Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

February 14, 2013

Kompilasi Bebelan Saya Volume 9

Assalamualaikum

Kompilasi Bebelan Saya kini sudah volume 9. Aku harap ilmu yang aku kongsikan bersama korang semua akan memberikan manfaat kerana apabila matinya seorang anak adam maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara

1. Amal jariah yang disedekahkan
2. Anak soleh yang mendoakan
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Jika ada sebarang ilmu, maka manfaatkan, jika ilmu itu tidak dimanfaat, serupalah ia bagai pohon tidak berbuah.

Mari dengar saya bebel, kompilasi yang ke sembilan banyaknya.

Jangan jadi Insan tidak mahu mendengar, melihat dan berkata, karang disumpah menjadi monyet bertiga.

*******************************

1. Edar Bible Bahasa Melayu

Ramai orang salah faham, dia perlekeh cakap "edar bible pun nak kecoh, padahal orang melayu alquran pun tak baca"

Ini bukan masalah baca bible atau tidak, ini berkenaan persepsi masyarakat dan nilai sentimental agama.

Takkan di sebuah negara Islam, jika tidak pun digelar negara Islam, tapi negara majoriti Islam, kita boleh membiarkan mubaligh menyebarkan Agama lain kepada org Islam? Di mana sikap hormat menghormati di antara penganut agama?

Sedang Pendakwah dan pendukung agama Islam berdakwah dan mempertahankan Islam, Kita lebih gemar membela agama lain atas bisikan hati kecil yang cenderung membela pendakwah bukan islam kerana political mileage.

Habis semua pesanan Alquran, Hadis dan Piagam Madinah kita korbankan kerana kita taksub dalam prinsip "jika kau musuh kepada musuh aku, maka kau kawan aku"

Dah takde langsung sempadan yang memisahkan perjuangan agama dan perjuangan politik. Awak rakus nak sindir orang dari persepektif politik, semakin hari semakin awak menyerupai parti yang awak lawan, yang awak tuduh sekular itu.

Awak langsung lupa frasa "untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku"

Dasar Political Animal. Moga Tuhan Beri petunjuk padamu.

2. Kematangan  

Bila kau dah habis belajar, kau dah bekerjaya, berkeluarga, dah menghampiri umur 30 tahun ke atas, kau akan mula rilex.

Kau akan mula tenang dan tak menggulupur fikir hal remeh-temeh, dan menggantikan hal-hal tu dengan masalah anak-anak, isteri, bil, rumah, kereta dan kau tiada masa nak melayang hal-hal melatah tak tentu fasal.

Kau akan mula asingkan mana keperluan dan mana kemahuan secara tidak sedar, dan kau tidak peduli sangat pandangan orang terhadap apa yang engkau pakai dan apa yang kau ada.

kau lebih memikirkan pandangan poket terhadap apa yang kau perlu belanja. Perlahan-lahan kau akan mula respon hanya pada benda penting yang bermanfaat. Dan kau akan diam bila tiada benda untuk dicakapkan.

Itulah yang dinamakan matang.

Rilex, korang mcm aku jugak dulu, bila dengar nasihat ni mesti terdetik dalam hati

"hek eleh orang tua ni, nasihat poyo gila"

Dulu aku mcm tu juga, tapi bila dah tua, kau akan cakap pula "patutlah orang2 tua ckp mcm tu dulu"

Bagi orang tua yang masih tidak dapat simptom mcm perenggan awal di atas, maknanya samada anda belum matang, atau anda terikut rentak orang muda.

Atau

anda banyak sangat main facebook!

3. Jadi Pemimpin

Kadang-kadang kau terbayang macam mana keadaan bila kau jadi Pemimpin kan?

Kadang-kadang kau ada terfikir macam mana keadaan kau bila ada kuasa kan?

Bukan susah pun nak bayangkan macam mana, Kau tengok diri kau masa kau komunikasi dengan waiter masa ada duit lebih sikit bila gaji.

Agak-agak kau rasa megah semacam, agak kau rasa cepat bengang bila waiter lambat atau salah ambil order sikit, Ha itulah perangai kau bila kau ada kuasa, jadi pemimpin.

Tapi itu baru 1 per 100 lah pengiraan dia.

4. Perbandingan Singapura dan Sarawak



Tak adilnya cara kau membandingkan Singapore dengan Sarawak, kau tangkap gambar dalam hutan hulu ceruk mana dekat Sarawak lepas tu kau banding dengan pusat bandaraya Singapura.

Kenapa kau tak banding Hutan pendalaman Sarawak dengan Hutan Bakau Singapura?

Kalau kau banding Singapura dengan Kuching, adalah juga adilnya walaupun semua org di dunia sedia maklum Singapura lebih hebat dari Kuching, Ini kau banding Hutan Pendalaman dengan Pusat Bandar Singapura. Kau ni ada akal ke takde?

Kau tak pulak cerita pasal perbandingan keluasan Pulau Singapura dan Sarawak, dan berapa panjang sempadan dan berapa juta rakyat.

Sebab apa? sebab kau bukan nak mencari kelimuan dalam perbandingan, tapi kau nak mengadu domba, niat hati kau tak jujur, kau nak dengar dan lihat separuh, dan kau nak kawan-kawan kau lihat dan dengar separuh saja.

Busuk hati orang mcm kau ni, di sebalik tuduhan kau terhadap org lain yang tidak adil, kau juga adalah orang yang tidak adil dan suka mengadu domba. Shame on you.




5. Melawat Palestin


Ada ke orang kata, nak pergi melawat Palestin tu orang yang ada kuasa dan pemimpin tertinggi je boleh, sebab tu Pemimpin Parti Politik lain tak pergi Palestin.

Pembohongnya, Afdlin shauki artis buat lawak kat MaharajaLawak pun boleh pergi sana.

Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Pemimpin, Dasar penakut.

Pengikut, Dasar bodoh sombong.



6. Menilai Tawadhuk Tok Sheikh

Kalau nak nilai Tok Sheikh / Tok Guru / Ulama yang tawadhuk, senang je. Kalau ada anak muridnya yang memuji dan memujanya melampau sampai ada yang meniarap cium kaki dia, dia akan marah anak murid tersebut.

Paling tidak pun dia akan angkat kaki taknak bagi murid tersebut mencium kakinya. Atau kalau dia garang, dia tampar manja muka anak murid dia, bagi sedar dari perbuatan yang melampau-lampau menyanjung manusia.

Nabi saw pun sahabat tak cium kaki baginda mcm org hindu sembah baba, engkau baru tok guru tarekat pulak nak syok sendiri melebih-lebih dari nabi?

Kalau kau ikhlas zuhud dan jujur, kau dah marah dah anak murid kau yang meniarap cium kaki kau. Ringkas analoginya.

Aku tengok dekat youtube, ramai yang tergesa2 cium kaki tok guru tu, adalah 2,3 orang, aku nak embeded video tu kat sini malas pulak, jgn pula ada org ignorant ckp "ini bkan cium, ini sujud sahwi"



7. Jangan Jadi Bodoh


Bukan susah pun nak jadi orang bodoh. Cuma perlu dengar apa yang orang cerita, kemudian sampaikan kepada semua orang dengan bersemangat tanpa mengetahui cerita yang disampaikan itu betul atau tidak.

Apabila orang kata "Eh yang kau dengar benda tu tak betul lah, dah keluar berita dah"

Kau jawab balik "aku mana tau betul ke tak, aku dengar kawan aku yang cakap"

Atau kalau kau nak double bodoh, kau jawab "Mana kau tau benda tu tak betul, kau tu yang bodoh"

Atau kau tak payah jawab apa-apa, kau terus je buat muka kering berlalu pergi, dan selamanya orang akan cakap.......

"Mamat ni lah yang bodoh hari tu, harap je belajar sampai Degree, bodoh melantun-lantun tahap Phd"

P.s selidik dulu sebelum sampaikan sesuatu perkara, jangan bercakap kalau taktau, kalau nak juga cakap, jadikan ayat itu satu bentuk persoalan, bagi mengurangkan tahap kebebalan korang di mata masyarakat.

8. Saya Mahu Tengok Siapa Wakil Saya?

Nak tengok dapat tak Hadi Awang dan TGNA handel Karpal Singh. Jangan bagi alasan "Dia boleh ckp apa saja, sebab dia bukan Islam jadi dia tak faham Islam"

Karpal Singh tu faham Islam dan Undang2 Islam kalau nak dibandingkan dengan sebilangan org kebanyakan.

Masa ini lah nak buktikan antara pertahankan Agama dan Kemenangan pilihanraya mana lebih utama.

Jangan kata pulak "Kita kerjasama dgn dia dlm hal politik saja, bukan dalam hal agama"

kalau awak cakap mcm tu, awak dah kata agama suku, politik suku. Sama mcm awak ckp Umno buat dari dulu sampai sekarang.

p.s anda patut kempen kepada saya supaya mengundi parti anda, bukan mengherdik saya jika saya banyak bertanya. Saya kan pengundi yang dikatakan penentu siapa wakil saya.


9. Lekeh Benor Gayanya


Kalau nak berbincang tentang Perjuangan Malaysia ke arah yang lebih bagus, bincanglah benda yang bawa manfaat.

Contohnya, mendesak Kerajaan menurunkan harga kereta import dan cukai ke atas kereta Nasional.

Menganugerahkan AP import kereta percuma kepada setiap ketua keluarga yang mampu tanpa sebarang Caj.

Menganugerahkan AP gula, Tepung gandum dan Beras kepada ramai pengusaha bagi menghapuskan monopoli.

Mewujudkan perumahan rakyat mampu milik yang lebih kondusif.

Ini tidak, Cerita Artis Kpop PSY yang sibuk dikecoh-kecohkan, entah apa manfaat bagi negara pun aku tak tau. Masalah segelintir rakyat Malaysia totok politik ini adalah bodoh tak habis-habis.

BN bagi Konsert Free tu kalau taknak pergi tengok sudah, BN pula tak payah pukul canang pasal PSY konon mcm hero, Pakatan Rakyat tak payah jadi badut bengap cari silap remeh temeh.

Hujung-hujung zaman ni, yang konon ulamak suka cakap benda yang sia-sia, elok dah awak tu nampak mantap berhujah, bila cerita pasal PSY terus org nampak lekeh benor ulamak Malaysia ni.

