October 14, 2012

Kerana Talkin dan Lima Ringgit Itu

Assalamualaikum..

Pada satu masa dahulu, di kampung aku berlaku satu kematian yang melibatkan seorang bayi, bayi itu mati dalam kandungan. Ditakdirkan Allah swt, majlis pengebumiannya jatuh pada hujung minggu. Seperti biasa, aku agak liat untuk bangun pagi hujung minggu, jadi aku pun terlepas seluruh majlis dari saat mandi jenazah, sembahyang jenazah, kebumi dan talkin.

Kemudian pada tengahari tersebut, datang kawan karib aku cakap pada aku..

" Ikar, Ikar, apsal kau tak pergi kebumi jenazah tadi? rugi kau tau tak!"

" rugi apanya amy?"

" rugilah, kau tau tak, habis je tengok diorang tanam jenazahkan, pastu habis je talkin, aku salam dengan pakcik Karim, aku dapat sampul tau, bukak-bukak sampul je aku tengok ada lima ringgit ikar!"

" Mak oi! 5 ringgit? maksud kau dapat 5 ringgit semata-mata tengok orang tanam mayat je?"

" Ha'ah Ikar, lima ringgit, aku tak sangka gila"

" dah habis tanam dah ke? talkin ada lagi? aku nak pegi gak la jenguk-jenguk, kot-kot dapatlah belen-belen, tak dapat 5 ringgit, dapat seringgit pun jadilah"

" Dah habis dah ikar, orang semua dah balik, tukang gali kubur pun dah balik makan nasik dah"

Seingat memori aku, masa tu aku pun kayuh jugalah basikal BMX aku pergi tanah perkuburan Sungai Tua tu, kot-kot adalah lagi saki baki majlis talkin, dapatlah salam nak envelop 5 ringgit. Kemudian aku hampa sebab kubur sudah sunyi sepi.

Perlu diingat, kejadian berlaku pada tahun 1994, zaman itu 5 ringgit bagi seorang kanak-kanak darjah 4 sangatlah besar nilainya. Sebenarnya jangan kata tahun 1994, tahun 2012 pun nilai 5 ringgit itu tinggi juga nilainya bagi orang bujang yang menunggu hari gaji di penghujung bulan.



sekadar gambar hiasan.

****************************

Bermula dari kejadian lima ringgit di hari talkin itu membuatkan aku terus berfikir dan berfikir, berfikir akan suasana budaya dakwah islamiyah di Nusantara ini. Seringkali kita di Malaysia ini selalu dimomokkan dengan justifikasi "dakwah, nak buat benda baik tak mengapa, apa salahnya"

" tak baiklah kita ni pergi sembahyang jenazah semata-mata nak duit derma dari tuan rumah"

" eh benda baik buat apa salah nya? kan ke matlamat dia nak bagi orang kampung datang, nak bagi sedekah, kalau tuan rumah tu ikhlas nak sedekah apa salahnya?"

Seringkali dialog-dialog seperti di atas yang berlaku untuk justifikasi perbuatan bidaah atau pengkomersialan agama. Padahal kemurnian agama islam itu bukan tentang dakwah angpau 5 ringgit, sebaliknya adalah penerapan nilai murni yang membuatkan muslim datang membantu saudaranya dalam kesusahan tanpa perlu diumpan dengan wang ringgit.

Masa aku darjah 4 tersebut aku dah berfikir dari tengahari itu sampailah ke malam, dan fikiran tentang hal tersebut berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

" Sampai macam tu sekali agama islam diumpan dengan duit untuk pujuk saudara sesama islam mengerjakan fardhu kifayah, sampai macam ni sekali kroniknya agama kita dijustifikasikan amalan kerana satu skrip klise iaitu 'alah benda baik nak buat apa salahnya'"

Sepatutnya kita sebagai umat islam, yang mengaku saudara sesama islam, dengan ikhlas dan penuh tawadhuk menolak pemberian angpau 5 ringgit tersebut. Sepatutnya kita sebagai saudara sesama islam memahami akan kesusahan yang ditanggung tuan rumah yang berada dalam keadaan dukacita.

