April 30, 2011

Dedikasi Blog Pilihan : Blog ARC13.COM

Assalamualaikum...

Entry pepagi buta mcm ni aku nak dedikasikan khas untuk blog kegemaran aku iaitu ARC13, aku terpanggil nak buat blog dedikasi khas kerana aku telah terkesima dengan penghargaan yang telah diberikan oleh owner blog ni iaitu papanda garang.

Pihak ARC13 telah penuh baik hati menganugerahkan aku sebagai blog pilihannya bagi bulan april, dan mengikut kata-kata dia, aku adalah pemenang lelaki yang pertama dalam blog dia ni..



Terharukan kalau hasil kerja dan karya kita dihargai dengan ikhlas dan tanpa perlu ampu-mengampu? TQ arc13....

Senang cerita, sapa2 nak tengok anugerah tu, boleh klik di SINI...atau korang boleh klik blog ARC13 ni di bloglist aku...aku mmg 'bloglistkan' blog dia walaupun sebelum dia follow aku lagi pun. Punya excited nak tunjuk aku ikhlaskan....

tapi, secara jujurnya, memang aku rasa terharu pun dengan penghargaan tersebut, sebab aku ni blogger pemalas, entry aku banyak tulis panjang2, pastu malas nak teknologi2 sangat. Menurut blog ARC13, beliau tertarik dengan blog Rasa Hati ni dengan entry Muslihat kaunter perfume yang telah membongkar muslihat2 peniaga di shoping mall.

Ternyatalah aku minat dengan cara penulisan blogger muda ni, walaupun dia muda dari aku, tapi cara penulisan dia sangat matang, bernas dan tajam menikam. aku start jatuh cinta dengan blog arc13 ni masa aku blogwalking dan aku baca tulisan dia pasal Teori Konspirasi Upin Dan Ipin...lepas aku baca je entry dia pasal ni, aku terpegun, dia mengingatkan kembali aku pada zaman2 muda aku, iaitu zaman study UiTM...seorang pemuda yang mempunyai idea dan tidak gentar untuk menjadi outspoken, tidak hipokrit dan tidak bias dalam mengkritik.



Entry ni berjaya buat aku menilai penulis sebagai sorang yang rasional dan praktikal...

Selain itu, kekuatan Blog ARC13 adalah tuan blog tidak kedekut berkongsi ilmu blogging, banyak bagi tutorial bagaimana menjadikan blog lebih kemas dan functional. ilmu direct yang aku dapat dari ARC13 adalah, button LIKE Fb di setiap entry.(jadi sesiapa yang mengikuti tulisan aku, yg bersetuju dengan pendapat aku boleh tekan button like pada bawah entry)

Selain itu Dia juga menasihatkan aku pasal letak widget 'search' , dan kurangkan font2 berwarna-warni dalam entry, kalau korang perasan dulu entry2 aku colorful kan? skrg tidak lagi, aku wat dek je ngan dialog tu. aku yakin semua pembaca aku dah pandai nak beza2kan watak dialog tu sendiri.

Blog ARC13 juga mempunyai kekuatan dari segi penceritaan dengan watak Kak Fenny, yang agak popular di kalangan blogger2..sebab kak fenny cool, lawak dan laser...baru2 ni kak fenny melaserkan kumpulan ala2 K pop malaysia...iaitu Gulagula..ahahahaha..nak baca boleh klik di SINI



Setiap kali aku tengok muka Akak Fenny, aku mesti gelak, ngan cakap sorang2..hantu betul arc13..buat lawak..ahahahaha

Aku sarankan, kalau korang klik blog ARC13 ni, korang klik satu persatu baca hasil tulisan dan pendapat dia, jangan baca satu entry je dan korang judge dia..korang kena paham mcm mana pemikiran student dri New Zealand ni. entry2 dia bernas, padat dan ringkas.penuh dengan kritikan secara pedas dan beretika.

Kepada Papanda Garang, aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas penganugerahan Blog april ARC13 kepada blog rasa hati ni, dengan review dan award tu, ternyata hit readers aku meningkat dengan drastik dan itu satu hal, satu hal lagi, jenis reader yang datang dari blog kau adalah dari jenis pembaca tulen dan ikhlas. Terima kasih sekali lagi.

Dunia ni kecik, lepas aku bercerita pasal kenangan zaman sekolah aku, baru aku tau dia ni alumni merangkap Junior aku, Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Tua Baharu. :)


P/s aku akan berikan penghargaan seikhlas dan sedaya mungkin, teruskan kawan2 blogger menghasilkan karya dan penulisan yang bernas.. Insyallah org akan respect tanpa mengharapkan apa2 balasan pun.terima kasih juga kepada pembaca2 yang sangat rapat di hati aku semuanya.


psst.. tulisan2 gelap2 atau kuning2 yang korang tengok kat atas tu, kalau korang klik, korang akan muncul di page yg dimaksudkan secara ajaib... para celik IT dan blogger2.. sila abaikan msg remeh ini.. terima kasih.


BLOG ARC13

April 29, 2011

Isu Blogger : Mengumpat, celupar, carut Vs Outspoken

Assalamualaikum...

"Wei Siti, ko nak tau tak? si Kamal Jendul tu kan, tak senonoh, ko tau tak dia tu kan, pergi kelas tak pakai spender, aku selalu ushar dia dari jauh, kalau dia jalan dari belakang boleh nampak K*t* dia.. buruk gila"

" Ko biar betul Zety?!... ko jangan fitnah orang, Kamal tu budak Nerd dowh....kesian la kat dia"

" apa pulak Fitnah orang Siti, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, sumpah aku nampak, kalau aku tak nampak takkan aku nak cerita kan?"

"kalau ko nampak pun, tak payah la cerita pasal buruk orang, ni dah jadi kes ngumpat ni Zety!"

" Laaaaa.. aku bukan nak mengumpat, aku just nak bagitau kenyataan je, benda berlaku depan mata..aku bukan citer belakang2 dia, aku bagitau kat kau ni ha..depan depan kelas kan?..kalau dia dengar nasib la"

" Hoi Siti, Zety!!... korang dua orang ni memang la kuat mengumpat orang kan... mulut ko ni Zety memang Macam Pu*i..."

"erkkk Yanti...kau ni memang B*bi!"

***********

Okey anak-anak, dari skrip sandiwara di atas, apa yang dapat kita simpulkan? berapa banyak kesilapan yang boleh kita kesan kat atas? ternyatalah mereka 3 orang kat atas ni terlibat dalam industri mengumpat, mengata, melabel orang dengan gelaran yang buruk, mencarut dan lain-lain yang seangkatan dengannya....

Tetapi adakah mereka outspoken? apa itu outspoken?

Outspoken tu kalau dalam Bahasa Melayu bermaksud 'bersuara lantang atau berterus-terang atau berani menyuarakan pendapat'

Outspoken sama sekali tidak menghalalkan seseorang insan tidak kiralah dia lawyer ke, doktor , cikgu, engineer, peniaga pasar malam, pelajar,blogger dan sesiapa pun untuk menjadi kurang ajar dan tidak berakhlak

Outspoken tidak akan justify tindakan korang untuk menjadi seorang pemaki, pengumpat dan pencarut tegar, walaupun anda berniat hendak menasihati orang dan membela diri, tetapi dengan cara memaki hamun, mencarut dan mengumpat sama sekali tidak akan menjadikan korang lebih mulia dari mangsa yang dicarut..

Ternyata, nilai kepahlawanan dan keberanian orang yg bersuara lantang atau "outspoken" ini telah tercemar dengan salah faham akan maksud Outspoken itu sendiri....

Jika di dalam penulisan anda penuh dengan cacian, maki hamun dan carut marut, ia sama sekali tidak akan meletakkan anda di dalam kelas Outspoken/lantang sebaliknya anda dilabel sebagi celupar. Aku paham yang korang ni, konon-konon nak jadi Blogger outspoken dan berani, cakap ikut 'dan' dan Sarcasm... tapi sebenarnya cara penulisan korang yang penuh dengan carut dan maki hamun tu tak nampak intelektual pun..nampak kekok dan huduh tau tak??.....

Keceluparan mulut korang itu akan mengiklankan kebodohan diri korang, kekurangan didikan dari rumah dan sekolah, kerendahan moral dan akhlak, sikap tidak sensitif anda terhadap manusia lain dan sikap kurang matang anda.

Korang mungkin mendapat sokongan dari kawan-kawan korang apabila korang seronok memaki hamun orang, tetapi adakah dengan sokongan yang anda terima itu boleh justifikasikan perbuatan celupar anda?

Atau adakah ia satu lagi iklan menunjukkan kawan-kawan yang sokong anda secara membabi-buta itu pun sama kekurangan moral dan kematangan fikiran macam anda?... owh tidak heranlah korang boleh geng.

Aku mengaku aku adalah seorang yang outspoken dan lantang dalam menyuarakan ketidakpuasan hati, tapi aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga saki baki tata susila dan budi bahasa yang masih bersisa dalam masyarakat moden zaman ini dengan tidak mencarut dan memaki hamun.

"Alaaahhh ko ni Zulfikar, perasan bagus la kau, poyo, apa kau ingat kau ustaz ke nak cerita pasal kemuliaan dan keceluparan ni?"

Kita tak perlu ber'tiket'kan ustaz, berlabelkan mulia hanya untuk menjadi seseorang yang menjaga budi bahasa dan tata susila sebagai seorang manusia. Cukuplah dengan hanya menjadi manusia yang mempunyai adab dan akal.

"Habis tuuu.. dah mamat tu kurang hajar sangat kutuk2 perempuan, kutuk2 geng aku, biarlah aku nak sound dia balik, dia sound orang, maki hamun orang boleh, takkan aku nak maki dia balik, nak carutkan dia balik tak boleh?... ko ni macam bagus je... mcm good2 je... benci dowhh org bajet bajet macm ko ni"

" kalau kau carutkan dia balik, jadi apa bezanya kau dengan dia? kalau kau maki hamun dia balik adakah itu boleh menghalalkan industri maki hamun yg sedang berkembang biak ni? kalau kau carutkan muka dia balik, adakah apa yang dia carut dan maki kawan kau itu akan menjadi baik dan hilang semua dendam? adakah kau dibesarkan oleh mak ayah ko, diajar oleh cikgu2 kau untuk menjadi pencarut dan pemaki hamun?"

Kalau korang berbalas-balas maki dan carut, maka tiada beza la antara korang. Dengan berbekalkan Carut marut dan maki hamun tidak akan meletakkan korang dalam golongan 'outspoken' atau berani bersuara" sebaliknya anda akan jatuh taraf ke golongan manusia tidak berjiwa.

" Tapi Zulfikar.... aku mencarut dan maki hamun dia bukan sebab aku nak tunjuk kurang hajar, niat aku baik, aku nak sedarkan dia, aku nak ajar dia sikit, kau bukan Tuhan Zulfikar, kau bukan Malaikat boleh tau isi hati aku, boleh tau niat aku....niat aku baik..kau tu yang hati busuk!!"

" Manusia ini dinilai bukan kerana niat dia, manusia dinilai dengan perbuatan dia, aku bukan nak nilai hati kau, tuhan tak anugerahkan aku 6 sense untuk aku scan hati kau samada kau niat baik ke tidak... semua manusia didunia ni dinilai dengan perbuatan dia..."

Niat sama sekali tidak boleh menghalalkan cara, niat sama sekali tidak akan merubah carutan dan makian engkau itu menjadi mulia....

Jika seorang bapa , merompak Bank dan membunuh pengawal keselamatan untuk mengambil duit, semata-mata niat baiknya untuk memberi anaknya makan, dan menyediakan rumah yang selesa, adakah dengan niat baik dia itu akan halalkan perbuatan dia yg salah itu?

" ala.. biarla aku nak maki hamun dia, biar la aku nak carutkan dia, ko peduli apa... dia tu adik ko ke yang ko nak backup sangat? yang ko nak defend2 sangat? bodoh sial mamat ni...."

