Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

September 27, 2012

Sempadan Peribadi

Assalamualaikum.

Sempadan peribadi, atau dalam Bahasa Inggerisnya privacy, isu ini adalah isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan bagi pasangan yang bercinta sejak dari zaman dulukala.

Definisi privacy sering kali disalahertikan oleh pasangan kekasih, dan seringkali yang matang akan mengikut yang kurang matang dalam menetapkan sempadan peribadi masing-masing.

Bila cerita pasal batas peribadi ini, aku selalu teringat cikgu aku masa darjah 5. Dia ada ajar pengetahuan am tentang zone keselesaan diri / sempadan individu.

" kelas, awak tau tak, selain dari keperluan makanan, minuman,perlindungan dan banyak lagi, manusia ni ada satu lagi keperluan dia?"

" apa dia cikgu?"

" Hak ruang individu"

" apa tu cikgu?"

" Macam satu ruang di sekeliling tubuh awak, yang awak tak benarkan orang asing untuk masuk, senang kira ukuran dia sehasta dari tubuh awak, bila ada orang dekat sangat dengan awak, awak akan rasa tak selesa dan secara semulajadi awak akan anjakkan diri awak dari orang itu"

" Owhh maknanya macam kawasan untuk diri sendiri rasa selesa la cikgu ye?"

" ye, betul tu, walaupun hukum agama cakap tak boleh sentuh bukan mahram, tak boleh pukul orang, tak bermakna awak boleh tenung muka dia setengah inci dari muka awak, kalau awak sendiri pun rasa tak selesa kan?

" ok paham cikgu paham"

************************

Dalam kehidupan berumahtangga dan berkasih-mesra, manusia bukan 24 jam mahukan intimacy atau bahasa pasarnya cuddling, ada masa dia nak kehidupan normal dia,dia nak berak, makan, rehat, bersukan, kerja, ibadah dan sebagainya.

Maknanya, kalau ada masa pasangan kau macam taknak bercuddling dengan kau,tak bermaksud dia dah tak sayang kau, cuma dia nak bagitahu bahawa....

"walaupun kita dah jadi satu pasangan hidup namun tak bermakna saya serahkan hidup saya pada awak" atau " tak bermakna saya perlu menjadi awak"

aku suka ambil contoh mak ayah aku, walaupun mereka bukan pasangan ternama, tapi bagi aku mereka adalah contoh terbaik dan terapat pada aku. Sepanjang aku hidup dengan mereka,aku tak pernah tengok Mama selak wallet abah sesuka hati tanpa sebab, dan yang lebih respect, abah pun tak pernah selak purse mama sesuka hati.

Lagi aku kagum, abah kalau ada hal nak ambil benda penting dalam purse mama, dia akan ambil purse, serah pada mama dan cakap "awie, bak sini Lesen kamu, Yeop nak hidupkan, kamu tak pernah nak cek lesen kamu mati ke hidup?kamu ni awie...bla bla bla bla"

Dan keluarga kami pun menerapkan konsep "menghormati zon keselesaan individu secara komprehensif" mama dan abah takkan masuk bilik kami sesuka hati, anak-anak pun tak masuk terjah bilik mama abah. Malah nak guna bilik air master bedroom diorang pun siap tanya dua tiga kali, baru lah guna.

************************

Dengan dunia moden yang mencabar ini, maka manusia didedahkan dengan pelbagai social network seperti Blog, Facebook, Skype, Email dan Twitter.

Dan aku sebagai golongan dewasa muda yang membesar di antara dua zaman mula merasa pelik dengan anak-anak muda zaman sekarang ini yang mengukur nilai kesetiaan pasangan melalui kesanggupan berkongsi Password...

"Password twitter, facebook u semua kena bagi kat i, kenapa u taknak bagi? u nak sorok-sorok yang u nak flirting dengan makwe lain? kalau u betul-betul jujur buat apa takut nak kongsi?"

1) Kadang-kadang, ada lelaki yang betul-betul jujur, dia tak menggatal dengan sesiapa,tapi dia memang jenis taknak bagi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain hatta makwe dia sendiri. Mungkin itu prinsip dia yang telah ditanamkan dari kecil. Mungkin dia tak rasa selesa nak bagi hak dia pada orang lain.

2) mengelakkan fitnah - mungkin ada spam email web gay ke, atau kawan lelaki dia buat lawak hantar email cerita gay, gambar lelaki gay bogel ke, pastu kau baca kau terus reka cerita dalam minda yang pakwe kau closeted gay.

3) Kadang-kadang  dia tak nak bagi sebab mahu mengelakkan salah faham berlaku, mungkin dia tak pernah menggoda orang lain, tapi orang menggoda dia, bagi email lucah dan gambar lucah, dia tak reply pun, lepas tu awak buka email dia, awak tak sempat nak siasat betul-betul terus nak mengamuk, udah gaduh.

" U memang, jantan tak guna, ni kenapa ada gambar betina garik hantar gambar tetek dia dekat u ni? u ada skandel dengan dia eh? i dah agak dah, i dah agak dah, sebab tu yang u tak boleh berenggang langsung dengan facebook u kan? sebab tetek ni lah kan?"

" mana ada sayang, saya tak pernah contact dia pun, dia ni minat kat saya, dia selalu email saya gambar-gambar bogel, selalunya kalau i bukak email, nampak nama dia, i tak bukak email tu,i terus delete. Semenjak u pegang password i ni, u yang bukak kan? skrg u nak tuduh i menggatal pulak. U ni dah hilang akal ke apa?"

" I taknak dengar alasan u, i tak percaya apa yang u cakap!"

" kita clash!"

*****************************

Macam zaman sekolah dulu, kita mesti ada sorang kawan-kawan yang pemurah,dia selalu belanja kita jajan tapi awas,jangan sesekali kongsi air tin dia, mesti mengamuk dan merajuk dia nanti. Bukan bermakna dia taknak kongsi air tin dia itu dia kedekut, cuma dia tak biasa nak berkongsi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain, kalau nak sangat dia boleh belanja lain.

Amat malanglah pasangan yang mengukur nilai kesetiaan dan pengorbanan pasangannya itu dengan kayu pengukur social network. Amat malanglah pasangan yang mengukur kejujuran pasangannya dengan kesanggupan mahu berkongsi password akaun atau tidak.

Bukan semua benda dalam dunia berpasang-pasang ni kau nak kena kongsi, cuba fikir kenapa bilik air dalam bilik kelamin itu ada pintu? kalau nak ikutkan berkongsi segalanya, tiada lagi rahsia, maka tak perlulah nak berpintu-pintu bagai. Biar je terlapang macam tu. ha inilah analogi hendak menerangkan tentang sempadan peribadi, atau privacy atau zon keselesaan diri.

Cuba fikir kenapa bila makan nasi, masing-masing nak guna pinggan sendiri sorang satu, padahal kalau nak fikir pasangan sehidup semati semua berkongsi,baik bubuh nasi banyak-banyak dalam satu pinggan makan kongsi, suap-menyuap sepanjang hari, sepanjang tahun sehingga mati kan?

Eh aku sekali lagi rasa benda ni common-sense dan aku telah merugikan masa aku membebel benda yang tak perlu nak diajar pun, korang semua dah besar dan boleh fikir masalah ini sendiri.

Pokok pangkalnya, jika anda ada prinsip tentang hak sempadan peribadi / privacy anda yang telah anda amalkan sejak kecil dan ia adalah nilai murni, anda patut bangga mempertahankannya. Anda jangan takut untuk mempertahankan hak sempadan peribadi anda. Kerana keperibadian individualistik itu adalah hak milik setiap insan.

************tamat**************

Ini gaya aku membaca secara candid, makwe yang tangkap, tu muka senyum terharu baca 'lovejurnal' scrap book mcm movie hollywood. kenapa letak gambar ni? saje letak sebab aku rasa aku hensem dalam gambar ni. 

Gaya aku menulis, tangan yang hadang tu bukan habit,tapi konon nak nyorok taknak orang baca apa aku tulis. Lokasi Ikea.



P/S Bercinta/berumahtangga adalah tentang berkongsi hidup dan berkasih sayang, ia bukan tentang "aku menjadi kau" atau aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada kau"

p/s Mak aku tak pernah tau nombor pin atm bapak aku,dan bapak aku tak pernah tau nombor pin mak aku.

p/s aku bersyukur dapat makwe yang memahami dan sependapat dgn aku,dia tak pernah timbulkan hal nak mintak no password akaun social network dan dia pun tak suka org mintak2.

p/s Ya, aku sejak kenal dunia internet dulu lagi, aku tak pernah bagi password akaun aku kepada sesiapa hatta makwe, adik beradik, dan sahabat andai dan itu adalah Sempadan peribadi aku.

April 7, 2012

Antara Rupa dan Sifat

Assalamualaikum..

Tadi aku sembang dengan abang sulung aku.

Sepatutnya ayat aku berbunyi begini, " Tadi aku sembang dengan abang aku" kerana aku ada sorang je abang, bila aku sebut abang sulung maka ia telah berlaku pengulangan atau orang putih sebut 'Redundant'.

Tadi aku sembang dengan abang aku fasal kaedah memilih perempuan untuk dijadikan teman hidup.

" Ikar, ikar nak tau tak? Dalam hidup Karnain sekarang ni ada 3 perempuan, dan 2 orang tu rupanya cantik"

" Ok, lepas tu?"

" yang sorang ni nama *Syima, dia cantik sangat, persis model, tapi hati dia terlalu dingin"

" okey, yang tu ikar kenal, yang lagi sorang pulak?"

" Yang lagi sorang ni muka takdelah macam model tapi  manis cantik sedap dipandang, Body pun sedang-sedang elok, boleh membangkitkan keghairahan"

" okey yang nombor dua ni ikar tak kenal, mana datang pulak?"

" yang second ni budak office, officemate karnain kenen-kenenkan kami, tapi dia lebih tua dari karnain setahun lah"

" okey sambung ke gadis yang ketiga"

" yang ketiga ni sayang karnain sangat, muka comel, boleh diterima, boleh bawak majlis, keluarga berada, kalau setakat nak dulukan duit time-time hujung bulan tu takde hal lah, kalau pergi dating tu kiranya budget boleh main gilir-gilir lah, cuma dia chubby sikit, nak kata chubby banyak pun boleh lah"

" habis tu karnain sayang yang no 3 ni kerana hartanya ke?"