Sepatutnya kita menghulurkan bantuan, hantar nasi dan lauk pauk, bantu solatkan jenazah dan uruskan jenazah tanpa mengharapkan derma ikhlas. Biarlah mereka yang berjawatan tetap sebagai Imam, Bilal, Tok siak atau pengurus jenazah yang menerima bahagian mereka sebagai gaji, elaun, atau sumbangan ikhlas kerana itu memang tugas dan tanggungjawab mereka.

Tetapi kita sebagai jemaah yang datang mengimarahkan majlis solat jenazah dan pengebumian seharusnya  datang dengan ikhlas. Ikhlas yang benar-benar ikhlas yang bilamana bersalam dengan tuan rumah tidak sedikitpun mengerling envelop yang berisi wang kertas itu.

Kita sebagai anak muda, seharusnya sudah boleh memecahkan tradisi ini, dan memulakan tradisi baru di mana kita yang datang mengimarahkan majlis pengebumian, menghulurkan bantuan dan bukan melahap segala makanan kenduri arwah dan duit 'sumbangan iklas' tuan rumah.

********************************

Pada zaman gelap eropah, paderi kristian katolik telah menjustifikasikan segala bidaah dalam agama  kristian dengan kaedah 'niat baik tidak mengapa' sehingga ke tahap kronik apabila mereka menjual pengampunan dosa dengan nilai emas,  Ritual ini dinamakan Indulgences, si pembuat dosa akan mengaku kesilapan dosanya dan kemudian membayar duit untuk mendapatkan pengampunan, malah mereka lebih advance,mereka boleh membeli pengampunan secara pukal prepaid, " ini nilai emas aku untuk sekian-sekian dosa selama 5 tahun"


p/s Sebelum apa-apa, sebelum ada orang tak faham datang komen tanpa baca sampai habis,aku nak ingatkan kisah ini adalah tentang 5 ringgit sumbangan ikhlas, dan bukan masalah samada Talqin itu bidaah atau tidak.

p/s jika korang dah biasa pergi menyibuk ke majlis pengebumian, korang takkan rasa pelik dengan budaya, salam envelop lepas sembahyang jenazah dapat RM5. Benda memang dah jadi satu silent policy. Tuan rumah setuju atau tidak akan "sumbang ikhlas" sebab terpaksa go with the flow so called budaya masyarakat. tidak mahu masa akan datang diumpat kedekut oleh org kampung.

p/s Kalau korang jadi lebih penyibuk, korang akan jumpa satu team "orang alim" yang mengenakan caj perkhidmatan, baca doa tahlil, doa arwah, zikir dan macam-macam, dan caj ini adalah tetap. Dan apabila kita menegur perbuatan pengkomersialan agama ini maka kita dilabel sebagai wahabi.

p/s dan selepas beribu tahun dakwah islam berkembang seluruh dunia, Golongan konservatif agama masih menggunakan punch line klise "alah, benda baik nak buat takpe, yang penting niat, apa salahnya, kita kenalah sesuaikan agama dengan budaya untuk berdakwah"

Sehingga dakwah dan ritual agama itu kadang-kadang kelihatan seperti ritual paderi menjual surat pengampunan dosa (indulgences) di zaman gelap Eropah dulukala.

31 comments:

  1. kebiasaan masyarakat kita bersikap takut dipandang serong biarpun melakukan perkara benar. kita lebih terbiasa dengan adat dan budaya berbanding apa yang diperuntukkan dalam islam. budaya ni samalah macam orang yang nak kahwin tapi takut dipandang serong, maka terpaksa berhutang sana sini untuk mengadakan jugak majlis persandingan, walaupun lebih dari kemampuan asal. sama, memang sama kesnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita selalu lebih mencari redha masyarakat dari redha Allah... tu masalahnya.

      Delete
  2. mungkin duit itu diberikan sebagai tanda penghargaan. Memang betol, kita sebagai saudara sesama Islam perlulah membantu dalam kesusahan kan.