" Habis tu kau nak tunggu aku carutkan mak kau mcm mana kau carutkan barang dalam kain mak dia, baru kau insaf?

Dia memang jahat, dia bukak aib dia sendiri.. tapi yang kau mencarut2 barang dalam kain mak dia ni kau tak bukak aib kau ke? kau tak tunjukkan keaiban dan kebodohan kau sendiri? sekurang-kurangnya dia memaki hamun dan dia amat buruk perilakunya, tapi kau lagi teruk, sebab kau balas balik kebodohan dia dengan kebodohan kau.."

Sememangnya aku tidaklah lebih pandai dari kau, aku tidaklah lebih mulia dari kau, sesungguhnya aku tiadalah tiket express ke syurga, dan sememangnya aku bukan Tuhan untuk tahu niat hati kau...tapi sekurang-kurangnya berilah aku peluang untuk selamatkan kau dari kau menelanjangkan diri kau, dan memperbodohkan diri kau di khalayak ramai....

Moga-moga satu hari nanti...bila anak kau dah pandai komputer, dan dah pandai baca blog, takda la anak kau merasa malu melihat ayah dan mamanya bercengkarama, berpesta memaki hamun dan mencarut-marut di bawah bulan purrrrrnama.....


Apa kau ingat Blog ni memang orang cipta untuk kau tambah dosa?


P/S Membabi - buta, gila babi dan "kau ni memang babi" adalah 3 senario yang berbeza. Jangan salah faham dalam mendefinasikan maksud dan ungkapan. Sila baca ini tanpa sentimen. penulis tidak menujukan entry khusus kepada sesiapa, dan entry ini bersifat umum. jika sesiapa terasa, eloklah tu, maknanya jiwa anda masih hidup.... sekian...

April 28, 2011

"Ikar, gi kedai jap beli barang!"

Assalamualaikum...

Tengah malam macam ni teringat memori zaman kecik, zaman aku berbasikal BMX kuning dah habis, sekarang berinjak ke BMX merah saiz kanak-kanak sekolah rendah.

Dulu masa pakai BMX kuning tak boleh jalan keluar dari Jalan kenanga, tapi bila dah pakai BMX merah, dah dapat lesen ronda satu kampung. Wah masa tu rasa macam aku ni paling dewasa antara kawan-kawan aku, maklum la kan, dah tak lagi duduk bawah ketiak mak.. tapi sebenarnya perasaan aku je tu, kawan-kawan aku yang lain selamba je kayuh basikal lepak pasaraya bintang. cait....

Seingat aku, aku start dapat lesen jalan jauh sikit dari rumah sebab mak aku malas gi kedai jimat kat taman jasa, atau malas nak menapak ke kedai Haji Usop kat depan pintu masuk Kampung Sungai Tua Bharu.

"apa guna ada anak jantan, ikar tu pun dah besar sikit, nampak mcm dah berakal, boleh kot aku suruh dia pergi kedai runcit beli barang" (agaknya mak aku mesti cakap sorang2 mcm ni kan)

Apakah barang runcit yang paling femes mak korang suruh beli kat kedai? kalau jawapan korang semua garam dan gula, tu maknanya korang malas tolong mak korang gi kedai runcit beli barang. korang nak auta la tu....

Mana ada orang beli garam hari-hari, garam bukan hari-hari habis, sepeket garam Cap burung layang-layang tu baru RM0.60, beli sepeket tahan sebulan. gula pun lebih kurang sama..bagi aku barang yang selalu mak aku suruh beli kat kedai adalah......

"Ikar... OoOoo ikar, tolong mama gi kedai jap ehhh"

" Ye ma... gi kedai? okeh okeh okeh...beli apa mama?"

"Kamu gi kedai jimat, kamu beli kelapa parut sebijik, cili api singgit, terung panjang 2 biji, pastu kamu beli rempah kari, kamu tengok kat peket tu rempah kari ikan tau, jangan amik yang daging punya...ok tu je. nah RM10.. belen bawak balik kat mama"

" Rempah kari daging ngan ikan tu tak sama ke mama? kan kari jugak?"

"Mana sama, lain rasa dia, erm kamu beli adabi tau, mak siti taknak, takde2 pun kamu beli Baba's ye"

"Ok mama....."

" jalan elok-elok, cepat balik, mama nak masak lauk tu"

Aku pun dengan gelabah puyuhnya, cepat-cepat lari gi kat posh kete, amik basikal BMX merah kelam kabut nak gi kedai jimat, baru je starting nak kayuh... mama jerit dari ruang tamu..

"ikar..... beli terung tu tengok dulu...kalau ada hitam2 macam ulat makan tu jangan beli ye"

" Orite mama.. ai ai kapten!"

Aku rasa, bakat aku memasak datang dari kerajinan aku tolong mak aku gi kedai runcit zaman kecik2 dulu.. masa ambil order nak beli barang tu, otak aku ligat main teka-teki apa mak aku nak masak hari tu....

Kalau Kelapa parut, rempah kari dengan bunga lawang kulit kayu manis, aku tau mak aku nak masak kari hari tu. tapi kalau tambah nenas dalam order dan rempah kari tu tukar kari daging dan bukan kari ikan, aku tau dah mak aku mesti nak masak Pajeri nenas punya lah!

Kalau kelapa parut, cili api, daun kunyit, kunyit hidup dengan ikan, aku tau mak aku nak masak lemak cili api ikan bawal, tak pun ikan nyoknyok.

Kalau, kelapa parut takde dalam order, tapi mak aku pesan Bunga Kantan, tomato 3 biji, bendi 2 ringgit, daun kesum ngan cili api singgit, aku confirm mak aku nak masak asam pedas.. :)


" Ikar, kamu gi kedai jimat jap, beli daun kesum 20sen, bunga kantan, tomato 3bijik, bendi 2 ringgit ye"

"cili api taknak ke mama?"

"cili api banyak lagi... nanti kamu beli bendi tu, kamu patah2 hujung bendi tu ye, kalau boleh patah kamu amik yang tu, kalau kamu kepak takmau patah, jangan beli.. tu dah tua..nanti masak tak boleh makan liat"

" okey ma, ermm ade pape lagi tak nak beli ma?"

"errmmm tu je kot, kalau ada duit lebih, kamu beli Oren F&N botol besar ye..ikar...kamu nak patah bendi tu kamu tengok2, kalau tuan kedai ada kamu jangan buat, nanti dia marah"

"yes Bos...mesti mama nak masak Asam pedas peberet ni kan ma?"

"Uihhhhh mana kamu tau ni ikar, terer betul"

"habis tu, ada daun kesum dengan bunga kantan, takkan mama nak masak laksa kot, ni bukan hari raya nak masak laksa..tapi apsal mama beli daun kesum? selalu amik kat belakang umah je"

" daun kesum dah habis, tinggal tunggui je, eh cepat gi kedai, ingat..jangan balik lambat, mama dah lambat nak masak dah ni"

" ye lahhhh.....duussshummmm"... (ok sound efek ni aku tambah, takda bunyi dushumm tu sebenarnya, hanya bunyi sreeeeettt sretttt sret je yang ade.. bunyi pasir atas simen terseret ngan tayar basikal)

#############


Aku suka pergi kedai jimat tu beli barang, jarang la aku mengeluh kalau kena suruh pegi beli barang, wahima kalau ada citer kartun Batman masa KFC happy hours pagi2 kat TV3 tu pun aku tak kisah, aku pergi dengan rela hati dan bersemangat waja.

Bukan sebab aku nak mengampu mak aku, bukan sebab apa pun, tapi bila pergi kedai runcit ni faedah dia banyak, salah satunya, aku dapat upah 20sen setiap kali pergi kedai beli barang.

selalu tu, Nenek Timah, jiran mesyuarat tingkap mak aku depan rumah pun kirim beli barang sekali...

"ikar....OooooOo ikar, ekau nak kemano tu??

"gi kedai jimat nek, mama suh beli barang"

" Haaa elok benar la tu, nenek nak kirim beli kelapa parut, hari ni van ikan indon tu tak lalu pulak sini"

"Ha ye la nek, kelapa parut je ke nek? lain2 takda?"

"Itu yo, nah singgit, belen kau amik la yo"

ahahaha, lumayan beb, zaman dulu kelapa parut baru 70sen sebijik, belen ada 30sen, kaya kaya kaya... masa zaman kecik dapat 30sen, mak aku bagi upah pulak 20sen..tambah jadi 50sen tu...petang nanti main kejar-kejar kat Taman jasa, boleh beli aispop dua...belen boleh simpan beli sengkuang ngan beli jajan..

Selain dari upah yang lumayan dan side income dari jiran2 kirim barang, aku jugak suka pegi kedai jimat sebab.. boleh ushar awek2 sekolah rendah tengah basuh kasut sekolah, takpun baru bangun tido pakai pijama pink, takpun kaler hijau muda..

Kat sekolah bukan main lagi, baju kurung nila la dia, komot sikit taknak, baju pengawas la dia, tudung keras letak plastik la dia......haha, tapi hari cuti.. pukul 11 tghari pun tak mandi lagi, duk sidai kasut sekolah baru lepas basuh kat pagar rumah.

Yang duduk dekat area2 jalan kedai jimat tu tak salah aku, Anum ngan Nurul Huda Mat noor, Marliana Mohsin pun satu jalan jugak nak ke sana.

Aku kalau lalu depan umah diorang, mesti aku bangun dari seat basikal, pastu tengkuk panjang macam zirafah, jenguk diorang muka kepam belum mandi..kadang2 nampak la diorang tengah jemur bantal kat laman rumah.. samada adik diorang kencing malam, ataupun diorang yang kencing malam.. hahahaha

Selain dari perangai tak senonoh aku ngintai awek sekolah tak mandi pagi pakai baju pijama hijau muda, aku gak suka gi kedai jimat sebab...... boleh curi-curi baca komik doremon...lepas baca doremon , aku alih pulak baca Dragon Ball.

Kalau abang kedai jimat tu lama parut kelapa, aku curi2 pulak baca alam perwira...tapi selalunya alam perwira ni tak boleh nak curi baca sangat, sebab kadang2 tokey kedai stepler kulit dia.... ye lah, komik alam perwira ni nipis, kalau budak2 boleh curi2 baca, mau sempat sampai habis..kalau dah baca habis, sapa lagi nak beli kan? orang fanatik pengumpul komik boleh la beli....aku, mintak maap la.

Sampai je kedai jimat, sambil beli barang semua yang dipesan, aku mula ngelamun tengok barang-barang, pastu lepak kat anjung kedai kejap, tengok budak-budak taman main game sekupang, masuk sekupang dalam game tu, pastu keluar kacang botak..

Pastu main la game tu sampai tengahari, selagi tak lapar, selagi tu tak balik... aku pulak? aku pulak dari kecik tak berapa minat dengan game-game nih..entah, maybe aku bukan ditakdirkan untuk jadi engineer atau software programmer kot bila dah besar.. memang betul la perancangan Tuhan, aku selalu gi kedai beli barang dapur, dah besar belajar pasal dapur jugak.

###################


" okey dik, kelapa parut dah siap, semua dah ada ye?"

"kelapa parut, terung panjang 2, kari ikan adabi, cili api singgit. emm..emmm ok semua dah cukup bang"

" betul ke ni? apsal tak suruh mak tulis kat kertas?"

"Takyah tulis bang, dah Pro...ahahaha...budak tadika leh la kirim tulis kertas"

" Okey, semua Rm 4.70 dik"

"okey nah bang...bye, nanti dragon ball baru dah kuar bagitau tau bang"

lama-lama aku dah kenal rapat dah dengan abang kedai jimat tu, tahun lepas aku pergi kedai jimat kat taman jasa tu, abang tokey kedai tu dah tua dah.. dah pangkat pakcik.. pilu je hati aku tengok dia duduk kat kaunter sambil kira duit budak-budak beli barang.....