10. Jahil Dalam Perdebatan

Paling susah nak berdebat bukan dengan orang yang penuh ilmu, tapi dengan orang yang jahil.

Apa saja yang kita cakap, dia akan twist dan faham dari sudut yang dia mahu tahu saja, bila dia tak tahu dia pula akan cakap kita tak cukup ilmu dan menipu.

Biarpun segala hujah dan bukti diberikan dia masih lagi mahu bercakap macam orang takde iman.

Dan orang macam ini akan berterus-terusan hidup dalamkebodohan, tetapi yang lebih ironi dia akan fikir dia pandai. Pendek kata, orang tua-tua cakap bodoh sombong namanya.

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Imam Syafie Rahimahullah

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak. Ilmu dinilai dari pemikiran, bukan pada usia, pengalaman mungkin dari usia, tapi benda common sense, kadang-kadang budak sekolah rendah pun boleh faham.

Ke salah pendapat aku ni? kalau salah lagi, "hamba bodoh, tuan"




***************** Tamat ****************

p/s  lepas aku dah remove google chrome dan install balik, masih ada masalah dekat blogger.com, dia tulis "you had been sign out at different place, do you want to sign in back?" pastu ada pilihan keep sign in atau close. Bila aku pilih sign in back, dia keluar, "this page cannot be display due to cookies and cache problem (turn off) bla bla bla bla, dah on balik pun dia masalah juga. siapa terer, mohon nasihat.

p/s II Sekarang aku update blog guna mozilla firefox, dan rasa kekok, dan aku jadi takde mood, dan aku syak nanti ada lari setting bila berlainan user bukak baca.

p/s III "Ah banyak benor alasan kamu ni Ikar, kalau malas kabor je malas" beginilah kalau mak aku ckp bila dia dengar aku bagi alasan.


January 17, 2013

Kompilasi Bebelan Saya Volume 8

Assalamualaikum...

Kompilasi bebelan saya sudah sampai volume lapan. Mari kita pendekkan pendahuluan, kita teruskan saja kepada bebelan. Lepas ni aku akan buat entry pasal pendapat Insyallah.

***********************

1. "Mereka Tidak Tahu Fasal Islam"
Ramai yangg berkawan dengan bukan Islam dalam politik, apabila kawan bukan islam itu menghina Islam, mereka akan cakap "tak apa, dia bukan Islam, dia tak faham islam sebab tu dia cakap macam tu"

Awak semua perlu tahu dan awak sendiri memang dah tahu di dalam hati kecil awak bahawa mereka yang bukan islam ini di zaman yang serba canggih dan penuh maklumat dan membesar di negara majoriti Islam ini, mereka sebenarnya tahu pasal Islam.

Mereka setidak-tidaknya kalau tidak tahu mendalam pasal Islam, mereka tahu pasal asas-asas islam, Sama seperti kita tahu Pasal sensitiviti Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan lain2.

Sama macam kita yang tahu pasal agama bukan islam dan kita hormati sensitiviti mereka, maka kita juga mahu mereka menghormati sensitiviti agama Islam.

Zaman 90an dulu tiada masalah hiruk pikuk dalam hal mengkritik agama Islam, takkan tahun 90an mereka tahu hormat agama Islam, tapi skrg pula mereka bebas bercakap dengan alasan mereka tidak faham pasal Islam?

Amat bacul samada kepada pemimpin PAS, PKR atau Ulamak yang bagi hujah "Dia bukan Islam, dia tidak faham islam sebab itu dia hina Islam"

Anda bohong! hati kecil anda bohong! Sebenarnya mereka tahu pasal islam. Lawyer-lawyer di dalam DAP Dan Bersih, di dalam MCA dan MIC, NGO dan profesional dalam parti anda semua tahu pasal Islam.

Sesetengah dari mereka malah lebih tahu pasal Islam dari orang Islam sendiri. Mereka lebih belajar undang-undang syariah dan membaca buku ketamadunan Islam, sebagaimana saya yang membaca tamadun Buddha, Hindu, Kristian. Mungkin mereka tahu pasal Islam seperti mana saya tahu pasal agama mereka secara menonton Discovery Channel dan National Geographic.

Jadi, Kepada pemimpin Islam dalam PAS, PKR, Ulamak dan Kerajaan, Berhenti dengan Hujah...

"Mereka Bukan Islam, mereka tidak faham tentang islam, sebab itu mereka cakap silap pasal Islam"

Jangan kerana undi, anda jadi bacul.

***************************

2. Mempolitikkan agama

Korang dah nampak dah apa jadi apabila Islam dinilai dari persepektif politik?

Dulu orang tanya aku, "Zul apa makna mempolitikan agama?"

Analogi dia, apabila pemimpin kau seorang tak setuju Kalimah Allah digunakan oleh orang Kafir, pemimpin seorang lagi setuju secara keras, tapi kau diam sebab malu. Kau alih perhatian kau pada isu remeh mcm 'Listen listen listen'

Sebab apa? sebab kau Assobiyah. Kau tak sanggup hadapi saat malu bila pemimpin kau sendiri tak sependapat dalam hal paling penting dalam agama iaitu persoalan pokok, Akidah.

Itulah dia apabila kau mempolitikkan agama.

***************************

3. Ludah dan Jilat balik.

Nama 'Allah' ni Allah swt yang maha kuasa yang jaga. Bukan orang kafir, bukan orang politik.

Sampai satu masa bila Allah tunjukkan kuasa. Orang yang cakap lantang pasal Kalimah Allah sekarang terpaksa telan balik ludah dia.

Dulu dia ketawakan orang dengan lantang, sekarang bila pemimpin dia sendiri buat kenyataan patah balik 360 darjah, maka senyap sepilah FB dari mulut-mulut jahil.

Dia tersepit samada nak dapatkan sokongan rakan dalam politik atau undi orang kampung dan orang Islam yg masih kuat rasa sentimental mereka.

Dia tersepit antara kawan Tahalluf Assiyasinya dengan kawan-kawan dalam Majlis Syura dia sendiri.

Dan kini benarlah janji Allah, siapa yang aibkan orang, Allah akan aibkan dia semula. Belum mati lagi, dekat dunia dah nampak balasan.

Apabila orang-orang politik mula jilat ludah mereka sendiri. Rakyat Marhaen melihat mereka dengan penuh kepuasan dan simpati.

*****************************

4.  Berhimpun di Stadium

Takde siapa nak marah awak kalau awak berhimpun dalam stadium tu elok-elok, dah habis berhimpun awak boleh balik rumah aman damai, takde sape nak sembur gas ke meriam air ke kat awak.

Takde siapa yang nak bawak kereta polis langgar awak, bukan sekali tu je awak berhimpun dalam stadium, selama ni pun berhimpun kat Stadium Melawati Shah Alam, Kedah, Stadium Kota Bharu, macam-macam stadium, takde siapa pun nak marah.

Dah boleh dah belajar menghormati hak rakyat Marhaen yang lain. Bukan awak je yang ada hak, orang lain pun ada hak juga sebagai rakyat Malaysia.

Kalau awak dari dulu buat macam ni, takde siapa yang nak marah awak, nampak?

Awak tu je yang paranoid tak habis-habis.

*************************

5. Hudud dan AES

Zulfikar : Hudud perlu dilakukan, kalau tak buat salah kenapa nak takut?

Kawan : Setuju, kau ni selalu bagi pendapat yang bernas lah Zul.

Zulfikar : AES perlu dilakukan, kalau tak buat salah kenapa nak takut?

Kawan : mana boleh! tak boleh tak boleh, mana boleh.

Kita bincang bukan pasal hudud, kita hujah pasal penaakulan mantik dan kaedah hujah.
ayat yang perlu diberi perhatian adalah "kalau tak buat salah kenapa nak takut?"

Bincangkan. (12 Markah)

***********************

6. Sentimen dalam Masalah Beristinjak

Masyarakat Melayu Islam di Tanah Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Selatan Thailand mempunyai satu kecenderungan iaitu bersuci selepas berak dengan menggunakan air.

Malah budaya rakyat India dan majoriti masyarakat Asia Tenggara menggunakan air dalam bersuci selepas berak atau Istinjak.

Namun dalam Hukum feqah Islam, Beristinjak mempunyai 2 cara.

1. Menggunakan air, cuci sehingga yakin hilang warna, bau dan rasa.

ATAU

2. Menggunakan bahan kesat dan kering seperti kayu, batu, kertas, tisu. Salat 3 kali dengan 3 biji batu, atau 3 bucu berlainan pada sebiji batu contohnya, Sehingga hilang warna, bau dan rasa.

Tidaklah pula menjadi satu kewajipan umat Islam mesti membilas dubur selepas setiap kali beristinjak dengan bahan kering. Dan tidaklah jatuh hukum tidak suci orang yang beristinjak tidak menggunakan air.

Dan bukan juga satu keutamaan perlu mencari air dahulu seperti hukum bertayamum.

Maka saya berpendapat, orang yang mengeluarkan kenyataan

"Ia adalah satu penghinaan kepada Islam apabila jamban duduk hanya ada tisu tapi tiada kepala paip untuk bersuci"

Mereka adalah orang berkomen kerana Sentimen, bukan pada paksi hukum. Masalah ini boleh menjadi besar impaknya kerana mereka akan mula membatalkan solat org yang beristinjak menggunakan tisu seperti orang cina.

Dalam semangat mengatakan bahawa mereka mahu menilai manusia dari segi agama saja, tapi sebenarnya pada masa yang sama, mereka menilai masalah beristinjak pada sudut budaya.

Bincangkan ( 20 Markah)


*************tamat***************


p/s 1. Anda rimas berbicara pasal politik atau anda rimas bila orang mengkritik parti anda? atau anda rasa tak selesa bila ada orang bagi pendapat yang lain dari pendapat anda?

p/s 2. Alhamdulillah, Blog Rasa Hati sudah ada follower yang ke 1001, dan Pageview yang hampir setengah sejuta selepas 2 tahun ke udara. Nanti next entry buat entry penghargaan.

p/s 3. Ye, aku tau kawan2 fb tu dah baca pasal bebelan ni, mcm bebelan2 yang aku tampal kat wall fb tu. Kompilasi ni diwujudkan utk capaian pembaca lain dan juga untuk jadi arkib diri sendiri. tapi apa2 pun, terima kasih utk sokongan anda. sayang korang ketat metat.

p/s 4. Masalahnya, ada ke perkataan ketat metat?


