Dalam perjalanan aku memahami agama Islam ini, banyak versi yang telah aku tempuhi, kalau korang baca karangan-karangan lama di blog ini, korang dah boleh agak macam mana asas pendidikan agama aku. Tiada lebih tiada kurang jika nak banding dengan korang semua. Boleh jadi korang lebih tinggi pendidikan agama dari aku.
Aku rasa dalam mendidik jiwa seorang muslim, ada dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Samada di dalam kelas atau mendengar dakwah di tepi jalan. Pertama jika kau mendengar Ilmu dan kau tidak faham, kau mesti bertanya sampai faham.
Kedua, jika kau dah faham, demi meraikan majlis ilmu dan memberi semangat kepada muslim lain, kau mesti Respon pada soalan atau sekadar memberi pendapat. Ada dua situasi yang berlaku dalam hidup sebenar aku untuk dijadikan contoh.
**************************************
Senario 1 : Bertanya jika Ragu
Aku ingat lagi, masa itu aku Pelajar UiTM Shah Alam dalam pengajian Diploma. Bila kau diploma, engkau wajiblah menjadi mangsa kerahan meramaikan majlis ceramah demi habuan cop kupon aktiviti untuk melayakkan dapat kolej semester hadapan.
Pada satu majlis ceramah kesedaran - Sempena kebangkitan Intifadha rakyat Palestin, Penceramah dari Palestin dan Malaysia memberikan ucapan dan berkongsi cerita yang sangat menginsafkan. Tapi walaupun aku insaf dan simpati, aku masih tak puas hati dengan satu isu.
Aku tunggu sampai sesi soal jawab, selesai beberapa soalan dari tukang tanya berskrip, maka ada lagi pertanyaan dari pengacara majlis yang semawa penonton untuk bertanya. Aku kira ia hanya formatiliti sebab lepas dia tanya "ada sesiapa lagi mahu ajukan soalan?" dia terus lekas-lekas mahu skip ke ayat penutup "baiklah, kita sudah sampai ke akhir......."
Tapi kali ini aku tak bagi peluang, aku terus angkat tangan dan bertanya, dan keadaan kaget sebentar sebab aku rasa diorang tak jangka akan ada soalan random. Maka aku pun bangun dan tanya.
" Assalamualaikum saudara saya dari Palestin, Saya bersimpati kepada saudara dan nasib-nasib saudara saya yang lain di Palestin, semoga Allah janjikan Syurga kepada Para syahid sekalian"
" terima kasih my brother, teruskan dengan soalan?"
" Saya cuma ada sedikit kemushkilan, berkenaan dengan perjuangan Rakyat Palestin terhadap mendapatkan kemerdekaan dan bebas dari Israel, kenapa Rakyat Palestin tidak bersatu semuanya? Kenapa mesti berpecah-belah kepada Hamas, Fatah, PLO dan lain-lain? "
" Soalan yang sangat bagus saudara. Pada saya, saya tak nampak masalahnya ada banyak parti di Palestin, walaupun kami ada banyak parti tapi matlamat kami sama iaitu mahu melawan Zionis. Sama juga dengan negara awak Malaysia ini, awak ada UMNO, PAS, Keadilan dan DAP"
" Iya tak iya juga. Tapi semasa kami berjuang mahu dapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, semua Melayu bersatu-padu dalam UMNO, Orang Cina dalam MCA, India dalam MIC dan mereka bergabung dalam satu parti perikatan dan hasil kesatuan kami itu buatkan British memberi kemerdekaan. Jika ada pun pihak berhaluan kiri, ia terlalu sedikit dan tidak significant"
" errrrmm... aaaa.. errmmm.. aaaa, kami terpaksa memilih parti kerana jika salah satu parti tidak mampu membela nasib kami, maka kami perlu memilih parti lain"
" Oh begitu, saya kira jika Orang Palestin semua bersatu mungkin gerakan akan lebih kuat dan impak lebih besar"
Pengacara Majlis tiba-tiba menyampuk dan menamatkan sesi soal jawab.
"okey saya rasa cukup sampai di sini saja sesi soal jawab, harap kalau Encik Zul ada apa-apa pertanyaan lagi, boleh tanya dengan ahli panel selepas majlis"
" Saya sudah tiada apa-apa soalan, cuma saya mendoakan kebangkitan rakyat Palestin menemui kejayaan suatu hari kelak, Insyallah"
Sebenarnya sampai sekarang pun aku masih belum puas hati, kalau aku puas hati, aku tak ingat benda ini begitu lama dan aku hamburkan cerita ini dalam blog.
********************************
Senario 2 : Respon jika faham
Pada satu petang pada tahun 1998, semasa aku tingkatan 2. Kejadian berlaku di Mersing kecil, Mersing, Johor.
Berlaku di depan rumah kawan aku, Kami baru lepas teroka belakang rumah dia tengok Buah Susu dan tengok budak-budak tangkap King Spider nak buat laga.
Tiba-tiba datang segerombolan Jemaah Tabligh. Azizan, Amirul dan Zaidi lari lintang pukang kayuh basikal laju-laju. Aku rilek, dan Hasmuni tak boleh lari lagi sebab dah kena kepung. Aku dari kecil memang mesra sikit dengan Jemaah Tabligh, sebab jiran aku masa duduk Selayang dulu ramai yang tabligh, dan aku takde pulak rasa fobia dengan diorang.