##########

"Mamaaaa.. ikar dah balik....Nah barang"

sambil aku berlari ke dapur, campak barang atas kabinet... kat kabinet ni banyak cicak wei....cicak tokek pun ada, sumpah aku tak tipu..kalau aku simpan skrg, mesti aku dah jutawan. Menyesal betul aku tak simpan lama2 dalam balang gula-gula tu.....hish...

"okey, letak barang kat sinki tu, mana belen?"

"Ni belennye ma"

"nah ni kamu punya 20sen. terima kasih ye tolong gi kedai"

"No problem mama, nanti ikar kumpul duit ni banyak-banyak, nak beli kaset Exist"

" Exist?? Ya Rabbi.........Ikarr..... mama lupa la ikar, ada barang lupa...kobis..."

" ala mama ni... ikar baru je balik ni ma...kene gi kedai balik"

"alaaa kamu pegi la kejap ikar, tolong mama ye, nak beli kobis, sayur takda...."

" ye la ye la yela........balik nanti mama bancuh nescafe ais tau"

"Okey takde hal la :) ..."

P/s sampai sekarang aku tak dapat selesaikan misteri yang melanda, kenapakah mak aku terkenangkan kobis bila sebut nama exist? adakah muka mamat exist tu ada rupa macam kobis? atau kulit cover album exist ada sayur kobis? ataupun mak aku baca majalah Hai makanan kegemaran Exist adalah sayur goreng kobis?

Hurmmmphhhh... mungkin exist exist.. hujung dia is is is mcm bunyi kobis kot......


Gambar ni bukan gambar aku masa kecik2, ni gambar sepupu aku Arip, saja letak sebagai hiasan, juga sebagai pencuci mata, amacam? hebat tak hasil seni aku? syok gak buli budak2..jangan bimbang,,tiada kecederaan berlaku dalam pengambaran ini hehehehhe

April 27, 2011

Pelanggan Makan Dengan Mata Mereka

Assalamualaikum.....


Sedang aku duduk bersandar di kedai mamak 'mat bulu' itu, aku membenarkan mata aku meliar melihat akan perilaku-perilaku manusia yang kadang-kadang berjalan tanpa tahu hala tuju. Lantas aku menyerap tingkah laku manusia yang sememangnya hanyalah satu spesis makhluk sama seperti haiwan juga jika jiwanya tidak diisi dengan wahyu, harapan dan pemikiran.

Jadi, jika kita masih lagi reluctant untuk mengisi jiwa dengan wahyu, harapan dan pemikiran, akhirnya kita tak ubah seperti haiwan, owhh.. mungkin haiwan itu akan lebih mulia dari manusia sekiranya ilmu terbang dan memburu tikus itu di iktitraf sebagai kebijaksanaan haiwan dan bukan hanya naluri semulajadi mereka. jika dibandingkan dengan manusia yang tiada harapan dan akal yang berfikir.

Sedang aku mengelamun panjang dan tidak berkesudahaan, aku disapa oleh satu suara jantan.owh abah rupanya, nak ajak borak sambil minum teh tarik yang tak berapa nak tarik.

" Ikar, kamu nak tau satu benda tak?"

"apa dia abah? pasal footwork badminton ke? tu abah dah habis ajar dah minggu lepas, double-stroke pun ikar dah master dah, apa guna pulak medal gold kan kan ..tehehehe"

" bukan pasal badminton la, ni abah nak cerita rahsia yang abah belum citer kat sapa2 pun, itu pun kalau kamu nak tau la"

" hoh, pasal apa ni abah? arwah tok Syukur ada wasiat tanah kat bukit bintang ke? hish kalau ada 2 ekar mau kaya kita, mau kita beli banglo kat hartamas pas nih.hehehehe"

" Bukan, kalau kita ada tanah kat Bukit Bintang, takda la kita duduk minum teh kat kedai mat bulu ni, bek kita mnum kat Shang Ri La je.. ni abah nak citer, kamu tau tak selain milo ada lagi serbuk coklat lain?"

"mestila tau bah, dulu kan abah ada beli Ovaltine, tapi tak laku, semua orang taknak bancuh, diorang cakap tak sedap, mama cakap nak milo jugak, baru best. pastu kan kita pernah beli vico kan kan? beli sekali je, pastu 3 bulan tak habis2..last2 keras jadi batu."

"keras jadi batu tu kamu la, dah bukak bancuh tak reti nak tutup elok2, dah masuk angin..belajar tinggi2, tutup tin pun fail, ape lah..

abah nak bagitau kamu satu rahsia ni, kamu tau tak, lepas yang diorang(family) mogok taknak minum selain milo tu kan? lepas tu abah saja buat eksperimen, abah beli Vico refill tu kan, abah senyap2.. masukkan dalam tin Milo kosong tu... elok je semua minum sampai habis, puas hati abah...rupenya mama, julia, ayin, karnain ngan kamu2 sekali semua auta grek je lebih...taknak minum selain milo konon...hahahahahah"

" Eh ye ke abah? ermm, nasib baik ikar tak auta grek, ikar suka nescafe je, mana suka bancuh milo kan... mama, karnain ngan julia la yang suka sangat" (dan dan bila dah kantoi)



ini contoh gambar vico refill, kat atas tu contoh ovaltine, zaman sekarang ni tak tau la, ada lagi ke tak rumah yang beli ovaltine, aku rasa aku nak simpan tin ovaltine, dalam 20tahun lagi, mungkin jadi barang 'rare' kot.

#################

Okey, dialog di atas berlanjutan sampai la dekat nak maghrib, kalau aku nak sambung cerita kat atas mau sampai 3, 4 page pun tak tentu habis. jadi mari kita simpulkan dan bincangkan dari sudut ilmiah pulak.

Bila aku masuk UiTM, Kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan, aku attend kelas Restaurant Service, dalam study tu ada satu Quot yang aku takkan lupa sampai bila-bila, aku rasa Shahril Husin ngan chewe pun tak lupa kot, Zikry taktau la, dia selalu pergi bertapa dengan Pakya cari buluh runcing hikmat.. hahaha... quot tu berbunyi mcm ni :

"Customers eat with their eyes"

Frasa ni menunjukkan bahawa, Perception, assumption atau pandangan andaian boleh menentukan segala-galanya di dunia ni, dan dalam hal ni pelanggan restoren akan membuat penilaian pertama dari apa yang dilihat oleh matanya seperti food presentation, decoration, ambience, jenama pinggan, set teko, warna makanan, portion dan berbagai-bagai lagi,

Pelanggan bukan lah membuat keputusan untuk memesan melalui faktor rasanya atau aromanya,

Dan kes ni telah dibuktikan secara non-clinical oleh bapak aku sendiri dalam kes file 003 (d) laman 1, kes Milo von De melawan Vico Van Trausent & Avec du Ovaltine (ok tang ni aku merapu) ahaha, dalam kes Milo dan Vico tu la.

Lepas tu aku ada jugak cuba membuat kajian tidak berkawalan (sensory evaluation tidak rasmi ) dalam kes mak aku suruh beli mee goreng mamak Khulafa, aku malas nak round jauh-jauh sampai seksyen 7, aku beli je mee goreng mamak seksyen 6, balik rumah je, mak aku tanya :

" Ikar, mana kamu beli Mee goreng mamak ni ikar?"

"Ikar beli kat tempat yang mama suka tu la, Khulafa seksyen 7..kenapa Ma?"

"Eermm, takda ape2, sedap mee goreng mamak ni, kalau Dawood seksyen 6 tu usah kamu labun la, kamu bagi aku free pun aku tak endak, bukannya sedap.. mee dia rasa kapor"

aku bagi masa sampai mak aku habis makan mee goreng tu, sambil dia cedok sos cili maggi berlaukkan timun..aku senyum je sambil mata pandang TV, tengok Dr House..

" sedap ke mama? wahhh selera nampak..licin...mama lapar eh?"

"sedap betul, tapi lain sikit rasa dia, maybe tukang masak tu tukar orang kot"

" eh takde la, bukan tukar orang la ma, tadi ikar malas nak gi seksyen 7, minyak dah merah, malas nak isi, ikar beli kat dawood seksyen 6 je.hahahahahahhahahaha"

"Hantu betul budak ni tau. ngenekan aku, ye ye la aku semangat makan tadi..hish kamu ni ikar"

"hep hep, dah abis dah pun mee goreng tu mama balun, konon tak sedap Dawood, auta grek la tu" hahahhahaha

Jadi, Dari hasil pengamatan kes yang beginilah maka gergasi-gergasi industri makanan dan pembuatan mula memahami bahawa manusia ini suka membuat andaian dari pengamatan.

Sejak dari itu bermulalah era 'Branding' dan Marketing, di mana kekuatan sesuatu produk itu bukanlah dari kualiti yang dipertaruhkan, sebaliknya dari kekuatan pengiklanan dan pemasaran, wahima barang yang ingin dijual itu tidak perlu pun untuk dibanding salah satu diantaranya, sebab produk itu adalah sama. Contohnya :

1) Peluntur pakaian/bleach/ peluntur berklorin atau lebih senang di panggil 'clorox'

Benda ni sama je, tak kira la cap Giant ke, cap first choice Tesco, Cap adik merangkak POPO (eh ni bukan brand keropop ikan ke?) atau cap burung nuri tenggek atas kayu. Fungsinya sama, dan hanya kerana brand, harga boleh berbeza sampai rm1 atau 50sen walaupun jumlah kandungan sama.

Tetapi disebabkan Customers' perception dan kekuatan brand, ibu-ibu akan memarahi anaknya jika pulang ke rumah tersalah beli clorox. Mak tetap mahu clorox, jika clorox takda, maka akan berlakunya awan hitam berarak mendung, petir sambar menyambar, dan tanah rebak di selatan Filipina.

" Ikar... kan mama dah cakap, bila mama cakap kamu taknak dengor, aku baru cakap je, kamu dah kelam kabut sambor basikal pergi kedai jimat, cuba kamu rilex2 tak boleh ke?"

" kenapanya Mama? kan ikar dah beli semua yang mama pesan, kelapa parut sebijik putih je nak buat kuih, serbuk kunyit sepeket, cili api 2 ringgit. clorox sebotol..apa lagi yang takda mama?"

" ada tu ada la semua, tapi mama cakap Clorox. C.L.O.R.OX... bukan yang ni, cuba kamu baca balik apa dia tulis?"

"C.O.C.O.R.O.X....... cocorox mama... taaapi....kan sama je function dia ma..."

"kamu jangan nak melawan, mana sama, masalahnya bukan sama ke tak, tapi kamu tu yang kelam kabut.. prot pret bla bla bek bek bek bla bla la pang prang prong preng..pi pa pa parrappaa ..pi ppaaraappaaa paa... para beda beda.."

2.) Telur Ayam.

Apa?? telur ayam omega 3? telur ayam dalam 7 eleven? murtabak pak sudin telur ayam dibasuh? apa?? telur ayam dalam bekas plastik lutsinar di jual di rak-rak pasaraya dengan harga yang tak masuk akal?

"owhhh tidak mengapa anak muda!!, telur ini omega-3, baik untuk jantung dan ia dibungkus bersih dan berjenama. telur ni 10kali ganda lebih baik dari telur ayam sepapan yang dijual di kedai runcit itu" (bilang Profesor Emeritus Tengku Tan Sri Datuk Dr Haji Mantomin Sarji Bin Haji Daud)

" Papa, kenapa papa tak bawak telur Omega-3 sekali ke kedai mamak ni papa? tak baik untuk kesihatan tau papa, makan roti telur mamak ni, dia mesti tak pakai telur ayam omega-3, Fatin jamin dia pakai telur kedai runcit je papa"

" AhHHhhhhhHhh diam La Ko Fatin, papa lapar dah ni..kang papa sidekick ko kang"

3) Gula, garam, serbuk kunyit, lada sulah dan berbagai lagi.