January 8, 2013

Persoalan Tentang Parking


Assalamualaikum..

Kenapa orang pergi shopping mall, restoren dan pejabat boleh parking kereta elok-elok ikut petak yang disediakan atau sekurang-kurangnya parking kereta tempat yang dilarang pun masih lagi tak menyusahkan orang. Kemudian jalan kaki jauh-jauh, naik turun lift dan tangga untuk sampai ke tempat tujuan.

Tapi bila parking dekat Masjid dan Surau untuk bersembahyang, mereka cenderung untuk parking sesuka hati, block kereta orang sana sini, parking di bahu jalan sampai orang nak masuk simpang pun jadi perlahan. Parking dekat Jalan 2 hala sampai jadi jalan sehala?

Kenapa masalah macam ni berlaku? masalah yang sangat ironik, engkau pergi shopping atau buat urusan dunia tu boleh ikut peraturan dan menjaga sesama hati insan, tapi bila buat urusan ibadah, terus tinggalkan peraturan dunia dan terus menjadi seorang manusia yang menjengkelkan.

Kenapa masalah macam ni berlaku?

Kerana mereka merasa syok sendiri, kerana mereka rasa nak masuk syurga hanya perlu jaga urusan antara dirinya dengan tuhan, tidak perlu sesama insan. Mereka lupa Hablumminallah Habluminannas. (Tali Ikatan dgn Allah, Tali Ikatan sesama manusia)

Kerana manusia fesyen parking sukahati ni bila baru mula dapat semangat nak mendekati agama, mereka fikir manusia lain yang belum ada semangat itu lebih hina dari mereka.

Mereka sedang kejar syurga, "Orang yang tak pergi masjid ni jangan nak marah aku yang nak ibadah di rumah Allah. Korang maqam rendah, korang jangan bising. Serban aku besar, aku oleh parking mana aku suka"

Jangan bagi alasan parking tak ada, Parking bersepah cuma bila nak sembahyang, semua nak parking depan pagar surau. Kalau boleh, keluar kereta terus nak sampai depan kepala paip wuduk.

Atau

Pihak Berkuasa perlu letak pagar palang automatik di parking Masjid dan surau, siapa yang parking sesuka hati, kereta akan disaman atau ditunda, Nak parking kena ambil tiket macam parking shopping mall, baru orang yang ke masjid nak belajar konsep parking elok-elok dan tidak memudaratkan sesama insan?



Aku percaya, letaklah 10 menara parking mcm Volkswagen parking tower ni pun dekat Masjid, mesti kosong je tower tu, masalah dia bukan pada fasiliti, tapi adab diri. Pesen manusia yang tak nyempat-nyempat semua nak cepat. 

*******************tamat****************


p/s I Aku dah perhati lama dah Surau dekat kawasan seksyen rumah aku ni dengan seksyen jiran, nanti aku ambil gambar, aku update bukti.

p/s II Sebab tu aku suka bawa motor skuter bila nak berjemaah dekat surau dan masjid, lebih santai dan senang parking. Cuma zaman moden ni banyak manusia manja, nanti adalah cakap "naik motor nanti kena hujan demam, sebab tu naik kereta"

p/s III Parking sesak masa solat jumaat kita sedia maklum, sebab terlalu ramai jemaah, tapi masih tak boleh compromise yang pesen parking tengah jalan, sampai trafik normal tak boleh jalan. parking lah bahu jalan! itu pun nak kena ajar ke?


January 1, 2013

Sudah Jual dan Teruskan Hidup

Assalamualaikum..

Semalam 31/12/2012 adalah tarikh yang dramatik apabila aku telah jual kereta Toyota Corolla Ae92 SE limited Edition aku. Ia begitu dramatik kerana tarikhnya menunjukkan seakan-akan penutup tahun 2012 ini aku menjual kereta yang aku dah pakai 2 tahun dan move on ke peringkat lain dalam hidup.

Dulu aku ada cerita pasal Kereta lama aku Mazda 3 yang total lost dalam eksiden, lepas tu aku beli Toyota Corolla tu buat pakai sementara. Aku beli cash RM 9600. Buat masa 2 tahun itu aku dapat rasa lah hidup sebagai orang yang bebas hutang kereta ni macam mana, setiap bulan tak perlu fikir nak asingkan duit gaji untuk installment kereta, tak payah nak pergi bank.

Tapi macam mana pun, kehendak kadang-kadang berjaya mengatasi kemahuan, dan aku sendiri dah rasa kurang seronok bawa kereta tu atas sebab kondisi dah semakin tua dan lunyai. Tahun 2013 aku perlukan semangat dan perspektif baru. Tak payahlah ayat nak drama sangat kan? padahal nak tukar kereta je pun.

Aku jujurnya bukan sayang dan sentimental sangat pada Toyota Corolla tu, cuma aku sayangkan status aku sebagai seorang yang berkereta dan bebas. Tapi makwe aku cakap..

" sometimes, In order to gain some, you must got to lose some"

Maksudnya "kadang-kadang, dalam nak mendapatkan sesuatu, kau terpaksa korbankan sesuatu" terer pulak dia cakap orang putih kan, tak rugi hantar belajar sampai universiti.

*****************************

Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman sikit pasal urusan jual kereta dan tukar hak milik ni. Sebab aku tengok ramai sangat orang yang kena tipu dengan penjual kereta ni.

Aku dah 2 kali berurusan tukar hak milik kereta iaitu masa beli toyota corolla tu, dan masa jual semalam.

Beberapa tips dan kronologi tukar hak milik.

1. Sebelum jual kereta, kau mestilah iklankan. Kaedah  yang paling berkesan sekarang ni adalah mengiklankan kereta di Mudah.my

2. Masa letak harga tu, kau survey dulu kereta yang lebih kurang sama dengan kereta kau dan tahun dia. pastu ikut suka kau lah nak letak lebih tinggi atau lebih rendah.

3. Bila ada orang nak beli, masa dia tengok kereta tu, ingat satu polisi ni. "Honesty is the best policy" kau jujur je cakap kereta tu ada masalah apa, ada kelebihan apa, jadi pembeli akan rasa selesa dengan kau. Kau pun dah ikut salah satu Sunnah Nabi, dan tuntutan kejujuran dalam agama.

4. Jika pembeli bersetuju, kau boleh lah mintak deposit, ikut kehendak kau, nak 500 boleh, seribu boleh. Kalau pembeli tu yakin dgn kau, dia bayar penuh. (beli cash)

5. Lepas tu kau bawalah kereta ke PUSPAKOM, untuk urusan Inspection kenderaan, bagi urusan tukar milik. Kosnya RM 30 saja bagi kereta persendirian. kalau suruh Agent/Ulat/Kaki/Used Car buat, dia akan caj kau kos inspection puspakom sampai RM90.00, punya banyaklah markup.

6. Padahal bukan lama dan susah mana pun nak uruskan Inspection (B5) puspakom ni, bawah ni aturan dia.


  • Booking tarikh inspection
  • beratur dengan kereta di kawasan beratur
  • Bawa Geran
  • Bayar RM 30.00
  • Isi borang ringkas
  • masuk dalam Line Inspection dan kau lepak tunggu dalam setengah jam
  • Tunggu result.
  • kalau lulus boleh proceed tukar nama, 
  • kalau gagal kena jumpa supervisor puspakom untuk runding. Ubah apa yang buatkan gagal. selalunya tayar botak, Tinted hitam, brek tak makan, kereta potong, enjin chasis lain.
7.  Total masa aku spend dekat Puspakom adalah dari 8.30 pagi, siap 10.20 pagi, hampir 2 jam saja.

8. Lepas dah siap puspakom, kau pergi JPJ pula, isi borang tukar nama iaitu borang K 3, isi borang ni ringkas sangat, sementara tengah kencing pun boleh isinya.

9. Buat pengesahan Kad Pengenalan dengan pegawai JPJ yg bertugas hari tu, pun senang juga. yang penting bawa Photostat IC, gam dan gunting, untuk buatkan kau tak berebut dengan orang dekat kaunter nanti.

10. Lepas tu, pembeli pun kena isi borang K 3 jugak, tandatangan, submit kepada JPJ, siap. Letak nama pemilik baru dekat Geran.

11. Bayaran tukar nama di JPJ untuk kereta persendirian hanya RM 100 sahaja, Tapi Kaki/agent/used car cas kita sampai RM 250 - RM 350. 

12. Masalahnya, bukan teruk kerja dia pun, terlalu senang dan cepat, tak sampai 30 minit, takkan kerja tak sampai setengah jam kau nak bayar 200 ringgit suruh orang buat kan?

13. Akak Pegawai JPJ tu siap sembang dengan aku semalam " Baguslah dik, belajar buat tukar nama ni sendiri, kami pihak JPJ memang galakkan owner buat sendiri, bukan susah mana pun, membazir je bagi duit dekat kutu ni"

14. Kos Keseluruhan proses tukar nama 
  • Pemeriksaan Puspakom = RM 30.00
  • Tukar hak Milik di JPJ   = RM 100.00
  • JUMLAH                      = RM 130.00
15. Beza dengan bagi Agent buat, RM 350 - 130 = RM 220, untuk kerja selama 2 jam setengah, dan tak perlukan sebarang skill dan teknik rahsia.

16. Okey selamat mencuba, nanti aku kongsikan tips renew Insuran pula.


****************tamat*****************


Tinggal kenangan, 2010 - 2012, Toyota Corolla Ae 92, Se Limited edition, mengajar aku erti kehidupan dari perspektif bukan Norm org 'bermewah-mewah'

Menjadi peneman aku selama 2 tahun, susah senang, tersadai dan mendesup laju, Jumpa klien deal juta-juta. singgah beli nasik lemak tepi jalan. pergi Dating dan macam-macam lagi.

JB, Terengganu, Penang, Perak, Klang, Shah Alam, KL, Semoga Tuhan beri ganti yang lebih baik dari apa yang telah aku kehilangan.

**********************************

p/s bakal jadi orang tak berkereta selama lebih kurang 3 bulan.

p/s Almera macam cantik, tapi dengan bodykit Impul la, tapi mcm mana pun, pengajaran lepas ni, kena test drive dulu kereta, puas hati baru beli. Sebab bapak aku beli Preve, dia menyesal sebab tak sedap. aku pun bawak rasa tak puas.

p/s nanti Bawang aku tu dah mula bercambah dan membiak, dapat untung, boleh beli kereta baru.

p/s kejap aku google imej almera ni nampak cantik sporty, kejap nampak mcm kereta nyonya pegi pasar.

p/s Selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca Blog Rasa Hati yang disayangi selalu.


