October 7, 2012

Beg Tangan Mama

assalamualaikum..

Menyindir beg tangan mama adalah aktiviti masa lapang kami sekeluarga, mama suka beg tangan besar-besar, jenis yang boleh simpan kepala harimau di dalamnya, cuma dia sengaja taknak simpan kepala harimau kerana bimbang menjadi fitnah pula.

Walaupun mama adalah seorang wanita stereotype dengan beg tangan, tapi mama jarang beli beg tangan banyak-banyak. Selalunya dia akan beli beg tangan daripada kulit. Bukan nak berlagak sebab sebenarnya kalau nak dikira tak mahal mana pun.

Pesen beli brand Bonia yang Sogo buat diskaun sampai 70% tu, yang jenis harga dari 500 boleh jadi seratus lebih. Bukan apa dia memang suka beg tangan kulit sebab alah membeli menang memakai katanya.

Bila sebut pasal beg tangan mak-mak ni, isu yang klise akan mula timbul, beberapa stigma yang biasa kita dengar adalah....

" Beg tangan mak aku dah macam poket doremon, semua benda nak ada, panadol, minyak cap kapak, ubat batuk, screwdriver, pisau lipat, buku bank semua ada" (Anak Khuatir - 28)

" kau cakap je apa yang takde dalam beg tangan mak aku? semua ada" ( Pemuda Perihatin - 21 )

" beg tangan bini aku ni dah macam 7-11, semua benda ada tak kira masa" (Suami Manja -32 )


sekarang beg tangan mak aku rupa dia mcm ni lebih kurang, aku  malas nak tangkap gambar, amik cari kat google je lah, senang.

Samalah juga dengan kami sekeluarga, bila semua duduk bersama membincangkan akan keajaiban beg tangan mama, mesti macam-macam gurauan sendaloka bersama singer muncul secara berirama.

" Mama ni patut tak jadi surirumah, patut dia jadi ahli farmasi, mama nak panadol! ada, mama nak ubat angin! ada, Mama nak ketip kuku! ada, mama nak vicks! ada, pendek kata kalau 100 orang ada mcm ni, mau tutup guardian"

Kadang-kadang mama akan buat serangan balas secara bersepadu bagi mengukuhkan status quo nya untuk menyimpan pelbagai benda dalam handbeg.

" mama, mama ni bawak handbag ke bawak poket doremon?"

" eh diamlah kamu, kalau kamu sakit, mintak ubat kat aku jugak, menyibuk je"

" eleh, nak bergurau pun tak boleh, ma nak Actal, sakit perut angin!"

" haa kan aku dah kabor dah! ngendeng-ngendeng tu ada kekira lah tu, tengok nak Actal cari aku jugak! pastu bila bawak beg besor perli tak habis-habis"


***********************************

Itu semua cerita tahun-tahun yang berlalu, zaman aku mengusik mak aku masa sekolah, sekarang ni takde dah nak perli-perli handbag mak aku sebab topik tu macam dah basi, penat juga nak recycle bahan yang sama.

Last aku usik mama, masa raya tahun lepas, bila mama suruh aku ambik kunci rumah dari handbag dia, aku jumpa buku yasin 3 naskah.

" mama, kenapa sampai 3 keping buku yasin dalam beg mama ni ma?"

" aku lupa keluorkan, hari tu pergi doa selamat rumah auntie nora, saja bawak lebih takut ada kawan tak bawak, boleh bagi pinjam"

" owhhh, ingatkan mama nak halau hantu paling power! satu buku yasin tak cukup, bagi ganda tiga!"

" hantu tu kamu lah ikar!"

Tapi betul, mak, isteri atau girlfriend ni golongan yang perihatin, dalam beg tangan dia kalau boleh kotak first aid tu pun dia nak sumbat. handbeg mak aku tu nasib baik je tak muat nak simpan stretcher, kalau muat, mau dia lipat-lipat simpan dalam tu.

***********************************

Tapi buku yasin, panadol, vicks dan minyak cap kapak tu terlalu mainstream untuk dijumpai dalam handbeg mak - mak. Aku pernah jumpa sesuatu yang sangat diluar norma dari handbag mama.

Pada satu hari tu, mama suruh ambik purse dalam handbag dia nak beli nasik ayam..

" Ikar, kamu amik beg duit mama dalam handbag tu kejap, kamu tolong belikan nasik ayam boleh?"

" ermm okey mama, aaa nah!"

" kamu tolong lah amik kejap, tangan mama kotor ni"

Aku pun geledah beg tangan dia cari beg duit dekat dasar yang jauh sana, ibarat mencari bangkai Titanic di lautan Atlantic. Ok aku tipu, takdelah Titanic sangat.

