April 24, 2017

Ada Orang Baca Lagi ke Blog Rasa Hati?

Assalamualaikum

Susahnya nak mula menaip, aku dah taip delete taip delete dekat nak 6 kali dah ni. Dipendekkan cerita, sejak entry terakhir bertarikh 13 januari 2015; aku dah berkahwin, keluar masuk hospital bedah kaki, tukar kerja di Kuala Lumpur, pindah dari Selayang ke Kuala Lumpur, Uber dan Grab sebagai mata pencarian sampingan dan kini sedang cuba menulis semula di blog.

Pada mulanya aku nak dedikasikan entry ni untuk menjelaskan ke mana dan kenapa aku menghilang, tapi bila aku semak balik ada banyak juga entry yang bagi alasan kenapa tak menulis. Kali ni taknak bagi alasan dah.

Korang pernah ada kawan yang suka bercerita tapi bila bercerita dia suka ulang cerita tu banyak kali sampai kau rasa meluat tapi kau terus dengar juga tanpa bagitau dia dah cerita sebab kau nak jaga hati dia? kau tadah juga dengar cerita sebab taknak dia rasa potong stim kan? Ha aku taknak jadi orang yang suka mengulang cerita macam itu.

Banyak sangat cerita di dalam cerita dalam blog aku ni sampai aku naik panik nak bercerita hal baru, dia seakan timbul monolog dalam hati "Eh benda ni aku dah cerita ke belum entah?"

Namun, seminggu dua ni semacam datang satu ilham suruh menaip blog balik sebab tiba-tiba kepala aku dilanda dengan pelbagai kisah nostalgia yang aku yakin belum pernah cerita lagi dan ada idea-idea baru tentang kehidupan muamalat yang fresh yang boleh diterjemahkan di dalam penulisan.

Mula pada perenggan ni aku nak start dengan kisah nostalgia tapi aku tak jadi tulis sebab rasa eloklah taip di entry yang lain, banyak sikit cerita boleh save untuk publish dalam entry berikutnya.

Kita jumpa lagi dalam enrty seterusnya esok. Insyallah

5 comments:

  1. Finally,, berjaya gak jadik org pertama komen ..hehe.. ekceli sy yg komen at entry RINDU DALAM RAHSIA. Sy mmg suka baca blog RASA HATI..maybe sbb sy org johor kot..pastu ada entry nostalgia at Mersing..best sgt! Lagi 1 apa yg awak alami masa bebudak tu penah terjadik at sy. Seolah2 refleksi walaupon sy lahir tahun 1987. Kadang pecah gak empangan sbb windu zaman tu..iskk..

    Membesar tanpa gadjet x bermakna kita nie kolot dalam kehidupan seharian,,, malah kenangan tu la yg sebenarnya mematangkan kita.

    Selamat kembali mista zulfikar! ^_^v

    ReplyDelete
  2. Sy masih menunggu tuan mengulang ulang cerita tuan... Saya tunggu punya tunggu x muncul2... Tiba2 tuan muncul hari ni... Maknanya tuan akan bercerita lagi... Sy nak dengar tu... Cerita je.. Macam biasa!

    ReplyDelete
  3. Welkambek Nyah.. Akhirnya penantian aku selama ni tidak sia sia Nyah... Tulis la nyah aku sanggup baca kalau kau ulang 10 kali pun.. selalunya yang suka cerita benda yang sama ulang kali orang2 tua jer.. hahahaa

    ReplyDelete
  4. wahh wujud lagi ehh...ingatkan dah trus senyap blognya....welcome back bro...truskan menulis

    ReplyDelete
  5. 2 tahun ko amik masa bang untuk tulis balik? Nasib baik aku belum delete ko punya link blog. Kalau tak, memang smapai mati agaknya aku dah tak jumpa balik la blog ko ni. Hahaha.

    ReplyDelete

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...