-Yang ni taknak cerita panjang-panjang, korang bygkan sendiri.sebab nanti entry aku panjang sangat, korang merungut...

korang bayar 99.90 untuk sandal mcm selipar jepun? aku pegi jalan2 kat sport house nak beli sandal, sekali aku tengok ipanema. mak datuk.. harga mcam beli kasut adidas, hilang akal ke apa? lagi korang beli, lagi la menjadi2 diorang manipulate harga.

4) Selipar Jepun/flip flops

"errmm, aduh putus pulak sandal Salvatore faragamore aku ni, nak balik jauh lagi, takkan nak jalan kaki ayam sampai rumah.. wei Syerry, singgah jap giant, aku nak beli selipar jepun la, wedges aku putus"

" Eeeeuuwwww, what??? ko nak beli selipar giant? u mean... selipar RM 3.80 tu?? peeeeeelisss Jamiatun... tolong lah Jamiatun.. jom jom kita pergi padini tu. We buy better sandal k, ada sale tau, RM 39.90 je Jamiatun Oii... eeeee aku tak kuasa kawan-kawan aku pakai selipar jamban giant tu"

" Tapi Sherry....selipar is selipar kan? kalau Padini tu pun selipar sama jugak dengan yg giant tu, brand je dia cop lain, selipar jamban jugak..kenapa aku nak beli RM 39.90 untuk selipar?"

" Hey Jamiatun Bt Dato' Azhar Sulaiman Akhlaken... ko tu anak orang ada-ada tau, ko kena la jaga status ko, aku yang belum berbapakkan Dato' ni pun pakai selipar Ipanema ko tau tak??? RM69.90 ni... peeelis aku nak sarung selipar jamban tu... eeuuww tidak"

" ish ish ish Sharifah Markonah..Sharifah Markonah, selipar punya pasal pun ko boleh kecoh2. takpa la Sherry Marky, aku beli je la selipar giant tu. lagipun rumah aku dah banyak kasut, ni emergency kes je pun..

Ingat sherry... modern2 jugak.... ipanema ipanema jugak... kelas tu kelas jugak... tapi Nabi ada pesan...Membazir tu Saudara Syaitan"

"GuUuUUllppppPpp...jom gi giant tu jom tehehehehehe "



Selipar jepun mcm ni kat pasar malam atau kedai kasut Jukebox tak lebih rm10, rm3.80 pun ada, best ape, ada kartun simpsons....ada kaler pink.. ada lambang levis... wahhh korang bayar tak sampai rm10.. 2 brand dia boleh bagi.. berbaloi baloi....

P/s semasa entry ini habis dibaca, maka ada sesetengah pembaca mula memikirkan akan jenama kloroknya, dan berapa yang dihabiskan untuk beli selipar, tidak ketinggalan juga ada pembaca yang berlari-lari anak ke bilik air utk melihat jenama peluntur baju.

entry ini adalah untuk kes produk yang berfungsi sama, manakal jika produk berciri2kan individualistik, ia tidak akan berkesan dengan contoh2 yang ditonjolkan. harap maklum.

April 24, 2011

Kisah Natrah 'Nate' yang mahu comel

Assalamualaikum


" Hari ni aku nak berlagak comel lah, hari-hari berfikiran macam budak anugerah dekan pun bukan ada untung, lagipun aku ni girl, girl haruslah berlagak comel dan manja, at least aku takde la orang cakap nanti outdated kan"

Kata hati Natrah Sudirman sambil guling-guling peluk pooh di katil bercadarkan pink itu. Lantas, dengan sekejapan Natrah mencapai handphonenya, berhenti kejap dari layan Novel Hayati Ibrahim...

" ermmm, macam mana ye nak nampak comel? aku rasa, mula-mula aku kena tukar nama aku la, apa barang Natrah, macam nama Teater je..nama mesti la western-western sikit, nama melayu ni ketinggalan zaman..ihik ihik...

lama dah aku tak main sms ngan Zul, apa la khabar dia sekarang?... nak sms la... ihik ihik"

Lalu dicapainya handphone, dah lama handphone dia tak dibuka untuk sms, asyik layan BBM, Twitter ngan chating FB je... kesian Zul yang duduk kampung tu, dah la pakai Nokia, tak 'up to date' langsung, tukar la BlackBerry, baru style..

tett tap tet tap tap tap tet tet (bunyi keypad henpon)

"Hye Zool, how r u? seyhart kew? lamer da x contact ko, rindoo plak kat ko, ko boowart apew skunk nieyh? (deng deng! msg sent)

Truutt truutt....(1 new message)

"Uikk ape kejadahnya si Natrah Sms aku nih? dah dekat setahun tak pernah2 sms aku, mimpi apa dia ni? takpe la, layan-layan, mana tau cinta berputik kembali, aku dah la single skrg ni, untung-untung boleh ajak tengok wayang ahad nanti"

Sengih Zul terkenangkan Natrah, kekasih monyetnye dulu, oh ye, Natrah tu bukan monyet, dia adalah cinta monyet Zul..

Zul pun ambil handphone dan balas sms..

" Hai Natrah, aku alhamdulillah sihat skrg, rindu kat ko gak, aku skg dah duk KL. kerja banquet kat Hilton, ko wat pe skrg ni? dah habis study?"

" hah? kau skunk stay Key EL? sng larh nark jumper, dekat je Kowt..aku skunk stay Pee Jay jew, finish study da, ngah cari kejew now"

" apa, ko duk 'Pee Jay Jew'? kat mana tu? aku bukan duk Key EL la, aku duduk KL...Kuala Lumpur"

" Hunney, bukan 'Pee Jay Jew' lorhh... aku duk PJ, Petaling Jaya, near-near la kitew, tol la KL i ckp, Key EL tu KL lorh, apew larh ko ni Zul, tak style lorh"

" la PJ rupenye, aku ingatkan ko kat oversea skrg, Peejay Jew mana aku paham, aku ingatkan ko duk kat ghetto yahudi mcm zaman-zaman hitler dulu. lain kali taip PJ kan senang, 1Malaysia tau PJ tu Petaling Jaya Natrah oi..."



Jewish / Jew Ghetto adalah satu penempatan berpagar yang sentiasa diawasi oleh tentera bertujuan untuk mengasingkan kaum Yahudi dari bergaul dengan penduduk tempatan, masih lagi terdapat Ghetto zaman skrg namun bukan untuk yahudi tapi kulit Hitam yang tinggal di bandar-bandar besar di USA. Black ghetto ni walau bagaimana pun wujud secara tidak rasmi.


" ko ni kampung la Zul, besew la boodark2 skunk sms mcm tu lorh. 1 more thing, skunk ko xyah panggil aku Natrah la, u can call me Nate jew"

" Hah? Skunk? skunk tu bukan binatang yg kencing busuk tu ke Natrah? la elok2 nama Natrah gi tukar jadi Nate Jew tu kenapa? kalau aku salah baca bunyi jadi nate beruk mcm mana? suka betul kau jew jew skrg ni ye? mesti ko study dulu ramai budak yahudi kan?

"Hey zul, apsal ko nieyh? biler lak aku study Yahudi? aku ckp jew tu 'je' la, lagipun aku study Jay Bee dulu, mana ada boodark yahudi study there. Skunk tu bukan binatang lorh but 'sekarang' paham???tu pun x paham, macam chat ngan orang tua jer"



Skunk adalah sejenis Haiwan mamalia yang menggunakan cecair yang sangat busuk yang dirembeskan dari kelenjarnya sebagai satu cara pertahanan terhadap musuh atau binatang pemangsa.

" Hah boleh pulak ko cakap 'je', kan senang, xyah nak tambah byk2 huruf, lagi senang taip kan? Oh skunk tu 'sekarang' ..kan senang je kalau ko taip 'skrg' kan? aku mati2 ingat ko bela skunk, ye la trend skg kan, budak2 suka bela pet, ada hamster la, sugar glider la. betul ke aku eja 'budak' tu Nate? ke kene taip boodark gak macam ko?

"Eeee, gewam tol aku ngan ko nieyh, sajew jew nak boowart aku hangen kan kan? mcm manew plak ko bleh sesat kat Key eL lak nieyh? kan kew ko dulu stay peneng?"

" aduh Natrah, susahnye aku nak paham ko taip ni! bukan peneng la, ko boleh pilih nak guna P.Pinang atau Penang, but please dont peneng, buruk benor rupenye Natrah oi. tu boowart tu apa pulak ? baru duduk PJ 2 bulan dan dan pelat ke Natrah oi?

" sowwie Zul eh, aku duk PeeJay bukan 2 bulan tau. dah 3 bulan stgh, ala biar arrr aku nark taip mcm nieyh, fren2 aku cemue taip mcm nieyh owkeyh jew. yg ko pulak nark bising2 apehal? mcm mak nenek"

"Jaybee, Key EL, Pee Jay, Boodark, skunk, jew, trend ape mcm tu? mcm keypad rosak je, dah la Natrah, xyah la ko nak trend2 style2 sgt, bukan aku tak kenal ko, dulu keje gentel kopok lekor kat Tanjung, trend konon. geli ko tau x geli? ko tu dah 24 thn, bukan 15 thn. kalau kawin anak dah 2 dah Natrah!"

" eee menci la cannieyh, aku bawu nak chumil, bese arrhh gegewl sms chumil2 mcm nieyh, ko tark rasew aku chumil ke Zool?"

" Tak comel lansung, rasa mcm sembang ngan orang Nigeria! aku rasa kalau org Nigeria pun x pelat mcm ko, ni bukan comel ko tau dak? ni gedik..geeeewwddiicckkkk!! ha hambik ko!"

" Dah arrr malas la nark layan ko zool, x memahami hearty gegewl lgsung, aku sms nieyh bawu nark ajak ko tengok muvee, ko dah tarcing lak. x jadi la mcm nieyh"

"Xpew larh Nate, arkoo tarkdew rezekiw nark pewgi tengowk muveew derngunk cow Nate. Maybeee laryin carlee kitew pewgi tengowk muveew samew2 lorhh. bilew cow dah tark pewlart lagiew, kitew gi yah? buhbuy darlink muchuk muchuk charyunk! i lurve you larrh.. see ya, jarngan lupeww barlick campoong bilew laluew Jay Bee Yah!"

"EeeEEeeeEEee menci menci :(( !!!"

Dengan itu berkuburlah fantasi Zul untuk ber'couple' kembali dengan Natrah, selepas Natrah dijangkiti penyakit chumil-chumil gewdick, jadi jaga-jaga kepada anda semua, sila periksa balik ejaan anda sebelum anda kehilangan orang yang tersayang! buh-byee...Sarlump..(eh tergedik pulak)


P/s Ini bukan cerita bohong, cuma unsur-unsur ditokok tambah bagi menyedapkan cerita. aku pernah chat mcm ni ngan kawan lama aku dulu, bila masuk uitm shah alam, terus tak pandai taip elok-elok, apa ingat banyak masa aku nak translet bahasa chumil tu? tegang-tegang urat tengkuk, kerut2 dahi nak eja balik...takda masa oi, nak chumil chumil pergi lepak dataran!

Peace, No war, no heart feeling .. :)


April 22, 2011

Zulfikar Tajima

Pemakaian songkok atau kopiah pesyen baru, pesyen Zulfikar Tajima, untuk lelaki2 yang dah bosan pakai kopiah dan songkok pesyen yang sama je ke masjid, boleh cuba songkok ni, ilham dari sieera leon.


Assalamualaikum...

" Hah Ayin, kamu nak ke mana ni? dengan tudung bulat, batu berlian gantung-gantung, dah macam chandeliar abang tengok, tu berlian ke batu ladung yin?"

"Alah abang ikar ni, Biar arr ayin nak pakai mcm ni, ni fesyen baru la, baru la Hana Tajima"

"Hah Hana Tajima? sapa tu? "

"Hana Tajima pun tak kenal, kata blogger tegar... gi google la, dah la ayin nak gi sunway.bye"

Aku pun mengerutkan dahi, dan sambung tengok TV, sapa pulak Hana Tajima ni? adakah Perdana menteri Jepun yang baru? ataupun 1st lady Jepun? setahu aku mana ada orang jepun pakai tudung, shawl-shawl bagai...