" Takdelah, karnain sayang dia sebab jiwa dia mesra, penuh dengan kasih sayang, walaupun dia tak cantik sangat macam model, tapi hati dia ikhlas nakkan Karnain ni"

" jadi betul lah teori ikar selama ni, perempuan ni tidak boleh tidak, kita akan jatuh cinta pandang pertama pada rupa parasnya, Itu adalah hukum alam, Tapi lepas kita dah jatuh cinta yang penting selepas itu, selepas itu apa? selepas itu adalah pengisian cinta. Jatuh cinta kemudian tiada pengisian cinta, takde makna"

" lepas apa yang terjadi pada Karnain, maka betullah apa yang ikar nasihatkan selama ini"

" Ikar bukanlah nak jadi doktor love, tapi kalau muka lawa macam Natasha Hudson pun kalau jiwa macam kayu, hati macam batu, berbual kaku, turn on kat muka tu pun lama-lama boleh turn off tau!"

" contohnya, Ikar?"

" Contohnya macam Karnain ngan Syima lah, Muka lawa, body delicious, tapi hantar Sms awak tengah buat apa? dia reply nothing, sms esok saya nak pergi jogging dia reply K, sms hari ni saya stress sangat dia reply Y? hapah satu pun takde nak bagi kita excited karnain oi"

" tepat sekali, betul betul betul, karnain setuju, turn off!" * baca turn off dengan nada keras lambang penegasan keterangan ayat.

" so pilihlah perempuan yang menggairahkan mata karnain dan mengisi jiwa nan tandus, moga berkekalan cinta itu hingga ke akhir hayat hendaknya, bab chubby tu boleh adjust, realistik lah sikit, jek jek dia suruh senam lebih, tak boleh slim pun janji ada shape dah kira okeylah tu"

" Orite"

Ini Natasha Hudson, bagi aku dia dalam kategori cantik, tengok dua beranak ni! alolololololo comeynyeeeee mak dia.

******************************

Kepada kawan-kawan perempuan, itulah dia rahsia kami orang lelaki, aku tak tahulah pula kalau lelaki lain macam mana, tapi kalau aku dengan abang aku memang macam dialog di ataslah bila kami memikirkan kriteria yang perlu ada pada wanita.

Maka teori tentang stigma begini....

" aku hairanlah dengan minah cun tu, muka sikit punya lawa, tapi balak muka macam penyamun pecah rumah!"

atau

" Woih, cute gila ah mamat tu, tapi sayang ah girlfriend dia muka biasa-biasa je, dia deserve yang lebih cantik kot!"

Memanglah kita semua samada lelaki atau perempuan akan tertarik dengan wajah yang cantik. Itu adalah hukum alam semulajadi, kita akan suka benda cantik. Sebab itulah pun Allah swt ciptakan wajah, selain berfungsi dengan fungsi-fungsinya, wajah juga diciptakan sebagai medium pengenalan diri.

Tapi jatuh cinta pada wajah yang cantik itu perlu kepada pengisian cinta juga. Kalau setakat jatuh cinta je takde pengisian samalah analoginya macam mat rempit jatuh cinta pada Lamborghini Diablo. Setakat Jatuh cinta je, tapi kemampuan untuk memiliki takde. Jadi apakah pengakhirannya? setakat tengok je lah.

Kalau aku cakap aku tak jatuh cinta dengan wajah yang cantik tu maknanya aku tipu, kalau korang juga cakap korang tak jatuh cinta pada wajah yang cantik juga korang menipu. Tapi pokoknya adakah jatuh cinta itu akhirnya akan membuatkan korang setiap hari dilamun cinta? Atau ia sekadar crush?

Maka tidak hairanlah jika ada Awek yang muka macam Neelofa boleh jatuh cinta dengan mamat muka pecah. Tidak hairanlah juga kalau ada pakwe muka macam Aaron Aziz boleh jatuh cinta dengan awek muka macam biasa-biasa je. Yang penting sembang-sembang cinta itu bisa membuatkan kau berguling-guling dekat katil peluk bantal melepek kat dinding.

Ini adalah Neelofa, owh dia ni Dewi Remaja, Aku sorang je ke yang baru tau? atau aku ni memang  tak ikut perkembangan artis? 
************************

Takde bezanya antara kita lelaki dan perempuan, sama je. Tanya soalan pusing-pusing, tanya ustaz, tanya pakar cinta, tanya pakar motivasi, sembang dengan mak, abang, kakak atau kawan baik. Alih - alih jawapan dia tetap standard, pusing kot mana pun jawapan dia macam ni.

" Aku tak kisah rupa cantik ke tak, asalkan sedap mata memandang, pandai buat aku gelak, tak bosan, ikhlas sayang kat aku, ada ciri-ciri boleh jadi ibu/ayah yang baik, ada pengetahuan agama, boleh bimbing aku ke jalan yang benar, aku pasti aku akan sayang dia sangat!"

***********************

Kepada kamu, kamu dan kamu yang rasa diri kamu tu tak lawa, kamu janganlah rendah diri sangat, mungkin kamu tak lawa pada pandangan orang lain, tapi kamu lawa pada pandangan dia, mungkin kamu gemuk di pandangan orang, tapi kamu chubby-chubby comel di padangan dia, mungkin kamu gigi sompek, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang bergigi sompek, mungkin kamu hitam, tapi mana tau dia turn on dengan orang yang berkulit hitam.

Kecantikan bukankah bergantung kepada mata yang melihat?

Ha kepada kamu yang perasan diri cantik tu, baguslah kamu cantik, tapi janganlah pula sampai kamu take for granted kepada orang yang menghargai kamu, nanti satu masa nanti dalam hati dia kata kamu tu dingin macam kayu, baru kamu gelabah cari pakwe muka pecah buat pengganti.

*********tamat**********

p/s I *syima bukan nama sebenar, Neelofa tu pulak jujur aku ckp, kalau aku tak google skrg aku tak tau dia femes sebab apa, bukan provoke, jujur ni. aku sebut sebab ramai orang sebut je.

p/s II selain dari sense of humor, bersifat keibuan, berfikiran kreatif, tak merimaskan, tak manje sangat, aktif dan happy go lucky, aku juga suka perempuan yang pandai masak dan pandai menari, bila dia akan gunakan  skill menari? itu rahsia saya.

p/s III Org kata cantik tak penting, sebab bila dah tua cantik akan hilang. Tapi bagi aku, walaupun tua nanti cantik tu hilang, tapi masa muda tu sempatlah nak merasakan cantik itu, alah kita semua hipokrit, The Ugly truth is kita semua menyanjung kecantikan, jika tidak takkan kita semua terpana melihat artis yang cantik, takkan industri kosmetik berjumlah billion dollar setahun.

p/s IV senang macam inilah, kita semua cantiklah, kita semua cantik, kira tapau senang kira.

March 27, 2012

Cinta itu Lagha?




Assalamualaikum...

Isu ini berbunyi cliche, kalau nak ikutkan pemahaman aku, tak perlu aku terangkan pun orang boleh faham pasal keperluan cinta dalam hal kehidupan Insani. Yang menjadi masalahnya adalah ramai yang mula paksa diri untuk menukar pemahaman asas itu dengan trend golongan konservatif ultra dalam agama.

Ramai yang cuba menafikan kewujudan perasaan cinta dek kerana takut dicop melakukan zina hati, padahal mereka lupa tentang kisah-kisah cinta zaman nabi-nabi dahulu kala dan zaman Para Sahabat. Ada pula yang jenis mencari justifikasi untuk mereka mempunyai nafsu, padahal mereka telah melakukan hipokrasi.

Jika mereka memilih jalan bersederhana pasti mereka tidak akan merasa sengsara menipu diri sendiri, jika mereka mencontohi Rasulullah, Para Sahabat dan Isteri-isteri mereka pasti mereka akan bergembira meraikan cinta, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk mencontohi golongan Zuhud melampau, ahli bidaah dan ahli tasauf extreme yang menjatuhkan status dosa jika mereka mempunyai keinginan untuk mencintai.

********************
Cinta adalah perasaan suka kepada sesuatu subjek atau individu bersertakan rasa keghairahan. Ghairah untuk bersama, ghairah untuk bersatu membina keluarga, menghasilkan zuriat untuk meneruskan kelangsungan spesis manusia.

Cinta itu terbit dari keinginan nafsu normal manusia. Sama macam keperluan asas manusia lain seperti makan, minum, tempat tinggal, berpakaian, berkomuniti, berkomunikasi. Cinta bukan ciptaan ahli falsafah atau penglipur lara, Ia hanya satu mekanisma pemikiran primitif yang telah disetkan di dalam otak manusia.

Lelaki mula matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - hormon seks semulajadi terhasil dalam badan - ghairah melihat perempuan cantik bertubuh montok - terasa itu adalah pasangan hidup untuk proses pembiakan dan membina koloni - keluarkan skill menggoda samada ayat atau show off tenaga - pikat perempuan - kahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.

Perempuan matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - perasaan keibuan datang secara semulajadi - Rahim tersedia untuk menerima benih - Terangsang melihat lelaki maskulin - signal kepada akal bersedia untuk menjadi ibu dan membesarkan zuriat - digoda dan menggoda - berkahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.

Contoh kronologi di atas berlaku secara semulajadi kepada kita semua sejak Adam dan Hawa diciptakan. Indahnya Islam itu apabila ia tidak menyeksa ummatnya dengan mengekang mereka dari hidup dengan fitrahnya sendiri.

Apabila kau melawan fitrah semulajadi manusia ini yang buatkan kau sengsara, apabila kau menipu diri itu yang membuatkan jiwa azali kau memberontak. Tidak ubahlah seperti Sami buddha yang berikrar untuk tidak berkahwin dan mempunyai nafsu seks. Sama juga dengan Paderi katolik yang bersumpah untuk hidup membujang sehingga akhir hayatnya, jika semua ini adalah contoh kehidupan sempurna, maka bagaimana spesis manusia akan berkembang biak?

padahal ramai di antara mereka yang anti dengan cinta itu meraikan cinta secara tak langsung bila tengok cerita Aqasha-gigit-gigit cuping telinga - kecilmu, ada yang secara tidak sedar mendengar dan menyanyikan lagu2 cinta dan yang tengok filem romantik, itu menunjukkan semua manusia memerlukan cinta dalam hidupnya
********************

Keinginan hati kepada individu berlainan jantina itu adalah nafsu, ia terbit tanpa kau fikirkannya, masakan kau berdosa jika ia terbit dari hal yang kau tidak sengaja? pokoknya bagaimana kau mengawal nafsu, Bagaimana kau mengawal keinginan hati kau nak beromen itu dari memperaktikkannya.

Sebab itu diturunkan wahyu kepada Nabi saw, sebagai panduan bagi manusia mengawal nafsu, sebagai garis panduan bagaimana menghalalkan nafsu yang semulajadi itu agar nampak lebih beradab dan bertamadun. yang mana boleh membezakan kita dari binatang. Apakah ia? ia dinamakan pernikahan.