December 31, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 7

Assalamualaikum..

Sudah sampai ke volume 7 sekarang dan aku tak rasa ianya akan berhenti dalam masa terdekat ini. Kepada yang belum biasa dengan bebelan aku versi ringkas, jemput baca snippet di bawah.

*****************

1. Trend Hobi Rakyat Malaysia

Bermula dari tahun 2009 sampai 2012, aku tengok trend hobi Rakyat Malaysia ni menjurus kepada 4 perkara.

1. Motor Besar
2. Basikal, Mountain/street bike/fixie
3. Fotografi, DSLR/ digital / Lomo
4. Gajet, Telefon pintar/tablet pc/ bla bla bla.

Zaman mat kereta modified enjin, tukar bodykit, tukar enjin mcm zaman awal 2000 dulu dah mula pudar. Sekarang ramai rakyat yang beli  dan pakai kereta import standard macam Vios, Forte, City, Civic dan lain lain. Kereta Produa dan Proton pun makin berkualiti.

Tapi ringkasnya, banyak kereta import berkeliaran di jalan raya sekarang, tak mcm zaman 90 an dulu.

Namun apa-apa pun, kesimpulan yang kita dapat adalah, Rakyat Malaysia makin kaya dan hebat dalam hobi. Aku tak nampak pun mana yang orang kata Rakyat Malaysia tertindas.

Mungkin yang selalu cakap ni org yg kurang merantau ke negara orang atau mereka sengaja membutakan mata pada perbandingan. Atau mungkin mereka betul-betul susah.

Mungkin betul kata Dr Mahathir, Melayu Mudah Lupa. Bukan setakat Melayu saja, kita pukul rata. Melayu Mudah Lupa, Cina Mudah Lupa dan India Mudah Lupa.

Yahudi dilaknat Allah swt kerana mereka suka merungut, apa saja nikmat yang tuhan bagi, mereka akan rungut dan persoal, tak pernah cukup. Benar kata Nabi saw, akhir zaman nanti umat akan mengikuti yahudi dan nasrani dengan rapat hingga ke lubang biawak.

P/s Lusa ingat nak beli EX5, minyak mahal skrg ni, kena jimat. Duit jimat nanti boleh beli Samsung Galaxy S 3. Penting, utk survival hidup.

Dulu aku ada motor besar, bapak aku turunkan dari dia ke abang aku kemudian kepada aku, Suzuki GSX 250, sebijik macam dalam gambar ni, semua sama dengan color dan aksesori.  Tapi motor ni dah terlingkup akibat hantar kat pomen Mersing yang memandai-mandai. Ibarat Tikus Membaiki labu.


********************

2. Kerikik Kerikik Kerikik

Setiap kali aku duduk di kerusi dan meja PC dalam bilik ni, aku mesti dengar bunyi kerikik kerikik kerikik.

Bunyi tu macam datang dari frame kayu tingkap. Aku syak anai-anai sebab dulu rumah di Mersing memang pun bunyi anai-anai kerikik kerikik kerikik.

Bunyi anai-anai makan kayu frame tingkap. Anai-anai ni sensitif dengan arus elektrik, haba, angin kipas dan bunyi. Jadi aku beranggapan setiap kali aku on laptop dan kipas, maka Anai-anai menjadi rengsa lalu panik dan makan kayu laju-laju.

Itu yang bila aku duduk meja pc on laptop, bukak kipas mula bunyi kerikik kerikik kerikik aku tuduh anai-anai punya angkara. 2, 3 hari lamanya masalah ni melanda sampaikan aku nak panggil pest control esok.

Tadi baru aku sedar bunyi kerikik kerikik kerikik tu bukan anai-anai makan frame tingkap, tapi bunyi plastik sampul kad raya bawah meja pc berkibar kena tiup angin kipas. Nasib baik tak panggil pest control, kalau tak rugi je duit.

Plastik kad raya berbunyi ditiup angin, anai-anai dapat nama.

Ini semua Kerikik kerikik kerikik punya pasal.

Tu lah frame tingkap kayu tu, yang kengkonon ada bunyi kerikik kerikik kerikik tu. Dan Oh ye, kenalkan Encik Bawang, ingat tak entry lepas Renungan Jiwa Si Tokey Bawang tu, aku ada cakap tanam bawang lepas habis taip entry tu kan? Inilah dia,  Encik Bawang Bin Mutalibjaya


**************************

3. Pusing Pinggan 20 Kali

Tadi makan nasi goreng kampung berlaukkan Keropok Lekor Terengganu, sebab lapar sangat gelojoh makan, maka tercekik dan sedu.

Minum air panas tak hilang sedu, minum air sejuk pun tak hilang sedu, lepas tu aku teringat petua orang lama, pusing pinggan 20 kali, dengan takdir Tuhan maka sedu pun hilang dalam serta merta.

Kerana aku orang yang skeptikel dengan petua, aku cuba cari alasan saintifik. Apa kena mengena pusing pinggan dengan menghilangkan sedu? Aku tak jumpa sebarang penjelasan.

Mungkin kebetulan, atau masa kita fokus pusing pinggan tu, otak kita ralit dengan tugas pusing pinggan. Maka badan kita shutdown task memproses makanan di esofagus. Aku cuma syak itu, dan itu yang terbaik aku boleh fikir.

Naaahhh, mungkin hanya kebetulan.

**************************

4. 73 Kumpulan

Agama Islam ini bermulanya tiada apa-apa, hanya ada Wahyu dan Nabi sebagai pesuruh Allah, Bermula dari gua Hiraq sehingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Agama bukan bermula dengan kuasa politik dan kuasa ekonomi, Agama bermula dengan Keimanan. Iman itu maksudnya Percaya, Percaya kepada Allah walaupun mata tidak nampak susuk tuhan.

Zaman moden ini je yang orang kata, nak dekat dengan agama kena ada jemaah, politik, kuasa dan wang. Bagi mereka tanpa politik, sangat mustahil untuk mereka mendekati agama.

Bagi mereka, sesiapa saja yang berlainan fikrah politik adalah orang yang tidak berada dalam agama, kerana mereka menilai agama dari sudut pandang politik dan jemaah mereka.

Mereka nilai Iman, Benar dan Salah semua dari sudut pandang politik, Bukan mereka menilai politik dan kehidupan dari perspektif agama.

Dari situlah muncul bermacam-macam kumpulan dalam agama seperti Syiah, Khawarij, Parti Politik, Tarekat Tok Sheikh dan bermacam lagi. Sehingga 73 kumpulan akhirnya. Dari 73 kumpulan itu hanya ada satu yang tidak sesat iaitu yang berpegang pada Alquran dan sunnah rasul

Kerana 73 kumpulan itu menilai agama dari sudut pandang nafsu dunia.


*************************

5. Kawan Kita

Setiap dari kita mesti ada kawan masa University yang takde kereta, pastu tumpang kereta kita, kemudian dia kutuk kereta kita buruk tanpa belas ehsan.

Kemudian kita rasa macam, " eh kau ni, kang aku tinggal kau tepi jalan kang" tapi kita tak pernah sanggup nak tinggal dia tepi jalan sebab kita tau dia memang tak berapa cerdik orangnya.

Kemudian kita mesti ada kawan masa universiti yang akan cakap "Apa kelas naik Kancil" sedangkan dia naik bas dan jalan kaki pergi fakulti..

Tapi bila dia cakap macam tu, kita malas nak respon sebab kita tau dia tak berbaloi untuk diajak sembang.

Tapi aku dulu naik Honda EX5.

*********************

6. Pro Bono

Kepada sesiapa yang nak beli Blouse berkualiti tinggi pada harga yang murah, sila ke LINK blog yang aku sertakan di sini. Ini adalah khidmat iklan Pro Bono.

contoh blouse yang terdapat dalam blog cik Atiqah. Sila ke Laman blognya kalau ingin lihat bermacam lagi pilihan lain.


Boleh Contact Cik Atiqah Rahim di blognya BLOG I WISH 



********tamat********

p/s ada segerombolan semut mati lemas dalam pasu Encik Bawang Mutalibjaya, memula aku nak buang, pastu aku pikir balik, mayat semut ni semua kalau biar mereput dalam bikar ni boleh jadi baja kompos, kesian Encik Bawang Mutalibjaya asyik minum air dengan makan cahaya matahari je, bagilah dia mayat semut pulak kan? naaaahhh just malas nak bersihkan bikar.

p/s nak beli kereta baru apa tah? lama memikirnya.


December 18, 2012

Jin Naik Bas Sekolah

Assalamualaikum,

Aku ingat lagi masa tahun 1990 an, ada Ustazah, Ustaz, Cikgu, Warden Asrama, abang senior dan orang-orang tua cerita pasal Ustaz Harun Din pindahkan hantu guna Bas sekolah dari sebuah tapak tanah yang nak buat Universiti

Hantu dalam Bas literally, kalau hantu naik bas tiket dia kira mcm mana? kanak-kanak, dewasa, atau harga warga emas? 

Aku tau ada banyak versi. Tapi ini aku sendiri yang pernah dengar.

Ada sebuah universiti bakal dibina, ada yang kata UUM, ada yang kata sebuah kolej kediaman di UKM. Masa pembinaan sedang giat dilakukan, ada masalah muncul iaitu gangguan makhluk halus. Kren tak boleh alih batu besar, macam-macam gangguan lah dipendekkan cerita.

Untuk menyelesaikan masalah, pihak pengurusan telah panggil Ustaz Harun Din (pada zaman itu belum jadi pemimpin PAS) untuk menghalau jin dan hantu. Ustaz Harun din telah membuat perjanjian dengan Jin itu semua supaya mereka berpindah ke satu kawasan hutan. 

Hantu jin semua masuk dalam bas sekolah, pemandu bas itu disuruh bawa ke satu kawasan hutan. Namun dinasihatkan awal-awal supaya tak pandang cermin pandang belakang. Driver bas pelik sebab bas itu kosong tapi sangat berat macam ada penuh penumpang.

Nak jadi penyedap cerita, Driver bas tu terpandang cermin pandang belakang dan dia nampaklah sekilas wajah-wajah jin tengah duduk dekat kerusi dalam bas yang amat hodoh dan mengerikan. 