Aku malas nak panjangkan sembang dengan adik bongsu aku tu, dah la kena sound pasal tak kenal Hana Tajima, lagipun aku malu la kalau petik salah fakta, sebab ada banyak jugak benda yang kat dunia ni nama seakan-akan Jepun tapi bukan Jepun pun...contohnya..

  • Tiramisu : bunyi macam jepun, aku ingatkan dessert mcm kuih doriyaki yang doremon makan tu, rupanya takda kene mengena dengan jepun, dessert itali rupa nya
  • Alberto Fujimori : dengar nama macam ahli politik jepun, takpun macam artis indie jepun, rupanya bekas presiden Peru, tapi dia ada jugak la darah2 jepun tu.
  • Ikea dan Nokia : Nokia tu bunyi macam jepun, mati2 aku ingat dulu handphone Nokia dari Jepun, rupanya dari Finland, sama la kes ngan ikea jugak...

Jadi bagi mengelakkan aku menjadi blogger kuno dan mendapat malu, aku pun diam je la, dalam kadar segera bila aku dengar bunyi keriuuuuk gate tu tertutup, laju je aku gi on laptop, google image hana tajima.

OhhHHhhh ini rupa nya dia..fesyen designer...reka cara pemakaian tudung baru...off shawl gulung2.,...owhhhh shawl senget benget.. eh ehhh ade shawl lapis-lapis lagi... wahhhh uuuUuu uiyyoooo cutenye hana tajima ni..... style rupenya Hana Tajima ni, patut la perempuan semua secara drastik pakai tudung dah main lilit2, main senget benget..

Rupenya Hana Tajima ni 'Best Kept secret' bagi wanita-wanita... lelaki adalah dilarang memasuki zone Hana Tajima sebab anda takda kena mengena.. korang bukan pakai tudung pun...(kata hati kecil perempuan)

Aku pernah gak terpikir, main lilit2 tudung pun boleh femes satu Dunia, aku pun rasa mcam nak jadi Hana Tajima, aku nak letak Nama Zulfikar Tajima.. nama pendek bagi Zulfikar Taro Tajima San.. tapi aku tak boleh la nak reka cara pakai tudung baru, sebab lelaki tak pakai tudung kan, so aku kena invent cara pemakaian serban baru atau reka cara melipat kain pelikat ala-ala Hana Tajima... mungkin lipat kain pelikat ke belakang ke, atau pakai serban dari towel mandi.



amcam? korang berani pakai serban guna towel pooh ni bawak gi sembahyang jumaat? korang kata merepek? try dulu gi masjid india kat klang tu, bersepah org bangla ngan pakistan pakai towel goodmorning wat kepiah..hahahaa

"Assalamualaikum..... Kakak dah balik"

"Hah Kamu Julia, apsal pulak kamu pakai Jaket tengahari buta ni? tak panas ke?

"ala Abg Ikar ni, ni style baru la, baru la Yuna..tengok la tudung ni, kata Yuna kawan baik ngan Hana Tajima kan"

"dah sudah......lantak kamu la Julia, jangan kamu pengsan tengah panas nanti sudah"


P/s Pulak dah... Hana Tajima ni kawan ngan Yuna pulak...adakah aku perlu bukak stylecovered untuk baca diorang sampai habis?

Surat Terbuka Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Berkhasiat apa nasi lemak, gizi seimbang, ada sayur, protein, kekacang, vitamin c, karbohidrat, lemak sihat dan 'portion'nya juga sedikit,takda la banyak sangat.

Perkara : Isu Nasi Lemak di Kantin dan Masalah Kegemukan.

Yang Berbahagia Datuk Seri,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang isu retorik yang berbolak-balik sekian lama di kaca televisyen dan silibus pendidikan negara. Adapun saya di sini ingin menyuarakan rasa kehairanan saya terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (selepas ini disebut sebagai KKM) dalam menangani masalah obesiti yang berlaku dalam negara ini.

Saya tidak mahu untuk berbicara panjang ibarat pakar perunding kesihatan dan makanan yang keluar di kaca televisyen tersebut, saya cuma ingin menyampaikan rasa hati saya yang tidak akan diselindungi dengan ayat yang berbunga-bunga dan penuh bahasa akademik hanya untuk menyembunyikan kebenaran bahawa isu ini adalah isu mudah dan remeh. Ia bukanlah isu yang perlu diwar-warkan sehingga 2 minggu di media masa.

2. Sebenarnya, budak-budak bukan gemuk disebabkan nasi lemak yang dijual di kantin, sebaliknya mereka gemuk kerana ibubapa mereka kerap belanja anak-anak makan di Macdonalds dan KFC secara berganti-ganti, ini amat dikesali kerana makanan ruji rakyat Malaysia adalah Nasi, bukan Ayam goreng, pizza dan burger.

Perkara ini disebabkan ibu bapa bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang berkualiti kepada anak-anak mereka. Jadi mereka meninggalkan belanja yang besar kepada anak-anak di rumah, apabila anak-anak lapar, mereka akan menghubungi Domino's pizza delivery, mereka akan melantak pizza sehingga kancing seluar mereka tidak dapat lagi menampung pembesaran pinggang mereka.

Jadi saya Cadangkan Kerajaan menutup kesemua rangkaian restoren makanan segera, dan tidak meluluskan lesen beroperasi semula kepada mereka.

Saya juga cadangkan, duit-duit dicatu dari ibubapa, supaya tidak memewahkan anak-anak mereka dengan duit yang banyak, yang membuatkan mereka makan snack plate, happy meal, quarter pounder, big Mac dan sundae seringgit dengan rakus sekali. Sepatutnya ibubapa menyediakan makanan yang sihat kepada anak-anak mereka mengikut gizi seimbang seperti disyorkan oleh KKM.

3. Anak-anak juga menjadi gemuk kerana terlalu banyak makanan ringan yang dijual di kedai-kedai runcit, di luar-luar pagar sekolah, di Giant, Tesco, Carrefour dan kedai-kedai kek. semua makanan ini adalah tidak sihat dan menyumbang kepada faktor kegemukan melampau. saya cadangkan Datuk seri mengarahkan semua makanan ringan diharamkan dari dijual di kedai-runcit dan pasaraya.

Ibarat kawan saya Nizam Jasni ada mencadangkan agar KKM membuat satu ubah suai di dalam MYKAD, sesiapa yang ingin membeli FastFood seperti Macdonalds, mereka perlu imbas/Scan MYKAD mereka bagi memastikan berapa kerapkah mereka sudah membeli BigMac, KKM sepatutnya meletakkan had, di mana anak-anak tidak boleh makan Macdonalds lebih dari 3 ketul seminggu, jikalau lebih mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

4. Saya juga mencadangkan agar KKM menutup Kilang F&N dan menghentikan penjualan coke dan lain-lain minuman ringan, sebab minuman ni semua banyak mengandungi gula yang tidak perlu. Datuk Seri sendiri tahu, pengambilan minuman ringan yang banyak gula ini menjadi faktor utama masalah kegemukan.

5. KKM sepatutnya mengharamkan 'vending machine' yang menjual minuman ringan seperti Oren, strawberry, grape F&N dan coca-cola di sekolah. adapun penjualan minuman ringan di sekolah adalah satu tindakan yang amat bodoh dan tidak bersifat ilmiah, apalah sangat kalori nasi lemak jika ingin dibandingkan dengan kandungan kalori dalam air bergula yang tinggi itu.

6. Sepatutnya, KKM dan Kementerian Pelajaran Malaysia bekerjasama dalam membuat satu ko-kurikulum wajib, iaitu bersenam setiap pagi sebelum kelas bermula, apalah gunanya perhimpunan waktu pagi yang sangat bosan dan melodrama itu.

Apakah logiknya menghabiskan sejam di waktu pagi dengan mendengar bebelan cikgu-cikgu dan guru besar pada benda yang sama setiap pagi, apakah kepentingannya menyanyi lagu sekolah setiap pagi.

Adalah lebih baik mereka melakukan senaman ringan seperti 'tepuk bintang', 'push up', berlari setempat selama 15 minit dan senam robik selama 20 minit, selepas bersenam, mereka boleh menukar uniform di bilik persalinan dan saya jamin mereka akan berasa segar untuk memulakan sesi pembelajaran. Kalori berlebihan juga akan dibakar dengan cara yang sihat dan penumbuhan otot-otot yang sihat juga akan berlaku dengan jayanya.

7. Percayalah Datuk Seri, Pelajar-pelajar tidak menjadi gemuk dengan hanya memakan nasi lemak setiap pagi di sekolah, sepinggan je pun. Mereka sebenarnya gemuk kerana mereka makan makanan ringan, 'fastfood' di luar waktu sekolah.

Anak-anak juga menjadi gemuk kerana mereka menghabiskan masa di depan komputer untuk bermain Facebook, twitter dan tengok video maharaja lawak di Youtube selama berjam-jam.

Anak-anak juga banyak menghabiskan masa bermain X-box 360, Playstation 3, PSP, Farmville, Poker dan sebagainya. sepatutnya mereka menghabiskan usia kanak-kanak mereka dengan bermain basikal keliling kampung, main kombat-kombat dengan senapang terung pipit, konda kondi, gasing pangkah, kejar-kejar dan paling koman pun main nyorok-nyorok.

Saya cadangkan KKM, mewajibkan ibubapa meletakkan password keselamatan di komputer supaya anak-anak hanya bermain Facebook pada waktu dan had yang sesuai sahaja, waktu petang diwajibkan bermain di luar seperti manusia normal, dan bukan Technologies junkies.

8. Saya Juga mencadangkan Menteri-menteri kerajaan, Ketua-ketua setiusaha kementerian, Ketua-ketua jabatan kerajaan, Ahli-ahli parlimen, Ketua pembangkang, Ustaz-uztaz PAS, barisan pimpian tinggi DAP dan Keadilan, penghulu, guru besar dan cikgu-cikgu di sekolah semuanya mengempiskan perut dan mula menjalani hidup sihat, daripada kamu semua asyik berkelahi pasal masalah politik dan video lucah itu, lebih baik anda semua membuat acara berjogging ramai-ramai di Taman Tasik Perdana atau Dataran Merdeka,

Kepimpinan melalui Tauladan Datuk Seri, Datuk seri boleh mula menunjukkan berat ideal BMI Datuk seri untuk tatapan umum agar semua rakyat dan anak-anak di sekolah mendapat motivasi yang tinggi untuk mula menguruskan badan.

Disarankan juga penulis blog menguruskan badan, untuk pengetahuan Datuk seri saya sudah pun mengamalkan hidup sihat dengan menjalani aktiviti bermain badminton 4 kali seminggu secara berjadual, dan pergi mendaki gunung setiap minggu bermula dari 3 bulan lepas, sekarang saya dah turun 5 kilo dah Datuk seri. Saya juga tidak suka makan di Fastfood kerana tak berbaloi dan menyampah dengan cukai perkhidmatan dan surcharge yang mengarut lagi.

Akhir kata dari saya, Pengharaman nasi lemak di kantin sekolah sama sekali tidak akan membawa sebarang makna dalam mengatasi masalah kegemukan, malah ia membuatkan perunding makanan dan kesihatan yang memberi komen di buletin utama itu nampak bodoh dan selekeh, Harap Datuk seri dapat menghindarkan diri dari kelihatan begitu. sekian itu sahaja dari saya, segala budi bicara dan kerjasama dari pihak Datuk Seri amat saya hargai dan saya dahului dengan Ucapan Terima kasih.


Yang Benar

Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri


P/s Apa lah, konsultan sampai PHD, doctorate, dietitian bagai, bagi komen dan nasihat pun tak reti..ada ke nasi lemak yang disalahkan.. hampeh.