Banyak kisah-kisah para sahabat yang menceritakan pasal keinginan mereka kepada pasangan mereka, ada kisah yang minta nasihat kepada baginda samada memilih Anak dara atau janda. Ada kisah pasal Nabi saw nasihatkan sahabat melihat dulu wajah calon samada akan terbit rasa cinta atau tidak kemudian baru afdhal berkahwin.

Perkahwinan itu adalah atas dasar rela, Perkahwinan itu adalah satu ritual perasmian cinta. Samada cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin bukan menjadi hujah untuk menafikan cinta.

Kau nak beli Smartphone, kau pergi lowyatt, usha semua smartphone yang ada, belek-belek Iphone, Samsung Galaxy S dan HTC, last kau jatuh cinta dengan Samsung Galaxy S, Bila kau dah jatuh cinta baru kau beli, masakan kau nak beli benda yang kau tak suka? Kita ni manusia tahu? Nabi pun pilih wanita yang dia suka dan cinta, inikan kita pula manusia biasa sibuk nak kekang diri kita dari memilih pasangan hidup atas dasar cinta. Kenapa?

Pokoknya janganlah pula kerana cinta, kau masuk rumah anak dara pergi bersenggama pula, janganlah pula kau pergi dating beromen belakang semak, itu yang salah.

Common sense, ini masalah common sense, aku rasa macam rugi pula sembang panjang-panjang masalah asas macam ni. Aku yakin pembaca aku ada kualiti pemikiran yang tinggi untuk memahami bahawa masalah ini adalah masalah remeh.

**********Tamat**********

Ha kalau perkahwinan sesama jantina sudah pastilah ia bercanggah dengan fitrah manusia, kerana lelaki kahwin lelaki tidak akan sampai matlamat asas iaitu proses membiak untuk meneruskan kelangsungan spesis manusia ** gambar di atas sekadar hiasan, bukan perkahwinan Gay merpati dua sejoli.

p/s  I Common sense dalam Bahasa Melayu apa? a- deria asas. b- Pemikiran asas. c- logik akal ?

p/s II Nampak macam panjang, tapi kalau ikut standard Blog Rasa Hati, Ini jatuh kategori entry post pendek.

p/s III aku rasa semua kawan-kawan aku yang dah berkahwin paling tidak mesti bercinta kejap sebelum kahwin wahima keluarga yang aturkan. Yang poyo sangat kempen cinta lepas kahwin ni adalah mereka yang belum berkahwin.

p/s IV Padahal majoriti yang dah berkahwin dalam senyum je cakap sambil baca entry ni, " saya bercinta sebelum berkahwin, saya okey!..... lepas berkahwin pun saya bercinta, saya Okey!"

p/s  V Aku paling muak dengan lawak ni : " kau dah kawin ke belum?" " aku dah kahwin, nikah je belum" megah sangatlah nak cerita kat orang yang kau dah kahwin tapi belum nikah? megah sangat lah, tak lawak langsung. boring gila lawak mcm ni.

p/s VI aku syak selain dari membaca entry post atas, sesi p/s ni pun macam penting je, aku syak lagi, fungsi p/s telah dicabuli oleh aku secara rakus, sepatutnya P/s mestilah ringkas, padat dan terasing.


March 9, 2012

Kerana Awak Gadis Saya

Assalamualaikum..

Dulu pada satu masa
Ada seorang lelaki, jiwanya kering dengan cinta.
Kata hatinya ......
Aku ada ramai sahabat taulan bergelak sakan,
apa dihirau perhatian perawan
Selang sehari berbagai gadis kerap datang mengetuk pintu.
Dan menawarkan cinta yang baru
Lelaki itu tidak pula berlagak angkuh,
Disambutnya cinta tanpa jiwa dipertaruh.
Baginya apa salah kalau dicuba,
mungkin diri ini masih laku agaknya.

Namun hatinya tetap kering dengan cinta.
Namun hatinya tetap tandus dengan bahagia.
Ditilik-tilik cinta yang datang namun tidak bertemu jawapan.
Kenapa cinta itu terasa palsu sedangkan diri mencuba sedaya perlu?

Pada satu hari,
Lelaki itu duduk diam berceloteh gaya biasa
Datang seorang gadis ajak bicara.
Petahnya, akalnya, jenakanya,
Perhatiannya dan jujur perasaannya gadis itu
menyimbah basah jiwa yang kering
menghapuskan sumpahan hati terasing
lantas meraikan cinta bak musim bunga
yang sebelum ini tidak pernah dirasa.
Berubahlah hati lelaki itu yang tandus dan gersang
Menjadi oasis subur di musim yang panjang

Rasa yang semua jika dirangkul bersama
Membuatkan kaki tak jejak bumi
Rasa bagai tenggelam dalam diri sendiri
Khayal dan asyik pada masa yang sama
Bak ketagih dadah percuma
Tanpa perlu suntik dan nyala
Tangan lemah gemalai bagai tumbuh sayap asmara
Mahu terbang ke langit biru.
Jatuh dia tidak akan ragu
Kalah dia tidak akan malu

Gadis itu bukan sempurna manusia
cuma dia melengkapi yang tiada
Gadis itu bukan bidadari syurga
cuma dia hadir menawarkan cinta
Gadis itu bukan bayangan fantasi
cuma dia merealisasikan mimpi

Namun yang pasti
Gadis yang datang membuatkan lelaki itu
Merenyukkan nota garis panduan wanita pilihan
Membakar senarai pendek calon idaman
Dan meranapkan falsafah idea cinta utopia

Lantas lelaki itu
mengangkat slogan cinta tanpa alasan
Menyanyikan semua lirik bait lagu cinta
Dan tidur dibawah langit terbuka
Semata mahu menyampaikan maksud hatinya
Betapa aku mahu dan aku cinta


Saya tidak mahu gadis lain
Saya hanya mahu awak
Kerana awak gadis saya.






********************************


p/s ye awak, haaaa awak, awaklah, apa pandang kiri kanan lagi tu,awak tu.. Ya, saya maksudkan awak lah!


September 12, 2011

Alamak Minah ni Potong Stim Lah

Assalamualaikum...

Dulu aku ada seorang kawan perempuan, kawan perempuan ni aku sangat sayang. Aku sayang melebihi had seorang kawan perempuan biasa. Aku sayang dia seperti kekasih hati. Pada masa yang sama perempuan ini juga menyayangi aku seadanya. Tidaklah pulak aku dapat menyelami jauh ke dalam lubuk hati dia samada dia mencintai aku sepenuh jiwa atau tidak. Tapi apalah yang mahu disoalkan sangat. Nama pun melayan cinta zaman remaja, bukan tentu menjadi cinta telenovela.

Seperti biasanya, cinta zaman remaja adalah cinta yang poyo. Cinta zaman remaja adalah cinta pemberontakan, jangan harus dipersoalkan ke mana hala tuju cinta itu, mesti nanti remaja akan memberontak cakap orang lain semua tak tahu.

Pada masa itu aku bereksperimen dengan fitrah nafsu lelaki aku, bagaimanakah terujanya aku apabila gadis memberikan ransangan nafsu yang dijustifikasi dengan perkataan cinta. Betapa cinta itu sangat indah...

Biarlah gigi dia tak cantik

Biarlah pipi dia ada parut jerawat

Biarlah dia hanya anak orang biasa-biasa saja

Biarlah body dia bukan 36 - 27 - 34...

Biarlah Kulit dia tak gebu..

Semua aku tak peduli, yang penting perasaan cinta itu mampu memabukkan aku jauh dari dunia realiti. walaupun dia manusia biasa, aku juga perlu sedar aku berada dalam satu liga dengannya.

Pada masa tu, aku menyayangi diri dia seadanya, pada masa bercinta itu, aku merasakan dia sudah cukup indah untuk aku. CUKUP indah, bukan PALING indah..

*******************

Tapi makin lama aku berkawan dengan dia, makin pelik-pelik ngidam dia, nak kata aku bagi dia ngandung, Nauzubillah takde pulak aku pernah check in mana-mana dengan dia.. Dulu sumpah aku sangat sayang dia, biarlah dia tak secantik camelia atau Siti Nurhaliza, atau secomel Nurjumah Habib Muhamad, tapi aku terima dia seadanya kerana perasaan sayang yang ikhlas.

Masa tu aku merasakan pengorbanan seorang kekasih itu adalah tentang membahagiakan kekasihnya. Tetapi makin lama aku merasakan perangainya mula potong stim..

" Awak, saya taknak la naik EX5 awak ni, saya gayat la, lain kali  kita dating KL kita naik RapidKL je ye wak"

" Aik, dan dan pulak gayat? dulu elok je tak gayat? bukan awak cerita awak kat kampung suka ronda-ronda naik motor ke?"

" ala, takyah la banyak soal, kita naik bas je la ye, okey ape naik bas, bukan saya mintak naik kereta pun"

Korang dapat sama-sama rasakan betapa renyuknya hati aku masa tu? betapa kecewanya aku bila dengar dia mengeluh dah taknak naik EX5 dengan aku lagi? siap mention pasal kereta lagi...Masa tu dalam hati aku dah mula rasa macam ni...

" alamak minah ni, potong stim la"

Takpelah demi membahagiakan kawan perempuan, aku pun ikut la kehendak dia nak naik bus pergi dating,  rabak duit belanja aku cakap kau, kalau naik motor isi minyak RM 5.00 selesai dah nak lepak KL hujung minggu. kalau naik public transport, korang kira sendiri.

Bus 222,  seksyen 2 Shah Alam - Pasar Seni - Shah Alam = RM 4.00/seorang.
Putra LRT, Pasar Seni - KLCC - Pasar Seni = RM 3.00/seorang

Tak ke perbelanjaan seorang dah RM 7.00 untuk transport je, belum lagi darab 2, konon-konon pakwe caring nak support makwe, dah RM 14.00 sehari. tu baru transport je, belum tiket wayang, makan-makan, air tin, sepit rambut rama-rama, cinggam nak kunyah bagi mulut tak busuk ngan tisu seringgit lap kulit muka minyak kena debu kotaraya kan?

Dah lah, aku malas nak sambung buat kira-kira matematik kat sini, nanti aku pening, pastu korang cakap aku lelaki berkira lak. "Berkiranya kau Zulfikar, patutlah kau takde girlfriend"

Pandai-pandailah korang agak sendiri betapa banyaknya duit yang kena allocate setiap kali keluar dating, mana tak habis duit PTPTN kan? Bodoh punya student tak sedar diri. Orang suruh pergi study, kau pergi menggeletis, kan dah takde duit nak makan, buku teks pun pergi photocopy.