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah jumpa tuan rumah yang kematian tu bagi duit kat tetamu..hmmm musykilnya

    ReplyDelete
  4. Ibu penah lihat d sebuah majlis kematian baru ni budaya mberi sampul oleh pihak tuan umah yg ibu tak pasti bp isinya masih ada sampai skg.ibu pasti yg dtg berziarah terutama kaum ibu jumlahnya lebih kurang sama ramai dgn kaum bapa yg sememangnya bakal menyempurnakan solat n mengiring jenazah ke kubur.ibu fikir mereka yg dtg ini mbawa niat yg tsendiri.manalah tahu dgn jumlah sebanyak itu ada si ayah d kalangan jemaah itu bhasrat utk pegi ke kdai mbeli 3kg beras hancur sebagai rezeki anaknya d umah yg menunggu kelaparan.semoga kebaikan yg sedikit itu mdapat ganjaran drp Allah.bagi kluarga yg tidak bkemampuan tp bdepan musibah ini pemahaman drp masyarakat awam sgt dihargai.wallahualam.

    ReplyDelete
  5. err..aku tak pernah jumpa lagi la kat sini situasi macam kat atas ko cerita ni..setakat ni yg aku tahu, bila aku pergi melawat mana-mana jiran yang ada kematian keluarga, kami yang melawat hulurkan sedikit sedekah untuk meringankan beban keluarga tersebut dalam urusan jenazah macam nak beli kain kapan ke, ape ke semua tu..takde pulak yg mai melawat dapat duit..

    ReplyDelete
  6. dlu, time arwah pcik aku meninggal, ada jugak kes bgi duit dengan tetamu yang datang. bila aku tnya dengan mak aku pasal benda ni, dia kata, ini bagi membayar tenaga mereka yang telah membaca yassin untuk arwah. sampai begitu sekali. dan aku pun terfikir, sampai bila benda ada kesudahannya?

    ReplyDelete
  7. Kalau budaya orang jawa or melayu, tetamu yang akan bagi duit pada keluar si mati. Duit tu pulak akan dimasukkan dalam besen yang berisi beras. Atas niat apa, aku pun tak tahu.

    ReplyDelete
  8. Gigih sungguh ye kayuh basikal gi kubur :-)

    ReplyDelete
  9. Yang akak faham ada sesetengah keluarga memberi kain atau sebagainya milik arwah sebagai sedekah dari arwah. Bab rm5 tu pernah juga dengar, memang sedihlah kalu tujuannya sebagai upah. P/S no 3 tu mmg dah ada skrg, bak kata mak akak, skrg kalau org mninggal, rm2k tak cukup, huhu

    ReplyDelete
  10. rasenya dlm spjg hidup ni..aku pernah ikuti pengkebumian 2 kali je...full,tp xde la full mksudny dari arwah meninggal smpai kebumi...1st time mase aku darjah 3,4 camtu taun 98 ke 99 camtu...die bg waktu smyang jenazah..dpt direct tnpa smpul tp masuk poket waktu tgh smyang jenazah tu sendiri...jenazah tu arwah moyang..2nd time arwah atok..tp rasenye xde la abah aku(ank kedua) beri duit lak pd penziarah yg dtg..cume beri pd pembaca talkin..

    lg satu budaya beri duit, waktu org bertandang majlis walimatulurus...org yg bleh berbelanja berpuluh2 ribu, diberi lak duit walhal keluarga kematian plak yg kena keluar duit utk org yg menziarahi...ermmm..budaya yg pelik dterapkn dlm masyarakat dlu hgga kini..

    ReplyDelete
  11. setuju dengan dark..
    pelik dengan budaya dalam masyarakat dulu hingga kini..

    ReplyDelete
  12. tak jugak. kat tempat saya (negeri sembilan) kita yang datang melawat ni yang sedekah pada tuan rumah. tuan rumah cuma sediakan makanan je.

    ReplyDelete
  13. Di sarawak, satu pantang besar ialah tidak boleh makan semua orang di rumah selagi mayat belum dikebumikan. Mana tah dalil nya. Ini untuk orang melayu islam laaa.