Geledah punya geledah, aku jumpa plastik bungkus kuih, pastu aku angkat tinggi-tinggi ke udara, aim dekat lampu untuk mengesahkan kemushkilan aku, apa benda yang aku jumpa dalam handbag ni?

Rupanya itu Muffin Kenny Rogers, mama simpan dari hari sambut harijadi aku, 2 minggu sudah lamanya. Aku syak kalau letak muffin tu bawah mikroskop mahu jumpa kulat penicillin atas dia.

" Mama ni apa benda ni mama? "

" entah, ape benda tu ikar? cuba kamu cek jap"

" HOiiiiiHhHh!! Ini Muffin Kenny rogers! apsal ada dalam beg ni?"

" eh tu muffin yang aku beli dengan madam, masa tu lapor sangat, kelam kabut nak siap-siap pergi birthday kamu, simpan dalam beg lupa nak makan"

" Birthday Ikar? tu bukan 2 minggu lepas ke ma?"

" Hahahaha, aku tak perasan, tak pernah tonggeng beg tu, selalu sebulan sekali aku tonggeng beg tu, kamu diam-diam ikar, jangan kabor ke abah kamu, nanti dia bahan aku sampai raya tahun depan! nah amik duit ni pergi nasik ayam, mama belanja hari ni!"

" Peh mama, muffin basi dalam handbag kaaaaaaannnnnn!"

" diam, kamu nak nasik ayam ke tak nak ikar?"

" pehhhhh! dah lah muffin dalam beg, rasuah lagi pulak tu dengan nasik ayam!"

" diam ikar!"

" nasik ayam punya pasal, kira kautim lah"

Sampai sekarang aku mengalami kejutan budaya. Nasib baik aku tak kena mimpi ngeri. Penangan handbag mama.


******************tamat********************



Madam itu adalah besan mak aku, mak kepada Hakim, iaitu adik ipar aku. masa ni sambut birthday dekat TGIF bersama keluarga dan tersayang. nampaknya anak-anak muda sekarang ini tidak habis-habis dengan 'peace' mereka semasa bergambar, entah apa nak jadi tak tahu!


Muffin kenny rogers bagi aku sangat sedap, walaupun mainstream tapi tak boleh nafikan kesedapan dia.  tapi jarang makan kenny rogers.  dulu masa kawan aku ijam kerja sana, selalulah makan free.

*****************************

P/s 1 dulu aku cukup segan nak geledah beg tangan atau beg sekolah perempuan walaupun tuan dia yang suruh, aku bimbang nanti jumpa pad spare. malu weh, sporting mana pun perempuan, mesti kekok kalau terjumpa.

p/s 2 "weh kau ada roti lebih tak? aku lupa bawak lah!" ... " roti? ada ada, dont worry, jap lagi aku bagi kau".... " ok tenkiu ye Yati, nanti aku ganti balik k!"  dari meja sekolah, aku nyampuk, " apa lah korang ni, nak makan roti pun kecoh, pegi la beli kat kantin sana!.... "ah sibuklah kau zul, diam, kau apa tau!"


p/s 3 Bila dah besar baru aku tau kenapa perempuan suka guna  frasa "ah sibuklah kau zul, kau apa tau" rupanya roti tu bukan roti bun kaya jual dekat kantin. tapi.. ah malas nak kabor.


23 comments:

  1. Hahaha,,aku rasa semua perempuan macam tulah kalau pasal handbeg..
    dalam handbag aku pun macam tu jugak hihi
    sampai laki aku asyik komplen apesal berat sangat beg aku.

    ReplyDelete
  2. aku pun suke letak barang bukan-bukan dalam beg. takde kena mengena ngan mak-mak pun. janji beg berat aku puas hati :)

    ReplyDelete
  3. hahahahah!!! ku suka topik ari ni en ikar...handbeg pompuan merupakan satu peti simpanan untuk semua benda..hahaha...ubat,pen,lampu suluh,beg duit dan sewaktu dgnya..semua ada...mcm ko kata..nasib xder kepala harimau je kat dalam.hahahhaha...elleh..kaum2 bapak..time2 tertentu pon akan tumpangkan kitaorg punye beg jugak...meletakkan wallet2 beliau sms k tandas k..ke masjid k...kan3

    ReplyDelete
  4. hehehehehehehe.. adoilaaa mama Ikar..

    satu benda yang ada kat hampir semua perempuan tak ada pada akak ialah beg tangan beso.. hehe..

    ReplyDelete
  5. aku takde handbag pun...tak berapa nak gemor..slalu p jalan aku bawak wallet seketul je..err...tak tau la kalau dah kawen nnt berubah pulak kan..hak3..

