April 22, 2011

Surat Terbuka Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Berkhasiat apa nasi lemak, gizi seimbang, ada sayur, protein, kekacang, vitamin c, karbohidrat, lemak sihat dan 'portion'nya juga sedikit,takda la banyak sangat.

Perkara : Isu Nasi Lemak di Kantin dan Masalah Kegemukan.

Yang Berbahagia Datuk Seri,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang isu retorik yang berbolak-balik sekian lama di kaca televisyen dan silibus pendidikan negara. Adapun saya di sini ingin menyuarakan rasa kehairanan saya terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (selepas ini disebut sebagai KKM) dalam menangani masalah obesiti yang berlaku dalam negara ini.

Saya tidak mahu untuk berbicara panjang ibarat pakar perunding kesihatan dan makanan yang keluar di kaca televisyen tersebut, saya cuma ingin menyampaikan rasa hati saya yang tidak akan diselindungi dengan ayat yang berbunga-bunga dan penuh bahasa akademik hanya untuk menyembunyikan kebenaran bahawa isu ini adalah isu mudah dan remeh. Ia bukanlah isu yang perlu diwar-warkan sehingga 2 minggu di media masa.

2. Sebenarnya, budak-budak bukan gemuk disebabkan nasi lemak yang dijual di kantin, sebaliknya mereka gemuk kerana ibubapa mereka kerap belanja anak-anak makan di Macdonalds dan KFC secara berganti-ganti, ini amat dikesali kerana makanan ruji rakyat Malaysia adalah Nasi, bukan Ayam goreng, pizza dan burger.

Perkara ini disebabkan ibu bapa bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang berkualiti kepada anak-anak mereka. Jadi mereka meninggalkan belanja yang besar kepada anak-anak di rumah, apabila anak-anak lapar, mereka akan menghubungi Domino's pizza delivery, mereka akan melantak pizza sehingga kancing seluar mereka tidak dapat lagi menampung pembesaran pinggang mereka.

Jadi saya Cadangkan Kerajaan menutup kesemua rangkaian restoren makanan segera, dan tidak meluluskan lesen beroperasi semula kepada mereka.

Saya juga cadangkan, duit-duit dicatu dari ibubapa, supaya tidak memewahkan anak-anak mereka dengan duit yang banyak, yang membuatkan mereka makan snack plate, happy meal, quarter pounder, big Mac dan sundae seringgit dengan rakus sekali. Sepatutnya ibubapa menyediakan makanan yang sihat kepada anak-anak mereka mengikut gizi seimbang seperti disyorkan oleh KKM.

3. Anak-anak juga menjadi gemuk kerana terlalu banyak makanan ringan yang dijual di kedai-kedai runcit, di luar-luar pagar sekolah, di Giant, Tesco, Carrefour dan kedai-kedai kek. semua makanan ini adalah tidak sihat dan menyumbang kepada faktor kegemukan melampau. saya cadangkan Datuk seri mengarahkan semua makanan ringan diharamkan dari dijual di kedai-runcit dan pasaraya.

Ibarat kawan saya Nizam Jasni ada mencadangkan agar KKM membuat satu ubah suai di dalam MYKAD, sesiapa yang ingin membeli FastFood seperti Macdonalds, mereka perlu imbas/Scan MYKAD mereka bagi memastikan berapa kerapkah mereka sudah membeli BigMac, KKM sepatutnya meletakkan had, di mana anak-anak tidak boleh makan Macdonalds lebih dari 3 ketul seminggu, jikalau lebih mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

4. Saya juga mencadangkan agar KKM menutup Kilang F&N dan menghentikan penjualan coke dan lain-lain minuman ringan, sebab minuman ni semua banyak mengandungi gula yang tidak perlu. Datuk Seri sendiri tahu, pengambilan minuman ringan yang banyak gula ini menjadi faktor utama masalah kegemukan.

5. KKM sepatutnya mengharamkan 'vending machine' yang menjual minuman ringan seperti Oren, strawberry, grape F&N dan coca-cola di sekolah. adapun penjualan minuman ringan di sekolah adalah satu tindakan yang amat bodoh dan tidak bersifat ilmiah, apalah sangat kalori nasi lemak jika ingin dibandingkan dengan kandungan kalori dalam air bergula yang tinggi itu.

6. Sepatutnya, KKM dan Kementerian Pelajaran Malaysia bekerjasama dalam membuat satu ko-kurikulum wajib, iaitu bersenam setiap pagi sebelum kelas bermula, apalah gunanya perhimpunan waktu pagi yang sangat bosan dan melodrama itu.

Apakah logiknya menghabiskan sejam di waktu pagi dengan mendengar bebelan cikgu-cikgu dan guru besar pada benda yang sama setiap pagi, apakah kepentingannya menyanyi lagu sekolah setiap pagi.

