May 25, 2012

Dendam Tak Sudah

Assalamualaikum...

Pada tahun 1998, aku tingkatan 2, masa tu aku baru berpindah dari KL ke Mersing. Bapak aku mula mencari rezeki di perantauan. Tidak dinafikan perubahan suasana sangat drastik kepada aku, tapi dek kerana aku cepat mesra maka aku cepat mendapat kawan.

Awalnya aku berkawan baik dengan Azman, biarlah kita namakan dia sebagai Azman sebab namanya jauh dari namanya yang sebenar dan tiada kawan-kawan aku yang nama Azman. Azman budak Mersing tegar, lahirnya di Mersing membesarnya pun di Mersing. Tapi separuh dari keluarganya duduk di JB, jadi dia selalu dilema samada menganggap dirinya Ultras Mersing atau Ultras Jb.

Lama kelamaan Azman menjadi sangat akrab dengan aku, setiap petang dia akan datang ke rumah kuarters kilang bapa aku, dia akan ajak pergi ronda-ronda Pekan Mersing dan lepak tepi pantai. Selain itu Azman juga akan singgah rumah aku dulu untuk pergi ke sekolah sama-sama. Balik sekolah pun sama-sama.

Setiap kali balik dari sekolah, Azman dan aku akan singgah ke kedai runcit di tengah bandar Mersing untuk beli air tin Pepsi, dia selalu paw air pepsi yang pada zaman itu dijual dengan harga Rm 1.00. Aku bukanlah budak bodoh yang suka diambil kesempatan, tapi dek kerana pada waktu itu adalah waktu kritikal untuk aku mencari kawan, maka aku tutup sebelah mata saja dengan perangai Azman yang suka mengambil kesempatan.

Sehari okey, seminggu okey, tapi bila masuk sebulan tak okey, mana tahan hari-hari nak belanja dia pepsi, anak tokey kilang ais pun boleh bankrap. Aku mula taknak belanja dia pepsi.

" Azman, hari-hari kau nak paw aku pepsi, anak tokey balak pun bankrap man!"

" Ah kau berkira lah dengan aku Zul! bapak tokey kilang, pepsi pun nak berkira"

" Aku yang hari-hari belanja kau air tin, bila sehari tak belanja kau dah cakap aku berkira, apa kata kau yang tak bekira ni pula belanja aku air pepsi, nak tengok juga macam mana cara tak berkira kau ni Man"

" Ahhhh malas layan kau"

Bermula dari situ Azman sudah taknak ngecek aku lagi, tapi dia tetap mahu berkawan dengan aku, kami jadi kawan baik sejak itu. Lepak belakang perpustakaan, pergi sekolah agama, lepak kantin, lepak belakang kedai panjang dan macam-macam lagi. Bagi aku pada masa itu aku tak nampak macam mana satu masa nanti aku dengan dia tidak akan menjadi kawan baik lagi.

Muara Sungai Mersing, tempat berlabuh bot nelayan dan Ferri Pulau Tioman, gambar dari Jetty Kilang  Ais.

******************************

Azman ada makwe, nama makwe dia Salwa (bukan nama sebenar) Salwa muda setahun dari aku, tapi dia cantik, Azman sayang Salwa, Salwa sayang Azman tapi pada masa yang sama Salwa suka dengar aku buat lawak.

Demi Allah, aku sikitpun tak suka Salwa, sebab salwa budak gedik, aku tak suka perempuan yang gedik budget comel, rimas. Lagi satu masa tu aku memang takde mood nak kapel-kapel, budak tingkatan dua la pulak, dah lah tingkatan dua, baru berhijrah pula ke tempat yang jauh.

Tapi semenjak itu Azman sudah sakit hati sama aku, dia mula tarik-tarik muka, dia mula cemburu buta. Padahal puas aku mengelak dari berinteraksi dengan Salwa. Takpelah, apa nak buat, makin lama Azman sudah membina gunung berapi dalam hatinya. 

Nak dijadikan cerita, Azman ada geng dua tiga orang, Geng-geng Azman suka main usik-usik. Usikan yang paling selalu dibuat adalah konon-konon main pulau-pulau. Katalah hari tu kami nak kenakan Azizan, maka Azman akan bisik-bisik ke kami semua supaya mengabaikan Azizan, satu hari tu kami takkan cakap dengan Azizan, pergi kantin tak ajak Azizan, bila jalan belakang blok sekolah semua akan lari dari Azizan.

Hasilnya Azizan akan rasa tertekan dan merajuk, bila dah merajuk barulah kami pujuk. Pada masa tu aku rasakan itu adalah permainan yang paling bodoh pernah orang buat. Satu hari sudah puas Azman menjadi batu api main pulau-pulau geng dia, geng dia pula berpakat mahu pulau Azman. Salleh bisik kepada Azizan, Amir dan aku agar pulaukan Azman.

Maka pada hari tu, Azman dipulaukan oleh geng dia, cukup sehari, Azman dipujuk semula oleh geng dia termasuk kepala hasut hari itu iaitu Salleh, tapi selepas hari itu Azman bercakap dengan Salleh, Amir dan Azizan tapi tidak bercakap dengan aku.

Esoknya Azman taknak bercakap dengan aku, aku syak dia nak main pulau-pulau dengan aku, Ok dek kerana aku tak kisah sangat, aku pun takdelah kelam kabut nak merajuk dan sedih-sedih merayu diorang semua layan aku balik. Rupanya Azman sudah tekad taknak tegur aku, dia mula melancarkan perang saraf.

Azman warning geng dia jangan tegur aku, kalau masih nak kawan dengan dia, jangan sesekali tegur aku. Kalau geng dia tegur aku maka diaorang pun akan menerima nasib yang sama dipulaukan. 3, 4 hari selepas itu Azizan dan Salleh datang sorok-sorok jumpa aku, diorang cakap...

" Woi Zul, Azman merajuk dengan kau, dia taknak tegur kau dah, dia suh kitorang semua pulaukan kau"

" Ape sebab dia nak pulaukan aku? apa aku ada buat salah?"

" Dia cakap sebab kau jadi kepala hasut kita semua main pulau-pulau dia hari tu, dia tak suka dia kena pulau"

" eh Salleh, tapi kau pun tau kau yang mastermind, kau yang set kita semua jangan tegur dia hari tu kan? "

" Aku tau Zul, aku dah cakap kat dia banyak kali yang kau tak salah, aku yang salah, aku yang hasut korang semua jangan tegur dia, tapi dia tetap cakap jangan kawan dengan kau Zul"

" Lah dah salah serkap jarang, malu, ego, salah sendiri lepas tu nak marah-marah orang, nak mintak simpati orang, tak malu ke wei?"

" kau pergilah minta maaf kat dia, baik-baik balik"

" Eh something wrong dengan dunia korang ni, dia yang salah, dia yang dah malu tuduh aku penghasut, sekarang dia pulak nak suruh aku datang melutut mintak maaf kat dia. ego betul Man tu. yang korang ni pun takde pendirian ke? tak tau mana salah mana betul, nak main ikut je cakap dia kenapa? dah tak boleh pikir sendiri?"

" entahlah Zul, aku serba salah, aku taknak lukakan hati kau, pada masa sama aku taknak hilang kawan dengan Azman, dia dah warning jangan cakap dengan kau, kalau kami nak kawan dengan kau, dia taknak kawan dengan kami"

" kalau macam tu la Salleh standard persahabatan Azman dan kau, aku cari kawan lain pun takpe, rendah sangat standard korang menilai aku di mata korang. Kau menilai aku dari pandangan dia, kenapa kau tak nilai aku terus dari pandangan kau sendiri. Hidup kena ada pendirian salleh, kena ada pendirian, baru kita ni namanya manusia"

Tapi lepas hari tu aku buat juga perhitungan dengan Azman, Aku mintak maaf dengan dia kalau aku ada buat salah, tapi kalau kerana main pulau-pulau tu dia nak salahkan aku, dia taknak tegur aku pun takpe. Tapi Azman jangan kata hulur tangan, pandang muka aku pun taknak.

*******************************

Semenjak hari itu, aku pun dengan secara rasminya tidak geng lagi dengan geng Azman, aku tau Azman ego, dia dah lama sakit hati dekat aku sebab Salwa selalu nak sembang dengan aku, dia mula simpan dendam lepas aku taknak belanja dia pepsi setiap hari lagi, dia mula bengang dengan aku sebab dia malu salah teka yang aku ni penghasut main pulau-pulau. 

Above of all, walaupun dia tau dia bersalah, dia masih tidak mahu mengaku salah dan menurunkan ego dia untuk minta maaf dengan aku, dia masih tidak mahu menegur dan berbaik-baik dengan aku. Walaupun banyak kali juga aku memujuk dan cuba bertegur dengan dia, tapi dia tetap dengan ego dia.

Selepas itu, aku mula berkawan rapat dengan Hata Rahmat, Hata budak Kluang, lama-lama aku dan Hata menjadi rapat, disamping itu aku berkawan juga dengan Hasmani dan Zack. Hasmani, Zack dan Hata orang yang berpendirian, diorang tau Azman bersalah, jadi diorang tak memulaukan aku tanpa sebab.

Tapi Azman bertindak diluar batasan. Azman begitu terdesak mahu melihat aku jatuh tersungkur, Azman betul-betul mahu aku jadi kera sumbang di kelas itu. Aku ingat lagi dia pernah tarik Hata ke belakang kelas dan berbisik padanya supaya tidak berkawan dengan aku.

Lepas perperiksaan pertengahan tahun, keputusan diumumkan. Aku mendapat tempat ke 10 dalam kelas, jadi sudah tentunya aku gembira sakan, sebab kalau aku di sekolah di KL, sudah tentu aku nak masuk Top 20 pun susah. Tiba-tiba Azman cakap kuat-kuat dalam kelas

" Alah setakat dapat Top 10, Hata pun dapat nombor lapan, kecah lah budak tu!"

Kerana aku boleh berfikir lebih rasional dari dia, jadi aku diamkan diri dan senyum sinis, tapi dalam hati aku berkata.

" kalau kau nak buktikan sesuatu pun, kau lah jadi top 10, tak payah nak cakap pasal orang lain, orang lain yang bagus, kau pula yang bising. Malu la sikit"

Sampai begitu sekali dendam kesumat pada aku, aku syak dia selama itu hanya menunggu sebab untuk cari pasal dengan aku, sebab banyak benda dia tak puas hati, terutamanya dalam aspek aku taknak jadi lembu dengar kehendak dia sepanjang masa.

Sungai Mersing Bila air surut, aku buka album, tengok gambar lama terus teringat memori di bumi Mersing.

Dia mahu orang puaskan hati dia sepanjang masa, kalau dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan merajuk habis-habisan sampai tak bertegur sapa, Drama Queen. Ego tinggi dan suka mengadu domba. Masalahnya kalau Azman tak suka berkawan dengan aku itu aku dan dia punya pasal. Tapi tak perlu dia nak bagi satu ugutan halus atau ancaman kepada kawan-kawan dia dan aku.

Tak perlu Azman nak meletakkan kawan dia dalam dilema memihak pada siapa, sebab aku dan kawan-kawan yang lain takde masalah, Azman yang ada masalah dengan aku, apa kena mengena pula nak tarik Hata, Hasman, Azizan, Salleh dan semua orang jangan kawan dengan aku?  Ini semua perbuatan tidak matang.

Bagi aku kalau aku takde kawan macam Azman pun aku tak rugi apa-apa. Aku telah selalu beralah memujuk dia, tapi dia tetap suka memilih jalan merajuk sebagai demanding power untuk buat semua orang menurut kehendak dia. Dia sentiasa mahu pegang status quo. Maaf, aku tidak dilahirkan untuk menjadi pengampu.

Perkara itu berlarutan sehingga tingkatan 3, semua yang kawan baik dengan Azman, Azman akan warning supaya tidak berkawan dengan aku. Tapi lama-lama orang pun dah muak dengan Azman. Letih sudah nak bermuka-muka. Yang tinggal tegar nak ikut Azman hanyalah 2-3 orang geng setianya saja.

Aku pun dah mula move on, sementelah aku masuk kelas lain tingkatan 3, Aku terus membina talian persahabatan yang lebih ramai dengan kawan-kawan lain. Tinggal lah Azman yang sentiasa hidup dalam dendam tak sudahnya. Lepas PMR, Azman pun masuk sekolah teknik di mana tah aku taktau. Pergilah dia dari sekolah itu membawa bersama dendam kesumatnya.

Mungkin aku juga bersalah kerana dia merasa tergugat kerana keramahan aku, mungkin dia merasa dia sudah tidak dapat own aku. Tak dapat miliki aku secara exclusive, mungkin dia cemburu Salwa berbaik dengan aku, Mungkin dia sakit hati kawan dia sudah berani main pulau-pulau dia. Mungkin dia semakin rasa sudah hilang kawalan kepada kawan-kawan baiknya.

Tapi adalah tidak adil jika aku diletakkan sebagai watak antagonis pada perihal yang aku tidak buat. Bukan aku yang merajuk jika orang lain baik dengan sesiapa. Aku cool je kalau orang nak kawan dengan sesiapa pun. Sepatutnya sebagai manusia yang berpendirian, mereka tahu menilai aku dari sudut pandangan mereka sendiri dan bukan dari mendengar rayuan domba.

Tamatlah persahabatan budak KL dengan Budak Mersing yang awalnya sangat akrab, tapi terputus kerana ego yang tidak bertepian.

*********************

p/s Semua watak adalah watak sebenar dari kisah sebenar, cuma nama bukan nama sebenar.

p/s Komunikasi terdiri dari Verbal dan Non-Verbal, menghasut tak semestinya secara verbal ( atau kata2 yg terang) hasutan juga boleh berlaku secara non verbal iaitu memek muka, sindiran, bahasa tubuh dan ancaman.

p/s kalau dah 3,4 kali tu maknanya bukan orang yang salah, kita yang salah.

p/s sorry lama tak update blog, mood menulis lari. dah cuba kejar tapi baru malam ni baru dapat tangkap.


26 comments:

  1. budak tu takde cari ko ke sekarang Ikar?
    Prinsip aku berkawan biar sikit, tapi semua berkualiti..ye aku memang tak ramai kawan tapi semuanya boleh pakai sampai boleh lepak dengan mak apak aku lah..

    malam ni aku jumpa best fren aku yang paling forever sekali tau Ikar (wink!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti biasa, noi bangun pagi dengan jayanya! nombol satu! budak tu takde cari dah, dulu 3, 4 tahun lepas ada jumpa kat mersing, tapi dia pandang aku pun tak berapa nak noi oi!

      untunglah dapat tdur ngan roomate yang paling forever, untunglah kau Noi!

      Delete
    2. Fuh fuh sampai gitu sekali..tu bukan dendam tu namanya malu nak tegur campur ego.

      aku memang set jam pukul 5.45 setiap pagi sebab sini kan subuhnya awal.

      Delete
  2. Aku baca macam ini cerita aku. Kakaka. Lebih kurang la. Tapi susah pulak bila kita ramah kan. Pompuan suka. Eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org akan rasa terancam sebab dia suka nak jadi popular,bila ada pesaing lain dia akan cepat2 bunuh watak dia.

      Delete
  3. risau plak kalau budak tuh cari kau lagi Ikar..

    p/s seronok baca kisah ko.sampai habis aku baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak risaunya, dia tu cekeding je pun...

      Delete
  4. mohon dihantar cerita ini kepada yusuf haslam.keh keh~~1998 pepsi kat tempat aku rm1.20~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, aku harap kau jadi editornya.

      eh masa aku tu Rm1.20 jugak, cuma kami beli satu kedai pemborong ni jual air pepsi semata satu tin singgit. haha

      Delete
  5. MAcam baca kisah seniri le pulak,
    p/s lama x nampak abg zul on fesbuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak tau cerita ni reflect siapa...

      dah kurang bernafsu dgn facebook skrg mumtaz oi..

      Delete
  6. Untung kalau kita susah nak berdendam & COOL. Beralah takpe Nyah.. macam selalu aku buat. walau sebab beralah aku di perbodohkan tahap yg paling sadis smpai hari ni kesannya aku terasa.. Ada marah yang tak terluah sampai sekarang & effectnya aku makin tak peduli kawan2 yg pernah muncul dlm hidup aku. Konsep aku sekarang senang.. setakat kawan.. kawan.. & kawan gitu2 je. Nak lebih2 sampai lap2 hingus kat bahu.. takde makna. Hingus aku yg meleleh dulu aku nak tanya "sapa peduli" kalau dorang nak cakap aku lupa kawan sekarang. Tp ada lagi sisa2 kawan yg aku akan hargai persahabatan dengan dorang. cuma 2 org dari masa silam aku.. sorang aku panggil kakjun (ex-manager aku dulu), sorang aku panggil abangchik.. (erkk.. bunyi mcm balas dendam je kan?? wakakakakaka. bukan balas dendam tapi entah..'karena hati ini telah di lukai..(baca dalam nada lagu krisdayanti)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mmg cool, jarang berdendam. tapi kalau jenis Drama Queen aku memang malas nak layan langsung, buang masa ingat kita ni nak melayan ponggong dia je.

      baik aku kawan dgn org lain lagi baik.

      Delete
  7. bila difikirkan balik, tak rugi tak kawan dengan dia sebab dalam sekolah tu bukan dia seorang yang ada, masih ada lagi rakan-rakan lain.. dan ternyata awak bukan seorang yang kera sumbang..

    moga budak Azman tu sedar dengan kesilapannya dan mungkin akan berjumpa awak nanti.. manalah tau kan.. mungkin masa tu rasa bersyukur dan lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, lepas tu saya dah tak rasa fake dah bila nak berkawan, kawan jenis nak selalu kena pujuk ni bukan kawan yang bagus, jenis kawan penting diri sendiri.

      Delete
  8. Aku tatau nak komen apa, boleh jadikan jalan drama geng bas sekolah versi Mersing sehhh entri nko ni...syabass!!!...aku suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PCM, nanti pcm jadi producer la ye! hahahaha

      Delete
  9. seriously ego mmbunuh. tak sangka laki pon ada main gaduh2 (perang saraf) macam nie. ingatkn pmpuan je yg lbh kurang cmtu. smpai skrg pon still xbtegur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama pindah dari mersing, dah 7 thn duduk shah alam, mamat tu pun dah tak tau jadi apa dah..

      tapi mmg ego membunuh!

      Delete
  10. fuyohh drama queen! eh silap,drama king. kalau dia tak nak kawan dengan kita,kita lagi seribu kali tak mau kawan dengan dia. tak rugi sikit pon tak ada kawan camtu. sebab tu kawan saya kurang kot. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti lebih penting dari kuantiti kan kan. kalau org taknak kawan takkan nak pakse2 pulak..

      tapi mmg saje letak Drama Queen, kalau lelaki pun drama queen, sebab yang suka drama ni queen2 je... hahaha

      Delete
  11. Akak nak bagi anak akak baca entry ni, smpi skrg pun masih ada tau main pulau2 kat sekolah ni, samalah macam kes anak akak, rupanya namanya main pulau2 ya. Zaman akak sekolah dulu, zaman ejek-ejek, memang sakit hatilah (sampai sekarang).

    Tak ruginya awak putus kawan dengan 'Azman' tu. Dia yg rugi sebab klu masih bkawan dgn awk skurg2nya sebulan skali dpt minum pepsi free ;-)

    ReplyDelete
  12. ni naip,kerna rindukan dia kah?hehe die stress kot,sbb taon depan nk pmr.haha

    ReplyDelete
  13. Ikar ingatkan perempuan jek kena pulau2..lelaki pon ada gak kena pulau2 ni ghupanyer

    ReplyDelete
  14. Best cter hang...pndai hang karang..good job!!

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...