Akhirnya, bas itu sampai dekat kawasan hutan, Jin dan hantu semua dipindahkan di dalam hutan, mereka bermastautin dalam hutan itu. Datuk Harun Din pun memagar seluruh kawasan hutan itu pada sempadannya, Maka jin semua tak boleh keluar dari kawasan itu, hiduplah mereka bahagia selamanya di sana.




Korang Baca komen-komen dalam ruangan youtube tu, bukan main ramai minta maaf sebab sebar fitnah.

*****************************


Semua orang percaya buta-buta. Padahal Ustaz Harun din sendiri akhirnya mengaku bahawa ia cerita yang direka-reka dan tiada kena mengena dengan dirinya.

Kesimpulan yang kita dapat?

1. Ada orang akan menipu tak kira walaupun sampai tahap gunakan agama suci Islam semata-mata nak syok sendiri untuk bercerita, dapat pengaruh, keuntungan dan kuasa politik

2. Syaitan tu syurga pun dia pernah duduk, langit dan bumi pun dia bebas berlegar-legar. Eh nak pindah dari tapak universiti pulak nak naik bas, nampak sangat senang betul setan perdaya manusia ni untuk percaya pembohongan.

3. Pembohongan apabila disandarkan dengan nama orang yang berpengaruh, maka pembohongan itu akan menjadi benar, atau sekurang-kurangnya orang takut atau segan nak persoal lebih-lebih.

4. Semua manusia tidak akan terlepas dari fitnah, tak kiralah dia tok guru ke, wali ke, apa ke, kalau fitnah melanda, ia tetap melanda.

5. Walau macam mana kebenaran itu diceritakan, akan ada satu golongan manusia yang taksub kepada tok guru akan bermati-matian mempertahankan cerita kerana malu, sebab awalnya mereka telah bermati-matian mempertahankan kisah keajaiban guru atau idola mereka, takkan nak mengaku dah tersilap kan? kena lah terus berada dalam penafian yang berterusan. Sedangkan tok guru dia sendiri mengaku ia hanya pembohongan besar.

6. Aku selalu tertanya-tanya, kenapa Ustaz Harun Din atau sekurang-kurangnya anak murid dia yang terapat yang tahu cerita sebenar tidak menceritakan hal yang sebenar, membersihkan namannya sejak cerita mula tersebar dari tahun 1990 an itu? kenapa baru sekarang?

7. Orang Islam suka akan efek ajaib dan mistik dalam agama, walaupun ia pembohongan, tapi mereka selesa mendengar riwayat palsu dan israiliyat dari mengambil pengajaran dari Tafsir Al-quran dan Hadis sohih.

8. Pembohongan tidak akan bertahan lama, jika manusia tidak mampu membongkar pembohongan, suatu hari nanti Allah sendiri akan bongkar pembohongan samada secara langsung atau tidak langsung.

9. Di ruangan komen nanti, ada orang yang tak baca cerita ini secara terperinci dan habis akan mula maki hamun dalam nada politik, Kalau takde, baguslah, maknanya kempen aku supaya jangan jadi fanatik politik sudah mula mengambil tempat.

10. Syabas Ustaz Harun Din berani menjelaskan perkara sebenar, walaupun cerita bohong/exaggeration itu sedikit sebanyak memberi credit yg besar kepada dirinya.



******************tamat**************



p/s Yang terbaru, ada orang percaya pada 23, 24, 25 hb Disember ini, dunia akan bergelap selama 3 hari, dan itu petanda berlakunya kiamat. Ironiknya seperti biasa mereka percaya dari Mohon-Share-Note-Ya-Akhi-Facebook.

p/s Selagi Matahari tidak terbit dari barat, selagi Dajjal belum keluar, Selagi Imam Mahdi belum muncul, selagi Nabi Isa belum turun, lambat lagi kiamat nak berlaku. Tak payah nak excited sangat. Korang yg percaya ni tak pergi sekolah agama ke dulu?

p/s Hari Kiamat dan dunia ruh adalah rahsia Allah SWT

December 6, 2012

Tanya dan Respon

Assalamualaikum...

Dalam perjalanan aku memahami agama Islam ini, banyak versi yang telah aku tempuhi, kalau korang baca karangan-karangan lama di blog ini, korang dah boleh agak macam mana asas pendidikan agama aku. Tiada lebih tiada kurang jika nak banding dengan korang semua. Boleh jadi korang lebih tinggi pendidikan agama dari aku.

Aku rasa dalam mendidik jiwa seorang muslim, ada dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Samada di dalam kelas atau mendengar dakwah di tepi jalan. Pertama jika kau mendengar Ilmu dan kau tidak faham, kau mesti bertanya sampai faham.

Kedua, jika kau dah faham, demi meraikan majlis ilmu dan memberi semangat kepada muslim lain, kau mesti Respon pada soalan atau sekadar memberi pendapat. Ada dua situasi yang berlaku dalam hidup sebenar aku untuk dijadikan contoh.

**************************************

Senario 1 : Bertanya jika Ragu

Aku ingat lagi, masa itu aku Pelajar UiTM Shah Alam dalam pengajian Diploma. Bila kau diploma, engkau wajiblah menjadi mangsa kerahan meramaikan majlis ceramah demi habuan cop kupon aktiviti untuk melayakkan dapat kolej semester hadapan.

Pada satu majlis ceramah kesedaran - Sempena kebangkitan Intifadha rakyat Palestin, Penceramah dari Palestin dan Malaysia memberikan ucapan dan berkongsi cerita yang sangat menginsafkan. Tapi walaupun aku insaf dan simpati, aku masih tak puas hati dengan satu isu.

Aku tunggu sampai sesi soal jawab, selesai beberapa soalan dari tukang tanya berskrip, maka ada lagi pertanyaan dari pengacara majlis yang semawa penonton untuk bertanya. Aku kira ia hanya formatiliti sebab lepas dia tanya "ada sesiapa lagi mahu ajukan soalan?" dia terus lekas-lekas mahu skip ke ayat penutup "baiklah, kita sudah sampai ke akhir......."

Tapi kali ini aku tak bagi peluang, aku terus angkat tangan dan bertanya, dan keadaan kaget sebentar sebab aku rasa diorang tak jangka akan ada soalan random. Maka aku pun bangun dan tanya.

" Assalamualaikum saudara saya dari Palestin, Saya bersimpati kepada saudara dan nasib-nasib saudara saya yang lain di Palestin, semoga Allah janjikan Syurga kepada Para syahid sekalian"

" terima kasih my brother, teruskan dengan soalan?"

" Saya cuma ada sedikit kemushkilan, berkenaan dengan perjuangan Rakyat Palestin terhadap mendapatkan kemerdekaan dan bebas dari Israel, kenapa Rakyat Palestin tidak bersatu semuanya? Kenapa mesti berpecah-belah kepada Hamas, Fatah, PLO dan lain-lain? "

" Soalan yang sangat bagus saudara. Pada saya, saya tak nampak masalahnya ada banyak parti di Palestin, walaupun kami ada banyak parti tapi matlamat kami sama iaitu mahu melawan Zionis. Sama juga dengan negara awak Malaysia ini, awak ada UMNO, PAS, Keadilan dan DAP"

" Iya tak iya juga. Tapi semasa kami berjuang mahu dapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, semua Melayu bersatu-padu dalam UMNO,  Orang Cina dalam MCA, India dalam MIC dan mereka bergabung dalam satu parti perikatan dan hasil kesatuan kami itu buatkan British memberi kemerdekaan. Jika ada pun pihak berhaluan kiri, ia terlalu sedikit dan tidak significant"

" errrrmm... aaaa.. errmmm.. aaaa, kami terpaksa memilih parti kerana jika salah satu parti tidak mampu membela nasib kami, maka kami perlu memilih parti lain"

" Oh begitu, saya kira jika Orang Palestin semua bersatu mungkin gerakan akan lebih kuat dan impak lebih besar"

Pengacara Majlis tiba-tiba menyampuk dan menamatkan sesi soal jawab.

"okey saya rasa cukup sampai di sini saja sesi soal jawab, harap kalau Encik Zul ada apa-apa pertanyaan lagi, boleh tanya dengan ahli panel selepas majlis"

" Saya sudah tiada apa-apa soalan, cuma saya mendoakan kebangkitan rakyat Palestin menemui kejayaan suatu hari kelak, Insyallah"

Sebenarnya sampai sekarang pun aku masih belum puas hati, kalau aku puas hati, aku tak ingat benda ini begitu lama dan aku hamburkan cerita ini dalam blog.

********************************

Senario 2 : Respon jika faham

Pada satu petang pada tahun 1998, semasa aku tingkatan 2. Kejadian berlaku di Mersing kecil, Mersing, Johor.

Berlaku di depan rumah kawan aku, Kami baru lepas teroka belakang rumah dia tengok Buah Susu dan tengok budak-budak tangkap King Spider nak buat laga.

Tiba-tiba datang segerombolan Jemaah Tabligh. Azizan, Amirul dan Zaidi lari lintang pukang kayuh basikal laju-laju. Aku rilek, dan Hasmuni tak boleh lari lagi sebab dah kena kepung. Aku dari kecil memang mesra sikit dengan Jemaah Tabligh, sebab jiran aku masa duduk Selayang dulu ramai yang tabligh, dan aku takde pulak rasa fobia dengan diorang.

Maka bermulalah sesi tarbiyah dan dakwah.

" Assalamualaikum Adik, Abang nak ambil masa adik sekejap je, tak sampai 5 minit. Abang bukan nak pukul adik, tapi nak berpesan-pesan kepada kebaikan"

" baiklah abang, abang ada masa 5 minit untuk berpesan, saya sanggup dengar bang"

" macam ni dik, kita ni hidup di dunia bukan lama, suatu masa nanti kita akan ke akhirat jua, akhirat itu yang abadi, samada kita akan ke syurga atau neraka itu yang menjadi matlamat sebenar hidup. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan manusia......... ( dan ceramah berlanjutan utk masa 5 minit)..... Jadi abang harap adik dapatlah luangkan masa sekejap berjemaah di masjid untuk solat Maghrib sekejap lagi"

" Baiklah bang, terima kasih untuk nasihat abang. Kita manusia ni dituntut untuk berpesan-pesan sesama manusia, sepertimana dalam surah Al-Asr yang bermaksud firmannya....Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran"

" Alhamdulillah dik, adik ni lagi terer dari kami ni, terharu abang dengar adik cakap mcm ni, adik belajar mana dulu ni dik?"

