Assalamualaikum
Susahnya nak mula menaip, aku dah taip delete taip delete dekat nak 6 kali dah ni. Dipendekkan cerita, sejak entry terakhir bertarikh 13 januari 2015; aku dah berkahwin, keluar masuk hospital bedah kaki, tukar kerja di Kuala Lumpur, pindah dari Selayang ke Kuala Lumpur, Uber dan Grab sebagai mata pencarian sampingan dan kini sedang cuba menulis semula di blog.
Pada mulanya aku nak dedikasikan entry ni untuk menjelaskan ke mana dan kenapa aku menghilang, tapi bila aku semak balik ada banyak juga entry yang bagi alasan kenapa tak menulis. Kali ni taknak bagi alasan dah.
Korang pernah ada kawan yang suka bercerita tapi bila bercerita dia suka ulang cerita tu banyak kali sampai kau rasa meluat tapi kau terus dengar juga tanpa bagitau dia dah cerita sebab kau nak jaga hati dia? kau tadah juga dengar cerita sebab taknak dia rasa potong stim kan? Ha aku taknak jadi orang yang suka mengulang cerita macam itu.
Banyak sangat cerita di dalam cerita dalam blog aku ni sampai aku naik panik nak bercerita hal baru, dia seakan timbul monolog dalam hati "Eh benda ni aku dah cerita ke belum entah?"
Namun, seminggu dua ni semacam datang satu ilham suruh menaip blog balik sebab tiba-tiba kepala aku dilanda dengan pelbagai kisah nostalgia yang aku yakin belum pernah cerita lagi dan ada idea-idea baru tentang kehidupan muamalat yang fresh yang boleh diterjemahkan di dalam penulisan.
Mula pada perenggan ni aku nak start dengan kisah nostalgia tapi aku tak jadi tulis sebab rasa eloklah taip di entry yang lain, banyak sikit cerita boleh save untuk publish dalam entry berikutnya.
Kita jumpa lagi dalam enrty seterusnya esok. Insyallah
Finally,, berjaya gak jadik org pertama komen ..hehe.. ekceli sy yg komen at entry RINDU DALAM RAHSIA. Sy mmg suka baca blog RASA HATI..maybe sbb sy org johor kot..pastu ada entry nostalgia at Mersing..best sgt! Lagi 1 apa yg awak alami masa bebudak tu penah terjadik at sy. Seolah2 refleksi walaupon sy lahir tahun 1987. Kadang pecah gak empangan sbb windu zaman tu..iskk..
ReplyDeleteMembesar tanpa gadjet x bermakna kita nie kolot dalam kehidupan seharian,,, malah kenangan tu la yg sebenarnya mematangkan kita.
Selamat kembali mista zulfikar! ^_^v
Sy masih menunggu tuan mengulang ulang cerita tuan... Saya tunggu punya tunggu x muncul2... Tiba2 tuan muncul hari ni... Maknanya tuan akan bercerita lagi... Sy nak dengar tu... Cerita je.. Macam biasa!
ReplyDeleteWelkambek Nyah.. Akhirnya penantian aku selama ni tidak sia sia Nyah... Tulis la nyah aku sanggup baca kalau kau ulang 10 kali pun.. selalunya yang suka cerita benda yang sama ulang kali orang2 tua jer.. hahahaa
ReplyDeletewahh wujud lagi ehh...ingatkan dah trus senyap blognya....welcome back bro...truskan menulis
ReplyDelete2 tahun ko amik masa bang untuk tulis balik? Nasib baik aku belum delete ko punya link blog. Kalau tak, memang smapai mati agaknya aku dah tak jumpa balik la blog ko ni. Hahaha.
ReplyDeletemmg tunggu..
ReplyDeleteassalamualaikum,saya nak tnya pendapat encik . saya sekarang bekerja di pizza hut dan seorang lepasan spm . gaji saya baru masuk 2 hari lepas . gaji saya hanya 279 . sejam 4.81 . saya banyak bekerja 8hours terutama last week, saya tak diberi cuti dah bekerja straight one week 8hours . tapi bila tahu gaji hanya 2++ saya rasa agak terkilan . saya tanya manager, dia cakap mmg gaji saya byk tu ja and dah tolak kwsp and rm50 untuk baju . tu pun dah termasuk triple gaji kerja time christmas . saya rasa tak percaya gaji saya hanya yg tu saja . saya nak pergi kwsp dalam minggu hadapan . apa yg perlu saya buat selepas tu
ReplyDeleteSomeone has a friend who likes to tell stories, but when he tells stories, he likes to repeat the story many times until you feel a stretch.
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny