Semua manusia ada hobi, sape2 yang takde hobi, aku tak dapat bayangkan bertapa boringnya hidup dia. samada dia adalah orang yang murung, bersemangat negatif, anti sosial atau kedekut... sebab apa? sebab hobi ni memerlukan perbelanjaan yang besar, dan melibatkan hubungan sesama manusia...
"hek eleh, Zulfikar poyo, hobi aku tulis blog, mana ada hubungan dengan manusia?"
"habis tu reader kau sapa? monyet?"
" Hobi aku main sudoku, aku tak kacau orang"
" kau beli buku sudoku tu kat sapa? siput sedut?"
Okey, majoriti hobi mesti melibatkan duit, kawan-kawan / ahli dan idea, okey fine..kalau korang nak cakap hobi korang tenung bucu katil lama-lama, memang tak libatkan kawan-kawan... jadi aku salah di situ....
*Oh sekali lagi Zulfikar terperangkap dalam monolog syok sendirinya lagi.. sehingga membuatkan blognya berjela-jela panjang secara otometik... abaikan pendahuluan yang tidak significant...
Jom kita tengok apa hobi yang aku pernah try selama ni, dan mana yang kekal dan yang mana hangat-hangat taik ayam je...
Duit RM20.00 yang aku belanjakan ini adalah penyesalan aku seumur hidup, tapi nak buat macam mana, dah keadaan terdesak, bak kata orang tua-tua..duit simpanan tu digunakan masa terdesak.Aku minat dengan idea untuk menyimpan sesuatu yang akan menjadi Harta Karun dalam kotak, yang pada satu hari nanti akan dibuka oleh generasi aku, lalu kagum dengan atuknya yg penuh dengan nilai estetika dan sentimental meninggalkan peninggalan harta karun untuk cucu-cucunya....
Tapi hobi ni tak bertahan lama, sebab bila aku sesak dan lapar, aku akan belanja duit yang aku simpan dan lipat kecik-kecik letak dalam wallet aku tu....
Benda yang paling tragis aku masih ingat ;- aku nak balik Mersing naik Bus Transnasional dekat Puduraya, tiket dah beli seminggu awal, barang semua dah siap packing, kawan-kawan 95% semua dah balik kampung, tinggal aku je kat Kolej...selak2 wallet ada 40sen.. Naik Bas Rapid KL no 222 dari seksyen 2 Shah Alam ke Central Market harga tiket RM 2.00....Pada siapa aku perlu bermohon? aku nak pinjam kat siapa? pinjam kat Makcik jual Kopok tepi kolej? kang dia goreng aku dalam kuali tu kang...
Jadi dengan semangat Tekad Raya dan penuh penyesalan, aku pun selak-selak la wallet aku, korek-korek area belakang IC tu.. ada la duit RM20.00 lama, gambar parlimen kaler coklat... aku dah simpan duit tu 6 tahun tak salah aku, last2 dapat kat Kedai runcit mamak seksyen 2.. dia senyum panjang je tengok duit RM20 cekelat aku tu... aku pulak dapat la belen RM18.00 dengan air cincau dan roti bun kacang merah.. cisssssss.... terus aku takda mood nak teruskan hobi simpan duit lama.....
Zaman kegemilangan Snooker tu.. semua orang nak jadi Jimmy White, semua orang nak buat bola placing skru tarik balik duduk belakang bola hitam.. tapi karpet yg koyak.. hampehHobi ni aku mula dapat masa duduk rumah bujang dekat seksyen 8, rumah bujang tu tinggal kami bertujuh tak salahnya.. aku, Shahril Husin, Zikry, Chewe, Yus, Karnain dan Saiful... yang penghasut tegarnya tak lain tak bukan si Yus la.. sebab dia paling tua dan paling otai... yang terer dan memang minat main snooker tu si Chewe... dia siap ada cue (kayu snooker) personal tu...boleh patah2 boleh cabut2.. kalau nak main pasang skru balik... hebat ahh!!!!!....
Yang terpengaruh dan tukang ikut sapa lagi kalau tak aku dengan Debe (Shahril)...maka kami pun masa tu macam orang gurun ketagih todi... main snooker tiap-tiap hari, kami duduk dekat Shah Alam, gigih naik kereta pergi Kampung Melayu Subang ni, sebab kat sana bayar Table murah.. satu frem tak samapi 2 ringgit rasanya... Main la kami mcm orang tak pernah jumpa snooker..'galak' bak kata orang kampung..sampai la satu tahap, bila kami semua ngantuk sangat, ada la hamba Allah yang sampai tidur atas meja snooker, duit nak makan habis kering sebab kena pow kalah bayar table... masa tu aku ngan Shahril Husin dah rasa mcam bodoh je buang duit main snooker... last last.. hobi tu berkubur mcam tu je..mana taknya, sampai tahap makan tengahri pun balun roti canai je.. uishh tak sanggup tak makan nasik beb, boleh hilang kestabilan mental!
Gitar karen di atas hanya sekadar lakonan, sebab takda wayar yg bersambung, gitar tu gitar sobrie, dia menang pertandingan cipta slogan Metalica.. gitar tu ada signature Metalica WOoOOoooOOo... dia cakap nak jual, sapa minat, tinggalkan komen anda ye :)Masa ni aku ingat lagi, aku kat Kolej Meranti Shah Alam, masa tu semua orang tengah kecoh pasal 'Ada apa dengan cinta' ... apa lagi kalau tak Rangga berlakon jiwang2 dengan Cinta.. hek eleh... kecoh la wei, kawan aku sorang tu sampai 12 kali ulang tengok cerita tu... 2 kali tengok kat wayang, 1o kali tengok VCD.. dah la VCD cetak rompak lak tu...
Dek kerana masa tu, macam rusa masuk kampung, semua teringin nak jadi Rangga...nak jadi hero pandai nyanyi pandai puisi diiringi plucking gitar Clasical kan... semua beriya-iya la nak belajar main gitar...termasuk la aku, memang diakui belajar main gitar tu susah bagi yang dah tua2 baru tau nak pegang gitar kan, maklumla rumah aku takda orang seni yang yang petang2 lepak beranda petik gitar....maka aku pun memulakan pendidikan gitar aku selewat usia 21 tahun....
Kord Gitar pertama yang aku belajar adalah Kord G... lepas tu E.. then 2 hari lepas tu aku dah pandai main lagu pontianak... lebih kurang mcm ni kalau tak salah aku
wooowooowooo....
jibam jibam jibam jibam...(ulang selama 4 jam tanpa henti)
Keratan berita harian yang berjaya diselamatkan oleh Pekan dan diabadikan dalam Photo..pastu dia tag kat FB aku,, aku rasa terharu sangat, aku ingat takkan jumpa dah kenangan ni...dalam gambar tu yang pegang mic nyanyi adalah aku, yang main gitar tu PEKAN...pemain gitar lain terkeluar dari skop gambar..Pengalaman yang lain adalah, aku ngan kawan2 geng gitar pergi Busking dekat Dataran Shah Alam...tak pernah dibuat orang, selalunya buskers akan main gitar kat Doraisamy ke, Uptown Damansara ke, Central Market atau Bintang Walk je.. ni kami busking dekat Dataran Shah Alam.. Sekali Busking sampai 6-7 orang.. tukang nyanyi aku ngan Kasim... dapat la malam tu tak salah aku RM 30 ++ la... kami tak bahagi2 pun duit tu... sebaliknya kami pergi makan nasik kandar kat restoren Hakim Seksyen 7.. kenyang kami dengan hasil duit seni :) hehehehe... tapi aku duk pikir2 jugak, kalau malam tu nasib kami tak baik, mau kami kena hangkut dengan trak MBSA....
Ohhh aku tak lupa kepada Guru-guru gitar aku iaitu Kasim, Pekan, Chewe, Doyok, dan Sobrie Said..Sobrie tu aku belajar kat dia masa dah habis diploma masa kerja jadi cashier kedai nasik campur kat seksyen 9 .. :) .... Kasim sekarang dah kerja dekat Australia, kerja kitchen jd chef tak salah aku... Pekan dah berjaya dengan Company Kontrak pasang Karpet kat Pekan ngan Kuantan.. Doyok kerja press rasanya...dan Chewe kerja Jusco bahagia kualiti dan Halal.
Aku pulak? aku pulak kerja kilang biskut..... dan bukanlah seperti tekaan korang semua iaitu menjadi penyanyi atau pemain gitar handalan... :)
---ok dah habis ..nanti sambung story lain lak.. banyak lagi kisah hobi aku yang aku nak kongsikan-----
P/s Busking adalah satu seni persembahan jalanan yang dipersembahkan secara free, dengan mengharapkan sumbangan ikhlas dari peminat seni....bukan sekadar main gitar dan nyanyi saja..busking juga melibatkan teater, lakonan, magic, miming, aksi badut dan macam2 lagi..