    Dan yes tetamu yang bagi duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya camni la. tuan rumah tak perlu sedia makan. Jiran2 patut sedia makan utk family yg kematian tu. sunnah nabi camni la. tp sekarang dah terbalik.

      Delete
  14. aku tak tau lak ada budaya ni.. mungkin aku tak perasan kot. Masa arwah ayah aku meninggal yg aku nampak org yg dtg ziarah je sedekah.. yg lain2 aku x pasti. maybe aku tak perasan sbb asyik melayan perasaan kot.. yelah.. mana nak kawen masa tu.. tup tup Ayah pula meninggal.

    ReplyDelete
  15. mmg isu yang kau bangkitkan sangat relevan utk di ketengahkan...harap2 org muda boleh tolong mulakan!

    ReplyDelete
  16. sebnrnya perkara sebegini masih menjadi amalan lagi, saya tidak tahu di tempat lain, tapi di trg ini, masih. baru bbrp thn lepas, saya tahu perihal ini sbnrnya, apabila pak saudara meninggal dunia dan mak sibuk2 mengisi wang dlm sampul surat. apabila saya bertanya, kata mak utk diberikan kepada org2 yg sembhyg jenazah. terkejut saya, 'aik, kena bayar ke utk sembhyg jenazah?'. Rupa2nya memg begitu amalannya. Memg saya lgsg tidk menyokong, mempertikaikan tindkan itu.. tp saya seorg, apalah sgt suara saya.

    ReplyDelete
  17. tak pernah jumpa lagi la budaya gitu. setakat ni kalau ade kematian memang tetamu yg akan sumbangkan duit/makanan..sengal jugak kalau betul jadi gitu..patutnya ringankan beban keluarga simati..

    ReplyDelete
  18. Masa Bonda Awan meninggal hari tu, kitorang beri kain kepada mereka yang datang dan yang tolong uruskan jenazah Bonda dengan niat pemberian itu, pahalanya disampaikan kepada arwah Bonda. Biasanya, kalau pergi ke rumah yang berlaku kematian, tetamu yang beri sumbangan dengan niat untuk meringankan beban. Kira macam sedekahlah. Tapi belum pernah lagi jumpa kes "tak nak pergi kalau takde diberi apa-apa".

    ReplyDelete
  19. salah sape? cume so far aku belum pernah bertembung dgn situasi rm5 mcm yg ko maksudkan ni... kalau nak dibandingkan dgn ugama lain, umpan dari segi material ni pun digunakan utk menarik perhatian umat untuk dekat pada ugama... jadi... kirenya bukan salah tuhan atau nabi... semua ni akal manusia yg created... jalan mudah...

    ReplyDelete
  20. 1st time dgq cmni....

    ReplyDelete
  21. fuh. hebat cara ko ekstrapolasikan sedekah 5 ringgit sehingga kepada penjualan pengampunan ... serius talk, hebat..

    teringat masa aku kecik2 dulu. mak aku slalu umpan aku dengan RM10 utk setiap hari yg aku puasa penuh pd bulan ramadhan. pada mulanya aku buat sbb nak duit, tapi mungkin kerana Allah swt kesian kat aku, lama2 aku suka berpuasa. x perlu beri duit, insyaAllah aku akan tetap berpuasa.

    konsep yg sama diaplikasikan pada keadaan berikut. pemberian sedekah pada perbuatan baik tujuannya untuk mengalakkannya. lama kelamaan, insyaAllah perbuatan baik tersebut bukan lagi dilakukan utk mendapat ganjaran tetapi ikhlas semata2 kerana Allah swt.

    ini boleh dikaitkan dgn kisah bilal r.a. sebelum memeluk islam.

    rasulullah telah melawat bilal di tempatnya dan membantu bilal mengisar gandum sepanjang malam. hari demi hari berlalu, dan baginda rasulullah saw masih membantu bilal, tanpa meminta balasan. akhirnya bilal tidak mampu menahan curiga dan bertanya..