*************

Lepas dah buang tebiat tak nak naik EX5 pergi dating, dia buat perangai lagi, dia cakap dia taknak makan nasik campur, tak selera katanya, kalau dating nak makan Macdonald dengan KFC je. Aku rasa dia segan nanti tangan dia bau belacan kot masa pergi jalan-jalan.

Dah lah aku suka makan nasik campur, lauk gulai lemak cili api ke, asam pedas ke, kari ayam ke kawan dengan sambal belacan dan ulam petai, baru la kenyang perut melayu aku ni. Tapi demi nak membahagiakan kawan perempuan aku ni, aku layankan je la nak makan Macdonald.

" Awak, jom makan Mcd jom, saya lapar la"

" kita makan nasik campur lauk ikan bakar dulu la kat Seksyen 2, pastu baru naik bas"

" taknaklah makan nasik campur, nak makan McD, sekali sekala apa salahnya, boringlah asyik makan nasik je"

" hai berpuluh tahun makan nasik, kali ni lah pulak awak nak boring ye"

" Takpelah, awak nak makan nasik awak makan lah, saya kenyang, nanti saya lapar, saya makan McD k"

Pada masa ni aku rasakan dalam hati......

"Alamak minah ni, potong stim la"

*******************

Pada satu masa, aku dengan dia dalam bus bernombor 222 dari Shah Alam ke KL. Sedang aku melangut dekat tingkap bas, memandang jauh termenung memikirkan masa depan aku dan Dia. Bas itu berhenti di satu bus stop menurunkan penumpang.

Masa kat bus stop tu, ada sebuah Satria GTI, pada masa tu apa dikenangkan, Satria GTI adalah kereta terhebat. Kehebatan satria GTI adalah sehebat belalang tempur Kesatria baja Hitam. Satria GTI adalah Lamborghini Diablo versi Khatulistiwa.

Aku tak pedulikan satria GTi tu, ada Honda EX5 pun dah mujur, itu pun bapak bermurah hati nak bagi hadiah dapat masuk Universiti, Satria GTi konon, penampo nak? elok aku ngelamun dekat tingkap bas tu, datang kawan perempuan aku ni rapat ke telinga aku dan berbisik...

" Ikar, nanti ikar datang rumah ayang nak meminang, wajib bawak satria GTI tau"

aku ambik masa 3, 4 second duk diam tenung keluar tingkap bas digest kata-kata dia, aku buat muka menyampah..lepas tu aku pusing pelan-pelan kepala aku mengadap muka dia..

" Kalau ikar takde kereta Satria GTI?"

" Ayang taknak terima pinangan, takyah datang terus lagi bagus"

" Kalau datang bawak perdana V6?"

" Taknak, nak satria GTI jugak"

" kalau datang bawak BMW 3 series?"

" Taknak,  nak satria GTI...kan ayang cakap nak satria GTI, ikar ni tak paham ke?"

" Habis tu, kalau ikar satu masa nanti tak mampu, datang rumah ayang nak minang naik Van Venette je macam mana?"

" takyah datang lah! Kalau nak datang meminang ayang, mesti datang dengan satria GTI, muktamad"

Pada masa tu aku merasakan dalam hati nak je aku carutkan muka budak ni, tiket bas pergi KL pun aku sponsor, ada hati nak demand lebih-lebih plak,Mungkin kawan perempuan aku masa tu tengah alami sindrom bengap tak sedar diri kot. Takpe sabar, bagi can, budak baru nak up!

Pada saat itu, aku merasakan dia bukan lagi perempuan yang mula-mula aku kenal dulu. 2, 3 bulan di Shah Alam telah merubah manusia menjadi Plastik dan Materialistik.

"Dalam masa sedetik waktu, EX5, Nasik Campur dan ikan bakar sudah tidak  lagi mampu memenuhi keinginan nafsumu. Dalam masa singkat kau sudah tidak betah untuk duduk bonceng motor kapcai dengan aku. Belum lagi aku jatuh miskin kerja kutip tin kau dah tunjuk belang. Gamaknya kalau aku pergi kelas jalan kaki, mau sebelah mata pun kau tak pandang"

Pada masa tu, dalam hati aku..apa yang korang rasa? heh ape lagi kan tema ayat 'punch line' kali ni.. mestilah....

"Alamak minah ni, potong stim lah"

****************

Selang 2,3 bulan lepas peristiwa ni, aku pun dah tak lagi rapat dan menyayangi dia, sebab aku rasa, lain benar dia dulu dan sekarang, Sayang seadanya itu telah berubah menjadi sayang mengada-ngada.

Jenuh aku cari salah aku, memang aku ada banyak salah, aku lelaki mengada-ngada, makan nak nasik campur taknak macD, keluar dating nak naik Motor, takde kereta, aku bersalah sebab cepat sangat menjadi jengkel terhadap kesilapan perempuan, tak sabar dengan kerenah Satria GTI dia.

Mungkin jugak sebab dia memang dah tak sayang aku. Nama pun cinta, cinta melibatkan 2 pihak, satu yang mencinta dan satu yang dicinta barulah jadi saling mencinta. Kalau sorang je nak mencintai, seorang lagi bolayan, itu bukan Bercinta, itu namanya syok sendiri.

Tapi tidaklah hairan mana, rupa-rupanya dia sudah ada teman baru dengan kereta Gen2, walaupun itu bukan Satria GTI idaman kalbu, tapi sekurang-kurangnya dapatlah elak mekap dari kena debu.

Pada masa itu, aku melihat dia dari jauh dengan senyuman puas sambil bersandar di kerusi Gen2, dan aku tetaplah memulas Throttle EX5 buruk aku. sambil itu aku bercakap sorang-sorang dengan penuh syahdu...


" Ohhh Minah ni rupanya sengaja potong stim aku...sebab dia dah ada stim baru"


********************





gambar ni takde kene mengena dengan perempuan dalam entry yang potong stim, ni  gambar officemate, cuma aku rindu  bila tengok pict ni,sapa yang dapat teka, apakah persamaan mereka bertiga?



P/s dalam entry post di atas, kata ganti nama 'awek aku' tidak digunakan, sebaliknya 'kawan perempuan' yang digunakan, sebab aku ngan dia tak pernah dianggap bf dan gf, sebab kata dia aku tak pernah propose elok-elok, kalau korang perasan aku pernah cerita dalam entry lama, korang terer korang cari la yang mana satu.

July 9, 2011

Kisah 'Dating' yang foul

Entry Ini berkesinambungan dari Kisah Cinta Musim Praktikal  dan Kisah Cinta Musim Praktikal 2.

Selepas aku dah confirm jadi kekasih hati si Meknor, aku pun mula kelam kabut, berdebar, gelisah dan yang sewaktu dengannya.


" ishhh, apa benda yang aku nak buat bila dah kapel ni ye? bila nak start panggil abang-sayang ni?"


" ishh, ni dah jadi kapel ni, first sekali nak buat apa ye? erm,sms kat dia cakap I Love U kot"


Punya la aku kelam kabut nak beraksi jiwang masa dah kapel tu, konon-konon macam nak ikut standard template report thesis la.


************************


First date dengan Meknor ni bagi aku boleh dikirakan agak memalukan jugaklah, disebabkan aku ni suka menulis secara jujur tanpa edit semula scipt, jadi aku kongsikanlah apa yang terjadi.


Bagi aku, kalau setakat lepak makan sama kat cafe hospital Selayang tu, itu bukan dating namanya, dating adalah pergi shopping mall, tengok wayang, window shopping, makan kat foodcourt, berangan ada anak-anak yang comel sambil tersenyum tengok baby jalan terkedek-kedek.


" pergh, stereotype betul mamat ni, tak modern thinking lansung"


Selain itu, dating juga mestilah dimasukkan unsur-unsur romance. Samada makan bersuap acah-acah, atau makan bersuap real. itu manja yang amat, rasa macam bawak baby jalan-jalan pulak.


Dating pertama jugak akan menimbulkan suasana kekok semasa kali pertama nak pegang tangan sambil jalan bersama.


" ishhk macam mana aku nak pegang eh? nak silang jari ke, nak tekup terus ke, nak pegang tangan kanan ke kiri, nak mintak dulu permission dari dia ke? ke spontan je sauk tangan dia dan pegang buat tak reti?"


" Ishhkkk bila boifren aku ni nak pegang tangan aku ni, ke aku yang nak start dulu atau aku mintak dia elok-elok suh pegang tangan aku. atau pun biar je sampai dia berani nak pegang sendiri"


"Macam bodoh je plak rasa nak pegang tangan mintak permission dulu, tapi kalau aku sauk je kang kalau dia terkejut tarik tangan dia balik macam mana? mau malu aku."


"ahhh aku ada idea, apa kata aku buat-buat terlanggar tangan dia pastu bila terlanggar akan berubah menjadi main langgar-langgar, pastu kaappp.. tangkap terus pegang tak lepas-lepas sampai 5 jam berikutnya"




Dan ketahuilah korang semua, bahawa berpegangan tangan di antara lelaki dan perempuan yang bukan Muhrim itu berdosa hukumnya, dan segala yang berlaku sewaktu zaman kebodohan itu hanyalah satu kebodohan yang nyata.


Wahima budaya berpegang tangan dan bermesra ini telah menjadi Hipokrit yang Dikompromi tetapi jika ia telah menjadi salah maka ia tetaplah salah.


****************************


Masa tu aku takde kereta, aku hanyalah average student zaman awal 2000, kami semua naik motor, dan naik motor masa study adalah satu benda yang cool.


Pada satu hari, Meknor ajak aku gi dating dengan muslihat yang nyata. muslihat yang sangat licik. Dia tunggu aku ajak dating tak ajak-ajak, dia nak ajak terang-terangan malu pulak rasanya..maka..


"Awak, sabtu ni awak free tak? saya cuti tau jumaat sampai ahad, saya ingat nak balik umah kakak saya kat pantai dalam tapi malas plak nak naik bas"


" erm, kalau macam tu, saya hantarkanlah nak?"


" okey jugak tu, kalau macam tu, boleh singgah kat midvalley, dah dekat dah dengan umah kakak saya"


" Okey set, sabtu pukul 10 pagi saya ambik awak kat hostel k"


Masa tu aku pun dengan gagah dah kemaruknya bawak motor dari Shah alam ke Selayang, kemudian patah balik pulak pergi Midvalley ngan Pantai Dalam. 


Punya la komited kan? pakwe berdedikasi katakan! kalaulah sembahyang jemaah kat Masjid Negeri 5 waktu sehari boleh komited macam tu, mesti sejuk mata pak imam tengok saf penuh sampai ke tangga.


Sebelum keluar dating, aku check la wallet aku, nak pergi dating nih, mestilah kena bawak duit, kalau tak bawak duit, takkan aku nak bayar makan dengan acara stripper? mahu aku kena tendangan padu maut nanti.