Credit gambar nasi lemak : Rasamalaysia.com

April 19, 2011

sains seks : makna sebalik solek

Assalamualaikum...


Sape2 lelaki yang tengok muka dia ckp tak lawa, atau sikit pun tak terdetik yang dia ni menarik, samada lelaki tu hipokrit, ada masalah nafsu atau dia homoseksual.."ehh ape la kau ni Zulfikar, suka hati la orang nak cakap dia lawa ke tak? yang kau sibuk2 kenapa? kau nak ampu lisa surihani ke??? haaa???"

Setelah kita marah-marah dengan mood tulisan nasihat seperti di SINI, dan setelah kita bergelak tawa dengan lawak-lawak zaman kecik-kecik, kali ni aku nak berkongsi ilmu ala-ala professor dari Stanford.

Ok, semua perempuan suka kelihatan cantik, semua perempuan suka dipuji sebagai menarik, tidak kiralah matanya yang cantik, atau tubuhnya yang solid, tapi kebenarannya perempuan suka dilabel cantik.

Disebabkan mahu dilabel cantik, maka perempuan akan bersungguh-sungguh untuk bersolek, solek tang mata difokuskan pada eye-shadow, solek tang pipi dinamakan blusher, solek tang bibir dinamakan lipstick/lip gloss dan solek tang hidung dibayangkan dgn liner yang mancung.

Tapi apakah asas solek dari segi saintifik??? bila aku tanya kawan-kawan perempuan..

"kenapa korang suka mekap ha? "

"Mestilah kena mekap Zul, kalau tak nanti muka pucat, macam orang sakit, takda selera orang tengok muka kita"

Tapi betul ke solek / mekap itu untuk menutup wajah dari kelihatan mcm orang sakit?

Sebenarnya jawapan itu salah.

Solek bukan nak elak dari menyerupai orang sakit, sebab kalau manusia yang tak bersolek tu secara semulajadinya mcam orang sakit, maka orang sakit akan kelihatan lebih teruk. sebab manusia diciptakan dari azali tanpa alat solek. Muka yang tanpa solek itu adalah muka semulajadi manusia. Jadi, apakah tujuan utama Perempuan bersolek?

Mengikut Kajian ahli sains biologi yang bekerjasama dengan psikologi :

"Solekan adalah satu kaedah pengiklanan untuk meniru tentang tahap kesuburan seseorang wanita. iklan untuk menarik jantina jantan bagi mengadakan hubungan seks dan melahirkan zuriat, bagi melansungkan keterusan hidup spesis"

Apabila perempuan itu dalam keadaan subur, Pipinya akan merah dan kelihatan gebu secara semulajadi, melambangkan aliran darah yang lancar di dalam tubuh, ia memberi signal bahawa individu itu sedang subur dan paling layak untuk dijadikan teman seks. Begitu juga dengan Bibir yang merah dan munggil, dan mata yang bundar dan kornea yang membesar lambang tertarik dan bersemangat.

Maka , dengan itu, bila pipinya merah, secara subliminal stage atau minda bawah sedar lelaki akan tertarik dan tergoda untuk mengorat perempuan tu, sebab dia akan :

"whoaaaa, cantiknya minah tu....pipi dia merah menguntum bak pauh di layang, confirm minah ni tengah dalam keadaan subur. minah ni amat sesuai untuk menjadi calon teman bagi kelansungan survival keturunan aku.....maka.... mari kita ngoratttt!!!!" (berkata2lah lelaki itu secara minda bawah sedar didalam bahagian otak kunonya)

Bila perempuan melihat ramainya lelaki terpana dan tergoda dengan pipinya yang merah itu, maka dia akan merasa seronok, beliau akan mula merasakan dirinya laku di pasaran dan menjadi kegilaan jantan-jantan alpha... maka perempuan itu akan menjadi begini :

" Wahh, bila aku musim subur je, mesti jantan-jantan semua terpikat dan tergoda pada aku, tapi......aku mana mungkin subur setiap hari, setiap minggu dan setiap masa dalam sebulan, aku hanya subur seminggu-10 hari je sebelum period.. Jadi macam mana ye, aku nak duplicate penanda kesuburan aku? hah!.. aku ni kan manusia, manusia sangat kreatif, apa guna ada industri dan teknologi, maka mari kita guna bahan-bahan industri dan teknologi untuk duplicate (tiru) penanda kesuburan semula jadi " (berkata2 perempuan itu dalam akalnya tanpa sedar, lalu dia mengeluarkan duit untuk beli blusher Avon dari katalog Kak Zah Tonggek)

1. Pipi yang merah dan gebu : Pakai Blusher kaler pink atau peach, kalau lebih berani pakai merah jahang

2. Bibir yang munggil dan merah : kita pakai lipstick estee lauder, takpun clinique, kalau takda Avon pun jadi lahhh... asal merah.

3. Payu dara yang besar : ermm.. kita beli bra yang ada span, takpun kuar duit lebih sikit, kita beli push-up bra..baru up sikit...

4.Pinggul yang bulat dan montok : errm, nanti nak order korset beautiful la, kalau tak cukup, kita pakai padding.. marvelous... rombe nalla rekke....

Mesti ada pembaca yang mula-mula akan memberontak dan memandang sinis pada pendapat ni, tapi kalau fikir secara rasional, anda akan bertemu dengan kebenaran.

Anda boleh buat eksperimen, jika anda perasan, pada waktu kesuburan, anda akan lihat wajah anda menarik secara semulajadi, walaupun tanpa mekap, anda akan perasan muka anda akan ada deruan darah yang banyak, dan menjadikan muka bertambah merah, segar, tidak pucat, dan menarik meskipun lepas mandi.

Ingat tak apa itu seri pengantin? walaupun pengantin tu tak bersolek, tapi Mak andam mesti cakap :

"Kamariah...jangan risaula Kamariah oiii... pengantin ni dia ada seri sendiri tau.. lain dengan muka kita yang biasa2, biarla mekap mcm mana pun, lain dengan seri pengantin.berseri-seri~~~..senyum2 pulak kamu ni Kamariah... Malu la teewwwww"

mungkin dia tak lawa bagi sesetengah orang, tapi dia mungkin lawa bagi sesetengah orang pulak, korang pernah tengok dokumentari orang kat africa yang tergila-gila dekat perempuan gemuk? itu la maksud PREFERENCES yang sebenar. lagi satu, dia mungkin tak lawa tapi dia subur hehe..

Apabila wanita belum baligh, belum bersedia menjadi ibu. bentuk badan wanita akan kelihatan seperti budak lelaki, dada yang leper dan punggung yang tidak montok...

Jadi secara biologinya, dada yang besar itu adalah penyedian tubuh untuk menyusukan bayi, jadi ia akan membesar dengan pengumpulan lemak dan Mammary Gland (kelenjar susu) akan bertumbuh secara sempurna...

So jangan salahkan lelaki jika suka merenung payudara, ia bukan gatal miang seluruhnya, tapi ia adalah tindak balas semulajadi bagi seorang lelaki, tertarik untuk mengimbas samada perempuan itu cukup subur bagi melahirkan dan membesarkan keturunan spesis (offspring).

Tak hairanlah, jika Push-up bra sangat laku di pasaran, produk-produk pembesaran payudara pun berlambak, dan korset laku betul walaupun harga ribu-ribu.

Industri mekap? alat solek? jangan cakap la, industri mekap bernilai berbillion -billion. Industri ni berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi kerana apa? bukan kerana pengaruh iklan, bukan kerana pengaruh rakan sebaya, sebaliknya permintaan dari pasaran, iaitu golongan wanita yang mahu 'menduplicate' tanda-tanda kesuburan untuk kelihatan cantik.

Memang lumrah dunia... lelaki akan mencari pasangan yg sesuai dan subur untuk dijadikan teman hidup....

Wanita pula akan mengiklankan aset kesuburannya. Tapi pendapat ini adalah dari sudut pandang saintifik saja. kalau korang semua pegang pada saintifik saja, nanti kita jadi macam gorilla la. tak pun macam chimpazi kat dalam hutan, yang jantan terlompat-lompat tunjuk bakat.

"akulah jantan paling kuat yang layak meneruskan zuriat!!!!" (sambil tepuk2 dada)

Dan betina akan rilek je kat pangkal pokok jerumun daun-daun kayu...sambil menayangkan punggung kepada chimpazi jantan.

"Hai abang, marilah sini...kita bemesra dan berasmara dana, saya sudah sediaaaa"

Teori cinta dan jodoh secara saintifik dan detail aku ada tulis di SINI

apa korang ushar-ushar? aku nak dating ngan awek aku pun korang nak sibuk, yang si Zulfikar ni duk sibuk2 sebut nama aku dalam blog kenapa? patutla aku tersedak-sedak makan pisang tadi...cissss


Sebab itu ada FAITH.... Islam dengan akhlak dan ajarannya. Kristian dengan etikanya, Yahudi ada caranya dan agama-agama lain semua mengajar manusia untuk beradap dan mengawal nafsu serakah.

Tanpa Agama??? Tanpa agama...si jantan mungkin akan mengejar betina tanpa merasa malu..dan betina akan mula memperagakan tubuhnya yg subur itu.....

Jadi, mengapakah walaupun ada AGAMA, manusia masih bersungguh-sungguh untuk menjadi chimpanzi? menjaja dan memperaga aset tanpa segan dan malu? salahkan blogger itu??? atau salah kan kerajaan??? tidak..tidak.tidak... salahkan diri sendiri yang mungkin terlupa tentang ajaran, bagaimana menjadi seorang insan.


P/s Jika anda bersetuju dengan pendapat ini, sila tekan butang 'LIKE' Facebook di bawah..

owh yaa, entry diatas ditulis untuk perkongsian ilmu, dan bukan bermatlamat untuk menyindir sesiapa. Penulis tetap suka melihat perempuan yang ada sedikit merah dibibirnya. segar sikit mata. :)

April 17, 2011

Isu Blogger dan Rumah Kaca AF

Assalamualaikum.

Kepada semua pembaca blog aku yang mengikuti tulisan aku, aku rasa korang dah faham bahawa blog ini tak suka membincangkan pasal dunia blog itu sendiri atau Blogosphere. Dan aku malas nak komen apa-apa isu pun berkenaan blogger, tips2 blogging, unique visitors, iklan, duit, backlink, SEO dan sebagainya.

Walaupun aku rasa aku mampu untuk menghuraikan isu2 blog ini dengan baik, aku tetap taknak ulas...sebabnya bagi aku, ia akan mencemarkan blog ni yang lebih fokus kepada entry berbentuk ' pendapat tentang isu semasa' 'kisah nostalgia' 'puisi moden' dan 'jurnal aktiviti'. Lagipun target pembaca aku adalah terdiri dari pembaca tegar, ataupun peminat blog tulen, dan bukan peminat contest dan segmen.

Cuma, semakin lama aku merasa semakin meluat bila tengok list blog yang di'follow' penuh dengan entry2 berbentuk join segmen, Giveaway (GA), contest, blog Tagging2, promote2 sekutu dan sebagainya, bagi aku perkara ni adalah satu perkembangan yang kurang sihat utk industri Blog. * aku perlu kemas kini blog yg aku follow, aku nak delete blog yang setiap kali entry hanyalah segmen dan print screen pendapatan Nuffnang.

Tujuan dan matlamat utama untuk berblog telah lari dan jauh menyimpang. Daripada matlamat untuk berkongsi pengalaman hidup, pendapat dan tips2 kehidupan terus bertukar menjadikan dunia blog ni sebagai medan untuk meraih perhatian, populariti dan simpati.

Sesetengah blogger juga sudah mula ketagih untuk join GA, Segmen dan contest, dan perkara ini membuatkan dunia Blog Malaysia menjadi seperti kartun dan pasar lelong. Cuba korang semua duduk secara tenang, jujur dan berfikiran rasional..