    ReplyDelete
  6. kawan saya pernah cakap kat saya,kalau ada benda tak cukup ke,nak ubat ke apa haa mintak kat atiqah. beg dia macam poket doraemon,semua ada! kahkah.

    sama pulak dengan mama awak. tapi kenkadang komplen dekat diri sendiri,eh apesal lah beg aku ni berat sangat tah apa tah aku bawak. pastu bila nak buat spotcheck,nak tinggalkan mana yang patut rasa sayang pulak. kot2 time dah keluarkan tu lah perlukan benda tu.

    ReplyDelete
  7. Membaca entri buat haku amat terasa..sungguh!

    http://sufeenan.blogspot.com/2012/10/mari-kita-berpost-mortem-apa-ada-dalam.html

    Kebetulan, atau suratan..?

    ReplyDelete
  8. mak aku pun sama gak.. beg dia kalau tonggeng, bergolek golek harta karun yang sungguh rare..

    ReplyDelete
  9. hahahaha. tergelak2 aku baca. sporting habes mak ikar ni.

    ReplyDelete
  10. kadang2 perempuan ni mmg bijak ....beg itu besar senang untuk bawa benda macam2...kalau pergi rumah org kawen kita boleh rembat lebih nasi bawa balik...hehe!

    ReplyDelete
  11. perempuan kn prihatinnnn ehehehe

    ReplyDelete
  12. perempuan mmg suka bwk byk benda dlm handbag...senang semua benda dlm tu, x yah cari tempat lain...hihihi

    ReplyDelete
  13. Betul tu, kadang2 bila ibu aku nak kosongkan beg tangan dia mcm2 barang keluar dalam tu xD
    berjenis2 ticket, buku, kad semua ada xD
    tpi tu yg bagus, sebab mereka jenis yg organize kan?
    tak macam kita ni lelaki.. pergi mana2 pun sehelai sepinggang ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada lelaki yang sehelai sepinggang sekarang ni. Cuba kau geladah beg tangan abang-abang samseng. Macam-macam ada.

      Delete
  14. Pernah satu tika dulu, kawan@ suka cakap handbag Gill macam 7 Eleven.
    Semua benda ada. LOL! Tapi sekarang tak dah.
    Bag still sama besar cuma waktu bersukan aje. Bawa baju, towel kecik, brg2 asas dan bedak talkum aje :)

    ReplyDelete
  15. hehee...klau bwk beg besar ni best, nk masuk cinema blh seludup mknn...haha...pernah dulu 2 bijik kebab selamat masuk cinema sbb duk dlm handbag...and pernah sekali tu dlm handbag sy ada sos cili yg dlm pek kecik2 mcm kat KFC or McD tu...ada terlebih baik simpan! hehe

    ReplyDelete
  16. tu sebab suka beg beso2...leh isi macam2...nak apa semua ada..keluarkan je...tp kena gak hati2 takut ada benda lain plak

    ReplyDelete
  17. huhu mcm2 komen ada...itu hak masing2 knkn.rase sesuai dgn beg beso bwk je...tp kalau bli mahal2 xgune rugi jge.xkn nk buat pekasam knkn...

    ReplyDelete
  18. Hahaha. Fine! Lawak! Mmg ponn beg tgn pempuan mcm beg doremon, byk kegunaan. Beg tangan besaq mmg terbaik! Mcm2 boleh sumbat. :D

    ReplyDelete
  19. pesen orang takde henbeg mcm aku ni pemalas ke kurang penyayang..??

    sob..sob..

    ReplyDelete
  20. ko xde peluang jd mak.. maka ko x tau kenapa mak2 kebanyakkan mcm tu termasuk la aku, smpai kdg2 nk gi klinik check up lala pun aku usung mcm2 benda. Dlm otak aku cuma pk.. manalah tau emergency nak guna.. aku memang la x bawak handbag besar2 sbb aku takut org nampak handbag jalan sendiri lak.. hahahaha. Tp wajib sekarang yg aku bawak bila nak kuar 2 beg.. 1 beg brg2 lala.. 1 handbag aku.. letak brg2 basic.. tak lama lg pun aku rasa aku jd macam mak ko jugak Nyah... ala2 klinik 1 malaysia bergerak.. hahahaha. semua benda ada

    ReplyDelete
  21. haha. sama lah.
    masa kecik2 dulu selalu tertanya-tanya nape la handbag mak2 ni sume besar2. kalau nak beli barang, mesti tak jumpa. ye lah semua khazanah ada.

    tapi bila dah besar & guna handbag, baru lah tau kenapa. memang dah lumrahnya gitu. tapi takdelah sampai letak muffin basi. :p

    ReplyDelete
  22. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di ONLINE STORE
    atau PHOTO PRODUK

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...