April 9, 2011

Kaedah hujah..

Assalamualaikum..

Ada manusia yang dilahirkan memang pandai berhujah, petah berkata2, ada manusia bijak kira-kira.. ada manusia pandai berlakon, ada manusia pandai buat kerja dan ada manusia yg pandai memberikan idea.. setiap manusia ada kekuatan masing2... kalau anda berlapang dada dalam mengakui dan acknowledge kehebatan masing-masing.. mesti korang akan ramai kawan. takde la jadi beruk makyeh dan kera sumbang...

Taknak celoteh panjang, cuma nak mengingatkan, kalau anda mahu berhujah, dan anda mahu nampak bijak, mahu disegani, dihormati dan orang angkat tabik sama anda.. perkara pertama undang2 berhujah adalah :

"Dua perkara yang salah, tidak akan menjadikan salah satu di antaranya menjadi betul"

Atau

Two wrongs do not make a right.

Jika anda mampu untuk mengelakkan diri anda dari berhujah begini, mungkin satu hari nanti, apabila anda mula mengeluarkan pendapat, anda tidak akan dijuih dan dipandang leceh...

"Munahhh... OooOOooo Munah..... aku nampak Elin anak dara kamu tu tadi berpeluk- peluk atas motor dengan boipren dia si Rahim jongos tu Munah OooOOiiiIIiiii.. macam mana ko jaga anak ko munah oiiiiii???!!!!"

"Heeeii Selamah!!!!.. dah anak aku berpeluk2 dengan boipren dia atas motor tu yang ko sibuk kenapa??? ada aku kisah??
OoOOOoHhhHHh kalau anak ko.....si Zarina tu bukan main lagi hari tu... masa ko pergi umrah, tah berapa banyak jantan dia bawak masuk rumah ko...setakat anak aku peluk boipren dia.. biar arrrhh.. dasar perempuan tak tau malu! jaga tepi kain orang"


Kaedah Hujah mcm ni akan menimbulkan pandangan bahawa Makcik Munah adalah seorang yang ego, bodoh sombong, bangang dan tak bertemadun...

Memang betul pun yang anak Makcik Selamah tu jahat dan bawak jantan masuk rumah, tapi dia tak boleh gunakan Hujah tu untuk Justifikasikan kesalahan anak die terkantoi ngan Makcik Selamah. Sepatutnya.. Makcik Munah boleh menggunakan hujah begini....

Munahhh... OooOOooo Munah..... aku nampak Elin anak dara kamu tu tadi berpeluk- peluk atas motor dengan boipren dia si Rahim jongos tu Munah OooOOiiiIIiiii.. macam mana ko jaga anak ko munah oiiiiii!!!!

"Iyeeeeee Selamah??? Astaghfirullah, malu aku Selamah oi... Takpa-takpa nanti Elin balik, aku tanya dia, biar aku siasat dulu hal ni, mana tau tadi dia ikut adik dia si Razak kot. tapi takpa la, nanti aku tanya Elin bila dia balik nanti ye Selamah, terima kasihlah sebab inpom kat aku....

hah satu lagi, sementara kau ada dekat sini, aku nak pesan kat kau ni, ko perhatikan Zarina tu sikit, tak salah aku, masa ko pergi Umrah hari tu, aku nampak Zarina buat party kat rumah kau, aku tak tau la dia bawak lelaki mana, mungkin pakcik dia ke, tok imam nak baca doa ke, tapi aku saja nak bagitau la..bukan ada niat apa2"

Kalau berhujah mcm ni, kan ke akan membawa suasana kebaikan dan penuh kebijaksanaan...dan kalau lawan anda nak sentap, tu hal dia, anda tak menjadikan kelemahan dia sebagai alasan anda nak betulkan kesilapan diri sendiri.

p/s "kalau microfon ni guna untuk kuatkan volume suara saudara memang mendatangkan kebaikan, tapi kalau saudara amik microfon ni ketuk kepala saudara sendiri pasti ia akan membawa keburukan" ---Hujah yg aku takleh lupa masa debat dulu.. hahahah


3 comments:

  1. hmm.. menegur... berhujah... menerima teguran.. mendengar hujah... semua perlukan hemah dan hikmah... baru betul gayanye... tak gitu pak jabit...?

    ReplyDelete
  2. konsep memperlihatkan salah yg lebih besar org lain untuk menutup salah sendiri.. biasa la selalu terjadi dalam dunia blog ni. Kalau di tegur satu perkara.. walau dia tahu salah tp sebab dia rasa ada org yg lebih salah besar dr dia tapi tak kena point.. maka di tunding salah besar tu dgn harapan salah dia terkabur. salah tetap salah x kira kecik atau besar. Takde benda yg akan membetulkan salah walau ada salah yg lg besar dr salah yg di sebut tu

    ReplyDelete
  3. Sm Banjamin : GItu la nampak gayanyaa.. kalau tak reti bahasa lagi... kita bako je.. bako je bako je....

    sang lekit : bila tak pandai hujah tapi sibuk nak hujah gak tu yg bila dia hujah jadi mcm budak darjah 6 bergaduh tuuu

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...