apedehal??ujar azmin ali kepada chua soi lek.

    ReplyDelete
  2. baca masalah UMNO yang no 2 tu, teringat pulak dengan Hang Nadim ~ Singapura Dilanggar Todak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mmg seorang yang rajin membaca! dan kuat memori..

      Delete
  3. perhatian perlu diberikan kepada anak-anak muda agar mereka rasa tidak diketepikan.. jiwa dan hati mereka yang mudah menerima buat Pembangkang menang PR sebelum ni..

    ReplyDelete
  4. kau sebut nama aku...kembang jap....wakakakaka....

    serius....apa yang kau pegang tu...itulah yang aku pegang dalam perjuangan aku...wahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape nak kembang wei, kalau kau sebut nama aku kat blog kau baru la aku layak rasa kembang..

      Delete
    2. pulak....lain kali la aku sebut nama kau dalam blog aku...hahaha...

      Delete
  5. Ikar..what u wrote on this entry. .I personally agree..like it..~fienaz~

    ReplyDelete
  6. YAB DS Najib... ada ruang lagi utk namakan Ikar sbg slh sorg calon PRU nnti? Saya respect abis la sama ini Ikar... thumbs up Ikar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah saya dicalonkan! keajaiban dunia yang ke 8...

      terima kasih, terharu sebab ada org respect. mashaallah...

      Delete
  7. Imej Persona macam ini yang memikat pengundi untuk sama-sama merasa terharu, Rakyat tidak sepicing pun tertarik dan terpana melihat imej rambut gerbang Ds Rosmah, Rakyat tidak terharu pun melihat mekap tebal perwakilan UMNO.<< geli hati aku baca. kekekekekeke

    aku setuju entri kau. Aku bkn fanatik dgn mana2 pn parti politik tp pd yg sama aku kagum dengan keperibadian TGNA tu. Bila aku ckp camtu orang kata aku sokong PAS tapi tak pakai tudung lak. Tapi bila aku bg komen pasal makcik bawak anak pi perhimpunan bersih, tak sepatutnya dia bawak budak kecik sbb walau nama perhimpunan aman dia sendiri tau risikonya memang tak aman.. depa kata aku sokong BN lak.. aku cuma bagi pendapat dengan apa yg aku tgk betul @ tak betul. Yg betul akan tetap betul walau ada manusia cuba mentidak betulkannya.. Tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah suria, kita sokong common sense kan? benda ringkas takyah nak guna hujah spin2. yg penting jgn taksub..

      Delete
  8. Politics is not dirty. People in politics who are dirty (kalau tak 100% pun secalit dua kotor gak kan) and make it dirty.

    Tak kisahlah apa jua fahaman politik kita, zahirkan dlm kertas undi semasa pilihanraya.

    Pemimpin berwibawa tak kira dari parti manapun akan senang meraih undi sebab pandai mengambil hati rakyat. Keikhlasan utk tolong rakyat sejajar dgn amanah yg dipikul tu yg penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting jangan taksub kan kak? kalau taksub tu yang Anwar boleh jadi imam mahdi, semua buat tak salah, macam maksum..

      Delete
  9. rambut cotton candy pun boley kak.. eh boleh panggil kak ke? ke saya lagi tua?

    ReplyDelete
  10. "Samalah juga yang berlaku dalam Kepimpinan Anwar Ibrahim, Anaknya menjadi Naib presiden, Isterinya menjadi Presiden, Rakannya Timbalan Presiden dan Dia sendiri menjadi ketua umum tanpa bertanding. Salah tetap salah, Kroni tetap kroni, kita jangan assobiyah, kita jangan tutup hati kita dari menerima kenyataan yang pahit. Kita jangan hanya pilih nak dengar apa yang kita mahu dengar. Kita taknak dengar apa yang benar.


    Itu belum lagi nak cerita pasal Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Karpal singh dan anaknya dan bla bla bla bla, Termasuklah Najib Razak sendiri menjadi PM mewarisi kepimpinan Ayahnya Tun Abd Razak. Mukriz dari Tun M, KJ dari Paklah."


    Saya ingin memberi pandangan berkenaan fakta di atas. Unsur kroni dalam UMNO/BN x sama dengan pembangkang... Dalam contoh2 yang diberikan hanya KJ sahaja yang naik di zaman bapa mertuanya masih memegang jawatan sebagai PM/Presiden UMNO... yang lain, Dato' Hishamuddin, Mukhriz dan Dato' Najib sendiri hanya terlibat secara langsung setelah bapa mereka tidak lagi berkuasa dalam parti/kerajaan... Sama sekali tidak sama dengan senario PKR terutamanya...

    Sekadar pandangan dan betulkan saya jika saya silap...Prozai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan tepat!. thnks betulkan apa yg terlepas pandang.

      Delete
  11. niat asal buka blog kau nk tngok kau ada buat entry psal Hari Ibu haram.. nk jugak dgr pndgn kau.. tp terbaca entry ni..

    hebat! tu je nk ckp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      p/s tak buat entry hari ibu sebab ramai dah ulas, dan aku bersetuju ianya tak perlu diharamkan.

      Delete
  12. umno memang kerja sapu duit rakyat. Terima hakikat ini dah 54 tahun, dah lama dah...... seperti kata Mamak Mahathir. Cukuplah keboborokkan dan ketamakkan Najib Altantuya dan FLOM. This are all real thing happening in our beloved country, by the man who said won majority votes by cheating (works of the SPR - baruah UMNO/BN). These are no lies, but distinct proof and that works in Terengganu Election (2004). And now they are going to exercise this trick in the 13th. Election

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...