" Alhamdulillah bang, ni semua ilmu Allah je, dia bagi pinjam je ni, saya tukang sampai je, saya mana belajar mana-mana, benda ni ustazah je ajar dekat sekolah agama fardu ain masa sekolah rendah"

" Iye ke dik? abang ingat adik sekolah pondok dulu, tak pun tahfiz ke, sekolah arab ke"

" Eh takdelah, sekolah agama rakyat je bang"

" kalau macam tu kami minta diri dululah ye, lagipun dah lebih lima minit ni, macam mungkir janji pulak, jangan lupa maghrib nanti ye"

" Insyallah bang"

Maka Hasmuni pun garu kepala, dia hairan sebab selama ini dia ingat Tabligh ni makan orang, rupanya tak makan orang pun. Lepastu dia pelik tengok kawan dia dari seorang pencari king spider dah jadi ustaz jadian. Aku pun pesan dekat hasmuni dan kawan-kawan, Lain kali kalau orang nak datang dakwah korang jangan lari, kalau nampak orang gila baru lari.

Hasmuni je beriya angguk kepala, yang lain hapah satu tak dengar, diorang gelak macam orang gila lagi ada.

****************************

Jadi semua, apa pelajaran kita pada hari ini? Iya, bagus anak-anak. Tak faham tanya. Kalau cikgu tanya, kalau tahu tu respon jawab, jangan dah tau kedekut simpan ilmu sorang-sorang.

"Malu bertanya sesat jalan" Kata peribahasa.

" Kedekut ilmu nanti kubur penuh air" Kata orang-orang tua. 

Masalahnya orang-orang tua, atau orang tua-tua?

Ha ni  lah labah-labah laga, atau nama glamernya King, atau Spider. Sebenarnya aku tak pernah teruja main benda ni, sebab labah-labah tu lawan cepat sangat, tak sempat nak excited dah habis, bosan. Baik main tutup oren. Credit Gambar : forum.lowyat.net 

*******************tamat**************

P/s sorry lama tak update, bulan ni banyak kenduri kawin, sanalah sinilah situlah. 

P/s ada lagi tak budak-budak main laga spider sekarang? aku rasa takde dah, sebab nak simpan labah-labah  ni dalam kotak kaset, zaman sekarang mana ada orang simpan kotak kaset dah. Takkan nak simpan spider dalam thumbdrive ye dak?

P/s Lepas ni cerita zaman dulu-dulu pulak lah. Ni nak tanya sekali lagi ni, orang-orang tua atau orang tua-tua?

November 21, 2012

Kompilasi Bebelan Saya Volume 6

Assalamaulaikum...

Sudah sampai masa mengkompilasikan bebelan. Malas nak Intro panjang-panjang, aku agak korang dah biasa dah dengan pattern kompilasi ini.


Agaknya macam ni rupa aku yang tengah sembang hal isu dunia, Candid bersama Ujang, beberapa jam sebelum naik kapal terbang. Oh ini bukan McDonald, Ini MaryBrown kalau tak salah.

1. Isu Memurtadkan Lawan Politik.

Dulu kalau kita tengok Kronologi Pewarisan Khilafah Islam, sejak dari Wafatnya Usman r.a dan perlantikan Ali r.a, sudah berlakunya pertempuran politik dalam islam,

Dah adanya pertempuran perang fizikal dalam perang siffin kemudian perang Jamal. Namun Ulamak muktabar mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak.

Kemudian Umayyah, kemudian berganti Abassiyah, Fatimiyyah, Turki Uthmaniyah. Ini adalah sejarah politik dalam Islam, dimana Org islam bertarung politik sesama mereka.

Tapi sehebat2 Sahabat dan Tabiien bertempur politik, takde lagi mereka memurtadkan sesama islam di pihak lawan politik. Melainkan mereka yg benar2 murtad seperti Bani Tamim dan Musailamah al Kazab

Takde lagi mereka berkumpul ramai-ramai mendoakan agar Allah musnahkan umat islam sepertimana Allah hancurkan Namrud, Firaun, Qorun dan Tentera Bergajah .

Pesen manusia yang suka doa hancurkan umat islam lain dalam dunia ni ada dua je kaum dia, satu kaum syiah, yg suka melaknat sahabat dan ahli sunnah.

Satu lagi kaum Khawarij yang melaknat org islam yang melakukan walau hanya satu dosa sebagai Murtad.

Owh Mungkin satu lagi kaum yang baru muncul, iaitu kaum parti politik fanatik.

Benda macam ni korang takpayah nak tunggu ulamak keluarkan pendapat, korang boleh fikir sendiri, sebab bukan aku pakai fakta universiti oxford, pakai fakta sejarah kbsm je pun.

*********************************

2. Hikmah Perang Palestin

Ada hikmah Palestin diheret ke lembah jihad dan syahid. Baru Orang Malaysia yg selama ini memekik-mekik macam orang gila, tahu mensyukuri nikmat keamanan. Baru Orang Malaysia Memahami apa itu definisi zalim dan apakah kepentingan perpaduan antara org melayu dan muslim.

Semoga Orang Palestin berjaya dalam perjuangan terhadap yahudi laknatullah. Selemah-lemah bantuan yang aku dapat bagi adalah Doa dan derma ikhlas. Insyallah janji Allah, satu hari nanti Yahudi akan dikalahkan, dan berimanlah kita pada Janji-janji Allah.

Kepada orang Malaysia yg selama ini terasa kufur nikmat, elok korang mula bersyukur kita tidak dijadikan korban di negara sendiri.

************************************

3. Adab Berdoa

" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

[al-A‘raf/ 7:55-56] [2]

Berdoa ni kita kena lemah lembut, suara merayu-rayu meminta-minta pada Allah. Bukan terpekik terlolong, kot ye kalau marah sangat pun, Nabi kan ajar bersabar.

Tapi tak taulah kalau ada orang rasa dia nak defend juga perbuatan terpekik-pekik dalam doa, hingga boleh challenge Firman Tuhan, terpulang. Aku bukan ada untung pun. cuma tengah hangat isu Doa ni, Aku sampaikan salah satu adab berdoa.

*************************************

4. Beza Nabi saw dan 'Ulamak' Akhir Zaman

"Aku tidak mempunyai khazanah Allah, aku tidak tahu perkara ghaib, aku bukan malaikat, aku tidak mengikuti melainkan apa yang disampaikan wahyu padaku" Al-an'am, ayat 50

Datang Pak sheikh maqam tertinggi akhir zaman, datang konon tok wali, semua benda ghaib dia tau, apa dalam hati anak murid dia tau, Tuhan ampun dosa pengikut ke tak, dia tau.

Bila agama digunakan untuk mencari kesenangan diri, bila agama dijadikan modal politik, siapa belah 'aku' semua tak salah, 'aku' tau kau perlu bertaubat ke tak perlu. Dasar ulama' akhir zaman.

**********************************

5. Menyorokkan keaiban orang

Lemas tengok newsfeed dekat facebook pasal blog yang tunjuk orang itu berbogel, orang ini berbogel, anak pembangkang kantoi berbogel dan berpeluk, anak menteri berbogel dan bercium.

Kita ni nak jadi rakyat yang memilih pemimpin kerana keberkesanan tugasnya atau kita cari pemimpin yang handal membuka aib orang?

Walaupun berbunyi cliche, tapi aku nak juga sebut bahawa Allah swt menyuruh hambanya m
enyorok keaiban muslim, dan muslim itu termasuk diri kita sendiri.

Barang siapa yang menyorokkan keaiban saudaranya, maka Allah swt bantu sorokkan keaiban dia juga.

Manusia sering terdedah dengan dosa, selagi mana kau buat dosa dan kau sedar akan azab yang menimpa,kau masih boleh diselamatkan. Barang siapa yang melakukan dosa tapi dia berusaha menyorok kemaksiatannya, dia bukan insan yang menzalimi dirinya sendiri.

-Wallahualam-

**********************************

6. Ahli Politik Mahu Bebaskan Melayu Memilih Agama

Kita semua dah besar dan berfikiran moden, kita faham apa yang dimaksudkan ahli politik itu tentang kebebasan agama di Malaysia meliputi semua bangsa samada Melayu, Cina atau India.

Kita semua faham maksud dia bahawa Melayu bebas pilih agama.

Kita semua faham bahawa kita semua Melayu di Malaysia dilahirkan Islam. Maksud Melayu bebas memilih agama bermaksud Melayu Malaysia yang dilahirkan Islam boleh bebas memilih agamanya.

Kita faham ia bermaksud Melayu boleh pilih agama lain walaupun dia dilahirkan Islam.

Kita faham Ahli politik tersebut telah tersilap mengeluarkan kenyataan semata-mata mahu mendapatkan sokongan ahli-ahli agama lain.

Dan Kini dia gunakan La Ikra hafiddin - Tiada paksaan dalam agama.

La Ikra Hafiddin hanya untuk org kafir yang tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Bukan kepada orang islam yang tidak boleh dipaksa supaya jgn memilih agama lain.

JANGAN SPIN!

"awak boleh tipu orang bodoh, awak boleh tipu orang taksub tapi awak tak boleh tipu semua orang"

************************************

7.Petikan Pesan dari Ebiet G. Ade

Kawan cuba dengar apa jawabnya,
ketika ia ku tanya mengapa,
bapa ibunya telah lama mati, 
ditelan bencana tanah ini.

Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya, 
kepada karang, kepada ombak, kepada matahari, 
tetapi semua diam, tetapi semua bisu. 
Tinggallah ku sendiri, terpaku menatap langit.

Barangkali di sana ada jawabnya, 
mengapa di tanahku terjadi bencana?
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, 
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, 
cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.

- Berita Kepada Kawan, Ebiet G Ade -



Sebelum korang semua klik pangkah blog ni, korang dengar lagu Ebiet G Ade tu, dan insaf dengan nikmat yang telah kita dapat.

*****************tamat*****************

November 18, 2012

Ma'al Hijrah dan Nota Dr Rem Dambul

Assalamualaikum....



Sedikit coretan untuk ingatan fasal sambutan Maal Hijrah, aku taknak mengomel panjang pasal sambutan ni bidaah atau tidak. Itu tiada isu walhal ia telah dibincangkan dari zaman dahulu.