Tapi masa tu, aku selak-selak wallet ada RM30.00, isi minyak motor RM8.00, budget makan foodcourt RM12.00 per couple. belen ada la tinggal RM10.00, habis tu korang rasa macam mana aku nak bayar tiket wayang?


Tiket wayang masa tu, paling murah harga RM 20.00/2 seats, belum lagi campur duit nak beli popcorn dan air yang harga dia RM9.90 per combo pax. Jadi modal tengok wayang adalah RM29.90, sedangkan duit dalam poket tinggal lah merah sekeping.


Jenuh la masa tu aku duk serabut kepala nak pikir solution nak selesaikan masalah aku, nak gadai gelang silver, aku takde gelang silver, nak jual buah pinggang? lagi la luar logik akal. nak jual handphone? desperate ngalahkan penagih dadah.


Akhirnya aku dapat ilham, aku call bapak aku mintak tolong bank in RM50 dalam maybank aku. Bapak aku setuju tapi dengan syarat kena tunggu sejam, sebab dia ada hal nak selesaikan sebelum pergi bank. Jadi aku pun bagitaulah kat awek aku.


" errmmm awak, cerita best lambat lagi lah awak, apa kata kita gi jalan-jalan dulu nak? nanti petang-petang sikit kita beli tiket k"


" okey dear"


aku pun buat la acara Sa'ie dalam midvalley tu. dari hujung utara ke selatan mall. dari tingkat atas ke basement. Dari kedai tilam Getha ke Jusco, pusing balik gi tengok kedai jual baju kartun, pusing lagi masuk kedai jam Tag Heuer, konon-konon macam aku kaya sangat la, nak tunjuk kat awek yang aku ade high taste, tau branded item kan...


Tapi sebenarnya dahi berpeluh ada RM10 je dalam wallet, masalah nak beli tiket wayang tak setel-setel jugak. lastly aku pergi ATM cucuk cek duit. cucuk cucuk dengan harapan ada la RM50 bapak aku bank in, tapi kecewa, ada balance RM 11.20 je.


Itupun gigih woi, cucuk jugak duk tekan kot-kot kalau boleh keluarkan RM10.00, mana mau nye!!!!


"Maaf baki anda tidak mencukupi untuk transaksi ini"


Aku call balik bapak aku, bapak aku cakap dia terlupa nak masukkan duit, dia cakap malam atau esoknya dia masukkan. Akhirnya mimpi ngeri aku menjadi nyata. Saat-saat dating foul yang pertama, macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni..


Pastu aku bawak la awek aku ni turun floor by floor sampai satu tahap dia dah nampak jemu, dia pun tarik aku bawak gi depan kaunter tiket wayang. Dia ajak tengok wayang, dah penat asyik berjalan je katanya..


" haaa hambek kau Zulfikar, nak dating sangat duit ada 30hengget, bapak hantar Universiti suruh belajar, bukan sibuk bawak anak dara orang berjalan tak tentu hala.. nahhh rasakan!!"


Masa tu aku pasrah, detik demi detik berlalu amat perlahan, makin aku merapati kaunter tiket, satu persatu  kapel berlalu lepas beli tiket..giliran aku makin hampir. aku makin lihat bencana merapati aku.


Aku dah bayangkan aku akan malu bila buat adengan 'korek-korek wallet duit takda nak bayar tiket wayang kemudian cancel tiket'. Aku dah bayangkan muka aku senyum kambing, sengih macam kerang busuk sambil tengok awek aku hilang keyakinan kepada aku.


Sampai satu tahap, aku dah tak mampu nak tahan rasa nervous lagi, aku pun menggunakan skill aku yang paling berharga iaitu berterus-terang!


" ermmmm Nor, sebenarnya kan, dari tadi lagi saya nak tengok wayang tau, saya dah penat nak jalan-jalan sebenarnya"


" habis tu, kenapa yang awak bawak saya jalan-jalan pusing satu midvalley tadi?"


" Tadi duit saya dah overbudget, saya ada RM30 je, dah lepas guna isi minyak motor, makan, semua tinggal RM10 je, so tak cukup la nak beli tiket wayang"


" Then???" (Meknor peluk tubuh sambil pandang daring kat aku)


" Then, saya call la bapak saya mintak tolong bank-in RM50, sementara nak tunggu duit masuk tu yang saya bawak awak jalan-jalan tu"


" Pastu?"


" Bila saya check tadi kan, saya tengok duit tak masuk pun lagi, jadi saya gabra la, rupenya bapak saya nak masukkan malam ni plak kata dia"


" Tu la, lain kali jangan nak ego sangat, jangan nak tunjuk hero sangat, sumpah saya cakap, dari awal tadi saya memang niat nak bayar tiket wayang ni, saya tau awak dah belanja makan semua kan, so saya la beli tiket wayang"


" Haaahhhh? ala, kenapa tak cakap awal-awal tadi?"


" belum sempat nak cakap saya tengok awak dah kelam kabut tak tentu pasal"


" hehehehe biasa la, lelaki wak, malu la kalau takde duit, pastu nak guna duit awek malu, malu malu malu"


" apa awak dapat kalau malu macam tu? kan dah separuh hari tawaf midvalley"


" hehehe"


" okey, jom beli tiket, dah sampai turn"


" ishhhhhkk.. ni yang sayang awak lebih nih"


" gaaaaaaaaaatal"

aku tau,Isteri Zikry baca blog ni, jadi ni aku bagi hadiah saguhati sikit gambar zikry tengok wyg reramai masa study... Hai Ayu! :) ** sekadar gambar hiasan.


P/s sila klik button FB dibawah jika anda suka dengan kisah ini. terima kasih, 
p/s/s bab nak komen pasal BERSIH 2.0, aku rasa nanti-nanti la aku buat, lagipun  ramai dah blogger duk tulis pasal tu.


July 5, 2011

Kisah Cinta Musim Praktikal 2

Entry ini bersambung dari Kisah Cinta Musim Praktikal


Lepas aku dah habiskan makan nasik padprik yang tak sedap tu, ntah aku taktau la betul ke tak sedap, aku tengok Zikry makan nasik lauk Ikan kembung goreng 3 rasa sedap je dengan kawan dia. aku pulak tak boleh telan nasik putih tu, aku rasa sangkut kat tekak.

Bila aku berhenti suap nasik kat mulut je aku bayangkan muka Meknor yang sangat la menawan, masa kerja dekat hospital dia pakai tudung bawal, tapi bila aku pergi jumpa dia malam tu dekat hostel dia tak pakai tudung. rambutnya yang hitam pekat, ikal mayang panjang hingga ke pinggang.

Membuatkan aku tak keruan, membuatkan aku menjadi bodoh dan tidak lagi berlagak matang seperti Dr Fadhilah kamsah memberikan nasihat panduan hidup kepada kawan-kawan. Pada masa tu aku merasakan dunia ni berpusing dan kabur kelam kabur kelam.

" Rilek la Ikar, takkan frust sampai makan pun tak lalu, setahu aku kau kalau dapat makan nasik tak ingat dunia, ni 3 sudu pun tak habis.. keh keh keh keh"

Tersentak aku dengan kata-kata Zikry, ah celaka, kau boleh la cakap macam tu kau tengah bahagia, kalau bagi makan nasik dining ikan jeket pun kau cakap sedap. Ni hati aku yang melara ni sape yang nak jawab? ni semua sebab over confidence punya hal la nih. kalau aku rilek-rilek je, takde la kecewa sampai macam ni sekali.

Agak-agak jam dah pukul 2 pagi, aku pun start motor blah balik Shah Alam, tengah aku ngelamun meredah Federal Highway nak balik Shah Alam tu aku asyik berfikir macam-macam.

" apa aku nak jawab kat kawan-kawan ni, sembang dah lebat, konon-konon doktor love, sekali petik sepuluh yang datang, tapi nak ngorat Meknor pun kena reject. Kalah dengan Black pulak tu. Aku nak tipu cakap aku dah gi dating tadi tak boleh pulak, Zikry dah tau citer sebenar, aahhh semaknye"

Sampai je dekat rumah Flat seksyen 8, aku campak diri kat katil, secara harfiahnya aku letakkan tangan atas dahi sambil baring tenung siling. Mengenangkan saat-saat tumpas dikecewakan cinta. Nasib baik malam ni rumah free, debe balik rumah dia kat Penjara sg buloh, budak-budak rumah lain semua balik kampung.

Lantas watak-watak penasihat imaginasi datang kat aku sambil menyucuk jarum-jarum persoalan yang sangat halus dan tajam.....

" Kenapa kau ni Zulfikar? punya banyak perempuan dekat fakulti kau tu, budak tolak trolli jugak kau kemaruk? kau ni dah hilang akal ke Zulfikar?"

" aaahhh lantak aku la, mak aku pun SPM jugak, apsal? semua cinta nak kena pakai degree ke?"

" ishh ishh ishhh kau ni Zulfikar, kau tu budak Universiti, dengan Black budak spm, supervisor cafe pun kau kalah, nampak sangat kau ni tak laku kan Zulfikar kan? kalau Black tu ada Evo VII takpe la jugak woi, ni ada EX5 cabuk je"

" Ala, dah aku memang tak hensem nak buat mcam mana? dah Meknor selera dia kat Black, takkan aku pulak nak bagitau dia dengan siapa dia patut bahagia"

" Kau ni tak malu ke Zulfikar?"

" Malu apa pulak, aku dah cuba. aku dah cakap yang aku suka dia, aku dah terus terang cakap yang aku cinta dia, kalau dia tolak pun sekurang-kurangnya aku dah try. Takde la aku menyesal sampai tua sebab aku tak pernah bagitau yang aku sayang dia"

**************

Bila cuti dah habis, aku pergi kerja dengan berat hati, malu, kurang konfiden, segan, kecewa semua ada tapi aku simpan jauh-jauh dalam hati aku. Kalau tidak berlagak rasional bukan Zulfikar namanya.

Tapi Shahril Husin perasan kekecewaan aku, tapi dia kenal aku, dia tau aku tak amik pusing hal-hal cinta ni sangat, dia tau aku ni memikirkan tentang kehidupan tu lebih besar dari hanya sekadar persoalan cinta.

" Tiada apa yang lebih besar dalam kehidupan ini melainkan kehidupan itu sendiri"

Selalu aku nasihat hal ni kat kawan-kawan bila diorang down dalam masalah cinta, aku ni konon-konon perasanlah aku ni  ahli falsafah cinta, doktor cinta... penasihat kehidupan.

Tapi.. bila datang bab cinta hempap batang hidung sendiri, aku pun jadi macam ayam berak kapur sama macam orang lain dalam dunia ni.

Akibat dari pengalaman ini menambahkan lagi kata-kata mutiara dalam perbendaharaan aku, dan menambahkan lagi prinsip dalam rules of thumb hidup aku...