Maka bermulalah sesi tarbiyah dan dakwah.
" Assalamualaikum Adik, Abang nak ambil masa adik sekejap je, tak sampai 5 minit. Abang bukan nak pukul adik, tapi nak berpesan-pesan kepada kebaikan"
" baiklah abang, abang ada masa 5 minit untuk berpesan, saya sanggup dengar bang"
" macam ni dik, kita ni hidup di dunia bukan lama, suatu masa nanti kita akan ke akhirat jua, akhirat itu yang abadi, samada kita akan ke syurga atau neraka itu yang menjadi matlamat sebenar hidup. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan manusia......... ( dan ceramah berlanjutan utk masa 5 minit)..... Jadi abang harap adik dapatlah luangkan masa sekejap berjemaah di masjid untuk solat Maghrib sekejap lagi"
" Baiklah bang, terima kasih untuk nasihat abang. Kita manusia ni dituntut untuk berpesan-pesan sesama manusia, sepertimana dalam surah Al-Asr yang bermaksud firmannya....Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran"
" Alhamdulillah dik, adik ni lagi terer dari kami ni, terharu abang dengar adik cakap mcm ni, adik belajar mana dulu ni dik?"
" Alhamdulillah bang, ni semua ilmu Allah je, dia bagi pinjam je ni, saya tukang sampai je, saya mana belajar mana-mana, benda ni ustazah je ajar dekat sekolah agama fardu ain masa sekolah rendah"
" Iye ke dik? abang ingat adik sekolah pondok dulu, tak pun tahfiz ke, sekolah arab ke"
" Eh takdelah, sekolah agama rakyat je bang"
" kalau macam tu kami minta diri dululah ye, lagipun dah lebih lima minit ni, macam mungkir janji pulak, jangan lupa maghrib nanti ye"
" Insyallah bang"
Maka Hasmuni pun garu kepala, dia hairan sebab selama ini dia ingat Tabligh ni makan orang, rupanya tak makan orang pun. Lepastu dia pelik tengok kawan dia dari seorang pencari king spider dah jadi ustaz jadian. Aku pun pesan dekat hasmuni dan kawan-kawan, Lain kali kalau orang nak datang dakwah korang jangan lari, kalau nampak orang gila baru lari.
Hasmuni je beriya angguk kepala, yang lain hapah satu tak dengar, diorang gelak macam orang gila lagi ada.
****************************
Jadi semua, apa pelajaran kita pada hari ini? Iya, bagus anak-anak. Tak faham tanya. Kalau cikgu tanya, kalau tahu tu respon jawab, jangan dah tau kedekut simpan ilmu sorang-sorang.
"Malu bertanya sesat jalan" Kata peribahasa.
" Kedekut ilmu nanti kubur penuh air" Kata orang-orang tua.
Masalahnya orang-orang tua, atau orang tua-tua?
*******************tamat**************
P/s sorry lama tak update, bulan ni banyak kenduri kawin, sanalah sinilah situlah.
P/s ada lagi tak budak-budak main laga spider sekarang? aku rasa takde dah, sebab nak simpan labah-labah ni dalam kotak kaset, zaman sekarang mana ada orang simpan kotak kaset dah. Takkan nak simpan spider dalam thumbdrive ye dak?
P/s Lepas ni cerita zaman dulu-dulu pulak lah. Ni nak tanya sekali lagi ni, orang-orang tua atau orang tua-tua?
1. orang-orang tua atau orang tua-tua yek??? kalau ikut masa akak belajar Tatabahasa dulu yang betulnya orang-orang tua, tapi bahasa pasar orang Melayu selaku sebut orang tua-tua, ya gituuuu..
ReplyDelete2. Pergi pengantin sanalah.. sinilah... situlah... yg empunya diri tu, bila yek???
3. Cepat-cepat sikit buat entry zaman dulu-dulu tu ya :-))))
orang-orang tua tu mungkin merujuk kepada ramainya bilangan orang tua..
ReplyDeleteorang tua-tua tu pulak mungkin merujuk kepada orang yang dah memang tua yang teramat sangat..
boleh gitu? hahaha..
btw, betul tu..bila tak tahu bertanya..jangan eksyen macam tahu, lepas tu 'sesat' sendirian..bila dah tahu pulak, berkongsi..bukan tanda nak menunjuk pandai, tapi sekadar berkongsi pengetahuan..
betul betul betul.. kenapa Palestin tak nak bergabung... kalau mereka bergabung sesama parti, pasti meletup bak kata Adam dan Stacy..
ReplyDeleteOrang-orang tua laa..
penyebut malas nak sebut sebab ada empat suku kata.. campur tua jadi lima suku kata. Kalau Orang tua-tua cuma ada empat jer.. pendek sikit.. kah kah kah
berkenaan tabligh tu, aha kan masa kecil2 dulu selalu tengok orang tutup pintu bila nampak jemaah tabligh.. huhuhuhu...
ReplyDeleterasa2nya, ada gak panggil binatang tu makbon..
ReplyDeletetp taktau lah benda sama ke tak..simpan dalam kotak mancis..lepas tu, tarik bontot dia bagi keluar tali-tali mcm spiderman..
eh..aku komen gmbr je kan.. T_T