"Adakah blogger jenis ini yang aku mahu jadi? adakah entry mcm ni yang aku mahu hasilkan? adakah seronok jika pembaca aku bukak blog dan lihat semua entry contest dan segmen saje? apa kejadahnya semua ni???"

Kepada Blogger yang famous dan dikenali ramai, janganlah anda menggunakan kelemahan dan keterujaan blogger2 muda ni untuk meraih follower yang ramai dan traffic yang tinggi, anda selalu ckp anda ikhlas untuk memajukan dunia blog , tapi anda lebih dilihat sebagai "telunjuk lurus kelingking berkait" jauh dalam sudut hati anda, anda sebenarnya mahu blog trafic tinggi dengan memanipulasi keghairahan blogger2 muda.

Sungguh ironik, apabila blog dibuka untuk menceritakan pasal blog, dan bukan tentang pendapat, pengetahuan dan pengalaman hidup. akhirnya blog2 ini akan menjadi semak dengan entry GA, Contest, Tagging, segmen dan jual header & template. Mana cerita untuk kami sebagai pembaca nak baca?"

Nasihat aku, kepada semua blogger, hentikanlah pencemaran yg dilakukan, dunia blog sudah tepu dengan promote dan segmen yang tidak jujur. aku tau korang nak cakap....

"Ala Kau kecoh lah, kalau kau taknak baca ko klik je la pangkah...yang sibuk nak kutuk2 kenapa"

Ala, kalau ko taknak orang masuk blog kau pastu blah mcm tu je dan kalau kau taknak orang kutuk blog kau, ko takyah la publish public, ko privatekan je, pastu ko takyah la nak buat blog kalau tujuan kau nak masuk contest, ko ingat ni Funfair ke main bali tin dapat teady bear?"

Senang mcm ni lah, korang bayangkan, korang bukak TV3, tapi semua cerita pasal iklan, segmen penaja dan dokumentari pasal TV3 je yang ada, agak2 korang bosan tak?

Camon Guys....bukak minda korang dan bersedia untuk menjadi matang!....

Oh pasal Rumah kaca AF tu? aku rasa penghuni tu mcm beruang Sarkis, cikgu mcm jurulatih, dan pengetua amy search tu mcm tokey sarkis.

Aku dah tekad taknak cemarkan blog aku dengan entry pasal Ulasan Akademi Fantasia 9, sebab ia tak ilmiah dan tidak berbaloi utk diceritakan.. tapi aku nak cerita jugak, sebab aku annoyed bila terpaksa tengok kat mapeley bila customer ramai2 suruh tukar chanel AF 9 tu.

Apa kata, akademi fantasia start jual tiket dekat depan rumah kaca. Sorang bayar rm5, mcm tengok monyet kat zoo negara. boleh kaut banyak untung, takdala harap kat sponsor ngan duit sms je.

aku tak percaya aku boleh buang masa taip benda isu blogger dan AF.. habis tercemar blog aku..ciss ciss cis.....

P/s ini adalah pendapat secara umum, dan ia tidak ditujukan kepada sesiapa, jika sesiapa terasa dan mula membenci penulis, itu hak individu.

Rumah Bujang : Bermulanya survival

Assalamualaikum..

Dulu aku duduk rumah Bujang dekat seksyen 8 Shah Alam masa study kat UiTM, kisahnya amat panjang, dipendekkan cerita, disebabkan aku kecik hati dengan Pengurusan Kolej Meranti Cendana, aku membawa diri dengan Zikry dan Chewe ke rumah sewa.

Ada ke patut, seorang ahli JPK yang berkaliber macam aku ni, sorang presiden BLOK B tidak dibagi bilik kolej masa part 3? korang rasa ada ke patut? mana privilege yang aku patut dapat sebagai orang yang telah menaburkan jasa? sepatutnya, lepas orang dah berjasa, pandai2 la pengurusan amik hati, kenang jasa, sambung la kontrak penginapan sampai habis aku study diploma..

Takpela kisah dah lama.. sebenarnya aku yang emo lebih, sebab masa aku nak hantar borang clearance bilik, aku jumpa pengetua Puan Fauziah, dia ckp :

" Eh Zulfikar, Kenapa kamu pindah rumah sewa? kan ke kamu layak duduk kolej sampai habis?"

"Takpe la puan, orang dah taknak jasa saya, saya pindah la rumah sewa, saya datang ni pun nak pulang kunci bilik, saya dapat surat, gagal dapat kolej dah puan..surat sampai ke rumah"

" Laa awak ni Zul, tu process formaliti je, awak sebenarnya layak, awak bawak la surat tu, pastu buat surat rayuan, takyah taip pun takpe, awak tulis tangan je, skrg juga saya sain, lepas tu awak dapat la bilik"

" laaa ye ke Puan? alamak, maknanya saya dapat la kolej ye puan?"

Tapi aku bagi alasan kat Puan, yang aku dah bayar deposit rumah sewa, sedangkan rumah sewa pun tak jumpa lagi, masa tu aku buat keputusan bodoh sebab terikut-ikut dengan nafsu orang muda...

Iyelah kannn....Duduk rumah sewa tak payah kena Curfew, boleh keluar masuk suka hati, boleh pegi main snooker, boleh lepak- lepak tak payah nak panjat pagar elak pakguard, tak payah takut2 spotcek..

Lagipun masa tu aku kesian dekat Chewe, mamat tu sorang2 terhontang-hanting takda hala tuju, aku ngan zikry sebenarnya layak dapat kolej lepas buat rayuan, sebab kami bekas JPK musim lepas. Tapi kami sorokkan je kebenaran tu, buat buat macam tak dapat kolej, sebab teruja konon2 nak jadi budak bujang survival..

Lagipun, abah aku cakap kalau duduk rumah sewa, dia naikkan elaun belanja sebulan dari RM 300 ke RM 450.... boleh la aku melahu-lahu dengan duit extra 150 tu.. tapi sebenarnya kepala otak aku benak dan bengap... extra 150 tu tentu la kena bayar kat tuan rumah, duit sewa... dah jatuh miskin balik, dapat la extra rm 40 sebab rumah sewa tu RM 110 satu kepala, Tuan rumah sewa tu Nama nya Yus, student jugak dekat Uitm, amik kos sains polimer, bapak dia beli rumah flat 2 bilik tu, suruh dia jaga.

Jadi kami pun pada masa tu teruja duduk rumah sewa tu, seingat aku, iklan rumah sewa tu dapat dekat tiang bus stop.. call2 sekali dapat, malam tu jugak pukul 8 kami pergi tengok rumah, Mashaallah, rumah sewa tu cantik sangat, luar mcm Flat sri pahang, horror gila.. tapi bila Yus bukak je pintu rumah, interior mcm kondominum... terpacul dari mulut kami...

"luar buruk gila wei.. dalam macam apartment maya mira..jadi jadi jadi.. takyah pikir panjang dah..kita sewa rumah ni je la nak nak nak"

Masa ni kami belum dapat PTPTN lagi, jadi kami ada la dalam poket seratus dua...terima kasih la kat Zikry masa tu, dia yang dahulukan deposit 2 bulan sewa..tapi kami dah bayar balik lama dah.

Rumah Flat 2 bilik tu boleh jadi cantik sebab ada sorang hamba Allah ni, nama dia saiful. Dia pun kerja uitm jugak, okey dia straight...cuma jiwa dia kuntum.. dia obses dengan kecantikan dan kekemasan, korang bayangkanla masa tu, dia nak buat kotak simpan kasut pun dia pegi balut kotak tu dengan kertas pembalut hadiah kilat2 ada bintang bagai.. dah macam hadiah krismas aku tengok.

Masa tu kami semua pembersih juga, aku bersyukur la kat Tuhan, sebab Zikry, Debe, Chewe dan Yus panjang ni jenis berdisplin dan beretika.. jenis makan perli dan senang bawa berbincang...so takda la adengan milo basi bersalut biskut meri...

Towel hapak bersepok atas kusi makan, pinggan tak basuh dihiasi meggi, ashtray abu rokok potato chip penuh.. semua tu tak terjadi zaman kami.. rumah kami bersih ngalahkan rumah anak dara, ada beberapa undang2 kecik pihak berkuasa tempatan dalam rumah kami :

1. Kerusi bukan tempat sidai towel
2. bekas abu rokok hanya dibenarkan dua sahaja, satu setiap bilik.
3. tidak dibenarkan bawak awek datang bermalam.
4. lepas makan, lepas masak terus basuh pinggan..
5. baju kering tolong angkat, penyidai ni bukan mak bapak korang yang pasang.
6. sebarang stokin dan kasut yang berbau 'kaki' diharamkan, jika berani buat anda akan dikutuk sepanjang zaman.
7. kasut2 wajib susun dekat rak kasut.
8. setinggang dilarang keras, siapa yang bawak kawan lepak tak tau balik.. korang akan kena sesi tarbiyah..hahahaha masa ni aku ingat debe bawak YO dia lepak rumah....

Disebabkan kami ambik course Foodservice Management, amat banganglah kami kalau kami tak tau memasak sendiri, dan amat malanglah kami kalau dapur itu tak berasap..
Zaman dulu ada hiaraki, disebabkan aku dan Chewe pandai masak, dan boleh dikatakan masakan kami sedap, jadi kami berdua 'dilantik' sebagai tukang masak sepenuh masa. Tapi kami tak rela diri kami dipergunakan begitu saja...

sape2 yang tak reti masak, wahima kalau dia masak pun lauknya rasa macam ketiak hantu, jadi kami membahagi-bahagi tugas...

1. Tukang Masak : Aku dan Chewe
2. Tukang masak nasik dan beli barang : Debe
3. Tukang basuh pinggan : Karnain, Yus
4. Tukang hidang dan kemas : Zikry

Tapi Saiful dan Zikry jarang makan kat rumah, sebab saiful selalu balik lambat dari opis, dan zikry masa tu sibuk dengan hal2 kesatria dan berpacaran.

Nak tau menu masakan kami yang glamour dan boleh dikatakan rutin?

*************
Sardin tumis cili kering asam jawa
kangkung goreng belacan
gulai lemak ikan rebus /kembung
sambal belacan asam jawa
kobis goreng
ulam-ulaman dan kangkung celur
telur dadar berbawang dan chili..
ikan goreng.
ikan masin
ikan bilis goreng dengan bawang
nugget dan drummet
Kari sardin
sambal tumis sotong
udang masak kicap.
ayam masak kicap.

**************
(berulang2 la menu kat atas ni selagi tak jemu)

Sebulan sekali atau 2 minggu sekali, kami akan naik kereta wira Zikry atau kancil yus, kami akan ke Giant sek13 untuk shopping barang2 dapur, paling banyak sekali kami borong adalah sardin cap Giant atau sardin tin Merah, tau sebab apa? sebab murah gila, setin 0.99 sen. kami hangkut sampai setengah trolli. Telur satu papan.. kangkung ngan ikan masin... kalau awal bulan, mula la zikry menggatal beli Drummet atau nugget ayamas.

Zaman tu, lauk paling sedap mesti lah sardin. sebab tahan lama dalam tin, tak payah siang...ala kalau kena siang ikan pun takpa, bukan susah mana, bak kata orang perak.. "sementara aku kencing je pun boleh buat" ... tapi kalau malas sangat, suh je mamat kedai runcit tu siang.hahahaha..ape susah?

Tapi masa tu, kami semua selalu rasa kembang dan berlagak.. kadang2 tu saja-saja bawak balik kawan2 kelas yang perempuan.. menunjuk rumah sewa kami lawa.. haha, budak2 pompuan tu jeles dan tak mampu menafikan kehenseman rumah kami. Dan bermula dari itu, rumah cantik kami dijaja di fakulti....