" Tiada siapa yang pandai tentang cinta dalam dunia ni, semua akan jadi bodoh bila kompromi dengan cinta"

********************

Arghhhh.... kecewa tu kecewa jugak, kerja kena buat hidup mahu terus. Aku pun sedar yang aku tak boleh nak lari mana-mana pun, aku tetap kena mengadap Meknor dan Black dekat cafe sebab aku still attached kat department cafe, sedangkan Debe attached dalam dapur patient.

Bila cukup masa, pukul 11 pagi, aku kena buat rutin, tolak troli lauk nasik campur. Troli tu kena tolak dari central kitchen dekat basement sampai la tingkat atas ke cafe. dengan siapa aku nak tolak troli lauk ni? korang rasa dengan siapa?

Mesti la dengan Meknor, gadis ayu penolak troli. masa aku menaip kisah ni pun aku rasa sebak dan sayu sebab rindukan kenangan lama.

Kalau korang kan? macam mana korang nak mengadap muka Meknor sambil tolak troli lalu lorong bilik mayat, naik lift hanya berdua, tolak di sepanjang koridor hospital, melalui ward sampai ke cafe? kekok dak?

Panjang perjalanan tu wei, masa tu aku rasakan macam aku akan tolak troli bersama dengan Meknor sejauh Selayang - Sydney. Kalau boleh aku masa tu, nak je lipat-lipat muka aku ni simpan dalam poket. Punya segan nak ngadap muka perempuan yang reject cinta aku.

Masa tu aku rasa, kalau boleh aku cabut kepala ni tukar dengan kepala Rajnikant pun aku sanggup, aku dah tak dapat bayangkan malu masa tu macam mana, kalau ayat clichenye di sebut "toreh muka pun tak berdarah"

Tapi masa aku merapati troli lauk pauk dan di sebelahnya Meknor, aku nampak dia senyum dari jauh, senyuman yg sangat jujur, sangat manis, sangat menaikkan darah miang remaja aku.

Senyuman Meknor itu genuine, beserta mata yang bersinar, dan pipi yg bulat terangkat. Bila aku semakin rapat dengan dia.. aku dengar dia nyanyi...

Yaaaaaaa!!! dia nyanyi sambil jeling jeling aku, sambil senyum epic, senyum yang aku takkan lupa selagi aku belum nyanyuk...... dia nyanyi Lagu Ruth Sahanaya. dia nyanyi untuk aku, ye untuk aku

Kaulah Segalanya

Aku diam, aku block semua deria rasa, dan aku masa tu hanya fokus dekat bait-bait lirik lagu tu sambil terpaku tengok muka dia yang nyanyi dalam nada rendah.

Takkan pulak nak nyanyi jerit-jerit high-note macam Jaclyn victor pulak, mau aku ngan dia dua-dua kena ketuk ngan sudip ikan goreng.

Dan pada masa itu, barulah aku mula memahami kekuatan sebuah lagu cinta terhadap penyampaian isi hati kepada kekasih, dan pada masa itu baru aku paham kenapa kisah percintaan dikaitkan dengan lagu melankolik dan melodrama.

Pada masa itu juga baru aku tau kekuatan sebuah kata-kata ringkas dalam lirik lagu Ruth Sahanaya mampu membuatkan aku rasa terapung.

Aku rasa high, aku rasa stoned, aku rasa khayal, khayal dengan keseronokan cinta. Tapi kali ni aku tak gelojoh lagi. sambil senyum simpul aku pegang troli tu atas sikit dari tangan dia. sambil tenung mata dia lama, aku cakap,  "jom hantar lauk jom...."

" korang berdua ni akak tengok dah macam orang bercinta je pulak, korang berdua bercinta ye?"

Sampuk makcik potong buah belakang kami, aku dah lupa nama dia, tapi muka dia aku ingat. Aku memang jenis jujur dan tak menyegan, aku jawab balik...

" eh takde la kak, kami bukan bercinta, cuma saya je yang syok kat dia"

" alah, kalau dah sampai nyanyi nyanyi tu, bukan kamu je syok, dia pun dah angau dah tu"

Kami berdua senyum, aku senyum miang, dia senyum gatal.

Sepanjang perjalanan aku dari central kitchen di basement sampailah ke lift cargo, aku dapat simpulkan masa tu, It is time of my life. Masa dalam Lift, hanya aku ngan dia dipisahkan dengan trolli lauk panas baru lepas masak. bau dalam lift itu tak romantik lansung, bau ikan goreng berlada dengan gulai kari daging.

Tapi sape peduli. Kalau dah kemaruk cinta, bau tempoyak jadi vanilla, yang aku ingat masa tu, aku terus berbual dengan dia tanpa rasa kekok.

" awak, lagu tadi awak nyanyi untuk siapa?"

" untuk awak la"

" tapi awak dah ada black"

" kami gaduh kelmarin, dia cemburu buta, dia cakap dia taknak lagi kapel dengan saya"

" tapi, tak patut, sebelum ni awak bahagia dengan dia, saya ni kacau daun rosakkan hubungan awak dengan dia"

"kan saya dah cakap, saya ni manusia, ingat perempuan ni kayu ke? bukan manusia? ingat perempuan tak layak nak pilih dengan lelaki mana dia nak bahagia?"

" saya suka kat awak membabi buta, saya tak patut buat awak keliru dan beban"

" kalau macam tu, pastikan pilihan saya ni berbaloi"

" maksud awak, pilihan awak tu saya ke?"

" habis tu takkan En Nizam pulak?"

" hehehe mana la tau"

" mengada! ke sebenarnya awak nak saya nyanyi lagi sekali ni? awak nak saya nyanyi yeeeee?? elelelele.."

" nyanyi lah, nyanyi lah"

" sayang awak"

" sayang awak jugak"



Kisah cinta musim praktikal



Assalamualaikum...

Adat bagi student kos teknikal dan perkhidmatan ni mesti ada latihan praktikal, dan latihan praktikal itu adalah satu sumpahan moden kepada pelajar. Dari dunia praktikal inilah yang telah banyak mengubah manusia samada menjadi lebih baik atau lebih teruk. Contoh terhadap perangai - perangai pelik yg timbul lepas praktikal korang semua boleh baca di entry INI, aku dah karang lama dah.

Aku jugak tak terlepas dari sumpahan praktikal ini. Walau sekuat mana hujah aku bagi untuk justifikasi kelakuan aku, tapi akhirnya ia berbalik kepada perubahan sikap yang ketara selepas praktikal. Ada student yang dulunya pendiam, balik dari praktikal terus jadi periang. Ada yang dari keluarga miskin bila balik praktikal terus lupa diri dan rasa dia dari keluarga CEO petronas yang membesar di Damansara Utama.

Ada jugak yang perempuan dulunya allergik dengan lelaki, tapi balik dari praktikal dah pandai suwit suwit classmate lelaki kat kelas, ada jugak yang dulunya cakap slang melayu sungguh indah terus dah jadi pelat 'S'

" Hyeee U Olsss, u ols syemua buat ape kat syini, syampai hati taknak ajak syaya happening syame2. u all ingat syaya tak pandai nari techno ke? helloo... "

" ko ni tersampuk ape benda ni Faizal? lidah ko melecur ke? ke semua org kat Sabah cakap mcm ni? agak-agak arr, baru praktikal kat Sabah, pelat ngalahkan duduk sweden 20 tahun..caaaiitttt"

*************************

Dulu aku praktikal dekat Hospital Selayang, bahagian Jabatan katering dan dietetik. Tugas aku kat sana adalah membantu pembantu pegawai katering hospital untuk memantau pengurusan, pentadbiran dan penghasilan makanan.

Masa tu, aku praktikal bergandingan dengan Shahril Husin, dia ni kira 'practical buddy' aku la. Tugas-tugas rencam yang kami buat adalah cop kupon makan doktor dan nurse, issue susu dan makanan tambahan kepada pesakit yang memerlukan. kira inventory, cek kualiti, potong sayur, masak nasik, hidang kuih, tolak troli makanan, jadi peramusaji dekat cafe hospital, senduk lauk orang, jadi cashier, basuh pinggan, potong ayam..bla bla bla bla bla bla...

" sembang banyak takmau la, apa saja yang terlintas dalam pikiran korang proses dalam katering dari terima bahan mentah sampai la saat makanan tu masuk dalam mulut manusia"

Tapi disebabkan aku dan Shahril dulu budak sains masa spm, dan dikuatkan lagi dengan result gempak Biologi aku yang A2, ditambah pulak dengan angan-angan nak jadi doktor, Kami pun selalu jugak menyarung Lab Coat, pegang papan carta dan ikut Puan Lalita Sharma (dietitian) ronda ward..

Dengan berangan jadi doktor membuatkan kami masa tu merasa dah takde sape yang hebat lagi dah bila nurses, pelawat, admin staff dan patient yang lalu sebelah kami sambil senyum dan menyapa..

" selamat pagi doktor"

" selamat pagi" (sambil sengih-sengih tahan gelak)

" wei debe, diorang panggil kita doktor be!"

" ehh ko taktau ke Ikar? kan kita ni doktor... doktor ayam"

Nasib baik diorang tak perasan yang kami tak gantung stethoscope, dan nasib baik aku ngan debe tak gila glamer gi beli stethoscope kat pasaraya, kalau tak mau kami digelar gila isim. Agaknya perasaan mcm tu lah yang orang sakit jiwa delusional selalu rasa kan? perasan syok sendiri melampaui dunia realiti.

*****************************

Dekat jabatan katering tersebut, ada dua pihak bekerjasama iaitu pihak Catering Officer sebagai pegawai pemantau dan Pihak Besta iaitu syarikat swasta yang mendapat tender menyediakan makanan untuk pesakit dan cafe hospital.

Dalam syarikat Besta ni bertaburanlah makhluk Indah ciptaan Tuhan yang dinamakan perempuan amnya dan gadis khasnya. gadis itu bagi menunjukkan betapa ramainya perempuan yang belum berkahwin yang sangat cantik, comel, innocent dan sporting.

Mereka tidak malu untuk berjalan laju mengejar waktu, mereka tidak kontrol ayu masa suap nasik, mereka tidak malu untuk bangun menyenduk nasik tambah ketika lapar, mereka tidak segan memicit jerawat dalam bilik rehat di waktu senggang dan mereka tidak segan membonceng EX5 pergi beli sirap dan goreng pisang di luar pintu pagar hospital.