Yang aku rimas bila ramai kawan-kawan aku mula keliru, dia mula countdown berapa jam lagi nak menutup tahun hijrah dan nak masuk tahun baru, maka "mari sama-sama kita bertaubat dari dosa, dan buat amalan sunat banyak-banyak, kumpul pahala agar record tahun yang nak tutup cemerlang dalam bab kumpul pahala - hapus dosa"

1. Semangat itu bagus, matlamat dia pun bagus tapi kau jangan letak Iktikad baru yang maal hijrah itu adalah method ibadah yang diajar oleh Nabi atau diwahyukan Allah, Sebab pertama ia tiada dalil, sebab kedua ia adalah satu kaedah kiraan tahun yang dicipta oleh Para Sahabat untuk Umat Islam ada Kalendar Islam sendiri dari hanya menggunakan Kalendar Masihi.

2. Tuhan tidak nilai dosa pahala insan melalui tahun lepas, tahun baru dan tahun akan datang.
Tuhan tidak nilai dosa pahala macam cikgu sekolah nilai kecemerlangan akademik pakai buku report kad submit hujung tahun. Tuhan nilai Insan sepanjang hidupnya.

Jadi, Berhenti membandingkan penilaian dosa pahala insan bagai report kad tahunan. Tak payah nak countdown sangat awal muharam berapa jam lagi tinggal. Tuhan nak ambil nyawa bukan tunggu masuk tahun baru.

3. "Amal yang paling disukai Allah ialah yang tetap dilakukan oleh orang mengerjakannya
biarpun sedikit." Hadis sahih riwayat Muslim

4. Nasihat saya bukan tentang kaedah atau semangat nak menyambut maal hijrah. Sambut Maal Hijrah bagus, menunjukkan bahawa Umat Islam mempunyai Tamadun dan Peradaban sendiri dalam mengira tarikh dan masa. Nasihat saya tentang kekeliruan Muslim dalam beriktikad yang mengira dosa/pahala seorang insan itu mengikut Kalender Hijrah.

5. Di bawah ini aku 'copy paste'kan nota tulisan Dr Rem Dambul, Seorang Pensyarah / Pengkaji /Climatologist  yang sekarang bekerja di Jeddah, Arab Saudi. Seorang kenalan facebook yang agak aku segani cara pemikiran beliau yang memahami konteks agama dari sudut pandang yang lebih luas dan ringkas.

***************************************

i

Salam Maal Hijrah, untuk semua rakan seagama.

Nampaknya ada ramai juga yang keliru fakta. Bersabit konotasi ‘Maal Hijrah’. Justeru, saya tertarik mau memetik tulisan Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Perlis), yang dirawi semula oleh Mohd Soffian dalam Facebook:

“… jelas bulan Muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal.”

Ya, memang betul. Mendendangkan awal Muharram sebagai detik penghijrahan Nabi, saya rasa bukanlah berdosa. Tapi Islam mementingkan ilmu dan keindahan. Tanda-aras keindahan terunggul dalam aspek ilmu adalah: ketepatan fakta.

Jadi, molek benar kalau kita dapat perbetulkan tanggapan yang tidak betul. Jika kita menarik semula sebarang nota atau kata-kata tentang “Muharram bulan penghijrahan Nabi”, ego diri terpaksalah ditelan. Tapi kita tidak mati sesak nafas kerana itu.

ii

Masih tentang Maal Hijrah.

Saya juga setuju dengan sentimen Zulfikar Hazri, dalam satu sabda Facebook baru-baru ini. Bahawa kita tidak usah kepoh sangat dengan semangat hijrah, setiap kali awal Muharram menjelang. Sila baca dengan teliti. Katakunci dalam ayat itu adalah ‘sangat’; bukan ‘kepoh’.

Maksudnya, setakat kepoh sikit-sikit ok. Jangan saja ‘sangat’. Sampai obsesi mau buat ‘countdown’, sebagaimana kegilaan ketika merayakan Tahun Baru kalendar Gregorian.

Amalan kita dihisab setiap saat. Bukan mengikut bulan, atau semester: macam peperiksaan sekolah atau universiti. Bukan juga seperti audit akhir tahun jabatan. Jadi penghijrahan, sama ada lahiriah atau rohani, sepatutnya satu proses berterusan. Muhasabah dan azam untuk koreksi diri harus berlaku setiap hari. Tidak perlu tertunggu-tunggu bulan Muharram, yang datang hanya sekali setahun.

Jangan pula kamu mencebik: “Baru berasa naik haji, lagak sudah mengalahkan ulama!” Perkongsian kata-kata di atas bukanlah atas kapasiti seorang haji. Cuma atas kapasiti seorang pendosa (seperti kamu semua juga), yang mahu mengingatkan diri sendiri. Boleh?

iii

Tapi beginilah. Alang-alang majoriti warga Facebook sudah kepoh pasal Maal Hijrah, bagus juga kalau saya pun tumpang sikit-sikit. Ambil perhatian, bukan ‘sangat’ ya. Sikit saja.

Sempena tahun baharu hijriah 1434, apa kata saya cadangkan kepada sekalian warga FB Muslimin supaya menilai semula dua ‘ketaksuban’ gampang dalam laman sosial ini. Sebab pada hemat saya, dua ‘ketaksuban’ itu memberi gambaran mentaliti propagandist dan ikut-ikutan. Kurang bagus untuk reputasi Islam.

Pertama, ketaksuban mau sebarkan merata-rata pelbagai imej kota suci Mekah. Kemudian diselitkan ayat-ayat mengugut: Sila klik LIKE jika anda seorang Islam sejati. Atau nada-nada ‘religious blackmail’ seumpama itu. Maka, berduyun-duyun para pendosa Facebook klik ‘Like’. Mungkin diam-diam berharap agar sumbangan amal itu boleh menambah darjah kesucian Mekah, serta dapat meningkatkan markat iman mereka sendiri.

Seriously. WTF you guys are trying to prove? Gambar-gambar yang diklik itu pun banyak yang fake. Di-photoshop gila-gila, sengaja kasi nampak lebih dramatik. Supaya ramai yang teruja separuh mati. Tapi yang sedih, seolah-olah figura Mekah sudah jadi satu berhala visual. Begitukah cara yang dimahukan oleh Nabi untuk memuliakan kota suci kita?

Yang untung siapa? Pemilik wall atau page Facebook yang berkenaan. Sebab dapat populariti percuma. Boleh ternak rasa riak supaya jadi lebih gemuk, menggunakan imej Mekah sebagai umpan. Itulah manusia zaman sekarang. Agama pun sanggup dibikin baju, asalkan ia boleh buat si pemakai nampak lebih menggoda.

iv

Kedua, ketaksuban pada benda-benda pelik. Sama ada dalam bentuk gambar atau video. Contohnya, buah tembikai ada kalimah Allah. Pokok kelapa tujuh cabang. Air merah mengalir deras di celah salji putih. Gumpalan-gumpalan awan yang membentuk wajah manusia senyum. Hal-hal yang seumpama ini.

Rasa kagum dalam hati, ok. Tapi tidak perlulah sampai menjual kesucian agama dengan cara berlebih-lebihan. “Oh, lihatlah keagungan kuasa Tuhan. Masya-Allah!” Ya, nada-nada begitu dengan tujuan yang sama seperti ketaksuban pertama di atas: mau mengumpan ‘Like’. Again, this is also all about sentiment, not about substance.

Semua fenomena di dunia sumbernya satu: dari kekuasaan Tuhan. Segala yang ada di keliling kita adalah lambang kewujudan-Nya sebagai pemilik mutlak galaksi raya. Kenapa perlu tunggu sesuatu yang dianggap ajaib dan menyanggah kebiasaan, barulah mau meyakini kuasa ITU? Kita ini bukan manusia era jahilliah yang perlu melihat mukjizat dan keajaiban untuk percaya.

Ibu gagak atas bumbung rumah, itu simbol kuasa Tuhan. Tak perlu tunggu gagak itu dapat anak berkaki lapan, baru terhegeh-hegeh mau memuji kebesaran-Nya. Bunga senduduk liar di tepi jalan, itu pun tanda keagungan-Nya. Tak perlu meneroka hutan rimba mencari bunga dengan kalimah Muhammad pada kuntumnya. Baru berkobar-kobar mau mentahmidkan keesaan Tuhan.

v

Dalam situasi biasa, keterujaan itu sebenarnya ok. Sebab dalam Islam pun, memang kita disaran agar mengingati kebesaran kuasa Tuhan – terutama sekali, bila berdepan dengan sesuatu yang luarbiasa. Saya tidak nafikan ini.

Tapi dalam komuniti Facebook, ketaksuban begitu boleh merebak dengan mudah hingga tidak terkawal. Kesan kumulatifnya nanti boleh menelanjangkan satu bentuk mentaliti yang remeh. Ia memberi persepsi yang mengelirukan. Misleading representation. Terutama bagi penganut agama lain yang kurang mendapat pendedahan komprehensif tentang Islam sebagai satu bentuk cara hidup.

Orang akan terfikir: begini simplistikkah cara Islam menafsir kebesaran Tuhan dan memberi justifikasi/sandaran kepada nilai keimanan penganutnya?

vi

Daripada berkongsi benda-benda yang pelik ala-ala majalah Mastika, lebih baik berfokus pada perkongsian bahan yang lebih informatif (e.g. penemuan saintifik, cerita kembara, kata-kata motivasi, etc). Itu semua boleh juga membawa kita dekat kepada Pencipta. Tapi dengan cara yang natural, logik dan lebih membujuk.

Hal-hal ‘mistik’ hanya menggalakkan spekulasi dan sentimen buta-tuli; bukan membantu menumbuhkan budaya ilmu. Itu juga satu manifestasi minda berstatus rendah. Lalu membuka peluang kepada pihak lain untuk mempersenda cara umat Islam berfikir dan mena’akul dunia sekeliling mereka.

Mahukah kamu jadi asbab agama kamu sendiri dimomok-momok?

vii

Ini hanya saranan peribadi saya, ok.

Kalau tidak setuju pun, tidak perlu marah-marah dan menempik macam orang mau mati besok. Luahkan komen kamu sendiri dengan baik. Walau kadang-kadang saya ini celupar dan ganas; saya bukan fanatik totok. Saya masih suka membaca dan mendengar pandangan-pandangan alternatif yang pelbagai. Setuju atau tidak, itu soal lain.