Buat entry dan masa ni aku takda gambar nak bekap cerita aku, nanti aku mintak kat chewe atau Debe, sebab diorang ada simpan lagi gambar2 lama kot. okey entru ni adalah pengenalan..dimana semuanya bermula, lepas ni ada pulak sambungan kisah-kisah rumah bujang, banyak jugak kisah2 lawak rumah bujang ni, macam kisah ngigau..kisah Ju-on..kisah ular getah dan macam2 lagi lah.

Jadi dalam, Blog aku ni akan ada segmen Rumah bujang, selain dari isu2 pendapat, nostalgia kecik2 dan puisi moden. okey sampai berjumpa lagi.. terima kasih banyak2 kepada kawan-kawan yang dah mula follow blog ni dan meminati tulisan aku. aku amat hargai korang semua..dan kepada kawan-kawan yang ikhlas mem'bloglist'kan blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih, ternyata korang blogger tulen, tak payah buat contest nak masuk bloglist kan :) salute for you!...

Oh satu lagi, kepada kawan-kawan blogger atau pencinta karya tulisan dan kreatif, anda boleh join group di Fb iaitu Gerila Penulisan Kreatif (sila klik dan join) yang di ilhamkan oleh Aku dan Zulkifli Saadon. Blog juga ada, anda boleh lawat GPK dan klik SINI

P/s Masa bujang, rumah Flat tu best je aku tengok.. home sweet home.. tapi bila dah makin dewasa ni, macam ngada2 lebih pulak taknak duduk rumah flat.. ciss tak sadar diri...

April 14, 2011

Bahana guli


Assalamualaikum..

Petang yang anginnya sepoi-sepoi bahasa macam ni, membuatkan aku di dalam blues memori. tanpa melengah-lengahkan masa, aku buka baju kemeja dan campakkan kat baldi sebelah mesin basuh, masa aku nak picit button washing machine tu, aku melangut tengok tanah dapur yang 2 x 2 persegi, nak tanam pokok serai pun tak muat, jadilah tempat tumbuh pokok sireh secara liar..

Masa aku tengok tanah gambut warna hitam, diselang seli dengan akar pokok sireh dan tulang-tulang ayam yang aku selalu campak nak bagi kucing liar belakang rumah makan tu, aku seakan mengimbas kenangan silam masa aku duduk Kampung Sungai Tua Baharu. Tanah macam ni la yang aku selalu main guli dulu.

Tapi main guli belakang rumah mana syok, belakang rumah ada reban ayam nak roboh ngan kawasan pembiakan cacing, main nyorok-nyorok ngan ligan ayam jantan best la. tempat main guli paling best dalam dunia adalah padang sebelah parking basikal sekolah agama rakyat.

Tanahnya yang kontang, berdebu di waktu rehat hasil sepakan ganas pelajar-pelajar yang terlepas kandang, kat sekolah kebangsaan nak lasak sangat tak berani, sebab ada cikgu Zainal abidin cikgu displin, dia selalu rotan kami dengan pembaris panjang kaler oren..kat sekolah agamalah tempat menunjuk bakat, tempat melepas geram dan gian. Kat sekolah kebangsaan tempat main sep tiang!

*******************

sambil aku melompat keluar dari bilik darjah aku pergi test tapak gelanggang guli...

Tap Tap Tap ..dub dub dub....(bunyi tapak kasut hentak tanah)

" Wah, hari ni port ni cun sangat main guli nih, confirm habis guli budak-budak ni aku sapu. woi Rahman, Raziin, korang tunggu apa lagi terhegeh2 depan meja Huda tu.. taknak nye dia layan korang kalau setakat belanja sengkuang makcik buntil tu...kalau berani jom ar lawan guli!"

" Wei zul, hari ni eksyen betul ko ye, berapa guni ko bawak guli hari nih? setakat guli batu bapak ko bagi tu aku tak heran la, ni ko tengok guli susu sompek aku nih.. dah 3 balang guli faiz aku sapu.."

"Entah Zul, ko ingat guli batu ko tu best sangat ar!... ko tengok guli aku, bunga belang2, bapak aku cakap dia beli kat kanada masa gi sana"

" Alah Raziin, tau la bapak ko Engineer, tapi aku tak yakin guli tu bapak ko beli kat kanada, bapak ko mainkan perasaan ko je.. aku pun ada guli belang, semalam aku beli kat kedai Haji Usop depan tu je.. kanada kononnnn... bapak ko tipu ko.. wakakakakaka"

"OOooOoo ko kutuk guli belang aku ye, kalau berani, jom lawan.. taknak main guli aim ha, main guli petak"


Macam Ni la lebih kurang petak guli yang kami main, cuma dalam gambar ni diorang lukis bulat, yang kat dalam tu Guli 'bet' (pertaruhan) yang kat tangan nak target guli tu namanya ibu guli atau guli posking atau guli target.

Dengan pantas Rahman terus lukis petak atas tanah keras berdebu tu, port depan kelas terlindung dek bayang atap sekolah, cukup cantik..takda la kami nanti berpeluh mcam orang balik membajak, kalau berpeluh campur bau songkok, mau kepam kelas lepas rehat nanti.

Lepas dah lukis petak, Raziin lukis Garis panjang, kami bertiga campak guli ke garisan, sapa paling rapat dengan garisan dapat jalan dulu...

"Ni berapa banyak nak 'bet' nih? "

" sorang 4 bijik"

" okey set, sorang 4 bijik"

Aku, Raziin ngan Rahman bawak keluar guli dalam poket bawah baju melayu unipom tu, taruk dalam petak...

" Woiiiii Rahman, Hantu betul, dasar taik idung masin... ni apa ni bayar guli sompek..arghh takde takde, tak aci, guli mesti cukup syarat..takleh cacat, macam lembu nak kene sembelih ustazah fadhilah cakap"

"entahnye Rahman ni, nak main guli, tapi bayar guli sompek..tah pape tah"

Praaaappp... kelekuk kelekuk... (bunyi guli-guli bertaburan atas tanah dalam petak)

maka kami pun main la dengan rakusnya, main guli ni senang je, korang ada satu ibu guli, ibu guli ni korang target dekat guli 'bet' dalam kotak yg lukis tadi. guli yang korang baling target tu matlamat dia nak hentam keluar guli dalam kotak tu, guli yang terkeluar tu jadi hak korang, sapa dapat banyak tu kira dia menang la.

Tapi sape punya ibu guli yang hentam, tapi tak keluar, guli tu kena stay masuk ke dalam kotak. selalunya star2 guli ni sayang guli ibu atau Posking dia, jadi dia akan ganti dengan guli bet yg lain, guli posking tetap simpan dalam tangan tuk tujuan target lagi.

Dipendekkan cerita, main punya main, aku ngan Raziin je menang, Rahman asyik keluar guli je sampai dah nak habis, taruk dalam kotak. aku ngan Raziin ngekek-ngekek gelak..

"Hahahahaha, Rahman.. ko ni asyik kalah je, apa punya sial ko bawak hari ni?"

"alaaaa lek arrr weii.. lek arr.. baru habis sikit je, kat umah aku ada lagi 3 beg arrr... jap aku gi amik guli lagi dalam beg aku"

Rahman berlari masuk dalam kelas, amik guli spare dalam beg dia... dengan hidung kembang dan mata dah merah macam nak nangis, dia tunjuk guli dia sepeket, ada la dalam sepuluh Biji.. aku ngan Raziin dah tahan gelak, dah tau limit.. ni kalau aku nyakat dia lagi ni, mau nangis.

Kalau dah nangis, merajuk nanti habis la player, guli sapa lagi kami nak balun kan? budak-budak lain dah sibuk main bola pakai bola tennis, budak-budak taman jasa yang kaya2 tu pulak dah semua mencangkung tepi longkang, duk main Tamiyya...

Tinggal la kami 4 orang penagih guli tegar Sekolah Agama Rakyat Sungai Tua baharu. Aku, Raziin, Rahman dan Ezrey... cuma Ezrey hari ni tak dapat datang sekolah, kena jaga adik kat rumah, mak dia kena tolong meniaga laksa kat Ulu Yam.. pekerja indon bapak dia lari ngan balak gi kerja kat Kampung Bharu.

Main punya main guli, Rahman kalah teruk lagi. habis semua guli.. tinggal guli2 posking (firstking) dia je,

aku ingat lagi guli tu.. guli kaca pudar bunga biru muda yang memang rare sangat. Guli susu jalur bunga 5 kaler..pun Rare jugak. guli batu season yang dah susah nak jumpa kat kedai runcit ngan guli merah hati cacat, besar sikit dari saiz standard..

"Woi Rahman, dah la tu Rahman, teruk sangat dah ko kalah ni.."

"apa kata kita gi makan kopok lekor nak? kita lepak kat kantin main tutup oren..nak tak"
(aku pujuk Rahman sambil kenyit2 mata kat Raziin)

"Arggghhhh aku tak kira, aku nak main jugak, cepat la woi.. korang takut kee? sipp sip sret sret..srot sret"

Ahhh sudah, aku dah nampak dah tanda-tanda Rahman nak nangis, dah start nak lengit dah tu..adoi, ni yang aku malas ni, main guli sampai kawan nangis, rasa bersalah la pulak balun guli kawan kan.. tapi...tapi.. tahap profesionalisma kami kengkawan tinggi..walaupun keluar air mata darah sekali pun, guli yg menang tak dapat de jep ko nak amik balik.

"Dah la Rahman, guli ko dah habis dah tu..tu tinggal guli posking ko je..apa kata aku ngan Raziin bayar zakat sikit kat ko.. aku bagi ko 2 biji, raziin kasi 2 biji. esok kita main lagi, takpun balik sekolah kita repeat kat umah ko"

"Arghhh takda takda, aku cakap aku nak main aku nak main laaa... sobb sobb sob sobb.. sret sret" (mata dah bergenang air mata, hidung dah beringus..cakap dah sedu sedan)

" Aku taknak masuk campur.. aiyookkk aku tak tau.. Ko la Raziin, ko la yang amik guli dia banyak kan? jahat la ko ni, kita geng kan Rahman kan..kan kan ....(aku buat psikologi war dengan cara simpati kat Rahman..sambil tu kenyit mata kat Raziin)

"Cepat la wei.. takkan takot kot... kita lawan lagi!!, kali ni aku nak buh semua, kita bet 6 biji kali ni, last!" (Rahman provok, buat gerakan terakhir)

Sekali Raziin cakap satu benda ni la yang buat aku ingat pasal ni, sampai 15-16 tahun....

"Dah la Rahman, Ko simpan je la Guli ko tu, ko Jangan, nanti ko bangkrap nanti kang.. kang bapak ko Gadai semua roti dia kang"

" Celaka ko Raziin... aku dapat ko siap ko, aku sepak2 ko... bapak aku jangan main laaa..."

HHAHAHAHAHAHHAA, Rahman kejar Raziin satu sekolah, dari parking basikal, kantin, blok kelas darjah 5, padang perhimpunan, dalam kelas, lompat ikut tingkap rongak.. pergi belakang tempat keranda masjid, pusing kelas balik... last last Rahman nangis, tekup muka atas meja dia.. sebab tak dapat kejar Raziin, jangan ckp dapat sentuh.. sipi pun tidak..dah tentulah Raziin tu wakil sekolah acara lari berganti-ganti..

Korang rasa, kenapa Raziin cakap bapak Rahman gadai roti?

ahahahahahhahaaa.........

Sebab...... Bapak Rahman kerja Rotiman.. jual roti naik motor pusing satu Selayang.. :) :)

Hahahahahhahaa....




Jahat betul Raziin tu, Nasib baik hati aku sorang je yang mulia..

Kerchekkk kerchekk. kerchek.. bunyi guli 4 genggam dalam beg sekolah aku, aku balik rumah kayuh basikal, saing dengan Raziin sambil makan Aispop Ungu Kepak dua..

POP!..


P/s harapan aku, agar permainan guli ni takda la pupus zaman sekarang.. best main guli ni, mana la beg guli aku tu? seingat aku last sekali hilang dalam stor masa nak pindah rumah :(


Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...