Adalah lebih baik mereka melakukan senaman ringan seperti 'tepuk bintang', 'push up', berlari setempat selama 15 minit dan senam robik selama 20 minit, selepas bersenam, mereka boleh menukar uniform di bilik persalinan dan saya jamin mereka akan berasa segar untuk memulakan sesi pembelajaran. Kalori berlebihan juga akan dibakar dengan cara yang sihat dan penumbuhan otot-otot yang sihat juga akan berlaku dengan jayanya.

7. Percayalah Datuk Seri, Pelajar-pelajar tidak menjadi gemuk dengan hanya memakan nasi lemak setiap pagi di sekolah, sepinggan je pun. Mereka sebenarnya gemuk kerana mereka makan makanan ringan, 'fastfood' di luar waktu sekolah.

Anak-anak juga menjadi gemuk kerana mereka menghabiskan masa di depan komputer untuk bermain Facebook, twitter dan tengok video maharaja lawak di Youtube selama berjam-jam.

Anak-anak juga banyak menghabiskan masa bermain X-box 360, Playstation 3, PSP, Farmville, Poker dan sebagainya. sepatutnya mereka menghabiskan usia kanak-kanak mereka dengan bermain basikal keliling kampung, main kombat-kombat dengan senapang terung pipit, konda kondi, gasing pangkah, kejar-kejar dan paling koman pun main nyorok-nyorok.

Saya cadangkan KKM, mewajibkan ibubapa meletakkan password keselamatan di komputer supaya anak-anak hanya bermain Facebook pada waktu dan had yang sesuai sahaja, waktu petang diwajibkan bermain di luar seperti manusia normal, dan bukan Technologies junkies.

8. Saya Juga mencadangkan Menteri-menteri kerajaan, Ketua-ketua setiusaha kementerian, Ketua-ketua jabatan kerajaan, Ahli-ahli parlimen, Ketua pembangkang, Ustaz-uztaz PAS, barisan pimpian tinggi DAP dan Keadilan, penghulu, guru besar dan cikgu-cikgu di sekolah semuanya mengempiskan perut dan mula menjalani hidup sihat, daripada kamu semua asyik berkelahi pasal masalah politik dan video lucah itu, lebih baik anda semua membuat acara berjogging ramai-ramai di Taman Tasik Perdana atau Dataran Merdeka,

Kepimpinan melalui Tauladan Datuk Seri, Datuk seri boleh mula menunjukkan berat ideal BMI Datuk seri untuk tatapan umum agar semua rakyat dan anak-anak di sekolah mendapat motivasi yang tinggi untuk mula menguruskan badan.

Disarankan juga penulis blog menguruskan badan, untuk pengetahuan Datuk seri saya sudah pun mengamalkan hidup sihat dengan menjalani aktiviti bermain badminton 4 kali seminggu secara berjadual, dan pergi mendaki gunung setiap minggu bermula dari 3 bulan lepas, sekarang saya dah turun 5 kilo dah Datuk seri. Saya juga tidak suka makan di Fastfood kerana tak berbaloi dan menyampah dengan cukai perkhidmatan dan surcharge yang mengarut lagi.

Akhir kata dari saya, Pengharaman nasi lemak di kantin sekolah sama sekali tidak akan membawa sebarang makna dalam mengatasi masalah kegemukan, malah ia membuatkan perunding makanan dan kesihatan yang memberi komen di buletin utama itu nampak bodoh dan selekeh, Harap Datuk seri dapat menghindarkan diri dari kelihatan begitu. sekian itu sahaja dari saya, segala budi bicara dan kerjasama dari pihak Datuk Seri amat saya hargai dan saya dahului dengan Ucapan Terima kasih.


Yang Benar

Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri


P/s Apa lah, konsultan sampai PHD, doctorate, dietitian bagai, bagi komen dan nasihat pun tak reti..ada ke nasi lemak yang disalahkan.. hampeh.

Credit gambar nasi lemak : Rasamalaysia.com

23 comments:

  1. btul3...setuju..:)

    ReplyDelete
  2. sy mkn nasi lomak... tapi tak gemok2 pn .. :P

    ReplyDelete
  3. Fyad : k Thnks..

    Zacky : that is the main point.. :)

    ReplyDelete
  4. saya cadangkan agar datuk seri menayangkan bmi ideal datuk seri. hahahaha lawaklah.

    well, here's the point. mereka tak akan menyalahkan semua tu kerana semua tu mendatangkan keuntungan kan? nasi lemak hanya dijual oleh rakyat biasa yang tak terlibat dengan cukai 6% seperti restoran fastfood.

    jadi, kan lebih mudah untuk menyalahkan golongan ini supaya keuntungan tu tetap dapat. masalah obesiti tu tak akan selesai2 juga.

    aku makan nasi lemak, sampai sekarang aku tak gemuk. malah berat aku selalu jugak turun. hahaha

    ReplyDelete
  5. fuhhhhhhh!!!! i likeeeeeeeeee 100%!!! salute sama ini entry!