Sifat taksub adalah hijab ilmu paling bahaya. Sebagai seorang saintis dan ahli akademik, saya selalu memohon dijauhkan daripada sikap begitu.

Salam Maal Hijrah, sekali lagi.

Seekor anak anjing menyelit dalam kalangan ratusan jemaah haji yang sedang wukuf di Padang Arafah (Kembara Haji 2012)

Aku harap dia tak marah aku tampal gambar dia kat sini, tapi kalau ikut logik mungkin dia tak marah, sebab dia upload dekat fesbuk dengan matlamat mahu org baca dan orang tengok.


******************Tamat***************

p/s Dr Rem Dambul ni selalu tangkap gambar menarik dekat Arab saudi lepas tu tulis nota kehidupan seharian dia dekat nota tu, ataupun  pemerhatian dia dalam budaya dan ilmu masyakat setempat, mengikut cara dia yang tersendiri, aku rajin baca.

p/s Ya, dia macam spesis aku, tulis panjang-panjang.

p/s Sorry Melle amir dan Aujinz, hari tu aku ckp nak taip 3 perenggan je, sekarang aku update 3 kertas Kajang.

p/s masalahnya kenapa kertas kajang dan bukan kertas bangi?


November 14, 2012

Khidmat Pelanggan

Assalamualaikum..

Aku nak mengomel sedikit sebanyak fasal khidmat pelanggan. Dalam dua tiga minggu ni aku banyak berhadapan dengan senario khidmat pelanggan.

1) Seng Heng



Keluarga aku selalu beli barang dekat Seng Heng sebab abang aku ada kad setia pelanggan. (membership). Dipendekkan cerita, abang aku beli Pemanas Air Elektrik Jenama Elba dan TV LED Samsung 42 Inci.

Tiba-tiba pemanas air itu pun rosak, abang aku bawa pemanas air tu pergi Seng Heng, Seng Heng ganti baru tanpa banyak karenah birokrasi seperti "mana u punya waranty kad ha? haiya kawan, itu kad sudah hilang mana boleh ganti"

Waranty kad tak jumpa, tapi dia ganti juga tanpa banyak songeh sebab dia guna database dalam Membership Card, ada bukti pembelian dalam itu. Bagus kan Khidmat pelanggan diorang?

Kes kedua, TV LED samsung tu pun rosak, ada hijau-hijau gelap kat hujung corner skrin, abang aku telefon,  Technician dia datang rumah, cek punya cek, dia cakap rosak. Yang bagusnya, dia tak repair, tapi dia ganti dengan sebuah TV yang baru tanpa banyak soal selidik.

Lepas tu TV LED samsung tu rosak lagi sekarang, dia hijau-hijau gelap sebelah kiri hujung skrin pula sekarang, Technician Seng heng janji nak datang hari ni dan ganti yang baru.

Kesimpulannya, Jabatan Khidmat Pelanggan Seng Heng bagus buat kerja, sebab itu dia mampu buka banyak cawangan dan maju, ramai orang beli dekat dia sebab yakin dengan service dan jaminan.

Kesimpulan kedua, Samada TV LED jenama Samsung tak bagus sebab dah dua kali rosak pada unit berlainan atau rumah aku yang ada roh-roh jahat yang sengaja merosakkan TV aku, atau arus Voltage ampere ntah apa aku tak tau yang tak stabil yang boleh rosakkan barang-barang elektrik rumah aku. Siapa sini ambil Kejuruteraan Elektrik? please nasihat dekat ruangan komen. terima kasih.

Kesimpulan ketiga, sepatutnya kesimpulan ada satu je, dia takde satu dua dan tiga.


2) Maxis Hotlink Data Plan



Walaupun aku pakai Nokia E-52, telefon canggih zaman 2008 yang tersohor itu, tapi aku boleh main internet juga dengan guna Opera Mini. Maka aku pun semangat nak ikut perkembangan zaman, aku ambil dataplan dari Maxis Hotlink.

Jika tidak guna RM 2/Sehari /100 mb, aku akan guna RM 8/mingguan/100 mb. 2 minggu lepas aku guna RM8/Mingguan. Apabila  beberapa jam lagi nak tamat tempoh penggunaan, Maxis Hotlink akan bagi satu sms notis yang bagitahu "bahawa dataplan mingguan anda akan tamat sekian sekian tarikh dan akan di perbaharui secara automatik, jika tidak mahu diperbaharui sila cancelkan di menu #100*" (lebih kuranglah ayat notisnya)

Tapi baru-baru ini atau lebih tepat kelmarin, Tanpa notis tamat dataplan tersebut, Maxis telah perbaharui dataplan aku dengan automatik. Maknanya sedut RM 8.00 tanpa kebenaran aku. walaupun RM 8.00. Ia adalah hak aku, ini bukan berkenaan hal "alah, kedekut taik idung masin 8 ringgit pun nak berkira, kata manager takkan 8 ringgit pun bising"

Ini adalah masalah hak pengguna, di mana prinsip "aku mahu guna aku bayar, kau jangan nak suka-suka ambil duit aku dan suruh aku bayar" diaplikasikan. Ini adalah tentang Prinsip "Ini duit aku dan itu barang kau, kalau kau nak jual tanya aku, ini bukan duit ahmad albab yang punya"

Lepas aku dah mengadu dekat Twitter @MaxisListens barulah ada staff dia yang nasihatkan "encik sila batalkan auto renew di #100*. Maknanya dia dah renew, bila orang dah bising tanya baru dia nak cakap boleh deactivate auto-renewal.

Kalau zaman belajar marketing dulu, ini dinamakan silent policy dalam menyedut duit pelanggan. "Jangan bertindak jika tiada orang komplen. Ada orang leceh macam Zulfikar itu yang komplen baru kau respons". atau dalam bahasa lebih intelektual "Reactive Respons", bukan Proactive.

Entah kenapa, sejak dari puluhan tahun dahulu, Maxis sebagai servis provider tersohor, khidmat pelanggan dia terlalu banyak masalah, kes yang paling epic dari dulu sampai sekarang adalah - Kau ada masalah dengan servis dan teknikal Hotlink, lepas tu kau nak telefon mengadu dekat Maxis Hotlink, kau kena sedut Credit, sedangkan syarikat karpet dan kedai elektrik jual lampu pun dah pakai Bebas TOL 1800, tapi Maxis Hotlink masih guna talian bercaj.

Samada mereka memang berniat nak sedut credit pelanggan mereka, atau itu adalah strategy nak mengelakkan pelanggan kerap telefon Customer Service Center. Nak jimat kos menggaji lebih banyak Call Center punya staff agaknya. Atau sebenarnya mereka memang jenis manusia yang ignorant.

Nokia E 52, Korang takyah google, aku dah letak gambor dah. ha tengok, inilah handphone paling canggih abad ini!



3) Apek Jual Minyak Polish Barangan Kulit.

Dulu kami sekeluarga pergi makan di satu restoren seafood di tepi pantai Tanjung, Mersing Johor. Zaman itu penuh dengan satu budaya jualan minyak urut cap boxing dalam Beg briefcase jamesbond dari meja ke meja makan.

Zaman lewat 90an belum ada lagi budaya orang cacat penglihatan minta sumbangan dan jual tisu dari meja ke meja macam zaman sekarang. Ok macam biasa, mari pendekkan cerita.

Kami sekeluarga pun duduk dekat meja makan, sambil-sambil tunggu makanan sampai, datanglah satu apek cina bawa briefcase james bond. Mula-mula kami ingat dia nak jual minyak urut Boxing dengan minyak lemak unta. Rupanya nak jual minyak polish barangan kulit.

Dia buka beg, keluarkan satu botol (botol standard minyak gamat) lepas tu dia tunduk dekat bapak aku seraya berkata.

" waaaaah bos aaaa, lu punya kasut manyiak cantik, ini sandal aaaaa bukan muuulah, kulit woo made in Italy!"

" Mana ada, ini selipar murah saja, apa pasal?" tanya bapak aku kembali

" Ini selipar mahal wo, kena jaga, mana boleh kasi biar, ini kena polish woo, nanti ha bos, saya kasi polish bagi kilat selupa baluu"

" Tak payah lah kawan, ini selipar murah saja, takpayah lah, tak payahlah"

" tak pa, tak pa, saya kasi polish ha, bos duduk diam-diam ha"

Apek tu pun bongkok, melutut depan bapak aku, dia keluarkan kain buruk, bubuh sikit minyak polish barangan kulit, dia polish polish polish polish selipar bapak aku.

Bapak aku senyum.

Apek terkejut.

Bapak aku sengih kerang busuk.

Apek angkat kepala buat muka pelik tambah malu.

Bapak aku angkat kening tinggi-tinggi.

Apek mula tersipu-sipu.

Bapak aku peluk tubuh goyang-goyang selipar.

Apek sambung senyum panjang tanpa kata - kata.

" Wa sudah kasitau apek, tak payah polish, ini selipar murah"

" Wa Bos, lu memang banyak kaya, lu beli selipar plastik ha selupa kulit juga wo! mana lu beli? wa pun mau!"

Sampai sekarang aku cuba selami perasaan bapak aku dan apek tu, macam mana perasaan malu dia?

Bapak aku malu campur segan, sebab orang puji dan semangat mengampu berlebih-lebihan.

Apek malu sebab polish selipar getah Cap Bowling bagai tiada hari esok.



Ha lebih kurang dah rupa dia ni, lebih kurang dah, selipar 'getah rupa macam kulit' mcm  ini lah yang bapak aku pakai tu.

 ***********tamat***********


p/s sudah sampai masa Maxis tukar pengurus customer service nya. nak pulak di dengar pendapat aku? pakat takdelah.

p/s berangan jap, chairman Seng Heng terbaca blog aku, dia nampak aku bagi good review syarikat dia, dia tetiba bagi Samsung galaxy S 3 sebagai token of appreciation, menggantikan nokia e 52 aku tu.

p/s kalau bapak aku tak boleh lupa muka apek tu, mesti apek tu pun tak boleh lupa peristiwa tu. Apa kabor apek tu gamaknya? tapi khidmat pelanggan dia mantap.

p/s masalahnya aku kutuk Samsung, jadi berangan jelah nak dapat Samsung Galaxy S 3 tu.

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...