    "ya rasulullah saw, kenapa kamu bantu saya? saya hanyalah seorang hamba.. apa yg kamu mahu?"

    maka jawab baginda saw..

    ucapkanlah "tiada tuhan melainkan Allah swt dan Muhammad saw itu pesuruh Allah" maka kamu akan berjaya.

    maka bilal telal memeluk agama islam dan menjadi kalangan sahabat yg dijanjikan syurga. tidak pula bilal r.a berubah hati apabila tiada lagi ganjaran yg diberikan. tidak pula pemberian ganjaran dijadikan suatu budaya atau syarat pada pengislaman.

    jelasnya, teori ko mmg suatu yg tidak selari dgn apa yg aku pelajari mengenai islam. kebolehan ko membuat penaakulan berantai secara berlebih2an memang mengkagumkan. namun, ia lebih menjurus kepada pemikiran negatif yg sama sekali tidak menguntungkan.

    saranan aku? jangan over-analyze perbuatan baik yg tidak menyalahi islam. mungkin pd mulanya manusia melakukan sesuatu kerana ganjaran material, tapi x mustahil dia akan diberikan hidayat utk mendapat keikhlasan yg sebenarnya.


    49:12 Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa ..


    wallahulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedekah adalah pemberian ikhlas dari orang nak beri sedekah kepada penerima.

      yang ditulis di atas adalah budaya pemberian sedekah kerana 'desakan budaya dan stigmata masyarakat' tiada kena mengena dengan pemberian sedekah ikhlas atau balasan berbuat baik sesama insan untuk berdakwah.

      jika awak baca inti tulisan itu dari perspektif kanak-kanak 10 tahun yang mahu memahami Islam yang telah bertapak beribu tahun di Nusantara, mungkin awak akan dapat lihat sudut pandang yang berlainan dari berdakwah secara berbakti kepada mualaf,

      sepatutnya kita sebagai muslim yang sudah paham nilai ihsan di dalam islam tidak lagi memerlukan sogokan duit untuk berbuat baik.

      melainkan kita mualaf, atau kanak-kanak baru mumayiz yang baru nak berlajar puasa.

      wallahualam.

      P/s anyway, aku suka cara kau berhujah dan bertukar pendapat, menyegarkan pemikiran dari lena yang panjang. keep it up bro.

      Delete
  22. minta maaf lah bro kalo aku terkasar bahse ke ape..

    ReplyDelete
  23. Ada 1 mslh,seorg ayah mnggal dunia,ada anak yg msh kecil n xmampu berdikari..so,status anak tu jd anak yatim la kn..si isteri sdg bersedih kehilangan suami,trpaksa pula menyediakan sesuatu utk tetamu yg hadir,trpksa gna duit..lps tu solat jenazah,nk kna sedia duit lg..lps tu upacara talkin kt atas kubor,gna duit lg..lps tu tahlil n knduri arwah utk bberapa hari n bberapa kali,gna duit lg..dr mna dpt duit tu,sekiranya si isteri xkrja,hnya surirumah..mstila drpd duit arwah lakinya..duit n harta arwah laki dh jd harta anak²..anak² dh status anak yatim..so,apa status mkn harta anak yatim??spttnya,dlm msa 3 ari keluarga tu ditimpa musibah,kita sbgai jiran² yg menyediakan mknan kpd keluarga si mati..ni tidak,kita plak menambah kesusahan yg dialami keluarga si mati..nk menyolatkan jenazah pn nk kna byar kpd yg hadir ka?ikhlas apa cmtu?yg pak imam,lebai,ustaz,nk baca talkin pn kna byar ka??nabi xajar pn cmtu..lg 1,msa baca talkin tu,duduk atas kubur..nabi larang duduk² atas kubur,ibarat kita duduk atas bara api neraka..

    ReplyDelete
  24. Benda baik,apa salah...Azan tu baik,apa kata sblm solat jenazah,solat tarawih,solat eid kita azan dulu...benda baik,apa salah..kn??

    ReplyDelete
  25. Benda baik,apa salah...Azan tu baik,apa kata sblm solat jenazah,solat tarawih,solat eid kita azan dulu...benda baik,apa salah..kn??

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...