Permandangan seumpama itu membuka mata aku bahawa

"owh rupanya gadis-gadis cantik juga manusia biasa. Owhh rupanya mereka juga berak dan kentut  apabila perlu. owhh rupanya ramai gadis plastik di fakulti itu"

Awal-awal praktikal aku dah terpana dengan seorang gadis comel berhidung kecik, mata sepet, kulit mulus, kurus tak kurus, gemuk tak gemuk, putih gebu, alis mata sederhana tebal, dagu tajam dan senyuman seperti kucing parsi di depan TV.

Dari Jauh aku perhati kelakuan dia, Nor Arfah namanya dan dia ni sangat simple tapi masih menjaga 'sales tag' yang sangat exclusive itu....

" Nice to see nice to hold, once broken considered sold"

" Dilarang mencuba duduk dan baring di atas tilam ini, sila minta bantuan dari pegawai jualan kami yang sedia membantu"

Dari hari berganti minggu aku hanya mampu merenung dari jauh lengguk badannya yang smooth sambil tolak troli makanan pesakit melepasi office pegawai katering. Renungan jantan miang tu berganti melangut di tembok pemisah tempat menyenduk lauk.

Langutan di tembok berubah ke sapaan yang sangat innocent bagi budak suci dan naif seperti aku...

" Hai awak, hari ni kerja kat ward ke cafe?"

" Hai.... Hari ni kerja cafe, ni nak hantar lauk gi cafe lah ni. Kenapa tanya, nak teman ke?"

" Erm, Saya Zulfikar, budak baru kerja kat sini, saja nak kenal dengan awak, mintak awak tunjuk ajar buat kerja, errmmm boleh jugak ikut awak gi cafe kalau awak dah ajak. boleh belajar tolak troli kan"

Camon lah Zulfikar, takde ayat ngorat yang lebih elegance ke wei? ada ke nak belajar tolak troli? ko ingat ni tadika ke nak belajar tolak-tolak troli. Tapi masa tengah miang kan... mana boleh idea rasional hinggap dalam otak aku, yang ada dalam otak aku masa tu...

"Mashallah, lawanye budak ni, aduhhh gebunye kulit muka dia, manisnya senyum dia, ni kalau kapel ni mau aku tidur senyum 4 minggu"

Dan dari sapaan simple itu telah mencipta kehangatan bibit-bibit cinta bak novel Ahadiat Akashah dan Nurhayati Ibrahim. Dari saat itu kemesraan muncul secara semulajadi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Kemesraan tanpa coklat cadbury, teady bear, kad ucapan valentine's day, tanpa sms beruang ucap gudnite, ianya hanyalah perasaan ringkas 'syok primitif' antara jantina lelaki dan perempuan. Perasaan yang tidak memerlukan lelaki menjadi Majnun meminum racun demi cinta si laila.

Namun kebahagiaan cinta remaja itu datang dengan tanda harga, tanda harga yang agak mahal iaitu persaingan dengan Black, siapa itu Black? adakah cerita ini telah berkembang sehingga watak villain muncul menghalang kebahagiaan Zulfikar dan Norarfah?

Black adalah seorang supervisor Cafe yang selama ini merenung tajam setiap tingkah laku aku menggoda Norarfah. Black ini adalah Boyfriend Norarfah. Tapi aku sampai sekarang rasa tidak bersalah, sebabnya takde sape-sape pun yang pernah warning aku yang Nor itu telah berpunya.

Dan tiada sebarang Hint atau Pengiklanan ringkas dari empunya diri yang menyatakan dia telah berkapel. aku hanyalah sorang lelaki yang mencuba sehabis baik untuk membuatkan dia jatuh hati. Aku hanya lelaki yang muncul di waktu yang salah, situasi yang salah dengan matlamat mencuba nasib dengan melontarkan dadu tuah.

************************



Maka pada malam tahun baru, aku dengan penuh semangat kepahlawanan...... bukan semangat kepahlawanan sebenarnya tapi semangat kemiangan bawak motor besar aku dari Shah Alam ke Selayang semata-mata nak ajak Nor lepak di KLCC menonton bunga api.

Tanpa sebarang sms dan call aku hanya bertaruh sahaja yang aku akan berjaya dating dengan dia. aku memperjudikan nasib aku dengan 'surprise element' dengan harapan dia akan terharu dengan usaha aku datang dari jauh semata-mata nak keluar dengan dia. Setelah 40 minit menunggang dengan kesejukan malam, kekebasan bontot dan tangan, akhirnya aku sampai di Selayang.

Aku call cakap nak jumpa, dia dalam nada serba salah setuju untuk jumpa di depan hostel pekerja. dengan penuh harapan aku parking motor, sangkut helmet spare kat seat dan satu helmet aku sangkut kat tangan. bila aku merapati dia di tangga rumah kedai itu, maka terjadilah 'surprise element' yang aku harapkan.

Tapi bukan dia yang surprise, sebaliknya aku yang terkejut beruk...

" Nor, malam ni New Year, awak esok kerja tak?"

" tak kerja la bang, esok cuti, kenapa?"

" kalau cuti baguslah, ni datang jauh-jauh ni ingat nak ajak Nor pergi ronda-ronda KL, Jom ikut jom"

" Laaa kenapa tak cakap awal-awal yang awak nak ajak saya keluar? saya dah janji dengan Black nak keluar makan ni"

" Hah? black? kenapa dengan black? baik pulak awak dengan dia nak keluar makan sama-sama, ke keluar makan ramai-ramai dengan kawan-kawan semua?"

" eh tak lah, keluar makan dengan Black je lah, errmm.. awak.. erm.. dia tu bf saya la wak"

" maksud awak, selama ni saya mesra-mesra dengan awak dekat cafe tuu... black tengok-tengok saya tu..."

" errmm, ala biarlah dia, saya pun ada hak nak pilih kan? saya suka kawan dengan awak, saya taktau pulak awak ada taruh hati dekat saya, saya ingat awak nak gurau-gurau je dengan saya"

" sebenarnya, dari awal-awal saya praktikal dekat sana saya dah minat dekat awak, takkan awak tak perasan lagi lepas saya duk baik-baik ngan awak lagi Nor"

" laaaaa, nape tak cakap awal-awal wak, saya taulah yang awak macam suka dekat saya, tapi saya betul-betul ingat awak nak main-main je."

" kenapa pulak awak boleh ingat saya nak main-main? saya serius suka kat awak"

" Iyelahhh, saya ni budak belajar tak tinggi, Spm je. Takkan awak nak kat saya, lagipun awak tu belajar Universiti, saya ni budak tolak trolli je. saya sedar diri saya, nanti dah lepas praktikal awak balik kat dunia UiTM awak tu, awak lupalah kat saya"

" Tapi Nor, saya dah betul-betul mengharap kat awak ni nor"

" errmmphhh, aduh macam mana ni.... awak... awak...saya ....saya.....saya tak boleh buat keputusan sekarang, awak, awak baliklah dulu ye, saya mintak maaf sangat.saya takda niat nak mainkan perasaan awak. sebenarnya saya sama dengan awak, saya keliru"

" kalau macam tu takpelah, nampaknya bukan rezeki kita untuk bersama, mungkin jodoh awak bukan dengan saya, tapi saya harap awak jujur dengan perasaan dalam hati awak tu. awak muda dan saya muda, jauh lagi perjalanan masa depan kita...takpe lah, saya taknak bebankan awak lagi, saya balik dulu"

Aku pun dengan perasaan malu-malu alah, kecewa, terus tenggelam dalam diri sendiri. terus sesak nafas dalam atmosfera normal yang penuh oksigen. Aku dengan penuh kekecewaan memulas Throttle Daelim Momos M-1 aku meluncur laju membelah highway ke Shah Alam...

" ahhhh awal sangat nak balik Shah Alam, malam masih muda... nanti-nanti lah balik"

 aku capai handphone dan sms Zikry, kebetulan Zikry ada area Selayang, malam itu instead of aku berdating dengan Awek kulit mulus dan putih gebu, aku hanya makan nasik padprik dengan Zikry di warung...

" amacam ikar? kata nak ajak Mek Nor keluar? apsal sorang je? tu helmet bawak lebih takkan sangkut je"

" aku salah sabdu la zik, Mek Nor keluar dating dengan Black. mana aku tau diorang kapel, tadi baru aku tau"

" Ala rilek la Ikar, jangan putus asa, takkan ngan Black supervisor Cafe tu kau tewas kot, malu wei, takpe takpe usaha lagi, malam ni kita lepak-lepak makan dulu, takpe jangan frust...nanti-nanti ada la tu.."

" kata-kata Zikry itu kata pembakar semangat, kata pemujuk hati, kata-kata petrol yg terus bakar keinginan aku untuk berjuang mendapatkan cinta aku"

DAN Lepas kejadian itu...........maka aku pun mengorak langkah....




Bersambung....





Bagaimanakah akhirnya kisah cinta antara Zulfikar dan Meknor ini? apakah yang akan terjadi? adakah aku dapat menawan hati gadis yang berjaya membuatkan aku kemaruk siang dan malam?

Adakah aku akhirnya terkeluar dari bebanan perasaan kecewa yang meruntun jiwa ragaku?

adakah aku akhirnya menjadi pria kesepian yang penasaran?

Atau aku akan bahagia tidur tersenyum 4 minggu 4 malam?

nanti korang baca sambungan kat Part 2...

Aku dah penat dan ngantuk nak tidur, lagipun entry ni dah panjang berjela-jela bila aku tengok kat preview tadi...

Selamat Menantikan SAMBUNGAN DI PART 2.

May 16, 2011

Menghadapi Kekecewaan Cinta

"Zulfikar, aku rasa down sangat ni, aku tak tau la kenapa, tapi aku sedih sangat..aku tak dapat nak cerita macam mana perasaan aku sekarang ni Zulfikar, sedihnya.. apa aku nak buat ni"

" Dada ko berat, susah bernafas, badan lemah longlai, kepala berat, pandangan tak fokus, kabur, lutut lemah-lemah geli, rasa tenggelam dalam diri sendiri, kaki tak jejak bumi, genggaman tangan tak kemas, perut senak, rasa takda semangat nak teruskan hidup, takut menghadapi hari esok, tak tau apa nak jadi bila tahu diri sendiri kini benar-benar sendiri?...ada betul ?"

" Apsal aku rasa macam ko tengah diagnosis aku? apesal aku rasa semua yang ko cakap tu betul, tepat? ko ada belajar ilmu tilik ke? ke kau ada six-sense macam professor x-men tu? aku tadi dah tak tau nak describe kat kau, aku ingat takde orang akan paham apa yang aku rasa...macam mana ye aku nak selesaikan masalah aku ni Zul?"

Sebenarnya apa yang kau rasa tu, majority manusia pernah rasa, itulah perasaan kecewa, kecewa ditinggalkan kekasih dan kecewa bila harapan musnah. symptom adalah sama cuma cara menghadapi kekecewaan itu berbeza, cara nak handle dan masa untuk sembuh pun berbeza.