    ReplyDelete
  6. Fitri ; itulah kisah yg sebenarnya... so kita semau kene belajar bpikir secara matang :)

    Sunah : thanks.. kalau like.. leh la share2 kan kan. :)

    ReplyDelete
  7. ermmmm bile terlalu 'pandai' pon menyusahkan gak.. Nasi Lemak dah berabad lamenye wujud, lagi lame drp KFC, Mekdi or fastfod restoren yg lelain.. Nasi Lemak xde bahan pengawet cam fastfod, kot ler kan??? Sbb skang ade nasik lemak segera daaa.... tp kalo nasi lemak penyebab gemok, mmg rase x relevan langsung... pehhh.....

    ps : pengomen suke nasi lemak, macehhh~~

    ReplyDelete
  8. serious... such a lame reason nk katakan nasi lemak adalah punca kegemukan.. tambahan, kolestrol di dalam nasi lemak hanya berapa percent di bandingkan kolestrol di dlam makanan fastfood... cheH!

    ReplyDelete
  9. Part fast food & bersenam aku setuju ...

    ReplyDelete
  10. Terbaekkk....cume kalau agaknye kilang2 tu ditutup n fastfood semua dicatu mcm tu, agak2 mcmne lah ekonomi negara kita nnt yek, sedangkan rokokpon kita tak blh hapuskan....tp part senam tu ak setuju, tp KKM nak buat pelbagai syarat utk antara pelabur terbesar tu, mmg agak susah...:) n ape ko ckp tu btl, drp sibuk nk bukak cite aib mengaibkn org tu, menambah dosa2 kering kite semua, baik same2 bersenam..jg kesihatan..oklah

    ReplyDelete
  11. AD : itulah main point nya... tak logik nasik lemak itu yg menyumbang ke arah obesiti Vs Fast food..

    Marliana : ko bersenam dak?

    NiNi Love : surat terbuka kat atas lebih berbentuk Sarcasm :)

    ReplyDelete
  12. memang antara rasa hati saya,terima ksh terjermahkan nya disini ;)

    ReplyDelete
  13. saya pun tak faham. apa lah disalahkan nasi lemak tu, ibu bapa kita dulu membesar dengan nasi lemak tu la.. tak xde masalah pun..

    ReplyDelete
  14. saya sebagai cucu PM yg suka makan nasi lemak datang menyokong surat terbuka ni... hehehehe..

    *PM = pak mat (bukan nama sebenar) ;p

    ReplyDelete
  15. alamak..janganla suruh tutup semua..xdela mcd kalau mcm tu :'(

    ReplyDelete
  16. Peri Pia : inilah fungsi sebenar blog kan :) menyampaikan rasa hati.. menulis secara bebas.. entry ni Insyallah bebas contest dan segmen :)

    Zulaikha : itulah namanya retorik politik :)

    Che sakinah : tadi kecut perut jugak baca komen awak mula2.. ingatkan Datuk najib punya anak dara baca surat nih.. hahaha

    Azrul : tengkiu bro...

    SweetyMui2 : takyah mkn mcD,, makan nasik campur je.. :) ahahahaha

    ReplyDelete
  17. huhu..pjg benor surantnye..tp betulla..x de kaitan nasi lemak ngan obesiti..
    apekah??

    ReplyDelete
  18. cma : ni surat standard, kalau print mau 3 helai ni, biar panjang2 senang sikit nak paham... :P

    ReplyDelete
  19. saudara mmg hebat...brani dan tulus! sy suka dan sokong 100% (nasi lomak kegemaran den tu wehh..pg hari xlengkap tanpanya..ohh nasi lemak)

    ReplyDelete
  20. saya sebagai seorang guru setuju dengan cadangan yang ke 6 tu....

    sekolah kami membuat aktiviti senaman pagi pada setiap hari rabu selama 15minit. boleh dilihat, murid2 cukup ceria, positif dan bersemangat masuk ke kelas saya selepas senaman pagi, walaupun saya mengajar kelas pemulihan...

    ReplyDelete
  21. Sabrina : selamat menbaca cikgu...

    tq sebab setuju.. saya dah lama impikan sekolah buat senaman wajib 15 minit sebelum masuk kelas setiap pagi. itu benda bagus!!!

    ReplyDelete
  22. MoMmy Munir : saya cuma tulis apa yg saya rasa patut di bgtau...sebab nampak bodoh sangat kalau nak salahkan nasik lemak.. umpama mcm penasihat semua tak pegi sekolah plak

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...