Jesus Christ adalah Nabi Isa A.s versi gambaran penganut agama Kristian..dan Virgin Mary adalah Mariyam Versi Agama Kristian... Trivia.. siapakah yang membunuh Nabi Isa A.s???
Siddartha Gautama Buddha melalui gambaran pelukis sewaktu menerima cahaya kesedaran (Enlightenment) tentang cara hidup yang baik dengan cara mengenepikan desakan dan hasutan nafsu duniawi
Lakaran pelukis terhadapa Kung Fu Tze, terdapat banyak lakaran beliau di Google, tapi saja ambil yang ni sebab nampak normal dan kemanusiaan.
Sekadar Gambar hiasan, tidak diketahui samada ini adalah lakaran Master Tao atau Shi Huang Ti
Lakaran kemungkinan Wajah Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, aku ingat lagi masa pegi makan nasik lemak dekat kampung baru KL, ada ramai orang indon yang jual gambar sheikh ini. Sebenarnya Sheikh Abdul Qadir Al-jailani adalah Ulamak Tasauf yang terkemuka dan beliau mendekati Tauhid dengan cara yang betul dan ikhlas, namun akibat fanatik anak-anak muridnya telah mecemarkan nama baik Beliau
Header yang telah dihadiahkan oleh Suria Lekat Lekit Gurl,Katanya buat dalam masa setengah jam, cantik betul untuk hasil setengah jam, nak harap aku 2 bulan pun tak siap2..hahaha
Gambar ni Kak Nonie yang tangkap, secara syok sendiri nya aku anggap mcm gambar naik everest..haha..Kak Nonie tangkap gambar lawa, tapi turn aku tangkap pict dia lak, mcm hampeh je shoot.. cisss
Puncak Broga yang sebenarnya adalah 400 meter, tapi ramai yang akan stop dan lepak2 kat stop point 1, 2, dan 3 je.. sebab pemandangan kat situ sangat cantik.. kalau tak takkan Angkasawan negara tangkap gambar kat situ kannnn...
Pendakian ke stop point pertama, yang org nampak kenit2 tu kire geng gunung la.. tengah nak mendaki,, kawasan sini pemandangan sangat menakjubkan..tapi aku cari KLCC tak jumpa pulak...
Nizar Jumaat, Noorbaya Jinal, Zulfikar Hazri, Shah ujang bergambar selepas berjaya menakluk stop point pertama..nanti dah complete training kami Insyallah akan ke G. Kinablu pulak..
Pendakian mula menjadi curam secara drastik di sini, pada yang tak biasa mcm kami, terpaksa merangkat panjat tangga2 semulajadi yang curam.. bila dah biasa..macam panjat Tangga Batu Caves je.. Lihat pemandangan!!! cantik kan cantik kan..(baca gaya eric leong ye)
Mana Geng2 aku ni...laaaa kat bawah rupe2nya tengah posing cupp capp cup capp tangkap gambor..
Sekadar Gambar hiasan..aku dah hilang gambar masa aku kerja partime dulu..isk isk isk..
Caruman di dalam KWSP atau EPF telah digazetkan di dalam akta Buruh oleh Kerjaaan, jadi hak anda mempertahankan Caruman itu tidak boleh dipertikaikan oleh Majikan anda.
Sekadar Gambar Hiasan..Bukan jamban jenis mcam ni yang aku kene kurung, tapi jamban moden sikit, yang jenis dalam rumah tu..tapi masa aku duduk Kampung Jawa Klang, jamban mcm ni la kami guna pun...
Inilah Padang permainan Taman Jasa yang dah tinggal sejarah, 'Monkey Bar' ngan palang besi petak2 piramid tu dah takda...dah dialihkan sebab karat teruk...tinggal padang dengan gelung simen tu je.,.. :(
Raket Yonex Carbonex....Ohhhh Reket Yonex Carbonex lapan.. sungguh enak walau hinggap di betis saja... owhhh Reket Yo0oo0onex...Sungguh Enak walaupun di betis saja (korang baca ni mcm lagu iklan gardenia tu ye)