Aku pun pernah rasa kecewa tu, walaupun aku sebegitu ego untuk sandarkan rasa hati aku pada seseorang, walaupun aku rasa hopeless bila aku bergantung kasih tapi aku tak menafikan, pengalaman kecewa itu jugak pernah aku rasa.

Aku pernah bagitau yang aku tak pernah bercinta masa sekolah menengah, sebabnya korang boleh baca dalam entry INI... tapi aku pernah jatuh cinta masa universiti. Masa ni aku jatuh cinta bukan trend untuk bercouple, bukan jugak untuk menghilang sangap...cuma aku terperangkap dengan feeling syok kat dia.

Punya la aku bebal bab bercinta, aku berdating dan masa tu aku anggap aku dah jadi boyfriend dia, sedangkan dia tak pernah akui yang dia girlfriend aku.. bila aku tanya kenapa? dia cakap

"ala..Ikar tak pernah mintak declare pun"

"Nak mintak declare macam mana lagi? bukan ke kita dah selalu dating, dan kita dah feeling2 kan awak kan?"

" Tu tak sama, tu kira mcam tak rasmi la, kena la mintak rasmi, gentlemen la sikit"

Sumpah masa ni, perasaan aku jengkel gila,

"hek eleh, minah ni..ko dah taram shoping baju kat F.O.S pakai duit aku...ko dah lepak-lepak tengok wyg couple seat popcorn bagai, lagi nak tanya apsal tak declare, apa ko ingat kapel ni nak kena pakai tok kadi akad 'kapel' ke?

" Mohamed Zulfikar, dengan ini aku kapelkan dikau dengan Lisa surihani dengan mas kapelnya top up maxis RM50 tuunaaaiiiiiiiii......"

Sebabkan alasan Rule of Conduct dan etika tanpa akta hukum berkapel beginilah yang membuatkan aku malas nak bagi komitmen pada hubungan percintaan. Aku rasa hidup berkapel ni macam ada satu 'template' khas yang perlu diisi oleh semua pasangan bercinta..

Awas!!!! jika anda lari dari template khas yang telah diberikan tersebut..anda akan menuju ke lembah kebinasaan yang tidak bertepian!!!! (baca dengan bunyi gema pada ayat bertepian sbyk 3 kali )

Ok cukup bebel..sambung kembali kisah hidup.

"awak, saya saya suka kat awak, saya jatuh cinta kat awak, sudi tak kalau awak jadi girlfriend saya?

" hahahahaha, apa la Ikar ni, main-main pulak..tah paper la propose mcm tu...propose bukan macam tu la.. betul-betul laaaaa "

"habis tu propose macam mana lagi? kan hari-hari Ikar dah bagitau kat Ana yang i love u, and then u reply ckp u love me too.. then, proposal apa lagi ni? cuba Ana ajar sikit ayat standard propose mintak kapel tu"

"entah la ikar, susah la Ana nak cakap, susah nak ajar benda ni, tapi yang Ana tau, apa yg ikar propose tu tak rasa macam Ikar serious nak kat Ana"

"Okey, kali ni Ikar betul-betul ikhlas, Ikar nak Ana jadi teman hidup Ikar..Ikar dah betul-betul sayang kat Ana"

" errrrmmmmmmmmmmmmmmm..."

"apa yang erm panjang sangat tu Ana?"

"sebenarnya Ikar, Ana kuar ngan Ikar hari ni sebab Ana nak bagitau Ikar something... Ana harap Ikar tak terkejut dan dapat terima apa yang Ana nak cakap ni dengan tabah ok?"

" hah, apesal pulak ni.. aduh, ni yang start rasa semak ni"

" Ana tak dapat terima Ikar jadi boyfriend Ana, sebab Ana sebenarnya dah ada boyfriend kat Oversea.."

"hah!!.. habis tu, kalau Ana dah ada boyfriend, kenapa Ana layan ikar mcm pakwe ana? Ana bagitau Ikar, yang selama ni kita dating dan bercinta tu maksudnye apa?"

" sebenarnya sayang....Ana sunyi, Bf ana jauh, ana tau yang Ikar suka kat Ana, sebab tu Ana layan je, Ana anggap kita kawan baik, Ana happy sangat dengan Ikar, tapi Ana anggap kita macam bestfriend je..Ana nak sayang Ikar, tapi tak boleh..sebab hati Ana dah ada kat orang lain..sorry Ikar~~~~~~ Maafkan Ana...Ana dah buat Ikar kecewa...soooryyyyy~~"

Tiba-tiba..........symptom kekecewaan itu berlaku dengan hebatnya..perasaan kecewa itu melanda diri aku bak badai di musim yang kontang. Datang tiba-tiba, ombak setinggi 10kaki menghempas kedamaian hati aku yang seperti taman bunga sakura di tokyo. Pada masa tu, langit yang cerah dan ditaburi bintang menjadi kabur bak TV astro yang tidak dibayar Bil... gelap gulita...sayu..kedengaran bunyi cengkerik dalam otak aku yang mendendangkan lagu hetikoes endang..."Benci Tapi rindu"

Pada masa itu, situasi aku..aku rasakan kena sangat dengan lirik lagu Band Umbrella.. 'Ramalanku benar berlaka'...perasaan yang paling kekok ketika itu adalah, lepas kecewa diperlakukan begitu, kami masih lagi duduk sebelah-menyebelah dalam bas 222, KL-seksyen 2 Shah Alam... sambil mengalirkan air mata jantan di pipi aku...

Aku merasakan kekecewaan itu meremukkan hati aku yang sebegitu tulus dan naif..naif tentang cinta dan sandaran harapan untuk bahagia bersama. kenaifan aku pada masa itu membuatkan aku tidak percaya ada manusia boleh faham apa yang aku rasa mcm budak yang tanya aku kat dialog paling atas.

Bila sampai kat kolej kediaman Meranti, aku pun terus panjat tangga ke bilik dengan penuh kelemahan, sebak kat dada ni rasa mcam tak boleh bernafas, mata aku tak berkedip-kedip... aku langkah tangga tu satu demi satu tanpa rushing..tangan pulak paut rail tangga untuk tarik badan ke atas.

Sampai kat bilik, terus aku bukak lagu Mp3 'Ramalanku benar berlaka' aku nyanyi kuat-kuat sambil secara spontan aku melangkah ke bilik mandi dengan seluar short feveret... aku tanpa berfikir, aku mula sental bilik mandi rumah tu. aku mula sental lantai, dinding, celah-celah dinding yang berlumut, kepala paip, kepala shower, sinki... jamban cangkung..hatta mangkuk meggi housemate aku yang 2 minggu bertapai tu pun aku basuh tanpa aku sedari.. sambil aku nyanyi lagu-lagu putus cinta....

Masa tu aku susun lagu dalam folder...'umbrella-Ramalanku benar berlaka' 'ibnor reza -mimpi tak sudah' 'KRU-sebelum kau melangkah pergi' 'Rossa -tegar' dan macam2 lagi...

Dan akhirnya aku berjaya melepasi waktu kritikal sindrom kecewa itu lepas aku meluahkan perasaan dengan kawan baik aku, lepas tu aku pergi main badminton, dan lepas tu aku ronda-ronda Shah Alam naik motor ex-5 aku.....masa tu penguat semangat untuk terus hidup adalah Doa rintihan pada Tuhan..

jadi Koklusinya?

jika kamu semua ada mengalami kekecewaan....

jika kamu kecewa di reject oleh kekasih

jika kamu meng'google' cara-cara menghadapi kekecewaan putus cinta

jika kamu putus cinta dengan kekasih kamu yang paling kamu sayang dan kamu harapkan

jika kamu rasa dunia ini telah berakhir bagi kamu dan kamu tiada lagi harapan untuk merasai kebahagian bercinta

jika kamu merasakan kamu seorang saja yang sedang putus harapan dan kamu cemburu dengan orang lain yang sedang bercinta...


Kamu bolehlah mengikut cara-cara aku dalam menghadapi kekecewaan ini :

1. Merintihlah Pada Tuhan Swt dengan doa demi memohon semangat untuk meneruskan hidup, dan dikurniakan perasan bahagia hatta apabila melihat daun kering gugur sekalipun..

2. Ajak la keluarga anda, seperti ayah, emak, abang, kakak atau adik-adik utk bersembang dan melakukan aktiviti riadah..dan pura-puralah seperti semuanya sedang Ok.

3. Carilah sahabat karib korang yang korang percaya dan rapat dengan korang, korang belanja dia coklat Cadburry bagi perempuan, atau korang belanja tehtarik ngan roti canai dengan kawan laki..lepas tu korang buat la sesi meluahkan perasaan..luahkan kekecewaan sambil mengharapkan simpati kawan untuk menyokong anda.

4. kunci pintu bilik, dan nangislah sepuas-puas hati, jangan lawan perasaan sedih itu, terima kekalahan anda, redha dengan keputusan itu. Ratapilah dengan penuh kesyahduan..

Apa korang ingat korang nak jadi tough selalu, taknak layan frust? Nabi SAW pun pernah melalui waktu dukacita masa Saidatina Khadijah wafat la.. camonnn takyah paksa diri untuk melawan frust sangat.

Tapi ingat hukum meratap!!!! jangan lebih dari 3 hari... kalau anda lebih tiga hari, nanti hati anda akan menjadi terlalu fragile, dan anda boleh jadi sakit jiwa kalau tak kuat, atau anda boleh patah hati terus.

5. Hobi itu penting. Jika dah puas menangis, korang boleh cabut sarung bantal yang dah lenjun dengan air mata tu, korang boleh basuh, korang boleh buang plastik sampah yang dah penuh dengan tisu hingus... sekarang bangun dengan perasaan baru.. kalau korang suka main game, pegi main game, kalau aku suka main badminton aku pergi main badminton. sibukkan diri dengan hobi korang...

korang takde hobi? takde kawan?..ok boleh start cari kawan dan hobi.. jangan hisap dadah!!!

Kita semua manusia biasa..tiada apa-apa yang dapat membezakan kita disisi Allah kecuali ketaqwaan kita kepadanya.

Bingkisan hati untuk anda...ya..aku maksudkan anda....



P/s Nama 'Ana' itu bukan nama sebenar.. dan aku bukan dalam mode putus kasih sekarang, cuma aku merasakan perkara ini boleh dikongsikan bersama...

sebutan nama nickname aku Ikar itu adalah berbunyi IKA..tapi taknak tulis ika sebab tulisan mcm perempuan.

tajuk-tajuk lagu putus cinta yang aku bagi tu, korang boleh google atau youtube. aku malas nak letak lirik dan vclip semua.. nanti panjang dan berat entry ni....

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...